Saturday, March 14, 2015

Durian Gondol, Spesis Buah Tanpa Duri

Durian Gondol, Spesis Buah Tanpa Duri

Inilah buah durian tanpa duri, juga dikenali dengan nama Durian gondol, berasal dari daerah Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Durian Gondol, Spesis Buah Tanpa Duri

Keunikan buah ini terletak pada buahnya yang tidak memiliki duri seperti buah durian lain pada umumnya sehingga dapat memudahkan anda untuk mengupas dan memakannya.

Ciri-ciri buah durian tanpa duri aka Durian Gondol:

Bentuk buahnya sekilas seperti tempurung kelapa, ukurannya sebesar buah melon dengan berat 800-900 gram.

Buah matang mengeluarkan aroma khas durian. Ini memang durian, tapi tanpa duri. Rasa buahnya enak dan manis dengan kandungan gula 14 -15%.

Ketebalan isi buah 0.5 cm seperti isi buah durian tempatan pada umumnya dan berwarna kuning terang. Tanaman ini mampu beradaptasi dengan baik di dataran rendah hingga tinggi.

Tanaman durian gondol ini merupakan tanaman durian yang mengalami mutasi bentuk oleh alam sehingga duri-duri di seluruh kulitnya tidak ada.

BACA INI JUGA: Rahsia Kelebihan Zat Masam Epal Hijau Sebagai Pembersih Tubuh

Durian Gondol, Spesis Buah Tanpa Duri

Durian Gondol, Spesis Buah Tanpa Duri

Durian Gondol, Spesis Buah Tanpa Duri

sumber: billyinfo

Friday, March 13, 2015

Bateri Smartphone Meletup Dan Terbakar, Jika Dicucuk Pisau!

Bateri Smartphone Meletup Dan Terbakar, Jika Dicucuk Pisau!

Adakah anda semua tahu apakah kesan atau apakah yang akan berlaku sekiranya bateri telefon bimbit yang anda gunakan itu dicucuk dengan pisau?

Bateri-meletup

Kita sebagai manusia yang hidup di zaman moden ini, ilmu pengetahuan tidak semestinya dipelajari hanya di sekolah tetapi boleh juga diperolehi dari merata-rata tempat dan sumber.

Semakin banyak yang kita kaji dan lihat, semakin banyaklah ilmu pengetahuan yang akan diperolehi.

Dalam video yang berdurasi kurang daripada 30 saat ini, anda akan dapat saksikan sebuah bateri telefon bimbit akan meletup dan terbakar sekira ianya dicucuk-cucuk dengan sebilah pisau.

Mungkin sesetengah daripada kita sudah tahu akan keputusannya, melalui video ini, anda semua akan dapat pelajari satu benda yang mungkin tidak pernah anda terfikir akan kesannya.

Jika tidak percaya, jom kita sama-sama tengok dan jadikan ia sebagai satu ilmu pengetahuan yang baru, bolehlah kita hindarkan benda-benda yang tidak diingini berlaku selepas ini.

Nampaknya video ujikaji yang sudah cecah 2 juta tontonan ini semakin popular dan dapat perhatian orang di Sepanyol.

Video yang mesti ditonton, pasti anda akan teruja dengan keputusannya.

BACA INI JUGA: Cara Mengetahui Smartphone Samsung Original


Video ini juga boleh ditonton di laman Youtube (https://www.youtube.com/watch?v=7-xPHopebiE)

Sumber: Mynewshub.cc

Kenapa Hutang Malaysia Naik 3 Kali Ganda?

Kenapa Hutang Malaysia Naik 3 Kali Ganda?

Sesiapa sahaja akan berasa takut apabila mendengar perkataan hutang. Apatah lagi jika jumlahnya beratus billion.

Hutang-Malaysia

Apabila dilaporkan hutang luar Malaysia meningkat tiga kali ganda daripada RM196 bilion kepada RM740 billion, maka ramailah yang membuat anggapan bahawa kerajaan telah berhutang terlalu banyak dalam masa setahun ini.

Kerajaan ‘bail-out’ 1MDB. Kerajaan beli pesawat peribadi. Kerajaan boros. Kerajaan bayar kos basuh rambut isteri PM. Kerajaan itu dan kerajaan ini. Benarkah begitu?

Pertama- apakah yang dikatakan sebagai hutang luar negara?

Ianya merujuk kepada hutang yang diambil di dalam mata wang selain Ringgit Malaysia seperti Euro, USD, Yen daripada bank luar negara, kerajaan luar dan juga institusi kewangan seperti Bank Dunia dan IMF.

Hutang ini adalah hutang yang bukan sahaja diambil oleh kerajaan, bahkan hutang yang diambil oleh syarikat awam, pihak swasta, dan individu.

Ini bermakna hutang luar negara bukanlah 100% hutang kerajaan.

Kedua- mengapakah jumlah ini naik sebanyak tiga kali ganda?

Ini kerana standard laporan kewangan antarabangsa dalam mentakrif ‘hutang luar negara’ telah berubah.

Jika dahulu ia hanya merujuk kepada hutang kerajaan dan swasta, tetapi kini ia turut merangkumi hutang yang dijamin oleh kerajaan.

Bahkan sekuriti Ringgit terbitan bank seperti bon dan sukuk yang dipegang oleh orang luar juga dianggap sebagai hutang luar negara.

Oleh yang demikian definisi hutang telah diluaskan skopnya.

Maka tidak hairanlah begitu banyak perkara yang dahulunya tidak dianggap hutang luar negara, tetapi sekarang digelar sebagai hutang luar negara.

Ketiga. Mengapakah kadar hutang ini naik mendadak pada tahun lepas dan bukan tahun sebelumnya?

Ini kerana standard baru tersebut baru sahaja diperkenalkan pada tahun lepas (2014).

Keempat. Tetapi tidakkah ini bermakna hutang luar negara kerajaan tetap tinggi kerana menjadi penjamin hutang? Hutang tetap hutang.

Ya, hutang memang tetap hutang. Tetapi ada beza hutang yang diambil dengan hutang yang dijamin.

Hutang yang diambil adalah seperti kerajaan meminjam dana Bank Dunia bagi projek pembangunan ekonomi. Ini adalah hutang yang ‘real’.

Dalam contoh bon terbitan 1MDB yang dijamin oleh kerajaan, ini adalah hutang yang dijamin. Sebelum ini ianya tidak dimasukkan ke dalam hutang luar negara, tetapi kini ia diambil kira.

Samalah halnya dengan bon terbitan Petronas dan MRT yang dijamin oleh kerajaan.

Walaupun begitu, kadar hutang yang bertambah ekoran peraturan baru ini hanyalah bersifat di atas kertas. Ianya begitu kerana hakikatnya ini adalah hutang 1MDB, Petronas dan MRT.

Analoginya seperti seorang bapa yang menjadi penjamin PTPTN 3 orang anaknya. Dalam mengira kekayaan bersih (net worth) bapa itu, kita perlulah mengambil kira jaminan hutang anak-anaknya.

Tetapi adakah ini bermakna si bapa tersebut benar-benar telah 'kurang kaya' disebabkan jaminan hutang anak-anaknya? Atau kekurnagan kekayaan beliau adalah bersifat di atas kertas?

Beginilah juga halnya dengan hutang luar negara Malaysia.

Apapun, menjadi penjamin hutang bukanlah sebab utama mengapa kadar hutang luar negara kerajaan bertambah.

Sebaliknya, dua per tiga daripada kenaikan ini adalah berpunca daripada rakyat asing yang membeli/memegang produk sekuriti Ringgit negara. Ini tidaklah menghairankan jika kita lihat betapa banyaknya terbitan sukuk dan bon untuk membiayai projek pembangunan seperti MRT.

Hutang Malaysia Paling Tinggi?

Untuk perbandingan sama ada hutang luar negara Malaysia adalah tinggi ataupun tidak, kita boleh banding bezakan dengan negara-negara lain.

Di Singapura, hutang luar negaranya adalah RM3.13 trillion. Korea Selatan pula adalah RM1.13 trillion. Indonesia, adalah RM927 billion.

Kita boleh mengagak berapa trillion hutang luar negara bagi negara seperti UK, Jepun, Germany, Perancis, Brazil, Turki dan lain-lain. Hutang luar negara Malaysia masih munasabah dan normal.

Jadi, jika hutang luar negara ini naik disebabkan definisi hutang yang sudah diperluaskan dan jumlah hutang tersebut adalah hutang semua pihak, berapakah jumlah sebenar hutang luar negara yang diambil oleh kerajaan sahaja?

Pada 2014, hutang Malaysia adalah RM582.8 bilion. Daripada jumlah ini, 97.1% atau RM566.1 bilion adalah hutang di dalam negara. Selebihnya iaitu RM16.8 bilion atau 2.9% adalah hutang kerajaan di luar negara.

Adakah jumlah ini tinggi?

Saya serahkan kepada pembaca untuk menilai.

BACA INI JUGA: 10 Negara Yang Memiliki Hutang Paling Tinggi Di Dunia

Sumber: Celahgelegar.blogspot.com

Operasi PDRM Saman Pelajar Bawa Motorsikal Ke Sekolah!

Operasi PDRM Saman Pelajar Bawa Motorsikal Ke Sekolah!

Ibu bapa yang membenarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen sah ke sekolah bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk saman maksimum RM300 dalam Op Roda yang mula dilancarkan di seluruh negara.

Op-Roda-2015
Gambar hiasan.

Op Roda juga akan memberi tumpuan di kawasan sekolah bagi mengesan kumpulan pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen sah.

Ibu bapa yang membenarkan anak mereka berbuat demikian selain melanggar undang-undang lalu lintas akan berdepan hukuman berat.

Op Roda akan memberi tumpuan kepada penunggang dan pemilik motosikal yang menyumbang kes kemalangan tertinggi menerusi Ops Selamat sebelum ini.

Polis juga akan menyita motosikal selain mengeluarkan saman maksimum, RM300 kepada ibu bapa.

Polis juga mengingatkan agar pemilik motosikal tidak membenarkan kenderaan mereka ditunggang individu yang tidak mempunyai lesen.

PDRM Lancar Ops Roda Bermula 12 Mac 2015

Pemilik motosikal perlu memastikan kenderaan mereka:
  1. Dalam keadaan baik dan tidak menyalahi undang-undang.
  2. Pemilik motosikal juga bertanggungjawab untuk tidak membenarkan motosikal mereka dibawa oleh sesiapa sahaja yang tidak mempunyai lesen menunggang.
  3. Operasi ini termasuk dijalankan di sekolah-sekolah menengah bagi mengesan pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu menggunakan kenderaan ini
  4. Polis akan mengadakan operasi untuk menyita motosikal sehingga pemilik motosikal tampil di balai untuk menuntut kenderaan mereka.

Kompaun maksimum RM300

Sepanjang tempoh operasi ini, polis akan mengenakan saman trafik dengan bayaran kompaun maksimum RM300 tanpa pengurangan.

Tindakan tegas dan operasi berkenaan ini dijalankan selepas penunggang motosikal menjadi penyumbang utama pada kadar kematian iaitu 61 peratus atau 122 kematian dalam Op Selamat 6 sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Kemalangan di jalan bandaran berjumlah 7,591 kes iaitu meningkat sebanyak 835 kes berbanding tempoh sama tahun lepas, jalan persekutuan 3,554 kes (meningkat 519 kes), jalan negeri 3,187 kes (meningkat 439), lebuh raya 2,119 kes (meningkat 673).

Perangkaan kemalangan sepanjang operasi sempena Tahun Baharu Cina pada tahun ini juga mendapati bahawa mangsa berbangsa Melayu mencatat kematian tertinggi dengan 94 orang, diikuti Cina (41), India (31), bangsa lain (22) manakala warga asing 11 orang.

BACA INI JUGA: Pelacuran, Alasan PDRM Atau ‘Duit Lendir’ Wujud?

Banyaknya Kebaikan Dan Amalan Ketika Hujan

Banyaknya Kebaikan Dan Amalan Ketika Hujan

Hujan adalah air yang diturunkan dari langit dan penuh keberkahan. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Dan Kami turunkan dari langit air yang penuh keberkahan lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam.” (QS. Qaaf: 9). Yang dimaksud keberkahan di sini adalah banyaknya kebaikan.

rain

Allah telah menurunkan hujan sebagai rahmat di saat diperlukan oleh seluruh makhluk. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.” (QS. Asy Syuura: 28). Yang dimaksudkan dengan rahmat di sini adalah hujan sebagaimana dikatakan oleh Maqotil.

Di antara keberkahan dan manfaat hujan adalah manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sangat memerlukannya untuk keberlangsungan hidup, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” (QS. Al Anbiya’: 30).

Al Baghowi menafsirkan ayat ini, “Kami menghidupkan segala sesuatu menjadi hidup dengan air yang turun dari langit yaitu menghidupkan haiwan, tanaman dan pepohonan. Air hujan inilah sebab hidupnya segala sesuatu.”

1. Beberapa Amalan Ketika Turun Hujan

Takut datangnya adzab ketika mendung

Ketika muncul mendung, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam begitu khuatir, jangan-jangan akan datang adzab dan kemurkaan Allah.”

Doa ketika turun hujan sebagai rasa syukur pada Allah

’Aisyah radhiyallahu ’anha berkata, ”Nabi SAW ketika melihat turunnya hujan, beliau mengucapkan, ”Allahumma shoyyiban nafi’an” [Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat]”.

Turunnya hujan, kesempatan terbaik untuk memanjatkan doa

Ibnu Qudamah dalam Al Mughni mengatakan, ”Dianjurkan untuk berdoa ketika turunnya hujan, sebagaimana diriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda, “Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan: Bertemunya dua pasukan, Menjelang solat dilaksanakan, dan Saat hujan turun.”

Doa ketika terjadi hujan lebat

Nabi SAW suatu saat pernah meminta diturunkan hujan. Kemudian ketika hujan turun begitu lebatnya, beliau memohon pada Allah agar cuaca kembali menjadi cerah. Nabi SAW berdoa, “Allahumma haawalaina wa laa ’alaina. Allahumma ’alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari [Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk meruosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan].

Doa ketika terjadi angin kencang

Dianjurkan bagi seorang muslim ketika terjadi angin kencang untuk membaca doa berikut sebagaimana yang disebutkan dalam hadits dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah SAW mengucapkan ketika itu, “Allahumma inni as-aluka khoirohaa wa khoiro maa fiihaa wa khoiro maa ursilat bihi, wa a’udzu bika min syarrihaa wa syarri maa fiiha wa syarri maa ursilat bihi (Ya Allah, Aku memohon kepada-Mu baiknya angin ini dan kebaikan yang ada padanya, dan aku memohon kebaikan dari yang diutus dengannya. Aku berlindung kepada-Mu dari buruknya angin ini, dan keburukan yang ada padanya dan aku berlindung dari keburukan yang diutus dengannya).”

Doa ketika mendengar suara petir

Apabila ’Abdullah bin Az Zubair mendengar petir, dia menghentikan pembicaraan, kemudian mengucapkan, “Subhanalladzi yusabbihur ro’du bi hamdihi wal mala-ikatu min khiifatih” (Mahasuci Allah yang petir dan para malaikat bertasbih dengan memuji-Nya kerana rasa takut kepada-Nya).”

Mengambil berkah dari air hujan

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Kami pernah kehujanan bersama Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW menyingkap bajunya hingga tersiram hujan.

Kemudian kami mengatakan, “Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan demikian?” Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Kerana hujan ini baru saja Allah ciptakan.”

An Nawawi menjelaskan, “Makna hadits ini adalah hujan itu rahmat iaitu rahmat yang baru saja diciptakan oleh Allah Ta’ala. Oleh kerana itu, Nabi SAW bertabaruk (mengambil berkah) dari hujan tersebut.”

Dianjurkan berwudhu dengan air hujan

Dalilnya, “Apabila air mengalir di lembah, Nabi SAW mengatakan, “Keluarlah kalian bersama kami menuju air ini yang telah dijadikan oleh Allah sebagai alat untuk bersuci”. Kemudian kami bersuci dengannya.”

Tidak boleh mencela hujan

Sebahagian orang sering keluar dari mulutnya celaan, “Aduh!! hujan lagi, hujan lagi”. Ketahuilah, Nabi SAW telah menasihatkan kita agar jangan selalu menjadikan makhluk yang tidak dapat berbuat apa-apa sebagai kambing hitam jika kita mendapatkan sesuatu yang tidak kita sukai.

Seperti beliau melarang kita mencela waktu dan angin kerana kedua makhluk tersebut tidak dapat berbuat apa-apa.

Dalam sebuah hadits qudsi, Rasulullah SAW bersabda, Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Manusia menyakiti Aku; dia mencaci maki masa (waktu), padahal Aku adalah pemilik dan pengatur masa, Aku-lah yang mengatur malam dan siang menjadi silih berganti.” Rasulullah SAW juga bersabda, "Janganlah kamu mencaci maki angin.”

Dari dalil di atas terlihat bahawa mencaci maki masa (waktu) dan angin adalah sesuatu yang terlarang.

Begitu pula halnya dengan mencaci maki makhluk yang tidak dapat berbuat apa-apa, seperti mencaci maki angin dan hujan adalah terlarang.

Doa setelah turun hujan

Doanya adalah, “Muthirna bi fadhlillahi wa rohmatih (Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah).”

2. Keringanan Ketika Turun Hujan

Bolehnya meninggalkan solat jama’ah di masjid ketika turun hujan

Dari ‘Abdullah bin ‘Abbas, beliau mengatakan kepada mu’adzin pada saat hujan, ”Apabila engkau mengucapkan ’Asyhadu allaa ilaha illalloh, asyhadu anna Muhammadar Rasulullah’, maka janganlah engkau ucapkan ’Hayya ’alash sholaah’. Tetapi ucapkanlah ’Sholluu fii buyutikum’ [Solatlah di rumah kalian]. …”

An Nawawi (semoga Allah merahmati beliau) menjelaskan, ”Dari hadits di atas terdapat dalil tentang keringanan untuk tidak melakukan solat jama’ah ketika turun hujan dan ini termasuk uzur (halangan) untuk meninggalkan solat jama’ah. Dan solat jama’ah -sebagaimana yang dipilih oleh ulama Syafi’iyyah- adalah solat yang mu’akkad (betul-betul ditekankan) apabila tidak ada uzur. Dan tidak mengikuti solat jama’ah dalam keadaan seperti ini adalah suatu hal yang disyari’atkan (diperbolehkan) bagi orang yang susah dan sulit melakukannya. Hal ini berdasarkan riwayat lainnya, ”Siapa yang mahu, silakan mengerjakan solat di rihal (kendaraannya) masing-masing.”

Sayid Sabiq (semoga Allah merahmati beliau) dalam Fiqh Sunnah menyebutkan salah satu sebab yang membolehkan tidak ikut solat berjama’ah adalah cuaca yang dingin dan hujan. Lalu beliau membawakan perkataan Ibnu Baththol yang menyatakan bahawa hal ini adalah ijma’ (kesepakatan para ulama).

Dari hadits-hadits yang dibawakan oleh Imam Muslim dalam kitab shahihnya, ada beberapa lafadz tambahan azan ketika hujan, dingin, angin kencang dan tanah yang penuh lumpur baik ketika mukim maupun safar:
  • Alaa shollu fir rihaal ertinya Hendaklah solat di rumah (kalian)
  • Alaa shollu fi rihaalikum ertinya Hendaklah solat di rumah kalian
  • Sholluu fii buyutikum ertinya solat di rumah kalian

An Nawawi mengatakan, “Lafaz ini boleh diucapkan setelah azan mahupun di tengah-tengah azan kerana terdapat dalil mengenai dua model ini. Akan tetapi, mengucapkannya sesudah azan lebih baik agar lafaz azan yang biasa diucapkan tetap ada.”

Bolehnya menjama’ solat ketika hujan kuat

Dari Abu Az Zubair, dari Sa’id bin Jubair, dari Ibnu Abbas, beliau berkata, ”Rasulullah SAW pernah mengerjakan solat Zuhur dan Asar serta Maghrib dan Isya’ secara jama’, bukan dalam keadaan takut mahupun safar.” Yang meriwayatkan dari Abu Az Zubair adalah Imam Malik dalam Muwatho’nya. Imam Malik mengatakan, ”Aku menyangka bahawa menjama’ di sini adalah ketika hujan.”

Al Baihaqi mengatakan, ”Begitu pula hadits ini diriwayatkan oleh Zuhair bin Mu’awiyah dan Hammad bin Salamah, dari Abu Az Zubair, juga dikatakan, ”(Beliau menjama’) bukan kerana keadaan takut dan bukan pula kerana safar. Akan tetapi dalam riwayat tersebut tidak disebutkan solat Maghrib dan ’Isya dan hanya disebut jama’ tersebut dilakukan di Madinah.” Ertinya, Nabi SAW melakukan jama’ ketika mukim (tidak berpergian) dalam keadaan hujan.

Beberapa perkara yang perlu diperhatikan:
  • Yang diperintahkan ketika hujan adalah menjama’ shalat (menggabungkan dua solat) tanpa perlu mengqashar.
  • Jama’ dilakukan dengan imam di masjid dan bukan dilakukan di rumah.
  • Apabila solat telah dijama’ pada waktu pertama dari dua solat, lalu setelah dijama;’, hujan tersebut reda, maka solatnya tetap sah dan tidak perlu diulangi.
  • Boleh menjama’ solat zhuhur dan asar atau maghrib dan Isya. Yang paling afdhal jika dilakukan dengan jama’ taqdim.
  • Hujan yang membolehkan seseorang menjama’ solat adalah hujan yang boleh membuat pakaian basah kuyup dan mendapat kesulitan jika harus berjalan dalam keadaan hujan. Adapun hujan yang rintik-rintik dan tidak begitu kuat, maka tidak boleh untuk menjama’ solat ketika itu.

Demikian panduan ringkas mengenai beberapa amalan dan keringanan dari syariat ketika turun hujan.

Semoga kita dimudahkan untuk mengamalkannya walaupun di tengah keterasingan. Hanya Allah yang memberi taufik.

BACA INI JUGA: Unik! Bangunan 'Menyanyi' Apabila Hujan

sumber: akuhamba-allah

Thursday, March 12, 2015

Tegar Mengaku Dicabul Bekas Pengurus!

Tegar Mengaku Dicabul Bekas Pengurus!

Selepas ditipu bekas pengurusnya, kali ini Tegar tampil memberi pengakuan terbuka bahawa dia telah dicabul oleh bekas pengurusnya, Arif Dollah sepanjang berada di bawah pengurusan lelaki itu.

Tegar

Tegar dalam kenyataannya kepada sebuah badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia, Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas Pa) mengatakan sepanjang berada di bawah pengurusan dan jagaan bekas pengurusnya itu, dia telah dicabul oleh Arif.

Antara bentuk gangguan seksual yang terjadi kepadanya ialah Arif selalu mengarahkannya tidur dengan hanya memakai seluar dalam, sentiasa tidur berkepit dan juga menemani Tegar saat dirinya sedang mandi.

Tegar-dicabul

Memetik kata-kata pengakuannya itu, Tegar berkata, “di hotel setiap kali Tegar mau tidur pakai kolor ngak boleh. Kata Kak Arif kolornya lagi kotor. Jadi tidur pakai celana dalam. Dia ikut-ikutan juga pakai celan dalam. Kalau Tegar tidur suka dekat-dekat (maaf) nempel di dubur Tegar. Setiap kali Tegar mandi dia juga nemenin”.

Nampaknya makin panas kisah Tegar dan bekas pengurusnya ini.

Tegar-dicabul [2]
Arif Dollah (tengah) bekas pengurus penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar.

Jika sebelum ini Arif hanya dituduh menyonglap wang hasil kerja Tegar, kali ini tuduhan mencabul bintang cilik itu pastinya bakal mendapat perhatian daripada pihak media serta peminat daripada dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Pergh, memang panas!

BACA INI JUGA: Baju Elektrik Untuk Elak Perogol


Sumber: Mynewshub.cc

Video Ngeri Wanita Patah Kaki Ketika Senaman!

Video Ngeri Wanita Patah Kaki Ketika Senaman!

Video ngeri seorang wanita yang sedang melakukan senaman ketahanan kaki namun mengalami situasi mencemaskan apabila kedua-dua belah kakinya patah ini telah viral di laman Youtube.

Patah-kaki

Wanita yang tidak dikenali itu kelihatan menjerit dan menangis semasa kakinya itu membengkok ke arah berlawanan.

Tujuan senaman tersebut adalah untuk menguji ketahanan serta kekuatan kaki menggunakan ‘leg press.’

Alat itu memerlukan seseorang menolak jumlah berat yang termampu bagi menguatkan otot-otot kaki namun wanita terbabit membiarkan kakinya dalam keadaan ‘berehat’ selepas menolak alat itu hingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya patah.

Jadi, jangan ambil mudah dengan peralatan di gym yang anda pergi kerana alat-alat tersebut memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk menggunakannya.

Jangan tunjuk lagak pandai sekiranya tidak tahu, lebih baik tanya serta dipantau oleh pelatih dan sentiasa berhati-hati ok!

BACA INI JUGA: Ngeri! Dihiris Mangkuk Tandas Pecah Ketika Berak

AMARAN! Tolong jangan tonton video ini jika anda ada sakit jantung atau darah tinggi!!!


Video ini juga boleh ditonton dilaman Youtube (https://www.youtube.com/watch?v=vkKJ4KFnklI)

Sumber: Mynewshub.cc

Coklat Cadbury Ada Gambar Babi Bukan Keluaran Malaysia!

Coklat Cadbury Ada Gambar Babi Bukan Keluaran Malaysia!

Cadbury Malaysia menafikan bahawa coklat jenis Cadbury Milk Kids 20g yang tertera gambar babi adalah keluarannya.

Cadbury-gambar-babi

Ketua Perhubungan Hal Ehwal Korporat Cadbury, Raja Zalina Raja Safran berkata, produk tersebut adalah produk import dan bukan dihasilkan di Malaysia.

“Produk ini diimport pihak ketiga yang bebas mengimport mana-mana produk keluaran luar negara.

“Pengimportan atau pembelian mana-mana coklat keluaran Cadbury oleh pihak ketiga adalah di luar kawalan pihak Cadbury Malaysia dan kami tidak mempunyai hak untuk menyekat mahupun mengawal mana-mana pihak yang ingin membeli dan menjual produk-produk tersebut.

“Sekiranya pengguna ingin maklumat lanjut tentang produk tersebut sila hubungi pihak penjual,” katanya.

Jelas Zalina coklat Cadbury keluaran Malaysia adalah dijamin halal oleh itu beliau menasihati pengguna agar hanya memilih coklat Cadbury keluaran Malaysia bagi mengelak berlakunya sebarang pembelian yang mengelirukan.

“Kami ingin meyakinkan para pengguna bahawa kesemua Coklat Cadbury yang diperbuat di Malaysia mematuhi Sijil Halal Malaysia dan ia merangkumi lokasi dan bahan-bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran produk berkenaan.

“Jadi nasihat kami, pengguna harus memilih Coklat Cadbury keluaran Malaysia,” jelasnya.

Terdahulu, seorang pengguna telah meluahkan perasaan tidak puas hatinya di media sosial apabila, terbeli coklat Cadbury bergambar babi baru-baru ini.

BACA INI JUGA: Kenapa Umat Islam Menyembelih Haiwan Sebelum Dimakan?

Sumber: Sinar Online

Gambar Tidur Tersebar, 2 Anggota Polis Butterworth Dikenakan Tindakan

Gambar Tidur Tersebar, 2 Anggota Polis Butterworth Dikenakan Tindakan

Gambar dua anggota polis sedang tidur ketika bertugas di Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Butterworth, Georgetown, tersebar dengan meluas dalam media sosial mencetuskan sensasi dan mendapat kritikan orang ramai.

Polis_tidur

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata ekoran penyebaran gambar itu dalam laman sosial, pihaknya membuka kertas siasatan tatatertib untuk tindakan disiplin.

Dalam satu kenyataan kelmarin, “Sementara menunggu siasatan dan keputusan tindakan disiplin, dua anggota itu diarah bertukar dalam tempoh 24 jam ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU).

"Saya memandang serius perkara itu dan tindakan tegas akan diambil," katanya dalam kenyataan.

Dalam gambar tersebut, anggota polis yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan dilihat tidur tanpa menyedari gambar mereka diambil.

Gambar itu kemudiannya disebarkan di laman sosial termasuk menerusi aplikasi Whatsapp dan mendapat kritikan pelbagai pihak..

Rata-ratanya mengecam perbuatan dua anggota tersebut yang menjejaskan integriti badan berkuasa ketika menjalankan tugas.

BACA INI JUGA: Doktor, Individu Paling Dipercayai Di Malaysia

Wednesday, March 11, 2015

Video Viral Bayi Ditolak Entiti Misteri

Video Viral Bayi Ditolak Entiti Misteri

Video seram yang dimuat naik di laman Youtube ini telah menimbulkan rasa hairan dan musykil terhadap kejadian menimpa bayi ini.

Entiti-misteri

Pada usia satu tahun Lexi Hood, didakwa bapanya sudah mampu berdiri dengan kukuh dan stabil.

Bagaimanapun dalam rakaman video di bawah, Lexi kelihatan seperti ditolak sesuatu yang berhampiran dengannya.

Selepas menyaksikan kejadian aneh itu, Gareth Hood, 35, dan isterinya Charlene, 31, mula rasa seperti ada yang tidak kena dan percaya ada makhluk halus yang tinggal bersama di dalam rumah mereka.

Adakah anda setuju dengan ibu bapa Lexi bahawa kejadian ini disebabkan makhluk halus?

Saksikan video di bawah.

BACA INI JUGA: Seram! Video Hantu Dirakam Semasa Acara Karaoke


Video ini juga boleh ditonton di Youtube.

Sumber: Mynewshub.cc