Tuesday, March 17, 2015

St. Todor's Day, Bazar 'Jual' Anak Dara Di Bulgaria

St. Todor's Day, Bazar 'Jual' Anak Dara Di Bulgaria

Perayaan hari St. Todor yang disambut pada pertengahan bulan Mac setiap tahun adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Bulgaria. Hari St. Todor disambut pada 16 Mac tahun ini.

St. Todor's Day [2]

Apabila hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, para gadis bersiap seawal pukul 7 pagi untuk tampil cantik dan menarik.

Tidak mahu kelihatan kolot, mereka mengenakan pakaian paling moden dan seksi yang dimiliki.

Rambut yang panjang me­ngurai didandan kemas manakala perhiasan diri seperti anting-anting, gelang dan rantai dipakai bagi melengkapkan penampilan diri.

Wangian semerbak mengiringi langkah. Semua itu dilakukan tidak lain semata-mata untuk menarik perhatian jejaka bujang yang mahu mendekati.

Bagi masyarakat Kalaidzhi yang tinggal di perkampungan Mogila, Stara Zagora, Bulgaria, hari St. Todor atau bazar pe­ngantin itu adalah sambutan tahunan yang sangat dinanti-nantikan khususnya buat gadis sunti.

Tawar-menawar

St. Todor's Day

Acara itu diadakan bagi memberi peluang kepada lelaki dan wanita bujang berkumpul untuk mencari pasangan sebelum bergelar suami isteri kelak.

Di lokasi perayaan itu berlangsung, iringan muzik pop gipsi memeriahkan lagi acara sambutan. Rata-rata pengunjung yang terdiri daripada lelaki dan wanita bujang berusia 18 hingga 25 tahun tampil dengan gaya masing-masing.

Si teruna menampilkan ke­segakan sambil berjalan dari seorang gadis ke gadis lain, manakala anak gadis yang lazimnya ditemani ahli keluarga masing-masing hanya mempamerkan kecantikan diri sepanjang acara itu berlangsung.

Masing-masing tidak malu-malu, malah memanfaatkan masa itu untuk mengenali antara satu sama lain di samping mencari keserasian dalam hubungan.

Suasana itu tidak ubah seperti sebuah pasar basah yang bingit dengan suara orang tawar-menawar. Bezanya, tiada jualan barang runcit sebaliknya hanya proses tawar-menawar antara keluarga dan si jejaka sahaja yang berlaku.

Jika ada si jejaka yang berke­nan, mereka akan memaklumkan hal itu kepada ibu bapa gadis berkenaan yang turut sama hadir pada sambutan perayaan tersebut.

Sekiranya seseorang gadis itu berjaya memikat lebih daripada dua jejaka pada satu-satu masa, perbincangan yang lebih serius akan dilakukan untuk menentukan pihak lelaki mana yang berjaya medapatkan gadis berke­naan.

Masih perawan

St. Todor's Day - Married

Lazimnya, penawaran harga akan berlaku dan hak ke atas gadis itu ditentukan oleh harga yang paling tinggi.

Jika tiada masalah dan kata putus telah dicapai, si gadis dan jejaka boleh melangsungkan perkahwinan pada masa itu juga.

Bagi seorang gadis yang ditemui, Hristova, dia tidak meletakkan syarat yang terlalu tinggi dalam mencari pasangan hidupnya.

“Saya mengimpikan lelaki yang mempunyai kekayaan sederhana, cukuplah jika dia mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap untuk menyara hidup kami sekeluarga.

“Pada masa sama, saya berharap, keluarga pasangan tidak mencampuri urusan rumah tangga setelah kami berkahwin kelak,” ujarnya seperti dipetik portal Mail Online.

Menurut seorang pengkaji tradisi itu, Velcho Krastev, pera­yaan itu mungkin kelihatan agak pelik tetapi ia menjadi tradisi masyarakat Kalaidzhi sejak turun temurun.

Katanya, rata-rata masyarakat Kalaidzhi merupakan penganut agama Kristian Orthodoks, jadi mereka amat mementingkan batas pergaulan anak-anak.

“Ketika berusia 11 hingga 12 tahun, kanak-kanak perempuan akan diasingkan dari sekolah untuk mengelakkan mereka bergaul dengan kanak-kanak lelaki.

“Apabila tiba masanya nanti iaitu pada sambutan hari St. Todor, ibu bapa akan menemani mereka untuk mencari pasangan yang sesuai,” jelasnya.

Bertutur lanjut, Krastev berkata, jika seseorang jejaka itu mendapati isterinya tidak lagi perawan, dia boleh menuntut ganti rugi daripada keluarga pe­rempuan.

“Ibu bapa si gadis perlu memulangkan semula wang yang telah diberikan. Kemudian, semuanya terpulang kepada si jejaka sama ada untuk meneruskan perkahwinan itu atau tidak,” ujarnya.

BACA INI JUGA: Pesta Membunuh Kura-kura Yang Memualkan

sumber: kosmo

Monday, March 16, 2015

SR1M, Sim Kad Rakyat 1Malaysia Akhirnya Dilancarkan

SR1M, Sim Kad Rakyat 1Malaysia Akhirnya Dilancarkan

Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M) akhirnya dilancarkan dengan pek permulaan serendah RM5.90 bagi memberi pilihan terutama kepada golongan berpendapatan rendah, sederhana dan pelajar untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan telekomunikasi.

SR1M-2015

Dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek pada 16.3.2015, SR1M menawarkan perkhidmatan talian telekomunikasi, khidmat pesanan ringkas (SMS) serta akses internet.

Pada harga pek permulaan serendah RM5.90 itu, pengguna akan mendapat RM5 kredit percuma berserta 150 Megabait (MB) akses internet.

Dalam ucapan perasmiannya, Hasan berkata SR1M merupakan satu lagi inisiatif di bawah pelbagai produk Rakyat 1Malaysia yang bertujuan membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mengurangkan beban kos sara hidup.

“Kewujudan SR1M bukanlah untuk menambah persaingan kepada industri penyedia rangkaian telefon mudah alih tetapi sebagai alternatif bagi mereka yang memerlukan telefon bimbit sebagai alat perhubungan utama seperti golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta pelajar,” katanya.

Hasan berkata SR1M menawarkan perkhidmatan telekomunikasi yang terkini pada harga rendah bersama-sama kualiti yang setara dengan pembekal perkhidmatan telekomunikasi lain.

“Kadar SR1M dapat menarik penguna telefon bimbit yang mahukan kesenangan dan kebebasan dalam penggunaan tanpa perlu terikat dengan bil telefon serta caj-caj tersembunyi yang dirungutkan,” katanya, sambil menambah SR1M menyasarkan satu juta pengguna di seluruh negara pada tahun ini.

Caj yang dikenakan oleh SR1M adalah lapan sen bagi setiap 30 saat, lapan sen bagi setiap SMS manakala penggunaan internet akan dicaj lima sen bagi setiap MB data yang dimuat turun.

Hasan berkata SR1M merupakan inisiatif syarikat swasta sepenuhnya tanpa sebarang pembiayaan atau insentif berbentuk kewangan daripada kerajaan dan ia diusahakan oleh syarikat Optic Tech Sdn Bhd yang bekerjasama dengan U-Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia rangkaian mudah alih.

“Liputan SR1M adalah menyeluruh dan ia akan ditambah baik dari semasa ke semasa agar pengguna dapat menikmati perkhidmatan telekomunikasi berkualiti,” katanya, sambil menambah kini terdapat sedikit gangguan di pedalaman Sabah dan ia akan ditambah baik dalam tempoh terdekat.

Hasan berkata SR1M kini menumpu kepada sistem prabayar namun perkhidmatannya akan diperluas bagi perkhidmatan pascabayar.

SR1M juga mewujudkan rangkaian kedai milik Bumiputera di dalam bidang telekomunikasi sejajar dengan dasar kerajaan dalam pemerkasaan ekonomi Bumiputera, katanya.

Sementara itu, Hasan menyeru lebih banyak pihak dan syarikat swasta tampil untuk bekerjasama dengan kerajaan mewujudkan inisiatif berkonsepkan 1Malaysia agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati dan menggunakan barangan dan perkhidmatan murah dan berkualiti. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Kenapa Pendigitalan RTM Bakal Tenggelamkan ASTRO!?

Nurul Izzah Ditahan Di Bawah Akta Hasutan

Nurul Izzah Ditahan Di Bawah Akta Hasutan

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Nurul Izzah Anwar telah ditahan reman berhubung ucapan ‘Ketua Pembangkang’ yang dibuat pada Selasa lalu.

Nurul-Izzah-ditahan

“Dia telah ditahan dan akan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers,” katanya kepada pemberita.

Nurul Izzah hadir bersama aktivis, Safwan Anang ke IPD tersebut untuk memberi keterangan berkenaan penglibatannya dalam himpunan #KitaLawan baru-baru in.

Sebelum itu, beliau memaklumkan, telah diberikan notis oleh pihak polis berkaitan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan juga Akta Hasutan 1948.

“Yang mengejutkan adalah kehadiran ASP Muniandy berserta dua kereta pihak polis pada Jumaat lepas di kediamaan ayahanda di Bukit Segambut.

“Siasatan untuk kes hasutan juga untuk hari hari ini,” katanya.

Nurul Izzah dalam sesi bahas di Parlimen yang yang memetik ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dikatakan mempertikai sistem kehakiman negara.

Setakat ini, enam orang telah ditahan berhubung kes berkenaan iaitu aktivis Adam Adli, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Kenapa Ucapan Nurul Izzah Tak 'Kebal' Di Parlimen?

Kenyataan Nurul Izzah tidak dilindungi oleh kekebalan sesorang Ahli Parlimen seperti diperuntukkan dibawah Perkara 63 Fasal (2) Perlembagaan berdasarkan Perkara 63 Fasal (4) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa kekebalan seseorang Ahli Parlimen dibawah “Fasal (2) tidak terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan dibawah Akta Hasutan 1948”; dan ini disahkan oleh Mahkamah Persekutuan didalam kes Datuk Mark Koding v. Pendakwaraya [1982] 2 MLJ 120 FC.

Tonton video dibawah..


Video ini juga boleh ditonton di Youtube (https://www.youtube.com/embed/kKbkl7MnWXU).

BACA INI JUGA: Krisis Syria, Satu Lagi Percaturan CIA dan Yahudi Israel

Sumber: Astroawani.com/Badutrakyat.blogspot.com

Panduan Dari NESTLE, Cara Membezakan Produk Milo Tulen Atau Tiruan

Panduan Dari NESTLE, Cara Membezakan Produk Milo Tulen Atau Tiruan

Menurut pihak Nestle sendiri, cara paling mudah untuk mengetahui tentang ketulenan produk minuman coklatnya itu adalah dengan melihat teknik pembungkusan.

Kilang-Milo-Tiruan

Dimuat naik di akaun rasmi Milo Malaysia, satu foto menampilkan dua paket Milo, tetapi salah satunya merupakan produk palsu, manakala satu lagi tulen.

“Pek Milo asal dibungkus dan dipotong oleh mesin. Oleh itu, bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai gerigi yang jelas atau sempurna,” tulis syarikat berkenaan secara rasmi.

Kilang-Milo-Tiruan [2]

Beberapa hari lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan membuat rampasan produk tiruan jenama Milo berjumlah RM250,000 di sebuah taman perumahan mewah di Mantin.

Kerana teknologi dan kelengkapan yang semakin maju pada zaman kini, banyak pihak mampu memanipulasikan barangan dan jualan di pasaran dengan membuat produk seakan sama.

Yang mengejutkan, proses pembungkusannya dilakukan secara manual dan hanya ditimbang kilo sahaja!

Video pembungkusan milo tiruan yang mengejutkan dibawah:


BACA INI JUGA: Memoir Paling Laris Dalam Sejarah Rupanya Kisah Bohong!

10 Jet Pejuang Paling Canggih Dan Terbaik Di Dunia

10 Jet Pejuang Paling Canggih Dan Terbaik Di Dunia

Banyak sebenarnya jet pejuang yang canggih dan hebat tetapi 10 pesawat tempur dalam artikel ini memiliki keistimewaan yang tersendiri. Berikut adalah 10 jet pejuang tercanggih dan terbaik di dunia pada masa kini.

1. Lockheed Martin F-22 Raptor
Negara: Amerika Syarikat

Lockheed Martin F-22 Raptor

F-22 Raptor merupakan jet pejuang buatan Amerika Syarikat. Pesawat ini merupakan generasi keempat yang dirancang untuk dijadikan pesawat tempur terhebat di udara untuk digunakan menghadapi jet pejuang Soviet Union.

Jet pejuang ini dilengkapi peralatan untuk serangan darat, peperangan elektronik dan untuk signal intelligence.

Lockheed Martin Aeronautics adalah kontraktor utama yang bertanggungjawab membina sebahagian besar badan pesawat, persenjataan dan final assembly F-22.

Program partner seperti Boeing Defense, Space & Security menyediakan sayap, peralatan avionik, aft fuselage dan sistem latihan.

Lockheed Martin mengakui Raptor mempunyai kombinasi seperti stealth, kelajuan, ketangkasan, ketepatan dan situasi kesedaran, kombinasi air-to-air dan air-to-ground kombat.

Dengan segala keupayaan ini, ia dianggap sebagai pesawat yang paling canggih di dunia setakat ini.

SPESIFIKASI F-22 RAPTOR:

CIRI-CIRI UTAMA:
  • CREW: 1 Orang
  • PANJANG: 18.90 meter
  • TINGGI: 5.08 meter
  • RENTANG SAYAP: 13.56 meter
  • BERAT KOSONG: 19,700 kg
  • BERAT ISI: 29,000 kg

PRESTASI
  • KELAJUAN MAKSIMUM: 1,498 mph (2,410 km/h)
  • JARAK: 1,839 batu (2,960 km)

2. Sukhoi T-50
Negara: Rusia

Sukhoi T-50

Sukhoi T-50 PAK FA adalah jet pejuang generasi ke-5 yang dikembangkan oleh Sukhoi OKB untuk Angkatan Udara Rusia.

Jet pejuang ini dibina untuk menggantikan jet pejuang Mig-29 Fulcrum dan Su-27 Flanker pada sistem pertahanan udara Rusia.

Selain itu,Sukhoi T-50 juga dijadikan sebagai dasar untuk projek Sukhoi/HAL FGFA yang bertujuan mengembangkan jet pejuang untuk keperluan Angkatan Udara India.

Pesawat Sukhoi T-50 dibina khusus untuk menandingi jet pejuang F-22 Raptor dan F-35 Lightning II milik Amerika Syarikat yang mana merupakan jet pejuang generasi ke-5 di dunia.

Jet tempur Sukhoi T-50 ini dibina untuk terus beroperasi sehingga 30 hingga 35 tahun.

SPESIFIKASI SUKHOI T-50:

CIRI-CIRI UTAMA:
  • CREW: 1 Orang
  • PANJANG: 19.8 meter
  • TINGGI: 6.05 meter
  • RENTANG SAYAP: 14 meter
  • BERAT KOSONG: 18,500 kg
  • BERAT ISI: 29,772 kg

PRESTASI:
  • KELAJUAN MAKSIMUM: 1,327 mph (2,135 km/h)
  • JARAK: 3,418 batu (5,500 km)

3. Sukhoi Su-37
Negara: Rusia

Sukhoi Su-37

Sukhoi Su-37 adalah jet pejuang pelbagai guna buatan Rusia. Pesawat ini mempunyai satu tempat duduk dan sesuai digunakan dalam semua keadaan cuaca yang dikembangkan dari Su-27 "Flanker".

Pesawat Su-37 dikembangkan berdasarkan reka bentuk Su-27. Modifikasi yang dilakukan terutamanya pada sistem avionik dan sistem persenjataan.

SPESIFIKASI Su-37:

CIRI-CIRI UTAMA:
  • CREW: 1 Orang
  • PANJANG: 21.935 meter
  • TINGGI: 5.932 meter
  • RENTANG SAYAP: 14.698 meter
  • BERAT KOSONG: 18,500 kg
  • BERAT ISI: -

PRESTASI:
  • KELAJUAN MAKSIMUM: 1,553 mph (2,500 km/h)
  • JARAK: 2,051 batu (3,300 km)

4. Lockheed Martin F-35 Lightning II
Negara: Amerika Syarikat

Lockheed Martin F-35 Lightning II/div>

Lockhee Martin F-35 Lightning II adalah sebuah pesawat satu tempat duduk, berenjin tunggal, pelbagai peranan yang mempunyai ciri-ciri halimunan yang boleh melaksanakan pelbagai misi seperti sokongan udara jarak dekat, pengebomam taktikal dan penguasaan udara.

F-35 mempunyai tiga versi yang berbeza; F-35A berlepas dan mendarat secara konvensional, F-35B berlepas jarak dekat dan mendarat secara menegak dan F-35C untuk operasi di atas kapal pengangkut pesawat.

F-35 dibangunkan daripada pesawat X-35, merupakan produk program Joint Strike Fighter.

F-35 telah direka untuk menjadi pesawat penyerang utama di dunia. Ia bertujuan menjadikan keupayaan udara-ke-udara jarak dekat dan jauh pesawat ini kedua terbaik selepas F-22 Raptor.

SPESIFIKASI F-35A:

CIRI-CIRI UTAMA:
  • KREW: 1 Orang
  • PANJANG: 15.67 meter
  • TINGGI: 4.33 meter
  • RENTANG SAYAP: 10.7 meter
  • BERAT KOSONG: 13,300 kg
  • BERAT ISI: 22,470 kg

PRESTASI:
  • KELAJUAN MAKSIMUM: 1,199 mph (1,930 km/h)
  • JARAK: 1,379 batu (2,220 km)

5. Eurofighter Typhoon
Negara: United Kingdom

Eurofighter Typhoon

Eurofighter Typhoon merupakan jet pejuang pelbagai peranan, sayap delta dan berenjin kembar. Pesawat ini direka dan dibina oleh satu konsortium gabungan tiga syarikat iaitu Alenia Aermacchi, BAE Systems dan Airbus Group melalui syarikat pemegang Eurofighter Jagdflugzeug GmbH yang ditubuhkan pada tahun 1986.

Projek ini diuruskan oleh NATO Eurofighter and Tornado Management Agency yang bertindak sebagai pelanggan utama.

Pesawat ini mula berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Britain, Tentera Udara Jerman, Tentera Udara Itali, Tentera Udara Arab Saudi, Tentera Udara Sepanyol dan Tentera Udara Oman.

Eurofighter Typhoon mempunyai ketangkasan yang tinggi. Reka bentuk menjadikannya sangat efektif seperti 'dogfighter' apabila bertempur dengan pesawat lain.

Oleh itu, banyak negara yang meminati jet pejuang ini yang mempunyai ciri-ciri yang istimewa termasuklah negara Malaysia yang turut menunjukkan minat.

SPESIFIKASI EUROFIGHTER TYPHOON:

CIRI-CIRI UTAMA:
  • KREW: 1 Orang(operasi aircraft) atau 2(training aircraft)
  • PANJANG: 15.96 meter
  • TINGGI: 5.28 meter
  • RENTANG SAYAP: 10.95 meter
  • BERAT KOSONG: 11,000 kg
  • BERAT ISI: 16,000 kg

PRESTASI:
  • KELAJUAN MAKSIMUM: 1,550 mph (2,495 km/h)
  • JARAK: 2,355 batu (3,790 km)

6. Dassault Rafale
Negara: Perancis

Dassault Rafale

Dassault Rafale adalah sebuah jet pejuang pelbagai peranan, mempunyai sayap delta dan berenjin kembar yang dibangun dan direka oleh Dassault Aviation.

Dassault menggambarkan Rafale seperti pesawat pejuang omnirole dengan ketangkasan yang tinggi, interdiction, reconnaissance dan misi nuklear di udara.

Terdapat banyak avionik dan fungsi pesawat pejuang ini seperti direct voice input, RBE2 AA active electronically scanned array radar dan Optronique secteur frontal infra-red search and track sensor.

Pesawat Rafale dikeluarkan untuk operasi di darat oleh Tentera Udara Perancis dan untuk kegunaan Tentera Laut Perancis di atas kapal pengangkut pesawat.

Walaupun pesawat ini bukan pesawat halimunan yang hebat, pesawat Rafale dapat mengurangkan kesan jejak pada radar sama seperti pesawat F/A-18 Super Hornet dan Eurofighter Typhoon.

SPESIFIKASI DASSAULT RAFALE:

CIRI-CIRI UTAMA:
  • KREW: 1-2 orang
  • PANJANG: 15.27 meter
  • TINGGI: 5.34 meter
  • RENTANG SAYAP: 10.80 meter
  • BERAT KOSONG: >C: 9,500 kg >B: 9,770 kg >M: 10,196 kg
  • BERAT ISI: 14,016 kg

PRESTASI:
  • KELAJUAN MAKSIMUM: 1,324 mph (2,130 km/h)
  • JARAK: 2,299 batu (3,700 km)

7. Mikoyan MiG-35
Negara: Rusia

Mikoyan MiG-35

Mikoyan MiG-35 yang juga dikenali dengan nama Fulcrum F merupakan sebuah jet pejuang pelbagai guna yang ditingkatkan prestasinya daripada variasi terdahulu seperti MiG-29M/M2 dan MiG-29K/KUB.

Pesawat ini diklasifikasikan sebagai pesawat udara tempur generasi ke-4.5 oleh Mikoyan.

MiG-35 dikelaskan sebagai pesawat udara berat-sederhana kerana kemampuan untuk berlepas dengan berat maksimum lebih 30% di mana melebihi ukuran klasifikasi sebelum ini.

MiG-35 telah dipertingkatkan dengan sistem avionik dan persenjataan yang jauh lebih baik terutama sistem radar AESA baharu dan rekaan unik Sistem Pengesan Optikal(OLS) memberi kelebihan kepada pesawat ini selain sistem pintasan kawalan-darat (CGI) dan memungkinkan pesawat ini untuk menjalani pelbagai misi secara individu.

Mikoyan MiG-35 dianggap setanding dengan pesawat tempur lain seperti Dassault Rafale, F/A-18E/F Super Hornet dan lain-lain lagi.

SPESIFIKASI MIKOYAN MiG-35:

CIRI-CIRI UTAMA:
  • KREW: 1 atau 2 orang
  • PANJANG: 17.3 meter
  • LEBAR: 4.7 meter
  • RENTANG SAYAP: 12 meter
  • BERAT KOSONG: 11,000 kg
  • BERAT ISI: 17,500 kg

PRESTASI:
  • KELAJUAN MAKSIMUM: 1,616 mph (2,600 km/h)
  • JARAK: 1,243 batu (2,000 km)

8. Boeing F/A-18E/F Super Hornet
Negara: Amerika Syarikat

Boeing FA-18EF Super Hornet

Boeing F/A-18E/F Super Hornet adalah jet pejuang pelbagai guna berdasarkan McDonnell Douglas F/A-18 Hornet.

F/A-18E mempunyai satu tempat duduk, lebih besar dan canggih berbanding pesawat F/A-18C/D Hornet.

Pesawat Super Hornet memiliki meriam berputar sebesar 20 mm di bahagian dalaman dan boleh membawa peluru berpandu udara-ke-udara dan udara-ke-permukaan.

Pesawat Super Hornet mula memasuki perkhidmatan Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1999 bagi menggantikan pesawat Grumman F-14 Tomcat. Ia kini berkhidmat bersama-sama dengan pesawat asal F/18C/D Hornet.

Tentera Udara Diraja Australia juga menggunakan pesawat F/A-18A sebagai pesawat pejuang utama sejak tahun 1984 dan membeli pesawat F/A-18F pada tahun 2007 untuk menggantikan angkatan pesawat F-111 yang telah usang.

Pesawat Super Hornet lebih besar 20% berbanding dengan pesawat Hornet asal.

SPESIFIKASI F/A-18E/F:

CIRI-CIRI UTAMA:
  • KREW: F/A-18E(1 Orang) dan F/A-18F(2 Orang)
  • PANJANG: 18.31 meter
  • TINGGI: 4.88 meter
  • RENTANG SAYAP: 13.62 meter
  • BERAT KOSONG: 14,552 kg
  • BERAT ISI: 21.320 kg (dalam konfigurasi pesawat pejuang)

PRESTASI:
  • KELAJUAN MAKSIMUM: 1,190 mph (1,915 km/h)
  • JARAK: 2,069 batu (3,330 km)

9. Chengdu J-20
Negara: China

Chengdu J-20

Chengdu J-20 adalah sebuah jet pejuang protaip generasi ke-5 yang mempunyai dua enjin stealth yang dibangunkan oleh Chengdu Aerospace Corporation untuk Angkatan Udara Pembebasan Rakyat China.

J-20 mula melakukan penerbangan pertama pada 11 Januari 2011 dan akan beroperasi sehingga tahun  2017-2019.

J-20 mempunyai keupayaan dalam serangan jarak jauh dalam kawasan Asia-Pasifik tetapi terdapat banyak cabaran yang perlu diatasi sebelum boleh digunakan sepenuhnya.

SPESIFIKASI CHENGDU J-20:

CIRI-CIRI UTAMA:
  • KREW: 1 orang
  • PANJANG: 20.3 meter
  • TINGGI: 4.45 meter
  • RENTANG SAYAP: 12.88 meter
  • BERAT KOSONG: -
  • BERAT ISI: -

10. Saab JAS 39 Gripen
Negara: Sweden

Saab JAS 39 Gripen

Saab JAS 39 Gripen merupakan jet pejuang tempur ringan yang mempunyai 1 enjin dengan pelbagai kegunaan yang dibangunkan oleh Swedish aerospace company Saab.

Reka bentuknya berubah daripada Saab 35 Draken dan 37 Viggen dalam Angkatan Udara Sweden.

Pesawat ini sudah diguna pakai oleh Angkatan Udara Sweden, Angkatan Udara Hungary, Angkatan Udara Afrika Selatan dan Angkatan Udara Thailand.

JAS 39 Gripen menggabungkan kemampuan baru pada sistem avionik, bahan lebih moden, reka bentuk aerodinamik yang lebih maju dan sistem yang terintegrasi sepenuhnya.

SPESIFIKASI JAS 39C/D GRIPEN:

CIRI-CIRI UTAMA:
  • KREW: 1 Orang(2 orang untuk JAS 39D)
  • PANJANG: 14.1 meter
  • TINGGI: 4.5 meter
  • RENTANG SAYAP: 8.4 meter
  • BERAT KOSONG: 6,800 kg
  • BERAT ISI: 8,500 kg

PRESTASI:
  • KELAJUAN MAKSIMUM: 1,372 mph (2,204 km/h)
  • JARAK: 2,019 batu (3,250 km)

Selamat membaca..

BACA INI JUGA: Sejarah Dan Kehebatan Senjata AK-47

Sumber: Lokmanamirul.blogspot.com

Sunday, March 15, 2015

Amalan Menampar Untuk Membesarkan Payudara!

Amalan Menampar Untuk Membesarkan Payudara!

Di Bangkok, Thailand, sebuah salon kecantikan yang dimiliki oleh seorang ahli terapi bernama Khemmikka Na Songkhla menawarkan satu kaedah pelik untuk membesarkan payudara!

Khemmikka Na Songkhla

Khemmikka, seorang pengamal perubatan alternatif, cuba melawan arus kemodenan dengan menawarkan cara pelik ini untuk membesarkan payudara.

Teknik yang ditawarkan tidak menggunakan sebarang ubat atau pembedahan tetapi hanya dengan menggunakan kaedah terapi menampar payudara.

Rawatan yang dilakukan sangat mudah. Menurut Khemmikka, bahagian dada pelanggan akan disapu terlebih dahulu dengan ramuan herba yang telah disediakan.

Kemudian, dia akan merawat dengan cara urutan, menepuk-nepuk, memijat dan menampar dada pelanggan selama 20 hingga 30 minit.

Ia dilakukan untuk mengumpul lebihan lemak yang terdapat disekitar dada dan menumpukannya ke bahagian payudara supaya kelihatan lebih pejal dan berisi.

Khemmikka, yang lebih dikenali sebagai Khunying Tobnom mengatakan, setiap kali selesai sesi rawatan, saiz payudara pelanggan akan berubah sebanyak dua inci.

Pelanggan akan melihat dan mengukur sendiri perubahan yang berlaku pada saiz payudara mereka.

Sesi rawatan ini akan diulangi sehinggalah pelanggan berpuas hati atau mendapat saiz yang diidamkan.

Menurut Khemmikka, sejak dia memperkenalkan rawatan ini pada tahun 2003, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada wanita yang mempunyai pelbagai latar belakang.

Khemmikka Na Songkhla [2]

Mereka berusia antara belasan tahun hinggalah 40an dan kesemuanya datang dari seluruh pelusuk Thailand.

Adakalanya juga, wanita yang berusia lebih 50 tahun juga turut bertemu dengan Khemmikka untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.

Bagaimanapun, Khemmikka menolak untuk memberikan rawatan kepada wanita yang terlalu kurus atau mempunyai saiz payudara yang terlalu kecil.

Ini kerana, pelanggan begini tidak mempunyai banyak lemak dan saiz buah dada mereka juga sukar untuk dibentuk.

Apa yang menarik mengenai Khemmikka ialah kaedah rawatan yang dipraktikkannya diwarisi secara turun temurun dan telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Thailand.

Malah, kerajaan Thailand sendiri telah mempromosikan teknik ini sebagai alternatif kepada pembedahan plastik dan kaedah implan silikon.

Rawatan ini juga dikatakan lebih natural kerana ia tidak menyebabkan berlakunya pembengkakan di kelenjar limpa.

Radang pada bahagian kelenjar limpa merupakan kesan terburuk akibat kebocoran implan silikon disekitar buah dada yang yang akan mengakibatkan berlakunya kerosakan sistem kekebalan tubuh.

Malah, kaedah pembedahan juga selalunya memberikan kesan jangka panjang kepada masalah kesihatan.

Khemmikka Na Songkhla [3]

Respon daripada pelanggannya juga amat memberangsangkan. Walaupun mereka berasa sedikit sakit ketika menjalani rawatan, kebanyakan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan ini sangat berpuas hati dengan hasil tangan ajaib Khemmikka.

Rata-rata mereka berpuas hati melihat perubahan saiz buah dada yang berubah serta-merta!

Macam-macam..

BACA INI JUGA: Lelaki Tidak Berkhatan Punca Kanser Serviks Kepada Wanita

-Sentiasapanas.com

5 Rahsia Kejayaan Laman Sosial Instagram

5 Rahsia Kejayaan Laman Sosial Instagram

Kevin Systrom, usahawan yang berusia 27 tahun membangunkan syarikat Instagram bersama Mike Krieger pada bulan Oktober 2010. Dalam tempoh 15 bulan, syarikat ini hanya mempunyai 13 pekerja sahaja.

Instagram

Bermatlamat untuk menghasilkan sebuah aplikasi perkongsian gambar yang membuatkan penggunanya teruja untuk menggunakannya setiap hari, kini syarikat itu menjadi 100% milik Mark Zuckerberg dengan nilai melebihi 8 angka.

Instagram – 5 Rahsia Membina Perniagaan Bernilai Bilion Ringgit

Dari aspek keusahawanan, terdapat lima elemen penting yang boleh kita ambil daripada kisah kejayaan mereka berdua membangunkan Instagram. Antaranya adalah:
  1. Fokus pada minimalis.
  2. Kuantiti tidak menjejaskan kualiti.
  3. Sekecil-kecil masalah adalah peluang yang besar.
  4. Tambah nilai, angka bilion akan hadir.
  5. Setia dan percaya pada visi.

#1 – Fokus Pada Minimalis

Perbezaan ketara di antara aplikasi Instagram dan aplikasi-aplikasi perkongsian gambar yang lain adalah pendekatan yang dibawa oleh dua orang usahawan ini.

Meletakkan terlalu banyak fungsi menarik tidak menjamin pengguna akan suka pada aplikasi kita.

Dengan mengamalkan pendekatan minimalis (satu daripadanya adalah gambar-gambar hanya boleh berkongsi di Twitter dan Facebook), Apple mengumumkan aplikasi Instagram sebagai “App of The Year” pada tahun 2011.

Sesuatu yang simpel jangan disangka tidak akan mencetuskan kejayaan berganda. Ini sudah dibuktikan oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger.

#2 – Kuantiti Tidak Menjejaskan Kualiti

Sebelum ini kebanyakan orang berpendapat jumlah pekerja yang banyak dalam sesebuah syarikat merupakan ikon kejayaan mereka. Lagi ramai pekerja, lagi besar keuntungan syarikat.

Persepsi ini tidak betul. Instagram berjaya dijual dengan nilai USD1 bilion ketika jumlah keseluruhan pekerja dalam organisasi tersebut hanya mempunyai 9 orang sahaja.

Kejayaan sebuah syarikat tidak bergantung pada jumlah pekerja yang ramai. Kualiti sentiasa berjaya menandingi kuantiti.

Namun begitu, sekiranya Instagram mempunyai banyak kuantiti pekerja yang berkualiti, yakni memenuhi keperluan skil untuk memantapkan pembangunan syarikat, diyakini nilai Instagram akan jauh lebih besar berbanding USD1 bilion.

#3 – Sekecil-Kecil Masalah Adalah Peluang yang Besar

Semakin hari, banyak bukti yang menjelaskan kepada kita bahawa setiap masalah itu ibarat peluang keemasan. Perkara ini turut berlaku dalam kes aplikasi Instagram.

Ketika ia pertama kali dilancarkan pada Oktober 2010, Kevin menyatakan dalam blognya di mana tujuan Instagram dibina adalah untuk menyelesaikan masalah orang ramai mengenai:
  • Isu gambar yang diambil tidak cantik dan sukar untuk diedit serta merta.
  • Isu masa yang diambil terlalu lama untuk muat naik gambar ke dalam ruangan Internet.
  • Isu kesukaran untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan sekeliling.

Masalah-masalah yang dinyatakan di atas yang membawa kepada nilai USD1 bilion Instagram. Jumlah angka muat turun juga membuktikan aplikasi ini berjaya menarik minat pengguna telefon pintar di seluruh dunia khususnya iPhone.

Di mana mereka mencatatkan 1 juta angka muat turun pada bulan Disember 2010, dan sehingga kini jumlah pengguna aplikasi Instagram mencecah lebih 300 juta pengguna diseluruh dunia!

Tidak ada masalah yang boleh diperkecilkan. Sekecil-kecil masalah, ia adalah satu peluang yang besar dari kaca mata seorang usahawan.

#4 – Tambah Nilai, Angka Bilion Akan Hadir

Masalah yang disinergikan dengan solusi yang dapat menambah nilai dalam kehidupan orang ramai akan menghasilkan lebih banyak manfaat. Sama ada dari sudut ekonomi, sosial dan pelbagai lagi.

Satu minggu sebelum Instagram dijual kepada Facebook, pihak TIME menemubual Kevin mengenai status syarikat jika ia berjaya menarik perhatian untuk para pelabur yang berminat untuk membelinya.

Jawapan yang beliau berikan adalah, “Kami tidak pernah terfikir untuk menjual syarikat ini.”

Sehingga hari ini, kedua-dua pemilik aplikasi perkongsian gambar ini menjelaskan matlamat utama Instagram adalah untuk menambah nilai terhadap diri pengguna telefon pintar.

Mereka mahu pengguna mempunyai kemudahan untuk:
  • Mengedit gambar dengan pantas dan kelihatan profesional.
  • Memuat naik gambar dalam jangka masa yang singkat.
  • Berkongsi dengan rakan-rakan khususnya menerusi ruangan sosial seperti Twitter dan Facebook.

Daripada fokus untuk menambah nilai kepada pengguna, maka terhasilnya satu peluang untuk memperoleh USD1 bilion dalam tempoh kurang 18 bulan.

#5 – Setia dan Percaya Pada Visi

Visi yang jelas selaras dengan tugasan-tugasan yang mencabar untuk merealisasikannya.

Cara paling mudah untuk mencapai visi ini adalah dengan berdampingan dengan orang-orang yang sudah berjaya mencapai visi yang hampir sama dengan apa yang kita mahu capai.

Kevin berpengalaman bekerja di Google dan memperoleh 1,001 pengalaman menakjubkan menerusi inovasi yang dibangunkan oleh syarikat gergasi enjin carian itu.

Dalam masa yang sama, ia memperkukuhkan visi beliau dengan rakannya mengenai kuasa social sharing dalam dunia teknologi masa kini.

Ini yang menyebabkan tercetusnya idea untuk membangunkan sebuah aplikasi yang diberi nama Instagram.

BACA INI JUGA: 10 Syarikat Gergasi Yang Di Bina Oleh Remaja

sumber: majalahniaga

Saturday, March 14, 2015

Billionaire Jack Ma Pernah Ditolak 30 Permohonan Kerja Termasuk KFC

Billionaire Jack Ma Pernah Ditolak 30 Permohonan Kerja Termasuk KFC

Tahukah anda sebelum bergelar orang terkaya di China, Jack Ma melalui banyak kegagalan dan penolakan.

Jack Ma

Pemilik syarikat e-commerce terbesar, Alibaba dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak $20.4 bilion.

Beliau gagal ujian kemasukan ke Universiti sebanyak 3 kali. Setelah tamat pengajian, beliau cuba mendapatkan kerja.

Malangnya, 30 buah syarikat langsung tidak menerima beliau termasuklah KFC.

Pada tahun 1998, Jack Ma menubuhkan Alibaba. Syarikat ini tidak mencatatkan sebarang keuntungan pada 3 tahun pertama.

Cabaran utama yang beliau hadapi ialah mengenai transaksi pembayaran. Pada ketika itu tidak ada sebarang bank yang mahu bekerjasama dengan Alibaba.

Oleh sebab itu, Jack Ma bertindak menubuhkan program pembayarannya tersendiri yang dikenali sebagai Alipay.

Namun begitu, tidak ramai yang yakin dengan idea Jack Ma. Malah ada para pelabur yang mengatakan idea ini adalah idea yang paling bodoh.

Beliau tidak pernah berputus asa namun kini Alipay mempunyai lebih 800 juta pengguna.

BACA INI JUGA: Kisah Perit Sebelum Bergelar Jutawan Muda Pemuda Thailand

Sumber: majalahniaga

Misteri Penyakit ‘Raynaud’ Menukar Tubuh Menjadi Ais!

Misteri Penyakit ‘Raynaud’ Menukar Tubuh Menjadi Ais!

Seorang kanak-kanak di South Wales, United Kingsom, terpaksa memakai sarung tangan khas ketika musim sejuk bagi mengelakkan badannya ‘membeku’ seperti watak puteri Elsa dalam filem Frozen keluaran Disney.

Raynaud

Kanak-kanak tersebut, Gracie Hughes, 2, yang juga peminat setia filem itu menghidap sejenis penyakit ‘Raynaud’ menyebabkan badannya bertukar menjadi biru apabila terdedah kepada cuaca sejuk.

Ibu kanak-kanak itu, Laurie Hughes, 27, berkata, Gracia didiagnosis menghidapi penyakit itu ketika berusia 16 bulan apabila dia menyedari badan anaknya sering kesejukan dan bertukar menjadi biru sejak dilahirkan.

“Musim sejuk amat mencabar baginya dan suhu akan diambil sebanyak tiga kali sehari bagi memastikan dia tidak berada di bawah 34 darjah Celsius.

“Ketika musim sejuk, Gracia tidak boleh bermain di luar rumah dan tidak boleh makan makanan sejuk seperti aiskrim.

"Dia terpaksa memakai sarung tangan khas yang membantu menyalurkan 95 peratus haba ke badannya,” jelas Hughes.–Agensi

BACA INI JUGA: Misteri Sindrom Tangan Alien

5 Fungsi Tersembunyi WhatsApp Yang 'Berbahaya'!

5 Fungsi Tersembunyi WhatsApp Yang 'Berbahaya'!

Jika anda salah seorang daripada pengguna WhatsApp, kami cadangkan anda menukar beberapa fungsi yang kami nyatakan di bawah dengan serta merta untuk menghindarkan diri daripada masalah di masa hadapan.

Incoming Media

Incoming Media

Salah satu fungsi default yang paling menjengkelkan semua pengguna WhatsApp dimana setiap gambar dan video akan disimpan secara automatik ke dalam photo album ataupun Camera Roll.

Mungkin sesetengah anda suka menyimpan gambar, tapi bagaimana jika anda masuk kedalam group WhatsApp yang ‘gila’ selfie? mahukah anda menyimpan 1000 gambar selfie rakan anda.

Fungsi ini boleh dimatikan melalui “setting menu”, seterusnya tekan “Chat Settings” dan tetapkan pilihan “Save Incoming Media” kepada Off

Message Previews

Message Previews

Fungsi ini akan menjadikan pesanan mesej yang anda terima sebagai push notification. Pasti malu jika rakan anda membaca pesanan manja anda.

Untuk mematikan fungsi ini, pergi ke “Settings,” pilih “Notifications” dan tetapkan “Show Preview” kepada off.

Sekarang anda hanya akan mendapat notifikasi yang mengatakan, “Message from razak” dan bukannya pesanan mesej sebenar.

Share Your Location

Share Your Location

Hanya menggunakan WhatsApp, anda boleh kongsikan kedudukan terkini kepada sesiapa sahaja dengan semudah menekan paparan skrin.

Tetapi untuk mengunakan fungsi ini, pertama-sekali anda perlu memberi kebenaran kepada WhatsApp mengakses data lokasi anda.

Masuk ke mana-mana chat dan tekan ikon anak panah di sebelah kiri kotak teks. Pilih “Share Location” dan tekan “Allow” apabila notifikasi seperti gambar di bawah terpapar.

Last Seen

Last Seen

Ini juga salah satu fungsi default yang tidak best. Untuk matikan fungsi ini, pergi “Settings” tekan “Account” > “Privacy” > “Last Seen.” di sini anda boleh ubah untuk menghalang beberapa orang daripada melihat “Last Seen” ataupun kesemuanya contact.

Perlu diingatkan, anda tidak akan dapat melihat “Last Seen” orang lain jika mematikan fungsi ini.

Automatic Backup

Automatic Backup

WhatsApp boleh back up semua pesanan mesej anda secara automatik. Pergi “Settings” > “Chat Settings” > “Chat Backup.” dari situ anda boleh memilih “Auto Backup” di akaun iCloud secara harian, mingguan ataupun bulanan.

BACA INI JUGA: 3 Mobile App Popular Perosak Perkahwinan!

Sumber: Thevocket.com