Saturday, March 12, 2016

Misteri Asal Usul Simbol ‘@’

Misteri Asal Usul Simbol ‘@’

Hingga kini, asal usul simbol ‘@’ yang sangat penting pada zaman sekarang terutama bagi menghantar mesej elektronik (e-mail) dan media sosial masih menjadi misteri.

Asal Usul Simbol ‘@’

Meskipun kisah di sebalik simbol @ masih lagi samar-samar, terima kasih kepada Ray Tomlinson yang telah mencipta e-mail yang banyak menggunakan simbol ini.

Menurut portal BBC NEWS, Tomlinson telah memilih untuk gunakan simbol berkenaan bagi navigasi menghantar mesej kerana ia jarang digunakan. Justeru penggunaan simbol itu dikatakan dapat mengelak kekeliruan antara sesuatu program dengan sistem.

Keith Houston, pengarang ‘Shady Character: Secret Life Of Punctuation’ menjelaskan, simbol @ wujud pada penghujung abad 19 dan ia merupakan simbol bersifat umum, bermaksud bilangan bagi sesuatu barang pada harga tertentu.

Ahli akademik Girogio Stabile mendapati penggunaan simbol itu berbeza-beza di kebanyakan negara. Di Turki simbol berkenaan dikenali sebagai ‘rose’.

Asal Usul Simbol ‘@’ [2]

Manakala dalam kalangan penduduk Norway ia dikenali sebagai ‘pig’s tail’, rakyat Greece pula sebut ‘duckling’ dan penduduk Hungary memanggilnya ‘worm’.

Dalam kalangan penduduk Perancis, Sepanyol dan Portugis ia dikenali sebagai ‘arobase’ atau ‘arroba’ iaitu satu unit bagi menunjukkan berat atau jumlah.

Penduduk Itali pula memanggilnya ‘amphora’ bersempena balang tembikar simpanan berleher panjang yang digunakan oleh masyarakat dahulu kala.

Begitu pun penemuan terawal simbol ‘@’ adalah dalam bidang keagamaan, bila mana ia diguna bagi menggantikan huruf ‘A’ bagi perkataan ‘Amen’ yang tercatat dalam terjemahan 1345 Bulgari yang terdapat di Perpustakaan Apostolic Vatican.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Penggunaan Simbol @ Pada Email?

Sumber: mynewshub

Malaysia Negara Paling Ajaib Di Dunia

Malaysia Negara Paling Ajaib Di Dunia

Sememangnya Malaysia adalah negara paling ajaib didunia buat masa ini, setanding dengan 7 lambang ajaib dunia yang lain. Dan kami dedikasikan keajaiban ini dalam sebentuk pantun.

Malaysia+Negara+Ajaib

Semoga terhibur dan hayatilah keajaibannya..

Ajaibnya negara ku ini,
Segala-galanya ada,
Tetapi tetap tak sekaya mana,
Petrol, emas, getah, kelapa sawit di mana-mana,
Namun hidup rakyat tetap merana.

Ajaibnya negara ku ini,
Kasino megah di puncak bukit,
Kilang arak besar di tepi lebuhraya,
Pelacur laris di ibu kota,
Rasuah dan salah guna kuasa berleluasa,
Malaysia masih negara Islam model,
Katanya patut dicontohi umat sedunia.

Ajaibnya negara ku ini,
Sedang ramai diberhentikan kerja,
Rakyat diminta berjimat-cermat,
Belanjawan dipotong supaya hemat,
Ditambah la pula gaji menteri dan yang berhormat.

Ajaibnya negara ku ini,
Politik sentiasa agenda utama,
Sedang ekonomi menyesakkan semua,
Orang politik sibuk merebut kuasa,
Yang sedang memimpin diturunkan segera,
Pagi bermusuh petang bersaudara,
Senja bersama malam berseteru pula.

Ajaibnya negara ku ini,
Jerawat artis di muka depan akhbar,
Artis berkahwin siaran langsung di tv,
Artis putus tunang berebut liputan media,
Inovasi teknologi di universiti tiada yang peduli.

Ajaibnya negara ku ini,
Dalam dunia ini ada tujuh keajaiban,
Negara ku kini menjadi yang kelapan...

*Prof. Hamza al-Qola'ie

BACA INI JUGA: 7 Keajaiban Sebenar Dunia Yang Kita Lupakan

Sumber: Kluangmanexpress

Friday, March 11, 2016

Generasi Terakhir Paling Bertuah!

Generasi Terakhir Paling Bertuah!

Mereka yang lahir di tahun 50-60-70-80an, adalah generasi yang layak disebut generasi paling bertuah. Kenapa?

INDAHNYA+MASA+LALU

Kerana inilah generasi yang mengalami loncatan teknologi yang begitu mengejutkan di abad ini, dengan keadaan usia perdana.

Inilah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip. Sekaligus saat ini jari kita masih lincah menikmati keyboard dari laptop kita.

Inilah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan tape recorder. Sekaligus juga menikmati mudahnya mendownload lagu dari gadget.

Inilah generasi dengan masa kecil bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana lompat tali, galah panjang, main jengket, gasing, guli adalah permainan yang tiap hari akrab dengan kita. Sekaligus saat ini mata dan jari tetap lincah memainkan berbagai game di gadget .

Masa remaja

Inilah generasi terakhir yang pernah mempunyai kelompok dan geng yang tanpa janji, tanpa telefon atau sms, tapi selalu boleh berkumpul bersama menikmati malam minggu sampai pagi. Kerana inilah generasi yang berjanji cukup dengan hati.

Kalau dulu kita harus bertemu untuk ketawa bersama. Kini kita pun tetap boleh berborak sampai pagi. Di group Facebook mahupun WhatsApp.

Inilah generasi terakhir yang pernah menikmati lancarnya jalan raya tanpa jammed di mana-mana. Juga naik motor menikmati segarnya angin jalan raya tanpa helmet di kepala.

Inilah generasi terakhir yang pernah menikmati jalan kaki berkilometer tanpa perlu berfikir ada penculik yang membayangi kita.

Inilah generasi terakhir yang pernah merasakan nikmatnya menonton tv dengan senang hati tanpa diganggu remote untuk pindah channel sana sini.

Inilah generasi terakhir yang pernah begitu mengharapkan datangnya posmen menyampaikan surat dari sahabat dan kekasih hati.

Itulah kita....

Anda generasi itu?

Bagikan ini..
Biar yang belum tau menjadi tau..
Biar yang pernah tau tetap ingat kalau mereka tau..
Dan menikmati lagi indahnya masa lalu yang tidak semua generasi tau..

BACA INI JUGA: Jika Tidak Mengambil Risiko Anda Akan Menyesal Seumur Hidup

Sumber: Abam Kie (Zukidin.com)

Lima Tahun Selepas Gempa Tsunami, Bencana Nuklear Fukushima

Lima Tahun Selepas Gempa Tsunami, Bencana Nuklear Fukushima

Pada Jumaat, 11 Mac 2016, Jepun memperingati ulang tahun kelima tragedi gempa bumi di luar pantai Lautan Pasifik wilayah Tohuku yang yang mencetuskan tsunami mega, dan seterusnya bencana nuklear.

Tsunami 5 Years

Kawasan pertanian yang terbiar di Naraha setelah penduduk terpaksa meninggalkan lokasi itu selepas dicemari kesan radioaktif terburuk lima tahun lalu.

Kesan radioaktif itu berpunca daripada gempa bumi yang berlaku di luar pantai Pasifik Wilayah Tohuku yang mencetuskan tsunami dan memusnahkan Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi.

Gempa bumi dasar laut bermagnitud 9.0 serta tsunami yang menyusulinya membawa kemusnahan besar sehingga 16,000 orang terbunuh, dan ramai yang dilaporkan hilang sehingga hari ini.

Badai tsunami dahsyat itu mencapai ketinggian 15.5 meter menyebabkan kemusnahan besar pada loji janakuasa 4,700MW terletak di pantai wilayah Fukushima, dan menyebabkan sisa radioaktif merebak ke persekitaran.

Tsunami 5 Years [2]

Beribu-ribu penduduk tempatan terpaksa dipindahkan dengan banyak daripada kejiranan bertukar menjadi bandar tinggal. Hari ini tempat-tempat yang terjejas kerana gempa bumi dan tsunami hampir pulih sepenuhnya.

Sehinggakan kawasan yang terjejas kerana kesan radioaktif, di luar lingkungan 12 kilometer dari reaktor Fukushima, kehidupan beransur-ansur pulih.

Tsunami yang berlaku membawa kemusnahan besar bangunan dan infrastruktur di sepanjang pantai sejauh beratus-ratus kilometer merentasi banyak daerah dari Aemori hingga Iwate, Miyagi dan Fukushima yang kesemuanya di Honshu, pulau utama Jepun.

Hampir kesemua kawasan yang musnah itu kini telah pulih seperti sedia kala. Bagaimanapun, kesan radiasi di kawasan bencana nuklear masih menimbulkan kebimbangan ramai.

Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi milik syarikat utiliti elektrik terbesar di Jepun, iaitu, Tokyo Electric Power Company, Inc. (Tepco), menjadi perhatian dunia sejak kejadian kemalangan nuklear itu.

Tsunami 5 Years [3]

Tsunami itu membanjiri loji janakuasa itu dan menjejaskan pam kecemasannya yang mengepam air untuk menyejukkan reaktor nuklear yang secara automatik berhenti beroperasi apabila berlaku gempa bumi.

Menurut Hideaki Noro, Pengurus Besar Perhubungan Raya Fukushima Daiichi Decontamination and Decommissioning Engineering Company, sebuah anak syarikat Tepco, loji itu direka bentuk supaya dapat bertahan terhadap tsunami setinggi 5.7 meter dan tidak lebih daripada itu.

Bagaimanapun, loji itu tenggelam di bawah ombak tsunami setinggi 15.5 meter. Tepco memiliki enam reaktor nuklear di loji Fukushima itu tetapi semasa kejadian tiga daripadanya di bawah penyelenggaraan berjadual dan hanya tiga lagi yang beroperasi.

Laporan menunjukkan pancaran radiasi mencapai hampir 400 milli-sieverts sejam (mSv/h) di loji itu semasa tempoh kemuncak berbanding antara 0.02-0.06 mSv/h sebelum kejadian.

Awal bulan ini (Mac 2016), semasa ulang tahun kelima Fukushima semakin hampir, bacaan pancaran radiasi lebih 300 mSv/h direkodkan di tempat kejadian.

Tsunami 5 Years [4]

Mengenang semula insiden 2011 itu, Noro berkata kawasan dalam lingkungan 20 kilometer dari loji janakuasa itu pada awalnya tidak dapat didiami kerana kesan radioaktif.

Menurut laporan, kira-kira 300,000 orang di kawasan-kawasan terjejas terpaksa meninggalkan kediaman mereka dengan hanya sehelai sepinggang.

Mereka terpaksa meninggalkan kesemua barangan milik kerana dicemari kesan radioaktif. Kediaman, kenderaan, tanah dan sehinggakan anjing dan kucing peliharaan mereka turut ditinggalkan.

Bagaimanapun, selepas hampir lima tahun, kawasan terjejas kini mula menyaksikan aktiviti manusia. Terima kasih kerana kerja-kerja dekontaminasi yang dijalankan oleh Tepco.

Pekan Naraha yang terletak di pinggir zon pemindahan di bahagian selatan loji Fukushima itu kini mula menyaksikan aktiviti manusia dengan lebih kurang lima peratus daripada 7,500 penduduknya pulang ke tempat mereka.

Tsunami 5 Years [5]

Di Tomioka, satu lagi pekan yang terletak 12 kilometer dari loji nuklear itu, penduduk hanya boleh pulang ke situ pada sebelah siang dan perlu meninggalkan tempat itu sebelum malam, kata Noro.

Kawasan dalam lingkungan 12 kilometer loji nuklear itu terus kekal sebagai tempat yang tidak selamat bagi manusia memandangkan paras radioaktif masih tinggi, tambah Noro.

Kawasan yang dipindahkan itu kelihatan bagaikan terperangkap dalam relung masa dengan rumah, kedai, stesen minyak, kenderaan dan harta yang ditinggalkan itu terus kekal seperti lima tahun yang lepas, kecuali kini diliputi habuk.

Langsir rumah masih kelihatan separuh terbuka, di pasar raya produk-produk pengguna terus kekal di rak-rak, baju tergantung di penyangkut, kenderaan baru di bilik pameran diliputi habuk dan mesin jual layan diri lengkap dengan minuman di dalamnya kelihatan di tepi-tepi jalan.

Noro berkata Tepco kini melaksanakan kerja-kerja merobohkan loji janakuasa itu dan membersihkan kawasan sekeliling daripada kesan radioaktif dengan tugas itu boleh mengambil masa antara tiga dan empat dekad untuk siap.

Tsunami 5 Years [6]

Sementara itu, Takehiko Mukaiyama, seorang pegawai Forum Industri Atomik Jepun (JAIF) Pusat Kerjasama Antarabangsa (JICC), berkata sebelum kejadian 11 Mac 2011 itu terdapat 54 loji janakuasa nuklear yang beroperasi membekalkan satu pertiga keperluan elektrik di Jepun.

Bagaimanapun, Mukaiyama berkata sejak kejadian 2011 itu operasi kesemua loji tenaga nuklear dihentikan sementara.

Selepas kejadian Fukushima, kerajaan Jepun mewujudkan Lembaga Kawalselia Nuklear (NRA), yang memperkenalkan garis panduan keselamatannya pada September 2014 bagi syarikat-syarikat utiliti yang mahu menyambung semula operasi loji nuklear masing-masing.

Yoshihiro Kamisawa, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Dasar Tenaga Nuklear Kementerian Ekonomi, Pembangunan dan Industri (METI), berkata sehingga hari ini NRA telah memberi lampu hijau kepada empat loji nuklear, dua di Sendai dan dua di Takahama.

Dalam memenuhi peraturan baru itu, Loji Nuklear Mihama di Tsuruga, di Wilayah Fukui, yang dimiliki oleh Kansai Electric Power Co. Inc., memiliki ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan dalam menghadapi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi dan angin puting beliung.

Tsunami 5 Years [7]

Syarikat juga menambah satu lagi ciri keselamatan baru pada lojinya itu untuk menangani ancaman pengganas, termasuk serangan menggunakan kapal terbang, dengan memperkuatkan bangunan-bangunan yang menempatkan reaktor nuklear dengan dinding yang lebih tebal.

Kamisawa berkata walaupun kejadian Fukushima sedikit sebanyak mencemarkan imej industri tenaga nuklear Jepun, negara itu tidak boleh mengetepikan peranan loji-loji tenaga nuklear ini untuk penjanaan tenaga masa hadapan. – Bernama

*Artikel ini ditulis oleh Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab

BACA INI JUGA: Selepas Tsunami, Gambar Biasa Yang Luarbiasa!

Sumber: Mynewshub.cc

Misteri Simbol Iblis Dalam Wang Kertas RM1 Dan RM5!

Misteri Simbol Iblis Dalam Wang Kertas RM1 Dan RM5!

Konspirasi demi konspirasi muncul lagi dan kali ini melibat wang kertas RM5 dan RM1 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Konspirasi RM5 dan RM1

Seorang individu bernama Neil Armsteen di Facebook, telah memuat naik teori konspirasinya yang mendakwa terdapat mesej tersembunyi dalam dua wang kertas tersebut.

"Mesej tersembunyi pada wang kertas ciptaan Roth, penyembah syaitan. Caranya, temukan bahagian 'transparent' secara bertentangan dan sambungkan kepala burung enggang itu.

"Dari situ, anda dapat melihat tanduk burung enggang akan menjadi parah dan paruhnya akan menjadi telinga.

Konspirasi RM5 dan RM1 [2]

"Inilah jawapan mengapa dunia huru-hara dengan sistem riba ciptaan Roth. Dunia berperang angkara pihak-pihak bank.

"Umat Islam berpecah belah angkara sistem demoncrazy. Ekonomi negara dan matawang semakin menjunam kerana wang kertas dicipta oleh Roth, anak haram," katanya.

Konspirasi RM5 dan RM1 [3]

Menurut Neil, Roth (bahasa klasik Eropah), bermaksud anak sumbang mahram dari keturunan Namrud yang mengamalkan sumbang mahram. Namrud telah mengahwini ibunya sendiri sebagai isteri.

Semua keturunan Rothschild adalah anak sumbang mahram dan meletakkan gelaran 'Rothschild' pada hujung nama mereka. Sebagai contoh, Jacob Rothschild, Baron Rothchild dan sebagainya.

Konspirasi RM5 dan RM1 [4]

Jelas Neil lagi, dia mendedahkan perkara ini bukan meminta netizen takut pada simbol, tetapi untuk menyedarkan penentang-penentang ilmu fitan agar sel-sel otak mereka berhubung.

"Apakah maksud simbol-simbol ini pada wang kertas? Anda akan mendapat jawapannya. Ilmu-ilmu ekonomi hanyalah satu penipuan.

"Malangnya, jika kita mahu menyedarkan golongan ini, kita akan dilabel sebagai individu taksub Freemason, paranoid, khurafat dan sebagainya.

Konspirasi RM5 dan RM1 [5]

"Posting ini khas untuk pelajar-pelajar ekonomi yang menentang kebenaran kerana telah disihir oleh ilmu palsu ciptaan Roth di sekolah dan universiti. Mereka tidak percaya wang kertas adalah sistem Roth," kata Neil.

Percaya atau pun tidak, terpulang pada masing-masing untuk menilai dan menerima. Mungkin kebetulan, atau mungkin golongan ini terlebih rajin mengkaji perkara seperti ini.

BACA INI JUGA: Penciptaan Wang Kertas Adalah Penipuan Licik Puak Yahudi

Sumber: pixelperfext

'Solat Sunat Gerhana, Bukan Sembah Matahari'

'Solat Sunat Gerhana, Bukan Sembah Matahari'

Tindakan sebuah laman sosial menyamakan solat gerhana matahari yang didirikan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Chabau di sini, Rabu lalu sebagai menyembah matahari dianggap amat keterlaluan.

Solat Sunat Gerhana

Pengerusi MAYC Jasin, Asrul Khan Sher Jang Khan berkata, sebagai warga Jasin, mereka kesal pengendali laman sosial mempertikaikan tatacara solat dilakukan bukan di dalam masjid atau surau, sekaligus menyamakan tindakan warga sekolah seperti amalan paganism dan agama majusi.

“Tujuan pihak sekolah berkenaan melakukan di kawasan lapang bagi memberi lebih ramai warga sekolah turut serta dan tidak harus dikritik.

“Situasi itu bukan sahaja mengguris hati warga SK Chabau dan alumni, malah rakyat Jasin dan negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu Pegawai Tadbir Agama Daerah Jasin, Huzailan Hamzah berkata, pihaknya baru dimaklumkan hal terbabit setelah ia disebarkan melalui WhatsApp dan akan meminta pegawainya ke sekolah itu untuk mendapatkan maklumat.

Menurutnya, beliau terkilan kerana niat baik sekolah itu disalah tafsir, sedangkan tiada masalah mendirikan solat berkenaan di kawasan lapang selain dalam masjid atau pun surau.

“Tak ada masalah warga sekolah bersolat di kawasan lapang bukan sahaja di masjid atau surau.

“Saya yakin dan percaya ada sebab pihak sekolah mengadakan solat sunat gerhana matahari di kawasan lapang, mungkin tiada kawasan yang luas dan sebagainya.

Rabu lalu, laman sosial terbabit memuat naik status dan gambar warga sekolah berkenaan mendirikan solat sebagai menyembah matahari.

Gambar itu dipercayai diambil selepas Sinar Harian memuat naik ke laman sosial.

Bagaimanapun, laman terbabit memadamkan status berkenaan selepas orang ramai mengutuk serta mengkritik tindakan pengendalinya.

BACA INI JUGA: Fenomena Ajaib Hari Telur Berdiri

Sumber: SH

'Janjilah Jangan Berbohong'

'Janjilah Jangan Berbohong'

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan kisah seseorang yang berjumpa Rasulullah SAW kerana hendak memeluk agama Islam.

bercakap benar

Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itupun berkata:

"Ya Rasulullah, sebenarnya saya ini selalu berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya," kata lelaki itu.

Dia turut menceritakan kejahatannya seperti suka mencuri, berjudi dan meminum minuman keras.

Rasulullah SAW pun menjawab, "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau akan meninggalkan cakap bohong?" tanya Rasulullah.

"Ya, saya berjanji," jawab lelaki itu dengan singkat. Selepas itu dia pun pulang ke rumah.

Yang peliknya, Rasulullah SAW hanya menyuruh lelaki itu untuk meninggalkan cakap bohong.

Dalam perjalanan pulang, lelaki itu mula serba salah. Janjinya dengan Rasulullah SAW dirasakan sangat sukar.

"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu," bisik hati kecilnya.

Namun, bila dia terdetik untuk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau mahu berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah?

"Sanggupkah engkau berbohong kepadanya," bisik hati kecilnya lagi.

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah, bererti aku telah mengkhianati janjiku.

"Sebaliknya, jika aku bercakap benar, bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam.

"Oh Tuhan, sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya, lelaki itu akhirnya berjaya dalam perjuangannya menentang kehendak naluri sehingga menjadi mukmin sejati.

Semuanya kerana berjaya meninggalkan cakap bohong seperti janjinya dengan Rasulullah.

Bagaimana pula dengan kita?

BACA INI JUGA: Betapa Mulianya Sifat Nabi Muhammad SAW Ketika Menghadiri Majlis

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, March 10, 2016

'Tanpa Sijil SPM 7A, Abang Juga Boleh Berjaya'

'Tanpa Sijil SPM 7A, Abang Juga Boleh Berjaya'

Kepada adik-adik yang dapat keputusan SPM teruk, ini kisah abang. Tanpa Sijil SPM 7A, Abang Juga Boleh Berjaya.

Shazli Sapardin

Adik, dulu keputusan SPM abang pun barai juga. Tetapi abang tak mengalah begitu sahaja. Abang fikir, jika ada ilmu matematik, sejarah, geografi, sains ini semua abang tak pandai, mungkin ada kemahiran lain yang abang pandai.

Abang pernah tanam pokok, buat kerja-kerja kimpalan, berniaga burger. Tetapi bila abang terlibat dalam kemalangan motosikal, abang tak boleh buat kerja berat dah.

Jadi, mak abang bantu abang belajar komputer di Cosmopoint supaya bila sudah tamat belajar nanti, abang boleh buat kerja-kerja kerani ke apa ke di pejabat.

Tetapi dalam masa yang sama, abang belajar sambil-sambil dengan software Adobe Photoshop, Illustrator bagai.

Habis dua tahun belajar, abang dapat kerja sunting gambar dengan sebuah syarikat Cina yang buat signboard, gaji RM1,200 sahaja.

Sambil-sambil itu, abang belajar membaiki mesin printer gergasi yang digunakan untuk mencetak iklan billboard di tepi jalan itu. Setahun lebih abang bekerja, dapatlah menyimpan duit sedikit untuk kahwin.

Dua tahun abang kerja di syarikat itu, ada boss syarikat jual mesin printer menawarkan abang menjadi juruteknik printer mereka. Abang terima sebab dia tawarkan gaji RM2,500 sebulan.

Alhamdulillah, setahun lebih bekerja dengan syarikat baru ini, abang dapat beli kereta Proton Wira terpakai dan dapat beli sebuah rumah di Shah Alam. Harga rumah pada masa itu murah saja, RM147,000.

Abang suka kerja dengan syarikat kedua ini sebab abang dapat belajar membaiki pelbagai model printer dan memang minat dengan bidang ketukangan ini.

Walaupun dulu doktor pernah berpesan yang abang tidak boleh buat kerja berat sebab dalam tulang dan kaki ada besi titanium. Tulang patah akibat kemalangan dulu.

Selepas itu, rezeki abang dimurahkan lagi, rezeki anak kot. Abang dapat tawaran pula menjadi Technical Manager sebuah syarikat pembuat ink untuk printer itu yang juga menjual printer saiz gergasi.

Bos syarikat itu menawarkan gaji RM4,000, telefon dan talian percuma, kad petrol tanpa had, kad Touch & Go, kereta syarikat. Syukur alhamdulillah.

Kereta Proton Wira, abang jual. Lepas itu abang beli DSLR. Belajar sendiri di internet dan selalu pergi kenduri kahwin belajar ambil gambar.

Weekday tetap kerja, cuma kerja abang ini tak perlu sentiasa berada di pejabat. Sebab jika printer klien breakdown, abang pergi tengok kakitangan yang repair.

Kalau ada kerosakan besar, abang yang kena uruskan. Jadi, banyak masa abang yang terluang.

Abang belajar macam mana nak shoot gambar yang terbaik. Setahun abang belajar sendiri dan abang mula beranikan diri ambil job wedding.

Sekarang, abang dah jadi wedding photographer yang sudah boleh berdikari sendiri. Abang berhenti kerja manager syarikat pada tahun 2007 dan kini jurufoto sepenuh masa.

Tanpa sijil SPM 7A, abang berjaya kahwin, beli rumah dan terbaru kereta kuning ini. Abang beli dengan titik peluh sendiri dari duit upah ambil gambar orang kahwin. Nombor plate tak sempat nak tempah, guna sajalah WYB1779.

Ingatlah adik, 7A bukan penentu masa depan. Allah pemberi rezeki kepadamu dan dia beri dalam apa jua cara. Doa dan tawakal sentiasa dan jangan malas. -Shazli Sapardin

BACA INI JUGA: 9 Azam Baru Setiap Tahun Yang Selalu Dibuat Oleh Orang Berjaya

Sumber: Pixelperfext

‘Deklarasi Rakyat’ Perjanjian Dengan Syaitan?

‘Deklarasi Rakyat’ Perjanjian Dengan Syaitan?

Jangan salahkan pihak yang berpandangan pakatan antara Tun Mahathir dan pemimpin pembangkang mirip kepada “pakatan tidak suci” atau membuat perjanjian dengan “syaitan”.

Deklarasi Rakyat

Ahli Eksekutif Pemuda DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud berkata, beliau memahami pandangan itu adalah tindak balas dan amarah mereka yang tidak bersetuju dengan kerjasama tersebut.

“Mungkin perumpamaan “strange bedfellows” oleh Mahathir adalah gambaran terbaik berkenaan pertemuan tersebut.

“Yang pasti, pertemuan di antara pemain utama politik negara itu merupakan peristiwa bersejarah bagi negara,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ‘deklarasi rakyat’ dikeluarkan secara bersama oleh beberapa kumpulan penentang dalaman UMNO diketuai Mahathir dengan DAP serta pemimpin pembangkang lain pada 4 Mac lalu.

Dyan Sofya malah menyamakan kerjasama Mahathir dan pembangkang itu seperti kerjasama Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Soviet untuk menewaskan Jepun dan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

Katanya, Presiden AS, Franklin D. Roosevelt daripada AS, Perdana Menteri UK, Winston Churchill dan pemimpin Soviet, Joseph Stalin duduk semeja merancang strategi terakhir menewaskan Jepun dan Jerman.

“Walaupun kepercayaan serta keyakinan mereka berbeza, bagai langit dengan bumi, tetapi matlamat perang yang sama di antara pemimpin kuasa besar tersebut menjadi pemangkin,” dakwanya. -Mynewshub

Kalau Bangang Pun, Jangan Dua Kali..
(Petikan dari blog Kluangmanexpress)

Sebenarnya kalau tidak sebab beberapa faktor kemanusiaan, kita sudah boleh ketawa terbahak-bahak melihat segelintir lagi penyokong Najib yang tidak baca Deklarasi tetapi ulasan panjang lebar, melalut lari dari tajuk.

Macam Mukhriz dok cakap, "Awak nama apa?" Tapi jawapan yang dapat, "Saya dari Arab"'', tu yang Mukhriz kata bangang. Ada orang bangang tersentuh hati le pula..

Baca deklrasi.. baca SINI

Tapi dok pusing cerita kenapa Tun duduk sepentas dengan Lim Kit Siang tu kan persoalan bangang.

Lim Kit Siang pun duduk berdepan dengan Najib di dalam parlimen, berbahas dan berhujah, adakala setuju adakala tak setuju dengan Najib. Tak ada persaolan pun?

Kena ingat, Jho Low pun DAP juga, siapa yang duduk semeja, sekapal dan sekatil dengannya?

Pembangkang, Lim Kit Siang adalah sebahagian dari yang sah di bawah Perlembagaan Persekutuan malah lebih diterima oleh rakyat Malaysia berbanding dengan MCA.

Bersetuju dalam sesuatu perkara dengan DAP bukan satu dosa poilitik, bermuafakat dengan kafir dalam sesuatu hal untuk kebaikan rakyat lebih mulia dari tindakan pemimpin Islam yang menipu orang Islam.

Tak gitu?

Jadi tak perlulah buat kerja bangang dua kali, tak perlulah nak kaber dosa dan penipuan pemimpin dengan terpaksa fitnah Tun pula.

Tun berjuang untuk pastikan Mukhriz jadi PM, ni satu lagi tuduhan buat kita tak kering gusi melihat setakat mana bodohnya mereka berfikir.

Pertamanya kerana masih ramai yang berkelayakan.

Jangan tonjolkan nama Mukhriz. Jangan sampai ada yang tersentuh hati jika nama nama seperti Zahid, KJ, Hishamuddin, Ku Nan, Ahmad Bashah, Ahmad Maslan, Nazri, Salleh Keruak tidak disebut bakal PM..

Keduanya, untuk jadi PM lazimnya kena jadi Presiden UMNO terlebih dahulu.

Masih banyak halangan dan rintangan dan tiada jalan pintas buat Mukhriz..

Deklarasi bukan soal Mukhriz atau Muhyiddin, tetapi undurkan Najib dan yang tolol di sekelilingnya...

Secara ikhlas kita mahu Najib kekal dan menang tetapi atas kebenaran..

Jika tidak, dia akan tersungkur sendiri. Faktornya bukan sebab Mahathir atau sesiapa sahaja.

Tersungkur jika tidak amanah, Najib hanya berlawan dengan masa, bukan dengan Tun.

BACA INI JUGA: 'Sayang Bini Jangan Sampai Bunuh Orang'

Dindim, Penguin Yang 'Melawat' Penyelamatnya Setiap Tahun!

Dindim, Penguin Yang 'Melawat' Penyelamatnya Setiap Tahun!

Siapa sangka, seekor penguin yang pernah diselamatkan oleh seorang nelayan akan kembali semula "melawat" penyelamatnya itu setiap tahun.

Dindim

Joao Pereire de Saouza, 71, nelayan dari sebuah perkampungan di pinggir Rio de Janeiro, Brazil menjumpai seekor penguin yang sakit terdampar di atas batu pada tahun 2011.

Penguin yang kelaparan serta dipenuhi minyak itu kemudiannya dirawat oleh Pereire de Saouza sehingga kembali pulih dan menamakan haiwan laut itu sebagai Dindim.

Selepas penguin itu kembali pulih, Pereire de Saouza melepaskan semula ke laut namun dia tidak menyangka haiwan itu kembali semula mencarinya selepas beberapa bulan kejadian tersebut.

Menurut Pereire the Saouza, Dindim tinggal bersamanya selama 11 bulan dan akan pergi ketika proses penukaran kulit.

"Semua orang menyangka dia tidak akan kembali namun haiwan itu pulang semula melawatnya sejak empat tahun lalu.

"Dindim akan tiba pada bulan Jun dan akan kembali semula ke laut pada bulan Februari," katanya kepada Globo TV.

Penguin itu dipercayai berenang lebih 5,000 kilometer setiap kali dia kembali kepada warga emas itu.

"Saya menyayangi penguin tersebut seperti anak sendiri dan percaya haiwan itu juga menyukainya,' katanya.

Menurut Pereire de Saouza, tiada siapa dibenarkan untuk menyentuh penguin itu kerana haiwan itu akan mematuk individu lain.

"Saya turut akan memandikannya, menyuapkan makanan malah ia turut selesa tidur di ribanya.

Sementara itu, ahli biologi Joao Paulo Krajewski berkata, dia tidak pernah melihat perhubungan seperti ini sebelum ini.

"Saya rasa penguin tersebut percaya lelaki itu adalah sebahagian daripada keluarganya," katanya.

BACA INI JUGA: Rahsia Penciptaan Kucing Yang Menakjubkan

Sumber: SH