Thursday, March 24, 2016

Akhirnya Yahoo! Games Bakal Ditamatkan Pada 13 Mei 2016!

Akhirnya Yahoo! Games Bakal Ditamatkan Pada 13 Mei 2016!

YAHOO! sejak setahun dua ini dilihat mengalami masalah pada syarikat mereka dan tidak memperlihatkan kesan yang begitu positif.

Yahoo! Games Closed Down

Mereka telah mengambil langkah untuk mengurangkan fokus terhadap produk mereka, malah turut menamatkan operasi di Malaysia sebelum ini.

Terkini, bergerak ke hadapan, Yahoo! dilihat akan menamatkan beberapa produk mereka dalam beberapa bulan lagi, dan salah satunya adalah Yahoo! Games.

Ia merupakan salah satu portal permainan yang popular beberapa tahun lepas, tetapi menjadi semakin kurang popular dengan peningkatan permainan pada peranti mudah-alih.

Yahoo! mengatakan mereka akan menamatkannya sepenuhnya permainan ini pada 13 Mei 2016 kelak.

Di samping itu, beberapa media lain milik Yahoo! yang memfokuskan kepada beberapa negara turut akan ditamatkan.

Yahoo! melalui pengumuman pada blog rasmi mereka mengatakan mereka akan lebih memfokuskan kepada produk-produk yang lain untuk masa ini, terutamanya Mail, Search, Tumblr, News, Sports, Finance dan Lifestyle.

Tiada pengumuman berkaitan Flickr dan Messenger buat masa ini oleh Yahoo!

Siapa Pencipta Yahoo! Games?

Joel Comm

Joel Comm memulakan kerjaya sebagai seorang personaliti radio, di mana dia juga bermain muzik dan merupakan seorang ahli kaji cuaca.

Dia kemudiannya menjadi dj cakera mudah alih sebelum berpindah ke pemasaran internet kerana tahu dia boleh menjadi lebih kaya dengan kerjaya dalam talian.

Dia mencipta permainan klasik, sebuah laman web permainan multiplayer mesra keluarga yang menawarkan permainan kad dan permainan papan seperti jambatan, dam, catur, poker dan banyak lagi.

Pada tahun 1997, Joel menjual permainan klasiknya kepada Yahoo! dengan harga $1 juta dolar yang digunakan sebagai asas untuk memulakan laman web Yahoo! Games pada bulan April 1998.

BACA INI JUGA: Top 10 Domain Name Paling Mahal Di Dunia

Sumber: SH/Wikipedia

Saman Tun Mahathir Peluang Terbaik Najib!

Saman Tun Mahathir Peluang Terbaik Najib!

Apabila Tun Mahathir bersama dua individu lain memfailkan saman terhadap Najib Razak atas dakwaan salah laku dalam pentadbiran negara, pemimpin UMNO dan kerajaan seharusnya melihat ini sebagai medan terbaik bagi Perdana Menteri untuk membersihkan dirinya.

Mahathir+vs+Najib

Jika benar Najib suci bersih dan tidak terkait apa-apa dengan sebarang kekotoran, sama ada berhubung 1MDB, wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International, mereka sepatutnya memberi galakan dan semangat lagi kepada Perdana Menteri agar sedia tampil berani di mahkamah.

Saman Tun Mahathir ini mesti dilihat sebagai peluang keemasan bagi Najib mempertahan dan membersihkan dirinya serta mendiamkan terus bekas Perdana Menteri itu.

Tetapi dengan kebanyakannya membangkitkan soal "locus standi", menganggapnya tindakan terdesak oleh Tun Mahathir dan awal-awal mengatakan saman itu akan gagal, seolah-olah pemimpin UMNO tadi sedang berkongsi ketakutan dengan Najib untuk tampil di mahkamah.

Soal "lucus standi", terdesak dan sama ada saman itu akan berjaya atau sebaliknya, biarlah mahkamah yang memutuskannya.

Terus menyerang serta membelasah bekas Perdana Menteri itu yang jelas menggunakan haknya sebagai warganegara yang masih dalam lingkungan undang-undang, hanya akan memberi kelebihan kepada Tun Mahathir di "mahkamah pendapat umum".

Ini kerana Najib juga harus sedar bahawa pertarungan beliau dengan Tun Mahathir ini mungkin berlarutan sehingga tarikh pilihanraya umum akan datang.

Dengan takut berdepan di mahkamah dan tewas lebih awal pula di "mahkamah pendapat umum", apa lagi yang tinggal pada Najib ketika berdepan dengan penentuan rakyat?

BACA INI JUGA: 22 Sebab Tun Mahathir Keluar UMNO Kali Kedua!

Sumber: Shahbudindotcom

Rosmah Bongkar Rahsia GST Najib!

Rosmah Bongkar Rahsia GST Najib!

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menegaskan bahawa keputusan kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak April tahun lalu bukan bertujuan untuk menyusahkan rakyat.

GST ROSMAH

Kata Rosmah, beliau pernah bertanya kepada Najib kenapa mahu melaksanakan GST, kerana ia boleh mengundangkan kemarahan rakyat.

Namun jelas suaminya, keputusan untuk melaksanakan cukai tersebut adalah bersebab dan demi kebaikan rakyat dan negara.

"(Perdana menteri) buat sesuatu itu kerana ada sebab, nasib baik kita ada GST, dengan harga minyak jatuh, dan (kalau) kita tak ada GST lagi susah.

"Saya pernah tanya kenapa buat GST, orang marah. Dia (Najib) kata, 'I want to be a responsible leader to my people and country. I do not want to be a populist leader' (Saya mahu menjadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan negara saya. Saya tidak mahu menjadi pemimpin populis)," katanya dipetik Bernama dalam temu bual menerusi program bual bicara 'Langit Biru' terbitan Bernama Radio dan Biro Tatanegara di Wisma Bernama.

Rosmah berkata demikian sebagai memberi contoh antara usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang sentiasa memikirkan kaedah terbaik untuk membantu rakyat ketika ditanya bagaimana presiden UMNO itu menzahirkan semangat patriotismenya.

Jelas Rosmah, Perdana Menteri sentiasa berhempas pulas untuk membangunkan negara dan beliau tidak pernah berhenti berfikir tentang apa lagi yang mahu dilakukan supaya rakyat dapat hidup lebih aman dan mendapat rezeki yang lebih.

"Bagaimana untuk menarik lebih ramai pelabur datang, (beliau) sentiasa memikirkan kebaikan dan kesenangan rakyat," katanya lagi.

Dalam program tersebut juga, Rosmah turut menyifatkan suaminya seorang yang begitu penyabar dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin.

"Orang ramai dapat perhatikan beliau seorang yang betul-betul penyabar. Saya hairan bagaimana beliau boleh sabar.

"Tetapi dia kata 'don't cross the line' (jangan melampaui batas)," katanya.

BACA INI JUGA: Teks Penuh Tuntutan Deklarasi Rakyat

Sumber: MD

Ventilator, Alat Mengurangkan Haba Dalam Rumah!

Ventilator, Alat Mengurangkan Haba Dalam Rumah!

Suhu cuaca panas yang sangat tinggi biasanya menyebabkan ramai dikalangan kita berasa tidak selesa duduk di rumah walaupun pada waktu malam.

Ventilator

Di sini kami kongsikan sedikit tips untuk mengurangkan kepanasan di dalam rumah, namun ianya memerlukan kos tetapi sangat berkesan.

Alat untuk mengurangkan haba ini di panggil Ventilator.

Terdapat dua jenis Ventilator yang berada di pasaran sekarang ini iaitu turbine ventilator dan solar ventilator.

Turbine ventilator
Turbine ventilator.

Ramai yang perasan alat nii di pasang di kilang-kilang dan kedai, walhal sebenarnya ia boleh di pasang di rumah juga.

Kedua-dua jenis ventilator ini memiliki fungsi yang sama iaitu mengalirkan haba keluar melalui bumbung.

Solar ventilator
Solar ventilator.

Salah satu kelebihan ventilator ialah, ia dapat menjimatkan penggunaan bil aircond kerana jika haba di dalam rumah dapat dikurangkan maka proses penyejukan aircond menjadi lebih cepat dan efisyen.

Berapa harga alat ini? Melalui tinjauan di laman web mudah.my, harga pasaran adalah dalam lingkungan RM200 dan mungkin lebih jika termasuk kos pemasangan.

Ventilator [2]

Difahamkan juga, waranti alat ini adalah sehingga 10 tahun, jadi apa salahnya buat pelaburan sedikit untuk keselesaan keluarga.

BACA INI JUGA: Bahaya Strok Haba Dan Cara Mencegahnya

Sumber: Anak-ketam

Wednesday, March 23, 2016

MK Ultra, Projek Rahsia Kawalan Minda CIA

MK Ultra, Projek Rahsia Kawalan Minda CIA

MK Ultra adalah sebuah projek yang ditubuhkan oleh CIA secara rasmi pada tahun 1950an. Projek tersebut diketuai oleh seorang ahli kimia, Sidney Gottlieb, khusus untuk mengkaji keupayaan otak manusia.

MK Ultra CIA

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Perisikan AS, MK Ultra ditubuhkan untuk mencari cara bagi mengendalikan minda manusia.

Pendek kata, menguasai fikiran seseorang sehingga membuat indvidu berada dalam keadaan separa sedar atau tidak sedar secara langsung.

Pelbagai kaedah digunakan semata-mata untuk memanipulasi keadaan mental. Penggunaan ubat-ubatan serta cara tertentu digunakan sebagai kaedah untuk menyeksa dan melemahkan mangsa.

Ini termasuklah penggunaan Lysergic Acid Diethylamide (LSD) yang didakwa sebagai ubat utama dalam mengawal fikiran manusia.

Selain itu, terdapat juga kandungan bahan kimia lain yang membolehkan seseorang berada dalam keadaan hipnosis, pengurangan terhadap deria rasa, rasa terasing dan gangguan seksual yang membawa kepada bentuk penderaan.

Bagi menguatkan lagi keberkesanan projek kawalan minda, CIA telah menjalankan kerjasama dengan 44 buah institut termasuk universiti, kolej, hospital, penjara dan farmasi.

Sebanyak 149 sub projek telah diperuntukkan keatas jumlah agensi yang terlibat.

Malah, dana penyelidikan juga disalurkan secara rahsia bagi mengelakkan ia diketahui oleh individu yang terlibat.

Dengan kata lain, kebanyakan penyelidik tidak mengetahui langsung motif kajian pada waktu itu. Mereka hanya diberikan tugasan mengikut arahan yang diberikan.

Keadaan itu berlarutan dan kekal rahsia sehinggalah tahun 1973. Pada tahun tersebut, pengarah CIA, Richard Helms, mengarahkan supaya semua salinan mengenai MK Ultra dilupuskan.

MK Ultra - Sidney Gottlieb
Sidney Gottlieb.

Malangnya, sebahagian fail dihantar ke lokasi yang salah menyebabkan projek rahsia ini terbongkar. Sebanyak 20,000 dokumen ditemui disebuah bangunan rekod kewangan.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar dokumen yang sudah dilupuskan menyukarkan penyiasat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kakitangan Akta Kebebasan Maklumat AS memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan maklumat lengkap.

Mengejutkan, siasatan mereka membawa kepada butir-butir baru yang tidak disangka-sangka.

Antaranya, kebanyakan mangsa uji kaji dipilih daripada individu yang berlatar belakang perkara-perkara yang menyakitkan. Maksudnya, seseorang yang mengalami penderitaan hidup terlampau.

Tujuannya mudah. Mereka yang dipenuhi cerita duka lebih terdorong untuk 'merelakan' minda untuk dikawal oleh orang lain.

Salah seorang mangsa yang diketahui, individu yang mempunyai masalah kemurungan akibat penyakit seperti yang dialami oleh Linda MacDonald.

Linda MacDonald yang disahkan menghidap sejenis penyakit mental (Schizophrenia), telah menemui pakar psikiatri dari Kanada, Dr. Ewen Cameron, pada tahun 1963 untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dia menjalani kaedah rawatan yang ditetapkan tanpa menyedari telah dijadikan sebagai bahan eksperimen.

Dia dirawat menggunakan kejutan elektrik yang dahsyat sepanjang terapi dan pelbagai jenis ubat turut diberikan sebagai cara untuk tidur dalam masa panjang.

Kemudian, satu pita rakaman akan dipasang secara berulang-ulang dengan tujuan untuk memberikan 'kehidupan baru', sekaligus menyebabkan dia sukar mengingati kejadian sebelumnya.

Tujuannya, memori pesakit akan 'dibuang' terlebih dahulu sebelum dimasukkan dengan data-data baru.

Kesannya, Linda tidak dapat mengingati nama sendiri, umur, mahupun lokasi dia berada.

Lebih menyedihkan, dia terpaksa mempelajari semula rutin harian manusia normal seperti cara membuang air di tandas.

MK Ultra [2]

Linda bernasib baik kerana penderaan yang diterima tidak menyebabkan dia kehilangan nyawa.

Selepas pembongkaran projek rahsia MK Ultra, kes mangsa projek kawalan minda dibawa ke mahkamah dan hakim memutuskan Dr. Ewon Cameron dan CIA bersalah atas tuduhan yang disabitkan.

Pada tahun 1988, kes tersebut diselesaikan diluar mahkamah dengan bayaran pampasan sebanyak USD$750,000.

Namun, sejauh mana kebenaran projek kawalan minda MK Ultra CIA, ia terus kekal misteri sehingga ke hari ini.

BACA INI JUGA: 6 Teori Konspirasi Yang Terbukti Benar

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, March 22, 2016

Ketahui Rahsia Maksud Garisan Tapak Tangan

Ketahui Rahsia Maksud Garisan Tapak Tangan

Sememangnya banyak rahsia yang tersemadi pada garisan tapak tangan kita. Walau bagaimanapun, ini hanyalah ramalan saja dan jangan telalu taksub untuk mempercayainya.

Rahsia+Garisan+Tapak+Tangan

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan anda dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas. Setiap garisan mempunyai maksud tertentu.

Namun, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan anda dan bentuknya juga berbeza-beza. Ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya.

Jadi, selamat ‘menilik’.. Jangan tersalah tilik, sudah la!

1. Garis Kehidupan

Garis bertanda nombor 1 adalah berkaitan dengan kehidupan anda. Semakin ia panjang dan terang garisan, semakin baik maksudnya.

Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis demikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis Kecerdasan

Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi.

Misalnya, seorang pelajar jika ia jelas, terang dan lurus, menunjukkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.

Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih.

Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis Hati/Cinta

Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja.

Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta sejati.

Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ‘curang’ dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis Kejayaan

Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang mempunyai dua atau lebih garisan ini.

Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga bidang yang diceburi oleh mereka.

5. Garis Matahari (Sun line)

Bukan semua orang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas. Sekiranya kamu mempunyai garisan ini, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu.

Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis Kesihatan

Sama seperti garis kehidupan, sebaik-baik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus.

Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis Perkahwinan

Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya.

8. Garis Bilangan Anak

Setiap orang pastinya ingin memiliki cahaya mata sendiri selepas berkahwin. Berapa orang anak yang kamu inginkan?

Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia kononnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti.

Misalnya terdapat empat garisan dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis Perjalanan

Adakah kamu seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing?

Nampaknya kamu mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan nombor 9.

Tidak hairanlah sekiranya kamu juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis Kewangan

Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh.

Bagi kamu yang memiliki garisan nombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan.

11. Garis Pergelangan Tangan

Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalam. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan?

Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira berapa gelang yang kamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri!

Tapi awas! Jangan terlalu percaya. Ajal dan maut di tangan Tuhan!

Rapatkan jari

Bila jari kamu dirapatkan, apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain?

Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian cuba perhatikan di antara jari kelengkeng dan jari manis sewaktu kamu rapatkan keduanya.

Cuba dekatkan jari kamu itu dengan mata kamu dan lihat sama ada kamu boleh melihat ada sebarang ‘gap’ di antaranya.

Sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya, bermaksud ia tidak rapat dan renggang.

Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut!

Sebaliknya, jika tiada ruangan di antara kedua jari itu bila dirapatkan, ini bermakna kamu seorang yang kedekut dan pentingkan diri sendiri!

Baca tapi sila jangan percaya.

BACA INI JUGA: Kecantikan Wanita Dari Pandangan Lelaki

Sumber: 1001rahsiadiri

Monday, March 21, 2016

2 Sebab Penting Kenapa Suami Curang Isteri Wajib Tahu!

2 Sebab Penting Kenapa Suami Curang Isteri Wajib Tahu!

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik! Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar bagi lelaki!

Suami makan hati

Walaupun sebenarnya banyak lagi faktor lain, tapi dua perkara inilah yang biasanya menjadi punca utama, retaknya hubungan bahagia yang telah terjalin sekian lama.

Pertama;

Sila teman suami waktu makan. TOLONG!

Kedua;

Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha (ganti balik!) seberapa segera yang boleh. TOLONG!

1. Awak pandai masak?

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.

Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pulak buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, "Saya dah siapkan semua makanan kat dapur, tapi selera makan saya pulak takde, jadi saya mahu berehat sekejap, abang makan sorang la ye?"

Apa kejadah?!

Lalu makanlah si suami seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.

Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA!

Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!

Menurut penulis artikel ini yang telah merujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, apa yang terjadi sehingga berlaku perceraian?

Terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah:

Kau selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.

Puan-puan sekalian, kewajipan isteri bukan sekadar memasak, anda boleh beli makanan di kedai dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami akan mudah bergaduh dengan anda, phone seks dengan wanita lain, wechat/whatsapp dengan orang lain lalu bercerai, Nauzubillah min zalik.

Masih ingat lagi tak? Perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, mula-mula kahwin suami pun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!

Apa lagi nak di kata?

Ada satu kisah, seorang pakcik yang bininya huduh! Tak lawa langsung! Mulut laser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik ni bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal.

Selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?

Jawab Pakcik tu, "Isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya dia tiada selera, dia tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis."

2. Malas Nak Seks Ke?

Sekarang bab teman tidur pula. Menolak ajakan bersetubuh dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.

Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami.

Bahkan, terdapat hadis yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadis lagi, jika suami ajak bersetubuh walhal anda sudah diatas unta (kereta pada zaman ini) puan wajib tunaikan, tetap tak boleh tolak! Giler punya penangan!!

Jika suami ajak bersetubuh dan andai kata puan-puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti demam, pening kepala, atau lain-lain, jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu.

Kalau boleh, lafazkan dengan kata-kata seperti, "Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!"

Ya Allah, kau tau tak, betapa cair dan berbunganya hati lelaki bergelar suami bila dengar kata-kata begini dari mulut isteri.

Wow-wow

Insyaa-Allah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.

Sebenarnya tak perlu nak cerita panjang lebar bab ni, semua sudah faham tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.

Cukup sampai sini, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni.

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah ini baik baik;

Apa guna berbini cantik,
Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik,
Jika selalu mengelak di ranjang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wanaviral

Ketahui Rahsia Perbezaan Otak Lelaki Dan Otak Perempuan!

Ketahui Rahsia Perbezaan Otak Lelaki Dan Otak Perempuan!

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.

Beza lelaki dan perempuan

Dibawah ini adalah ujian yang menarik untuk dicuba bersama. Ujian yang mampu membezakan sama ada anda seorang lelaki atau perempuan!

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri.

Kira jumlah huruf F dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

INGAT, hanya 15 saat masa diberikan!

Mula..

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!

Perbezaan otak lelaki dan wanita
Gambar ini tiada kaitan dengan ujian.

OK?

Berapa banyak?

Tiga? Yang pasti anda memang seorang lelaki!

Baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah. Sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini..

Otak LELAKI tidak mampu memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN!

Cuba uji kawan-kawan anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara ini.. :)

BACA INI JUGA: Misteri Permainan 'Spirit Of The Coin'

Sumber: 1001rahsiadiri

Sunday, March 20, 2016

Telur Bantu Tahan Perut Daripada Lapar!

Telur Bantu Tahan Perut Daripada Lapar!

Telur merupakan antara makanan sihat kerana kandungan vitamin dan mineral yang tinggi.

Telur+Menahan+Lapar

Pengambilan telur dalam hidangan makanan setiap hari terutamanya pada waktu pagi dikatakan dapat mencegah individu daripada berasa lapar dan perasaan untuk mengunyah.

Menurut seorang pakar pemakanan dari Amerika Syarikat, Dr. Sam Christie, telur merupakan makanan yang padat kandungan protein.

“Pengambilan dua butir telur ketika sarapan mampu membuatkan anda mengehadkan pengambilan makanan pada waktu siang.

“Ini kerana, kandungan vitamin di dalam telur meninggalkan kesan pada penyerapan insulin dan kadar glukosa di dalam darah.

“Perkara tersebut menyebabkan individu merasa kenyang sepanjang hari sebaik mengambil telur,” jelasnya.

Ujar Christie lagi, selain telur, pengambilan makanan yang ditambah dengan serbuk kayu manis juga mampu membuatkan perut berasa kenyang sepanjang hari.

BACA INI JUGA: Benarkah Kolesterol Telur Membahayakan Kesihatan?

Sumber: Kosmo

Kajian Mendapati Menaip Dengan Satu Tangan Lebih Efisien

Kajian Mendapati Menaip Dengan Satu Tangan Lebih Efisien

Menurut satu kajian yang dilakukan, menaip menggunakan sebelah tangan sahaja mampu meningkatkan mutu penulisan kerana ia membuatkan si penulis menaip dengan lebih perlahan dan berhati-hati.

Typewriter

Jika anda pernah mempunyai persoalan mengapa penulisan anda penuh dengan typing errors dan kesilapan tatabahasa, ia mungkin kerana anda menaip dengan menggunakan kedua-dua tangan.

Saintis mendapati jika anda menaip dengan sebelah tangan sahaja, perbendaharaan kata akan menjadi lebih teratur dan penulisan anda juga akan menjadi lebih lancar.

Satu kajian yang dilakukan dalam Persatuan Psikologi British mendapati bahawa menaip menggunakan satu tangan akan mempengaruhi kecekapan leksikal daripada penulis.

Srdan Medimorec
Srdan Medimorec.

Penulis kajian itu berkata, menaip boleh menjadi terlalu mudah dan oleh itu ia akan memberikan kesan negatif terhadap cara penulisan seseorang.

“Proses menaip boleh dilakukan dengan terlalu cepat dan lancar, tetapi sebenarnya ia boleh menjejaskan cara penulisan” kata Srdan Medimorec, penulis utama kajian itu yang dijalankan di jabatan psikologi di University of Waterloo, Kanada. -Mynewshub.cc

BACA INI JUGA: UNIK! Juru Taip Terpantas Di Dunia Memiliki 6 Jari!