Monday, March 02, 2015

Salar de Uyuni, Keindahannya Seumpama 'Syurga Di Bumi'

Salar de Uyuni, Keindahannya Seumpama 'Syurga Di Bumi'

Salar de Uyuni yang terletak di barat daya Bolivia di bandar Potosi sememangnya layak digelar “syurga di bumi”.

Salar de Uyuni

Padang pasir di Bolivia, Amerika Selatan ini sangat berbeza dengan padang pasir di tempat lain.

Salar de Uyuni meliputi keluasan 6,805 kilometer dan ketinggian lebih daripada 3,048 meter di atas aras laut.

Awan gebu, berpusar di langit seolah-olah kita boleh menyentuhnya. Warna langit biru yang berbeza pula menarik perhatian kita.

Lebih istimewa apabila membuatkan penglihatan kita begitu ajaib apabila garam lembap dengan permukaan rata telah menjadi seolah-olah seperti sebuah cermin yang besar.

Ia mewujudkan ilusi seperti bumi dan langit bersambung dan tiada sempadan.

Kesan imej itu dihasilkan oleh kristal yang berkilauan di atas garam yang rata seperti di atas permukaan cermin.

Ini kerana Salar de Uyuni mempunyai kepekatan garam terbesar berbanding di tempat lain.

Salar de Uyuni ini terbentuk dari perubahan danau sejak zaman prasejarah lagi. Kini, danau ditutupi kerak garam.

Jika anda merancang melawat Salar de Uyuni, dicadangkan ke sana pada bulan Mei dan November kerana ia cuaca panas di mana sesuai untuk dilawati berbanding musim hujan yang akan menghadkan pilihan pengangkutan yang sedia ada.

BACA INI JUGA: 7 Keajaiban Baru Alam Semulajadi Dunia

Salar de Uyuni [2]
Salar de Uyuni [3]
Salar de Uyuni [4]

Sumber: Thevocket.com

Blog Terbaik Malaysia Februari 2015

Blog Terbaik Malaysia Februari 2015

Jika anda tercari-cari senarai blog terbaik di Malaysia sepanjang Februari yang baru berlalu, dibawah ini merupakan jawapan yang anda cari.

Blog terbaik Malaysia

Entri ini sebenarnya merupakan penghargaan SP buat Top Commentator (KOMENTAR SAHABAT SEJATI BULAN INI), rakan-rakan blogger yang sentiasa sudi dan tidak sombong berkomentar di blog SENTIASAPANAS.COM yang tidak seberapa ini sepanjang bulan Februari 2015.

SP sertakan di bawah, senarai sebilangan kecil dari sekian ribu blogger-blogger mesra Malaysia dan para pembaca sekalian dijemput untuk melawat ke blog mereka kerana tersangat banyak informasi yang boleh dibaca disitu.

Blog-blog ini mungkin bukan yang terbaik di Malaysia, tapi bagi SP mereka antara yang terbaik..

Dan sekalipun sebahagian blog ini tidak tersenarai dalam kontes Malaysia Best Blog 2015, mereka merupakan Malaysia best blog Februari 2015 di blog SP..:)

Selain itu, pembaca juga dijemput membaca blog rakan-rakan blogger yang tidak tersenarai disini tapi ada tersenarai diruangan BLOGLIST. Blog mereka juga cukup bernilai untuk dibaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan.

Dikesempatan ini juga SP memohon maaf kerana tidak mampu melayan komentar para pembaca dan blogwalking yang kurang berjalan dengan lancar.

Buat para pembaca dan pengunjung yang sudi dan selalu bertandang, SP ucapan jutaan terima kasih. Tanpa anda siapalah KAMI..

Buat rakan-rakan blogger yang tidak tersenarai, ucapan terima kasih seikhlasnya SP ucapkan.

Untuk semua, semoga Allah membalas seribu kali kebaikan buat anda sekalian. Amiin..

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA FEBRUARI 2015
Semoga memberi manfaat. BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Sunday, March 01, 2015

Semakan Keputusan SPM 2014 Secara Online Dan SMS

Semakan Keputusan SPM 2014 Secara Online Dan SMS

Panduan Cara Semak Keputusan SPM 2014 Melalui SMS. Semakan keputusan SPM 2014 boleh dibuat pada 3 Mac 2015 berikutan tarikh rasmi keputusan SPM 2014 akan diumumkan dua minggu lebih awal daripada tahun sebelumnya.

Keputusan-spm-2014

Pemilihan tarikh tersebut bagi membolehkan pelajar mempunyai masa yang cukup untuk mendaftar dan menamatkan kursus pengajian pra universiti, asasi dan matrikulasi di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam masa yang ditetapkan sebelum melanjutkan pengajian ke dalam atau luar negara.

Berikut adalah maklumat untuk mendapatkan keputusan (result) SPM 2014 pada tarikh rasmi keputusan itu diumumkan nanti

Tarikh Dan Panduan Semakan Keputusan SPM 2014

Semak Keputusan SPM 2014 Melalui SMS

1. Lokasi: Calon boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu

2. Tarikh Dan Masa: 3 Mac 2015 / Mulai Jam 10 Pagi

3. Semakan Keputusan SPM 2014 Secara SMS: Calon-calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM menerusi Sistem Mesej Singkat mySMS dengan menaip format penghantaran mesej seperti berikut

Taip SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888

CONTOH: SPM 971403025778 KC007B067 hantar ke 15888

Anda akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan.

4. Semakan Keputusan SPM 2014 Secara Online: Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menyediakan aplikasi sistem semakan keputusan SPM secara atas talian (online)

BACA INI JUGA: Murid Bodoh Yang Mengubah Dunia!

Filem Pendek Dragon Ball Menentang Androids

Filem Pendek Dragon Ball Menentang Androids

Channel RobotUnderdog2 di Youtube telah membuat sesuatu yang sangat ohsem!

Dragon Ball Z

Mereka telah menghasilkan sebuah filem pendek Dragon Ball Z mengenai Gohan and Trunks di dalam pertarungan untuk survival menentang Androids.

Peminat-peminat Dragon Ball pasti teruja untuk menontonnya. Apatah lagi filem pendek ini dibiayai dan dihasilkan sepenuhnya oleh peminat.

Filem pendek ini lebih menarik berbanding dengan Dragon Ball Z: Evolution.

Dengan menggunakan kos yang rendah dan latihan yang baik, ia memberikan efek yang sangat baik.

Jalan ceritanya juga agak bagus. Mereka mengambil kisah Trunks dari masa hadapan bersama Gohan melawan No. 17 dan 18.

Pasti peminat Dragon Ball akan terimbau kembali zaman membaca komik lejen ini.

Kami rasa Fan-Made ini sungguh epik! Anda rasa bagaimana?

BACA INI JUGA: 10 Filem Blockbuster Wajib Tonton 2015



Sumber: Thevocket.com

Maharajas' Express, Perkhidmatan Keretapi Paling Mewah India

Maharajas' Express, Perkhidmatan Keretapi Paling Mewah India

Maharajas' Express, merupakan perkhidmatan kereta api paling mewah dan mahal di India dengan kapasiti 84 penumpang pada satu-satu masa.

Maharajas' Express

Kereta api ini dilengkapi 5 koc deluxe, 6 koc suite kecil, 2 koc suite besar dan satu koc kelas Presiden.

Kesemua bilik didalam koc ini dihiasi dengan cukup mewah sekali dan untuk koc suite dan presiden dilengkapi dengan tandas persendirian lengkap dengan tab mandi!

Bagi menunjukkan lagi kemewahan Maharajas' Express, ia turut dilengkapi 2 koc dewan makan yang dihias begitu indah.

Selain hiasan dalaman yang opulent, pihak Maharajas' Express turut menyediakan seorang butler bagi setiap bilik kelas presiden dan suite besar.

Kelengkapan skrin LCD dan internet jalur lebar juga disediakan.

Harga tiket Maharajas Express ialah diantar USD800-2500 sehari.

Termasuk dalam pakej mewah ini ialah perkhidmatan pemandu pelancong disetiap bandar keretapi ini berhenti.

Maharajas' Express ialah inisiatif kementerian pelancongan India bagi menarik pelancong kaya yang mahu mengembara keserata India dalam keadaan mewah dan selesa.

Kebanyakan yang menggunakan perkhidmatan ini adalah pelancong asing yang sanggup mengeluarkan RM9,081 hingga RM13,622 untuk program jelajah selama tujuh malam.

BACA INI JUGA: Tragedi Malang Lac Megantic

Maharajas' Express [2]
Maharajas' Express [3]
Maharajas' Express [4]
Maharajas' Express [5]

-SENTIASAPANAS.COM

Video Anak Anjing Comel Teruja Nampak Tuannya

Video Anak Anjing Comel Teruja Nampak Tuannya

Terlalu comel untuk tidak dikongsikan! Atas sebab itu kami paparkan video menunjukkan keterujaan seekor anak anjing yang diletakkan di bawah jagaan sementara bila melihat tuannya datang ini.

Anak-anjing-comel

Sudahlah berdiri bagai manusia, aksi anak anjing yang teruja ini amat mencuit hati dan dapat dilihat, makin menjadi-jadi bila nampak tuannya semakin hampir.

Tak hairanlah, video asal anak anjing ini telah mendapat lebih 7 juta tontonan sejak ia dikongsi 2 bulan lalu.

Bagaimanapun, di bawah ini kami kongsikan video yang memaparkan kualiti audio lebih jelas dan sudah dimasukkan muzik.

Lihat sendiri aksi anak anjing ini dan kami pasti senyuman akan melebar di bibir anda!

BACA INI JUGA: Air Liur Anjing Penyebab Kanser Payudara!


Sumber: Mynewshub.cc

Saturday, February 28, 2015

Filem Shahrukh Khan Dan Kajol Terus Ditayang Selepas 20 Tahun!

Filem Shahrukh Khan Dan Kajol Terus Ditayang Selepas 20 Tahun!

Siapa sangka, selepas lebih dua dekad ditayangkan di panggung wayang, sebuah filem masih mendapat permintaan untuk ditonton. Memang menakjubkan!

Dilwale Dulhania Le Jayenge

Inilah yang berlaku terhadap salah satu naskah paling popular yang masih mendapat permintaan ramai penduduk India iaitu filem lakonan pelakon terkenal Shahrukh Khan dan Kajol bertajuk Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ).

Menurut laporan satu portal antarabangsa, BBC News, panggung wayang di Mumbai telah menarik kembali notis menghentikan tayangan filem berkenaan setelah ia mendapat bantahan ramai pihak.

Sebelum ini, notis berhubung pemberhentian tayangan filem tersebut dibuat oleh Yash Raj Films, syarikat yang menerbitkan DDLJ setelah ia tidak mendatangkan keuntungan kepada pihaknya kerana jumlah penonton mula berkurangan.

Berdasarkan kenyataan dari pemilik panggung Maratha Mandir, pihaknya menerima ratusan panggilan dalam tempoh dua jam setelah notis berkenaan dikeluarkan.

“Selepas meletakkan pengumuman tersebut di luar panggung pada Selasa minggu lalu, kami menerima lebih 230 panggilan dalam masa dua jam daripada penonton yang tidak berpuas hati,”kata pemilik panggung itu, Manoj Desai.

“Kami bukan sahaja menerima panggilan dari Mumbai malah dari Delhi dan Ahmedabad. Kami juga menerima panggilan dari sebuah stesen radio di Dubai – Mereka berkata setiap kali warganegaranya datang ke India, mereka pasti akan menonton filem tersebut.

“Sememangnya kami tidak menjangkakan bakal menerima reaksi sebegini.”

Akibat dari ‘kekecewaan’ ramai penonton, syarikat penerbitan DDLJ menukar keputusannya untuk meneruskan tayangan filem tersebut.

Namun demikian, demi menjana kembali keuntungan, kedua-dua pihak iaitu penerbit dan panggung wayang bertindak merencanakan beberapa strategi seperti menukar waktu tayangan dan meningkatkan harga tiket.

Filem tersebut mencipta rekod apabila mengungguli carta dengan jumlah keseluruhan tayangan yang berlanjutan selama 1,009 minggu tanpa henti. Ia mula menemui penonton di pawagam Oktober 1995.

Nah, itulah penangan bagi karya yang digilai peminat seluruh dunia, kan? Lain pula senario filem Malaysia, minggu pertama tayangan lagi sudah ada ura-ura nak dihentikan kerana kutipan tak memberangsangkan.

Nasiblah ada Skim Wajib Tayang yang diperkenalkan oleh FINAS, dapat jugalah filem tersebut kekal di panggung selama 14 hari walaupun tak ada penonton.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Berapa Gaji Pertama Diterima Selebriti Terkenal Bollywood?



Sumber: Mynewshub.cc

Misteri Enchated River, Sungai Tanpa Dasar!

Misteri Enchated River, Sungai Tanpa Dasar!

Terletak di mindanao di Filipina, sebuah sungai yang jenih dan indah, sering menjadi pusat riadah orang ramai yang di panggil "enchated river" kerana misteri sungai ini aliran airnya tanpa sumber (tanpa hulu sungai) dan dikatakan juga sungai ini tanpa dasar.

Enchated River [6]

Menambahkan lagi misterinya, ada ketika musimnya kelihatan banyak ikan-ikan yang bermain di dalam sungai ini, ketika musim lainnya semua ikan ini akan hilang entah kemana.

Itulah antara sebab kenapa sungai ini di berikan nama "enchated river".

Enchated River
Enchated River [2]

Sebenarnya sungai ini mempunyai dasar di bahagian lainnya tetapi ada gua besar di bawah tanah yang menjadi sumber air yang tidak diketahui puncanya.

Enchated River [4]
Enchated River [5]

Beberapa penyelam pernah melakukan selaman untuk mengetahui punca sungai ini tetapi gagal untuk menyelam lebih dalam kerana gua semakin sempit dan terus ke dalam perut bumi dan itulah antara sebab mengapa sungai ini di gelar sungai tanpa dasar.

BACA INI JUGA: Selebriti Hollywood Yang Memiliki Pulau Sendiri

-Sentiasapanas.com

Aplikasi Maybank2u Quick Balance, Semak Baki Akaun Cara Pantas

Aplikasi Maybank2u Quick Balance, Semak Baki Akaun Cara Pantas

Maybank mempertingkatkan khidmat perbankan digitalnya menerusi pengenalan servis "Quick Balance" yang membolehkan pelanggan menyemak baki akaun pada bila-bila masa dan di mana saja menerusi peranti mudah alih.

Maybank2u Quick Balance

Servis itu yang juga kali pertama diperkenalkan di Malaysia menerusi aplikasi Maybank2u, direka untuk memberi nilai yang lebih baik terhadap perbankan mudah alih bank itu.

Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Malaysia, Hamirullah Boorhan, berkata Quick Balance bertujuan menambah kemudahan dalam laman digital untuk mengendalikan transaksi perbankan asas.

Semakan baki akaun adalah kemudahan yang paling kerap digunakan bagi hampir semua pelanggan yang mendaftar masuk Maybank2u.

"Dengan kemudahan Quick Balance, pelanggan diberikan laluan mudah untuk menyemak baki akaun tetapi bukan untuk mengendalikan transaksi lain dalam talian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Quick Balance bertujuan mendorong pertumbuhan perbankan digital Maybank dan diperkenalkan berikutan kejayaan pelancaran aplikasi Maybank2u yang menarik sejuta muat turun sejak 8 September 2014.

Untuk laluan ke Quick Balance, pelanggan hanya perlu mewujudkan nombor pengenalan peribadi (PIN) enam digit yang baharu dengan mendaftarkan mana-mana akaun simpanan, semasa atau kad kredit dan mereka boleh terus menyemak baki akaun.

Aplikasi itu boleh dimuat turun menerusi Apple Store dan Google Play Store.

BACA INI JUGA: Cara Melajukan Peranti Android Seperti Asal

Sumber:
http://www.bharian.com.my/node/36444

Friday, February 27, 2015

Gambaran Kecantikan Luarbiasa Bidadari Syurga

Gambaran Kecantikan Luarbiasa Bidadari Syurga

Ibnu Al-Qayyim menawan hati para pendengar dengan ucapannya ketika dia menggambarkan bidadari di dalam syurga sebagai berikut, "Jika engkau bertanya tentang para bidadari, maka ketahuilah bahawa mereka adalah gadis-gadis remaja yang sebaya.

Bidadari-syurga
Gambar hiasan.

Di dalam diri mereka mengalir ghairah dara muda. Pipi mereka seindah mawar dan buah epal. Tubuh mereka padat bagaikan buah delima. Tutur kata yang keluar dari mulut mereka bagaikan batu-batu permata yang teruntai. Kelembutan dan gemalainya sangat mempersonakan. Kalau tersenyum, giginya bersinar bagai sinar petir. Ketika bertemu kekasihnya, maka keduanya bagai matahari dan bulan.

Jika berbicara dengan kekasihnya, maka bagaimanakah bayanganmu ketika dua kekasih saling berbicara. Ketika memeluk kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan ketika dua dahan sedang berpelukan.

Keindahan badannya dapat dilihat dari pipinya, seperti keindahan cermin dapat dilihat kemilaunya. Betisnya sangat mempersonakan, dagingnya dapat terluhat kerana tidak terhalangi oleh kulit, tulang dan perhiasannya.

Andaikata bidadari menampilkan diri di dunia, maka bau harumnya akan semerbak antara langit dan bumi dan bumi dan mulut setiap orang akan mengucapkan kalimat tahlil, takbir dan tasbih kerana terpegun oleh keindahannya.

Keindahannya akan memperindahkan timur dan barat, keindahannya akan menjadikan mata orang menutup dari yang lain. Sinar wajahnya akan meredupkan cahaya matahari, seperti sinar matahari meredupkan cahaya bulan. Tudung yang menutupi kepalanya lebih bagus dari dunia dan seisinya. Keinginannya untuk menemui kekasihnya merupakan idola utama.

Dengan bertambahnya masa, tingginya tidak bertambah kecuali makin memperindah dan mempercantik. Makin bertambahnya masa, maka rasa kecintaan dan kecenderunganya kepada kekasihnya semakin bertambah.

Dia terbebas dari mengandung, beranak, haid dan nifas. Dia suci dari hingus, ludah. kencing, berak dan seluruh kekotoran.

Keremajaannya tidak pernah berkurang. Pakaiannya tidak pernah lusuh. Kecantikannya tidak pernah pudar. Keharuman baunya tidak pernah sima. Pandangan matanya hanya ditujukan bagi kekasihnya, bukan untuk yang lain, demikian pula kekasihnya.

Jika dipandang, maka dia menyenangkan hati yang memandangnya. Jika disuruh maka dia mentaatinya. Jika ditinggal pergi maka dia menjaga kepercayaan kekasihnya dan kesucian dirinya.

Dia belum pernah disentuh oleh manusia atau jin pada waktu sebelumnya. Setiap kali kekasihnya memandangnya, maka hatinya bergembira. Setiap kali berbicara dengannya, maka telinganya merasa sejuk oleh keindahan tutur katanya.

Jika dia tampil, maka cahayanya akan memenuhi istana dan kamarnya. Jika engkau bertanya tentang usianya, maka usianya sama dengan gadis remaja yang sebaya. Jika engkau bertanya tentang kecantikannya, maka kecantikannya sama dengan matahari dan bulan. Jika engkau bertanya tentang matanya, maka warna hitam dan putih bola matanya sangat mempesona.

Jika engkau bertanya tentang lekuk tubuhnya, maka engkau lihat bagai keindahan dalam pepohonan. Jika engkau tanya tentang kemontokan tubuhnya, maka bagai gadis remaja dan kelembutan kulitnya bagai buah delima. Jika engkau bertanya tentang warna kulitnya, maka dia bagai batu permata yaqut dan marjan. Jika engkau tanya tentang senyumannya maka dapat engkau bayangkan betapa mempesonanya ketika seorang bidadari tersenyum pada kekasihnya di dalam syurga.

Jika dia berpindah dari satu kamar ke kamar yang lain, dia bagaikan matahari yang berpindah-pindah. Jika dia berkenca dengan kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan betapa mesranya hubungan keduanya. Jika dia berpelukan dengan kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan betapa nikmatnya antara keduanya.

Pembicaraannya mempersonakan dan lugu bagai seorang yang tidak pernah membuat salah, Meskipun telah sangat lama duduk dengannya, tetapi masih dirasa kurang oleh teman duduknya. Jika dia bersenandung, maka betapa merdu suaranya.

Jika dia sedang berkencan dengan kekasihnya, maka betapa senangnya kesempatan itu, Jika engkau menciumnya, maka engkau rasa tidak ada yang lebih menyenangkan dari ciuman itu, Jika dia memberimu sesuatu, maka tidak ada yang lebih lazat dan lebih menyenangkan daripada pemberiannya.

(Ibnu Al-Qayyim, Hadiy Al-Arwah, dipetik daripada buku Qiyamullail-Rintihan Seorang Hamba Meraih Cinta Agung di sisi Rabb-Nya, karya Abdul Aziz Ismail)

BACA INI JUGA: Kecantikan Wanita Dari Pandangan Lelaki

Sumber: Akuhamba-allah.blogspot.com