Thursday, March 17, 2016

Apa Sebenarnya Fenomena Equinox?

Apa Sebenarnya Fenomena Equinox?

Pemanasan global atau fenomena ekuinoks berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan September, yang mana, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung.

Fenomena Equinox [2]

Bumi berputar mengelilingi matahari dengan posisi yang sedikit miring, sekitar 23.5° terhadap bidang lintasannya yang dikenal sebagai ekliptik.

Akibatnya, sinaran matahari tidak selalu tepat berada di bahagian tengah bumi atau garisan Khatulistiwa.

Selama setengah tahun, matahari berada di atas belahan utara Khatulistiwa. Setengah tahun berikutnya, matahari berada di atas belahan selatan khatulistiwa. Inilah yang menyebabkan perbezaan musim di daerah empat musim belahan utara dan selatan.

Saat belahan utara mengalami musim panas, belahan selatan mengalami musim sejuk, demikian pula sebaliknya.

Jadi, apabila matahari berada tepat diatas garisan Khatulistiwa, fenomena inilah yang dinamakan Equinox.

Asal-usul Nama Equinox

Fenomena Equinox

Kenapa dinamakan Equinox? Equinox berasal dari bahasa latin yang ertinya 'Malam yang sama panjang'.

Pada hari-hari tersebut, siang dan malam memiliki panjang yang sama di belahan dunia manapun. Mungkin bagi kita yang tinggal di sekitar khatulistiwa, siang dan malam yang sama panjang adalah perkara biasa.

Tetapi bagi mereka yang berada di daerah empat musim, perkara ini jarang terjadi. Ketika musim sejuk, biasanya malam lebih panjang daripada siang. Sebaliknya ketika musim panas, siang lebih panjang daripada malam.

Jadi, bila masa tepatnya Equinox ini berlaku? Equinox biasanya berlaku pada 21 Mac dan 23 September.

Pada 21 Mac, matahari 'berpindah' dari kutub selatan ke kutub utara menandakan datangnya musim panas di belahan utara. Equinox yang berlaku pada 21 Mac ini dinamakan Vernal Equinox.

Sebaliknya, pada 23 September matahari 'berpindah' dari kutub utara ke kutub selatan yang menandakan datangnya musim gugur di sebelah utara. Equinox yang berlaku pada 23 September dinamakan sebagai Autumnal equinox.

Pada 21 Jun, matahari berada di belahan utara bumi (23.5 darjah Lintang Utara). Pada 23 September, matahari berada tepat di garisan Khatulistiwa.

Pada 22 Disember, matahari berada di belahan selatan bumi (-23.5 darjah Lintang Selatan).

Pada 21 Mac matahari kembali berada di Khatulistiwa.

Pada saat matahari berada di utara dan selatan (21 Jun dan 22 Disember) disebut sebagai Solstis Matahari.

Solstis Matahari

Solstis Matahari

Solstis adalah satu peristiwa astronomi yang berlaku sebanyak dua kali setiap tahun apabila kedudukan nyata Matahari di langit mencecah hampir dengan titik paling utara atau paling selatan bumi.

Nama kejadian ini berasal daripada bahasa Latin iaitu gabungan perkataan sol (matahari) dengan sistere (untuk berdiam diri).

Semasa solstis, matahari berdiri tetap dalam kecondongan iaitu pergerakan laluan utara atau selatan matahari yang berhenti sebelum membalikkan arah.

Sebutan solstis juga digunakan untuk membawa maksud yang lebih luas seperti tarikh (hari) apabila keadaan ini berlaku. Solstis bersama dengan ekuinoks berkait rapat dengan kejadian pelbagai musim di bumi.

Fenomena ini memperlihatkan seolah-olah matahari bergerak dari utara ke selatan selama setengah tahun, dan bergerak dari selatan ke utara pada setengah tahun berikutnya.

Pergerakan inilah yang membentuk empat musim di bumi, iaitu musim gugur, musim sejuk, musim bunga dan musim panas.

Dan ketika Ekinoks Matahari berlaku, masa antara siang dan malam menjadi sama iaitu 12 jam di seluruh permukaan bumi.

Bagi kita yang hidup di Khatulistiwa, mungkin malam dan siang sama lamanya. Tapi tidak bagi mereka yang tinggal di kawasan utara atau selatan.

Pada musim sejuk, orang Eropah mengalami malam yang lebih panjang dari siang dan ada masa yang sama, penduduk Australia mengalami masa siang yang lebih lama.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Kepanasan Badan Hilang Melalui Kepala?

Pelajar Tahun 6 Changkat Jering Juara Muay Thai Dunia!

Pelajar Tahun 6 Changkat Jering Juara Muay Thai Dunia!

Pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Changkat Jering, Bukit Gantang, Perak, melakar sejarah apabila mengungguli kategori bawah 12 tahun Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Muay Thai Peringkat Dunia di Bangkok, Thailand.

Iskandar Zulqarnain Juara Muay Thai Dunia 2016 [2]

Iskandar Zulqarnain Mohamad Ezry A'Zamin muncul juara kategori itu selepas menundukkan peserta tuan rumah, Tannapon Pennikorn dalam perlawanan akhir pada Selasa.

Ayah Iskandar Zulqarnain, Mohamad Ezry A'Zamin Abdul Wahab berkata beliau dimaklumkan mengenai kejayaan anaknya itu oleh Presiden Muay Thai Malaysia Nooramain Kaw Abdullah.

"Lebih membanggakan apabila diberitahu lawan anak saya memiliki fizikal lebih tinggi selain lebih berpengalaman memandangkan Muay Thai memang sudah sebati dalam kalangan masyarakat Thailand," katanya ketika dihubungi pada Rabu.


Mohamad Ezry A'Zamin yang juga jurulatih sukan Muay Thai berkata kejayaan anaknya itu hasil kesungguhan semasa berlatih dan ia pastinya akan menyuntik semangat Iskandar Zulqarnain untuk terus berjaya.

Katanya Iskandar Zulqarnain yang dijadual pulang ke Perak Sabtu ini akan menyertai kejohanan Muay Thai di Eropah Mei depan. -Bernama

BACA INI JUGA: Video Peragut Tersilap Rompak Wanita Juara Muay Thai

Sumber: mStar

Wednesday, March 16, 2016

Trend `Pinggang Paling Cantik’ Gadis China!

Trend `Pinggang Paling Cantik’ Gadis China!

Gadis-gadis di China ketika ini dilanda trend pinggang ramping dan menggunakan kertas A4 bagi mengukur pinggang masing-masing.

Pinggang Paling Cantik

Ia bagi menunjukkan bahawa pinggang mereka tidak melebihi ukuran lebar kertas terbabit.

Gambar-gambar gadis yang bergambar dengan kertas di pinggang kini memenuhi media sosial di negara itu dan menjadi trend terbaru di kalangan mereka.

Masing-masing memuatnaik gambar mereka dengan kertas itu diselitkan sama ada di dalam seluar atau dilekatkan di pinggang.

Berpuluh ribu orang sudah berkongsi gambar pinggang mereka dalam Weibo, iaitu medium media sosial yang sama seperti Twitter dan Facebook.

Pinggang Paling Cantik

Bagaimanapun tidak semua yang bersetuju dengan trend berkenaan kerana ia umpama menghina dan memalukan mereka yang mempunyai pinggang yang besar.

“Ia bukan sesuatu yang `cool’ untuk menghina gadis yang tidak menepati ukuran itu,’’ demikian tulis netizen.

Disebabkan ia menjadi trend, maka perkataan `pinggang paling cantik’ menjadi carian paling tinggi dalam internet.

BACA INI JUGA: 7 Perangai Pelancong China Yang Paling Menjengkelkan!

Sumber: Mynewshub.cc

'Pencuri Luarbiasa', Kisah Kejujuran Satu Dalam Sejuta

'Pencuri Luarbiasa', Kisah Kejujuran Satu Dalam Sejuta

Pada lumrahnya, orang yang bersalah akan dihukum, sementara yang berjasa diberi penghargaan, tetapi apabila sesuatu perbuatan itu menongkah arus, ia adalah sesuatu yang membuka mata ramai kerana ia bukan sahaja ganjil, tetapi boleh menjadi iktibar.

Pencuri Luarbiasa

Kisah-kisah luar biasa seperti ini kita pernah dengar atau baca berlaku sekali-sekala sejak zaman dahulu kala lagi.

Kita masih ingat cerita bagaimana seorang imam besar di zaman selepas tabiin, berhijrah merentasi padang pasir waktu kanak-kanak untuk mencari ilmu.

Sebagai anak orang susah, beliau hanya membawa sedikit wang yang dijahit oleh ibunya di sudut jubahnya.

Sebelum berangkat, ibunya mengingatkan anaknya itu, “Jangan berbohong”.

Maka di dalam perjalanannya, dia disekat oleh sekumpulan penyamun dan ketua penyamun bertanya kepadanya apa yang dibawa bersamanya.

Tanpa berdolak-dalik, kanak-kanak itu pun memberitahu beliau bawa sedikit wang.

Ditanya oleh ketua penyamun itu mengapa dia begitu jujur, kanak-kanak itu menjawab, “Ibu saya pesan jangan berbohong”.

Dipendekkan cerita, beberapa tahun kemudian, ketika berada di sebuah masjid, imam itu didatangi seorang lelaki tua yang berbudi bahasa dan memberitahunya, “Sayalah ketua penyamun itu dan sudah bertaubat selepas bertemu tuan dahulu.”

Di dunia moden dan canggih hari ni, masih ada cerita tentang manusia berhati mulia sekali-sekala, seperti kisah pemandu teksi atau pekerja hotel yang jujur, yang kembalikan wang kepada pemiliknya.

Masalahnya dalam dunia yang juga sarat dengan pembohongan dan kemungkaran ini, kisah kejujuran dan kebaikan menjadi pelik. Kisah-kisah begini adalah satu dalam sejuta!

Cerita terbaharu mengenai kejujuran adalah seperti apa yang sudah mula menjadi viral tentang seorang ayah kepada tiga orang anak yang ditangkap di sebuah pasar raya di utara Semenanjung kerana mencuri buah-buahan dan minuman bernilai RM27 minggu lalu. Saya ingin namakan dia Jo sahaja.

Apa yang menarik dan ganjil, bukan sahaja dia tidak diheret ke balai polis, malah diberi wang perbelanjaan dan ditawarkan kerja di pasar raya tersebut. Ia seolah-olah diberi najis, dibalas dengan bunga!

Tentunya kakitangan pasar raya itu terkesan dengan cerita Jo yang mendakwa dia terdorong untuk mencuri kerana anak-anaknya kelaparan dan dia tidak ada wang.

Menurut Jo, dia terpaksa berhenti kerja sebagai pekerja kontrak untuk menjaga anak-anak mereka selepas isterinya koma ketika melahirkan anaknya minggu lepas.

Selepas mendengar cerita sedihnya itu, pengurus besar pasar raya itu mengingatkan Jo supaya tidak mencuri lagi dan pada masa yang sama menawarkan pekerjaan di pasar raya tersebut. Jenis kerja belum diputuskan.

Daripada penelitian kakitangan pasar raya itu, terbukti Jo memang orang susah.

Dia didapati menumpang di rumah saudaranya, yang jelas orang susah juga.

Mereka juga melawat isteri Jo. Dia sudah sedar tetapi bayinya tidak dapat diselamatkan.

Yang membuatkan pihak pasar raya terkesan dengan kes itu adalah kerana Jo ada seorang pencuri yang ‘luarbiasa’.

Dia tidak berdolak-dalik. Dia berterus-terang bahawa dia mencuri kerana anak-anaknya lapar dan dia tidak ada wang.

Menurut pengurus besar itu, dalam pengalamannya bekerja dalam bidang jualan selama hampir 25 tahun, dia tidak pernah bertemu dengan orang yang mengaku serta-merta selepas ditangkap mencuri.

Kerana kejujurannya itu, ditambah dengan kesempitan hidup yang diharunginya, mereka memutuskan tidak menyerahkannya kepada polis.

Bahkan mereka membantu Jo untuk mendaftarkan anaknya yang berusia 7 tahun di sekolah, di samping memberi sedikit wang untuk perbelanjaannya.

Marilah kita berdoa supaya Jo bukan sahaja setakat bekerja dengan jujur dan gigih di pasar raya itu sebagai membalas jasa majikan yang telah menolongnya sebegitu banyak jika dia diambil bekerja nanti, bahkan dia perlu menjadikan dirinya teladan.

Janganlah nanti dia melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan persepsi bahawa seorang yang pernah pencuri akan terus mencuri. Ketua penyamun dalam cerita di atas tadi telah membuktikan sebaliknya.

Bukankah dunia ini seperti roda. Yang baik boleh menjadi jahat, yang jahat boleh bertukar menjadi baik.

Siapa kita untuk menjatuhkan hukum.

Tahniah kepada majikan dan kakitangan pasar raya yang berperikemanusiaan itu dan selamat menjalani hidup baharu kepada Jo serta keluarganya. Insya-ALLAH!

BACA INI JUGA: Seorang Wanita Dan Kisah Sepotong Kuih

Sumber: SH

Wajah Fotogenik, Diana Danielle Jadi Model Tudung Fareeda

Wajah Fotogenik, Diana Danielle Jadi Model Tudung Fareeda

Pelakon jelita Diana Danielle telah dipilih menjadi wajah baharu untuk jenama tudung Fareeda sempena mempromosikan koleksi terkini, ‘Sweet Love By Princess of Persia’.

Wajah Fotogenik Diana Danielle

Diana berkata dia berasa gembira dan sangat bersyukur apabila dipilih menjadi wajah koleksi terbaharu tudung Fareeda.

Dia juga mengatakan dia tidak mahu melepaskan peluang ini dan tidak mahu mensia-siakan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Wajah Fotogenik Diana Danielle [2]

Dia juga telah bersedia untuk menggalas segala tanggungjawab yang akan diberikan kepadanya selepas ini.

Menurut Pengarah Fareeda Global, Mawar Abdul Karim, dia memilih Diana Danielle sebagai wajah Fareeda bagi koleksi kali ini adalah kerana dia mempunyai wajah yang fotogenik.

BACA INI JUGA: 7 Perkara Wanita Bertudung Selalu Abaikan Tentang Penjagaan Kulit!

Diana Danielle Sangkal Dakwaan Perlekeh Budak Tahfiz

Diana Danielle Sangkal Perlekeh Budak Tahfiz [1]

Sementara itu, kisah viral yang terjadi kepada pelakon Diana Danielle apabila difitnah seseorang yang secara curi-curi mengambil gambar aktres itu ketika sedang menjamu selera dengan kawannya sebelum dimuat naik di Facebook dengan status tidak benar.

Status tersebut mendakwa, Diana memperlekehkan kanak-kanak tahfiz yang berjualan di sebuah tempat makan.

Diana Danielle Sangkal Perlekeh Budak Tahfiz [2]

Status Facebook yang dimuat naik seorang pengguna Facebook bersama gambar Diana Danielle.

‘Berang’ dengan tuduhan melulu itu, Diana tampil menyangkal kebenaran cerita tersebut dan mengatakan dia menjadi mangsa fitnah.

Malah daripada gambar yang dikongsikan pun dapat dilihat kedudukan Diana dengan perakam gambar terlalu jauh untuk didengar apa sebenarnya yang dibualkan.

Pada masa sama, tindakan Diana memaafkan individu yang memfitnahnya itu juga harus diberikan pujian.

Diana Danielle Sangkal Perlekeh Budak Tahfiz [3]

Moralnya, hati-hatilah bila mahu berkongsi cerita tidak sahih.

Terdapat banyak manusia di zaman ini berselindung di balik niat kononnya mahu memberi nasihat agama padahal sedang melakukan dosa yang lebih besar daripada membunuh.

BACA INI JUGA: Riak Ketika Beribadat Lebih Bahaya Dari Fitnah Dajjal

Sumber: Mynewshub.cc

Dato' Vida Kecewa Cristiano Ronaldo Batal Pertemuan!

Dato' Vida Kecewa Cristiano Ronaldo Batal Pertemuan!

Hajat penaja utama Kelantan, Dato' Vida untuk bertemu bintang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo pada petang Selasa tidak kesampaian.

Dato' Vida

Ini kerana Ronaldo terpaksa menolak pertemuan tersebut pada saat akhir sebaik sahaja tamat perlawanan menentang Las Palmas di Stadium Gran Canaria, Sepanyol, awal pagi Selasa.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, menurut ejen yang cuba mengatur pertemuan tersebut, Ronaldo tidak memaklumkan sebab membuat keputusan berkenaan.

"Saya pun agak kecewa sebab pertemuan ini tidak kesampaian. Saya hanya merancang tetapi sudah tiada rezeki, nak buat macam mana," katanya kepada mStar Online pada malam Selasa.

Bagaimanapun kekecewaan itu terubat apabila beliau sempat bergambar bersama 'Ronaldo' ketika lawatannya ke Stadium Santiago Bernabeu pada petang Selasa.

"Walaupun hanya dapat bergambar yang disunting dengan Ronaldo, tapi bila lihat ia seolah realiti. Apa pun tidaklah rasa kecewa sangat.

"Tambahan pula dapat meninjau di Stadium Santiago Bernabeu, sedikit sebanyak memberi maklumat yang cukup untuk saya bawa pulang ke Kelantan," katanya.

Namun beliau berkata beberapa kajian yang membabitkan reka bentuk stadium Los Blancos itu perlu dilakukan secara terperinci untuk melihat kesesuaian untuk diaplikasikan pada Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru, Kelantan.

Dato' Vida [2]

"Sepanjang lawatan tadi (petang Selasa waktu tempatan) saya lihat reka bentuknya sangat menakjubkan dengan stadium itu mampu memuatkan 85,000 penyokong.

"Bukan sahaja sekadar stadium, ia turut memuatkan ruang sejarah pasukan sejak diawal penubuhannya. Kerusi, padang dan bumbung stadium cukup unik sehingga menjadi daya tarikan pelancong.

"Cuba bayangkan jika stadium yang berwarna biru ini berada di Kota Baru tapi berwarna merah jambu, sudah pasti ia akan menjadi tanda mercu baharu Kelantan," katanya.

Sebelum ini, Vida melakukan tinjauan ke stadium tersebut selama lebih dua jam bagi menyaksikan sendiri kemudahan yang disediakan bagi mendapatkan idea untuk diaplikasikan di dalam stadium keramat Kelantan.

Sebaik sahaja tamat lawatan ke stadium tersebut, Vida turut berkesempatan menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara antakra Atletico Madrid dan PSV Eindhoven di Stadium Vicente Calderon, Madrid pada malam Selasa.

Perlawanan itu menyaksikan Atletico Madrid menewaskan Eindhoven dengan 8-7 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri 0-0 sehingga masa tambahan.

BACA INI JUGA: Sejarah Nombor Jersi Bola Sepak Yang Anda Tak Tahu

Sumber: mStar

Ketahui Rahsia Personaliti Melalui Bentuk Kuku

Ketahui Rahsia Personaliti Melalui Bentuk Kuku

Personaliti menggambarkan siapa kita dan bagaimana kita dipandang di hadapan semua orang. Personaliti menunjukkan tingkah laku, sifat, watak dan perangai seseorang.

Personaliti Melalui Bentuk Kuku

Tahukah anda bahawa penampilan anda dapat dilihat oleh bentuk kuku anda? Dan sebenarnya ada satu kajian analisis dibuat menunjukkan bentuk kuku sememangnya menggambarkan watak seseorang.

1. Rata dan luas

Personaliti Melalui Bentuk Kuku [1]

Anda mempunyai fikiran yang jelas. Anda cepat belajar sesuatu yang baru dan mempunyai firasat yang tepat. Anda fikir sebelum bercakap.

Kajian menunjukkan orang-orang dengan jenis kuku seperti ini adalah seorang yang kreatif dan bijak dalam penyelesaian masalah.

2. Segi empat sama

Personaliti Melalui Bentuk Kuku [2]

Orang yang mempunyai kuku berbentuk ini didapati lebih rajin. Mereka sangat ikhlas dan berdedikasi dalam tanggungjawab mereka.

Mereka ada bakat untuk menjadi pemimpin. Mereka adalah orang yang boleh dipercayai dan mudah dipercayai oleh orang lain untuk menyelesaikan apa-apa tugas.

3. Kecil dan melengkung

Personaliti Melalui Bentuk Kuku [3]

Orang-orang yang termasuk dalam kategori kuku ini adalah mereka yang mempunyai bakat kreatif.

Orang-orang ini sering menjadi punca keseronokan jadi orang lain mudah tertarik dengan mereka. Mereka berani, kuat dan setia. Mereka boleh jadi keras kepala dalam beberapa situasi.

4. Tidak seimbang dan kecil

Personaliti Melalui Bentuk Kuku [4]

Orang-orang ini cenderung untuk menjadi bijak dan bertenaga serta berfikiran tegas. Mereka juga suka memerhati dan lebih berfikiran luas dan suka memberi pandangan atau pendapat.

5. Segitiga

Personaliti Melalui Bentuk Kuku [5]

Jika kuku seseorang itu adalah segi tiga, ia bermaksud mereka adalah seorang yang berani dan kuat semangat.

Mereka boleh dianggap sebagai orang yang suka bekerja dengan 'smart'. Mereka melakukan apa sahaja yang mereka suka.

6. Segi empat tepat dan memanjang

Personaliti Melalui Bentuk Kuku [6]

Mereka yang mempunyai kuku seperti ini adalah seorang yang periang dan suka berkawan. Mereka mesra dan suka bertemu dengan orang baru dan membuat kawan.

Mereka cerewet tetapi tepat dalam membuat keputusan. Mereka tidak pandang sebelah mata dalam melakukan sesuatu walaupun membuat tugasan itu hanyalah kecil.

7. Panjang dan bujur

Personaliti Melalui Bentuk Kuku [7]

Kuku panjang dan bujur menunjukkan seorang yang kreatif dan hebat dalam seni. Mereka mempunyai kuasa imaginasi yang tinggi.

Kuku anda yang mana satu?

BACA INI JUGA: Cara Tidur Seseorang Dan Maksud Di Sebaliknya

Sumber: Laicikang

Tuesday, March 15, 2016

6 Pulau Buatan Manusia Paling Mengagumkan Di Dunia!

6 Pulau Buatan Manusia Paling Mengagumkan Di Dunia!

Pulau buatan, bukan sebuah pulau semulajadi, dibina melalui kebijaksanaan, kemajuan teknologi dan kejuruteraan pembinaan masa kini.

Hartanah evolusi ciptaan manusia bernilai berbilion yang wujud di lautan kini menjadi aset yang begitu mahal dan bernilai tinggi.

Dibawah ini, melalui petikan dari blog sahabat, Khirkhalid.com, merupakan 6 Pulau Buatan Manusia Paling Mengagumkan Di Dunia.

1. The Pearl

The Pearl, Qatar

Pulau The Pearl yang terletak di Doha, Qatar adalah pulau buatan yang terbentang dengan keluasan 4 juta meter persegi.

Pulau yang terletak kira-kira 350 meter dari luar persisiran West Bay Lagoon mempunyai lebih 32 kilometer pinggir laut yang digunakan untuk pembinaan kawasan kediaman.

Dianggarkan terdapat sebanyak 15,000 kediaman pada 2010 yang dibangunkan oleh United Development Company.

2. Palm Island

Palm Island, UAE

Palm Island terletak di Dubai, United Arab Emirates (UAE) telah dibina oleh Nakheel Properties dengan teknologi dari Belgium dan Belanda.

Ia sebuah pulau yang menempatkan pusat komersil, kediaman serta mempunyai pelbagai infrastruktur.

Kehebatan teknologi dan pembinaannya telah dijadikan sebuah dokumentari untuk dipertonton ke seluruh dunia.

3. Pulau Eden

Pulau Eden, Seychelles

Pulau Eden bermula dengan sebuah idea untuk membina sebuah pulau di Seychelles. Pulau Eden akhirnya terbina dengan tebus guna tanah seluas 40 hektar dan 16 hektar lagi bagi jalan air yang bersambung ke laut.

Ia bersambung dengan pulau utama Mahe melalui sebuah jambatan menghala ke lapangan terbang di ibu negeri Victoria.

4. The World (Archipelago)

The World (Archipelago)

The World adalah gagasan kepulauan buatan manusia yang mengandungi 300 pulau. Ia dibina dalam bentuk berlekuk seperti peta dataran bumi.

The World dibina kira-kira empat kilometer dari Dubai yang terletak berhampiran dengan The Palm.

Gugusan pulau-pulau dibina daripada 14,000 hingga 42,000 meter persegi dengan jarak diantara pulau dianggarkan 100 meter. Anggaran kasar kos pembangunannya pada 2005 mencecah 14 billion.

5. Kepulauan Venetian

Kepulauan Venetian, Florida

Pulau-pulau Venetian adalah satu rangkaian pulau buatan di pantai Biscayne, Miami, Florida. Selain Pulau Biscayne, pulau-pulau yang terdapat di situ ialah Pulau Di Lido, Pulau Rivo Alto dan Pulau Belle Isle (Miami Beach).

Pulau-pulau ini disambungkan oleh jambatan dari tanah besar Florida ke Pantai Miami.

Pada Hari ini Venetian Causeway sangat popular sebagai tempat berjogging, berbasikal, beriadah, berjalan kaki dan bersiar-siar.

6. Pulau Thilafushi

Pulau Thilafushi, Maldives

Thilafushi adalah sebuah pulau buatan yang dibina sebagai sebuah pusat perbandaran diantara Kaafu Atoll Giraavaru dan Ghulhifalhu di Maldives.

Thilafushi asalnya adalah sebuah lagun yang dipanggil "Thilafalhu' dengan keluasan 77 kilometer dan kelebaran 200 meter di kawasan cetek.

Setelah tebus guna tanah dilakukan, pada hari ini Thilafushi adalah sebuah dataran dengan lebih 4.6 juta kaki persegi, dengan 1.2 juta kaki persegi daripada tanah tersebut telah digunakan untuk perindustrian.

BACA INI JUGA: Tristan da Cunha, Pulau Berpenghuni Paling Terpencil Di Dunia

Ditangkap Mencuri Kerana Anak Lapar, Pasaraya Tesco Tawar Pekerjaan!

Ditangkap Mencuri Kerana Anak Lapar, Pasaraya Tesco Tawar Pekerjaan!

Seorang bapa kepada tiga anak ditangkap kerana mencuri di sebuah pasar raya. Bagaimanapun, dia tidak dihukum malah sebaliknya ditawarkan untuk bekerja di pasar raya berkenaan.

RadzuanTesco
Pengurus Besar Tesco Alma, Radzuan Ma’asan.

Lelaki berusia 31 tahun itu yang enggan namanya disiarkan berkata beliau bersyukur kerana diberi peluang kedua dan kerja serta tidak diserahkan kepada polis selepas kejadian pada Rabu lepas.

Katanya, dia mencuri beberapa barangan makanan bernilai RM27 dari Pasar Raya Tesco di Alma kerana anak-anaknya berada dalam kelaparan namun dia tidak mempunyai wang.

“Saya terpaksa berhenti kerja sebagai pekerja kontrak selepas isteri saya koma akibat komplikasi ketika melahirkan anak minggu lepas.

"Dia masih dirawat di hospital Bukit Mertajam,” kata lelaki itu yang keluarganya berasal dari Kuala Nerang, Kedah.

Beliau kini menumpang di rumah saudara di Alma.

Katanya, pada hari kejadian dia sedang berjalan ke rumah saudaranya itu selepas melawat isterinya di hospital dengan anak lelaki berusia dua tahun.

Menurutnya lagi, mereka kemudiannya melalui kawasan Tesco pada kira-kira pukul 6 petang.

“Selepas berjalan selama lebih daripada satu jam, kami pergi ke bahagian makanan dan saya mengambil pear, epal dan beberapa botol minuman,” katanya sambil menambah bahawa dia telah ditangkap ketika hendak berjalan keluar.

Pengurus Besar Tesco Alma, Radzuan Ma’asan yang menyoal siasat lelaki itu memutuskan untuk mengambil pendekatan yang berbeza dalam menangani jenayah tersebut.

Selain memberi amaran kepadanya supaya tidak mencuri lagi, dia juga menawarkan lelaki itu untuk bekerja.

“Keadaan lelaki itu benar-benar menyentuh hati kami. Kami melawat rumah saudaranya itu. Ia begitu kosong dan susah,” katanya.

Radzuan berkata kakitangannya melawat isteri lelaki itu yang kini sudah sedar daripada koma.

Bayi mereka bagaimanapun gagal diselamatkan.

Radzuan berkata pihaknya bagaimanapun masih belum membuat keputusan mengenai jenis pekerjaan yang ingin ditawarkan kepada lelaki itu.

“Dia bukan seorang pencuri tegar. Apabila kita bertanya kepadanya, dia terus mengaku dengan mengatakan bahawa dia mencuri buah-buahan dan minuman kerana anaknya lapar.

“Selama 23 tahun pengalaman saya dalam bidang peruncitan, saya tidak pernah menemui pencuri yang mengakui perbuatan mereka dengan begitu mudah.

“Kebanyakan akan memberi pelbagai jenis alasan. Beliau juga memberitahu kami bahawa dia tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga tiga anaknya yang berusia antara dua hingga tujuh tahun.

“Jadi, kami mengambil keputusan untuk tidak membuat laporan polis kerana ini adalah kes kemiskinan yang melampau.

“Buat masa ini, keutamaan kami adalah untuk memastikan bahawa dia mendaftarkan anak lelakinya berusia tujuh tahun ke sekolah,” kata Radzuan, yang menyerahkan wang tunai kepada lelaki itu untuk menampung perbelanjaan hariannya. –mStar Online

BACA INI JUGA: Kisah Benar Hakim Yang Adil Di Zaman Moden

Najib Jawab Dakwaan Sultan Johor Tak Mahu Salam!

Najib Jawab Dakwaan Sultan Johor Tak Mahu Salam!

Perdana Menteri Najib Razak, hanya mampu menggelengkan kepala berikutan tohmahan di media sosial yang mendakwa kononnya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menolak untuk bersalaman dengan dirinya.

NAJIB+MALU+BESAR

Najib ketika mengulas dakwaan itu berkata, baginda juga sebenarnya menyambut kehadirannya di istana.

“Sultan Johor tunggu saya di istana, minum teh dengan dia, naik kereta yang dipandunya.

“Saya duduk sebelah, berbual dalam kereta, takkan itu pun salam lagi, nanti orang kata gila, (di) istana sudah salam, naik kereta sama,... (nak) salam lagi?” katanya sebagaimana lapor Malaysiakini.

Najib membuat penjelasan itu berikutan video viral yang memaparkan kononnya sultan Johor tidak mahu bersalaman dengannya ketika majlis pelancaran Forest City di Johor pada minggu lalu.

BACA INI JUGA: Sejarah Politik Zahid Hamidi Yang Ramai Tak Tahu!


Sumber: Siakapkeli.my