Saturday, April 02, 2016

Video Ngeri Guna Pisau Cukur Belah Perut Wanita Mengandung!

Video Ngeri Guna Pisau Cukur Belah Perut Wanita Mengandung!

Satu kejadian yang begitu mengejutkan telah berlaku diluar Hospital Laquintini, Douala, Cameroon, sebuah negara bekas jajahan Perancis di barat benua Afrika. Hanya dengan menggunakan pisau cukur, saudara mara seorang wanita mengandung yang sudah meninggal dunia, telah membelah perut wanita itu bagi menyelamatkan bayi kembar dalam kandungannya.

Video Ngeri Guna Pisau Cukur Belah Perut Wanita Mengandung

Mereka berbuat demikian selepas Monique Koumateke, 31, yang sarat mengandung telah jatuh sakit dan dibawa ke hospital terbabit.

Malangnya dia telah dihalau keluar oleh bidan selepas mereka mendakwa Monique sudah meninggal dunia sementara kakitangan hospital di wad bersalin itu enggan membantu.

“Orang dari bilik mayat sendiri datang kepada kami dan memberitahu bahawa bayi dalam kandungan masih menendang perut ibunya.

“Kami ke wad bersalin semula tetapi telah diusir lagi,” kata ibu Monique iaitu Marie Sen.

Keluarga kepada pasangan Monique kemudiannya memutuskan untuk melakukan pembedahan sendiri dengan menggunakan pisau cukur di luar hospital terbabit.

Salah seorang daripada bayi kembar itu telah meninggal dunia manakala seorang lagi hanya hidup beberapa saat sebelum meninggal dunia, sebaik sahaja dikeluarkan dari kandungan ibunya.

Keadaan itu sempat dirakam dan dimuat naik dalam media sosial tempatan sehingga mencetuskan kecaman ramai.

Susulan itu wanita yang melakukan pembedahan berkenaan serta beberapa kakitangan hospital dan bilik mayat telah ditangkap.

Insiden itu turut mendapat perhatian hakim Ayah Paul Abine, yang menyifatkan kejadian berkenaan sebagai sesuatu yang menyedihkan.

“Dakwaan kementerian kesihatan bahawa pihak hospital tidak melakukan sebarang kesalahan telah mencetuskan banyak persoalan berbanding jawapan,” katanya.

BACA INI JUGA:



sumber: utusan

Blog Terbaik Malaysia Mac 2016

Blog Terbaik Malaysia Mac 2016

Assalaamualaikum dan salam sejahtera, ketemu lagi kita diruangan blog terbaik Malaysia bagi bulan Mac 2016 di blog ini.

Blog terbaik Malaysia Mac 2016

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua rakan blogger dan pembaca yang sentiasa sudi berkunjung dan berkomentar macam selalu.

Dan nampaknya dibulan Mac ini kesibukan dengan kerja rutin masih lagi menghambat seperti biasa lalu membataskan aktiviti blogwalking ke blog rakan-rakan.

Untuk pengetahuan rakan-rakan dan pembaca, blog ini juga sedang dalam proses menukar template. Jadi jangan terkejut beruk nanti hehe..

Saya senaraikan dibawah ini, blogger-blogger hebat di Malaysia dengan blog mereka yang berkongsikan info-info semasa dan juga tips-tips yang berguna buat pembaca. Pembaca sekalian, sila terjah!!!

Kepada blogger yang ingin tersenarai disini, datanglah berkomentar, pasti masuk dalam senarai. Tiada had blog, tiada limit komentar.

Cuma, blog yang mengkhusus kepada blog jualan sebarang produk tidak dapat saya masukkan disini.

Buat semua blogger-blogger hebat dan pembaca tersayang, terima kasih..:)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA MAC 2016

1. Khir Khalid - Khirkhalid.com

2. Mrs. A - Mrsablogstori.blogspot.my

3. Nurhaziq Abdul Hafiz - Sayapejuangbahasa.blogspot.my

4. Fidah Shah - Whitebarley.blogspot.my

5. Maria Firdz - Mariafirdz.com

6. Bin Muhammad - Dammahumnib.com

7. Lokmanamirul - Lokmanamirul.blogspot.my

8. Noriza Rahman Momma Vogue - Mommavogue.com

9. Calrase Patrick - Calrasepatrick.blogspot.com

10. Media Admin - Eyfawriter.blogspot.my

11. Mrhanafi - Mrhanafi.com

12. aRz MoHa - Arzmoha.com

13. Akif Imtiyaz - Akifimtiyaz.com

14. Ummar Farouk - Nukeufo89.com

15. Dr. Macho - Megawealthvet.blogspot.my

16. Nao Mei - Sweetyzhanieyz83.blogspot.my


BACA INI JUGA: MALAYSIA BEST BLOG

Friday, April 01, 2016

Gambar Selfie Direnung Hantu Yang 'Menyeramkan'!?

Gambar Selfie Direnung Hantu Yang 'Menyeramkan'!?

Sekali pandang, ia hanyalah sekeping gambar selfie biasa yang dilakukan semua orang. Tapi jika dibelek dengan teliti maka bulu roma anda pasti akan meremang!

Gambar+Selfie+Seram

Perhatikan imbasan bayang wanita yang bergambar selfie pada kaca dibelakangnya, 'dia' sedang merenung!

Ada yang memberi komen bayang wanita itu adalah wanita lain tapi kalau pun andaian itu benar sudah tentulah itu jawapan yang lebih menyeramkan lagi.

Viral seluruh dunia

Gambar+Selfie+Seram [2]

Gambar ini sebenarnya sudah lama viral di Malaysia namun ianya mula tersebar secara meluas di luar negara apabila ia dimuat naik di laman perkongsian gambar, 9GAG.

Gambar itu kemudiannya menjadi bahan berita akhbar antarabangsa dari Rusia, RT.com yang menyifatkan gambar tersebut sebagai gambar selfie paling menakutkan di dunia.

Selain dari RT.com, gambar tersebut turut mendapat perhatian portal berita Singapura, Stomp, portal hiburan dari California, Uproxx, portal Metro.co.uk dan juga portal abplive.

Gambar itu juga turut diterbitkan oleh portal berita Georgia dan dikongsikan di Twitter dan juga Reddit.

BACA INI JUGA: 5 Produksi Filem Seram Yang Di Sumpah Di Dunia Sebenar!

Hanya Segelas Air Sebagai Mas Kahwin!

Hanya Segelas Air Sebagai Mas Kahwin!

Selepas kita dihebohkan dengan cerita pasangan yang gagal dinikahkan disebabkan wang hantaran, timbul pula kisah mengharukan dari daerah Kampung Pea Jambu di wilayah Indonesia.

Pernikahan Hari & Rohani

Gambar yang dipaparkan dalam akaun Facebook bernama Purwanto menunjukkan sepasang pengantin duduk di dalam sebuah masjid.

Sekali lihat, ia acara seperti pernikahan biasa. Pasangan itu duduk di masjid dengan pengantin perempuan minum segelas air.

Bagaimanapun, menurut Purwanto, ia bukan air biasa. Sebaliknya segelas air putih itu ialah hantaran yang diberikan pengantin lelaki kepada isterinya.

“Pernikahan Hari & Rohani dengan mahar segelas air minum. Langsung diminum maharnya. Semoga menjadi keluarga yang bahagia,” tulis Purwanto.

Hari dan Rohani ialah nama pasangan pengantin berkenaan.

Dalam komen dibawah, pemilik akaun Facebook itu berkata, pengantin lelaki itu ialah pegawai agama di Pejabat Urusan Agama Singkohol.

“Ia. Yang menikah ialah pegawai agama. Pernikahan dilangsungkan di Masjid Al Falah Kampung Pea Jambu, Khamis 24 Mac 2016,” tulis Purwanto.

Ramai pengguna Facebook terharu dengan laporan itu kerana tidak percaya ada pernikahan boleh dilangsungkan dengan hantaran segelas air putih sahaja.

BACA INI JUGA: 8 Manfaat Kesihatan Air Mani Kepada Wanita Menurut Sains

Sumber: Agensi/myMetro Online

Bertambah Kaya Kerana Selalu Bersyukur

Bertambah Kaya Kerana Selalu Bersyukur

Nabi Musa a.s. memiliki umat yang sangat ramai dan umur mereka juga sangat panjang. Dikalangan mereka ada yang kaya dan ada juga yang miskin.

Duit-emas

Suatu hari, ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s. Dia begitu miskin, pakaiannya lusuh dan berlubang-lubang.

Si miskin itu kemudiannya berkata kepada Nabi Musa a.s., "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku agar menjadikan aku seorang yang kaya."

Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku, perbanyakkanlah bersyukur kepada Allah SWT."

Orang miskin itu pun terkejut dan kesal lalu berkata, bagaimana aku mahu bersyukur, makan pun jarang dan pakaian yang aku pakai pun hanya satu helai ini saja."

Orang miskin itu pun pulang tanpa mendapat apa yang dihajatinya.

Kemudian, datang pula seorang kaya datang menemui Nabi Musa a.s. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya.

Dia berkata kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku agar dijadikannya aku seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu."

Nabi Musa a.s. pun tersenyum lalu berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SwT."

Orang itu terkejut lalu berkata, "Bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah SWT? Allah telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan. Bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya?"

Akhirnya orang kaya itu pun pulang. Kemudian, terjadi adalah dia semakin bertambah kaya kerana selalu bersyukur.

Manakala orang miskin bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga orang miskin tidak lagi memiliki selembar pakaian pun ditubuhnya.

Semuanya kerana tidak mahu bersyukur kepada nikmatnya Allah SWT.

BACA INI JUGA: Dimana Harta Karun Beale Disembunyikan?

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, March 31, 2016

Chocolate Hills, Keindahan Bukit Coklat

Chocolate Hills, Keindahan Bukit Coklat

Dalam wilayah Bohol, Filipina, ada sebuah kawasan berbukit yang digelar 'Bukit Coklat' (Chocolate Hills).

Chocolate Hills

Kawasan seluas 50 kilometer persegi ini dipenuhi bukit kapur hasil fenomena geologi sejak ribuan tahun dahulu.

Dikatakan, terdapat antara 1,268 sehingga 1,776 buah bukit disini yang lebarnya berdiameter antara 30 hingga 50 meter.

Tingginya pula pelbagai dan ada yang mencecah sehingga 120 meter.

Bukit-bukit ini diselaputi rumput dan pada musim hujan, rumput-rumput menghijau menjadikan bukit disini kelihatan seperti dataran hijau yang berbonggol.

Chocolate Hills [2]

Apabila musim kemarau pula, rumput yang kering berubah warna menjadi gelap coklat sehingga terlihat bagaikan hamparan bukit coklat.

Bukit Coklat merupakan salah satu kawasan pelancongan terkenal di Filipina.

BACA INI JUGA: 10 Gunung Paling Sukar Ditakluki Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Polis Sahkan Murid Gunting Lidah Sendiri!

Polis Sahkan Murid Gunting Lidah Sendiri!

Dakwaan seorang murid tahun dua yang lidahnya terpotong didakwa angkara dibuli oleh sekumpulan murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di Klang, Selangor, minggu lalu adalah palsu.

Gunting+Lidah+Sendiri

Siasatan menyeluruh telah dijalankan dan pihak polis memutuskan yang mangsa tidak dibuli.

Kecederaan murid tersebut, Muhammad Alif Shukran Alias, 8, berpunca daripada kecuaian diri sendiri yang ketika itu bermain gunting milik rakan sekelasnya.

Semasa insiden itu berlaku Muhammad Alif Shukran dan rakan-rakannya berada di dalam kelas mengikuti sesi pembelajaran.

Berdasarkan laporan yang dibuat guru sekolah itu turut mendapati, tiada sebarang keterangan sokongan yang boleh membabitkan pelajar lain dalam kes berkenaan.

Polis tidak menemui sebarang elemen yang boleh mengaitkan kes tersebut dengan gejala buli kerana kecederaan berlaku di dalam kelas dan mangsa dirujuk terus kepada Penolong Kanan untuk rawatan.

Tiada sebarang tindakan akan diambil kerana Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan laporan hasil siasatan.

Minggu lalu, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan berita seorang murid tahun dua yang mendakwa dirinya dipaksa menggunting lidahnya sendiri akibat dibuli oleh sekumpulan lima murid tahun tiga.

Insiden ini turut hangat diperkatakan di media sosial selepas beberapa keping gambar murid terbabit menjadi viral.

BACA INI JUGA: Selebriti Terkenal Hollywood Yang Pernah Di Tuduh Membunuh

Sumber: Mynewshub.cc

Gempar Daging Tertera Imej Syaitan!

Gempar Daging Tertera Imej Syaitan!

Tidak tahu sama ada ianya satu kebetulan atau mempunyai misteri yang tertentu, sekeping gambar yang memaparkan potongan daging dengan penampakan imej Syaitan kini tersebar di Internet.

Daging Tertera Imej Setan

Gambar daging lembu tersebut jelas menunjukkan susuk tubuh seakan-akan setan yang lengkap dengan tanduk kecil dan matanya yang merah.

Menurut sumber berita El Metichon, daging itu ditemui dipusat penyembelihan haiwan terbesar di Sukarne, Mexico.

Imej setan dalam potongan daging tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen.

Segelintir netizen percaya bahawa daging tersebut pernah digunakan dalam ritual mistik memanggil Syaitan.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa imej tersebut hanyalah satu kebetulan semata-mata dan langsung tiada kena mengena dengan perkara-perkara mistik.

BACA INI JUGA: Misteri Simbol Iblis Dalam Wang Kertas RM1 Dan RM5!

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, March 30, 2016

Bagaimana Komando Malaysia Dilatih!?

Bagaimana Komando Malaysia Dilatih!?

Rahsia latihan komando Malaysia didedahkan bukanlah cerita baru, namun yang didedahkan hanyalah asas sahaja dan latihan sebenar sememangnya rahsia bagi menjaga rahsia ketenteraan Malaysia.

Beret Hijau Komando Malaysia

Kursus asas komando ada 4 asas untuk di anugerahkan beret hijau, 4 asas ini amat penting dalam latihan komando.

Bukan senang untuk mendapatkan beret hijau kerana perlu melalui 4 latihan asas ini;
  1. Latihan Pemanas Badan
  2. Ikhtiar Hidup
  3. Laut
  4. Ujian Akhir

1. Latihan Pemanas Badan

Ujian pemanas badan atau lebih dikenali sebagai peringkat kem berlangsung di Kem Sg Udang selama 5 minggu.

Latihan di sini disebut pemanas badan untuk pelatih bersedia menghadapi latihan di peringkat seterusnya yang mungkin lebih mencabar.

Pelatih akan diperkenalkan dengan kehidupan seorang komando dan dididik agar tidak kenal erti belas kasihan, terutamanya kepada musuh.

Beberapa kemahiran rahsia juga diajar di sini. Antara latihannya seperti abseiling dari menara dan helikopter, latihan menembak, perubatan medan, penggunaan pelbagai senjata, bahan letupan, semboyan dan sebagainya.

Antara syarat‐syarat yang perlu dipatuhi sepanjang kursus selama 3 bulan ini, pelatih hanya boleh tidur selama lebih kurang 3 jam sahaja. Pelatih juga tidak dibenarkan mandi.

Makanan yang diberikan tidak sempurna, tetapi berkhasiat. Sementara latihan fizikal pula ialah:
  • Larian jarak jauh (76km) yang perlu dilengkapkan dalam 2 sesi iaitu siang dan malam, tidak melebihi 12 jam. (Jumlah larian 152 km)
  • Jalan lasak/laju 25 km
  • Pandu arah pelbagai bentuk muka bumi (138 km), juga dalam 2 sesi dan dalam masa yang ditetapkan.(Jumlah perjalanan 276 km)

2. Ikhtiar Hidup

Latihan ikhtiar hidup dijalankan selama 3 minggu melibatkan kawasan hutan dan paya. Peringkat ini adalah yang paling sukar dalam kebanyakan kursus komando.

Ia memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi. Tidak disediakan makanan.

Pelatih diajar dan seterusnya berusaha untuk mencari makanan sendiri di kawasan sekeliling untuk terus hidup. Khemah juga tidak disertakan.

Pelatih hanya tidur di kawasan‐kawasan selamat seperti di atas pokok. Latihan teknik ronda dalam kumpulan kecil dan segala ilmu peperangan hutan didedahkan.

Aktiviti pandu arah dalam hutan sejauh 90 km juga diwajibkan. Sebelum latihan di paya, sekali lagi pelatih akan mengharungi perjalanan pelbagai bentuk muka bumi sejauh 160 km (tidak boleh lebih dari 3 hari).

Antara syarat jalan jauh itu, pelatih tidak boleh berhenti berjalan kecuali buang air dan makan.

Di paya, pelatih harus menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, seluruh tubuh mesti disapu dengan lumpur bagi tujuan mengelak dari dihidu atau digigit oleh hidupan liar di paya.

Teknik bekukan kedudukan, operasi dan asas pertempuran di kawasan paya diajar. Tidak ketinggalan, ikhtiar hidup.

Pelatih diberi beberapa batang mancis, parang dan seorang satu tempurung kelapa. Para pelatih juga perlu membuat tombak runcing sebagai alat tambahan untuk berburu.

3. Laut

Pelatih akan dibawa kembali ke Kem Sg Udang untuk memulakan peringkat laut selama 2 minggu.

Kemahiran paling asas yang diajarkan di sini ialah berenang di dasar laut, drown proofing dan teknik menahan nafas.

Lain‐lain seperti ikhtiar hidup laut, isyarat kod morse dan pertempuran di dasar dan permukaan.

Aktiviti berkayak dengan kanu sejauh 20 km dan pandu arah laut hanya 10 km. Peringkat laut merupakan ujian paling ringan dalam kursus asas komando.

4. Ujian Akhir

Setelah kesemua peringkat diharungi, maka tamatlah sesi pembelajarannya. Tiba masanya untuk para pelatih menghadapi ‘ujian’ untuk dinilai adakah pelatih dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sebelumnya dengan sebaik mungkin.

Terlebih dahulu pelatih akan diberi taklimat secukupnya untuk persediaan ujian akhir ini. Ia akan lebih bersifat realistik. Ia di pecahkan kepada 3 peringkat utama:

a. Peringkat perjalanan/Air gelap

Maksud perjalanan di sini ialah perjalanan menuju ke kawasan operasi. Biasanya ia mengikut jalan sungai. Pelatih akan bertolak pada waktu malam dengan menggunakan kanu. Jarak perjalanan ini tidak tetap, mengikut berapa panjangnya anak sungai.

b. Peringkat Operasi

Tiba dikawasan operasi yang telah dikenal pasti, pelatih akan membuat satu serangan ke atas kubu musuh tersebut. Serangan itu sama seperti demonstrasi serangan pantai semasa hari penganugerahan beret. Cuma kali ini skalanya lebih besar dan kompleks.

c. Peringkat Pelarian

Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai, pelatih dipaksa sekeras‐kerasnya berundur dari kawasan itu tanpa meninggalkan sebarang kesan. Mereka perlu melarikan diri dan mengelak dari dikesan oleh jurulatih yang bertindak sebagai musuh (bersenjata).

Proses pembolosan ini dipanggil Escape & Evasion (E&E). Jarak pelarian biasanya mencecah 200 km untuk pelatih sampai ke checkpoint yang ditetapkan.

Sekiranya pelatih dapat dikesan dan tertangkap, jurulatih yang bertindak sebagai musuh tadi akan mendera dan menekan mental pelatih supaya membocorkan maklumat rakan‐rakan pelatih lain yang berjaya mengelakkan diri.

Sekiranya pelatih memberitahu apa‐apa rahsia, maka beliau akan gagal keseluruhan kursus dan tidak layak memakai beret hijau. Ini disebabkan pelatih tersebut tidak tahan seksaan yang dikenakan.

Oleh itu, sekiranya seksaan dalam latihan pun tak boleh tahan bagaimana pula nak menghadapi seksaan oleh musuh sebenar yang jauh lebih perit, bahkan sampai meragut nyawa.

Terdapat pelbagai bentuk penderaan/penyeksaan seperti dipukul, dipaksa memakan najis, digantung dengan keadaan kepala di bawah dan lain‐lain.

Sebagai tambahan, terdapat syarat‐syarat yang perlu dipatuhi jurulatih dalam latihan penderaan ini. Antaranya ialah tidak boleh menyeksa rekrut sehingga menyebabkan kecederaan dalaman atau kematian.

Penganugerahan Beret Hijau

Pelatih yang berjaya dan disahkan, layak bergelar KOMANDO. Mereka akan berehat di sebuah kem tentera, iaitu di mana tempat berakhirnya proses E&E.

Juga memberi peluang kepada rekrut‐rekrut baru komando tadi berhubung dengan keluarga dan membuat persediaan semasa hari penganugerahan.

Jadi, tidak hairanlah jika Komando Malaysia diiktiraf antara komando terbaik di dunia sehingga pernah di dokumentarikan oleh Asia Channel.

Kalau latihan asas begini pun dah brutal, yang betul-betul tak tahulah macamana kan.

BACA INI JUGA: Briged Al-Qassam, Perjuangan Atas Nama Allah

Sumber: kiambangmerah

Bukan Buli Tapi Murid Gunting Lidah Sendiri?!

Bukan Buli Tapi Murid Gunting Lidah Sendiri?!

Memang kecoh apabila seorang pelajar Sekolah Rendah Bukit Tinggi, Klang, yang berusia 8 tahun dipercayai dibuli oleh rakannya sehingga dia dipaksa menggunting lidahnya sendiri.

Kes Murid Gunting Lidah

Malah, kejadian ini telah mendapat perhatian orang ramai sehingga menganggap perbuatan tersebut amat seksa dan kejam.

Namun, guru sekolah berkenaan telah tampil berkenaan isu tersebut dan mengakui bahawa tiada kes buli yang disebut-sebutkan itu.

Ini merupakan penjelasan dari guru sekolah berkenaan yang tersebar di aplikasi WhatsApp. Namun, sumber masih belum dapat dipastikan.

Hari Khamis itu, memang ada dua insiden. Insiden pertama memang berlaku pada waktu rehat, insiden kedua berlaku dekat dengan waktu nak balik.

Yang kes dia ini, berlaku pada waktu nak balik lebih kurang dalam jam 6 petang. Ustazah itu masuk dan selepas budak-budak bagi salam, baca doa pula. Macam biasa.

Selepas baca doa, ustazah itu ada tegur 2, 3 orang budak baca doa tak betul. Ustazah itu pergi dekat dengan budak yang baca doa tak betul itu untuk talaqqi'lah kononnya.

Tak semena-mena budak itu menangis dan ustazah itu pun berasa pelik, kenapa budak lain yang kena tegur, dia pula yang menangis. Masa itu, barulah nampak mulut budak itu berdarah sambil pegang gunting.

Dipendekkan cerita, memang tidak wujud pun pembuli itu dan tidak berlaku sama sekali kes buli itu. Masalahnya, pihak atasan (pihak sekolah) tidak membenarkan kita membuat laporan polis. Selepas itu, polis pula seakan percaya dan masuk on their side.

Masalahnya, budak itu uztazah yang ajar dia dari bulan Januari pun dia tak boleh cam. Sekarang ini, pihak Forensik siap datang ke sekolah untuk periksa tandas.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) tak benarkan kita buat laporan polis. Itu yang membuatkan kita rasa geram.

Tetapi tadi PK petang, ustazah yang terlibat dalam kejadian dan guru kelas murid terbabit pergi juga buat laporan polis bagi pihak diri sendiri.

KPM kata nak tunggu pihak polis selesaikan siasatan dulu, baru akan ambil tindakan seterusnya.
Sekarang ini, pihak Forensik pergi periksa sampai ke tandas konon-kononnya budak itu dibuli di tandas untuk cari bukti.
Kasihan, menyusahkan orang betul. Disebabkan cerita yang direka-reka, banyak pihak yang terlibat. En Hud, pening kepala.

Yang ini, mak dia saja yang pandai reka cerita, dia dok provok anak dia. Budak ini kelas hujung, jadi faham-faham sajalah macam mana budaknya.

Sekarang ini, OCPD Klang sudah 'panas bontot'. Selepas cikgu-cikgu itu buat lapor polis tadi, baru mereka macam okay sikit dengan pihak sekolah.

Kami, cikgu-cikgu sesi petang memang bersatu hati. Tadi pun setengah hari di sekolah sebab nak bincang apa yang patut dibuat. Kalau perlu gunakan khidmat peguam, kami sanggup 'tong²' duit.

Jika betullah pihak sekolah tidak bersalah, hentikanlah mengutuk cikgu-cikgu di Malaysia.

BACA INI JUGA: Murid Bodoh Yang Mengubah Dunia!

Sumber: Sensasi.org