Monday, March 09, 2015

Video Awek Cun Selamatkan Mangsa Kemalangan Parah

Video Awek Cun Selamatkan Mangsa Kemalangan Parah

Seorang wanita yang bertindak pantas menyelamatkan seorang penunggang motosikal terbabit kemalangan daripada maut di jalanraya, mencetuskan sensasi internet di Thailand.

Praewa Mitrakul

Kejadian petang Isnin minggu lepas yang berlaku di Jalan Rama 9, Bangkok itu dirakam salah seorang saksi sebelum ia dimuat naik ke laman sosial dan menjadi viral.

Rata-rata netizen kagum dengan semangat wanita cantik tersebut hingga ada yang menggelarnya ‘angel’ kerana sanggup bersusah demi menyelamatkan nyawa manusia lain yang tak dikenali.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa menghentam belakang trak, membuatkan lehernya cedera parah terhiris kaca kenderaan.

Saksi kejadian berkata, darah membuak-buak keluar dari lehernya dan jika wanita itu tidak segera membantu kemungkinan besar, mangsa kemalangan terbabit sudah maut akibat kehilangan darah.

Dalam usaha membantu menghentikan pendarahan, wanita itu dikatakan tidak peduli lututnya yang cedera terkena kaca yang berserakan di atas jalan raya.

Setelah dirisik, netizen akhirnya mengenalpasti ‘angel’ itu adalah Praewa Mitrakul, pensyarah perubatan di Universiti Mahidol, Bangkok.

Patutlah wanita itu kelihatan cekap mengendalikan keadaan.

Harus diingat membantu mangsa kemalangan sememangnya perbuatan mulia namun pada masa sama, seseorang itu perlukan kepakaran untuk melakukannya kerana jika tidak, dibimbangi ia boleh menambahkan lagi kecederaan dalaman dialami mangsa.

BACA INI JUGA: 6 Wanita Cantik Yang Menjadi Fenomena Tahun 2014

Amaran: video di bawah mempunyai imej yang mungkin agak mengerikan bagi sesetengah penonton.



sumber: mynewshub

Pengeluaran Wang Melalui Mesin ATM Sah Dikenakan GST!

Pengeluaran Wang Melalui Mesin ATM Sah Dikenakan GST!

Bermula 1 April 2015 ini, sebarang pengeluaran wang di mesin ATM akan dikenakan cukai GST.

GST-mesin-ATM

Bagaimana pengiraan GST dikenakan bagi setiap pengeluaran wang dimesin ATM?

Adakah pengeluaran pada kad bank sendiri tidak dikenakan GST atau GST terpaksa dibayar bagi setiap pengeluaran di mesin ATM?

Contohnya, A pemegang kad ATM Bank Islam dan membuat pengeluaran di bank yang sama, si A tidak dikenakan sebarang bayaran GST. Bagaimana pula tu? Kan pengeluaran wang dimesin ATM akan dikenakan bayaran GST?

Sebenarnya, sebarang pengeluaran wang melalui mesin ATM di bank yang sama tidak akan dikenakan sebarang bayaran atau caj, sama seperti sebelum ini.

Menerusi kenyataan rasmi MEPS Malaysia, pengguna yang mengeluarkan duit menggunakan mesin ATM yang berlainan daripada kad bank anda akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 termasuk cukai GST berkuatkuasa mulai 1 April 2015.

Contohnya, si A adalah pemegang kad Bank Islam, membuat pengeluaran di mesin ATM Public Bank, si A akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 termasuk cukai GST berkuatkuasa mulai 1 April 2015. Beza berbanding sebelum ini, pengguna dikenakan caj sebanyak RM1.00 untuk setiap transaksi menerusi rangkaian MEPS.

Contohnya lagi, jika si A membuat pengeluaran sebanyak RM1,000, caj pengeluaran tetap sama iaitu RM1.06 termasuk GST dan bukannya dikenakan caj 6 peratus atau RM60.00 bagi setiap pengeluaran!

Bohong-GST

Bererti, sebarang pengeluaran memang dikenakan bayaran GST sebanyak RM0.06 sen bagi setiap pengeluaran di mesin ATM.

Bagaimanapun, cukai GST hanya dikenakan pada caj MEPS iaitu RM0.06 sen dan bukan pada jumlah transaksi.

Jadi, jika pengeluaran wang dari mesin ATM yang lain, maka akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 Sen termasuk GST.

Manakala pengeluaran wang dari mesin ATM bank sendiri maka tiada GST.

Caj MEPS RM1.00 tersebut dikenakan oleh syarikat MEPS untuk khidmat interbank. RM0.06 sen yang akan dibayar kepada kerajaan sebagai GST.

BACA INI JUGA: Senarai Barangan Yang Dikenakan Cukai GST 2015

Sumber: Badutrakyat.blogspot.com

Misteri Mngwa Pemangsa Paling Di Geruni Di Afrika

Misteri Mngwa Pemangsa Paling Di Geruni Di Afrika

Namanya agak pelik, namun tidaklah sepelik rupanya. Mngwa (Ming-wah dalam sebutan) merupakan haiwan misteri paling ditakuti di Afrika.

Mngwa
Lakaran gambaran artis.

Namanya berasal dari bahasa Swahili dan ada kalanya ia juga digelar Nunda yang kedua-duanya membawa maksud 'The Strange One'. Dipercayai ia adalah haiwan kacukan daripada singa dan harimau bintang.

Namanya mula disebut-sebut dalam sebuah lagu tradisional masyarakat Swahili sejak tahun 1150 lagi.

Lagenda timur Afrika menceritakan bahawa haiwan misteri ini mempunyai kekuatan yang jauh lebih kuat daripada singa dan pembunuh yang lebih hebat dari harimau bintang.

Pergerakannya yang senyap walaupun saiznya dikatakan lebih besar dari seekor keldai. Jelasnya, ia tidaklah pelik dari segi rupa kerana Mngwa digambarkan rupanya seakan seekor harimau berbulu kelabu dan dikatakan dihiasi belang hitam.

Haiwan ini dikatakan amat gemar memburu manusia dan kemudian menghilangkan diri dengan pantas. Tiada seorang pemburu pun yang berjaya membunuhnya.

Diceritakan, pada badan Mngwa terdapat beberapa tompok yang menampakkan kulitnya kerana kehilangan bulu yang menurut cerita masyarakat di sana disebabkan oleh mangsa yang meronta dan mempertahankan diri lalu bertindak menggapai bulunya.

Ia lebih jelas dengan penemuan beberapa mayat yang dijumpai bersama cebisan bulu berwarna kelabu dalam genggaman mereka, diyakini adalah mangsa Mngwa.

Mangsa-mangsa makhluk ini biasanya akan ditemui dengan kesan luka yang teruk pada badan akibat cakaran kukunya yang tajam atau kesan gigitan gigi taringnya.

Jika benar apa yang diceritakan, Mngwa pastinya lebih ganas daripada mana-mana pemangsa di sana dan pastinya mampu membunuh seseorang dengan hanya sekali cakar atau dengan hanya sekali gigitan.

Makhluk ini direkodkan telah dilihat pada sekitar 1900. Pada tahun 1938 makhluk ini sekali lagi dinyatakan dalam jurnal 'Discovery' William Hichens, pegawai pentadbiran British yang bertugas di Tanzania. Dalam jurnalnya tercatat beberapa laporan serangan haiwan ini ke atas puak orang asli di sana.

Pada mulanya Hichens menyangka ia adalah angkara seekor singa besar yang mengganas namun bukti bulu yang ditemui pada mangsa dan kesan jejak yang ditemui amat berbeza dengan singa.

Mngwa [2]
Gambar hiasan.

Kemudian makhluk ini sekali lagi diperkatakan pada tahun 1954 dalam buku tulisan Frank W. Lane. Lane menemuramah Patrick Bowen, seorang pemburu yang pernah menjejaki Mngwa dan mendakwa pernah menemui beberapa kesan tapak kaki haiwan ini.

Kesan jejaknya digambarkan menyerupai jejak harimau bintang cuma saiznya lebih besar. Lane menyatakan didalam bukunya bahawa beliau juga tidak menolak pendapat bahawa kejadian serangan ke atas manusia yang dikaitkan dengan serangan beruang Nandi sekitar abad ke 19 sebenarnya adalah angkara Mngwa.

Mngwa dikatakan mungkin sebenarnya berasal dari spesis 'African Golden Cat'. Bezanya, cuma haiwan ini berwarna kelabu dan ramai yang mencadangkan Mngwa berkemungkinan hanyalah spesis yang abnormal dari segi warna.

Walaupun sehingga kini ia hanyalah sekadar mitos dan masih tiada sebarang bukti kukuh mengenai kewujudannya, ramai yang tidak menolak kemungkinan bahawa spesis ini benar-benar wujud dan hanya belum ditemui habitatnya memandangkan jelas secara fakta bahawa hutan safari Afrika sangatlah luas.

BACA INI JUGA: Misteri Batu Besar Yang Bergerak Sendiri

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, March 08, 2015

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Harun Salim Bachik, 55, pelakon dan pelawak terkenal, meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak, jam 5 petang, 8 Mac 2015.

Harun Salim Bachik

Berita itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi untuk mengesahkan kesahihan khabar duka tersebut.

Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

Pada ketika ini, punca kematian belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, sebelum ini Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak lima tahun lalu.

Al-Fatihah..

BACA INI JUGA: Pelbagai Cara Kematian Yang Sangat Pelik

Sumber: Berita Harian Online

Tsar Bomba, Letupan Nuklear Paling Kuat!

Tsar Bomba, Letupan Nuklear Paling Kuat!

Tahukah anda letupan ujian nuklear paling kuat yang pernah dijalankan dalam sejarah ketenteraan tamadun manusia moden?

Tsar-Bomba-Cloud

Tatkala dunia dikuasai oleh pemerintahan bipolar (Soviet vs Amerika), berlakunya kerancakan dalam pelbagai bidang seperti space race, arms race, tidak terkecuali perlumbaan mencipta senjata nuklear.

Bermula dengan Trinity test oleh Amerika pada Julai 1945, maka muncullah pelbagai ujian yang dilakukan oleh beberapa negara seperti Soviet, United Kingdom, China, Perancis, India, Pakistan dan Korea Utara.

Tsar Bomba merupakan nama bagi bom nuklear yang menghasilkan letupan terkuat sehingga ke hari ini.

Senjata nuklear pertama diletupkan sebagai ujian ialah di tapak Trinity pada 16 Julai 1945 oleh Amerika Syarikat, dengan hasil lebih kurang sama dengan 20 mega tan.

Bom hidrogen pertama, diberi nama kod Mike, diuji di atol Enewetak di Kepulauan Marshall pada 1 November 1952 (waktu tempatan), juga oleh Amerika Syarikat.

Ujian nuklear yang paling kuat sekali ialah Tsar Bomba, yang dijalankan oleh Kesatuan Soviet di Novaya Zemlya pada 30 Oktober 1961 dan masih kekal menjadi ujian nuklear paling kuat setakat ini.

Tsar_Bomba

Dengan kekuatan sebanyak 50 mega tan, ianya bersamaan 1,400 kali ganda kekuatan 2 bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki.

Kekuatan asal bagi bom ini adalah 100 mega tan, tetapi telah dikurangkan bagi mengurangkan nuclear fallout dan untuk mengelakkan pesawat yang menggugurkan bom ini turut terkena kesan secara langsung.

Bom seberat 27 tan dan sepanjang 8 meter ini digugurkan melalui payung terjun dari ketinggian 10.5 kilometer dan meletup pada ketinggian 4 kilometer.

Bola api (fireball) yang terhasil teramatlah besar, berdiameter 8 kilometer dan boleh dilihat sejauh hampir 1000 kilometer.

Mushroom cloud yang terbentuk selepas itu mencecah ketinggian 64 kilometer dengan ujian yang dilakukan dikawasan terpencil di Novaya Zemlya.

3rd degree burns

Kesannya, 3rd degree burns akan terhasil walaupun kita berada pada jarak 100 kilometer dari kawasan ujian.

Tingkap kaca pecah turut dilaporkan sejauh finland dan Norway.

Bulatan kecil dalam gambar adalah saiz letupan di Hiroshima dan Nagasaki. Lihat saiznya dan bandingkan dengan letupan Tsar Bomba.

BACA INI JUGA: Penemuan Epik Kuno Yang Menceritakan Perang Nuklear Pernah Terjadi!

-SENTIASAPANAS.COM

Video Prank Tercirit Dalam Lif Yang Sangat Lucu

Video Prank Tercirit Dalam Lif Yang Sangat Lucu

Video prank paling lucu tapi menjijikkan! Itulah yang digambarkan kepada mangsa ‘prank’ yang terkena cirit orang lain ketika berada di dalam sebuah lif.

Prank-dalam-lif

Kita yang menonton pasti ketawa sakan sebab bukan kita yang terkena.

Boleh naik berang barangkali kalau tidak kena masa dan tempat.

Mana tidaknya, siapa yang suka dengan najis kan?

Apa-apapun, video prank yang baru dimuat naik lima hari itu sudah mencecah enam juta tontonan.

Tonton video asal di youtube.

Atau jom kita tengok video dibawah!


BACA INI JUGA: Video Peninju Profesional Belasah Samseng Rusia

sumber: mynewshub

Saturday, March 07, 2015

Pokok Pelik Di Afrika Yang Mengeluarkan Darah

Pokok Pelik Di Afrika Yang Mengeluarkan Darah

Pokok pelik yang mengeluarkan darah jika ditebang atau dipotong memang benar-benar wujud.

Pterocarpus Angolensis

Pterocarpus Angolensis itulah nama sains bagi pokok berdarah ini. Pokok yang biasa di sebut dengan pokok Jati bila di Malaysia memiliki nama khusus di Afrika Selatan iaitu Pokok Kiaat atau Pokok Mukwa atau Pokok Muninga.

Namun, tidak semua penduduk Afrika Selatan menyebut pokok berdarah ini dengan sebutan Pokok Kiaat atau Pokok Mukwa. Sebilangan penduduk menyebut pokok ni dengan sebutan The Bloodwood atau "Pokok Berdarah".

Pokok ini dinamakan dengan nama seram kerana getah pokok ini menyerupai bentuk darah manusia ketika ditebang.

Pokok ini akan mengeluarkan getah seperti nanah ketika ditebang malah ketika rantingnya dipatahkan ssahaja pun.

Walaupun pokok ini kelihatan 'mengerikan' dari segi namanya, namun getah pokok ini kononnya boleh digunakan sebagai ubat.

Pterocarpus Angolensis [2]

Biasanya warga Afrika Selatan memanfaatkan getah pokok berdarah ini untuk mengubati kudis, kurap, sakit mata, malaria, demam Blackwater, sakit perut malah dikatakan getah pokok berdarah ini juga boleh  meningkatkan susu ibu yang sedang menyusukan anak.

Ada juga yang memanfaatkan getah pokok berdarah ini untuk kosmetik, hiasan dan sebagai pewarna pakaian.

Sebenarnya pokok berdarah ini tidak jauh bezanya dengan Pokok Jati yang ada di Malaysia.

Pokok Berdarah ini juga biasanya dimanfaatkan dalam industri marbel untuk membina rumah dan bangunan, kerana pokok berdarah cukup kuat dan tahan lama.

BACA INI JUGA: Kisah Pelik 'Peter The Wild Boy'

Sumber: Zamrispoon.blogspot.com

Asal Usul Kuih Popia

Asal Usul Kuih Popia

Pada November 2007, segelintir masyarakat di Indonesia telah menuduh Malaysia mengambil tarian barongan yang dikatakan berasal dari Indonesia dan menjadikannya sebagai tarian tempatan.

Kuih-popia-goreng

Tuduhan itu telah menyebabkan satu siri tunjuk perasaan diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Malaysia bagaimanapun menegaskan tidak pernah mendakwa tarian itu sebagai tarian tempatan biarpun ia wujud dalam kalangan masyarakat Jawa yang menetap di Johor dan Selangor.

Terbaru, sekumpulan aktivis dari Indonesia telah mengadakan demonstrasi di lokasi sama bagi menuntut kerajaan Malaysia supaya tidak menjadikan kuih popia sebagai makanan warisan negara ini.

Tuntutan itu dibuat oleh aktivis yang dikenali sebagai Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi) selepas mendakwa popia atau dikenali sebagai lunpia merupakan makanan khusus dari Semarang, Jawa Tengah.

Penyelarasnya, Rahmulyo Adiwibowo berkata, Formasbudi mengambil langkah tersebut supaya popia Semarang tidak didakwa sebagai milik negara Malaysia.

"Kerajaan Indonesia perlu mengambil langkah awal agar popia tidak diambil Malaysia, caranya adalah dengan menetapkan ia (popia) sebagai warisan budaya nasional.

"Jangan sampai popia menerima nasib seperti produk kebudayaan lain termasuk batik, rendang dan lagu Rasa Sayang. Pemerintah perlu mengambil langkah pencegahan," katanya yang dipetik menerusi portal berita Indonesia, Skalanews.com baru-baru ini.

Tambahnya pada 17 Oktober 2014, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia telah menetapkan lunpia Semarang sebagai warisan budaya nasional.

Sehubungan itu, dia memberitahu, Pejabat Kebudayaan dan Pariwisata Provinsi Jawa Tengah akan menyampaikan usul kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) agar Lunpia Semarang diiktiraf sebagai warisan budaya dunia yang berasal dari Indonesia.

Dalam pada itu, Rahmulyo mendakwa, lunpia diasaskan oleh Tjoa Thay Joe, seorang lelaki keturunan Cina yang menetap di Semarang yang kemudiannya telah bernikah dengan seorang wanita tempatan bernama Mbok Wasi pada tahun 1870.

Sementara itu, cef selebriti terkemuka, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali Cef Wan berkata, tidak ada mana-mana negara yang boleh mendakwa popia sebagai makanan eksklusif mereka kerana kuih itu terdapat di seluruh dunia.

Pelbagai versi

Katanya, China adalah negara yang paling layak mendakwa kuih itu berasal dari negara mereka kerana pembuatan popia atau spring roll sudah wujud sejak beratus tahun lamanya dari negara mereka.

"Begitu juga dengan Filipina, Poland, Thailand dan Vietnam, kesemua negara ini ada versi popia mereka yang tersendiri termasuk di Mexico yang lebih dikenali dengan nama Chimicanga," jelasnya yang dipetik menerusi Instagramnya.

Tambah beliau, mereka yang membuat tuntutan tersebut tidak pernah keluar dari negara sendiri untuk melihat popia yang disediakan melalui pelbagai versi di seluruh pelosok dunia.

Seorang lagi cef selebriti, Datuk Ismail Ahmad atau Cef Ismail berkata, tuntutan segelintir masyarakat Indonesia yang mendakwa popia berasal dari negara mereka adalah tidak masuk akal kerana setiap popia dihidangkan dengan cara berbeza mengikut negara, masyarakat dan budaya.

"Mengapa hanya Malaysia dijadikan sasaran aktivis berkenaan sedangkan berdasarkan bentuk, isi dan cara membuatnya sudah menunjukkan popia Malaysia amat berlainan dengan lunpia Semarang.

"Jadi tidak adil untuk mengaitkan popia hanya milik Indonesia lebih-lebih lagi China dan beberapa negara lain turut memiliki kuih tersebut," katanya.

Persamaan budaya

Sebelum ini, kuih popia telah diwartakan sebagai makanan warisan negara menerusi Akta Warisan 2005 bersama pelbagai makanan lain seperti nasi dagang, teh tarik serta roti canai.

Sementara itu, Ketua Dewan Perwakilan Indonesia, Irman Gusman berkata, demonstrasi yang diadakan di Jakarta itu dibuat sekadar ingin memperkenalkan kuih lumpia Semarang sebagai makanan warisan republik berkenaan.

"Isu popia ini bagai masalah adik-beradik yang melibatkan hal-hal kecil sahaja dan langsung tidak memberi masalah kerana selepas itu kita akan berbaik semula.

"Ia tidak harus diperbesarkan kerana tidak akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara ini," ujarnya.

Tambahnya, Indonesia dan Malaysia mempunyai hubungan kebudayaan yang rapat, jadi sudah tentu terdapat persamaan dalam beberapa perkara.

Resepi Kuih Popia

Bahan-bahan:
  • 300 gram udang kering
  • bawah merah (ikut suka) ditumbuk
  • serbuk cili kering (ikut suka)
  • air asam jawa (ikut suka)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam, gula & serbuk perasa (secukup rasa)
  • resipi ni perlu guna gula lebih sedikit
  • Kulit popia

Cara-cara:

1) Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus.

2)Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.

3) Masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul hingga udang agak kering.

4) Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul-ketul.

5) Cara membungkus popia: Kulit popia dipotong segi 4 dan bungkus macam popia biasa. Atas potong segi empat panjang, isi udang ditengah dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali (macam simpul tali kasut).

6) Goreng guna minyak yang banyak. Kalau bungkus cara popia biasa, masa menggoreng api kena perlahan. Kalau tak popia akan liat di bahagian dalam. Kalau jenis yang 1 lagi tu, api sederhana tapi kena jaga-jaga sebab mudah hangus.

Tips: Tutup kulit popia yang belum dibungkus dengan kain untuk elakkan kulit popia jadi keras.

Tenangkan hati dengan memakan kuih popia yang sedap. Selamat mencuba..;)

BACA INI JUGA: Kaedah Dan Pemakanan Untuk Kecerdasan Minda

Sumber: Kosmo.com.my

5 Cara Menjadi Kaya Walaupun Makan Gaji

5 Cara Menjadi Kaya Walaupun Makan Gaji

Antara perkara penting untuk dilakukan sebelum menjadi kaya, kita tetapkan apakah maksud kaya pada definisi kita.

Makan-gaji

Contoh, andai menjadi jutawan, maksud jutawan bagi saya adalah mempunyai simpanan RM1 juta dalam akaun Tabung Haji.

Menjadi kaya dengan makan gaji bukanlah sesuatu yang mustahil apabila kita ada ilmu. Ada antara ikon yang menjadi jutawan hanya dengan makan gaji.

Walaupun begitu, ada caranya selain hanya bergantung dengan gaji sedia ada.

Dengan adanya matlamat itu, maka akan lebih mudah untuk kita rancang apa yang perlu untuk sampai ke arah matlamat itu.

Ramai antara kita yang nak jadi kaya, dan jutawan. Namun mereka tidak tetapkan apakah definisi kaya dan jutawan itu bagi mereka.

Hasilnya sampai bila-bila mereka tidaka akan capai kekayaan dan taraf jutawan. Oleh sebab, mereka tidak tetapkan apakah takrifan kekayaan dan jutawan pada diri mereka.

Justeru, sebelum mengambil keputusan dan berimpian menjadi jutawan, tetapkan matlamat, apakah definisi jutawan pada kita.

Sama juga apabila kita tetapkan matlamat nak jadi kaya. Kaya yang bagaimana?

Memadai tetapkan satu matlamat utama sahaja supaya kita tidak pening dan boleh fokus pada matlamat itu. Seperti, jutawan pada saya adalah apabila saya ada RM1 juta dalam akaun Tabung Haji.

Dengan menetapkan matlamat, maka mulai sekarang, dalam apa sahaja perancangan, kita akan fokus matlamat itu. Berikut dikongsikan 5 cara menjadi kaya dengan makan gaji.

1. Ada pendapatan pasif

Penulis buku Rich Dad, Poor Dad, Robert T Kiyosaki menyatakan ramai orang kaya di dunia ini mencapai kebebasan kewangan melalui pendapatan pasif.

Maksud pendapatan pasif dalam bahasa mudah adalah, duit masuk tanpa kita perlu bekerja untuknya.

Contoh pendapatan pasif adalah membeli rumah, dan menyewakannya kepada orang lain. Kita sebagai pemilik rumah akan dapat sewa pada tiap bulan tanpa kita perlu bekerja untuk perkara itu.

Berbanding pendapatan aktif seperti menjadi seorang pereka grafik. KIta perlu buat rekaan untuk pelanggan. Hanya dengan cara itu, kita akan dapat duit.

Pelanggan bayar, kita mulakan kerja dan hantar kepada mereka.

Ia memakan tenaga, wang, masa dan energi. Pendapatan pasif juga boleh ditakrifkan, kerja sekali, untung berkali-kali.

Seperti menjual ebook. Penulis ebook hanya perlu buat kerja pada sesuatu masa sahaja iaitu kerja-kerja menulis, terbit dan lancarkan.

Namun, mereka akan dapat keuntungan selagi ebook itu ada jualan walau setelah beberapa tahun.

2. Mencari kerja dengan pendapatan tanpa batasan

Tuan Mahadi BZ merupakan antara ikon yang kita boleh ikuti andai mahu bekerja dengan pendapatan tanpa batasan, iaitu sebagai perunding amanah saham (unit trust).

Walau sekarang beliau adalah jutawan amanah saham, beliau tetap bekerja di bawah sebuah syarikat iaitu bank CIMB. Cara beliau yang kita boleh adaptasi adalah kita membina empayar melalui pembinaan tim untuk orang lain serta sebagai perunding amanah saham.

Contoh lain, kita bekerjasama dengan pemilik bisnes produk A. Kita bina tim yang bantu tingkatkan jualan. Tidak mengapa andai kita perlu berkongsi keuntungan.

Asalkan kita turut dapat membina pendapatan tanpa batasan apabila tim kita dapat buat untung bersih yang tinggi pada tiap bulan.

3. Hidup di bawah kemampuan

“Jangan ikut orang.”

Itu antara syarat ketat untuk menjadi kaya dengan makan gaji. Adakalanya kerana mengikut trend sedia ada, kita jadi pak turut supaya tidak ketinggalan.

Contoh, trend graduan beli kereta dengan gaji pertama, kita jadi pak turut untuk mengikuti perkara itu.

Sedangkan kita sedar, kita belum mampu memiliki kereta dengan gaji sedia ada. Tidak mengapa andai menaiki kenderaan awam, itulah perkara yang maksima kita mampu.

Tetapkan matlamat simpan berapa. Antara cara orang kaya adalah mereka simpan dulu, baru belanja. Ia dikongsikan oleh Mekanik Kewangan, Abang Abu.

Pemikiran dan jiwa kita akan berbeza apabila kita ada simpanan wang yang banyak. Bayangkan antara kita ada simpanan RM4 dengan RM4,000, apa perasaan dan pemikiran kita ketika itu?

Pasti berbeza. Justeru, sentiasa muhasabah supaya kita lihat poket sendiri. Fikirkan redha Allah berbanding tanggapan manusia.

“Hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang.” (Surah Ar Raad: 28)

4. Kurangkan perbelanjaan

Berbalik kepada prinsip ‘tengok poket sendiri’. Jangan kerana nak ikut orang dan nak orang tengok kita hebat dan poket lebat, kita buat-buat poket lebat.

Penting untuk kita ada integriti (pegangan) yang kita hanya belanja saat perlu bukan mahu.

“If you buy things you do not need, soon you will have to sell things you need.” – Warren Buffett

Pernah berlaku, saat kita rasa kita beli benda yang kita mahu, suatu hari kita sedar ia bukan yang kita perlu. Dan ia hanya menjadi barang yang menyemakkan rumah kita dan kita tak guna.

Oleh sebab itu, penting tapis sehingga 3 kali sebelum mahu ambil sesuatu barang yang kita tidak perlu. Banyakkan istighfar supaya kita tidak ikutkan nafsu ketika berbelanja.

Insya-Allah didorongkan Allah membeli yang sepatutnya.

5. Berkuli dengan pemilik bisnes

Hampir sama dengan cara ketiga. Dengan berkuli dengan pemilik bisnes, antaranya kita akan dapat pengalaman dan mengetahui selok-belok dalam bisnes itu.

Kita juga akan dapat tahu bagaimana seseorang pemilik bisnes mengetuai timnya dalam membangunkan empayar perniagaan mereka.

Walau ketika itu kita mungkin makan gaji, tidak mustahil dengan pengalaman bekerja bersama mereka, kita dapat bangunkan perniagaan sendiri.

Di samping, andai kita lakukan yang terbaik sebagai pekerja walau tukang hantar barang, mereka lihat ada potensi dan suka cara kita bekerja, kita bakal dinaiktaraf menjadi rakan bisnes mereka.

Namun jangan berharap. Buktikan kepada mereka melalui tindakan tanpa perkataan. Adakalanya mereka tidak kelihatan seperti memerhati.

Namun dalam diam kebiasaannya pemilik bisnes akan mencari pekerja yang boleh dijadikan rakan bisnes.

Insya-Allah apabila dipraktikkan walau hanya satu daripada cara di atas, kita mampu menjadi kaya, mempunyai pendapatan lebih daripada gaji sedia ada. Kerana hakikatnya, kita tidak boleh bergantung kepada gaji semata-mata.

Penting ada exit plan untuk kehidupan kita 20 – 30 tahun akan datang. Kita boleh adaptasi daripada petikan hadis di bawah,

Dalam sebuah riwayat disebutkan Abdullah bin Umar ra. mengabarkan, “Aku sedang duduk bersama Rasulullah SAW tatkala datang seorang lelaki dari kalangan Anshar.

Ia mengucapkan salam kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu berkata, ‘Ya Rasulullah, mukmin manakah yang paling utama?’ Beliau menjawab, ‘Yang paling baik akhlaknya di antara mereka.’

‘Lalu Mukmin manakah yang paling cerdas?’ tanya lelaki itu lagi. Beliau menjawab: “Orang yang paling banyak mengingat mati dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati. Mereka itulah orang-orang yang cerdas. ” (Hadis Riwayat Ibnu Majah no. 4259, dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 1384)

Ia bermaksud, kita pandang jauh ke hadapan supaya kita bersiap di masa sekarang.

BACA INI JUGA: Adakah Anda Memiliki 6 Ciri-ciri Seorang Jutawan?

Sumber: Majalahniaga

Friday, March 06, 2015

Bukti Dr Asri Tidak Layak Jadi Mufti Perlis

Bukti Dr Asri Tidak Layak Jadi Mufti Perlis

Siapa tak kenal dengan Dr Asri atau lebih dikenali sebagai Dr.MAZA. Beliau,memang suka bercanggah pendapat dengan para ilmuan Islam yang lain.

Zamihan
Gambar hiasan. 

Kerana beliau mahu membuktikan bahawa beliau antara yang paling ‘terer’ dan hebat dalam kumpulan tersebut.

Beliau mempertikaikan Ustaz Kazim kononnya membawa riwayat palsu. Apakah beliau lupa semasa beliau menjadi Ilmuan Islam ‘bebas’, beliau secara jelas dan berulang kali mengunakan hadis palsu untuk kepentingan politik.

Lihat bagaimana beliau menghalalkan perbuatan pihak tertentu dengan mengunakan hadis palsu:
  • guna hadith jiran untuk halalkan demonstrasi
  • guna istilah simbolik untuk halalkan Candle Light Vigil
  • guna dalil untuk halalkan kondem pemerintah secara terbuka
  • guna kias untuk halal babi
  • guna kias untuk halal arak
  • guna dalil akal untuk halal salam lelaki perempuan
  • guna “pandangan demokrasi” untuk hina Islam dan puji kafir dalam hanya masalah tak susun selipar
  • guna dalil akal untuk haramkan hukuman rejam
  • guna dalil hak rakyat untuk halal fitnah pemerintah
  • guna dalil hak rakyat utk dan menyamakan kerajaan dengan babi
  • seleweng ayat al-quran untuk mengecop ulama kerajaan yang tidak sependapat sebagai anjing (sumber: https://www.facebook.com/abuaqifstudio)

Apakah senarai diatas ini bukan hadis palsu untuk menghalalkan cara?

Jika Ustaz Kazim dihukum kononnya amal riwayat atau hadis palsu, bagaimana dengan beliau sendiri.

Apakah Mufti Perlis aka Dr.MAZA tidak takut dengan hukum dan ancaman dari Allah?

Apa alasan Dr.MAZA pula dengan semua kenyataan hadis palsu yang beliau pernah keluarkan sendiri?

Penulis harap Dr.MAZA tak ‘double standart’ la ya.. hukum tetap hukum walaupun diri sendiri yang bersalah.

Kalau tak, itu membuktikan bahawa dirinya tidak layak menjadi menjadi Mutfi Perlis.

Nak juga tunggu tengok apa tindakannya selepas ini?

BACA INI JUGA: Video Cara Pelik Puak Syiah Bersolat

Sumber: MYKMU.NET