Thursday, March 19, 2015

SPAD Sahkan Kenaikan Tambang Teksi Dan Bas Ekspres

SPAD Sahkan Kenaikan Tambang Teksi Dan Bas Ekspres

Tambang teksi dinaikkan antara RM1.25 dan RM8.00 mengikut jarak perjalanan dan lokasi, berkuatkuasa serta-merta manakala tambang bas ekspres naik 2.1 sen bagi setiap kilometer bermula 1 April ini.

SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mengumumkan kenaikan itu hari ini (19/3/2015) berkata, ini adalah semakan semula pertama bagi tambang bas dan teksi sejak enam tahun lalu.

Menurut Spad, penumpang yang menggunakan teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Bahru perlu membayar RM8 bagi perjalanan sejauh lima kilometer berbanding RM6.50 sebelum ini, iaitu kenaikan sebanyak RM1.50.

Sementara itu, kenaikan lebih tinggi dilihat di Pulau Pinang dengan caj perjalanan sejauh 10 kilometer menggunakan Teksi 1Malaysia dinaikkan sebanyak RM8 iaitu daripada RM11.80 kepada RM19.80.

Spad juga sedang mempertimbang untuk menaikkan tambang perkhidmatan kereta api KTM Komuter, KTM Intercity, ETS, LRT dan Monorail yang akan diumumkan pada satu tarikh lain.

BACA INI JUGA: SR1M, Sim Kad Rakyat 1Malaysia Akhirnya Dilancarkan

Sumber: Sinarharian.com.my

Nenek Diselubungi Misteri, Radio Dipasang Kaset Al-Qur'an Meletup!

Nenek Diselubungi Misteri, Radio Dipasang Kaset Al-Qur'an Meletup!

SEREMBAN - Kehidupan seorang nenek di Taman Panchor Jaya, di sini, diselubungi misteri apabila berlaku pelbagai kejadian ganjil di rumahnya, termasuk pakaiannya sering dicuri dan dikoyak sebelum dipulangkan semula.

Radio Dipasang Kaset Al-Qur'an Meletup

Lebih menghairankan, tiada langsung sebarang kesan pecah masuk pada rumah membuatkan Zainon Baharuddin, 67, buntu memikirkan kejadian itu yang mula mengganggu hidupnya sejak beberapa tahun lalu.

Kira-kira tiga tahun lalu, kejadian ganjil yang berlaku pada Zainon di rumah itu pernah dilaporkan, namun sehingga kini misteri berkenaan masih terus berlaku dan belum terjawab.

Zainon berkata, antara keganjilan berlaku adalah barangan seperti perabot, beg tangan dan kasut pemberian anaknya kelihatan seperti ditoreh menyebabkan dia terpaksa membuang sahaja barangan itu, selain lantai rumah mempunyai kesan dikorek.

Menurutnya, kejadian Sabtu lalu lebih mengejutkannya ketika dia bersendirian di rumah, apabila radio yang dipasang dengan kaset ayat al-Quran di dalam bilik anaknya, secara tiba-tiba meletup.

“Saya memang biasa pasang kaset ayat al-Quran di rumah. Ketika itu saya pasang dua radio, satu di ruang tamu dan satu lagi di dalam bilik anak saya.

“Tapi tiba-tiba radio dalam bilik anak saya meletup dan radio di ruang tamu serta semua lampu yang dipasang terpadam,” katanya.

Menurutnya, dia yang ketika itu berada dalam bilik utama terus melaungkan azan dan selepas lima minit keadaan kembali normal.

"Tidak cukup dengan itu, pakaian yang saya simpan dalam almari sering kali hilang, tapi selepas beberapa hari akan ada semula di tempat asal namun ada kesan koyak.

“Saya pun pelik, tak tahulah kenapa. Kejadian seperti ini berlaku berulang kali dan saya sudah minta bantuan beberapa ustaz untuk datang ke rumah membaca Yasin.

“Biasanya, selepas itu kejadian pelik ini senyap sekejap sebelum berulang semula. Pernah pagi-pagi di hadapan rumah saya disimbah dengan air yang tidak tahu perbuatan siapa,” katanya yang turut membuat laporan polis.

Nenek kepada 18 cucu itu bagaimanapun mengakui sudah lali dengan kejadian berlaku dan tidak menolak berkemungkinan ia perbuatan sihir dilakukan individu tertentu berniat menganggu hidupnya.

“Anak saya bimbang dengan keselamatan saya. Tapi saya berserah kepada ALLAH kerana Dia lebih mengetahui.

“Cuma saya pelik kenapa pakaian saya dikoyak dan apa motifnya?. Lagipun saya tidak bermusuh dengan sesiapa.

"Kalau ada siapa yang dengki dengan saya, bertaubatlah," katanya.

BACA INI JUGA: Misteri Api Menganggu Dua Beranak Di Johor!

-Sentiasapanas.com

Swirling Star, Fenomena Alam Yang Sangat Menakjubkan

Swirling Star, Fenomena Alam Yang Sangat Menakjubkan

Sejak beberapa ribu tahun lampau lagi, langit sentiasa menunjukkan fenomena yang menakjubkan. Fenomena seperti Auroras, Halos, Mirages, Arcs dan Moonbows adalah di antara fenomena yang seringkali diperkatakan.

Swirling Star

Ia amat jarang berlaku namun hampir kesemua imej fenomena ini sudah berjaya dirakam. Namun, pernahkah anda melihat imej Swirling Star?

Swirling Star (pusaran bintang) merupakan satu fenomena yang jarang sekali dapat dilihat namun seorang jurugambar telah berjaya merakam fenomena ini di pergunungan Himalaya atau lebih dikenali dengan nama Gunung Everest.

Kejayaannya merakam gambar ini secara tidak langsung telah membuka mata ramai pihak yang sebelum ini langsung tidak menyedari kewujudan fenomena mengagumkan ini. Ia amat menakjubkan dan kelihatan seakan-akan 'Artex Paint' yang sangat indah.

Anton Jankovoy

Swirling Star Anton Jankovoy
Anton Jankovoy.

Jurugambar berusia 23 tahun ini berjaya merakam imej tersebut setelah menghabiskan masa selama sebulan 'bertapa' di kaki puncak gunung tertinggi di dunia itu, semata-mata menunggu cuaca dan saat yang sesuai.

Anton Jankovoy dari Zhytomyr, Ukraine mengambil gambar ini menggunakan kamera Canon EOS 5D Mark II dengan lensa 24mm dengan 'Shutter' kameranya dibiarkan selama beberapa jam.

Swirling Star Anton Jankovoy [2]

Anton akhirnya berjaya merakam imej Swirling Star yang amat menakjubkan setelah hampir tiga tahun berusaha untuk projek ini.

Imej ini kemudiannya diterbitkan dalam empat buah akhbar utama di United Kingdom, iaitu The Independent, The Telegraph, Daily Mail dan Daily Mirror sebagai media terawal yang mendapat imej ini daripada Anton.

BACA INI JUGA: 8 Panorama Alam Yang Sangat Menakjubkan

-Sentiasapanas.com

Wednesday, March 18, 2015

4 Makanan Yang Membantu Tingkatkan Nafsu Seksual Wanita

4 Makanan Yang Membantu Tingkatkan Nafsu Seksual Wanita

Pasti yang ramai tertanya-tanya makanan apakah yang boleh meningkatkan nafsu seks wanita bukan? Terdapat banyak jenis makanan yang mampu meningkatkan nafsu seks seperti coklat, pisang dan banyak lagi.

Makanan Yang Membantu Tingkatkan Nafsu Seksual Wanita

Ia bukan sahaja mampu meningkatkan nafsu seks wanita sahaja, malah ia juga bagus untuk kesihatan tubuh badan. Jadi jika diamalkan pasti anda akan sentiasa sihat dan cergas.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa jenis makanan yang mampu meningkatkan nafsu seks wanita dan juga menyihatkan tubuh badan.

1. Coklat

Percaya atau tidak coklat sebenarnya mampu meningkatkan nafsu seks dan memberi kesan sensual kepada wanita yang mengamalkannya.

Ini kerana coklat mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia pada bahagia otak yang membuatkan jiwa berasa tenang.

2. Pisang

Pisang embun adalah buah yang bukan sahaja sedap dimakan, tetapi menurut satu kajian menyatakan pisang embun mampu meningkatkan nafsu seks seorang wanita.

Ini kerana pisang embun mempunyai zat yang memberi tindak balas terhadap nafsu seks wanita.

3. Yogurt

Jangkitan yang berlaku pada kemaluan wanita adalah masalah yang sering dialami oleh wanita yang menghidap diabetes.

Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan pH serta pengurangan jangkitan ini.

Pengambilan yogurt juga dapat mencegah penyakit radang usus dan menguatkan sistem ketahanan tubuh dari sebarang penyakit.

4. Kopi

Tahukah anda bahawa dengan meminum kopi anda dapat melawan tekanan dan depresi. Ini kerana kopi dapat membantu menurunkan kesan depresi sebanyak 10 peratus berbanding mereka yang tidak minum kopi.

Lebih bagus jika anda minum kopi yang hangat pada waktu pagi kerana ia dapat memberikan ketenangan untuk memulakan hari anda.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Gambar Hantu Melutut Di Wad Gila Berjaya Dirakam!

Gambar Hantu Melutut Di Wad Gila Berjaya Dirakam!

Seorang pemburu hantu, Allen Tiller berjaya merakam imej seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan melutut ketika melakukan penggambaran rancangan televisyen Haunting: Australia.

Gambar-Hantu

Rakaman video tersebut diambil ketika Tiller bersama rakannya, Rayleen Kable berada di Rumah Sakit Jiwa Beechworth yang terkenal sebagai salah satu destinasi berhantu di negara tersebut.

“Kami juga sempat merakam hentakan pintu dan bunyi orang berjalan ketika berada di bahagian yang dikenali sebagai bull pen, ujar Tiller.

Tiller menambah, menerusi rakaman ‘Fenomena Suara Elektronik’, jelas kedengaran suara orang ramai menjerit meminta mereka untuk keluar.

Sejak Januari lepas, pasangan itu mengetuai kumpulan pemburu hantu untuk mengambil gambar, bacaan elektromagnet dan rakaman suara di tempat-tempat misteri di sekitar Austalia. – AGENSI

BACA INI JUGA: 5 Watak Horor Lagenda Paling Menyeramkan


Kenapa Bayi Menghidap Penyakit Kuning Selepas Dilahirkan?

Kenapa Bayi Menghidap Penyakit Kuning Selepas Dilahirkan?

Masalah penyakit kuning di kalangan bayi baru lahir adalah fenomena yang kerap berlaku. Jika ditanya, ramai ibu menyatakan anak mereka kuning ketika minggu pertama selepas kelahiran.

Penyakit-Kuning

Tidak kurang pula rawatan tradisional atau alternatif yang digunakan seperti susu kambing, menjemur di pagi hari serta mandi menggunakan ubat tabib Cina.

Apakah penyakit kuning dan bagaimana ia berlaku?

Penyakit kuning, atau jaundis, sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar jaundis. Bayi terbabit mempunyai najis berwarna kuning dan air kencing jernih.

Terdapat beberapa keadaan di mana sel darah merah pecah pada kadar lebih tinggi seperti:
  1. Pendarahan di bawah kulit kepala iaitu 'subaponeurotic haemorrhage'
  2. Darah bayi yang pekat. Ini biasanya berlaku pada bayi dilahirkan ibu yang mengalami masalah
  3. Kencing manis
  4. Jangkitan kuman

Jenis darah yang berbeza antara ibu dan anak. Biasanya risiko lebih tinggi sekiranya salah seorang mempunyai darah jenis O.

Dalam keadaan sebegini, jaundis mungkin bermula dalam 24 jam pertama selepas lahir dan tahapnya mungkin melebihi 340 micromol atau liter.

Mengenali Jaundis

Bayi jaundis boleh dikenali dengan warna kulitnya yang kuning. Ia biasanya bermula dari muka dan turun ke perut dan kemudiannya ke kaki.

Untuk mengenal pasti sama ada bayi anda mengalami jaundis, tekan pada kulitnya untuk beberapa saat dan kemudian lepaskan. Sekiranya jaundis, kulit di bahagian yang ditekan akan kelihatan kuning.

Sekiranya jaundis itu fisiologikal atau berpunca daripada salah satu sebab di atas, air kencing jadi jernih manakala najis pula kuning.

Rawatan Jaundis

Doktor biasanya akan mengambil darah untuk mengenal pasti tahap dan jenis jaundis. Sekiranya perlu, bayi akan diletak di bawah lampu fototerapi. Ini akan membantu mengurangkan tahap jaundis.

Ketika menjalani rawatan fototerapi, baju dan seluar akan ditanggalkan dan mata akan ditutup dengan cermin mata khas untuk mengelakkan kerosakan pada retina.

Bayi juga perlu diberi susu dengan lebih kerap dan banyak untuk mengelakkan daripada dehidrasi.

Sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah.

Rawatan tradisional

Rawatan menggunakan susu kambing atau ubat mandian tidak mempunyai bukti saintifik mengenai keberkesanannya, manakala menjemur pula kurang efektif kerana ia bergantung pada cuaca.

Pendedahan pada matahari terlalu lama boleh menyebabkan kulit menggelupas. Pendedahan pada cahaya matahari juga akan membuatkan kulit menjadi gelap. Kuning tidak kelihatan tapi tidak bermakna ia tidak ada lagi.

Risiko tahap kuning yang tinggi

Tahap kuning yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan pendengaran serta 'choreoathetoid cerebral palsy' akibat dari bilirubin (bahan yang menyebabkan kuning) melekat pada bahagian otak.

Sekiranya jaundis berpanjangan?

Jaundis fisiologikal biasanya hilang pada hari ke-10 untuk bayi yang dilahirkan cukup bulan. Sekiranya berpanjangan, beberapa perkara perlu diteliti seperti adakah warna najis dan air kencing normal?

Sekiranya warna najis pucat dan warna air kencing gelap, ia menandakan masalah pada hati atau salur hempedu.

Kanak-kanak yang menyusu badan sepenuhnya mungkin mengalami jaundis lebih lama. Bagaimanapun, warna najis dan air kencing tetap normal dan jaundis tidak tinggi. Jaundis yang disebabkan susu ibu tidak membahayakan bayi.

Sekiranya doktor mengesyaki bayi mempunyai masalah hati atau salur hempedu, bayi akan dihantar untuk pemeriksaan ultrasound.

Ini mungkin diikuti dengan pemeriksaan lain untuk mengenal pasti punca kuning.

Masalah seperti biliary atresia dan choledochal cyst di mana hati dan salur hempedu tersumbat, memerlukan pembedahan sebelum keadaan jadi lebih teruk.

BACA INI JUGA: Apa Itu Penyakit Tiroid Dan Cara Merawatnya

Sumber: Mazeermohamad.com

Tahukah Anda Ulat Paling Bahaya Di Dunia?

Tahukah Anda Ulat Paling Bahaya Di Dunia?

Jangan tertipu dengan warna-warna cantik dan menarik pada badan haiwan ini. Walaupun mempunyai saiz yang agak kecil, tetapi sebenarnya mempunyai satu kemampuan diluar jangkaan manusia.

Lonomia Obliquo

Ulat bulu kebanyakannya hanya boleh menyebabkan gatal-gatal dan sememangnya tiada siapa menggemari haiwan berbulu itu kecuali apabila ia sudah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Sungguhpun begitu, ulat bulu merupakan antara spesis haiwan yang sebenarnya kurang diketahui boleh mengakibatkan kematian.

Soalnya, dengan cara apa ia boleh menjadi begitu berbahaya pada manusia tetapi juga pada haiwan lain?

Ulat bulu atau juga disebut beluncas merupakan spesis haiwan daripada keluarga bentuk larva yang dikenali sebagai serangga yang mengandungi rama-rama atau kupu-kupu.

Salah satu spesis beluncas yang amat berbahaya ialah Lonomia Obliquo. Sekali imbas, daripada segi saiz dan warna, ia sama seperti ulat biasa yang terdapat diserata dunia. Namun, siapa sangka gigitannya mampu membuatkan seseorang itu mati.

Berdasarkan laporan perubatan, serangga ini dipercayai telah menyebabkan beberapa kes kematian setiap tahun.

Bagaimanapun, spesis ini hanya boleh ditemui di kawasan Amerika Selatan dan Brazil.

Di dua buah negara itu, serangga ini dikenali sebagai The Killer Caterpillar oleh Discovery Channel Brazil kerana menjadi antara haiwan yang berbahaya di negara tersebut.

Ulat ini biasanya dijumpai pada ranting pokok, daun-daun kering dan disebalik kulit pokok.

Berdasarkan kajian kes yang ditemui, ulat bulu ini pernah mendapat perhatian meluas para pengkaji zoologi kerana racunnya mampu mengakibatkan banyak kematian.

Pada tahun 1989 sahaja, sebanyak 500 kematian dicatatkan akibat gigitan ulat bulu ini.

Ulat berkenaan kebiasaannya berwarna hijau keperang-perangan dan panjang badannya sekitar lima sentimeter.

Ia mempunyai tulang belakang yang dipenuhi dengan racun berbahaya.

Ditambah pula, rerambut pada badannya yang seakan duri memudahkan ia tertusuk kekulit manusia lalu melepaskan toksin kedalam tubuh mangsa.

Sementara itu, menurut pakar haiwan Brazil, Pinto Antonio, ulat bulu jenis Lonomia Obliqua memiliki sejenis racun yang agak unik.

Penyebarab racun kedalam tubuh manusia mampu menyebabkan anti-pembekuan pada arteri lalu pembuluh darah manusia akan pecah.

Genus Lonomia sebenarnya mempunyai spesis lebih kurang 26 jenis diseluruh dunia. Bagaimanapun, hanya jenis Lonomia Obliquo dan Achelous Lonomia sahaja yang diketahui mampu menyebabkan sindrom berdarah hingga membawa kepada kemalangan jiwa.

Kebiasaannya, mereka yang terkena bisa ulat bulu ini akan mengalami gangguan pendarahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian.

Namun, sebelum itu, pesakit akan merasa sakit kepala, demam, muntah-muntah dan mungkin juga mengalami radang kulit seperti gatal-gatal.

BACA INI JUGA: Gigitan Semut Paling Menyakitkan Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, March 17, 2015

Senarai Ubat Kementerian Kesihatan, Elak Penipuan Klinik Swasta

Senarai Ubat Kementerian Kesihatan, Elak Penipuan Klinik Swasta

Kementerian Kesihatan telah menyediakan senarai harga runcit yang disarankan bagi ubat-ubatan tertentu sebagai panduan dan rujukan rakyat semasa membeli keperluan daripada farmasi swasta.

Harga-ubat

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata senarai harga itu dimuat naik di laman web Jabatan Farmasi sebagai usaha berterusan kementerian memantau harga ubat-ubatan yang dijual di negara ini.

Ubatan-ubatan di Malaysia bukanlah barang harga kawalan, tetapi langkah ini diambil untuk pantau harga ubat-ubatan selain rujukan kepada pengguna.

Senarai runcit bagi harga ubat-ubatan tersebut boleh disemak melalui laman web Jabatan Kesihatan di SINI.

BACA INI JUGA: Resepi Ubat Batuk Paling Mudah Dan Mujarab

Sumber: BERNAMA

Keajaiban 190 Juta Tahun Bukit Gelombang Merah!

Keajaiban 190 Juta Tahun Bukit Gelombang Merah!

Kawasan ini disebut The Wave (gelombang) dan terletak disempadan Arizona-Utah, Amerika Syarikat.

The Wave, Arizona-Utah

Ia dianggarkan berusia lebih 190 juta tahun, seusia dengan zaman Jurasic.

Asalnya kawasan ini merupakan sebuah gurun pasir berbukit sebelum berubah menjadi batu.

Proses hakisan oleh angin selama jutaan tahun telah menghasilkan garis-garis berbentuk gelombang yang sangat indah.

The Wave, Arizona-Utah [2]
The Wave, Arizona-Utah [4]

Manakala tekstur dan warnanya yang jingga kemerah-merahan pula adalah disebabkan kandungan zat besi yang tinggi pada bahagian permukaan batu.

Untuk memasuki kawasan The Wave ini, anda perlu berjalan kaki sejauh 4.8 kilometer merentasi padang pasir yang terbentang luas dengan suhu melebihi 100 darjah Fahrenheit, angin kencang dan kemungkinan berlakunya ribut pasir.

Sanggup?

BACA INI JUGA: Fenomena Luar Biasa Awan Berlubang

-SENTIASAPANAS.COM

Batu Pelik Yang Merokok Seperti Manusia

Batu Pelik Yang Merokok Seperti Manusia

Batu pelik yang ditemui oleh warga China bernama Luo Yuanshui dari wilayah Fujian ini sangat aneh. Batu itu mampu menghisap rokok seperti manusia.

weird rock

Pada mulanya, Luo menyangkakan bahawa batu berwarna coklat dengan bentuk yang tidak berstruktur adalah bongkahan batu biasa. Namun, batu itu boleh menghisap rokok sehingga habis selama lima minit.

Luo pernah cuba memberikan batu itu beberapa rokok dengan jenama dan ukuran berbeza namun batu seberat 2.2 kilogram itu terus menghisapnya sehingga habis, demikian menurut sumber berita Daily Mail.

Luo menemui batu merokok itu di Gunung Shangyou. Dia mengaku menemui batu itu secara tidak sengaja sewaktu ingin mencari lubang untuk meletak rokoknya untuk sementara waktu.

weird rock

Luo tidak sedar memasukkan puntung rokoknya ke sebuah batu dan rokoknya habis seperti sedang dihisap.

Luo mendemonstrasikan kehebatan batu itu di depan para penduduk lain.

Penduduk yang mengunjungi kediaman Luo terkejut dengan batu misteri dan pelik itu itu.

BACA INI JUGA: Haiwan Pelik Didasar Laut Antartika

-SENTIASAPANAS.COM