Kontroversi cadangan dua peraturan baharu memeluk Islam dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 mungkin menjadi lebih besar jika tidak kerana kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Minggu lalu Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan dua peraturan baharu dalam perundangan Islam negeri tersebut iaitu (i) seorang bukan Islam perlu membubarkan perkahwinannya yang terdahulu sebelum dibenarkan berdaftar sebagai mualaf di Negeri Sembilan dan (ii) mereka juga perlu membuat akuan berkanun yang menyatakan telah memeluk Islam.
Menurut Mohamad Hasan peraturan ini tidak memerlukan kelulusan Dewan Undangan Negeri Sembilan, ia hanya tambahan kepada peraturan sedia ada dan hanya perlu mendapat kelulusan Yang Di Pertuan Negeri dan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri.
Sepintas lalu peraturan ini sangat tidak masuk akal. Bagaimana mungkin sebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam membuat syarat yang menyukarkan pemelukan Islam di negeri tersebut.
Pelbagai pihak mengkritik peraturan pertama yang mengkehendaki mereka yang telah berkahwin membubarkan perkahwinan terlebih dahulu jika hanya seorang yang masuk Islam.
Ini kerana proses seorang bukan Islam untuk membubarkan perkahwinannya di Mahkamah Sivil akan mengambil masa yang agak lama dan melibatkan banyak perkara antaranya harta sepencarian dan hak penjagaan anak.
Adalah sangat bertentangan ajaran Islam untuk menghalang atau melengah-lengahkan proses seseorang untuk memeluk Islam.
Namun pandangan yang rasional ini bukan pula ia bermakna betul dan cadangan Negeri Sembilan perlu dihalang.
Pertamanya, peraturan ini dicadangkan kerana kerajaan berhadapan masalah dengan mereka yang memeluk Islam tanpa diikuti oleh pasangan mereka.
Saudara muslim yang baru ini mengambil kesempatan untuk meninggalkan tanggungjawab keluarga. Ini bukanlah ajaran Islam yang sebenar untuk seseorang yang meninggalkan agama lama mereka menyertai Islam untuk mengabaikan tanggungjawab ke atas keluarga asal mereka.
Keduanya, kerap kali berlaku pemelukan Islam sebelah pihak ini membawa kepada pertikaian perundangan antara Mahkamah Syariah dan Sivil terutamanya dalam kes perebutan anak dan harta.
Pasangan yang bukan Islam enggan menerima perbicaraan di Mahkamah Syariah. Manakala pasangan yang memeluk Islam mahukan perbicaraan dilakukan di Mahkamah Syariah dan menolak Mahkamah Sivil.
Ini menyebabkan perebutan anak dan permbahagian harta bertukar menjadi medan konflik antara agama yang bukan sahaja mengancam keharmonian masyarakat tetapi juga memberi imej buruk kepada Islam.
Malah ada kes pasangan yang mahu menceraikan pasangannya tetapi enggan memberi bahagian hartanya dan anak-anak kepada isterinya telah memeluk Islam untuk “mendapat perlindungan” Mahkamah Syariah.
Sungguhpun Mahkamah Syariah selalunya bertindak adil, namun pasangan bukan Islam akan berasa curiga dan membawa kes ini ke Mahkamah Sivil.
Akibatnya, ia menjadi satu kes undang-undang yang berlanjutan dan tiada kesudahan.
Justeru cadangan Menteri Besar Negeri Sembilan ini, yang pastinya telah mendapat restu Majlis Agama Negeri, merupakan satu cadangan yang praktikal dan bertujuan menjaga imej Islam sebagai satu agama yang rasional dan sederhana.
Yang menjadi masalah ialah ramai salah faham bahawa peraturan ini melambatkan proses seorang bukan Islam untuk memeluk Islam dan seolah-olah kerajaan Negeri mahu menghalang seseorang yang telah mendapat hidayah untuk beribadah kepada Allah.
Peraturan ini hanyalah peraturan dunia yang sebenarnya bukan syarat memeluk Islam. Sesiapa sahaja boleh memeluk Islam dan mengamalkan ajaran Islam tanpa perlu menunggu perubahan agama di dalam mykad atau pengisytiharan memeluk Islam oleh Majlis Agama Islam.
Jika peraturan ini dilaksanakan ia tidak boleh menghalang sesiapa mendapat hidayah untuk memeluk Islam dari memeluk Islam, belajar mengenai agama Islam dan mengamalkan ibadah Islam.
Hanya dari segi pentadbiran beliau perlu menyelesaikan dulu urusan beliau dengan keluarga yang tidak memeluk Islam di Mahkamah Sivil.
Ini hanyalah urusan pentadbiran bagi memastikan seseorang itu tidak lagi menyalahgunakan proses kedua-dua mahkamah untuk kepentingan diri.
Justeri adalah tidak benar peraturan ini menghalang orang memeluk Islam dengan mudah, ia hanya untuk memudahkan urusan pentadbiran dan memelihar maruah agama Islam agar tidak salahguna oleh mereka yang mahu bercerai dengan pasangan mereka berlindung di sebalik pertikaian antara dua mahkamah.
BACA INI JUGA: 5 Ciptaan Terhebat Umat Islam Yang Mengubah Dunia!
Sumber: MYKMU.NET
Gambar hiasan.