Thursday, March 10, 2016

'Jawapan Najib Isu Skandal SRC Mengejutkan Parlimen'

'Jawapan Najib Isu Skandal SRC Mengejutkan Parlimen'

Kenyataan bertulis parlimen Menteri Kewangan yang menyatakan SRC tidak mempunyai maklumat mengenai RM42 juta yang dipindah masuk ke akaun peribadi Najib adalah satu berita yang sangat PELIK dan TIDAK MASUK AKAL!

Najib Isu Skandal SRC

Menerusi laporan dari akhbar SINARHARIAN,

KUALA LUMPUR - Jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa SRC International tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu skandal dana RM42 juta ‎mengejutkan Parlimen.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, jawapan Najib itu juga bercanggah dengan kenyataan Peguam Negara,Mohamad Apandi Ali berkaitan isu SRC tersebut.

"Jawapan Najib mengenai isu ini amat mengejutkan kerana ia merupakan penyangkalan menyeluruh mengenai kewujudan pemindahan wang sebanyak RM42 juta ke dalam akaun peribadi PM.

"Penyangkalan ini juga bercanggah dengan kenyataan Mohamad Apandi berkaitan isu SRC dimana beliau mengaku bahawa penyaluran wang ini wujud tetapi perdana menteri tidak perlu didakwa.

"Apandi juga telah membentangkan satu 'flowchart' yang telah menunjukkan penyaluran wang SRC tersebut," katanya dalam kenyataan media di Parlimen.

Terdahulu, Najib dalam jawapan bertulisnya kepada Parlimen memaklumkan bahawa SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran dana RM42 juta.

"Isu ini adalah berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesahihan sumber beritanya.

"Sehubungan dengan itu dibawah Peraturan Mesyuarat 23 (1) (I), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaan perkara di dalam surat khabar," petik jawapan bertulis Najib mengenai pertanyaan tentang isu penyaluran dana RM42 juta tersebut.

Selain dari flowchart yang ditunjukkan oleh AG dibawah, rakyat tertanya-tanya, apakebendanya yang SPRM sibuk siasat selama berbulan lamanya berkaitan ISU SRC kalau semuanya hanya khabar angin sebuah portal?

SRC+Money+Trail

Kalau SRC tidak punya apa-apa maklumat pun tentang isu ini, kenapa SPRM dari awal lagi tidak keluarkan kenyataan bahawa isu SRC sebenarnya TIDAK WUJUD?

"SPRM ingin memaklumkan sekali lagi bahawa kes SRC International masih lagi berjalan."

Itu adakah kenyataan akhbar Dato' Azam Baki, Pengarah Siasatan SPRM pada 22 Oktober 2015 ketika menempelak SRC yang yang memandai-mandai mengeluarkan kenyataan palsu kononnya SPRM sudah mengesahkan bahawa flowchart yang disiarkan oleh Sarawak Report adalah palsu.

Apa yang SPRM siasat jika kes itu tidak wujud?

Juga dalam kenyataan sama, Dato' Azam meminta kerjasama SRC untuk mengarahkan Nik Faisal Kamil dan Suboh Md Yassin tampil hadir di SPRM untuk beri keterangan.

Untuk beri keterangan tentang apa kalau kes hanya mainan sebuah portal? Dan kenapa mereka berdua LARI?

SPRM melalui Dato' Azam sekali lagi mengeluarkan kenyataan pada 5 November.

Oleh itu, siasatan SPRM ke atas SRC International tetap akan diteruskan walaupun terdapat siasatan yang khusus berkaitan dengan isu kebocoran maklumat yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini. Isu kebocoran maklumat tiada kaitan dengan siasatan ke atas SRC International. Isu kebocoran maklumat adalah perkara yang berbeza.

Huh! Macamana Najib boleh kata SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran dana RM42 juta?

Apa yang SPRM siasat selama ini? Dan kenapa kertas siasatan SPRM dikembalikan oleh AG?

Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, Jabatan ini telah pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM.

Jika benarlah SPRM tidak mendapati sebarang kesalahan baik dalam isu RM2.6 bilion dan SRC RM42 juta, kenapa AG perlukan penjelasan daripada SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM?

Apakah benar SPRM ada mengesyorkan TIDAK ADA KES sepertimana didakwa oleh AG dan kerajaan Najib?

Mengikut logik, dalam laporan awalnya yang dikembalikan oleh AG, beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM adalah TUTUP KES! Dan itu diminta penjelasan oleh AG?

TIDAK MASUK AKAL LANGSUNG!

Samalah tidak masuk akal langsung bila Najib kata dana Cayman dimasukkan di BSI Singapura kerana peraturan Bank Negara yang menyusahkan, akhirnya memang tidak ada pun duit itu di sana!!!

BACA INI JUGA: Teks Penuh Tuntutan Deklarasi Rakyat

[Sumber]

Gadis 19 Tahun Dinobat Jutawan Termuda Di Dunia!

Gadis 19 Tahun Dinobat Jutawan Termuda Di Dunia!

Alenxandra Andresen, gadis berusia 19 tahun dinobat jutawan paling muda di dunia selepas Forbes mengeluarkan senarai individu terkaya awal bulan ini.

Alenxandra Andresen

Kekayaan Alenxandra Andresen, 19, dianggarkan berjumlah $1.2 billion (RM 4.95 bilion) manakala kakaknya, Katharin yang berusia 20 tahun turut tersenarai individu termuda kedua terkaya dengan jumlah kekayaan yang sama

Alenxandra menduduki tempat ke 1,475 dalam senarai Forbes.

Memetik The Independent, pada tahun 2007, bapanya Johan H. Andresen memindahkan saham syarikat pelaburan milik keluarganya, Ferd Holding sebanyak 42 peratus kepada kedua remaja itu.

Walaupun pemilikan saham dipindahkan pada tahun 2007, pemilikan mereka hanya menjadi pengetahuan umum pada 2014 disebabkan oleh undang-undang cukai yang melindungi individu bawah umur.

Keluarga Andresen membina kekayaan sebagai pengeluar rokok terbesar Norway.

Syarikat ini telah diturunkan dari generasi ke generasi sehingga bapanya, Johan menjual saham syarikat itu.

Johan melabur dana ke dalam syarikat pelaburan swasta dipanggil Ferd Holdings dan memberikan anak-anak perempuannya setiap pegangan pemilikan 42.2 peratus.

Walaupun dibesarkan dalam kemewahan, kedua-dua remaja itu tetap mengamalkan cara hidup sederhana malah hanya memandu kereta terpakai.

BACA INI JUGA: Bethany Mota, Gadis Yang Menjadi Jutawan Kerana YouTube

Sumber: Sinarharian.com.my

Wednesday, March 09, 2016

Pelajar Perempuan Panjat Pagar Viral Di Facebook!

Pelajar Perempuan Panjat Pagar Viral Di Facebook!

Sekeping gambar memaparkan sekumpulan pelajar perempuan sekolah menengah memanjat pagar menjadi viral di laman sosial sejak pagi kelmarin.

Pelajar Perempuan Panjat Pagar Viral

Perlakuan pelajar-pelajar berkenaan yang lengkap memakai uniform sekolah dikatakan dirakam berhampiran Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Menurut komen, aksi pelajar termasuk yang perempuan lengkap berbaju kurung dan bertudung panjat pagar di situ adalah pemandangan biasa kerana ianya adalah ‘short cut’ untuk masuk ke kawasan Flat Bukit Jambul, selain digunakan pelajar yang ponteng sekolah.

Pada pendapat kami “short cut tak short cut”, ini adalah sesuatu yang membahayakan terutama buat kaum perempuan seperti para pelajar ini.

Ampa silap langkah sikit ja, abih koyak suma!

BACA INI JUGA: Guru Korea Yang Terlalu Cantik, Pelajar Rajin Ke Sekolah!

Sumber: Blogmazeer

Hikmah Disebalik Kejadian Gerhana Matahari

Hikmah Disebalik Kejadian Gerhana Matahari

Gerhana matahari mahupun gerhana bulan adalah sebuah fenomena alam yang merupakan sunnatullah sebagai tanda-tanda dan bukti atas keagungan-Nya.

Gerhana+Matahari+2016

Gerhana matahari terjadi apabila kedudukan bulan berada di antara matahari dan bumi sehingga menghalang sinarannya ke bumi manakala gerhana bulan berlaku apabila kedudukan bumi berada di antara matahari dan bulan sehingga tidak dapat memantulkan cahaya matahari ke bumi.

Di zaman Rasulullah SAW, pernah berlaku gerhana matahari sekali, pada 29 Rabi’ul Awal tahun 10 Hijriah.

Gerhana matahari biasanya terjadi pada akhir bulan Hijriah sedangkan gerhana bulan pada pertengahan bulan Hijriah, bertepatan dengan meninggalnya putera baginda, Ibrahim.

Kejadian ini merupakan takdir Allah SWT, kerana masyarakat jahiliah sejak zaman dahulu yakin bahawa gerhana terjadi apabila berlaku kematian atau lahirnya seorang bangsawan atau yang berkedudukan tinggi, maka Allah Ta’ala membatalkan mitos jahiliah tersebut dengan menjadikan gerhana di zaman Nabi SAW bertepatan dengan meninggalnya putera baginda.

Perkara ini turut menjelaskan kepada mereka yang mahu berfikir, bahwa gerhana matahari adalah fenomena alam yang telah digariskan Allah Ta’ala dan tidak ada hubungannya dengan kejadian apapun di muka bumi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah, di mana Allah menakutkan hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang manusia, akan tetapi keduanya merupakan tanda kebesaran Allah, apabila kalian menyaksikannya, maka laksanakan solat dan berdoalah kepada Allah sehingga dikembalikan kembali oleh Allah." HR Bukhari dan Muslim

Hikmah dan pengajaran penting yang kita boleh ambil dari kejadian gerhana matahari ataupun bulan adalah:

Pertama: Keduanya merupakan tanda keagungan dan kekuasaan Allah Ta’ala yang menciptakan alam semesta, menguasainya, serta mengaturnya. Tidak ada satupun yang mampu menghalang Allah Ta’ala, ketika Allah ingin Berkehendak untuk merubah aturan alam sebentar diluar kebiasaannya, untuk menunjukkan betapa lemahnya manusia dan betapa agungnya kuasa Allah SWT, maka tidaklah layak bagi manusia untuk menyombongkan dirinya di hadapan sang pencipta, Allah SWT. Oleh kerana itu sudah semestinya manusia tunduk patuh pada peraturan dan hukum Allah tidak kepada yang lain.

Kedua: Allah bebas melakukan apa sahaja sesuai dengan kehendak-Nya. Dalam Al-Qur'an, Allah memberi amaran kepada hamba-hambanya dengan mengingatkan mereka dari kelalaian dan dosa. Di mana dengan bertambahnya fitnah dan kerosakan di muka bumi yang sebenarnya adalah kerana tingkah laku manusia sendiri, Allah Ta’ala berkehendak untuk menyedarkan mereka, bahawa azab dan seksaan-Nya di neraka sangatlah pedih dan kekal.

Namun di zaman sekarang, dimana kebanyakan manusia menilai kejadian di bumi hanya dengan 'kacamata luar' tanpa menoleh ke sisi dalamnya. Mereka mengatakan ini hanya sekadar fenomena alam biasa, tanpa melihat siapa yang mentakdirkannya dan apa hikmahnya.

Ketiga: Bahawa kejadian-kejadian alam seperti gerhana matahari tidak ada hubungannya dengan kematian atau lahirnya seseorang, kerana jika Allah Berkehendak untuk menjadikan sesuatu, maka terjadilah. Jadi, perkara seperti ini adalah murni kerana kehendak Allah, maka barangsiapa meyakini bahawa kejadian alam ada kaitannya dengan kematian dan lahirnya seseorang maka dia telah menetapkan adanya pencipta alam semesta selain Allah Ta’ala.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Fenomena Ajaib Hari Telur Berdiri

Sumber: Kabarmakkah

Sejarah Politik Zahid Hamidi Yang Ramai Tak Tahu!

Sejarah Politik Zahid Hamidi Yang Ramai Tak Tahu!

Ahmad Zahid Hamidi pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati boleh mengancam pentadbiran negara sewaktu di zaman pentadbiran Tun Mahathir.

Zahid ISA

Beliau ditahan kerana pada ketika itu beliau memihak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Anwar Ibrahim dalam menzahirkan rasa kurang puas hati terhadap pemecatan Anwar daripada pentadbiran kerajaan.

Namun, sangat sedikit maklumat latar belakang mengenai Zahid Hamidi yang boleh diperolehi di Internet.

Kalau ada pun kisah awal politik Zahid, ianya datang dari sumber pembangkang berkenaan syarahan KKN oleh Zahid sebagai Ketua Pemuda UMNO semasa pembukaan Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO tahun 1997. KKN adalah pendikkan untuk Kronisma, Korupsi dan Nepotisma.

Sumber Wikipedia Bahasa Melayu hanya memberi sedikit maklumat mengenai jawatan terakhirnya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan sejarah pendidikkan di Ipoh, Kelang dan Universiti Malaya.

Disebut juga Zahid ditahan di bawah ISA pada 21 Sepetember 1998 kerana terlibat dengan gerakan subversif menyokong reformasi.

Sejarah Politik

Sejarah politik Zahid bermula lebih kurang tahun 1982 apabila dia dibawa masuk sebagai AJK Terlantik Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh, Perak oleh Ketua Pemuda Bahagian.

Ketua Pemuda Bahagian semasa itu adalah Hj Mohamad Khairi Yahya, yang kini seorang pesara Pengetua Sekolah Menengah.

Semasa itu, Zahid sedang bekerja dengan Amanah Saham MARA dan secara part-time mengajar di Yayasan Anda bersama Roslan Kassim dan Anwar Ibrahim. Zahid mundir ke sana ke mari dengan kereta Nissan March semasa itu.

Zahid dibawa masuk dalam politik UMNO oleh seorang sepupunya bernama Azhari Mokhtar yang memberinya laluan untuk menjadi Ketua Pemuda Cawangan.

Azhari melihat Zahid mempunyai potensi dan masa depan politik yang baik sebagai seorang keluaran Universiti. Dia yang melobi kepada Mat Khairi untuk mengambil Zahid ke dalam AJK Pemuda Bahagian.

Mat Khairi pada masa itu sudah menghampiri umur 40 tahun. Dia sudah merancang peralihan kuasa kepada Zahid. Untuk pemilihan di akhir tahun 1982 itu, dia mencadangkan Zahid bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian bagi memudahkan peralihan kuasa kepadanya beberapa tahun lagi.

Rupa-rupanya niat baik Mat Khairi itu dibalas dengan tuba oleh Zahid. Di belakang, Zahid merancang untuk menjatuhkan Mat Khairi. Dia merasa angkuh dan jijik untuk menjadi Naib kepada orang kampung. Mana tidak, dia sudah berlaga bahu dengan pemimpin-pemimpin besar UMNO seperti Musa Hitam di Kuala Lumpur.

Nasibnya baik kerana dia berjaya mengalahkan Ketua Pemuda Bahagian yang ada. Dari situ, dengan bantuan kawan-kawan, dia mula mendapat lebih banyak kenalan dengan orang-orang penting politik.

Dengan meletakkan dirinya sebagai "orang Anwar", kerjaya politiknya berjaya meningkat hingga menjadi ahli Exco Pemuda Pusat.

Kenaikan Zahid di cawangan dan bahagian bermula dengan laluan dari sepupunya Azahari dan ahli-ahli tempatan Bagan Datoh. Apabila dia sudah naik, ditinggalkan semua mereka yang membantunya tanpa pembelaan. Azahari sendiri dibiarkan begitu saja selama puluhan tahun tanpa dibantu dari keuntungan nasib baiknya.

Politik Zahid penuh dengan peristiwa-peristiwa dan tingkah laku yang tidak menunjukkan kesetiakawanan dalam berpolitik. Banyak rakan politik yang ditikam dari belakang apabila timbul peluang.

Bukan setakat itu, Zahid tidak malu mengutuk pihak-pihak yang pernah membantunya. Tetapi apabila terjebak dengan masalah, dia tidak malu untuk merayu pertolongan. Setelah pulih semula keadaan, dia sedia menghentam mereka yang menolongnya itu kembali.

Semasa Rahim Tamby Chik menghadapi masalah mengenai tuduhan salah laku seks dengan gadis bawah umur, Zahid adalah dalang yang meletakkan tekanan memaksanya berundur dari jawatan Ketua Pemuda.

Jawatan pemangku Ketua Pemuda diganti oleh Nazri Aziz. Dapat Zahid naik menjadi pemangku Naib Ketua Pemuda.

Sehabis tempoh, Nazri enggan bertanding jawatan Ketua Pemuda. Zahid yang bertanding dan menang dalam satu pertandingan empat penjuru. Semasa menyandang jawatan itu, dia begitu menjunjung tinggi dan memuji Dr Mahathir. Dia pernah menyebut, "Aku sayang orang tua itu."

Rupa-rupanya manis dibibir saja. Dalam diam-diam, dia membantu rancangan Anwar untuk memalukan Dr Mahathir dengan syarahan KKN. Semasa itu, Anwar sudah tidak sabar untuk menggantikan Dr Mahathir dan merancang menjatuhkannya.

Reaksi Dr Mahathir kepada tuduhan KKN Zahid adalah dengan mendedahkan semua nama-nama yang mendapat projek kerajaan dan projek penswastaan. Zahid didapati mendapat projek penswastaan dan pegangan saham Kretam dibawah namanya.

Terdedahlah salah laku CBT dalam saham Kretam kerana ia dipunyai oleh Yayasan Gerak Bakti. Zahid adalah salah seorang ahli Lembaga Amanah.

Rupanya dia telah menyalurkan saham yang diperuntukkan MITI kepada Yayasan Gerak Bakti kepada sebuah syarikat kepunyaannya suami isteri. Kesalahan pecah amanah sedemikian boleh membawa hukuman penjara.

Dengan bantuan Najib, dia meminta pertolongan Dr Mahathir untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Zahid pun terlepas dari hukuman.

Selain salah laku Kretam, Zahid menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional untuk merasuah perwakilan Pemuda dengan kad kredit.

Itu pun apabila berlaku reformasi akibat pemecatan Anwar Ibrahim atas salah lakunya, Zahid berpihak kepada Anwar dan membelakangkan Dr Mahathir sekali lagi. Semasa dia berada di Kota Kinabalu, dia ditangkap dibawah ISA. Ada pihak berkata Zahid cuba melarikan diri ke luar negara.

Semasa dalam tahanan ISA, isterinya Hamidah telah merayu bantuan dari bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Nordin Mohd Noor.

Nordin telah berjumpa dengan Mokhzani untuk merayu pada Dr Mahathir. Sepanjang dilantik Zahid sebagai Bendahari, dia telah meminggirkan Mokhzani dan dia hanya digunakan untuk mendekatkan diri dengan Dr Mahathir.

Dr Mahathir membantu dan lepas lagi Zahid. Dia pun meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sepanjang tidak mempunyai jawatan, dia telah berusaha untuk datang kembali. Pelbagai usaha diguna untuk memujuk hati Dr Mahathir.

Dikatakan dia memberi baksis kepada salah seorang ADC Dr Mahathir untuk mengetahui jadual Dr Mahathir.

Dia akan muncul di Majlis-Majlis yang ada Dr Mahathir. Bila ada peluang, dia akan memunculkan diri berkongsi lift dengan Dr Mahathir. Itu yang membolehkan dia kekal sebagai ahli Parlimen Bagan Datoh.

Nasibnya baik. Apabila Abdullah Badawi naik, dia memberinya peluang untuk menjadi Timbalan Menteri. Walaupun Abdullah melihatnya sebagai orang Najib, dia berjaya meyakinkan Pak Lah.

Dengan cekap, dia berjaya temberang Abdullah dengan kata-kata kononnya ayah Zahid telah berpesan supaya berbaiah setia kepada Pak Lah. Diberitahu Pak Lah bahawa ayahnya pernah berguru dengan Abdullah Fahim, Datok kepada Abdullah di Kepala Batas.

Abdullah Fahim pernah mengajar sekejap di Sekolah Izzudin yang ayahnya bersekolah dan dipanggil pulang ke Kepala Batas. Menurut Zahid, ayahnya mengikut Abdullah Fahim pulang ke Kepala Batas dan berguru dengannya. Walluhu A'lam, ini Zahid yang bercakap.

Bagaikan roda yang berputar, tidak lama lepas dia merasa jawatan Timbalan Menteri, dia telah mengikut resmi lalang untuk mengenepikan jasa dan bantuan Dr Mahathir kepadanya.

Apabila Dr Mahathir mula menegur Abdullah pada tahun 2005, Zahid dan Ali Rustam adalah antara suara yang paling lantang mengkritik dan menghina Dr Mahathir.

Bukan setakat ayah, Zahid berdendam kepada anaknya, Mukhriz. Mukhriz adalah adik kepada Mokhzani yang pernah membantunya lepas dari ISA.

Dia dikritik dengan kasar dan keras semasa memberi komen ikhlas mengenai ucapan Abdullah di Persidangan Agong UMNO 2006. Sememang benar ucapan Pak Lah cetek dan hanya mengulang ucapan bujet di Parlimen.

Zahid dijangka mendapat tempat dalam kebinet Najib kerana hubungan lamanya dengan Najib. Dia pernah bersama dalam exco semasa Najib memegang jawatan Ketua Pemuda.

Semasa Najib pertama kali memegang jawatan Menteri Pertahanan pada awak tahun 90an, Zahid adalah Setiausaha Politik Najib. Zahid pun baik dengan Rosmah dan ini satu kelebihan utama.

Ramai pegawai-pegawai MINDEF yang bertugas masa itu bercerita mengenai persekongkolan terbuka antara Zahid dan Rosmah untuk membalun pelbagai kontrak-kontrak di MINDEF.

Inilah pemimpin yang satu masa dahulu berdegar-degar atas pentas dan TV berpidato mengenai amalan korupsi, kronisma dan nepotisma (KKN).

Begitulah sejarah politik Zahid yang penuh dengan sifat bermuka-muka. Pendirian yang bagaikan lalang mudah ditiup ke sana ke mari untuk politik.

Perjuangan dalam dirinya hanya menanam tebu di bibir. Apabila dia dalam kesusahan, dia serupa melepaskan anjing tersepat. Segala budi dibalas dengan tuba.

BACA INI JUGA: Biodata Muhyiddin Yassin, Keluarga Keturunan Ulama

Sumber: AZ

'Saya Tak Mahu Disoal Di Akhirat Kelak'

'Saya Tak Mahu Disoal Di Akhirat Kelak'

“Saya tidak mahu disoal di akhirat kelak apa yang saya buat untuk menentang kemungkaran ketika saya masih berupaya untuk melakukannya.

1MDB Muhyiddin Yassin

"Saya tahu bahawa ia bukan sesuatu yang mudah dan amat menguji kesabaran. Tetapi saya yakin bahawa ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang sabar,” demikian ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, perjuangan menentang kemungkaran merupakan kewajipan bagi setiap Muslim dan ia juga menentukan tahap keimanan seorang Muslim.

“Saya sebagai seorang Muslim, hanya menjalankan kewajipan saya di sisi agama. Saya yakin rakyat, terutamanya orang Melayu, cukup bijak untuk menilai mana yang hak dan mana yang batil,” katanya menerusi kenyataan.

Muhyiddin berkata demikian ketika menyanggah dakwaan yang beliau telah menggadai perjuangan untuk agama, bangsa dan negara setelah menandatangani Deklarasi Rakyat.

Mengulas mengenai tuduhan tersebut, Muhyiddin berkata, tuduhan itu merupakan satu kenyataan yang tidak berasas.

Ujarnya lagi, sentimen kaum dan agama itu hanya dibangkitkan untuk menutup kelemahan Umno.

“Selama 40 tahun saya di dalam politik, tidak pernah sedetik pun saya bertindak menggadai prinsip perjuangan saya.

Tidak masuk akal tindakan saya menggesa Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) meletakkan jawatan kerana kemungkaran yang terpalit kepadanya, maka saya dikatakan menggadai perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

“Jika pemimpin Umno dan BN masih terperangkap dalam sindrom penafian dan terus menerus mempertahankan seorang individu yang tidak dapat dipertahankan dari segi neraca undang-undang, moral dan agama, maka rakyat akan menolak Umno dan BN secara total,” tegasnya.

BACA INI JUGA: Teks Penuh Tuntutan Deklarasi Rakyat

Sumber: Sinarharian.com.my

Ayat Al-Qur'an Hilang Bertambah Enam Muka Surat!

Ayat Al-Qur'an Hilang Bertambah Enam Muka Surat!

Misteri kehilangan dua muka surat ayat suci daripada sebuah al-Quran di Masjid Hijau, Kampung Kedah pada Ahad lalu yang menjadi viral di seluruh negara tidak terhenti setakat itu.

Ayat Al-Qur'an Hilang

Lebih mengejutkan, pengerusi masjid itu, Ahmad Abdul Hamid dan Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar (PAPB), Khairul Nizam Mat Nor mengesahkan tambahan enam muka surat mengandungi ayat suci Al-Qur'an daripada naskhah sama turut dikenal pasti 'ghaib' sejak itu.

Ahmad berkata, apabila pendedahan dua muka surat ayat Al-Qur'an hilang dibuat Naib Kadi PAPB, Mohamad Khori Junus, Masjid Hijau terus menjadi tumpuan ramai penduduk setempat yang hadir untuk menyaksikan sendiri naskhah Al-Qur'an itu.

Bagaimanapun, satu penemuan susulan mengejutkan berlaku apabila beberapa jemaah wanita yang hadir mengikuti kuliah Asar di masjid itu mendakwa mengesan tambahan ayat Al-Qur'an turut hilang daripada naskhah sama.

"Perkara itu dimaklumkan kepada Khairul Nizam yang kebetulan hadir memberi ceramah Kuliah Asar di situ ketika itu.

"Setelah semakan teliti dibuat, beliau mengesahkan jumlah keseluruhan ayat Al-Qur'an hilang daripada naskhah itu sebanyak lapan muka surat," katanya kepada media.

Sementara itu, Khairul Nizam ketika ditemui menegaskan potongan ayat Al-Qur'an daripada lapan muka surat 'ghaib' merupakan ayat 32 hingga 49 Surah At-Thur, ayat 1 hingga 26 Surah An-Najmi, Surah Az-Zariyat (ayat 7 hingga 51, Surah Al-Qamar (ayat 7-49) dan dua surah asal didakwa hilang iaitu Surah Ar-Rahman (ayat 41-78) dan Surah Al-Waqiah (ayat 1-16).

Menurutnya, dia segera meminta Mohamad Khori mengenal pasti jumlah sebenar muka surat mengandungi ayat Al-Qur'an hilang bagi mengelakkan dirinya tersilap tafsir.

"Namun, Mohamad Khori mengesahkan hanya dua muka surat sahaja hilang sewaktu dia menyemak Al-Qur'an itu beberapa kali pada Ahad lalu.

"Demi kepastian, saya berulang kali menyemak naskhah Al-Qur'an terbabit dan jumlah ayat Al-Qur'an hilang memang bertambah," katanya.

Khairul Nizam berkata, kejadian aneh ini sememangnya dipandang berat Pejabat Agama Islam Parit Buntar dan naskhah Al-Qur'an itu turut diambil untuk diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK).

Menurutnya, perkara itu turut dimaklumkan kepada Timbalan Pengarah JAIPK, Haris Fadzillah Abdul Halim sejurus 'kehilangan' ayat Al-Qur'an itu disahkan dirinya.

"Bagi saya, kejadian ini sebenarnya satu petanda penting peringatan Allah SWT bahawa umat Islam di seluruh negara perlu kembali mengimarahkan Al-Qur'an di dalam jiwa mereka.

"Salah satu potongan ayat Al-Qur'an hilang menceritakan kejadian besar pada hari kiamat dan kita perlu mengambil iktibar kejadian ini untuk kembali bertaubat dan mengikuti ajaran Islam sebenar," katanya.

Khairul Nizam berkata, pihaknya tidak menafikan kemungkinan berlaku masalah kesilapan pencetakan sewaktu naskhah itu diterbitkan, namun kemungkinan kejadian itu satu petanda peringatan daripada Allah SWT tidak boleh diketepikan.

Dalam pada itu, Mohamad Khori mengakui terkejut dimaklumkan berlaku penambahan 'kehilangan' enam muka surat ayat Al-Qur'an dari naskhah Al-Qur'an sama disemaknya.

"Pada Ahad lalu, saya mengakui beberapa kali menyemak semula setiap helaian muka surat pada naskhah Al-Qur'an itu dan mendapati hanya dua muka surat hilang.

"Kini, helaian muka surat 'ghaib' semakin bertambah dan saya benar-benar takut serta insaf dengan kejadian tersebut," katanya.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Trompet Hari Kiamat!

Sumber: SH

Dedikasi Buat Semua Wanita Di Dunia

Dedikasi Buat Semua Wanita Di Dunia

Wanita adalah karakter yang paling unik seumpama garam. Adanya dia, tidak diingati, tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar. Setiap wanita itu cantik dan mempunyai keunikan tersendiri. Sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki.

Selamat+Hari+Wanita

Apabila wanita akhirnya menjadi seorang isteri.

1. Wanita bekerja 24 jam sehari.
2. Wanitalah ibu.
3. Wanitalah isteri.
4. Wanita adalah anak perempuan.
5. Wanitalah menantu.
6. Wanitalah jam loceng.
7. Wanitalah tukang masak.
8. Wanitalah pembantu rumah.
9. Wanitalah guru.
10. Wanitalah pelayan.
11. Wanitalah nenek.
12. Wanitalah jururawat.
13. Wanitalah jurukamera.
14. Wanitalah pengawal.
15. Wanitalah kaunselor.
16. Wanitalah selimut.
17. Wanita tiada percutian.
18. Wanita tiada cuti sakit.
19. Wanita tiada cuti harian.
20. Wanita bekerja siang dan malam.
21. Wanita sentiasa 'on call'.

Hantarlah mesej ini kepada semua orang, agar mereka tahu betapa kita semua begitu menyayangi dan menghargai seorang yang bergelar wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tuesday, March 08, 2016

Perkara Menyentuh Hati Tentang Seorang Isteri

Perkara Menyentuh Hati Tentang Seorang Isteri

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di sebuah dewan yang sudah berkeluarga dan meminta satu orang tampil ke depan.

Isteri+Solehah

"Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda," kata penceramah tersebut.

Lelaki itu kemudiannya menulis 10 nama, ada nama jiran, orang tua, rakan sekerja, sahabat baik, anak dan juga isterinya.

"Sekarang, sila pilih hanya 7 diantaranya yang anda ingin hidup bersama."

Lelaki itu memadam 3 nama dari senarai yang ditulisnya tadi.

"Sekarang, buang 2 nama lagi."

Lelaki itu memadam 2 nama lagi dari senarai itu.

"Buang 2 nama lagi.."

Lalu tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.

Suasana dewan menjadi hening, mereka fikir semuanya sudah selesai memilih nama dan tiada lagi yang perlu dipilih lagi.

Tiba-tiba penceramah berkata, "Padam dua nama!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian dengan berat hati memadam nama ibu serta nama anaknya dan lelaki itu menjadi sayu, air matanya mula bergenang.

Lalu penceramah itu bertanya, "Kenapa engkau memilih orang tuamu yang telah melahir dan membesarkanmu, atau anak yang sangat engkau sayangi, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan terpaku menunggu jawapan lelaki itu.

Lalu lelaki itu menjawab, "Apabila tiba masanya, orang tua saya akan pergi meninggalkan kami semua, anak pula apabila sudah dewasa akan berkahwin dan pasti akan meninggalkan saya juga."

"Sedangkan yang benar-benar akan menemani saya dalam hidup ini hanyalah isteri saya."

"Orang tua dan anak, bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya."

"Sedangkan isteri, sayalah yang memilih dia dari sekian ramainya wanita yang ada di dunia ini."

Semoga kita semua dapat mengambil hikmah dari cerita diatas.

Sayangilah isteri anda.

BACA INI JUGA: 22 Alasan Mengarut Pasangan Di Malaysia Bercerai

-SENTIASAPANAS.COM

‘Ustaz Kasanova’ 11 Isteri Kena 6 Sebatan!

‘Ustaz Kasanova’ 11 Isteri Kena 6 Sebatan!

Lelaki yang digelar ‘Ustaz Kasanova’ dihukum penjara 12 bulan dan enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang wanita di sebuah hotel.

‘Ustaz Kasanova’

Hakim Syarie Nassir Abd Ghani memerintahkan Mohd Razis Ismail, 34, menjalani hukuman bermula pada 29 Feb lalu iaitu tarikh kali pertama dia didakwa di mahkamah.

Dalam penghakimannya, Nassir berkata mahkamah telah mengambil kira rayuan tertuduh dan juga faktor dia mengetahui akibat perbuatannya itu.

Mahkamah juga mengambil kira Mohd Razis yang berkahwin sebanyak 13 kali dan mempunyai 11 isteri itu dilihat mengaibkan institusi agama Islam dan institusi kemasyarakatan selain kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius, katanya.

“Mahkamah juga mengambil kira faktor kepentingan awam kerana tertuduh sebelum ini menggunakan imej ‘Ustaz’ untuk mengaburi dan memperdaya ramai wanita.

“Perbuatan tertuduh menjadi viral sehingga diberi gelaran tidak sepatutnya oleh media massa sehingga memperlihatkan imej buruk terhadap agama,” kata Nassir.

Mohd Razis didakwa melakukan kesalahan terhadap wanita itu sehingga melahirkan anak di sebuah hotel di sini antara Mac dan Mei 2012 dan mengikut Seksyen 23(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Di Mahkamah Rendah pula, Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah menangguhkan hukuman ke 17 Mac ini terhadap Mohd Razis yang mengaku bersalah atas tiga pertuduhan cuba berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan tiga wanita lain berumur 24, 35, dan 30 tahun dan dua pertuduhan lain.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Kedah; Golok, Thailand, dan di sebuah flat di Jalan Loke Yew di sini antara 4 April 2010 dan 26 Ogos 2012 mengikut Seksyen 133 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Bagi dua pertuduhan lagi dia didakwa bernikah dengan wanita berumur 24 dan 40 tahun itu tanpa mendapat kebenaran pendaftar mahkamah mengikut Seksyen 40(2) akta yang sama, pada 4 April 2010 dan 26 Mei 2012.

Pendakwaan dilakukan Pendakwa Syarie Kanan, Zainor Rashid Hassin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Salah seorang daripada isteri tertuduh yang hadir di mahkamah memberitahu media bahawa beliau telah berkahwin dengan tertuduh pada 2012 dan dikurniakan sepasang kembar kini berumur empat tahun.

“Ketika berkenalan, suami saya memperkenalkan dirinya sebagai seorang Imam di sebuah masjid di Australia. Kami berkahwin dalam majlis yang lengkap, tetapi selepas berkahwin baru saya mengetahui dia mempunyai isteri-isteri lain,” katanya.

Beliau kemudian bertindak membuka akaun Facebook menggunakan nama tertuduh dan memuatnaik gambar perkahwinan mereka.

Katanya, selepas itu isteri-isteri tertuduh yang lain memberitahunya mereka juga adalah isteri kepada Mohd Razis. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Benarkah Lelaki Kacak Menakutkan Wanita?