Monday, April 04, 2016

Kerja Petik Buah Di Australia Yang Hanya Indah Khabar

Kerja Petik Buah Di Australia Yang Hanya Indah Khabar

Pasti ramai di kalangan kita pernah dengar tentang tawaran gaji lumayan dengan hanya bekerja sebagai pemetik buah di luar negara terutamanya di Australia dan New Zealand.

Kerja petik buah di Australia [2]
Gambar hiasan.

Akibatnya ramai rakyat Malaysia terpengaruh untuk berhijrah selepas berdaftar dengan ejen-ejen yang menawarkan pekerjaan di sektor perladangan di sana.

Maklum sajalah, siapa tidak tergoda dengan angka pendapatan yang mampu mencecah sehingga RM200,000 setahun seperti yang ditawarkan oleh ‘iklan-iklan’ tersebut.

Namun, siapa sangka iklan itu sebenarnya hanyalah penipuan semata-mata. Demikianlah nasib yang menimpa seorang bekas kakitangan swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 32, seperti yang dikongsikan oleh Harian Metro baru-baru ini.

Pengalaman Siti selama dua bulan di Melbourne, Australia, wajar dijadikan rujukan bagi mereka yang berhajat meraih pendapatan lumayan dengan kerjaya memetik buah.

Siti berkata, penyebab utama dia menggerakkan diri merantau ke negara itu semestinya kerana pendapatan lumayan yang dijanjikan di iklan di laman sosial.

Dia sebelum ini bekerja di sebuah syarikat dengan gaji hampir mencecah RM5,000 sebulan, namun terpaksa meletakkan jawatan selepas ibunya memulakan rawatan dialisis dan hanya dia sahaja yang masih belum berkahwin pada ketika itu.

Berikut adalah perkongsian Siti:

Mula-mula berhenti kerja, saya sangka mendapat sokongan adik-beradik lain kerana saya perlu membayar ansuran kereta serta pinjaman peribadi yang boleh dikatakan agak banyak jumlahnya setiap bulan.

Bagaimanapun, selepas hampir dua bulan menjaga ibu yang baru menyesuaikan diri dengan rawatan dialisis, saya dapati adik-beradik lain mempunyai tanggungan sendiri kerana masing-masing berkeluarga.

Terpengaruh dengan iklan di Facebook

Dari situ, timbullah niat untuk bekerja memetik buah di Australia selepas membaca satu iklan di Facebook yang menawarkan gaji RM12,000 sebulan.

Namun, mengenangkan keadaan ibu yang uzur, saya hanya menyimpan niat itu dalam hati. Tanpa saya sedari, ibu saya sebenarnya tahu kesempitan yang dihadapi ketika itu.

Lalu ibu mencadangkan saya pergi bekerja memetik buah di Australia selepas mendengar cerita daripada kakitangan kakak saya mengenai suaminya yang dapat melangsaikan segala hutang dalam masa setahun selepas bekerja di sana.

Oleh kerana sudah mendapat keizinan ibu, saya mengeluarkan semua wang simpanan serta menjual motosikal kesayangan, malah meminjam daripada adik beradik lain dan rakan untuk dijadikan modal.

Bermulanya episod penipuan

Kerja petik buah di Australia
Keratan akhbar - Tiada kaitan dengan artikel.

Saya diperkenalkan pada seorang ejen oleh rakan yang sudah ke sana dikenali sebagai Mie. Dia menawarkan harga promosi RM1,500 kononnya sebagai kos menguruskan penginapan serta pengangkutan minggu pertama saya apabila tiba di sana kelak.

Memikirkan saya bergerak secara solo, saya mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat ejen itu dan memberi kepercayaan penuh kepadanya.

Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan ke sana termasuk tiket kapal terbang, upah ejen, hampir mencecah RM9,000 dan saya terbang ke Melbourne pada pertengahan Januari 2014.

Sebaik saja tiba di sana, ejen mengarahkan saya ke sebuah pekan kecil, Robinvale, daerah Victoria berbekalkan satu nombor telefon yang dia sendiri tidak tahu siapa tetapi mendakwa ia adalah kontraktor yang akan memberikan saya kerja.

Malangnya saya tidak dapat menghubungi ejen terbabit dan dari situlah bermulanya episod penipuan demi penipuan oleh beberapa individu yang rata-rata mendakwa sudah mendapat taraf penduduk tetap Australia.

Dihalau kontraktor

Minggu pertama saya memetik anggur, sepatutnya menerima bayaran A$450. Namun kontraktor hanya membayar A$150 atas alasan saya berhutang dengannya dan jumlah kotak anggur yang dipetik kurang daripada yang saya rekodkan.

Tidak berpuas hati dengan kontraktor itu, saya dan beberapa rakan berniat melarikan diri pada keesokan harinya ke ladang lain. Namun, niat kami berjaya dihidu kontraktor itu dan kami dihalau pada malam itu juga.

Selepas itu, kami berpindah ke sebuah lagi pekan dalam daerah Victoria iaitu Echuca untuk memetik tomato dan di sini keadaannya lebih baik berbanding sebelumnya kerana kami semua dapat berhubung terus dengan pemilik ladang.

Bagaimanapun, kontraktor yang menguruskan saya pada ketika itu sering bertengkar dengan pemilik ladang kerana kekurangan kerja dan mengakibatkan pendapatan kami terima tidak seperti yang diharapkan.

Hutang semakin menimbun

Memikirkan hutang di tanah air semakin menimbun, saya kuatkan semangat. Namun lama kelamaan saya semakin berasa tidak berbaloi, terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk bayaran yang sedikit.

Akhirnya saya mengambil keputusan menceritakan segalanya kepada ibu dan akhirnya saya disuruh pulang.

Berada di negara orang tanpa permit kerja sah membuatkan saya sentiasa berada dalam ketakutan terutamanya apabila terserempak dengan pihak berkuasa.

Cerita manis di Facebook dan blog menyatakan seminggu boleh meraih pendapatan A$1,200 bukanlah tidak boleh dicapai, namun ia memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun sebelum pekerja diberikan kepercayaan untuk dibayar dengan jumlah itu.

Namun, sanggupkah anda bekerja tanpa sebarang dokumen sah serta dihantar pulang ke tanah air tanpa hasil sekiranya ditangkap oleh pihak berkuasa?

Saya pergi ke sana bermodalkan hampir RM9,000 dan pulang ke tanah air dengan hasil sebanyak RM1,200. Saya kini menanggung hutang keliling pinggang, selain sukar mendapatkan pekerjaan.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Matawang Paling Murah Di Dunia

Sumber: Mynewshub

Sunday, April 03, 2016

Upacara Rambu Solo, Suku Kaum Yang Obses Terhadap Kematian

Upacara Rambu Solo, Suku Kaum Yang Obses Terhadap Kematian

Suku Toraja di Indonesia, dikatakan memiliki sifat obses terhadap kematian. Namun, ia bukanlah membawa maksud perlakuan tragis.

Upacara Rambu Solo

Akan tetapi, ia mengenai sebuah jamuan besar selepas berlakunya kematian kerana suku Toraja percaya, semasa hidup mereka perlu mempunyai harta yang banyak untuk dijadikan bekalan selepas mati.

Sebabnya, harta tersebut membolehkan keluarga mengadakan pesta besar-besaran selepas berlaku kematian kelak.

Dan upacara ini dinamakan sebagai Rambu Solo.

Bagaimanapun, situasi berbeza berlaku kepada orang mati yang tidak berharta.

Mayat akan disimpan dalam rumah selama beberapa tahun dan ahli keluarga perlu mengumpulkan wang bagi mengadakan upacara Rambu Solo bagi menyempurnakan pengebumian mayat tersebut.

Upacara Rambu Solo [2]

Biasanya, majlis pengebumian akan dihadiri oleh ramai pengunjung termasuklah pelancong dan diraikan secara besar-besaran.

Uniknya, suku Toraja berbangga dan mengalu-alukan kedatangan orang luar ke majlis pengebumian yang diadakan.

Namun, pengunjung luar tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna hitam dan merah.

Upacara yang diadakan pula dimulakan dengan penyembelihan kerbau sebagai hidangan untuk jamuan besar ini.

Suku Toraja percaya, semakin banyak kerbau, semakin mudah untuk orang mati mencapai Nirwana.

Upacara Rambu Solo - SEMBELIH KERBAU

Selain itu, kedudukan sesebuah keluarga juga akan dipandang tinggi melalui kemampuan menyediakan jumlah kerbau dengan banyak.

Sememangnya jumlah perbelanjaan menguruskan orang mati lebih mahal berbanding majlis perkahwinan.

Dalam upacara pengebumian suku Toraja ini, terdapat beberapa jenis cara dijalankan.

Antaranya, orang mati akan ditempatkan di dalam sebuah binaan batu terkenal yang dikenali sebagai Lemo.

Setiap mayat akan disusun secara berperingkat. Semakin tinggi tempat mayat, semakin tinggi kedudukannya.

Upacara Rambu Solo - MENGUBUR

Setelah selesai, penduduk akan meletakkan patung kayu (tau-tau) bagi menggambarkan rupa orang mati tersebut, dalam keadaan menghadap ke arah luar Lemo.

Tujuannya, supaya orang mati tersebut dapat melihat keluarga masing-masing meskipun sudah berpindah ke alam kubur.

Selain itu, ada upacara kematian yang dijalankan dengan cara meninggalkan mayat di celah-celah batu pada lereng bukit dan gua.

Disebuah gua kecil bukit batu kapur, Ke'te Kesu, longgokan tulang manusia kelihatan dengan jelas kerana dikawasan inilah sejumlah keranda tergantung pada dinding luar gua.

Upacara Rambu Solo - LEMO

Keranda tergantung tersebut dikatakan sangat sukar dibina kerana memerlukan tenaga yang ramai untuk membinanya sama juga seperti Lemo.

Dengan pelbagai tradisi dalam upacara pengebumian, suku kaum Toraja sememangnya dikenali sebagai masyarakat seni.

Mereka sentiasa menerapkan unsur kesenian termasuklah dalam aspek kematian sehinggakan mampu menarik kedatangan pelancong.

BACA INI JUGA: Ritual Kematian Paling Ngeri Diserata Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, April 02, 2016

Video Ngeri Guna Pisau Cukur Belah Perut Wanita Mengandung!

Video Ngeri Guna Pisau Cukur Belah Perut Wanita Mengandung!

Satu kejadian yang begitu mengejutkan telah berlaku diluar Hospital Laquintini, Douala, Cameroon, sebuah negara bekas jajahan Perancis di barat benua Afrika. Hanya dengan menggunakan pisau cukur, saudara mara seorang wanita mengandung yang sudah meninggal dunia, telah membelah perut wanita itu bagi menyelamatkan bayi kembar dalam kandungannya.

Video Ngeri Guna Pisau Cukur Belah Perut Wanita Mengandung

Mereka berbuat demikian selepas Monique Koumateke, 31, yang sarat mengandung telah jatuh sakit dan dibawa ke hospital terbabit.

Malangnya dia telah dihalau keluar oleh bidan selepas mereka mendakwa Monique sudah meninggal dunia sementara kakitangan hospital di wad bersalin itu enggan membantu.

“Orang dari bilik mayat sendiri datang kepada kami dan memberitahu bahawa bayi dalam kandungan masih menendang perut ibunya.

“Kami ke wad bersalin semula tetapi telah diusir lagi,” kata ibu Monique iaitu Marie Sen.

Keluarga kepada pasangan Monique kemudiannya memutuskan untuk melakukan pembedahan sendiri dengan menggunakan pisau cukur di luar hospital terbabit.

Salah seorang daripada bayi kembar itu telah meninggal dunia manakala seorang lagi hanya hidup beberapa saat sebelum meninggal dunia, sebaik sahaja dikeluarkan dari kandungan ibunya.

Keadaan itu sempat dirakam dan dimuat naik dalam media sosial tempatan sehingga mencetuskan kecaman ramai.

Susulan itu wanita yang melakukan pembedahan berkenaan serta beberapa kakitangan hospital dan bilik mayat telah ditangkap.

Insiden itu turut mendapat perhatian hakim Ayah Paul Abine, yang menyifatkan kejadian berkenaan sebagai sesuatu yang menyedihkan.

“Dakwaan kementerian kesihatan bahawa pihak hospital tidak melakukan sebarang kesalahan telah mencetuskan banyak persoalan berbanding jawapan,” katanya.

BACA INI JUGA:



sumber: utusan

Blog Terbaik Malaysia Mac 2016

Blog Terbaik Malaysia Mac 2016

Assalaamualaikum dan salam sejahtera, ketemu lagi kita diruangan blog terbaik Malaysia bagi bulan Mac 2016 di blog ini.

Blog terbaik Malaysia Mac 2016

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua rakan blogger dan pembaca yang sentiasa sudi berkunjung dan berkomentar macam selalu.

Dan nampaknya dibulan Mac ini kesibukan dengan kerja rutin masih lagi menghambat seperti biasa lalu membataskan aktiviti blogwalking ke blog rakan-rakan.

Untuk pengetahuan rakan-rakan dan pembaca, blog ini juga sedang dalam proses menukar template. Jadi jangan terkejut beruk nanti hehe..

Saya senaraikan dibawah ini, blogger-blogger hebat di Malaysia dengan blog mereka yang berkongsikan info-info semasa dan juga tips-tips yang berguna buat pembaca. Pembaca sekalian, sila terjah!!!

Kepada blogger yang ingin tersenarai disini, datanglah berkomentar, pasti masuk dalam senarai. Tiada had blog, tiada limit komentar.

Cuma, blog yang mengkhusus kepada blog jualan sebarang produk tidak dapat saya masukkan disini.

Buat semua blogger-blogger hebat dan pembaca tersayang, terima kasih..:)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA MAC 2016

1. Khir Khalid - Khirkhalid.com

2. Mrs. A - Mrsablogstori.blogspot.my

3. Nurhaziq Abdul Hafiz - Sayapejuangbahasa.blogspot.my

4. Fidah Shah - Whitebarley.blogspot.my

5. Maria Firdz - Mariafirdz.com

6. Bin Muhammad - Dammahumnib.com

7. Lokmanamirul - Lokmanamirul.blogspot.my

8. Noriza Rahman Momma Vogue - Mommavogue.com

9. Calrase Patrick - Calrasepatrick.blogspot.com

10. Media Admin - Eyfawriter.blogspot.my

11. Mrhanafi - Mrhanafi.com

12. aRz MoHa - Arzmoha.com

13. Akif Imtiyaz - Akifimtiyaz.com

14. Ummar Farouk - Nukeufo89.com

15. Dr. Macho - Megawealthvet.blogspot.my

16. Nao Mei - Sweetyzhanieyz83.blogspot.my


BACA INI JUGA: MALAYSIA BEST BLOG

Friday, April 01, 2016

Gambar Selfie Direnung Hantu Yang 'Menyeramkan'!?

Gambar Selfie Direnung Hantu Yang 'Menyeramkan'!?

Sekali pandang, ia hanyalah sekeping gambar selfie biasa yang dilakukan semua orang. Tapi jika dibelek dengan teliti maka bulu roma anda pasti akan meremang!

Gambar+Selfie+Seram

Perhatikan imbasan bayang wanita yang bergambar selfie pada kaca dibelakangnya, 'dia' sedang merenung!

Ada yang memberi komen bayang wanita itu adalah wanita lain tapi kalau pun andaian itu benar sudah tentulah itu jawapan yang lebih menyeramkan lagi.

Viral seluruh dunia

Gambar+Selfie+Seram [2]

Gambar ini sebenarnya sudah lama viral di Malaysia namun ianya mula tersebar secara meluas di luar negara apabila ia dimuat naik di laman perkongsian gambar, 9GAG.

Gambar itu kemudiannya menjadi bahan berita akhbar antarabangsa dari Rusia, RT.com yang menyifatkan gambar tersebut sebagai gambar selfie paling menakutkan di dunia.

Selain dari RT.com, gambar tersebut turut mendapat perhatian portal berita Singapura, Stomp, portal hiburan dari California, Uproxx, portal Metro.co.uk dan juga portal abplive.

Gambar itu juga turut diterbitkan oleh portal berita Georgia dan dikongsikan di Twitter dan juga Reddit.

BACA INI JUGA: 5 Produksi Filem Seram Yang Di Sumpah Di Dunia Sebenar!

Hanya Segelas Air Sebagai Mas Kahwin!

Hanya Segelas Air Sebagai Mas Kahwin!

Selepas kita dihebohkan dengan cerita pasangan yang gagal dinikahkan disebabkan wang hantaran, timbul pula kisah mengharukan dari daerah Kampung Pea Jambu di wilayah Indonesia.

Pernikahan Hari & Rohani

Gambar yang dipaparkan dalam akaun Facebook bernama Purwanto menunjukkan sepasang pengantin duduk di dalam sebuah masjid.

Sekali lihat, ia acara seperti pernikahan biasa. Pasangan itu duduk di masjid dengan pengantin perempuan minum segelas air.

Bagaimanapun, menurut Purwanto, ia bukan air biasa. Sebaliknya segelas air putih itu ialah hantaran yang diberikan pengantin lelaki kepada isterinya.

“Pernikahan Hari & Rohani dengan mahar segelas air minum. Langsung diminum maharnya. Semoga menjadi keluarga yang bahagia,” tulis Purwanto.

Hari dan Rohani ialah nama pasangan pengantin berkenaan.

Dalam komen dibawah, pemilik akaun Facebook itu berkata, pengantin lelaki itu ialah pegawai agama di Pejabat Urusan Agama Singkohol.

“Ia. Yang menikah ialah pegawai agama. Pernikahan dilangsungkan di Masjid Al Falah Kampung Pea Jambu, Khamis 24 Mac 2016,” tulis Purwanto.

Ramai pengguna Facebook terharu dengan laporan itu kerana tidak percaya ada pernikahan boleh dilangsungkan dengan hantaran segelas air putih sahaja.

BACA INI JUGA: 8 Manfaat Kesihatan Air Mani Kepada Wanita Menurut Sains

Sumber: Agensi/myMetro Online

Bertambah Kaya Kerana Selalu Bersyukur

Bertambah Kaya Kerana Selalu Bersyukur

Nabi Musa a.s. memiliki umat yang sangat ramai dan umur mereka juga sangat panjang. Dikalangan mereka ada yang kaya dan ada juga yang miskin.

Duit-emas

Suatu hari, ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s. Dia begitu miskin, pakaiannya lusuh dan berlubang-lubang.

Si miskin itu kemudiannya berkata kepada Nabi Musa a.s., "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku agar menjadikan aku seorang yang kaya."

Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku, perbanyakkanlah bersyukur kepada Allah SWT."

Orang miskin itu pun terkejut dan kesal lalu berkata, bagaimana aku mahu bersyukur, makan pun jarang dan pakaian yang aku pakai pun hanya satu helai ini saja."

Orang miskin itu pun pulang tanpa mendapat apa yang dihajatinya.

Kemudian, datang pula seorang kaya datang menemui Nabi Musa a.s. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya.

Dia berkata kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku agar dijadikannya aku seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu."

Nabi Musa a.s. pun tersenyum lalu berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SwT."

Orang itu terkejut lalu berkata, "Bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah SWT? Allah telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan. Bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya?"

Akhirnya orang kaya itu pun pulang. Kemudian, terjadi adalah dia semakin bertambah kaya kerana selalu bersyukur.

Manakala orang miskin bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga orang miskin tidak lagi memiliki selembar pakaian pun ditubuhnya.

Semuanya kerana tidak mahu bersyukur kepada nikmatnya Allah SWT.

BACA INI JUGA: Dimana Harta Karun Beale Disembunyikan?

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, March 31, 2016

Chocolate Hills, Keindahan Bukit Coklat

Chocolate Hills, Keindahan Bukit Coklat

Dalam wilayah Bohol, Filipina, ada sebuah kawasan berbukit yang digelar 'Bukit Coklat' (Chocolate Hills).

Chocolate Hills

Kawasan seluas 50 kilometer persegi ini dipenuhi bukit kapur hasil fenomena geologi sejak ribuan tahun dahulu.

Dikatakan, terdapat antara 1,268 sehingga 1,776 buah bukit disini yang lebarnya berdiameter antara 30 hingga 50 meter.

Tingginya pula pelbagai dan ada yang mencecah sehingga 120 meter.

Bukit-bukit ini diselaputi rumput dan pada musim hujan, rumput-rumput menghijau menjadikan bukit disini kelihatan seperti dataran hijau yang berbonggol.

Chocolate Hills [2]

Apabila musim kemarau pula, rumput yang kering berubah warna menjadi gelap coklat sehingga terlihat bagaikan hamparan bukit coklat.

Bukit Coklat merupakan salah satu kawasan pelancongan terkenal di Filipina.

BACA INI JUGA: 10 Gunung Paling Sukar Ditakluki Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Polis Sahkan Murid Gunting Lidah Sendiri!

Polis Sahkan Murid Gunting Lidah Sendiri!

Dakwaan seorang murid tahun dua yang lidahnya terpotong didakwa angkara dibuli oleh sekumpulan murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di Klang, Selangor, minggu lalu adalah palsu.

Gunting+Lidah+Sendiri

Siasatan menyeluruh telah dijalankan dan pihak polis memutuskan yang mangsa tidak dibuli.

Kecederaan murid tersebut, Muhammad Alif Shukran Alias, 8, berpunca daripada kecuaian diri sendiri yang ketika itu bermain gunting milik rakan sekelasnya.

Semasa insiden itu berlaku Muhammad Alif Shukran dan rakan-rakannya berada di dalam kelas mengikuti sesi pembelajaran.

Berdasarkan laporan yang dibuat guru sekolah itu turut mendapati, tiada sebarang keterangan sokongan yang boleh membabitkan pelajar lain dalam kes berkenaan.

Polis tidak menemui sebarang elemen yang boleh mengaitkan kes tersebut dengan gejala buli kerana kecederaan berlaku di dalam kelas dan mangsa dirujuk terus kepada Penolong Kanan untuk rawatan.

Tiada sebarang tindakan akan diambil kerana Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan laporan hasil siasatan.

Minggu lalu, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan berita seorang murid tahun dua yang mendakwa dirinya dipaksa menggunting lidahnya sendiri akibat dibuli oleh sekumpulan lima murid tahun tiga.

Insiden ini turut hangat diperkatakan di media sosial selepas beberapa keping gambar murid terbabit menjadi viral.

BACA INI JUGA: Selebriti Terkenal Hollywood Yang Pernah Di Tuduh Membunuh

Sumber: Mynewshub.cc

Gempar Daging Tertera Imej Syaitan!

Gempar Daging Tertera Imej Syaitan!

Tidak tahu sama ada ianya satu kebetulan atau mempunyai misteri yang tertentu, sekeping gambar yang memaparkan potongan daging dengan penampakan imej Syaitan kini tersebar di Internet.

Daging Tertera Imej Setan

Gambar daging lembu tersebut jelas menunjukkan susuk tubuh seakan-akan setan yang lengkap dengan tanduk kecil dan matanya yang merah.

Menurut sumber berita El Metichon, daging itu ditemui dipusat penyembelihan haiwan terbesar di Sukarne, Mexico.

Imej setan dalam potongan daging tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen.

Segelintir netizen percaya bahawa daging tersebut pernah digunakan dalam ritual mistik memanggil Syaitan.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa imej tersebut hanyalah satu kebetulan semata-mata dan langsung tiada kena mengena dengan perkara-perkara mistik.

BACA INI JUGA: Misteri Simbol Iblis Dalam Wang Kertas RM1 Dan RM5!

Sumber: Mynewshub.cc