Wednesday, March 11, 2015

Kontroversi Google Translate, “Islam No Success”

Kontroversi Google Translate, “Islam No Success”

Heboh di laman sosial apabila imej yang menunjukkan perkataan “Islam ada kejayaan” berubah menjadi “Islam no success” apabila menggunakan perkhidmatan Google Translate.

Google-translate

Ia menimbulkan kemarahan pengguna Islam Malaysia. Ada yang mengatakan ianya konspirasi jahat untuk menghina agama Islam.

Tetapi apabila menukar perkataan agama Islam kepada agama-agama lain masalah sama tetap berlaku.

Islam is success

Jadi, ada kesilapan mengalih bahasa perkataan ada menjadi no di pangkalan data Google.

Malangnya, jika ditukarkan perkataan Islam kepada Yahudi dan ayat menjadi "Ikut Yahudi ada kejayaan" betul pula jawapan alih bahasanya iaitu "Follow Judaism there is success".

Judaism

Menyedari kontroversi ini pihak Google Malaysia mengeluarkan kenyataan akan memperbaiki kesilapan ini pada kadar segera.

GT

Dan nampaknya kesilapan yang macam disengajakan ini sudah diperbaiki.

Apa yang berlaku di sini mengingatkan kita kepada apa yang berlaku beberapa tahun yang lalu.

Apabila anda melakukan carian imej beruk, Google akan memaparkan imej Khairy Jamaludin.

Sebuah gurauan nakal yang mendatangkan kesan yang negatif.

BACA INI JUGA: Rahsia Carian Google Yang Anda Tidak Pernah Tahu

Sumber: Amanz.my

Apple Macbook Terbaru, Harga Dan Spesifikasi

Apple Macbook Terbaru, Harga Dan Spesifikasi

Apple, minggu ini telah memperkenalkan komputer riba Macbook terbaru mereka, tampil dengan skrin bersaiz 12-inci dan paparan resolusi tinggi.

MacBook

Kini, selesai sahaja pengumuman Apple tamat, pihak Apple telah pun menyenaraikan komputer riba terbaru tersebut di Apple Store Malaysia.

Melalui apa yang disenaraikan, model asas yang menggunakan cip pemprosesan Intel Core M dwi-teras 1.1Ghz, memori 8GB RAM, grafik Intel HD Graphics 5300 dan storan 256GB SSD dijual pada harga RM4,499.

Variasi dengan spesifikasi lebih tinggi, iaitu penambahan storan kepada 512 GB dan juga cip pemprosesan Intel Core M dwi-teras 1.2 GHz pula disenaraikan pada harga RM5,499.

Kedua-duanya masih belum dijual lagi, dan pihak Apple mengatakan ia kini menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa sebelum mula dijual.

Apple menjadualkan untuk menjual Macbook baru ini bermula bulan hadapan, dan berkemungkinan tarikh jualan Malaysia tidak jauh berbeza dengan penawaran global.

Pilihan warna Macbook terbaru

“Reinventing the notebook” itulah tema yang digunakan oleh Apple. Dan gergasi Cupertino itu sekali lagi membuktikan kemampuan mereka untuk terus mencabar industri notebook dengan memperkenalkan Macbook serba baru yang cantik dan elegan.

Apple sekarang menawarkan Macbook dalam tiga warna pilihan sama ada gold, silver dan space grey, dengan ciri Retina Display, papan kekunci yang di buat semula, dan trackpad yang dikemaskini bukan sahaja mengesan pergerakan tapi juga mengesan jumlah tekanan yang diberikan ke atas trackpad.

MacBook-2

Force Touch trackpad ini membolehkan pengguna melihat wikipedia, lokasi Google Maps dan beberapa statistik hanya dengan menggunakan jari telunjuk.

Semua ini didatangkan dalam satu pakej yang 24% lebih nipis daripada model bawah Macbook Air 11 inci.

Apple berjaya membuang penggunaan kipas penyejuk untuk menjadikan ia nipis, malah Macbook baru ini adalah yang pertama daripada Apple yang tidak menggunakan kipas penyejuk.

Saiz nipis Macbook ini juga dicapai dengan penggunaan logic board yang lebih kecil, dan penggunaan processor Intel M dan jugal bateri yang mampu bertahan sepanjang hari menjadikan Macbook ini antara notebook yang paling mudah untuk mereka yang sukakan mudah alih.

Spesifikasi Dan Perbandingan Macbook, Asus Zenbook UX305FA dan Samsung Ativ Book

Pemproses Intel Core M menjadikan komputer riba yang beroperasi secara senyap menjadi realiti. Komputer riba yang menggunakan pemproses ini tidak memerlukan kipas untuk menyejukkan pemprosesnya.

Mari bandingkan spesifikasi komputer riba terkini ini dengan dua lagi komputer riba tanpa kipas yang dihasilkan oleh pengeluar lain.

MAcbook-Spesifikasi Dan Perbandingan

Harga Jualan Macbook Air Dan Macbook Pro Di Malaysia

Nampaknya, bukan iPhone sahaja yang dilihat mengalami kenaikkan harga, sebaliknya komputer riba Apple, iaitu Macbook Air dan juga Macbook Pro juga turut mengalami kenaikkan harga – bersama-sama dengan pengenalan kemaskini spesifikasi untuknya.

Macbook Air
Harga: RM3,199
Macbook Air
Klik untuk paparan besar.

Macbook Air kini dijual pada harga bermula RM3,199 berbanding dengan harga RM2,899 sebelum ini.

Semua penawaran Macbook Air kini dikemaskini dengan sokongan cip pemprosesan Intel Core i5 yang terkini selain dilengkapi sokongan Thunderbolt 2.

Disamping itu, untuk Macbook Air versi 13-inci, pihak Apple turut menyertakan storan yang lebih pantas berbanding versi sebelumnya.

Macbook Pro
Harga: RM3,799
Macbook Pro
Klik untuk paparan besar.

Untuk Macbook Pro pula, model asas kini membawakan tanda harga RM3,799 (berbanding RM3,499 sebelum ini).

Untuk model ini, selain melengkapkan kemaskini cip pemprosesan Intel Core i5 dan juga Thunderbolt 2, pihak Apple juga turut menambah sokongan Force Touch trackpad seperti mana pada Macbook 12-inci baru.

Namun, sokongan ini hanya hadir pada model 13-inci Retina sahaja buat masa ini.

Dengan perubahan drastik yang dibawakan oleh model Macbook 12-inci yang baru, mungkinkah Macbook Air dan Macbook Pro yang dijual ini akan menjadi antara model terakhir yang dilengkapi pelbagai port – sebelum Apple beralih sepenuhnya kepada penggunaan USB Type-C?

BACA INI JUGA: 5 Smartphone Berkualiti Tapi Murah Dari China

Lazada Malaysia

Sumber: Amanz.my

10 Individu Paling Kaya Di Dunia Tahun 2015

10 Individu Paling Kaya Di Dunia Tahun 2015

Laman web rasmi Forbes telah pun mengemaskini senarai manusia paling kaya di dunia bagi tahun 2015. Walaupun terdapat banyak nama baru yang memecah masuk ke dalam senarai elit ini, tetapi kedudukan Bill Gates di tempat pertama masih tidak tergugat.

10. Liliane Bettencourt

Liliane Bettencourt

Produk kecantikan L’Oreal yang dimulakan oleh bapanya mendatangkan kemewahan berterusan kepada Liliane Bettencourt sehingga ke hari ini. Pada tahun ini kekayaan yang diperoleh oleh beliau adalah sebanyak USD $40.1 billion.

9. Jim Walton

Jim Walton

Dengan kekayaan mencecah USD $40.6 billion, Jim Walton diiktiraf sebagai manusia nombor 9 paling kaya di dunia pada tahun 2015 dengan sumber kekayaan datangnya daripada perniagaan Wal-Mart yang dimulakan oleh bapanya.

8. Christy Walton

Christy Walton

Christy Walton merupakan isteri kepada seorang lagi pewaris empayar Wal-Mart iaitu John Walton yang meninggal dunia pada tahun 2015. Kekayaan yang diwarisi beliau dinilai pada jumlah USD $41.7 billion dan ia meletakkannya pada kedudukan ke 8 manusia paling kaya di dunia.

6. David & Charles Koch

David & Charles Koch

Sebenarnya mereka berdua menduduki tempat ke-7 dan ke-6 dengan masing-masing mempunyai kekayaan sekitar USD $42.9 billion setiap seorang. Sumber kekayaan mereka berdua melalui syarikat Koch Industries yang terlibat dalam industri minyak dan gas.

5. Larry Ellison

Larry Ellison

Melalui syarikat Oracle Corporation yang memfokuskan kepada pembangunan perisian, Larry Ellison memperoleh kekayaan sekitar USD $50 billion pada tahun ini dan merupakan antara pengasas kepada pembangunan teknologi-teknologi hebat di lembah silikon.

4. Amancio Ortega

Amancio Ortega

Kegilaan kepada industri fesyen menjadikan Amancio Ortega manusia ke-4 terkaya dunia dengan kekayaan menjangkau sehingga USD $66.4 billion. Syarikat beliau yang dikenali serata dunia ialah ZARA.

3. Warren Buffet

Warren Buffet

Dengan kebijaksaan dalam pelaburan, beliau diiktiraf sebagai pelabur paling berjaya pada abad ke-20 dan sangat tepat apabila beliau menduduki tangga ke-3 sebagai manusia terkaya dunia pada tahun 2015. Kami juga pernah kongsikan nasihat pelaburan daripada Warren Buffet yang anda boleh baca di sini.

2. Carlos Slim Helu

Carlos Slim Helu

Memperoleh kekayaan melalui penglibatan dalam perniagaan teknologi dan telekomunikasi, Carlos Slim Helu berjaya menjana pendapatan sehingga USD 76.4 billion seterusnya berada dibelakang Bill Gates sebagai manusia kedua terkaya pada waktu ini.

1. Bill Gates

Bill Gates

Walaupun tidak lagi mengendalikan Microsoft, Bill Gates masih lagi mendapat kemewahan hasil perniagaan perisian yang dimulakan olehnya sendiri. Dinilai sebanyak USD $79.3 billion, ianya meletakkan Bill Gates pada kedudukan tertinggi manusia paling kaya sebanyak 16 kali sepanjang hidupnya.

BACA INI JUGA: 10 Individu Paling Kaya Di Malaysia 2015

Sumber: Thevocket.com

Tuesday, March 10, 2015

Aksi Separuh Bogel, Diana Danielle Perbodohkan Diri

Aksi Separuh Bogel, Diana Danielle Perbodohkan Diri

Diana Danielle kembali menghangatkan industri hiburan tempatan apabila gambarnya beraksi seksi untuk sebuah majalah mulai tersebar di media sosial dan portal hiburan, minggu ini.

Diana Danielle Seksi

Difahamkan sesi penggambaran majalah lelaki itu diadakan pada bulan lalu untuk keluaran edisi Mac 2015.

Banyak pihak kurang senang dengan tindakan pelakon bergelar ibu itu, yang dilihat tidak sopan serta melanggar batas-batas seorang wanita Muslim.

Mengulas perkara itu, Presiden Seniman Malaysia (SENIMAN) Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata, setiap artis perlu lebih bijak berfikir dan tidak memperbodohkan diri sendiri dalam melakukan apa saja tindakan kerana secara tidak langsung ia boleh memberi kesan buruk terhadap industri seni tempatan.

“Kita sebagai artis janganlah sewenang-wenangnya biarkan diri diperalat oleh mana-mana pihak. Apa saja job yang ditawarkan, itu rezeki masing-masing tetapi hati-hati.

“Artis juga seharusnya kaji terlebih dulu. Misalnya kalau dituntut untuk melakukan sesuatu, artis harus tahu atas dasar apa dia perlu lakukan perkara itu?

“Kadang-kadang artis itu sendiri mungkin tidak tahu agenda di sebalik perkara yang mereka perlu lakukan. Persatuan ada sediakan khidmat kaunseling dan mereka boleh rujuk sama ada wajar atau tidak mereka menerima job tersebut.

“Artis itu juga perlu fikir secara rasional, kalau sesuatu perkara itu tidak baik, janganlah buat. Kalau dia tahu yang dia pakai itu seksi dan sensitif, janganlah pakai.

“Sebab kalau ianya boleh memberi kesan negatif apatah lagi melibatkan sensitiviti masyarakat secara tidak langsung ia juga memberi implikasi tidak baik pada industri seni,” kata Zed, sebagaimana dilaporkan portal Malaysian Digest.

Pada masa sama, Zed menyokong tindakan Diana yang tidak tampil dengan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

“Tentang apa yang sudah sudah terlepas itu, kita maafkanlah dia (Diana).

“Tapi saya bersetuju dan sokong tindakan dia berdiam diri dan tidak bagi komen apa-apa sebab begini, cakap salah tak cakap pun salah.

“Kalau dia memberi penjelasan mungkin kenyataannya itu nanti akan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dan keadaan jadi lebih buruk.

“Jadi, eloklah dia senyap dan biarlah perkara ini sejuk sendiri nanti,” katanya.

“Freedom Is Being You, Without Anyone’s Permission”

Diana Danielle Seksi [2]

Terbaharu, dalam laman Instagramnya Diana memuat naik ayat sinikal seolah-olah menjawab isu gambar coli tersebut iaitu “Freedom Is Being You, Without Anyone’s Permission” (Kebebasan bermakna kamu boleh menjadi diri sendiri tanpa perlu meminta keizinan sesiapa).

Agaknya terlalu tertekan dengan komen dan pelbagai persepsi negatif yang diterima ekoran kontroversi bodoh seksinya itu hingga tampil dengan kata-kata tersebut.

Kita memang tiada hak untuk menghukum tetapi sudah menjadi kewajipan untuk menegur perbuatan yang salah sekurang-kurangnya sebagai sesama Islam.

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman". [HR Muslim]

Jahilnya artis Malaysia..

BACA INI JUGA: Nasihat Seorang Perogol Untuk Wanita

Sumber: Mynewshub.cc

Bukti Billionaire Zionis Dalang MH370?

Bukti Billionaire Zionis Dalang MH370?

Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang genap setahun gagal ditemui pada 8 Mac yang baru berlalu terus menarik minat ramai penganalisis antarabangsa, sekali gus merungkai pelbagai teori dan spekulasi di luar jangkauan imaginasi.

MH370

Antara yang hangat dibincangkan menerusi laman maya seluruh dunia ialah kemungkinan insiden itu sebenarnya sudah dirancang rapi sekumpulan pemodal Zionis antarabangsa bagi mewarisi satu paten cip rahsia paling canggih pernah dicipta.

Kononnya, sekumpulan empat penyelidik cip mikro dikenali sebagai KL-03, versi terbaharu daripada KL-02; berada dalam pesawat Boeing 777 itu dalam perjalanan pulang ke tanah air di Suzhou, China selepas sekian lama bertugas di Malaysia.

Peidong Wang, Zhijun Chen, Zhihong Cheng dan Li Ying merupakan pencipta cip paling berkuasa itu dan berkhidmat dengan kilang pembuatan berpusat dari Texas, Amerika Syarikat (AS), Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, Selangor.

Mereka malah termasuk dalam kumpulan 20 petugas firma teknologi tinggi itu dipercayai dalam perjalanan untuk mengembangkan cawangan kilang tersebut di Tianjin, China dan sudah memfailkan paten cip itu di AS pada 21 Disember 2012.

Cip berkenaan yang dibangunkan sejak 50 tahun lalu berfungsi sebagai alat komunikasi medan perang, sistem avionic, radar HR jalur L dan S, pemanduan peluru berpandu, perang elektronik serta sistem pengenalan sahabat dan musuh.

KL-03
Prototaip cip mikro paling canggih di dunia, KL-03.

Malangnya, hak cipta atau paten cip itu hanya berkuat kuasa pada 11 Mac 2014 dan menurut peraturan AS, jika pemohon dan pencipta produk tersebut meninggal dunia, hak ke atas ciptaan berkenaan akan diwarisi pemegang penama.

Di sinilah timbul teori konspirasi kerana secara kebetulan penama itu ialah Freescale Semiconductor dengan pemiliknya, Jacob Rothschild sendiri, billionaire Zionis yang nenek moyangnya menjadi pemodal sistem perbankan dunia Barat.

Perkara ini bertambah ‘panas’ kerana firma itu dalam kenyataan selepas peristiwa kehilangan MH370 pada 8 Mac 2014, menjelaskan bahawa kesemua staf mereka adalah jurutera teknikal dan pakar berpengalaman dalam bidang cip canggih.

Jacob Rothschild
Jacob Rothschild.

Tidak pasti apakah agenda tersirat Rothschild, 78 tahun, beria-ria mahu mewarisi paten cip KL-03 sehingga sanggup menyebabkan satu tragedi besar dengan mengorbankan 239 nyawa tidak berdosa dalam pesawat MAS berkenaan.

Untuk rekod, warga British ini yang dianggap penderma pemurah ialah presiden kehormat Institut Penyelidikan Dasar Yahudi dan amat bertanggungjawab dalam merangka strategi 100 tahun perancangan Zionis ke atas masyarakat dunia.

Mungkin tanpa disedari, kejadian MH370 sengaja direka pihak Zionis sebagai teknik ‘false flag’ bagi menutup satu isu besar dengan mewujudkan isu baharu yang tampak realiti, namun melibatkan harga tidak ternilai untuk dibayar.

BACA INI JUGA: Amaran Benjamin Franklin Tentang Bahaya Bangsa Yahudi

Sumber: Mynewshub.cc

Kenapa Pendigitalan RTM Bakal Tenggelamkan ASTRO!?

Kenapa Pendigitalan RTM Bakal Tenggelamkan ASTRO!?

Walaupun setiap tahun mencatatkan laba berbilion ringgit, Astro seolah-olah bebas buat apa sahaja ke atas lebih tiga juta pelanggan kerana masyarakat tiada pilihan khasnya jika kawasan itu tiada liputan siaran televisyen terrestrial atau free-to-air (FTA).

ASTRO vs RTM

Tambahan pula, penyedia siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan operator televisyen kabel, ABNXcess tidak begitu popular di negara kita, malah ada juga yang langsung ‘tenggelam’ seperti MegaTV, FineTV dan MiTV.

Pun begitu, zaman kehebatan Astro nampaknya dijangka ‘jatuh’ apabila sudah kedengaran cakap-cakap sumber boleh dipercayai membayangkan dunia penyiaran tempatan akan kembali sengit ibarat buku bertemu ruas dalam masa terdekat.

Berita gembira itu sebenarnya bukan baharu apabila semakan menerusi arkib berita tempatan sudah pun melaporkan program pendigitalan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjalan lancar, di sebalik ‘sifar publisiti’ macam tiada apa-apa berlaku.

Dikenali juga sebagai projek Angkasapuri Media City, tidak ramai sedar inisiatif transformasi stesen kerajaan itu akan menyebabkan sistem penerimaan siaran FTA format analog RTM terpadam secara automatik atau disebut Analogue-Switch-Off (ASO).

Seterusnya siaran RTM akan disiarkan kembali dalam format Penyiaran Televisyen Terrestrial Digital (DTTB), tetapi berita baiknya, pengguna akan dapat tambahan saluran baharu iaitu 45 saluran definisi tinggi (HD) dan 15 saluran definisi standard (SD).

Segala-galanya percuma dan ia dipancarkan terus ke rumah menerusi sambungan dekoder khas berharga RM200 yang akan dibekalkan pihak MYTV Broadcasting Sdn. Bhd., syarikat di bawah firma telekomunikasi tempatan, Kumpulan Altel Holdings.

Lagi berita gembira, dua juta isirumah miskin di seluruh negara yang setiap tahun menerima BR1M, akan menerima dekoder secara percuma dan projek akan bermula Jun depan untuk fasa pertama; dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir 2017.

Kumpulan penonton pertama siaran ini merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan seterusnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kemudian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Fasa terakhir ASO ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya; sekali gus 98 peratus muka bumi Malaysia diliputi DTTB dengan jangkaan, ketika itu rakyat bakal dapat menonton 80 saluran TV dan 40 saluran radio secara digital percuma.

Sesuai dengan kecanggihan sistem baharu, penonton tidak sahaja menerima kualiti gambar dan suara dalam format digital jauh lebih baik, pelbagai ciri terkini juga diperkenal bagi memberi pengalaman menonton televisyen menjadi lebih menarik.

Antaranya adalah pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa yang tiada menerusi siaran FTA analog sekali gus setanding dengan apa ditawarkan Astro sejak sekian lama, cuma kali ini ia adalah percuma.

Barang kali, tanpa disedari inilah yang cukup dibimbangi Astro kerana operator itu sudah pun nampak lawan sebenar mereka RTM secara senyap bakal menggugat dunia penyiaran tanah air dalam masa terdekat.

Fikir-fikirkanlah..

BACA INI JUGA: Astro Tipu Rakyat Dan Kerajaan!

Sumber: Mynewshub.cc

Video Juara Muay Thai Berlagak Tapi Tumbang Selepas 30 Saat!

Video Juara Muay Thai Berlagak Tapi Tumbang Selepas 30 Saat!

Satu video viral apabila seorang peninju Muay Thai yang berlagak ganas tetapi dijatuhkan dalam sebuah pertandingan hanya dalam tempoh kurang 30 saat!

Berlagak

Sebelum perlawanan, Ben Nguyen yang berjaya merampas ‘takhta’ itu dilihat sangat bersahaja bertemu dengan lawannya yang berlagak kuat itu.

Pihak lawannya itu seakan-akan tidak sabar mahu bertarung dengannya, muka memang bengis habis sehingga tidak mahu senyum sedikit pun.

Lagak kuatnya itu turut membuatkan Ben Nguyen tersenyum sendiri semasa bertemu dengannya.

Nampak seperti boleh memberikan saingan sengit dalam perlawanan berkenaan, namun itu semua hanya lagak biasa selepas lawannya itu tumbang kurang daripada 30 saat.

Memang kelakar bila tengok reaksi dia pada awalnya, itulah berlagak lagi!

Agaknya Ben Nguyen sebelum itu menahan perasaan geramnya yang memuncak dan melepaskannya habis-habisan dalam perlawanan tersebut.

Jom tengok reaksi pihak lawan Ben yang berlagak itu, video ini sudah pun viral di laman-laman sosial.

BACA INI JUGA: Video Ngeri Peninju Terbaik UFC Patah Kaki Ketika Bertarung!



Sumber: Mynewshub.cc

Vicky Teoh, Rakyat Malaysia Wanita Paling Kaya Di Australia

Vicky Teoh, Rakyat Malaysia Wanita Paling Kaya Di Australia

Rakyat Malaysia, Vicky Teoh, yang memiliki kekayaan dianggar berjumlah A$938 juta, sekali lagi dinobatkan sebagai Wanita Paling Kaya Di Australia melalui usaha sendiri oleh majalah BRW (Business Review Weekly).

Wanita Paling Kaya Di Australia

Vicky, 57, dan suaminya, David Teoh, 58, berhijrah dari Malaysia pada 1986 dan mengasaskan TPG Telecom.

Menurut BRW, Vicky memiliki sebahagian besar saham TPG dan memainkan peranan aktif dalam penubuhan perniagaan baharu keluarga itu seperti Oscar Wylee, yang terlibat dengan perniagaan runcit cermin mata secara dalam talian.

Kekayaan peribadi keluarga Teoh itu meningkat hampir sekali ganda pada tahun lepas kepada A$2 bilion (RM5.7 bilion), daripada A$1.06 bilion (RM3.0 bilion) sebelumnya.

Senarai Wanita Terkaya BRW itu, yang diterbitkan bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, menonjolkan 30 wanita paling kaya di Australia melalui usaha sendiri.

Menurut majalah itu, untuk layak disenaraikan dalam senarai berkenaan, seseorang wanita mestilah berusaha sendiri untuk meraih kekayaan, bukan dengan mewarisinya daripada generasi terdahulu.

Jutawan perlombongan, Gina Rinehart tidak dimasukkan dalam senarai itu kerana beliau mewarisi kekayaan daripada bapanya, Lang Hancock, walaupun wanita itu mencapai kejayaan besar dalam perniagaan.

Jika digabungkan kekayaan yang dimiliki 30 wanita yang terdapat dalam senarai itu, jumlahnya ialah A$5.4 bilion (RM15.3 bilion), bertambah daripada$4.5 bilion (RM12.8 bilion) pada 2014, dengan setiap individu mencatat peningkatan kekayaan.

Wanita kedua paling kaya selepas Vicky Teoh ialah Charlotte Vidor dari Toga Hotels Group, yang memiliki kekayaan dianggarkan berjumlah A$360 juta (RM1.02 bilion).

BACA INI JUGA: Adakah Anda Memiliki 6 Ciri-ciri Seorang Jutawan?

Sumber: BERNAMA

‘I Want To Touch A Dog’ Terbaru Di Penang!?

‘I Want To Touch A Dog’ Terbaru Di Penang!?

Bertempat di Penang Times Square, telah berlangsung satu program seakan-akan ‘I Want To Touch A Dog’ yang pernah mencetuskan kontroversi hebat satu ketika dahulu.

Be A Paw Walker

Program yang dinamakan ‘Be A Paw Walker’ anjuran pertubuhan bukan kerajaan Opt To Adopt ini dikatakan bertujuan memfokuskan kepada penjagaan anjing sebagai haiwan peliharaan.

Dalam satu gambar, kelihatan seorang gadis muslim yang bertudung litup, memegang erat sambil bergambar dengan seekor anjing.

Nampaknya akak ini tidak mengikuti secara dekat atau membaca laporan yang dikupas ketika program IWTTAD mencetuskan polemik tahun lalu.

Jika tidak, tentu dia tahu bahawa adalah haram hukumnya untuk saja-saja memegang binatang yang dikategorikan sebagai najis mughallazah walaupun boleh disertu selepas itu.

Ini dijelaskan sendiri oleh bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut yang berkata, adalah haram untuk seorang Muslim sengaja menyentuh anjing tanpa sebab kerana haiwan itu dikategorikan dalam najis berat menurut ajaran mazhab Imam Shafie dan Hanbali, bagi menjawab persoalan hukum ketika program IWTTAD hangat diperkatakan dahulu.

Be A Paw Walker [2]

Sebagai pencerahan, anjing merupakan salah satu makhluk Allah dan Islam tidak pernah memandang keji haiwan ini.

Namun, hukum hakam agama yang sudah menggariskan bahawa anjing tidak boleh disentuh sesuka hati tanpa sebab kukuh mestilah dipatuhi.

Jika dibuat juga, ianya samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

BACA INI JUGA: Air Liur Anjing Penyebab Kanser Payudara!

Sumber: Mynewshub.cc

Monday, March 09, 2015

Keajaiban Seni Susun Telur Berdiri

Keajaiban Seni Susun Telur Berdiri

Seorang lelaki memiliki kemahiran luar biasa apabila mampu menyusun telur secara berdiri di atas lantai licin yang kekal berdiri selama lebih sejam tanpa bantuan atau peralatan.

Muhamad Anuar Hamid

Pekerja Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) itu, Muhamad Anuar Hamid, 48, berkata, dia tidak menyangka mempunyai kemahiran itu hinggalah mencubanya sendiri selepas membaca satu artikel dalam akhbar baru-baru ini, mengenai keajaiban telur berdiri itu.

“Saya terbaca artikel mengatakan peristiwa telur berdiri adalah misteri yang belum terungkap lalu cuba menyusun telur dalam rumah.

“Saya mengambil kira-kira 20 telur dan menyusun di atas lantai rumah dan berjaya melakukannya tanpa bantuan sesiapa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Pinang.

Menurutnya, dia mengambil masa hampir setengah jam menyusun semua telur terbabit secara berdiri dan terkejut apabila melihat semua telur itu bertahan lebih daripada sejam.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana ia boleh berdiri dengan begitu lama malah isteri yang bangun tidur turut terkejut apabila melihat telur berdiri dalam rumah,” katanya.

Muhamad Anuar berkata, dia turut memberitahu rakan-rakannya mengenai kemahiran dimiliki menyusun telur berdiri itu namun mereka tidak mempercayainya kerana tiada bukti.

“Saya kemudian menyusun telur dalam rumah dan mengambil gambar menggunakan kamera telefon bimbit sebelum menghantarnya kepada rakan-rakan.

“Selepas menunjukkan gambar telur berdiri itu baru mereka percaya saya mempunyai kemahiran menyusun telur terbabit dan ada antara mereka yang cuba melakukannya di rumah masing-masing, namun gagal kerana kulit telur yang licin,” katanya.

Apa kata anda cuba sendiri?

BACA INI JUGA: Fenomena Ajaib Hari Telur Berdiri

Sumber: myMetro Online