Monday, March 28, 2016

Aksi Terlampau 3 Gadis Bertudung Memalukan!

Aksi Terlampau 3 Gadis Bertudung Memalukan!

Perbuatan mereka ini bukan sahaja dilihat menghina agama lain, malah mencemarkan maruah sebagai wanita Islam!

Aksi Terlampau 3 Gadis Bertudung

Tiga gadis bertudung dikecam para netizen susulan tersebarnya gambar mereka melakukan aksi lucah pada patung Buddha.

Dalam gambar yang mula tersebar diatas, dua gadis dirakam meraba bahagian dada manakala seorang lagi membuat isyarat lucah menggunakan jari di bahagian bawah patung Buddha.

Mereka dipercayai bergambar dengan patung Budhha itu ketika menyertai lawatan di sebuah tokong.

Apa-apa pun, ingin ditegaskan kepada rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam dan melihat gambar ini, Islam tidak pernah mengajar, malah menghalang penganutnya menghina agama lain.

Kelakuan tiga gadis ini bukan sahaja memalukan agama mereka malah kaum Hawa yang lain!

Meskipun mungkin bertujuan mahu berseronok sahaja tetapi harus diingat setiap sesuatu ada batasnya, apatah lagi jika ada yang berasa terhina dengan perlakuan kita.

Walau bagaimanapun, sehingga kini identiti ketiga-tiga gadis ini masih belum diketahui malah ada yang mendakwa mereka bukan warga Malaysia tetapi Indonesia.

Biar siapa atau dari negara mana sekalipun, sama-sama jadikan pengajaran supaya kes yang mencemar imej Islam dan kaum muslimah seperti ini, tidak lagi berulang.

BACA INI JUGA: Gadis Bertudung Bangga Tayang Lidah Ditindik

Sumber: Mynewshub.cc

Sunday, March 27, 2016

Posisi Hubungan Intim Suami Isteri Yang Berbahaya!

Posisi Hubungan Intim Suami Isteri Yang Berbahaya!

Untuk menghangatkan lagi suasana perhubungan seks, tiada salahnya suami dan isteri berusaha untuk memvariasikan posisi setiap kali bersama, berbanding cara biasa yang sering dilakukan. Kedua pasangan boleh berbincang untuk mencuba sesuatu yang baru dan mungkin lebih 'menyeronokkan'.

Posisi+Seks+Terbaik

Namun, sesetengah posisi tidak digalakkan untuk pasangan mencubanya kerana ia boleh membahayakan anda berdua.

Posisi 1: 69 Secara Berdiri

Suami akan berdiri dan mengangkat isteri secara terbalik. Posisi ini sangat berbahaya kerana dikhuatiri pasangan yang kepalanya di bawah akan terjatuh dan patah lehernya ketika pasangan yang satu lagi mencapai klimaks.

Posisi 2: Cowgirl Sambil Berdiri

Kami tidak tahu sekiranya posisi ini mustahil untuk dilakukan namun begitu ia wujud dan diamalkan oleh sesetengah pasangan barat.

Jangan sesekali mencubanya kerana pasangan wanita pasti akan terjatuh sekiranya pasangan lelaki hilang keseimbangan.

Posisi 3: Jelly Fish

Berlakon seperti pembunuh bersiri, si suami akan berada di belakang dan menyarungkan beg plastik pada kepala isteri. Ini berbahaya dan boleh membawa maut kerana isteri akan sesak nafas akibat kekurangan oksigen.

Posisi 4: Bodybuilder

Suami akan berdiri dan mengangkat isteri, manakala si isteri akan memeluk suami menggunakan kakinya.

Sekiranya anda tidak kuat, atau mungkin berat badan isteri melebihi berat badan anda, jangan cuba posisi ini kerana akhirnya, anda berdua pasti terjatuh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: eh

Lectranal Mampu Merawat Penyakit Alahan?

Lectranal Mampu Merawat Penyakit Alahan?

Penyakit alahan semakin meningkat selama lebih dari 50 tahun di seluruh dunia. Terdapat pelbagai jenis masalah alahan antaranya dermatitis atopik atau ekzema atopik, rinitis alergi, resdung, urtikaria dan asma.

Lectranal®

Di Malaysia, lebih separuh daripada pesakit alahan hidung (52% dewasa dan 61% kanak-kanak) menyatakan bahawa punca biasa kepada alahan ialah hama daripada habuk rumah dan pencemaran.

Satu lagi kajian oleh penyelidik di HUKM menggunakan ujian cucuk kulit (Skin prick test) menunjukkan, alergen makanan yang paling umum mengikut urutan kekerapan ialah udang, ketam, gandum, sotong, kerang, ayam, beras, soya, susu dan telur.

Alahan biasanya diwarisi. Namun 23% daripada mereka yang tiada sejarah keluarga yang menghidap alahan turut berisiko untuk menghidap alahan.

Alahan rinitis beban sedunia

Alahan rinitis (AR) adalah sejenis masalah alahan yang paling biasa ditemui. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira 10% -30% daripada individu di seluruh dunia, atau lebih kurang 400 juta orang menghidap AR.

AR menjejaskan ramai individu dari pelbagai negara tanpa mengira kumpulan etnik dan peringkat umur.

Ia adalah masalah keradangan hidung yang melibatkan tiga simptom utama iaitu bersin, nasal yang tersumbat dan berhingus.

AR bukan sahaja menyebabkan peningkatan morbiditi malah turut menjejaskan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka.

Individu yang mempunyai AR biasanya akan mengalami gangguan nasal yang kronik.

Hidung akan mudah tersumbat dan mengalami inflamasi apabila terdedah kepada alergen. Ini seterusnya akan menyebabkan resdung.

Rinosinusitis atau resdung akan menyebabkan keradangan pada sinus (kaviti dalam rongga hidung).

Individu yang mengalami resdung juga mempunyai simptom seperti kesumbatan pada bahagian muka, sakit kepala dan sakit telinga. Pesakit juga mengalami gangguan tidur menyebabkan mereka akan berusaha untuk melawan perasaan mengantuk pada waktu siang.

Kanak-kanak yang menghidap resdung adalah individu paling terjejas. Ini kerana ia boleh menyebabkan kesukaran untuk belajar akibat simptom alahan selain fungsi kognitif yang juga terjejas akibat penggunaan antihistamin.

Kanak-kanak dengan rinitis juga lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut mereka. Ini boleh menjejaskan perkembangan muka dan gigi yang normal.

Dalam kes-kes alahan nasal kronik yang lebih serius, polip hidung mungkin boleh terjadi. Polip hidung adalah pertumbuhan tisu abnormal di dalam rongga hidung dan sinus.

Ia terjadi akibat keradangan (kemerahan dan bengkak) yang disebabkan oleh alahan.

Kaitan dengan asma

AR sering dipandang ringan kerana ia tidak menyebabkan kematian.

Namun, penyelidikan perubatan terkini menunjukkan pesakit dengan AR berisiko tinggi untuk menghidap asma. Kaitan yang rapat wujud antara rinitis alergi dan asma di mana kedua-duanya dipercayai mempunyai manifestasi penyakit yang sama.

Alahan rinitis sering dialami terlebih dahulu sebelum seseorang individu itu mengidap asma. Mengikut kajian, 1 daripada 3 orang dengan alahan rinitis akan menghidap asma.

Asma diketahui merupakan salah satu penyakit yang paling menjejaskan kesihatan dan mahal untuk dirawat.

Asma biasanya kekal dan sukar untuk dirawat. Oleh itu, rawatan awal AR memberikan peluang kepada pesakit untuk mengurangkan kekerapan dan keterukan penyakit ini.

Penyelidikan terapi semula jadi

Asas tindak balas alahan timbul dari sistem imunisasi yang terlalu sensitif.

Dalam keadaan yang terlalu sensitif ini, sistem imunisasi akan bertindak balas apabila terdedah kepada alergen dalam udara atau makanan yang sepatutnya tidak berbahaya.

Dalam konteks biokimia, histamin dilepaskan dan menyebabkan simptom alahan di mana antihistamin akan digunakan.

Kami ingin berkongsi dengan profesional perubatan tentang Lectranal®, ekstrak semula jadi herba Astragalus membranaceus yang berpaten.

Ia didapati mempunyai kesan imun-modulasi untuk mengawal masalah alahan. (Penyelidikan Dr Pecanic telah diterbitkan dalam Fitoterapi Penyelidikan pada tahun 2010).

Berdasarkan kajian yang kami jalankan, rawatan Lectranal® telah memperbaiki keadaan pesakit alahan rinitis sehingga lebih dari 70%, seperti mana yang dinilai oleh pakar perubatan dan pesakit sendiri selepas menjalani rawatan selama 6 minggu.

Kami seterusnya melakukan kajian gen dan mendapati, Lectranal® menunjukkan kesan pengawalan sistem imunisasi.

Ia mengawal ketidakseimbangan sistem imunisasi yang menyebabkan simptom alahan tercetus.

Dalam kata lain, Lectranal® membantu "mengajar” sistem imunisasi kita supaya tidak terlebih bertindak balas, sebaliknya berkelakuan seperti biasa.

Lectranal® merupakan ekstrak astragalus yang dipatenkan serta ditambah dengan pembawa mineral kalsium khas yang membantu meningkatkan penyerapannya.

Ia telah memenangi anugerah poster rinitis terbaik pada Kongres ke-27 European Academy of Allergology and Clinical Immunology di Barcelona pada tahun 2008.

Lectranal® merupakan satu pendekatan semula jadi yang berkesan dalam mengawal keadaan alahan seperti rinitis alergi, resdung, urtikaria dan konjunktivitis.

Tindakan Lectranal™ adalah berbeza dengan antihistamin kerana ia dapat membantu mencegah cetusan simptom alahan dengan mengganggu penyebab asal penyakit tersebut.

BACA INI JUGA: Resepi Ubat Batuk Paling Mudah Dan Mujarab

Sumber: Sinarharian.com.my

14 Petua Merawat Senggugut

14 Petua Merawat Senggugut

Ramai di kalangan para wanita yang pernah mengalami senggugut. Ada yang mengalami senggugut tahap kronik sehingga tidak boleh bangun. Ini tentunya sangat menyusahkan.

SENGGUGUT

Walaupun terdapat ubat untuk menghilangkan sakit ketika haid ini, tetapi ia hanya berkesan setiap kali kita menelan ubat sahaja.

Bukankah lebih elok jika kita dapat menghilangkan senggugut itu tanpa perlu bergantung kepada ubat?

Berikut adalah petua bagaimana menghilangkan senggugut yang dapat saya kongsikan buat tatapan anda semua.

1. Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

2. Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat.

3. Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

4. Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula. Jangan tambah gula kerana ini akan mengurangkan keberkesanannya.

5. Berlari atau berjalan dengan laju juga dipercayai boleh mengurangkan kesakitan sakit sengugut. Kebanyakan kesakitan sengugut adalah bermula dengan kurangnya bersenam. Berjalan laju atau beriadah dapat membebaskan hormon endorfin yang membantu mengurangkan kesakitan.

6. Bantal panas atau "heat pad" boleh membantu dengan peradangan dan mengurangkan penumpukan cairan di dalam rangkaian. Ia juga memudahkan kejang otot. Para pakar mendorong wanita untuk berbaring pada perut sambil menekap "heat pad" atau di kedudukan yang paling selesa.

7. Tidur. Perlu alasan untuk tidur? Tidak ada waktu seperti sekarang yang menyakitkan. Ini akan membawa fikiran anda dari rasa sakit dan biarkan anda mendapat rehat yang diperlukan.

8. Mandi air panas. Ini akan membantu anda merehatkan otot-otot perut anda dan yang lebih penting, menenangkan fikiran. Sebagai usaha tambahan, membawa lilin aromaterapi dan minyak wangi mandi sebagai penyegar udara.

9. Pertimbangkan vitamin dan suplemen. Pertimbangkan untuk mengambil Evening Primrose Oil dalam dos 500-1000mg sekali sehari dalam bentuk kapsul (terdapat di kedai-kedai vitamin dan kedai makanan kesihatan) bersama-sama dengan 200-400mg 100-200mg magnesium dan vitamin B6 untuk empat sehingga tujuh hari sebelum bermulanya tempoh haid anda.

10. Minum secawan teh. Pertimbangkan secawan TEH HIJAU. Menurut pakar kesihatan, teh hijau tinggi kandungan fenolat, yang boleh menghalang senggugut. Tidak mahu kafein? Fikirkan tentang secawan teh chamomile. Lebih baik lagi, meminumnya apabila anda sedang di tab mandi.

11. Ambil segelas air teh yang telah sejuk dan campurkan dengan sedikit kapur (kapur makan/sirih). Minumlah air campuran tersebut.

12. Campurkan sedikit air limau nipis bersama air kunyit yang telah ditumbuk. Jadikan ia segelas penuh. Amalkan meminumnya setiap malam tiga hari sebelum datang haid.

13. Ambil kulit kayu manis kira-kira 40gram, lima keping kulit limau nipis atau limau purut dan rebus. Amalkan meminumnya segelas setiap malam tiga hari sebelum haid.

14. Buah petola yang biasa ditanam di kampung dikatakan juga baik untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ia boleh diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan yang berasaskan petola. Amalkan memakan petola seminggu sebelum kedatangan haid.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ketahui Bahaya Ajinomoto Jika Dimakan Berlebihan

Sumber: Keindahanpengalaman

Saturday, March 26, 2016

Kisah 'Dalam Kelambu' Seorang Isteri Wajib Baca!

Kisah 'Dalam Kelambu' Seorang Isteri Wajib Baca!

Pada satu hari ketika membasuh pinggan, saya menyedari bahawa sudah lapan hari kami tidak bersentuhan. Lapan hari itu adalah tempoh yang agak lama bagi kami.

Kisah 'Dalam Kelambu'
Gambar hiasan.

Tetapi yang merisaukan saya adalah saya tidak rasa menginginkannya atau merinduinya. Saya tidak merindui disentuh olehnya. Dan itulah adalah masalah yang terbesar.

Jadi, selepas menidurkan anak pada waktu malam, saya menjeling suami saya. Ya, saya memang sangat penat. Tetapi ketika mengeringkan pinggan mangkuk, saya terfikir kenapa dulu saya tidak begitu?

SEKS BERSAMA SUAMI

Saya mendapat inspirasi dan menyorot kembali mengapa saya perlukan seks dengan suami setiap malam.

1. Ingin selalu disentuh

Kebanyakan hari saya dipenuhi dengan bermain anak patung dengan anak, lap makanan bayi yang tertumpah pada baju, tukarkan lampin bayi dan berjalan di taman.

Ya, sayalah tukang masak, tukang bersih, guru dan membersihkan segala jenis kotoran yang menjijikkan.

Tetapi saya juga lebih dari sekadar itu, lebih dari sekadar memainkan peranan-peranan yang tersebut di atas. Saya seorang perempuan!

Dan ada potensi yang mendalam bahawa saya hebat dalam mencium juga. Ia adalah satu perkara yang indah dengan mencari diri sendiri melalui sentuhan orang lain.

Terdapat satu benda yang misteri dan tersembunyi apabila saya mencium lelaki yang saya cintai.

2. Ingin jadikan suami seorang 'lelaki'

Jika anda ingin suami anda untuk bertindak seperti seorang lelaki, anda perlulah memandangnya sebagai seorang lelaki.

Wanita memerlukan beberapa kriteria pada lelaki untuk menyayanginya. Tetapi lelaki jauh lebih mudah. Mereka perlu diberi makan, dihargai dan mereka perlukan seks. Itu sahaja.

Jadi, sekali sekala, masakkan untuknya atau pesan makanan diluar. Ucapkan terima kasih kerana membanting tulang bekerja berjam-jam di luar dan berikan pelukan mesra setiap kali dia pulang ke rumah.

Kemudian, berikannya layanan yang selayaknya.

3. Ingin masa berdua yang 'eksklusif'

Anda perlukan masa setiap hari untuk anda berdua. Masih ingat lelaki itu? Lelaki yang membuatkan jantung anda berdegup kencang?

Lelaki yang anda impikan, yang membuatkan anda mengejar bintang dan tidak mahu berpijak di bumi nyata?

Lelaki itu masih lagi menyayangi anda dan memerlukan anda. Setiap malam selepas anda tidurkan anak-anak adalah peluang untuk anda berjumpa dengannya.

4. Ingin hilangkan stres

Seks mengurangkan tekanan atau stress. Saya tahu perkara ini tidak memerlukan penerangan lanjut. Sebagai seorang ibu, stres adalah makanan ruji harian saya.

Jadi, saya ada pilihan;

A) Meronda pada waktu malam dan langgar mana-mana pagar rumah orang atau
B) Saya boleh bermanja dengan seorang lelaki yang saya kahwini.

Jadi saya pilih B.

5. Inginkan keseronokan dunia

Ia sangat menyeronokkan. Serius!

Kenapa anda perlu menolak benda yang baik dalam hidup anda? Kita bekerja keras membantu anak kita menyiapkan kerja rumah, algebra dan melakukan zumba di tempat awam.

Tetapi apabila meminta dia melakukan seks setiap malam, dia akan memandang pelik dan berkata, “Awak gila? Orgasma setiap malam? Awak fikir saya seperti perempuan Nymfoniac?”

Akhir kata

Adakah anda pernah terfikir bahawa kita perlukan seks kerana kita layak mendapatkannya?

Ya, anda layak mendapatkannya.

Ingat juga kepada satu perkara, sama ada suka atau tidak, percaya atau tidak,  suami akan 'makan luar' jika keinginannya yang satu ini sering ditolak.

Tapi jika kemahuannya ini anda penuhi setiap kali dia meminta, andalah segala-galanya! Malah, dia akan berusaha memetik bintang untuk anda sepenuh hatinya. Percayalah!

Jadi, malam ini, tidurkan anak anda, tinggalkan pinggan kotor di sinki dan biarkan dahulu lantai tidak bersapu. Semua itu boleh diselesaikan kemudian.

Ambil masa sejenak untuk mengingati bahawa anda adalah seorang perempuan yang anda impikan dan carilah lelaki yang anda impikan.

Ulang lagi, setiap hari.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Bina Piramid Atas Arahan Makhluk Asing!

Bina Piramid Atas Arahan Makhluk Asing!

Seorang petani berasal dari Mexico Raymundo Corona membina sebuah piramid Aztec setinggi 6.7 meter di kawasan gurun Mexico, 74 kilometer dari persempadanan Mexico-Amerika Syarikat.

Raymundo Corona

Memetik laporan media tempatan Mexico, odditycentral.com alasan Corona membina piramid Aztec di tengah-tengah gurun adalah kerana mendapat arahan daripada makhluk asing yang pernah menemuinya.

Corona menggambarkan makhluk asing yang mengunjunginya sebagai 'seorang lelaki' yang mempunyai ketinggian luar biasa dengan mata berwarna keemasan seperti madu dan berambut putih yang bernama Herulayka.

Berdasarkan cerita Corona, ia mengaku Herulayka berasal dari planet Nefilin, iaitu sebuah planet yang mempunyai ukuran 20 kali lebih besar daripada Bumi dan berada di orbit Orion.

Ujarnya lagi, walaupun sesetengah masyarakat memandangnya sebagai 'lelaki gila' dek kerana usaha dan ceritanya itu, namun beliau tidak mengendahkannya.

Menurut cerita Corona, ia dikunjungi Herulyaka pada tahun 1984, ketika dia berusia 33 tahun.

Ujarnya ketika itu, isterinya sedang hamil dan akan melahirkan seorang bayi perempuan ketika Herulayka 'singgah' di dalam mimpinya.

Namun, pada suatu malam, beberapa hari setelah mimpi itu terjadi, ia mendapati ada orang datang mengetuk pintu rumahnya. Tanpa disangkanya makhluk di dalam mimpinya itu benar-benar datang untuk mengunjunginya.

"Ia memerintahkan aku untuk membina sebuah piramid," kata Corona.

"Ketika aku bertanya kenapa piramid, ia mengatakan,'bangunan itu harus seperti keyakinanku, sesuatu yang tak musnah dibadai oleh angin ataupun badai, namun akan selalu teguh ke atas,", katanya.

BACA INI JUGA: Adakah Bangsa Yakjuj Dan Makjuj Makhluk Asing?

Sumber: SH

Friday, March 25, 2016

Menyingkap Topeng Musuh Islam

Menyingkap Topeng Musuh Islam

Tulisan ini berinsprisasikan pembacaan terhadap buku tulisan Dr Munir Ghadban, Manhaj Haraki dalam Sirah Nabawi.

Musuh Islam

Suatu tulisan yang hebat hingga memberikan kepada kita perspektif yang agak unik dalam memahami sirah Rasulullah SAW.

Lalu dalam satu bahagian tulisan itu ada menceritakan bagaimana kebiasaannya apabila kita tanyakan kepada orang ramai, siapa musuh kita orang Islam, saya yakin ramai akan jawab, Syaitan.

Jawapan yang diberikan sangat tepat berdasarkan sepotong ayat Al-Quran, firman Allah SWT:

"Sesungguhnya syaitan itu merupakan musuh kepada kamu, maka hendaklah kamu jadikannya sebagai musuh kamu." Surah Fatir 6

Namun, persoalan seterusnya yang perlu dijawab, siapakah selain syaitan?

Ramai akan terkeliru sampai yang mengatakan syaitan sahaja musuh kita, selainnya adalah golongan yang kita perlu menyampaikan dakwah kepada mereka. Susah untuk menuduh ada musuh selain syaitan.

Kononnya takut-takut kita menafikan rahmat Islam kepada seluruh alam berdasarkan ayat firman Allah SWT:

"Dan tidak kami utuskan kamu wahai Muhammad selain untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." Surah Al-Anbiya’ 107

Namun begitu, apabila kita membaca sirah Baginda SAW, iaitu setelah tiba di Madinah. Kita melihat bagaimana Baginda menyiapkan bala tentera yang akan menentang musuh mereka iaitu Quraish.

Dr Munir Ghadban ada menyatakan pandangannya terhadap perang Badar yang seolah-olahnya dimulakan oleh Nabi Muhammad dengan hujah untuk merampas harta kafilah dagang Abu Sufyan yang ada di dalamnya harta muhajirin.

Dr Munir menyatakan apabila mengkaji kitab Hadis semula, sebenarnya yang memulakan perang ialah pihak Quraish yang mengutus surat kepada Abdullah bin Ubay di Madinah supaya membunuh Baginda SAW.

Dan juga Surat kepada Kaum muhajirin yang Quraish pasti akan memerangi mereka. Oleh yang demikian, pada pandangan Dr Munir yang memulakan perang ialah golongan Quraish iaitu dengan tindakan mengancam Rasulullah dan para muhajirin.

Perkara ini juga bukanlah suatu yang ganjil kerana mereka telah merancang membunuh Rasulullah ketika Baginda di Mekah lagi lalu berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah SAW.

Oleh yang demikian, Rasulullah SAW bersiap sedia menentang musuh Islam yang ketika itu ialah golongan Quraish.

Kembali kepada persoalan di atas mengenai musuh Islam, siapa selain syaitan?

Saya nyatakan di sini dengan tegasnya, syaitan bukan seorang diri, setiap masa dan tempat, dia akan mengambil sekumpulan manusia menjadi pengikut setia bahkan tenteranya yang akan membantu menjayakan misinya menyesatkan manusia.

Pada zaman Rasulullah SAW di awal zaman kelompok ini ialah kaum Quraish yang memerangi Baginda dan Baginda memerangi mereka dan memang berlakunya pertempuran hakiki yang menyebabkan pertumpahan darah di kalangan kedua-dua belah pihak.

USa real terrorist

Begitulah hakikatnya musuh Islam. Mereka daripada kalangan manusia berkelompok yang merancang menentang, menjatuhkan dan memusuhi Islam.

Bukan hanya syaitan yang bayangnya tidak dilihat, tetapi manusia di hadapan mata kita yang kita tidak sedari.

Sebab itulah dalam Al-Quran dalam satu surah lazim yang biasa kita baca bagaimana Allah SWT mengajarkan kepada kita supaya minta perlindungan itu bukan daripada syaitan semata-mata! kerana hakikatnya musuh kita bukanlah syaitan berbentuk jin sahaja.

“(Iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia.” Surah An Nas-6

Jika di zaman Rasulullah musuhnya Quraish sebelum mereka memeluk Islam, siapakah mereka pada hari ini? jika jauh di luar sana Yahudi dan Amerika, siapa di sini?

Semoga kita berhati-hati mengambil kawan dan lawan. Kejelasan terhadap siapa musuh antara kejayaan Baginda SAW membawa Islam sehingga ke ufuk tinggi.

Ust Ikram Abu Hassan
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

BACA INI JUGA: Islam Diperangi Kerana Dolar Dan Minyak!

Sumber: Ismaweb

Kisah Besarnya Pahala Membantu Jiran dan Anak Yatim

Kisah Besarnya Pahala Membantu Jiran dan Anak Yatim

Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram, dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit.

Anak Yatim

Lalu malaikat yang satu berkata, "Berapa ramai orang yang berhaji pada tahun ini?"

Jawab malaikat yang satu, "Enam ratus ribu."

Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima?"

Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang kasut dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun ini diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar perbualan malaikat itu di dalam mimpinya, maka terbangunlah dia dari tidur dan segera berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq.

Ketika sampai ke rumah Muwaffaq, Abdullah bin Mubarak lalu bertanya kepadanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat sedemikian?"

Jawab Muwaffaq, "Aku sebenarnya ingin menunaikan haji dengan wang tiga ratus dirham yang diperolehi dari pekerjaanku sebagai tukang kasut, lalu aku pun berniat haji pada tahun ini.

"Suatu hari, isteriku yang sedang hamil tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pun pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuanku kepada jiranku itu.

"Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku. Sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, lalu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba aku menemui bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk dimasak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk kamu."

"Ketika mendengar jawapan itu, aku segera pulang ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan kuserahkan kepada jiran itu tadi untuk keperluan mereka sekeluarga."

Kata Muwaffaq lagi, "Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku."

Demikianlah kisah yang sangat mendalam bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya, apatah lagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.

Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila aku amalkan akan masuk syurga."

Jawab Rasulullah SAW, "Jadilah orang yang baik."

Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimana untuk mengetahui aku telah berbuat baik?"

Jawab Rasulullah SAW, "Tanyakan kepada jiranmu, maka bila mereka berkata engkau baik, maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sememangnya jahat."

BACA INI JUGA: Senarai Nama Anak Yang Dilarang Dalam Islam

-SENTIASAPANAS.COM

Asal-usul Sambutan Good Friday

Asal-usul Sambutan Good Friday

Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu.

Asal usul sambutan Good Friday

Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib.

Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.

Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.

Penganut agama Kristian menyambut perayaan Easter (Good Friday) bersempena kebangkitan Jesus Chris, yang percaya berdasarkan Al-Kitab, dibangkitkan semula tiga hari selepas dia disalib.

Biasanya, pada hari itu kehadiran penganut agama Kristian di gereja lebih ramai dari hari Ahad minggu seperti biasa.

Sambutan perayaan Easter yang bagi penganut Kristian, melalui kematian Jesus, pengebumian dan dibangkitkan semula, penganut agama Kristian percaya Jesus Chris telah menyucikan dosa-dosa umat manusia dan memberikan kepada semua yang percaya dengannya, kehidupan yang abadi dalam diri Jesus.

Dalam ajaran Kristian Barat (Western Christianity), Easter ditandakan sebagai tamatnya Lent (40 hari berpuasa, bertaubat, bersederhana dan displin kerohanian dalam persediaan menyambut Easter).

Lent bermula pada Ash Rabu dan berakhir pada Ahad Easter.

Bagi gereja Kristian Ortodoks Timur (Eastern Christianity), Lent atau Great Lent bermula 6 minggu atau 40 hari sebelum Ahad Palm dengan puasa berterusan sepanjang minggu suci Easter. Lent bagi mereka bermula pada Isnin dan bukan pada Ash Rabu.

Namun kerana asal usul sebenar Easter (pagan) dan pengkomersialan Easter, kebanyakan gereja memilih hari cuti berkenaan sebagai Hari Kebangkitan (Resurrection Day).

Islam Dan Ketuhanan Jesus

Bagi umat Islam pula, pokok persoalan utama yang sering menjadi perbahasan adalah, Adakah Yesus@Jesus@Nabi Isa itu Tuhan, Anak Tuhan atau terkandung didalamnya roh tuhan?

Video dibawah adalah kupasan tokoh besar, Ahmad Deedat yang menafikan bahawa Jesus adalah Tuhan atau anak tuhan.

Selamat membaca dan menonton.

BACA INI JUGA:



-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, March 24, 2016

Murid Nakal Itu Biasa, Tapi Murid Solat Tiap Kali Azan Luar Biasa

Murid Nakal Itu Biasa, Tapi Murid Solat Tiap Kali Azan Luar Biasa

Sejuk perut ibu mengandung, itulah yang boleh dikatakan apabila melihat gambar ini yang mula viral di laman sosial.

Murid+Solat

Gambar tersebut yang telah dimuat naik oleh seorang guru, Cikgu Haqiemdad ternyata menyentuh hati ramai netizen yang melihatnya.

Gambar dengan kapsyen, “Diorang ni adalah murid aku paling nakal. Tapi bila azan..” menyedarkan kita tentang pentingnya menjaga solat.

Ia memaparkan dua murid sekolah sedang mendirikan solat tatkala azan berkemandang di penjuru bilik darjah.

Terdahulu, pernah viral juga di laman sosial seorang murid Tahun 1 dari SK Sultan Ismail 1 tidak ketinggalan untuk mendirikan solat dhuha setiap kali tiba waktunya.

Solat+Dhuha

Jika murid yang nampak nakal pun mampu melakukannya tanpa gagal setiap hari dan di awal waktu pula, bagaimana pula dengan kita yang sudah dewasa? Tepuk dada tanya iman..

Dari sahabat Umar beliau berkata, "Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah SAW dan bertanya, “Sesuatu apakah yang lebih dicintai Allah di dalam Islam?” Maka Rasulullah SAW menjawab, “Mereka yang melaksanakan solat pada waktunya, barangsiapa meninggalkan solat maka sama dengan tidak beragama, solat adalah tiang agama.” Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi

BACA INI JUGA: Kenapa Orang Berteriak Ketika Marah?

Sumber: Mynewshub.cc