Friday, February 27, 2015

Panduan Membeli Tayar Kereta, Jangan Sampai Tertipu!

Panduan Membeli Tayar Kereta, Jangan Sampai Tertipu!

Tayar merupakan bahagian yang paling penting pada setiap kenderaan. Tayar adalah satu-satunya bahagian yang menghubungkan antara kenderaan dan permukaan jalan.

Tukar-tayar
Gambar hiasan.

Justeru itu, setiap pemilik kenderaan perlulah memahami asas keselamatan dan pengetahuan mengenai tayar kenderaan mereka. Setiap tayar kenderaan dibekalkan dengan maklumat spesifikasi dan keselamatan pada dinding tayar tersebut.

Contohnya, seperti tarikh pembuatan, index berat, index kelajuan dan tanda amaran kehausan pada tayar.

Berapa ramai antara kita sedar akan maklumat ini? Jarang sekali kita bertanya perkara-perkara ini kepada penjual tayar ketika kita mahu mengganti tayar kenderaan kita.

Ramai pengguna di Malaysia tidak menyedari akan amaran ini pada tayar dan mereka berpendapat tayar hanya perlu diganti apabila bunganya sudah tiada atau dalam erti kata lain apabila tayar itu sudah botak.

Tidakkah mereka sedar bahawa penggunaan tayar sehingga botak sudah melepasi tanda paras amaran dan keadaan ini bakal mengundang bahaya pada mereka.

Tips mengesan kehausan tayar kereta

Tayar-haus

Untuk pengetahuan semua, apabila tayar sudah melepasi tanda paras amaran kehausan, tayar sudah tidak lagi mampu untuk memberi cengkaman pada setiap perjalanan dan ini boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan ketika memandu.

Pada kenderaan yang menggunakan sistem keselamatan ABS, keadaan tayar yang botak boleh menyebabkan kenderaan akan berhenti dalam jarak yang jauh ketika membuat brek kecemasan.

Kehausan tayar boleh terjadi atas beberapa faktor seperti penjajaran yang tidak betul, kerosakan penyerap hentak, permukaan jalan yang tidak elok/rata, cara pemanduan yang kasar, kerap membrek secara kuat atau pemanduan aggresif yang boleh menyebabkan tayar haus secara tidak sekata.

Bunga-tayar
Bunga-tayar [2]

Bagi tayar yang botak secara sekata pula adalah perkara biasa. Ia bergantung kepada jenis pacuan kenderaan.

Kereta pacuan hadapan akan mengalami kehausan tayar hadapan dengan lebih cepat.

Tarikh Pembuatan Tayar

Tarikh pembuatan juga adalah satu elemen yang penting yang perlu dititikberatkan oleh pengguna kenderaan ketika membuat pembelian tayar.

Kebanyakan pengilang tayar yang menghasilkan tayar hanya memberi jaminan ketahanan pada tayar antara 3-4 tahun sahaja.

Apabila ia melebihi tempoh yang dibenarkan, ia boleh mengundang bahaya seperti keretakan pada permukaan tayar dan tidak lagi mencengkam di jalan dengan sempurna kerana disebabkan oleh bahan getah yang sudah luput dan mengeras pada tayar.

Jadi berhati-hatilah memilih dan membeli tayar terpakai yang mudah didapati di pasaran.

Bagaimana handak mengetahuinya?

1709

Cuba lihat nombor seperti diatas (*1709*). Ada tanda asterisk pada permulaan dan hujung serial nombor ini (sesetengah tiada tanda asterisk).

2 digit pertama akan memberi tahu kita minggu ke berapa dalam tahun tersebut tayar ini dibuat (Dalam setahun kita ada 52 minggu).

Dua digit terakhir pula mewakili tahun tayar ini dibuat. Oleh itu, jika *1709* ia akan menunjukkan tayar ini dibuat pada minggu ke 17 dalam tahun 2009 iaitu bersamaan bulan April 2009.

Jadi sekirannya jaminan ketahanan pada tayar adalah antara 3-4 tahun, maka anda boleh mengagak atau membuat kiraan bila tarikh luput tayar tersebut.

Contohnya di sini, tayar ini akan luput pada April 2012 atau 2013. Sekiranya anda berjumpa ada kedai yang menjual tayar luar biasa murahnya, anda pastikan tarikh luput tayar tersebut. Mungkin tayar tersebut sudah hampir tarikh luput atau sudah pun luput.

Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita?

Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar: 175/70R13/82H
  • Lebar permukaan bawah tayar: 175 mm
  • Lebar permukaan sisi tayar: 70 mm
  • Jejari: R
  • Diameter rim: 13 inci
  • Indeks muatan dan symbol kelajuan: 82H
  • Indeks muatan 82: Tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
  • Simbol H: Kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h

Senarai Kod
  • S - 180 km/j
  • T - 190 km/j
  • U - 200 km/j
  • H - 210 km/j
  • V - 240 km/j
  • Z - Melebihi had laju 240 km/j
  • W - 270 km/j
  • Y - 300 km/j
  • ZR - Untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas

Berat Tampung Maksima Tayar

Setiap tayar yang dihasilkan dibekalkan dengan berat maksima yang boleh ditampung oleh setiap tayar. Apabila kenderaan kita melebihi berat tayar yang dibenarkan, ini boleh menyebabkan kenderaan terbabas dan risiko tayar meletup ketika pemanduan adalah tinggi.

Fahami Kelajuan Dibenarkan

Maklumat-Tayar-Kereta

Kelajuan setiap tayar adalah berbeza mengikut spesifikasi masing-masing dan adalah dinasihatkan kepada para pengguna kenderaan untuk memahami dahulu kelajuan yang dibenarkan oleh pengilang pada setiap tayar mereka.

Amat penting sekali mamahami kelajuan tayar kenderaan anda bagi mengelakkan sebarang kegelinciran tayar pada kelajuan yang melebihi spesifikasi yang dibenarkan dan keadaan ini boleh menyebabkan kenderaan anda hilang kawalan.

Semoga memberi manfaat dan dapat menambah pengetahuan anda semasa membeli tayar kenderaan anda.

BACA INI JUGA: Pilihan Model Kereta Kecil Terbaik Di Malaysia

Sumber: Iswadykamas

10 Wanita Muslim Paling Kaya Di Dunia

10 Wanita Muslim Paling Kaya Di Dunia

Senarai 10 wanita Muslim tercantik dan terkaya di dunia ini telah dilaporkan oleh Daily Bhaskar. Jom lihat siapakah wanita-wanita ini.

Ameera Al-Taweel

Ameera Al-Taweel

Puteri Arab Saudi, Ameera Al Taweel dilahirkan pada 6 November 1983. Beliau adalah isteri kepada Putera Al Waleed Bin Talal, salah seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi.

Suaminya Al Waleed, ahli perniagaan berusia 58 tahun, disenaraikan sebagai lelaki ke-26 terkaya dunia oleh majalah Forbes dengan nilai bersih lebih daripada $20-25 bilion.

Putera Al Waleed merupakan pengasas dan pemilik Kingdom Holding Company.

Lalla Salma


Puteri Lalla Salma dari Maghribi ini merupakan isteri kepada Raja Mohammed VI. Ibunya, seorang guru sekolah telah melahirkan Lalla pada 10 Mei 1978.

Walaupun bergelar sebagai "The First Lady" beliau tetap mengekalkan sifat rendah diri.

Kekayaan suaminya, Raja Mohammed VI, 50 dianggarkan kira-kira sebanyak $2.5 bilion.

Rania Al Abdullah


Permaisuri Jordan, Rania Al Abdullah dilahirkan pada 31 Ogos 1970 dan telah berkahwin dengan Putera Abdullah II. Suami beliau telah ditabalkan sebagai Raja Hashmite Kingdom of Jordan pada tahun 1999.

Majalah The Harpers dan Queen Magazine pernah menggelar Permaisuri Rania sebagai permaisuri tercantik pada tahun 2011.

Fathima Kulsum


Fathima Kulsum adalah isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad. Dia dilahirkan di dalam antara keluarga paling kaya di dunia.

Fathima dikatakan jarang sekali mendedahkan wajahnya sebelum ini. Namun, kini gambar wajahnya didapati telah banyak terdapat di internet.

Hafizah Sururul Bolkiah


Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah telah berkahwin dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini.

Anak perempuan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada 12 Mac 1980.

Bapanya pernah disenaraikan sebagai orang paling kaya di dunia pada tahun 1997 oleh Forbes.

Nur Zahirah


Permaisuri Terengganu, Sultanah Nur Zahirah adalah isteri kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1973. Keluarga beliau tidak pernah mendedahkan nilai aset yang mereka miliki.

Namun begitu, terdapat sumber mengatakan kekayaan mereka adalah hampir atau lebih daripada $15 bilion.

Sheikha Mozah


Sheikha Mozah telah dilahirkan pada tahun 1959 dan merupakan isteri kedua daripada tiga isteri Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.

Nilai bersih kekayaan Sheikh Hamad dianggarkan lebih daripada £7 bilion.

Negara yang mempunyai rizab minyak dan gas asli yang luas, Qatar adalah antara negara-negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di dunia, dan salah satu negara yang tidak mengenakan cukai pendapatan.

Sheikha Maitha Binti Mohammed


Sheikha Maitha dari Dubai dilahirkan pada 5 Mac1980. Dia merupakan anak perempuan kepada Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri serta Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga salah seorang raja berperlembagaan Dubai.

Sheika juga merupakan seorang atlet Taekwondo dan pernah memenangi pingat Perak pada Sukan Asia 2006 di Qatar. Kekayaan keluarganya dianggarkan lebih daripada $40 bilion.

Majeedah Nuurul Bolkiah

Anak keempat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada 16 Mac 1976. Puteri Majeedah, ibu kepada seorang anak lelaki, telah berkahwin dengan Khairul Khalil, seorang Pembantu Pegawai Eksekutif di Pejabat Perdana Menteri. Mereka berkahwin pada Jun 2007.

Sheikha Hanadi


Seorang pegawai bank, pelabur dan usahawan hartanah, Sheikha Hanadi merupakan salah seorang ahli perniagaan yang paling berjaya dalam sejarah ekonomi Qatar.

Selain daripada menjadi penasihat khas di Standard Chartered Bank, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi projek Al Waab City.

Hanadi juga adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Nasser bin Khaled Al Thani & Sons Group. Kekayaan keluarga Thani dianggarkan hampir $15 bilion.

Kagum? Mereka kaya samada disebabkan oleh bersuamikan orang (Muslim) paling kaya, datang dari keluarga Muslim kaya raya atau kerana kerjaya mereka.

Moga boleh dijadikan inspirasi untuk wanita-wanita lain

Sumber: hasrulhassan.com - Pakar SEO Malaysia

Thursday, February 26, 2015

10 Individu Paling Kaya Di Malaysia 2015

10 Individu Paling Kaya Di Malaysia 2015

Berikut merupakan senarai 10 billionaire di Malaysia dalam edisi terbaharu Forbes Asia, Malaysia's 50 Richest List.

Indicidu-Paling-kaya-Malaysia-2015

Senarai 10 individu paling kaya di Malaysia kali ini banyak dipengaruhi oleh faktor kejatuhan harga minyak dan nilai matawang ringgit di pasaran dunia sekarang.

10) Tan Sri Lee Oi Hian Dan Datuk Lee Hau Hian
Anggaran Aset: AS$1.5 bilion.

Tan Sri Lau Cho Kun yang juga taikun kelahiran Sabah, mencecah status bilionaire dan muncul individu ke-10 terkaya di Malaysia menerusi hasil perladangan dan perdagangan dengan nilai kekayaannya AS$1.5 bilion.

Beliau adalah pemegang saham terbesar dalam Hap Seng Consolidated Bhd.

9) Goh Peng Ooi
Anggaran Aset: AS$1.6 bilion

Kekayaan taikun perisian, Goh Peng Ooi meningkat kira-kira AS$450 juta kepada AS$1.6 bilion.

Firma miliknya, Silverlake Axis kini membekalkan perisian kewangan kepada 40 peratus bank di serata Asia Tenggara.

8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary
Anggaran Aset: AS$2.9 bilion

Pengerusi Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary masih kekal dalam senarai 10 individu terkaya di Malaysia, tetapi jatuh dua tangga berbanding kedudukan keenam tahun lalu. Sumber kekayaannya pelbagai, antaranya pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta kejuruteraan dan penjanaan kuasa.

7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay
Anggaran Aset: AS$3 bilion

Merupakan pengerusi YTL Corporation. Syarikatnya, YTL Corporation dikenali sebagai antara syarikat terbesar dan paling berjaya di Malaysia dalam pembinaan, utiliti, hotel, pembangunan hartanah dan teknologi.

6) Tan Sri Lee Shin Cheng
Anggaran Aset: AS$4.6 bilion

Lee Shin Cheng merupakan Ketua Esekutif IOI Corporation Berhad (atau lebih dikenali sebagai IOI Group).

Pada tahun 2008, beliau memetik bahawa hari paling gembira dalam hidupnya adalah apabila beliau memiliki Dunlop Estate.

Apabila ditanya mengapa, beliau berkata ianya sebuah cerita yang sangat menarik. Beliau membeli Dunlop Estate kerana pada lewat tahun 1960, Lee Shin Cheng memohon pekerjaan di Dunlop tetapi permohonan beliau telah ditolak.

Kami mengandaikan kisah ini seperti satu siri 'balas dendam' paling manis dalam kehidupan jutawan ini.

5) Tan Sri Teh Hong Piow
Anggaran Aset: AS$5.4 bilion

Tan Sri Teh Hong Piow adalah lambang kejayaan yang luar biasa. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang perbankan pada tahun 1950 sebagai kerani bank di Overseas-Chinese Banking Corporation Ltd. dan dinaikkan pangkat kepada pegawai bank dalam tempoh 5 tahun selepas itu.

Kemudian, beliau menyertai Malayan Banking Berhad sebagai Pengurus Bank pada tahun 1960, dan dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar pada usia 34 tahun.

Tan Sri Teh meninggalkan Malayan Banking pada tahun 1966 untuk memulakan Public Bank.

Selebihnya adalah sejarahnya yang gilang-gemilang.

4) Tan Sri Lim Kok Thay
Anggaran Aset: AS$5.5 bilion

Taikun kasino Tan Sri Lim Kok Thay daripada Genting Group menduduki tempat keempat dengan kekayaan bernilai AS$5.5 bilion, merosot daripada AS$6.5 bilion tahun lalu berikutan penyederhanaan ekonomi China yang menjejaskan sektor perjudian dan hiburan rantau ini.

3) Tan Sri Quek Leng Chan
Anggaran Aset: AS$5.6 bilion

Tan Sri Quek Leng Chan berganjak ke tempat ketiga daripada keempat sebelum ini, walaupun kekayaannya susut sebanyak AS$800 juta bagi tempoh setahun lalu kepada AS$5.6 bilion.

Beliau yang memiliki Hong Leong Co, mempunyai kepentingan dalam pelbagai sektor daripada makanan kepada kewangan selain pelaburan dalam sektor minyak dan gas (O&G) serta pegangan dalam firma Indonesia Samudra Energy, syarikat Malaysia Scomi Energy Services, Alam Maritim Resources dan firma Singapura, Ezion yang menjadi pembekal sokongan untuk perkapalan dan telaga minyak.

2) Tan Sri Ananda Krishnan
Anggaran Aset: AS$9.7 bilion

Nilai kekayaan taikun telekomunikasi ini turut susut sebanyak AS$1.6 bilion kepada AS$9.7 bilion, sebahagiannya akibat kejatuhan saham Bumi Armada yang juga syarikat perkhidmatan telaga minyak luar pesisir. Aset telekomunikasi mewakili separuh kekayaannya menerusi pemilikannya dalam Maxis.

Tan Sri Tatparanandam Ananda Krishnan adalah seorang ahli perniagaan dan dermawan Malaysia yanG susur galurnya berasal dari Tamil Sri Lanka.

Dengan nama timangan A-K, kekayaan nilai bersih yang dimilikinya menjadikan beliau sebagai orang kedua terkaya selepas rakannya Robert Kuok.

Beliau mula popular di arena perniagaan dan korporat pada tahun 1990 apabila beliau mula membina legasi multimedia yang kini terdiri daripada beberapa buah syarikat telekomunikasi - Maxis Communications dan MEASAT Broadcast Network System.

Satu lagi fakta menarik, satu-satunya anak lelaki beliau adalah seorang sami Buddha di Thailand.

1) Tan Sri Robert Kuok
Anggaran Aset: AS$11.3 bilion

Tan Sri Robert Kuok yang menjalankan perniagaan pelbagai termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan terus mengungguli kedudukan teratas bagi tahun ke-10 berturut-turut.

Nilai kekayaan beliau bagaimanapun menyusut AS$200 juta kepada AS$11.3 bilion (RM40.8 bilion). Menurut Forbes, Kuok Group menguasai beberapa syarikat yang tersenarai di Hong Kong, Malaysia serta Singapura.

Tan Sri Robert Kuok merupakan seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang amat berpengaruh di Malaysia.

Walaubagaimanapun, selain daripada kekayaannya, kehidupan Kuok kekal privasi. Beliau turut digambarkan sebagai seorang yang tidak menggemari media dan kebanyakan daripada perniagaannya dimiliki dan diuruskan secara peribadi oleh beliau sendiri atau ahli keluarganya.

Kuok mempunyai pelbagai jenis perniagaan yang terdiri daripada perladangan tebu (Perlis Plantations Bhd), pengilangan gula, tepung, ternakan dan pemakanan haiwan, minyak, perlombongan, kewangan, hotel, hartanah, perdagangan, pengangkutan dan penerbitan.

Sehingga kini, sumber kekayaan terbesar beliau adalah pegangan saham dalam Wilmar International, syarikat minyak kelapa sawit terbesar di dunia.

Dan jika difikirkan, segalanya bermula hanya dengan perladangan tebu!

Penutup

Antara syarat untuk tersenarai tahun ini adalah pemilikan kekayaan minimum AS$240 juta (RM866 juta), meningkat daripada AS$220 juta (RM794 juta).

Senarai penuh boleh diperolehi di www.forbes.com/malaysia

Teringat kisah sahabat Nabi, Saidina Abu Bakar a.s yang kaya raya telah memberi segala harta bendanya untuk perjuangan agama sehingga yang tinggal baginya hanya dua, Allah dan Rasulullah SAW.

BACA INI JUGA: Benarkah Imaginasi Mampu Menarik Kekayaan?

Makna Disebalik Tatu Zlatan Ibrahimovic

Makna Disebalik Tatu Zlatan Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic meraikan jaringan keduanya di Parc des Princes, beberapa minggu lalu dengan menanggalkan jersi Paris Saint-Germain yang mendedahkan nama 50 orang paling dekat dengan hatinya.

Tatu-Zlatan-Ibrahimovic [2]

Disebabkan itu dia dilayangkan kad kuning oleh pengadil Franck Schneider dan terlepas perlawanan Ligue One dengan Monaco.

Namun, tahukah anda semua makna disebalik semua tatu pada badan Zlatan Ibrahimovictersebut?

Tatu-Zlatan-Ibrahimovic
Tatu-Zlatan-Ibrahimovic [3]
Tatu-Zlatan-Ibrahimovic [5]
Tatu-Zlatan-Ibrahimovic [6]

MAKNA DI SEBALIK TATU IBRAHIMOVIC

Pergelangan tangan kiri dan kanan: ‘Ibrahimovic Code’ tarikh lahir keluarganya. Pergelangan tangan kanan menunjukkan bila bapa, abang, adik lelaki dan dua anak lelakinya dilahirkan.

Lengan kanan: Nama bapanya ‘Sefik’ dan dua anak lelakinya ‘Maximilian’ and ‘Vincent’.

Lengan kiri: Tarikh lahir ibu dan kakaknya. Dia menggunakan tangan kanan untuk menulis mengenai lelaki kerana ia menunjukkan kekuatan dan lengan kiri untuk wanita yang dekat di hatinya.

Perut kanan: Dua daun terup, ace of hearts dengan huruf ‘H’ dipercayai melambangkan tunangnya Helena Seger. Ace of clubs melambangkan spiritualiti.

Kanan tubuh: Naga merah melambangkan personalitinya. Dalam masyarakat Jepun, naga melambangkan pahlawan.

Kiri tubuh: ‘Only God Can Judge Me’

Dada dan perut: 50 nama yang mewakili 805 juta penduduk yang kelaparan, antaranya ‘Antoine’, ‘Omar’ dan ‘Yovana’ untuk meningkatkan kesedaran mengenai penderitaan mereka seiring dengan Program Makanan Dunia.

Lengan kiri: Nama ibunya ‘Jurka’

Bahu kiri: Koi Jepun yang berenang melawan arus, simbol maskulin.

Belakang badan (atas): Bulu pelepah helang, berasal dari Amerika Utara dan melambangkan kekuatan dan keberanian.

Belakang kanan (atas): Yant Prajao Khao Nirote dari agama Buddha bagi perlindungan daripada penderitaan.

Bahu kanan: Simbol suku kaum Maori untuk melindungi diri dan keluarganya.

Belakang badan (kiri): Vitruvian Man hasil Leonardo Da Vinci melambangkan manusia sempurna.

Belakang badan (tengah): Lukisan ‘Five Deva Faces Yantra’ - mewakili lima elemen.

BACA INI JUGA: Floyd Mayweather Ahli Sukan Paling Kaya Di Dunia

Sumber: Hmetro.com.my

Wednesday, February 25, 2015

Bagaimanakah Rupa Bangunan Di Planet Makhluk Asing?

Bagaimanakah Rupa Bangunan Di Planet Makhluk Asing?

Jika benar makhluk asing wujud, tentu mereka telah jauh lebih maju daripada manusia. Tentu bangunan mereka lebih tinggi serta hebat berbanding apa yang manusia miliki di bumi.

Makhluk asing

Apa yang anehnya, tidak ada seorang saksi pun yang menceritakan mereka melihat bangunan-bangunan pencakar langit.

Semua bangunan yang ditemui di planet asing adalah, sama ada berbentuk piramid, kubah, bulat, empat segi dan ada yang seperti diperbuat daripada kepingan batu dan sebagainya. Semua bangunan tingginya tidak lebih daripada tiga tingkat!

Saksi yang berpeluang melawat ke planet asing melaporkan, mereka ada melihat manusia tinggal disana. Walaubagaimanapun, mereka tidak dibawa untuk berbual dengan manusia ini.

Terdapat 10 saksi yang pernah melaporkan keadaan misteri ini. (Baca: Meet 10 People Who Say They’ve Been Abducted By Aliens - http://www.businessinsider.my/alien-abductees-portraits-2014-8/?op=1)

Dikatakan, persekitaran di planet-planet makhluk asing selain dari tanah tandus, terdapat juga planet yang mempunyai tasik, sungai, flora serta fauna.

Saksi juga melihat haiwan-haiwan ganjil yang tidak ditemui di dunia. Bunga-bunga di sana juga tidak sama seperti yang ditanam di bumi. Di sana juga hutan serta pohon-pohon yang banyak.

Bangunan Makhluk asing
Gambar hiasan.

Bandaraya disana juga sangat teratur serta bersih. Ada kota yang terdiri daripada piramid yang diperbuat seperti kristal, ada yang diperbuat seperti kristal dan ada yang diperbuat daripada kaca.

Selain itu, ada pohon-pohon serta tanaman di dalam bandar. Juga terdapat kenderaan yang jauh berbeza bentuknya dari yang wujud di dunia.

Walaupun bandaraya besar, namun bangunannya rendah. Ada bandar yang cantik dan semuanya berwarna putih. Ada juga bandaraya yang semuanya berwarna merah.

Manusia tentu terpegun jika dapat melihat keindahan serta suasana bandaraya di planet makhluk asing. Tapi malangnya, jarak perjalanan untuk ke sana sangat jauh. Manusia belum memiliki teknologi angkasa yang mampu sampai ke situ.

Cerita-cerita daripada manusia yang berpeluang melawat ke sana adalah gambaran paling dekat yang kita boleh perolehi buat masa ini.

Jika National Geographic berpeluang untuk ke sana dan membuat penggambaran, tentu ia sesuatu yang hebat. Tetapi ini hanyalah satu khayalan. Walaupun begitu, realitinya sudah ada manusia yang telah sampai ke planet asing dan mereka bukanlah angkasawan.

Kapal Makhluk asing

Persoalannya, kenapa makhluk asing membawa manusia untuk melihat angkasa serta planet mereka?

Jawapannya mungkin terkandung dalam ungkapan dari salah satu makhluk asing pada seorang saksi - "Kami ingin menunjukkan pada anda potensi yang ada pada bangsa manusia".

Ini bermaksud, jika manusia menjaga moralnya dan tidak memusnahkan planet Bumi dengan peperangan serta merosakkan ekologi den persekitarannya, satu hari nanti manusia mungkin mampu meneroka angkasa lepas seperti mereka.

BACA INI JUGA: Makhluk Asing Paling Terkenal Filem Hollywood

-Sentiasapanas.com

Pelajar Kolej Sah Dibunuh Dalam Tandas Pejabat Daerah Keningau

Pelajar Kolej Sah Dibunuh Dalam Tandas Pejabat Daerah Keningau

Tanda tanya mengenai punca kematian seorang penuntut kolej yang mayatnya ditemui berlumuran darah di dalam tandas Bangunan Pejabat Daerah Keningau, terjawab apabila bedah siasat dilakukan mendapati dia dibunuh.

Sairah Fitri Tifanus

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata, hasil bedah siasat dilakukan terhadap mayat Sairah Fitri Tifanus, 20, menemui dua kesan tikaman di tengah dada mangsa.

“Terdapat kesan tusukan benda tajam sedalam lima sentimeter selain kesan koyak pada baju mangsa.

“Bagaimanapun, keadaan mangsa masih berpakaian lengkap dan tiada kesan pergelutan di sekitar tempat kejadian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa yang menetap di Kampung Durok, Keningau, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh rakan sekerjanya ketika memasuki tandas di tingkat dua bangunan itu.

Mangsa yang juga penuntut sebuah kolej di Selangor menjalani latihan amali di Unit Pelesenan Pejabat Daerah Keningau sejak tiga bulan lalu.

Mangsa yang tiba di bangunan tersebut pada pukul 8 pagi dikatakan telah ke tandas tanpa sempat memulakan latihan.

Bagaimanapun rakannya yang curiga dengan keadaan mangsa telah cuba memanggil gadis itu selama setengah jam sebelum terlihat darah.

Tindakan sebar gambar Sairah aibkan keluarga

Ahli keluarga pelajar kolej yang dibunuh, meminta agar penyebaran gambar mangsa terutama menerusi laman media sosial dan aplikasi seperti Whatsapp, dihentikan segera.

Mereka nyata kesal dengan sikap tidak sensitif segelintir pihak yang menyebarkan gambar mangsa di tempat kejadian kepada umum tanpa memikirkan perasaan ahli keluarganya.

Seorang ahli keluarga terdekat Rosdee Razali berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu dihentikan dan berhenti daripada membuat pelbagai andaian, sebaliknya menunggu siasatan polis berhubung kejadian itu.

“Pelbagai andaian dan penyebaran gambar orang ramai di laman sosial mengenai kejadian itu bukan sahaja mengganggu siasatan pihak polis akan tetapi turut mengaibkan seluruh ahli keluarga mangsa,” katanya.

Difahamkan, gadis tersebut sebelum ini telah dipaksa berkahwin.

BACA INI JUGA: Cinta Berakhir Di Kerongkong Syaitan

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, February 24, 2015

Ngeri! Video Lelaki Kena Tetak Di Klang

Ngeri! Video Lelaki Kena Tetak Di Klang

Belum habis terkejut dengan kes pergaduhan ‘parang terbang’ di sebuah pasaraya di Bukit Jambul, kini dengan menggunakan parang juga, kes seumpama kembali berlaku di Klang.

Kena-tetak

Meremang bulu roma penulis sewaktu menonton video yang dikongsikan di Facebook Wikipediarakyat ini, di mana sesetengah paparannya amatlah tidak sesuai ditonton oleh anda yang lemah semangat.

Difahamkan, insiden bermula daripada pertengkaran mulut antara dua kumpulan, sebelum ia berakhir di hadapan panggung wayang apabila mangsa yang merupakan seorang lelaki warga asing berusia 31 tahun ditetak dengan kejam.

“Kejadian itu bagaikan aksi dalam filem apabila mangsa diserang di tengah orang ramai di hadapan panggung wayang menggunakan parang,” kata saksi yang enggan dikenali.

“Mangsa berlari ke arah orang ramai bagi mengelak diserang suspek, namun suspek bertindak berani menetak mangsa manakala rakan mangsa sempat melarikan diri,” tambahnya.

Difahamkan, dua kumpulan warga Indonesia berkenaan sebelum itu bertengkar di pusat karaoke sebelum ia berlarutan hingga hadapan panggung wayang di pusat beli-belah berkenaan.

Dua kumpulan terbabit dikatakan memang bersedia untuk bergaduh, malah suspek yang berusia 30-an turut membawa parang ketika mengadakan perbincangan.

Namun, nasib mangsa yang yang teruk ditetak masih belum diketahui keadaanya.

Persoalan di sini ialah, apa sudah jadi dengan tahap keselamatan lebih-lebih lagi di pusat beli belah di Malaysia?

Adakah pengawal keselamatan tidak sedar atau mereka yang kebiasaannya merupakan warganegara asing membenarkan rakan senegara membawa masuk senjata dalam premis awam?

Diharapkan PDRM melakukan siasatan segera terhadap perkara yang serius ini!

Kita tak mahu kes tetak sebegini berulang lagi di tempat awam kerana ia turut membabitkan isu keselamatan orang ramai.

BACA INI JUGA: Ngeri! Dihiris Mangkuk Tandas Pecah!


Sumber: Mynewshub.cc

MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Antartika?

MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Antartika?

Dalam durasi beberapa minggu sebelum genap setahun kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS), program dokumentari terkenal, National Geograpic bakal mendedahkan fakta-fakta yang mengejutkan.

MH370-Search

Antaranya, pesawat tersebut dipercayai telah diterbangkan menuju Antartika secara sengaja! Betulkah?

Selain itu, berdasarkan hasil rujukan data dari satelit, pesawat berkenaan disyaki terbang selama beberapa jam walaupun selepas terputus hubungan dengan radar.

Selain itu, dalam laporan sebuah akhbar United Kingdom iaitu The Mirror, seorang pakar penerbangan yang disebut dalam slot tersebut berkata, pesawat malang itu membuat tiga pusingan sebelum ghaib dari radar menara kawalan trafik udara.

Ujar individu tersebut, pusingan pertama adalah menghala ke kiri manakala pusingan kedua dan ketiga membawa pesawat itu ke arah barat dan selatan Antartika.

Dalam pada itu, seorang pakar dalam hal bencana penerbangan, Malcolm Brenner berkata, pusingan yang dilakukan dipercayai dibuat oleh ‘seseorang’ yang berada dalam kokpit secara sengaja, lantas membawa MH370 jauh dari laluan asalnya.

Ujar Brenner kepada akhbar The Mirror, “Kemalangan ini menarik perhatian dunia yang saya sendiri tidak pernah lihat sepanjang penglibatan 40 tahun dalam kerjaya penerbangan.”

Program khas terbitan National Geographic bertajuk ‘Malaysian 370: What happened?‘ akan keudara pada hari Ahad, 8 Mac sempena setahun kehilangan penuh misteri pesawat jenis Boeing 777 itu.

Pesawat itu hilang pada tanggal 8 Mac 2014, tidak berapa lama selepas ia terbang dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing dengan membawa 239 individu.

Lebih kurang 10 bulan selepas kehilangannya, kerajaan Malaysia pada 29 Januari lalu membuat pengisytiharan bahawa pesawat tersebut ghaib dalam kemalangan dan mengorbankan kesemua individu yang berada di dalamnya.

Sehingga kini, serpihan mahupun sebarang klu gagal ditemui yang boleh mengaitkannya dengan misteri MH370, apatah lagi merungkai di mana kedudukan sebenar pesawat malang itu.

Misi mencari dan menyelamat dilaporkan bakal dihentikan pada Mei depan.

Bangkai Pesawat MH370 Ditemui Menjelang Mei?

Smentara itu, Pengerusi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan membayangkan serpihan dan bangkai pesawat MH370 yang hilang secara msiteri sejak Mac tahun lalu akan ditemui dalam masa terdekat.

Beliau yang juga bertanggungjawab terhadap operasi mencari menjangkakan nasib kapal berkenaan mungkin diketahui menjelang Mei tahun ini.

Bercakap kepada news.com (Australia), Dolan memberitahu bahawa misteri ketiadaan langsung sebarang serpihan dari kapal jenis Boeing 777-200 itu kini sedang dikaji semula pakar model hanyutan.

“Pesuruhjaya itu mengatakan kita hanya menunggu masa untuk menemui bangkai pesawat dan apa yang masih tinggal melibatkan penumpang dan krew,” memetik portal Air News And Services pula.

Tambah portal berkenaan, semua serpihan-serpihan yang didakwa sebahagian daripada kapal terbang dan penemuan kotak kayu dari lautan juga sedang dinilai kembali oleh pakar sehingga kini.

MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju Beijing, China pada 8 Mac tahun lalu bersama 239 penumpang dan anak kapal.

BACA INI JUGA: MH370: Dr. Mahathir Dakwa CIA Rampas Pesawat!

Sumber: Mynewshub.cc

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, February 22, 2015

6 Wanita Cantik Yang Menjadi Fenomena Tahun 2014

6 Wanita Cantik Yang Menjadi Fenomena Tahun 2014

Mereka bukan dari kalangan selebriti namun menjadi menjadi popular di laman sosial sepanjang tahun 2014. Kenapa mereka jadi popular? Jom baca selanjutnya..

Sabina Altynbekova

Sabina Altynbekova

Nama Sabina Altynbekova mula menjadi sebutan pengguna media sosial setelah dia muncul dalam acara Women’s Volleyball Championship di Taiwan pada Julai 2014.

Sabina Altynbekova, 18, adalah pemain bola tampar kebangsaan Kazkhstan. Oleh kerana wajah dan badannya yang cantik, gambar-gambar Sabina Altynbekova mula menjadi sebaran oleh pengguna media sosial di seluruh dunia. Sabina Altynbekovakini kini mempunyai 375 ribu pengikut di Instagram.

Katya Lischina

Katya Lischina

Walaupun gadis berusia 21 tahun yang berasal dari Rusia ini terkenal dengan nama Katya Lischina, ada juga yang mengatakan nama sebenarnya ialah Liraley Ketskatya.

Gambar-gambar Katya Lischina mula menjadi viral di laman 9gag dan menjadi kegilaan ramai pengguna laman web tersebut.

Katya Lischina mempunyai satu fanpage di Facebook yang mendapat hampir 80 ribu like.

Natalia Poklonskaya

Natalia Poklonskaya

Natalia Poklonskaya adalah seorang peguam dari Rusia yang menjadi terkenal kerana wajahnya yang cantik.

Natalia Poklonskaya mula mendapat perhatian ramai ketika dia muncul di saat perlantikannya sebagai ketua pendakwa di Crimea pada 11 Mac 2014.

Ramai peminat-peminatnya mengatakan wajah Natalia Poklonskaya sangat sesuai dijadikan anime sehinggakan banyak lukisan wajahnya dalam bentuk anime timbul di internet.

Yan Jiajun

Yan Jiajun

Kostum tentera yang dipakai Yan Jiajun atau Joyin itu bukanlah sekadar kostum, tetapi ianya adalah pakaian seragam rasmi tentera di China.

Yan Jiajun adalah seorang tentera dan dia telah dinobatkan sebagai tentera paling cantik di China.

Gambar Yan Jiajun mula menjadi viral selepas dipopularkan oleh laman Singapore Seen.

Noor Hafizah Mohd Idrus

Noor Hafizah Mohd Idrus

Noor Hafizah Mohd Idrus adalah seorang juruterbang Airasia yang menjadi popular bukan sahaja kerana wajahnya yang cantik, malah kerana bidang kerjayanya sebagai seorang juruterbang.

Mungkin kerana bertudung, ramai yang memuji Hafizah kerana masih lagi menjaga aurat walaupun dia memiliki rupa paras yang cantik.

Hafizah mula menjadi popular di Facebook apabila beberapa gambarnya yang diambil didalam dan diluar kapal terbang tersebar.

Nurul Habibah

Nurul Habibah

Nurul Habibah adalah seorang anggota polis dari Indonesia yang dikenali ramai apabila gambarnya dikongsi di media sosial.

Malah, Nurul Habibah pernah dipanggil oleh salah satu stesen tv nasional Indonesia untuk ditemuramah kerana terlalu popular.

BACA INI JUGA: 10 Pramugari AirAsia Malaysia Paling Cantik

Sumber:
http://www.ammboi.com/2015/01/29/6-wanita-paling-popular-di-media-sosial-sepanjang-tahun-2014/

Friday, February 20, 2015

Domain .ML Percuma Untuk Semua Di Malaysia

Domain .ML Percuma Untuk Semua Di Malaysia

Mungkin ramai yang sedia mengenali akan Freenom yang telah menawarkan domain .TK secara percuma kepada sesiapa yang inginkan nama domain dengan akhiran yang pendek.

ml

Isnin lalu, Freenom melancarkan domain akhiran baru secara percuma di Malaysia, iaitu .ML, ketika di majlis pelancaran di One World Hotel, Damansara.

Strategi Dot ML memfokuskan kepada para individu dan juga organisasi dalam mendapatkan domain dengan akhiran .ML tersendiri.

“Manfaatnya sangat jelas, kami sepenuhnya mewakili domain di Malaysia. Jika anda lihat dengan kepelbagaian pengakhiran domain yang berbeza, ia mungkin menyukarkan sesetengah pengguna untuk mengakses laman web anda.

Tetapi buat Dot ML, ia secara jelas memberikan kelebihan kepada anda dan pelanggan yang mengunjungi.” Kata Joost Zuurbier, Pengarah Dot ML ketika sidang media di Damansara.

Kebanyakkan penganalisa internet juga bersetuju bahawa proses di dalam sistem pendaftaran domain tempatan adalah sangat bersifat birokrasi dan perlahan.

“Dengan sebanyak lapan jenis domain yang berakhiran .MY di Malaysia, anda mungkin akan keliru dengan sesetengah laman web yang pengakhiranya .com.my, .gov.my ataupun .org.my.

Tetapi dengan .ML, ia secara jelas memberikan nama domain anda yang tepat tanpa sebarang penambahan di belakangnya dan bagi domain .MY di Malaysia, kebiasanya setiap domain tersebut dijual pada harga yang agak tinggi, iaitu RM120,” kata Jeremie Godreche, COO Dot ML.

Menurut pihak Dot ML, semua domain dengan kurang daripada empat aksara ditawarkan secara percuma.

Proses pendaftaran domain ini telah dipermudahkan dan tidak memerlukan sebarang kertas kerja yang rumit.

Sesiapa sahaja boleh mendaftarkan domain menggunakan akhiran .ML, dan menggunakannya bersama-sama hosting sedia ada, atau turut membuat redirect ke laman sedia ada.

Bagi anda yang inginkan domain yang singkat untuk digunakan sebagai projek peribadi, ataupun tidak ingin membelanjakan sejumlah wang untuk mendapatkan domain sendiri, mungkin boleh menyemak laman Dot.ML dan mendaftarkan domain percuma hari ini. -Mynewshub.cc

Layari dan daftar: Dot ML

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Domain Name?