Tuesday, March 31, 2015

Kena Tangkap Jika Kentut Di Khalayak Ramai!

Kena Tangkap Jika Kentut Di Khalayak Ramai!

Jangan gelak, ini serius. Dalam satu rang undang-undang yang dicadangkan oleh kerajaan Malawi, mana-mana individu yang membuang angin dikhalayak ramai boleh disabitkan kesalahan sebagai penjenayah.

Malawi fart

Undang-undang ini buat pertama kalinya telah diperkenalkan pada tahun 1929.

Bagaimanapun, Menteri Kehakiman, George Chaponda, berkata semenjak peraturan itu diperkenalkan, tiada seorang pun penduduk Malawi ditangkap atau dihukum kerana kesalahan membuang angin.

Ini kerana, pihak polis tidak menguatkuasakannya dibawah undang-undang lama.

Peraturan lama itu menyatakan, "Seseorang yang secara sengaja merosakkan suasana dimana-mana tempat dengan melepaskan kentut sehingga menjejaskan kesihatan orang awam, individu itu boleh dihukum atas kelakuan buruk".

Menurut George, ketika berada dibawah kekuasaan kerajaan diktator, rakyat begitu takut untuk membuang angin kerana bimbang akan menerima akibatnya.

Akan tetapi, sejak negara itu mengamalkan kebebasan politik beberapa tahun dahulu, rakyat sudah berani membuang kentut sesuka hati ditempat awam.

Atas dasar itu, peraturan larangan kentut di tempat terbuka dipinda dan kini sedang dalam usaha untuk dikuatkuasakan semula.

Bagi individu yang melanggar peraturan tersebut, mereka akan dihukum sebagai pesalah.

Dalam pada itu, kata George, Parti Demokrasi Progresif akan menggunakan persetujuan majoriti untuk meluluskan hukuman tersebut dengan alasan ia bertujuan untuk mendidik rakyat agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

Rakyat Malawi bagaimanapun kurang bersetuju dengan peraturan itu yang disifatkan sebagai agak keterlaluan dan melampau.

Memang tidak dinafikan ada masanya kentut boleh ditunda, tetapi soal melepaskan kentut biasanya sukar ditahan, melainkan dengan cara membebaskan sedikit demi sedikit atau sekaligus.

Soalnya, siapa yang tidak pernah kentut? Kentut adalah salah satu daripada fungsi badan yang paling biasa sepanjang zaman. Semua orang melakukannya.

Malah, selepas seseorang itu meninggal dunia, mayat masih boleh mengeluarkan angin.

Larangan itu turut dikritik dengan alasan kesihatan. Umum mengetahui, kentut merupakan gas yang keluar melalui dubur akibat kehadiran sebatian gas dalam saluran pencernaan.

Kentut Baik Untuk Kesihatan

Walaupun kentut dianggap sebagai tindakan yang tidak sopan dan memalukan jika dilakukan dikawasan terbuka, tetapi perbuatan itu sebenarnya baik untuk kesihatan.

Risiko jika seseorang menahan kentut akan menyebabkan kembung perut.

Ini kerana kentut yang ditahan-tahan boleh mengakibatkan peningkatan jumlah dan tekanan gas pada usus.

Jika melebihi tekanan pada dinding usus, ia akan menyebabkan dinding usus meregang dan timbul rasa tidak selesa pada perut.

Selagi gas tidak dilepaskan, ia akan tetap berada didalam usus, terutamanya dibahagian usus paling hujung dan terkumpul disitu.

Salah seorang pemimpin pembangkang, John Tembo, turut mempersoalkan, bagaimana ketelusan undang-undang itu boleh menghukum pesalah secara adil?

Menurutnya, tiada siapa yang akan mengaku melakukannya. Soalnya lagi, adakah jika kes itu berlaku didalam bas awam yang sesak dengan penumpang, pihak berkuasa akan mengunci bas tersebut sehingga pelakunya ditemui?

John berkata lagi, sudah tentu sukar untuk mengadili siapa pesalah sebenar.

Kenyataan ini kemudiannya dibidas semula oleh George. Dia bertegas dengan pendiriannya dan bertanya semula, adakah anda ingin melihat atau suka jika orang disebelah anda kentut sesuka hati?

Jawapannya, sudah tentu tidak. Oleh itu, kerajaan berhak untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan mempunyai kuasa untuk memperkenalkan peraturan di Malawi.

Justeru, pesan beliau, mana-mana individu yang hendak kentut, mereka haruslah membuangnya terlebih dahulu di dalam tandas atau sebelum keluar rumah.

Tegas George lagi, jangan sesekali berani mencabar undang-undang dengan melepaskan kentut di khalayak ramai, jika tidak mahu dihukum. Dahsyat betul kan!

Malawi merupakan sebuah negara dengan masyarakat yang konservatif. Bersikap mempertahankan adat, nilai dan tidak mudah menerima perubahan.

Sebelum itu pun, sudah ada peraturan yang melarang lelaki berambut panjang dan wanita memakai seluar panjang.

Larangan ini juga tidak disenangi oleh rakyatnya, sama seperti undang-undang yang melarang kentut ditempat awam.

BACA INI JUGA: Tradisi Hubungan Terlarang Paling Pelik Di Muka Bumi!

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, March 30, 2015

Co-Pilot Germanwings Bunuh Diri Punca Nahas Pesawat

Co-Pilot Germanwings Bunuh Diri Punca Nahas Pesawat

Menurut laporan pakar penyiasat, suspek utama yang menyebabkan terhempasnya pesawat Germanwings, Andreas Lubitz berkali-kali meminta juruterbang pesawat itu, Kapten Patrick Sondheimer untuk ke tandas.

Andreas Lubitz

Bukti tersebut didedahkan setelah transkrip penuh perakam suara dari kotak hitam (CRV) pesawat A320 dianalisis, lantas menyaksikan dia berkemungkinan menjadi punca kematian kesemua penumpang berjumlah 150 orang.

Rakaman bermula apabila Kapten Sondheimer memohon maaf kepada para penumpang kerana penerbangan pesawat tertunda hampir setengah jam dan berjanji untuk melancarkan perjalanan menuju Dusseldorf.

Memetik laporan dari akhbar Jerman, Bild, setelah memulakan perjalanan selama 20 minit, Lubitz menyuruh Kapten Sondheimer agar ke tandas dan berkata dia akan menggantikan lelaki itu mengendalikan penerbangan.

Tepat jam 10.27, setelah pesawat mencecah altitud 38,000 kaki, Kapten Sondheimer membuat arahan pertama untuk persediaan mendaratkan pesawat di Dusseldorf.

Pakar penyiasat berkata, dalam rakaman berkenaan, kedengaran jawapan dari Lubitz yang berkata, ‘hopefully‘ dan ‘we’ll see‘.

Tak lama selepas selesai membuat arahan, Sonheimer beredar untuk ke tandas sebelum Lubitz bertindak mengunci pintu kokpit dan mengubah sistem autopilot turun ke paras 100 kaki dari paras asal 38,000 kaki.

Beberapa minit kemudian, pintu kokpit kedengaran diketuk dengan kuat sambil seseorang yang dipercayai juruterbang pesawat itu menjerit dari luar, “Open the goddamn door!”

Laporan turut menyatakan, pintu tersebut diketuk dengan satu alat dipercayai kapak bagi membolehkan juruterbang mengakses masuk ke kokpit semula namun semuanya sudah terlambat. -Mynewshub.cc

Co-Pilot Kata Semua Orang Akan Tahu Namanya

Pembantu juruterbang Germanwings sebelum ini selalu meluahkan kebimbangan keadaan kesihatan akan menjejaskan cita-citanya dalam industri penerbangan, kata bekas teman wanitanya kepada sebuah akhbar Jerman.

Andreas Lubitz, 27, dikatakan berazam melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan dan membuatkan semua orang ingat namanya.

Wanita berusia 26 tahun dikenali Maria W dalam temuramah dengan akhbar Bild berkata, Lubitz selalu memberitahunya: “Satu hari nanti saya akan lakukan sesuatu yang akan mengubah seluruh sistem dan semua orang akan tahu dan ingat nama saya.”

“Saya tak tahu apa maksudnya ketika itu, tetapi sekarang baru saya faham,” kata Maria.

Pemeriksaan pasukan penyiasat di rumah Lubitz mendapati dia selama ini menyembunyikan penyakit kemurungan melampau yang dialami malah membuang berpuluh surat cuti sakit yang diberikan doktor termasuk pada hari nahas.
Sementara itu, pihak berkuasa sudah mengeluarkan nama kapten pesawat malang itu iaitu Patrick Sonderheimer.

Sonderheimer mula berkhidmat dengan Germanwings pada Mei 2014, tetapi sebelum itu berkhidmat dengan syarikat induk, Lufthansa dan satu lagi anak syarikatnya Condor selama lebih 10 tahun. Beliau mempunyai rekod penerbangan selama lebih 6,000 jam.

Kedua-dua juruterbang, Sonderheimer dan Andreas Lubitz, dilatih di pusat latihan penerbangan Lufthansa di Bremen, Jerman. –AFP

Rakaman Audio Kokpit 60 Saat Sebelum Pesawat Germanwings Terhempas.



BACA INI JUGA: 10 Kehilangan Pesawat Udara Yang Menggempar Dunia

Aplikasi MyKira GST Permudah Semak Harga Barangan

Aplikasi MyKira GST Permudah Semak Harga Barangan

KPDNKK melancarkan aplikasi telefon mudah alih ‘MyKira GST’ yang membolehkan pengguna membuat semakan segera impak cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap harga lebih 10,000 barangan.

Aplikasi MyKira GST

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata aplikasi yang dibangunkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama MIMOS Bhd itu juga membolehkan pengguna yang tidak berpuas hati membuat aduan terus melalui saluran e-aduan yang disediakan.

“Dalam tiga langkah (melalui MyKira GST), pengguna boleh menyemak harga barangan dalam julat.

“Semua e-aduan melalui aplikasi ini akan diambil tindakan segera dengan dihantar terus ke pasukan penguatkuasaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi itu dan Pusat Gerakan AntiPencatutan (PGAP) di Ibu Pejabat KPDNKK.

Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Play Store mulai sekarang manakala bagi Apps Store pula pada minggu pertama April.

Hasan dalam pada itu berkata PGAP mula beroperasi untuk mengambil tindakan serta-merta terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan khususnya di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Pindaan 2014).

Katanya PGAP akan beroperasi 24 jam dan dikendalikan 40 petugas secara bergilir-gilir termasuk untuk menerima aduan melalui telefon, saluran e-aduan dan juga media sosial.

Pengguna boleh membuat aduan melalui hotline 1-800-886-800 atau 03-8882-6245 dan 03-8882-6088 dengan memberi maklumat yang spesifik agar pemeriksaan dibuat segera dan tindakan diambil, katanya.

Setiap aduan yang diterima akan direkod dan disalurkan kepada KPDNKK negeri dan penguat kuasa di peringkat akar umbi untuk diambil tindakan, katanya.

“Ada aduan boleh diambil tindakan serta merta seperti timbang berat dan tanda harga tetapi untuk aduan pencatutan ambil masa kerana perlu lakukan siasatan,” katanya.

Hasan berkata, lima mahkamah jenayah khas di lima zon – utara, selatan, timur, tengah, Sabah dan Sarawak – bagi mengendalikan kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan akan mula beroperasi Rabu ini (1 April 2015).

Pendakwaan kes akan dilakukan Jabatan Peguam Negara manakala pegawai penguat kuasa KPDNKK akan membekalkan maklumat berkaitan kes, katanya.

Sementara itu, Hasan berkata KPDNKK dan Kastam Diraja Malaysia akan melancarkan operasi bersama di seluruh negara pada 2 April.

BACA INI JUGA: Cara Mudah Membuat Aplikasi Android untuk Blog

Sumber: BERNAMA

Sunday, March 29, 2015

5 Nahas Pesawat Yang Disengajakan Juruterbang

5 Nahas Pesawat Yang Disengajakan Juruterbang

Beberapa kes nahas pesawat yang dikaitkan dengan tindakan juruterbang atau pembantu juruterbang yang sengaja menyebabkan pesawat yang dipandu mereka terhempas.

Pilot suicide

29 November 2013: Sebuah pesawat Penerbangan Mozambique terhempas di utara Namibia menyebabkan semua 27 penumpang dan enam krew terbunuh. Siasatan awal menjurus kepada tindakan juruterbang yang mengunci pembantu juruterbang di luar kokpit.

31 Oktober 1999: Pesawat EgyptAir, Penerbangan 990 terhempas di Lautan Atlantik selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York. Semua 217 orang dalam pesawat terbunuh.

Penyiasat AS berkata pembantu juruterbang mematikan bekalan kuasa ke enjin, menyebabkan pesawat menjunam dan mengungkapkan berkali-kali, "Aku berserah pada Tuhan." Pihak berkuasa Mesir bagaimanapun menolak dapatan itu dan mendakwa nahas disebabkan masalah pada bahagian ekor pesawat.

19 Disember 1997: SilkAir, Penerbangan 185 terhempas ke sungai di Indonesia menyebabkan 104 orang dalam pesawat terbunuh. Penyiasat AS mendakwa kapten sengaja membuatkan pesawat terhempas, tetapi penyiasat Indonesia tidak membuat rumusan punca nahas.

21 Ogos 1994: Sebuah pesawat Royal Air Maroc menjunam ke gunung sebaik berlepas dari Agadir, Maghribi. Semua 44 orang dalam pesawat terbunuh. Suruhanjaya siasatan berkata juruterbang sengaja menjunamkan pesawat untuk membunuh diri. Kesatuan sekerja syarikat penerbangan bagaimanapun membantah dapatan itu.

2 Februari 1982: Pesawat Japan Airlines terhempas di Teluk Tokyo ketika berlegar untuk mendarat di Lapangan Terbang Haneda. Seramai 24 daripada 174 orang dalam pesawat terbunuh. Kapten yang disahkan menghidap tekanan jiwa dipersalahkan atas nahas itu.

BACA INI JUGA: Tragedi Charkhi Dadri, Nahas Udara Paling Dahsyat!

Sumber: Reuters

Tips Agar Isteri Sentiasa Disayang Suami

Tips Agar Isteri Sentiasa Disayang Suami

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Isteri Disayang Suami

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah AW.

Berilah layanan yang istimewa kepada suami agar dapat selalu dipeluk olehnya.

1. MURAH PUJIAN

Tidak kira bagaimanapun sikap suami, jangan sekali-kali menjatuhkan air mukanya terutama di hadapan anak-anak. Selalu memberi puji-pujian dan kata-kata sanjungan.

Jika suami membuat kesilapan seperti meninggalkan kain pelikat di hujung katil, apabila mahu menegurnya mulakanlah dengan tujuh kali puji-pujian terhadap mereka seperti, "abang nampak kacak hari ini", "saya tengok abang semakin segak sekarang dan paling tidak saya rasa bahagia hidup di sisi abang tetapi pagi tadi, abang tertinggal kain pelikat di hujung katil dan sudah saya basuhkan".

Dengan puji-pujian ini sudah tentu suami akan memberikan pelukan hangat dan mungkin mendapat sebuah ciuman.

2.BERMAAFAN SEBELUM TIDUR

Salah satu cara untuk mengeratkan hubungan suami isteri dengan selalu bermaafan setiap kali sebelum tidur. Ucaplah kata-kata maaf atas apa sahaja perlakuan kita sepanjang hari dan berjanji tidak akan mengulanginya pada keesokan hari dan hari-hari yang mendatang.

Suami juga secara tidak langsung akan berbuat perkara yang sama. Peluklah suami sebelum tidur dan anda pasti mendapat pelukan balas.

3. MENGHORMATI SEMPADAN PERIBADI SUAMI

Sebagai seorang isteri yang baik anda perlu menghormati hak peribadi suami. Memang antara suami isteri tidak patut ada rahsia antara satu sama lain tetapi kadang-kadang suami ada perkara yang tidak mahu isterinya tahu.

Bukan maksudnya mahu membelakangkan isteri tetapi niatnya murni tidak mahu menyusahkan isteri.

Janganlah mendesak suami untuk menyatakan halnya tetapi sebaliknya katakan padanya “walau apapun yang abang lakukan dan walau apa pun keputusan abang, saya sentiasa menyokong abang”.

4. MUHASABAH HUBUNGAN UNTUK MENCARI PUNCA MASALAH

Hubungan suami isteri tidak akan lari dari perselisihan faham. Jika perkara yang kecil cepat-cepatlah perbaiki semula.

Jika masalah yang melanda agak besar, sentiasa muhasabah hubungan dan mencari perkara yang positif dalam usia perkahwinan yang sudah menjangkau jubli perak ini.

Paling baik, sentiasa mencari punca masalah dan selalu berbincang dengan suami. Cara ini paling berkesan dan menguntungkan ke dua belah pihak.

5. MENERIMA KELUARGA PASANGAN

Tunjukkan kita menyukai dan mengasihi orang-orang yang dihargai oleh pasangan kita. Pasangan yang intim dan bahagia saling suka menyukai kaum keluarga dan sahabat handai masing-masing.

Mereka banyak menziarahi kaum keluarga dan rakan-rakan, selalu menolong dan sering mengajak mereka datang ke rumah.

Bagi menunjukkan kita menyukai kaum keluarga dan sahabat handainya, pujilah mereka supaya dia tahu apa yang kita sukai berkenaan mereka itu. Jangan sekali-kali mengkritik dan mengumpat mereka.

6. MENGUBAH DIRI UNTUK MERANGSANG PERUBAHAN PASANGAN

Peredaran zaman membuatkan kehidupan manusia turut berubah. Jangan samakan kehidupan suami kita dua puluh tahun dahulu.

Jika dahulu pendapatannya kecil tetapi kini sudah jauh berubah. Perubahan itu membuatkan komitmen juga turut berubah. Ubahlah diri dari segi mental dan fizikal selari dengan perubahan suami.

Dalam erti kata lain berubah mengikut peredaran zaman. Jangan suami sudah sampai ke bulan kita masih mahu bertatih di bumi.

7. BERCAKAP DARI LUBUK HATI

Bercakaplah secara tulus dari hati berkenaan apa yang sedang difikirkan dan dirasakan. Masing-masing mempunyai ‘instinct’ terhadap satu sama lain.

Kadang-kadang apa yang bermain di fikiran suami sudah boleh diduga oleh isteri. Itulah kehebatan sang isteri. Jangan berdusta dengan cara memendamkan perasaan yang sebenarnya.

8. BENTUK KOD-KOD KASIH SAYANG UNTUK SUAMI

Kadang-kadang bila anak-anak sudah besar, kita malu menyatakan sayang kepada pasangan. Apa kata anda ciptakan kod-kod istimewa yang hanya anda dan suami sahaja yang faham.

Misalnya '1-4-3' yang mempunyai maksud 'I love you' atau kod-kod yang mudah seperti 'ikan keli' dan sebagainya.

Dengan kod-kod ini pasti anak-anak akan terpinga-pinga apa yang diucapkan oleh anda dan suami.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Lelaki Buta Yang Melihat Dengan Bunyi!

Lelaki Buta Yang Melihat Dengan Bunyi!

Siapa sangka manusia boleh melihat tanpa menggunakan mata, sebaliknya bunyi yang dihasilkan melalui lidah menjadi penunjuk arah kepada setiap pergerakan.

Daniel Kish

Lebih hebat dan luar biasa, kemampuan itu tidak dimiliki individu normal. Persoalannya, bagaimana dia melakukannya?

Individu luar biasa ini bernama Daniel Kish. Jika kebiasaannya pergerakan bagi seorang buta sangat terbatas, berbeza bagi dirinya.

Dia mampu melakukan aktiviti seperti berjalan dan menaiki basikal secara bebas. Malah, tahap kecekapannya sama seperti insan biasa sehinggakan ramai menyangka dia tidak buta.

Menurut Daniel, ketika berusia 13 bulan, doktor mengesahkan dia menghadapi retinoblastoma, sejenis penyakit kanser pada bahagian mata.

Untuk menyelamatkan nyawa, doktor terpaksa mengeluarkan kedua-dua matanya. Sejak peristiwa itu, dia membesar dengan cara memahami persekitaran menggunakan bunyi yang dihasilkan daripada tanah.

Kebolehan itu diperolehinya sejak dari kecil. Daniel sangat beruntung kerana dibesarkan seperti kanak-kanak normal lain.

Keunikan dirinya mendapat sokongan daripada keluarga. Dengan cara itu, dia mula bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.

Daniel Kish - Bycycle

Pernah suatu ketika selepas rakan-rakan Daniel bercadang untuk bersiar-siar dengan basikal, dia terpaksa mencabar diri berlatih menunggang basikal dalam keadaan dirinya yang buta.

Mungkin bagi kebanyakan orang, ia adalah perkara yang mustahil tetapi Daniel berjaya mengayuh basikal sampai ke kawasan sekolahnya!

Bagaimana dia tahu arah sekolahnya? Tidakkah dia bimbang dilanggar kereta disepanjang perjalanan?

Bukan saja para pembaca yang merasa pelik tapi semua orang di kejiranan Daniel juga merasa hairan dan pelik sehinggalah dia menceritakan kaedah yang digunakan.

Percaya atau tidak, dia menggunakan telinga sebagai pemandu arah. Caranya amat luar biasa iaitu dengan mengeluarkan gelombang bunyi ultrasonik daripada lidah kemudian dipantulkan pada permukaan sesuatu objek.

Menurut Daniel, setiap objek disekeliling menghasilkan bunyi yang berbeza. Sebagai contoh, batang pokok menghasilkan gema yang berlainan dengan daun.

Latihan membezakan bunyi melalui pantulan ultrasonik membuatkan dia mampu membezakan sesuatu permukaan dan lama-kelamaan ia menjadi panduan arah. Kaedah yang sama dengan tongkat orang buta.

Jadi, walaupun dalam keadaan buta, dia tidak menghadapi sebarang masalah untuk bergerak. Jarak, kedudukan serta jenis objek disekeliling dapat ditentukan dengan mudah.

Penghasilan bunyi secara tidak langsung memberi gambaran imej 3D didalam fikiran. Bukan hanya itu, semua ciri-ciri objek juga dapat diketahui oleh Daniel.

Daniel Kish - On Road

Jika diteliti, keupayaan ini turut digunakan oleh haiwan seperti kelawar dan ikan lumba-lumba.

Haiwan seperti ini menganggarkan jarak dan kedudukan sesuatu untuk bergerak. Lebih-lebih lagi kelawar yang hidup dalam kegelapan malam.

Satu ujian telah dilakukan untuk menentukan siapa yang boleh mengetahui kedudukan bola ditengah padang yang luas.

Daniel dan seorang wanita normal telah diuji. Mata wanita itu ditutup supaya berada dalam keadaan yang sama dengan Daniel. Dan hasil keputusan amat mengejutkan kerana Daniel mampu mengenal pasti kedudukan bola itu, sedangkan saingannya itu pula tidak dapat mencari sehingga ke akhir ujian.

Daniel juga tidak mengalami sebarang kesukaran walaupun berada dalam suasana bising. Menurut Daniel, jika berada ditempat seperti konsert, dia tidak akan berasa bimbang.

Apa yang dilakukan ialah meningkatkan kekuatan bunyi lidah supaya dapat mendengar dengan lebih jelas. Kelakuan itu merupakan kebiasaan bagi Daniel dan dia tidak merasa kekok apabila berada dikhalayak ramai.

Daniel juga mampu mengetuai pasukan pendaki orang buta. Kebolehan yang dimilikinya memudahkan dia berjalan dikawasan berbukit.

Daniel Kish - Hikers

Bagi individu normal, berada dicenuram sudah berasa ngeri, apatah lagi jika tidak dapat melihat jalan. Namun, perkara itu tidak mengundang sebarang rasa takut kerana sudah mempunyai 'mata' sendiri.

Kemampuan Daniel bukan setakat itu. Dia berjaya menyambung pengajian sehingga ke peringkat sarjana dalam dua bidang iaitu, Development Psychology dan Special Education.

Sebuah organisasi yang dinamakan sebagai World Access for The Blind turut diasaskan dan diketuai sendiri oleh Daniel.

Lebih menarik dan luar biasa, dia kini mengajar individu buta lain menggunakan teknik yang sama.

Baginya, kecacatan penglihatan bukan penghalang untuk seseorang bergerak bebas.

BACA INI JUGA: James Harisson Manusia Pemilik Darah Paling Istimewa

-SENTIASAPANAS.COM

Kubur Tanpa Nama, Pusara Mesra Alam!

Kubur Tanpa Nama, Pusara Mesra Alam!

Di dunia ini, setiap manusia yang lahir dan mati ada tandanya. Jika hendak mencari orang yang sudah meninggal dunia, kita boleh menziarahi kuburnya.

Kubur
Gambar hiasan.

Tetapi, keadaan ini mungkin tidak akan berlaku jika anda mencari kubur mereka yang diuruskan oleh sebuah syarikat pengurusan mayat mesra alam.

Syarikat yang beroperasi di Amerika Syarikat menggunakan sejenis cecair kimia daripada larutan Kalium Hidroksida.

Mengikut prosedur operasi standard syarikat ini, mayat akan direndam ke dalam larutan kimia dan akan hancur menjadi cecair.

Selepas selesai melarut, cecair ini akan dialirkan ke dalam longkang untuk kembali ke Bumi.

Pengebumian cara ini dikatakan sangat mudah dan ekonomi serta menjimatkan ruang selain menjadi pilihan individu yang mesra alam.

BACA INI JUGA: Perkuburan Barangan Rosak Terbesar Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, March 28, 2015

Tahukah Anda Siapa Orang Pertama Menemui Kopi?

Tahukah Anda Siapa Orang Pertama Menemui Kopi?

Kopi sememangnya minuman yang sangat popular dan kebanyakan dari kita menjadikannya sebagai minuman harian selepas bangun dari tidur.

Kopi

Kopi sebenarnya ditemui oleh seorang lelaki arab bernama Khalid yang kehairanan melihat kambing-kambingnya begitu aktif selepas memakan sejenis buah berry di kawasan Kaffa, selatan Ethiopia.

Dia kemudiannya merebus buah berry berkenaan dan terhasillah kopi pertama di dunia.

Menurut rekod, kopi pertama ditemui dan dieksport dari Ethiopia ke Yaman dimana ahli sufi menggunakan kopi itu untuk beribadah sepanjang malam.

Anda suka minum kopi?

BACA INI JUGA: 5 Ciptaan Terhebat Umat Islam Yang Mengubah Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Kisah Simbolik Disebalik Logo Sakae Sushi

Kisah Simbolik Disebalik Logo Sakae Sushi

Logo Sakae Sushi membentuk seekor katak, yang membawa maksud sentiasa bersedia untuk melompat.

Logo Sakae Sushi

Logo Sakae Sushi telah didaftarkan trademark di Malaysia pada 12/1/2004. Syarikat ini dimiliki oleh Mr Douglas Foo dari Singapura.

Logo ini sebenarnya membawa beberapa maksud. Tetapi secara keseluruhan ia membentuk seekor katak yang bersedia untuk melompat.
  • Di bahagian kaki katak, ia membawa maksud jongkong emas dan semangkuk nasi yang penuh
  • Di tengah perut katak, tulisan cina itu membawa maksud “Glorious”
  • Senyuman di wajah katak membawa maksud barisan hadapan yang sentiasa senyum
  • Mata katak pula memberi gambaran pasukan pengurusan yang berpandangan jauh
  • Gabungan kepala dan perut katak membentuk nombor 8

Logo bukanlah sekadar sebuah logo. Logo membawa seribu maksud kepada perniagaan tersebut.

Moralnya, jangan main hantam keromo dalam isu logo, kerana ia adalah jenama anda.

Betul caranya, ia membawa pulangan ratusan juta.

BACA INI JUGA: Asal-usul Simbol Lelaki Dan Wanita Dalam Dunia Sains

Sumber: Majalahniaga.com

Siapa Manusia Hebat Itu Yang Mencipta Tulisan Braille?

Siapa Manusia Hebat Itu Yang Mencipta Tulisan Braille?

Cuba lihat titik-titik dibawah? Anda faham apa maksudnya? Ya, kombinasi titik-titik ini sebenarnya adalah tulisan Braille.

Braille

Tulisan Braille adalah satu sistem penulisan yang digunakan oleh orang yang cacat penglihatan untuk membaca.

Tahukah anda siapa pencipta tulisan Braille? Seorang pemuda berbangsa Perancis, Louis Braille, telah mencipta sistem penulisan ini pada kurun ke 19 atau lebih tepat lagi pada tahun 1824.

Dan tahukah anda, Braille juga sebenarnya seorang yang buta? Dia kehilangan kedua-dua indera penglihatan sewaktu berusia lima tahun akibat kemalangan.

Walaupun telah diberikan rawatan terbaik ketika itu, kecederaan yang dialami pada sebelah matanya telah merebak sehingga menyebabkan Braille menjadi buta.

Braille mendapat inspirasi untuk menghasilkan tulisan ini sewaktu mengikuti pengajian disebuah institusi yang dikhaskan untuk orang-orang cacat penglihatan.

Pada tahun 1821, seorng bekas tentera bernama Kapten Charles Barbier telah datang ke institusi berkenaan untuk memberikan kuliah.

Charles menceritakan tentang bagaimana dia telah mencipta satu kaedah komunikasi untuk berhubung pada waktu malam.

Sistem tulisan timbul itu membolehkan askar-askar menyampaikan mesej tanpa perlu bersuara dan tidak memerlukan cahaya.

Braille ternyata berminat dengan apa yang dipelajarinya. Dia mula memahirkan dirinya untuk memahami sistem yang diberi nama 'Sonografi' itu.

Kemudian, Braille menambah baik tulisan tersebut dengan mewujudkan tanda bacaan dan huruf bagi setiap karya seperti orang biasa.

Tiga tahun selepas itu, Braille akhirnya berjaya muncul dengan sitem tulisannya sendiri.

Tulisan Braille yang terdiri daripada enam titik timbul itu telah dinomborkan mengikut abjad.

Kombinasi titik-titik tersebut menggambarkan setiap huruf dan tanda baca yang diwakili.

Namun, ketika awal kemunculannya, tulisan ini pernah mendapat tentangan hebat daripada ahli akademik.

Mereka mengatakan bahawa tulisan Braille adalah sangat berbeza dengan huruf rumi dan terlalu janggal untuk digunakan.

Malah, sistem tulisan ini juga pernah diharamkan dan segala buku yang dicetak menggunakan tulisan Braille dibakar bagi mengelakkan penyebarannya.

Sehinggalah pada tahun 1851, kerajaan Perancis akhirnya memperakui tulisan Braille sebagai satu sistem tulisan.

Louis Braille
Louis Braille.

Sejak itu, penggunaan tulisan Braille mula berkembang luas dan memasuki negara-negara lain dibenua Eropah.

Setahun selepas itu, Braille meninggal dunia akibat batuk kering pada usia 43 tahun.

Tulisan ini diangkat secara universal pada akhir kurun ke 19 dan diberi nama Braille, diambil sempena nama penciptanya sendiri.

Simbol Braille juga telah diperbaiki sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik.

Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadi kod lapan titik timbul. Ia bagi memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut ialah huruf besar atau kecil.

Pada pertengahan abad ke 20, rumah Braille yang terletak di Coupvray, 40 kilometer di timur kota Paris telah dijadikan muzium oleh Majlis Kebajikan Orang Buta Sedunia.

Selain itu, tanggal 4 Januari setiap tahun turut diperingati sebagai Hari Braille Sedunia yang diambil sempena tarikh kelahiran Louis Braille.

BACA INI JUGA: 10 OKU Yang Memberi Inspirasi Kepada Dunia

-SENTIASAPANAS.COM