Thursday, March 26, 2015

Berita Mr Os Meninggal Dunia Berita Palsu!

Berita Mr Os Meninggal Dunia Berita Palsu!

"Saya masih hidup. Alhamdulillah. Terima kasih kerana ambil berat mengenai kesihatan saya," kata Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid.

Mr os meninggal dunia [2]

Berita yang tersebar menerusi laman sosial menyatakan kononnya pelawak Mr Os meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.

Mengikut sumber, gambar tersebut diambil semasa beliau dimasukankan ke hospital namun kini beliau telah keluar dan semakin sihat.

Pelawak veteran berusia 54 tahun itu baru-baru ini dirawat selama lapan hari di Hospital Selayang selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan pada tonsil dan dibenarkan pulang Sabtu lalu.

Ketika dihubungi wartawan, Os berkata, dia tidak menghebohkan perkara dia dirawat di hospital kerana tidak mahu dianggap menagih simpati, malah keadaan mungkin menjadi seperti menabur pasir di periuk nasi sendiri.

Mr os meninggal dunia

"Saya tidak mahu orang ingat saya sakit dan tidak kuat untuk mencari rezeki yang mana membuatkan orang tidak lagi mengambil saya bekerja. Kudrat saya masih kuat untuk kembali bekerja dan saya pun sudah hampir sembuh sepenuhnya.

"Buat masa ini saya belum lagi mengambil penumpang kerana tidak mahu ada yang takut dengan jahitan di leher saya ini," katanya.

Namun apa yang dikesali pelawak itu adalah ada individu yang sanggup menyebarkan berita tidak benar yang mana dirinya telah meninggal dunia.

Bagi Os, jika ada yang simpati, dia minta agar mereka mendoakan kesihatannya, tetapi tidak mahu ada yang salah anggap kerana dia masih lagi kuat untuk mencari rezeki.

BACA INI JUGA: Konspirasi Teluk Tonkin, Pembohongan Keji Pencetus Perang Vietnam

Pakaian Unik Yang Sangat Menjengkelkan Paparazi

Pakaian Unik Yang Sangat Menjengkelkan Paparazi

Seorang DJ bernama Chris Holmes telah mereka pakaian anti paparazzi. Pakaian ini kelihatan seperti biasa pada luarannya. Tetapi bertindak seperti pemantul cahaya apabila terkena cahaya flash.

Pakaian anti paparazzi

Pantulan cahaya yang sangat kuat daripada flash kepada pakaian tersebut menyebabkan sensor kamera dengan segera merakam pantulan yang terang daripada pakaian tersebut. Seterusnya menjadikan subjek dalam keadaan gelap. Perkara ini biasanya terjadi apabila anda menggunakan mode auto.

Kita memang sedia maklum yang kebanyakkan paparazzi ketika ini bukan sahaja menggunakan kamera dslr atau kompak, malah jugak menggunakan kamera telefon bimbit.

Boleh dikatakan kesemua telefon bimbit menggunakan mod auto. Maka atas sebab kelemahan inilah yang membuatkan pembiasan cahaya dari pantulan tadi membias pakaian subjek terlebih terang, sementara subjek pula kelihatan gelap dari yang biasa.

Masih kurang faham? Mohon tontong video di bawah..


BACA INI JUGA: Asal Usul Pakaian Baju Kebaya

Sumber: Lensakl.com

Wednesday, March 25, 2015

Keindahan Luarbiasa Tulisan Hieroglif Makam Purba Amenhotep

Keindahan Luarbiasa Tulisan Hieroglif Makam Purba Amenhotep

Makam purba pengawal kuil dewa Mesir Amun, Amenhotep berjaya ditemui pasukan arkeologi Amerika Syarikat bersama pasukan penyelidik Mesir di bandar Luxor, 700 kilometer di selatan Kaherah, baru-baru ini.

Amenhotep-Hieroglif

Kementerian sejarah purba Mesir berkata, makam itu wujud sejak Dinasti ke-18 Kerajaan Baru Mesir sekitar 1543 hingga 1292 sebelum masihi iaitu yang paling terkenal pada zaman Mesir Purba dan ditemui awal bulan ini di kaki gunung Thebes, di antara Lembah Raja-Raja.

Kementerian itu lalu mengedar gambar makam dengan keindahan luar biasa menunjukkan lukisan serta tulisan hieroglif yang menggambarkan perayaan dan kegiatan harian dengan penuh warna-warni yang jelas tidak pudar dimamah zaman.

Amenhotep-Hieroglif [2]
Amenhotep-Hieroglif [3]

Malangnya, Menteri Sejarah Purba Mamouh al-Damaty berkata makam itu menunjukkan kesan dijarah malah keranda batu tempat mumia dihiasi batu permata juga hilang.

Makam itu dihiasi pelbagai lukisan cantik yang kebanyakannya menggambarkan pemilik makam bersama isterinya dengan adegan kehidupan seharian.

Amenhotep-Hieroglif [4]

Makam berbentuk T itu sengaja dimusnahkan pada zaman purba namun puncanya tidak diketahui.

Nama, gelaran pemilik makam, beberapa teks hieroglif dan lukisan serta nama dewa Amun sengaja dipadamkan.

Turut ditemui ialah makam anak Amenhotep, Sa-Mut dan isteri Ta-Khaeet.

Amenhotep-Hieroglif [5]

Bandar Luxor dengan 500,000 penduduk di tebing Sungai Nil adalah muzium terbuka dengan pelbagai kuil serta makam diraja.

Al-Damaty berkata dalam satu kenyataan berasingan bahawa sebuah rumah rehat milik Raja Thutmosis II, juga dari Dinasti ke-18 Kerajaan Baru Mesir ditemui di wilayah Terusan Suez di wilayah Ismailia.

BACA INI JUGA: Misteri Kewujudan Nefertiti Permaisuri Agung Firaun

Sumber: Kosmo.com.my

Breidamerkurjokull, Keindahan Luarbiasa Gua Kristal Di Iceland

Breidamerkurjokull, Keindahan Luarbiasa Gua Kristal Di Iceland

Pemandangan menakjubkan ini terhasil daripada gabungan ais biru zamrud dan abu gunung berapi di bawah glasier Breidamerkurjokull di Iceland.

Breidamerkurjokull

Breidamerkurjokull adalah glasier alur Vatnajokull atau glasier Vatna yang merupakan salah satu puncak ais terbesar di seluruh Eropah.

Gua Kristal tersebut juga kelihatan seperti dalam filem animasi, Frozen.

Lantai aisnya yang memukau pandangan seakan sebuah tetingkap kaca.

Terdapat beberapa gunung berapi di bawah litupan ais tersebut.

Selain itu, lapisan abu gunung berapi yang terperangkap di dalam ais dan bentuk terowong melengkungnya sememangnya menghasilkan pemandangan luar biasa.

BACA INI JUGA: Penempatan Tebing Purba Yang Menakjubkan

Breidamerkurjokull [4]
Breidamerkurjokull [5]
Breidamerkurjokull [2]

Sumber: Sinarharian.com.my

Resepi Rahsia Ikan Goreng Garing

Resepi Rahsia Ikan Goreng Garing

Ikan goreng merupakan kegemaran ramai. Namun, ramai juga yang menghadapi masalah ikan melekat pada kuali semasa menggoreng.

Ikan Goreng Garing

Rahsia ikan digoreng garing dan cantik serta tidak melekat pada kuali selain minyak yang cukup panas ialah dengan memasukkan asam keping atau gelugur dan menaburkan sedikit tepung jagung pada ikan yang sedang digoreng.

Cukup mudah, bukan?

Kenapa tidak amalkan jika hasilnya akan memuaskan selera anda sekeluarga. Anda akan dapati ikan goreng masak garing dan cantik.

Selamat mencuba..

BACA INI JUGA: Makanan Yang Sangat Ekstrim Di Dunia

Sumber: Hmetro.com.my

Gambar Bayi Duyung Di Hospital Pontian Adalah Palsu!

Gambar Bayi Duyung Di Hospital Pontian Adalah Palsu!

Penyebaran berita seorang bayi yang dilahirkan dengan memiliki kaki seperti seekor ikan duyung di Hospital Pontian, disahkan sebagai tidak benar.

Bayi-duyung

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, semakan kelahiran di Hospital Pontian mendapati tiada kelahiran dicatatkan pada hari berkenaan, seperti yang didakwa oleh berita palsu tersebut.

Beliau menyatakan bahawa gambar seorang bayi yang didakwa dilahirkan dengan kaki seperti seekor duyung di Hospital Pontian seperti tersebar dalam laman sosial adalah palsu.

Ini kerana setelah disemak dengan pihak Hospital Pontian, tiada sebarang kelahiran dicatat di hospital itu pada hari tersebut, jadi sudah tentu berita ini adalah tidak benar katanya.

BACA INI JUGA: Video Viral Bayi Ditolak Entiti Misteri

Sumber: Sinarharian.com.my

Apa Perbezaan Antara Ubat Dan Supplement (Vitamin)?

Apa Perbezaan Antara Ubat Dan Supplement (Vitamin)?

Kita sering mendengar promosi tentang kebaikan mengambil makanan tambahan atau Supplement (Vitamin).

Supplement

Apa sebenarnya Supplement? Dan tahukah anda perbezaan antara ubat dan Supplement (Vitamin)? Mari baca perbezaannya dibawa..

Ubat

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi-fungsi dan menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Contohnya sakit kepala, ianya bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sistem badan kita.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement (Vitamin)

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik dan bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan mengenai bahaya pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ia hanya memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat kurang dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu, ia menambahkannya ketika mengambil makanan dan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

Ringkasnya..

1. Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja.

2. Supplement boleh diambil bila-bila masa dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement.

3. Ubat mengandungi dadah yang membolehkan ia bertindak dengan cepat.

4. Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin sihat yang digunakan untuk melawan segala penyakit..

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Bahaya Minuman Pek 3 in 1?

Sumber: Bahejabella.blogspot.com

Cara Download Video Di Youtube Tanpa Software

Cara Download Video Di Youtube Tanpa Software

Anda tahu tak cara paling mudah download video di youtube tanpa perlu menggunakan sebarang software ataupun aplikasi? Kalau belum tahu, berikan masa anda lebih kurang dua minit untuk membaca tutorial simple ini.

Download YouTube

Jom ikuti beberapa langkah simple sebagaimana di bawah.

Cara Download Video Di Youtube Tanpa Software

1. Cari dahulu video yang hendak di download daripada laman youtube.

2. Buka link video yang hendak di download di browser samada mozilla, google chrome atau internet explorer dan edit url youtube tersebut dengan menambah huruf SS di depan perkataan youtube.

Youtube [2]

3. URL di atas masih belum ditambah "SS" di depan perkataan youtube. Lihat gambar di bawah ini di mana perkataan "SS" dimasukkan.

Youtube [3]

4. Setelah memasukkan perkataan "SS", tekan ENTER. Link video tadi akan dibawa ke laman yang lain sebagaimana gambar di bawah.

Youtube [4]

Langkah seterusnya ialah pilih format video yang anda anda inginkan. Pemilihan format berada di sebelah kanan. Setelah pilih format video untuk download, tekan ENTER.

Sekian sahaja cara mendownload video di youtube tanpa menggunakan software. Semoga bermanfaat untuk semua.

BACA INI JUGA:

sumber: rossaimi.com

Tuesday, March 24, 2015

Pesawat AIRBUS A320 Terhempas Lagi, Kali Ini Milik Jerman

Pesawat AIRBUS A320 Terhempas Lagi, Kali Ini Milik Jerman

Selepas tragedi pesawat Airbus A320 milik Air Asia terhempas di Laut Java, Indonesia bulan lalu, Airbus A320 sekali lagi terbabit dalam malapetaka apabila pesawat jenis itu milik Syarikat Penerbangan Jerman terhempas di Selatan Perancis sebentar tadi.


Gambar hiasan.

Pesawat Airbus A320 yang membawa 142 penumpang dan enam anak kapal tersebut dilaporkan terhempas di daerah Digne, selatan Perancis semasa dalam penerbangan ke Dusseldorf, Jerman dari Bacerlona, Sepanyol.

Ketua Pengarah Penerbangan Awam Perancis mengesahkan pesawat terbabit terhempas di kawasan pergununang Alps Perancis.



BACA INI JUGA: MH653, Pesawat Malaysia Yang Pernah Dirampas!

Sumber: MYKMU.NET

Tristan da Cunha, Pulau Berpenghuni Paling Terpencil Di Dunia

Tristan da Cunha, Pulau Berpenghuni Paling Terpencil Di Dunia

Dengan hanya boleh dijejaki menerusi pelayaran enam hari menggunakan bot atau mengikuti percutian belayar selama sebulan merentasi Lautan Atlantik Selatan, Tristan da Cunha ialah destinasi percutian paling jauh.

Tristan da Cunha

Gugusan pulau berpenghuni paling terpencil di dunia itu terletak kira-kira-kira 2,000 kilometer dari Saint Helena, pulau berpenduduk paling hampir dengannya, 2,399 kilometer dari Afrika Selatan dan 3,360 kilometer dari Amerika Selatan.

Ia hanya 11 kilometer panjang dan luas kira-kira 60 kilometer persegi.

Satu-satunya penempatan di kepulauan itu dikenali sebagai Edinburgh of the Seven Seas, yang digelar oleh kira-kira 300 penduduknya sebagai The Settlement.

Walaupun kecil dan terpencil, Tristan da Cunha kaya dengan sejarah dan amat unik.

Antara syarikat pelancongan yang menyediakan perkhidmatan membawa pelancong belayar ke sana ialah Oceanwide Expeditions yang akan berlabuh tiga hari di Tristan da Cunha, nama yang diberi kepada pulau utama dan pulau sekelilingnya, termasuk Pulau Nightingale yang tidak berpenghuni.

Kapal syarikat berkenaan berlepas dari Ushuaia di Tierra del Fuego, Argentina kerana ia cara terbaik untuk sampai ke kepulauan itu.

Bagaimanapun, untuk berlabuh atau mendarat tidak dijamin. Kira-kira 30 peratus cubaan mendarat sejak 1998 gagal kerana cuaca buruk.

Bagi mereka yang bercuti ke sana, tidak ada hotel disediakan.

Bagaimanapun, mereka boleh tinggal sementara dengan penduduk tempatan, keturunan dari pelbagai negara, termasuk Scotland, England, Belanda, Amerika Syarikat dan Itali.

Penduduk yang semuanya petani, juga menjadi pemandu pelancong dan penjual cenderamata.

Tristan da Cunha [2]

Berdasarkan sejarah, pulau berkenaan terbukti menjadi persinggahan penting bagi kapal yang perlu berhenti dalam pelayaran merentasi Atlantik.

United Kingdom mengisytiharkan kepulauan itu tanah jajahannya pada 1816 untuk memastikan Perancis tidak boleh menggunakannya sebagai pangkalan untuk menyelamatkan Napoleon Bonaparte yang dipenjarakan di Saint Helena.

The Settlement dinamakan sebagai tanda penghormatan untuk anak Ratu Vicoria, Putera Alfred, Duke of Edinburgh yang melawat pulau berkenaan pada 1867.

Duke of Edinburgh kedua, Putera Phillip, juga melawat pulau berkenaan pada 1957.

BACA INI JUGA: Lokasi Paling Sukar Di Kunjungi Di Dunia!

Sumber: Hmetro.com.my