Sunday, March 20, 2016

Telur Bantu Tahan Perut Daripada Lapar!

Telur Bantu Tahan Perut Daripada Lapar!

Telur merupakan antara makanan sihat kerana kandungan vitamin dan mineral yang tinggi.

Telur+Menahan+Lapar

Pengambilan telur dalam hidangan makanan setiap hari terutamanya pada waktu pagi dikatakan dapat mencegah individu daripada berasa lapar dan perasaan untuk mengunyah.

Menurut seorang pakar pemakanan dari Amerika Syarikat, Dr. Sam Christie, telur merupakan makanan yang padat kandungan protein.

“Pengambilan dua butir telur ketika sarapan mampu membuatkan anda mengehadkan pengambilan makanan pada waktu siang.

“Ini kerana, kandungan vitamin di dalam telur meninggalkan kesan pada penyerapan insulin dan kadar glukosa di dalam darah.

“Perkara tersebut menyebabkan individu merasa kenyang sepanjang hari sebaik mengambil telur,” jelasnya.

Ujar Christie lagi, selain telur, pengambilan makanan yang ditambah dengan serbuk kayu manis juga mampu membuatkan perut berasa kenyang sepanjang hari.

BACA INI JUGA: Benarkah Kolesterol Telur Membahayakan Kesihatan?

Sumber: Kosmo

Kajian Mendapati Menaip Dengan Satu Tangan Lebih Efisien

Kajian Mendapati Menaip Dengan Satu Tangan Lebih Efisien

Menurut satu kajian yang dilakukan, menaip menggunakan sebelah tangan sahaja mampu meningkatkan mutu penulisan kerana ia membuatkan si penulis menaip dengan lebih perlahan dan berhati-hati.

Typewriter

Jika anda pernah mempunyai persoalan mengapa penulisan anda penuh dengan typing errors dan kesilapan tatabahasa, ia mungkin kerana anda menaip dengan menggunakan kedua-dua tangan.

Saintis mendapati jika anda menaip dengan sebelah tangan sahaja, perbendaharaan kata akan menjadi lebih teratur dan penulisan anda juga akan menjadi lebih lancar.

Satu kajian yang dilakukan dalam Persatuan Psikologi British mendapati bahawa menaip menggunakan satu tangan akan mempengaruhi kecekapan leksikal daripada penulis.

Srdan Medimorec
Srdan Medimorec.

Penulis kajian itu berkata, menaip boleh menjadi terlalu mudah dan oleh itu ia akan memberikan kesan negatif terhadap cara penulisan seseorang.

“Proses menaip boleh dilakukan dengan terlalu cepat dan lancar, tetapi sebenarnya ia boleh menjejaskan cara penulisan” kata Srdan Medimorec, penulis utama kajian itu yang dijalankan di jabatan psikologi di University of Waterloo, Kanada. -Mynewshub.cc

BACA INI JUGA: UNIK! Juru Taip Terpantas Di Dunia Memiliki 6 Jari!

Saturday, March 19, 2016

Panduan Mudah Pengambilan Makanan Seimbang Dan Berkhasiat

Panduan Mudah Pengambilan Makanan Seimbang Dan Berkhasiat

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat.

Makanan seimbang

Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam.

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti).”

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.

Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia.

Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna.

Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu.

Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3. Mampu mengawal kadar obesiti

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan.

Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula.

Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu.

Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya.

Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini.

Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula.

Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida.

Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

1. Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus.

Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.

Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium.

Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

3. Lebihan kolesterol

Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4. Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

5. Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6. Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Tips Diet Seimbang

Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak.

Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru.

Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan.

Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.

Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.

Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.

Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.

Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Makanan Manusia Yang Beracun Bagi Kucing?

Sumber: Makan2sihat

6 Tips Suami Isteri Beraksi Hebat Diranjang!

6 Tips Suami Isteri Beraksi Hebat Diranjang!

Kehebatan dikala beraksi diranjang semestinya berupaya menjadi alat paling berkesan dan berkuasa untuk mengerat dan mencetuskan lagi hubungan kemesraan seksual dan menambah keseronokan seks kepada pasangan suami isteri.

Tips seks
Gambar hiasan.

Namun, bagi anda yang masih tercari-cari cara beraksi yang hebat diranjang, tips ini mungkin dapat membantu.

1. Fahami Lelaki

Bagi isteri, fahamilah suami anda sebagai seorang lelaki. Lelaki sentiasa tertarik dengan sesuatu yang sensual.

Janganlah marah dan bimbang jika sesekali suami inginkan sesuatu yang luar biasa.

Perhatikan suami anda, sekiranya dia terangsang tatkala melihat babak-babak panas di kaca televisyen, cuba jadikan babak yang ditonton sebagai panduan untuk memberikan keseronokan kepada suami.

2. Cungkil Rahsia Keghairahan Isteri

Suami pula perlu bijak mencungkil rahsia keghairahan isteri. Biasanya wanita agak sukar bercerita tentang keinginan seksnya secara terbuka walaupun kepada suami sendiri.

Kala berhubungan intim, carilah titik keghairahan isteri menerusi kaedah 'cuba-cuba'.

Sekiranya anda mendapati isteri senang dengan apa yang anda lakukan, teruskan sehingga dia mencapai kemuncaknya.

3. Sex Toys

Jangan malu dan tercabar sekiranya perlu menggunakan alat bantuan seperti ubat-ubatan dan peralatan seks yang boleh membantu memberi kepuasan dalam hubungan intim.

Peralatan seks tidak semestinya menunjukkan anda lemah dan kurang berkemampuan tetapi ia adalah salah satu cara untuk menambah kehebatan ketika bersama.

4. Jangan Gelojoh

Beri ruang dan masa kepada pasangan untuk bersedia melayari bahtera indah bersama-sama. Jangan lakukannya dengan tergesa-gesa kerana ia boleh membunuh keseronokan bersama.

Pastikan anda berada dalam suasana yang tenang, nyaman dan memberangsangkan untuk menikmati sensasi keghairahan yang diidam-idamkan.

5. Rangsang Pasangan Anda

Jika pasangan anda tidak mampu menaikkan keghairahan anda, jangan malu untuk merangsang dia terlebih dahulu.

Mulakan langkah pertama sehingga dia turut merasai keghairahan yang anda rasakan. Dan jangan pula terkejut bila melihat dia pula yang mengganas!

6. Jauhkan Gangguan

Pastikan tiada sebarang gangguan dikala anda berhubungan intim kerana ia boleh membunuh keghairahan dan kemesraan anda dan pasangan.

Jika anda sudah mempunyai anak, pastikan anak anda telah tidur dengan nyenyak agar tiada sebarang gangguan dapat membantutkan usaha anda mencapai nikmat kebahagiaan bersama-sama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, March 18, 2016

Pelakon-pelakon Terbaru Hollywood Yang Di Bayar AS$20 Juta Untuk Satu Filem!

Pelakon-pelakon Terbaru Hollywood Yang Di Bayar AS$20 Juta Untuk Satu Filem!

Iron Man Robert Downey Jr., Leonardo DiCaprio, Sandra Bullock, Angelina Jolie,  Matt Damon — kini termasuk ke dalam senarai elit sebagai pelakon Hollywood yang memperolehi pendapatan paling tinggi di Hollywood iaitu sehingga AS$20 juta untuk satu filem lakonan mereka.

Pelakon Lelaki

Matt Damon

Menurut edisi terbaru majalah The Hollywood Reporter, Iron Man Robert Downey Jr. memperolehi pendapatan sebanyak AS$20 untuk setiap filem Iron Man.

Manakala Matt Damon dibayar jumlah yang sama, AS$20 juta, untuk francais filem Jason Bourne yang seterusnya.

Pelakon utama American Sniper, Bradley Cooper juga kini tersenarai sebagai pelakon dengan bayaran sebanyak AS$15 juta sehingga AS$20 juta untuk satu filem.

Bayaran paling tinggi yang pernah diperolehinya ialah AS$15 juta untuk filem ketiga Hangover.

Ben Affleck dan Channing Tatum turut tersenarai sebagai pelakon AS$20 juta tetapi nilai Tatum boleh menjunam ekoran kegagalan filem terbarunya Jupiter Ascending di Box Office.

Namun begitu apa yang lebih memeranjatkan ialah kemampuan Dwayne Johnson untuk kini memperolehi pendapatan sehingga AS$15 juta untuk satu filem.

Dia dibayar AS$15 juta untuk filem aksi terbaru Hercules dan San Andreas.

Sebelum ini dia hanya memperolehi bayaran yang tidak seberapa untuk muncul dalam filem terbaru Furious 7.

Namun begitu, pelakon dengan bayaran termahal kini adalah milik Leonardo DiCaprio, yang menerima AS$25 juta untuk peranannya dalam The Wolf of Wall Street.

Pelakon Wanita

Jennifer Lawrence

Dalam pada itu, empat orang pelakon wanita iaitu Bullock, Jolie, Melissa McCarthy dan Jennifer Lawrence kesemuanya kini memperolehi tidak kurang daripada AS$15 juta untuk satu filem lakonan mereka.

Bullock berada di senarai teratas sebagai pelakon wanita paling mahal di Hollywood buat masa ini dengan memperolehi AS$70 juta untuk filem Gravity sahaja.

Jumlah itu termasuk bayaran bonus dan bayaran pendahuluan sebanyak AS$20 juta. Selebihnya dia memperolehi 20 peratus untuk setiap keuntungan yang diperolehi menerusi jualan tiket.

Angelina Jolie memperolehi lebih AS$15 juta untuk filem terbarunya Maleficent tetapi sumber-sumber Hollywood memberitahu yang dia akan memperolehi AS$20 juta untuk sambungan filem spy Salt yang akan memulakan pengambaran tidak lama lagi.

Jennifer Lawrence memperolehi sekitar AS$10 juta untuk The Hunger Games: Catching Fire, tetapi khabarnya dia akan menerima AS$15 juta untuk filemnya yang seterusnya.

Semoga terhibur.

BACA INI JUGA: Pelakon Hollywood Yang Dipecat Dari Filem

Sumber: mStar

'Sila Cari Di Google, Hidung Dia Senget Atau Lurus?'

'Sila Cari Di Google, Hidung Dia Senget Atau Lurus?'

Penyanyi dan pelakon Awie meminta bekas isterinya, Rozana Misbun agar tidak terus berbohong apabila bertindak mahu menuntut ganti rugi 'patah hidung' selain mengemukakan saman malu diaibkan terhadapnya.

Awie Pop star

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, tindakan terbaharu Rozana itu disebabkan perasaan tidak puas hati terhadapnya namun dia tidak terkesan dengan perkara itu.

"Dia tuduh saya patahkan hidungnya, cuba anda sendiri buat carian di Google wajah dia sebelum dan selepas berkahwin dengan saya sama ada hidungnya senget atau pun lurus.

"Jangan terus berbohong hanya kerana masih tidak berpuas hati tetapi tidak mengapa teruskan kerana saya tidak terkesan pun dengan apa juga tindakannya," katanya kepada mStar Online.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Ceria Popstar 2016.

Vokalis kumpulan Wings itu bakal bertindak sebagai juri tetap di samping penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dalam program itu.

Terdahulu, Awie bebas tuduhan memukul Rozana mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan selepas dia bersetuju memohon maaf selain membayar kompaun sebanyak RM10,000 terhadap bekas isterinya itu.

Permohonan maaf dilakukan dalam prosiding di Mahkamah Majistret Ampang.

Hidung+Rozanna

Bagaimanapun Rozana berhasrat mengemukakan saman malu terhadap Awie kerana mengaibkannya dengan pelbagai fitnah melalui pihak media.

Dalam pada itu, Awie berkata, Rozana yang memulakan 'peperangan' di antara mereka sehingga ada pihak turut terlibat membantu dalam usaha memusnahkan karier seninya itu.

"Awal-awal dahulu saya memang tidak pernah cakap apa-apa sama ada di media atau laman sosial tetapi dia yang memulakan untuk memalukan saya malah ada yang membantunya dan tahniah kerana berjaya musnahkan hidup saya.

"Apabila ada wartawan tanya baru saya jawab itu pun saya minta komen saya ditapis sebelum ditulis," jelasnya. -mStar

BACA INI JUGA: 5 Pelakon Wanita Terima Bayaran Paling Mahal Di Dunia

Pelatih Polis Meninggal Akibat Strok Haba!

Pelatih Polis Meninggal Akibat Strok Haba!

Seorang pelatih asas kepolisan (PLAK) Siri 1/2016 yang baru sahaja menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat, Ahad lalu, meninggal dunia dipercayai akibat strok haba, malam kelmarin.

Meninggal Akibat Strok Haba

Pegawai Penyelaras PLAK Siri 1/2016 Pulapol Segamat, Asisten Superintendan Abu Bakar Ngah berkata, Pelatih Konstabel Azizan Ayob, 23, meninggal dunia di Hospital Daerah Segamat (HDS) pada jam 10.26 malam.

“Selasa lalu, pelatih menjalani orientasi pengenalan kawasan latihan yang berakhir di padang kawad Pulapol dengan larian ringan dan belum pun masuk pusingan kedua, dia kelihatan seperti hendak pitam.

“Dia sempat dibantu oleh rakan pelatih lain dan dipapah keluar dari padang kawad sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Batu Anam. Melihat keadaannya yang agak kritikal, dia dikejarkan pula ke HDS,” katanya.

Menurutnya, mangsa berasal dari Melaka itu ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) HDS sebelum pihak Pulapol Segamat memaklumkan bapa mangsa yang juga merupakan seorang pesara polis.

Katanya, doktor turut memaklumkan keadaan mangsa kritikal kerana segala sel dalam badan sudah gagal untuk berfungsi selain terpaksa bergantung kepada bantuan mesin pernafasan.

“Mangsa disyaki mengalami strok haba dan bapa mangsa juga ada memaklumkan anaknya itu juga turut mempunyai penyakit sawan dan mengalami demam beberapa hari sebelum melaporkan diri di Pulapol Segamat.

“Malam semalam (kelmarin) pihak hospital memaklumkan tentang kematian pelatih kepada keluarga dan pihak Pulapol, sebelum jenazah diurus dan dihantar pulang ke kampung halamannya di Melaka untuk dikebumikan hari ini (semalam),” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pada waktu latihan orientasi, keadaan cuaca tidak begitu panas dan berawan serta kematian mangsa juga bukan disebabkan penderaan atau modul latihan PLAK yang sedang diikuti.

Katanya, mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tangga Batu Kecil, Melaka dan Pulapol Segamat mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa atas tragedi ini.

“Susulan insiden ini, pihak hospital telah memanggil pengurusan Pulapol untuk memaklumkan perkembangan dan langkah yang perlu diambil ketika musim panas bagi mengelakkan kejadian sama berlaku kepada 463 pelatih lain,” katanya.

BACA INI JUGA: Bahaya Strok Haba Dan Cara Mencegahnya

Sumber: SH

Kisah Tesco Beri Kerja kepada Pencuri Dapat Perhatian Dunia!

Kisah Tesco Beri Kerja kepada Pencuri Dapat Perhatian Dunia!

Kisah Tesco Bukit Mertajam yang memberikan kerja kepada seorang lelaki yang ditangkap kerana mencuri kini telah menjadi perhatian dunia.

Tesco+Malaysia

Beberapa portal telah memuat naik kisah itu dan diletakkan di muka hadapan portal mereka.

Portal Metro.co.uk telah menulis mengenai kisah itu dengan artikel bertajuk: Tesco beri pekerjaan kepada lelaki yang mencuri untuk memberi makan kepada keluarga.

Di portal Independent.co.uk pula, tertera artikel dengan tajuk yang sama.

Tesco+Malaysia [2]

Selain dari dua portal itu, kisah lelaki berkenaan juga turut dikongsi di Mirror.co.uk dan International Business Time (IBT) Uk.

Baru-baru ini, kisah Tesco memberi pekerjaan kepada seorang pencuri menjadi viral di Malaysia.

Tesco+Malaysia [3]

Lelaki tersebut terpaksa mencuri untuk memberi makan kepada 3 orang anaknya selain terpaksa menjaga isterinya yang sakit.

Pihak pengurusan Tesco Bukit Mertajam yang tersentuh dengan apa yang perlu dilalui oleh lelaki terbabit memberi kerja kepada lelaki itu dan tidak melaporkan jenayah yang dilakukan.

BACA INI JUGA: Kisah Seorang Janda Dan Sebiji Terung

Sumber: Siakapkeli.my

Rakaman Suara Video Sahkan Komplot Jatuhkan Najib!

Rakaman Suara Video Sahkan Komplot Jatuhkan Najib!

Satu video mengandungi rakaman suara tanpa visual sebenar yang disebarkan di media sosial mengesahkan mengenai wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib+vs+Muhyiddin

Rakaman suara mirip bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dipercayai dirakam dalam satu majlis tertutup sebelum beliau digantung jawatan dalam Umno.

Berdasarkan penelitian, rakaman suara berkenaan telah disunting oleh pihak tertentu.

Pada awal video berkenaan, terdapat montaj bergambar yang bertulis: "9 September 2015. TSMY mengaku wujudnya KOMPLOT untuk menjatuhkan Najib.

"TSMY mengaku bahawa Dana Khas Umno yang diuruskan oleh presiden ialah perkara biasa dari dulu lagi."

Berdasarkan rakaman itu, pemilik suara yang kedengaran mengaku sebagai 'Muhyiddin Yassin' beberapa kali menyentuh mengenai komplot menjatuhkan kerajaan.

"Mungkin setengah pihak meramalkan akan ada satu tindakan luar biasa daripada saya. Kalau mengikut sejarah, apa yang berlaku dalam Umno selepas (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dipecat dan sebagainya.

"Tapi saya nak jelaskan i'm not Anwar Ibrahim. Saya Muhyiddin Yassin," katanya sambil kedengaran bunyi tepukan.

"Hingga bila ada soal isu komplot, ni Datuk Zahid ada sini...komplot untuk menjatuhkan kerajaan, saya tidak terlibat.

"Walaupun ada usaha dibuat oleh beberapa pihak datang jemput saya untuk bersama-sama, saya kata no, i'm not part of that exercise," katanya.

Difahamkan majlis yang dihadiri pemilik suara itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya tidak terlibat dalam soal itu, saya tahu siapa yang terlibat, saya tahu apa yang mereka nak buat.

"Bukan kata nak menumbangkan kerajaan, nak menukar perdana menteri...itu pun saya tak terlibat dalam soal itu.

"Ini Datuk Timbalan Perdana Menteri mesti ada maklumat SB (cawangan khas) dan sebagainya. Saya tahulah...itu sistem kerajaan kita," katanya.

Selain itu rakaman tersebut juga menyentuh mengenai kontroversi derma politik kepada Umno.

"Kalau Datuk Seri ingat, saya pun tak pernah soalkan, i never ask. Saya menjadi timbalan presiden tahun 2009 sampailah sekarang.

"Tapi tak pernah pun persoalkan tentang dana khas ini, kerana saya tahu sejak dulu pun bahawa dana khas ini adalah dana yang diuruskan oleh presiden sendiri," katanya. -mStar

BACA INI JUGA: 'Saya Tak Mahu Disoal Di Akhirat Kelak'

8 Tips Mudah 'Sejukkan' Badan Ketika Cuaca Panas

8 Tips Mudah 'Sejukkan' Badan Ketika Cuaca Panas

Anda dinasihat untuk mengamalkan rutin pemakanan dan penjagaan kesihatan secara konsisten dengan meminum banyak air putih termasuk minuman berisotonik bagi menggantikan garam mineral yang hilang semasa berpeluh ketika cuaca panas.

Minum air sejuk

Pengambilan minuman tersebut perlu tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang dilakukan serta untuk memastikan tubuh tidak mengalami dehidrasi.

Perkara ini tidak harus dipandang ringan terutama bagi kawasan yang mengalami peningkatan suhu melampau sehingga mencecah 39 darjah celcius.

Beberapa tips yang dikongsi ini boleh membantu meredakan bahang kepanasan, selain dapat membantu kita kekal sihat dan aktif dalam cuaca panas.

1. Perkara paling asas dalam menghadapi cuaca panas adalah memastikan air yang mencukupi di dalam badan. Minum air putih sebanyak mungkin untuk mengelakkan dehidrasi. Elakkan minuman berkafein dan manis kerana ia mempercepatkan dehidrasi.

2. Pilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang sejuk dan membantu meresap haba dan peluh. Elakkan memakai pakaian berlapis.

3. Untuk wanita, kurangkan solekan kerana ada sesetengah bahan dalam produk kosmetik kemungkinan menyekat aliran peluh, sekali gus membuatkan rasa panas di bahagian muka.

4. Hadkan aktiviti luar dan aktiviti yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.

5. Pastikan pemakaian krim SPF yang bersesuaian dengan kulit jika perlu terlibat dengan aktiviti luar.

6. Sebaiknya mandi dengan air yang suam dan tidak terlalu sejuk. Ini kerana mandi air sejuk akan membuatkan badan anda menjana haba untuk menggantikan haba yang baru hilang.

7. Boleh juga cuba meletakkan atau melalukan air sejuk pada pergelangan tangan selama beberapa saat. Ini kerana satu saluran darah utama berada di sini, dan boleh memberikan rasa sejuk dengan pantas.

8. Makan kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Makan dalam kuantiti yang banyak, terutama yang tinggi kadar karbohidrat akan menaikkan kadar metabolisme dan ini akan membuatkan badan terasa panas.

Ancaman penyakit termasuk strok akibat bahang terlalu panas bukan sahaja mudah menyerang kanak-kanak, tetapi juga golongan dewasa dan warga emas jika tidak mengamalkan pemakanan sihat serta menitikberatkan soal kesihatan.

BACA INI JUGA: Bahaya Bakteria Kebal Antibiotik, Perkara Yang Anda Wajib Tahu!

Sumber: Astroawani