Tuesday, January 13, 2015

Charlie Hebdo Terbit Edisi Khas Hina Rasulullah SAW!

Charlie Hebdo Terbit Edisi Khas Hina Rasulullah SAW!

Teruja selepas memperoleh lebih lima juta sokongan dari seluruh dunia menerusi laman Twitter bertajuk #Je Suis Charlie, penerbit akhbar mingguan kontroversi Perancis, Charlie Hebdo itu tampaknya lebih bersemangat menghina agama Islam.

Charlie Hebdo

Terbaharu agensi berita antarabangsa AFP melaporkan pihak pengurusan Charlie Hebdo dijangka mencetak tiga juta naskhah edisi khas pasca insiden serangan berdarah untuk keluaran 15 Januari ini, berbanding kebiasaan cuma kira-kira 60,000 naskhah.

Akhbar satira biadap berpusat di Paris itu bakal meletakkan pada muka hadapan edisi istimewa tersebut paparan karikatur kononnya Nabi Muhammad SAW sedang memegang kad dengan ayat bertulis ‘Je suis Charlie’ atau bermaksud ‘Saya ialah Charlie’.

Charlie Hebdo [2]

Petugas Charlie Hebdo sibuk menyiapkan keluaran khas akhbar itu pada 15 Januari 2015 yang memaparkan Nabi Muhammad SAW turut menyokong prinsip kebebasan bersuara mingguan satira popular tersebut.

Ayat itu merujuk kepada kempen agresif anjuran beberapa organisasi media antarabangsa sebagai tanda simpati kepada tragedi pada 7 Januari lalu yang mengorbankan 10 petugas Charlie Hebdo termasuk ketua pengarangnya, Stephane Charbonnier.

Turut terbunuh ialah dua anggota polis Perancis manakala 11 orang lagi cedera apabila dua rakyat tempatan menyerang nekad pejabat akhbar tersebut di Rue Serpollet di sini sebelum kedua-dua suspek berjaya ditembak mati beberapa hari kemudian.

Untuk keluaran terkini pada Rabu ini, ketua editor baharu, Gerard Biard dibantu oleh enam wartawan yang juga kartunis iaitu Catherine Meurisse, Patrick Pelloux, Antonio Fischetti, Renald Luzier, Willem Babouse dan Zineb El Rhazoui.

Charlie Hebdo [3]

Ketua editor baharu Charlie Hebdo, Gerard Biard (kiri) menggantikan Stephane Charbonnier yang terbunuh semasa serangan pada 7 Januari 2015 dalam mempertahankan dasar akhbar satira terus menghina agama Islam.

Charlie Hebdo edisi khas 15 Januari ini akan menggunakan tajuk ‘Le choix de Mohammed’ bermaksud ‘Pilihan Muhammad’ kononnya Rasulullah SAW juga memilih akhbar mingguan itu yang memperjuangkan kebebasan bersuara atas nama hak asasi manusia.

Meskipun dikecam masyarakat Islam seluruh dunia, akhbar pelampau haluan kiri yang diterbitkan sejak 1970 itu mendapat geran €1 juta (RM4.2 juta) daripada kerajaan Perancis ekoran serangan bersenjata paling tragik dalam sejarah negara tersebut.

Turut memberi sumbangan ialah Yayasan Akhbar Inovasi Digital Google sebanyak €250,000 (RM1.05 juta) Yayasan Pluralisme Akhbar Perancis juga €250,000 dan Kumpulan Media The Guardian Britain sejumlah £100,000 (RM536,245). -Agensi

Agaknya selepas ini, pihak dan negara mana pula yang akan dipersalahkan, diserang dan dihancurkan oleh oleh yahudi dan barat atas alasan kononnya untuk memperjuangkan demokrasi?

Sama-sama kita nantikan..

Misteri Mumia Tersenyum Yang Membingungkan Saintis

Misteri Mumia Tersenyum Yang Membingungkan Saintis

Selama ribuan tahun para saintis masih diselubungi misteri bagaimana mayat-mayat kuno di Kepulauan Sardinia rata-rata dalam keadaan wajah yang tersenyum.

Misteri-Mumia-Tersenyum

Seperti yang disiarkan dalam National Geographic, selepas 2,800 tahun berlalu, mereka akhirnya berjaya membongkar rahsia tanaman yang mampu membuatkan orang tersenyum menjelang ajalnya.

Tanaman ini dikatakan mampu membuatkan wajah mayat seperti tersenyum. Sebelum itu, penulis abad ke-8 SM, Homer pernah menyebutkan istilah, "Senyuman Sardonik" yang diambil dari akar kata "Sardinia" dalam pelbagai tulisannya merujuk ritual kematian di pulau itu yang berakhir dengan wajah tersenyum.

Menurut kajian, pada masa lalu, individu yang sudah nazak dan mereka yang terlibat dalam kes jenayah 'disuap' dengan herba sardonik dan dibunuh dengan cara dijatuhkan dari bukit tinggi atau dipukul sehingga mati".

Selama berabad-abad lamaynya, herba tersebut terus menjadi misteri. Namun, sebuah kajian yang diketuai oleh Giovanni Appendino bersama rakan-rakannya berjaya membongkar kandungan herba yang boleh membuatkan orang-orang yang akan mati tersenyum dan tanaman disebut ialah Hemlock Water-Dropwort.

Tanaman berbunga putih seperti batang-batang itu tumbuh di sepanjang tasik dan sungai di beberapa bahagian negara Itali.

Sekitar satu dekad yang lalu, seorang penggembala lembu Sardinia membunuh diri dengan memakan hemlock water-dropwort dan mayatnya ditemui dalam keadaan tersenyum.

Kematian itu membuatkan Mauro Ballero, pakar botani di University of Cagliari, Sardinia, meneliti dengan lebih lanjut setiap tanaman dropwort di pulau itu.

Kajian lanjut oleh Ballero bersama rakan-rakannya yang meneliti struktur molekul toxin tanaman hemlock water-dropwort dan menentukan kesannya terhadap tubuh manusia.

Appendino, seorang pakar organik kimia di Universita Degli Studi del Piemonte Orientale di Itali menjelaskan, "Kandungan toxin yang sangat tinggi dan punca gejala-gejala sama dengan yang diterangkan dalam catatan kuno dan peninggalan mayat-mayat tersenyum sardonik."

Hemlock water-dropwort
Hemlock water-dropwort.

Tumbuhan hemlock water-dropwort diketahui mengandungi neurotoxin dan kami berpendapat tanaman itulah yang digunakan oleh orang-orang dulu."

Selain hemlock water-dropwort, ada juga tumbuhan lain iaitu hairy buttercup (The Sardinian buttercup).

Tapi, tumbuhan ini tidak tumbuh di tempat-tempat yang lembab sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa teks kuno dan juga tidak mengandungi toxin yang kuat, jelas Appendino.

Menurutnya lagi, Sardinia adalah satu-satunya tempat di Mediterranean yang ditumbuhi tanaman jenis hemlock water-dropwort.

Menurut seorang saudara mangsa yang mati itu, tanaman hemlock water-dropwort sangat berbahaya disebabkan aroma dan rasanya yang sangat manis.

Biasanya tumbuhan beracun sangat pahit tapi hemlock water-dropwort mempunyai rasa yang manis.

Dan ini merupakan kes kedua tanaman beracun yang mampu merangsang deria.

Menurut Appendino, tanaman ini sangat berguna untuk kegunaan kosmetik sebab ia boleh meregangkan otot dan menghilangkan kedut-kedut di wajah.

Penemuan mereka ini dipaparkan di Journal of Natural Products.

BACA INI JUGA: Lady Dai, Mumia Paling Sempurna

sumber: zamrispoon

Monday, January 12, 2015

Ancam Bom KLCC, RM10 Juta Dituntut!

Ancam Bom KLCC, RM10 Juta Dituntut!

Memetik laporan akhbar New Straits Times semalam (Ahad), Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menerima sepucuk surat ancaman mahu mengebom bangunan ikonik negara, KLCC andai pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC) gagal memasukkan RM10 juta dalam empat akaun bank.

KLCC

Lantas, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Taib berkata, beliau khuatir ancaman tersebut akan dikaitkan dengan kumpulan militan negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Bercakap kepada akhbar Sinar Harian hari ini (Isnin), beliau berkata, “KLCC merupakan tarikan pelancong, jika perkara ini diperbesarkan dan sampai kepada pengetahuan masyarakat luar negara, bimbang mereka tidak mahu datang.”

Justeru bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, beliau telah menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

“Walaupun sebelum ini ada ancaman bom seperti di Paris dan Sydney, kita tidak mahu menimbulkan panik dalam kalangan orang ramai.”

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil siasatan awal mendapati ugutan tersebut dilakukan oleh individu yang terganggu.

Dalam terbitan akhbar News Straits Times semalam, beliau turut berkata, hasil siasatan terhadap keempat-empat akaun tersebut mendapati ia milik empat individu berbeza yang dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Sumber: Mynewshub.cc

Kapten Tembak Pesawat MH17 Didedahkan!

Kapten Tembak Pesawat MH17 Didedahkan!

Dalang disebalik tragedi nahas pesawat MH17 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal masih belum terjawab meskipun spekulasi terus tersebar dengan pelbagai dakwaan tertentu.

Vladislav Voloshin

Terbaharu, pemberontak pro-Rusia bertindak mendedahkan buat pertama kalinya foto dan identiti juruterbang Ukraine yang dituduh sebagai individu bertanggungjawab menembak jatuh pesawat milik Malaysia Airlines MH17.

Pihak Jawatankuasa Siasatan Rusia juga telah menggesa dan meminta suspek, Kapten Vladislav Voloshin menjalani ujian poligraf (mengesan penipuan) dan sesi soal siasat rasmi dengan badan siasatan yang setaraf dengan FBI ini.

Penglibatan Voloshin dalam tragedi nahas pesawat tersebut didedahkan selepas seorang ‘saksi rahsia’ tampil dalam sebuah rancangan temu bual, ‘Malaysian Boeng case’.

Vladislav Voloshin [2]

Lebih mengejutkan, saksi telah mendedahkan secara terperinci perihal insiden berkenaan, termasuk mengenai juruterbang itu merungut berkaitan sebuah ‘pesawat’ (dipercayai sebagai MH17) ‘berada di tempat dan masa yang salah’.

Kenyataan saksi tersebut dipercayai boleh diterima pakai selepas lulus menjalani ujian poligraf oleh Jawatankuasa Siasatan yang diketuai Alexander Bastrykin.

Namun Voloshin menafikan kepada pihak atasan yang dia bertanggungjawab dalam insiden nahas itu.

Vladislav Voloshin [3]

Portal Mail Online melaporkan, Ukraine pula dilihat terus menyalahkan Rusia dan menuduh ini adalah propaganda yang dicipta bagi menyalahkan juruterbang mereka.

Menyingkap kembali kejadian, pesawat MH17 ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Sumber: Mynewshub.cc

Video Terlampau Gadis Bertudung Dicabul Artis Kpop!

Video Terlampau Gadis Bertudung Dicabul Artis Kpop!

Isu paling gempar hari ini yang hangat diperkatakan adalah perkongsian gambar dan video menyedihkan perihal anak gadis Melayu beragama Islam yang mencalar maruahnya atas nama muzik Kpop!

Gadis-Melayu-Murahan [7]

Seperti diketahui umum anak muda zaman ini begitu menggilai muzik Korea atau lebih dikenali sebagai K Pop.

Justeru apabila kumpulan penyanyi lelaki terkenal Korea, B1A4 mengunjungi negara ini semalam bagi sesi bertemu peminat ia mendapat sambutan cukup hangat.

Bagaimanapun, sambutan penuh hangat bertukar keterlaluan hingga tahap ‘rentung’ bila beberapa gadis remaja yang manis mengenakan tudung, tergamak merelakan diri dipeluk dan dikucup anggota lelaki kumpulan berkenaan di atas pentas, depan khalayak ramai.

Hasilnya satu video berdurasi 3:21 minit, rakaman kejadian mencemar imej Islam itu mula bertebaran di laman sosial dan menjadi sensasi internet hari ini.

Aksi canggung lagi tak sesuai ini menunjukkan bagaimana ahli kumpulan tersebut menjemput peminat wanita naik ke atas pentas sebelum melakukan aksi berpegangan tangan, memeluk malah mencium dahi mereka!

Gadis-Melayu-Murahan [2]
Gadis-Melayu-Murahan [3]
Gadis-Melayu-Murahan [4]
Gadis-Melayu-Murahan [5]
Gadis-Melayu-Murahan [6]
Gadis-Melayu-Murahan [8]

Terdapat dua persoalan di sini iaitu; tidakkah anggota kumpulan ini diberi penerangan terlebih dahulu oleh pihak penganjur tentang adab dan sensitiviti masyarakat Islam di sini ketika melakukan konsert dan kedua, bagaimana seorang perempuan boleh membenarkan dirinya dilayan demikian rupa depan khalayak ramai dalam keadaan dia membawa imej wanita muslimah bersamanya?

Gambar dan video kejadian ini dihujani banyak komen daripada netizen yang mengkritik tindakan artis Kpop tersebut kerana tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan golongan muslimah tidak boleh disentuh sesuka hati.

Namun, ramai juga yang meletakkan kesalahan pada peminat-peminat wanita sendiri yang terlalu teruja sampai kelihatan seperti histeria dan merelakan diri dipeluk dan dicium oleh artis tersebut. Orang cakap, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, kan?

Begitu pun komen paling pedas bagi kami datang daripada seorang pengguna Facebook bukan Islam yang berbunyi:

Gadis-Melayu-Murahan

Pengguna tersebut, Mathis Mim, mengakui bahawa dirinya sendiri malu melihat perlakuan tersebut dan mempersoalkan tindakan wanita-wanita muslimah itu.

“Adakah masyarakat kita, bangsa Malaysia lebih mengagungkan budaya sekular yang dibawa pengaruh barat ini? Bukan sekadar memalukan agama Islam sendiri namun memalukan budaya bangsa Malaysia yang bersopan santun dan berintegriti dalam menjaga maruah diri.

“Saya mohon sangat-sangat pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengemukakan dasar-dasar yang dapat menghalang benda-benda seperti ini dari berlaku.

“Negara sedang bersusah, dilanda bencana, perlukan konsert beginidan . Tunggu dan lihat kesan akibat kita menjunjung sangat budaya jahil ini,” katanya.

Walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak terbabit berkaitan kejadian ini, ia seharusnya membuka mata pihak bertanggungjawab supaya pada masa hadapan, penganjuran acara seperti ini diberikan garis panduan jelas agar perkara begini tidak berulang.

Paling kasihan, memikirkan kecetekan akal gadis muslimah itu sendiri yang mungkin terlalu teruja bertemu dengan idola mereka sampai alpa mereka sebenarnya telah merelakan diri ‘dicabul’. -Mynewshub.cc

Jom tonton video gadis-gadis bertudung rosak akhlak dipeluk dan dicium jantan bukan muhrim..

BACA INI JUGA: Sejarah Hitam Selebriti Hollywood Yang Cuba Di Sembunyikan


-SENTIASAPANAS.COM

Friday, January 09, 2015

Charlie Hebdo, Padah Menghina Agama Atas Nama Kebebasan!

Charlie Hebdo, Padah Menghina Agama Atas Nama Kebebasan!

Serangan berdarah ke atas pejabat majalah mingguan Charlie Hebdo di sini pada Rabu lalu yang meragut 12 nyawa termasuk dua anggota polis Perancis mendedahkan ‘harga’ perlu dibayar kerana bebas menghina agama konon atas nama hak asasi manusia.

Charlie-hebdo [4]

Ketika masyarakat antarabangsa khasnya pemimpin Barat mengutuk kumpulan ekstremis Muslim, beberapa media tempatan mendedahkan, insiden terburuk itu berpunca daripada sikap penerbitan tersebut yang sering keterlaluan ‘menghiris’ sensitiviti umat Islam.

Ketua pengarang majalah itu, Stephane Charbonnier yang turut terbunuh, dikenal pasti amat mengagungkan kebebasan bersuara yang melampau malah beliau kerap menyiarkan karikatur berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Tidak hairanlah lelaki berusia 47 tahun itu hidup dalam ketakutan dan terpaksa dilindungi pengawal peribadi sejak pejabat majalah itu dibom pada 2 November 2011 susulan penerbitan kartun Charia Hebdo yang jelas menghina undang-undang jenayah Islam.

Dibawah ini adalah gambar kulit depan majalah Charlie Hebdo keluaran 3 November 2011 sengaja ditukar menjadi Charia Hebdo yang bermaksud Mingguan Syariah dalam bahasa Perancis, sebagai mempertikaikan undang-undang jenayah Islam.

Charlie-hebdo [2]

Beliau yang menjadi ketua editor Charlie Hebdo pada 2009 juga selalu menerima ancaman bunuh hanya kerana mempertahankan dasar majalah suka hina ahli-ahli politik, selebriti sukan dan hiburan bahkan kaum bukan kulit putih sejak ia diterbitkan 1970.

Meskipun Charlie Hebdo bersifat pelampau, ia disegani kerana Bernard Maris, salah seorang pemilik sahamnya yang juga wartawan majalah itu, dan turut terbunuh dalam serangan nekad tersebut; sebenarnya merupakan pakar ekonomi berpengaruh.

Bayangkanlah, beliau ialah profesor pengajian ekonomi di Institut Kajian Eropah, Universiti Paris selain mengajar subjek mikro ekonomi di Universiti Iowa, Amerika Syarikat dan Bank Pusat Peru; serta menjadi ahli lembaga pengarah Bank Pusat Perancis.

Provokasi Didalangi Musuh Islam

Secara umum, Charlie Hebdo dengan edaran 45,000 naskhah bebas hina mana-mana pihak tanpa rasa bersalah kerana ia didukung ramai personaliti ternama Perancis dan lebih pelik, tiada tindakan dikenakan ke atas mereka oleh pihak berkuasa negara tersebut.

Stephane Charbonnier
Stephane Charbonnier.

Sasaran utama mereka ialah agama Islam dan ramai lihat kecenderungan majalah Perancis itu mempermainkan Nabi Muhammad SAW sebenarnya memang didalangi Barat bagi membangkitkan kemarahan umat Islam sekali gus melabel Islam sebagai pengganas.

Hakikatnya kematian Charbonnier, Maris dan lapan lagi kartunis biadap Charlie Hebdo berjaya menjadi ‘modal’ pihak Barat untuk mengalih perhatian masyarakat selama ini daripada isu penghinaan majalah pelampau itu ke atas agama Islam. –Agensi

BACA INI JUGA: Isu Rasis, Bila Cina Hina Melayu Kenapa Diam?

Charlie Hebdo, Akhbar Anti-Islam Utama Di Perancis!

Charlie Hebdo, Akhbar Anti-Islam Utama Di Perancis!

Apa yang berlaku di pejabat akhbar Charlie Hebdo adalah kesalahan yang seharusnya mereka elakkan.

Charlie-hebdo

Menghina dan menggunakan agama penganut lain dengan tujuan melariskan jualan akhbar adalah sesuatu yang sangat jijik, lebih-lebih lagi menggunakan pendekatan karikatur untuk menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Malangnya, dunia sekali lagi akan menuduh Islam sebagai agama pengganas susulan serangan berdarah ke atas pejabat majalah mingguan Perancis, Charlie Hebdo di ibu kota Paris pada Rabu.

Namun, dunia sebenarnya sedar dan tahu mengapa dan sebab apa perkara ini berlaku. Akhbar Charlie Hebdo sebenarnya yang memulakan provokasi sehingga ada segolongan yang bertindak sedemikian.

Dunia Islam sebenarnya sudah menegur tetapi Charlie Hebdo langsung tidak peduli. Islam tidak memerangi mereka, tetapi mereka yang memulakannya dengan serangan-serangan menjijikkan melalui karikatur kreatif hasil Stephane Charbonnier dan tiga pelukis karikatur terkenal Perancis yang lain.

Akhbar kontroversi Denmark

Charlie-hebdo [2]

Bangunan ibu pejabat Jyllands-Posten, akhbar kontroversi Denmark yang pernah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia pada 2005 lalu, mula diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan dikawal ketat pihak keselamatan.

Langkah luar biasa itu dibuat susulan serangan berdarah ke atas pejabat majalah mingguan Perancis, Charlie Hebdo di ibu kota Paris pada Rabu yang mengorbankan 12 orang termasuk ketua editor, Stephane Charbonnier dan dua anggota polis tempatan.

“Jyllands-Posten memaklumkan semua petugas menerusi e-mel berhubung tambahan langkah keselamatan di bangunan syarikat itu di Copenhagen dan bandar raya Viby,” lapor akhbar tertua Denmark yang diasaskan pada 1749, Berlingske, Denmark.

Harian tempatan konservatif tersebut memetik jurucakap Jyllands-Posten, Christine Blach sebagai berkata, syarikat akhbar pro-Israel yang ditubuhkan pada 1871 itu memantau teliti perkembangan insiden serangan bersenjata terhadap Charlie Hebdo.

Peristiwa yang mengejutkan banyak pihak itu menyaksikan lapan kartunis terbaik Charlie Hebdo maut ditembak ketika sedang bermesyuarat dan lima lagi petugas majalah tersebut cedera ketika diserang sekumpulan lelaki lengkap dengan senjata berat.

Jyllands-Posten pernah membangkitkan kemarahan masyarakat Islam antarabangsa apabila menyiarkan siri 12 kartun satira pada 2005 yang menghina Nabi Muhammad SAW sebelum ia kemudian dicetak semula oleh Charlie Hebdo pada 2006.

Kurt Westergaard, artis di sebalik kartun kontroversi tersebut dan pernah menjadi sasaran cubaan bunuh di rumahnya sendiri pada 2010 memberitahu stesen radio Denmark, serangan di Paris itu memang bertujuan untuk menakutkan petugas media.

Namun dia memuji kartunis Charlie Hebdo yang tidak gentar dengan ugutan pelampau tidak kira daripada ekstremis Islam, Kristian atau tokoh politik berpengaruh yang mahu menyekat kebebasan bersuara dalam kalangan pihak media tempatan.

Sementara itu, perkhidmatan perisikan Denmark dalam satu kenyataan media berkata, situasi semasa negara tersebut masih terkawal tetapi serangan di ibu kota Perancis itu dibimbangi mampu merebak ke negara rantau Skandinavia berkenaan. –Agensi

-SENTIASAPANAS.COM

10 Kesalahan Dalam Solat Yang Sering Dilakukan

10 Kesalahan Dalam Solat Yang Sering Dilakukan

"Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak." [HR Thobrani]

Indahnya-Solat

Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW di Israkkan ke langit untuk menerima perintah solatdan solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita.

Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari. Semoga memberi manfaat kepada kita, Insya-Allah..

1. Tidak berdiri lurus

Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus.

Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan!

Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekiranya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri

2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah

Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ.

Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah

Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud

Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:

“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”

“Iaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” [HR Ahmad]

5. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai

7 anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” [Muttafaqun ‘Alaih]

6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah

Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya.  Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli.

Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini.

Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.

7. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat

Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡkepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat.

Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

8. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal

Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.

9. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.

10. Dada berpaling dari kiblat.

BACA INI JUGA: Hadis Palsu Dalam Kitab Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali

Sumber: Soutulmujahid.com

Video Hantu Terakam Dalam Video Di Thailand!?

Video Hantu Terakam Dalam Video Di Thailand!?

Kisah kontroversi ini berlaku di Thailand di mana sekumpulan anak muda di sana dipercayai telah dikunjungi rakan mereka yang sebenarnya sudah mati.

Hantu-Thailand

Malah, video ini yang disiarkan didalam rancangan bual bicara di Thailand, menunjukkan sekumpulan anak muda dilihat sedang seronok berkaraoke sambil beberapa orang yang lain asyik menari.

Dalam video ini, terdapat satu lembaga menyerupai lelaki dengan kepala berlumuran darah dirakam berada di belakang lelaki berbaju hitam.

Lembaga tersebut dikatakan rakan mereka yang telah mengalami kemalangan maut ketika dalam perjalanan ke parti tersebut.

Walau bagaimanapun, kesahihan video kontroversi ini masih belum dapat dibuktikan sehingga kini.

Kebanyakan pakar pengkaji video dikatakan masih belum dapat membongkar apa sebenarnya ‘objek’ yang kelihatan dalam video tersebut.



BACA INI JUGA: 10 Gambar Menyeramkan Hantu Yang Berjaya Dirakam Kamera!

Thursday, January 08, 2015

"Harta Saya Dikikis"

"Harta Saya Dikikis"

Agak mengejutkan apabila membaca kenyataan vokalis kumpulan Wings, Awie menerusi akhbar Berita Harian, hari ini.

Awie

Menurutnya, hingga saat ini dia tidak pernah terlintas untuk menceraikan isterinya, Rozana Misbun biarpun hatinya sakit.

“Selama sembilan tahun saya boleh bertahan dengannya biarpun tahu dia wanita yang bagaimana. Sudahlah merampas kebahagiaan bekas isteri saya dan melakukan perkara yang banyak menundukkan diri saya seperti orang bodoh jadinya, dia masih tak sedar diri.

“Harta saya dikikis dia. Bahkan duit raya untuk anak pun dia kebas juga. Jangan ingat saya tak tahu permainan dia menambah kenalan di laman Facebook termasuk teman wartawan yang tak dikenali selama ini untuk meraih simpati.

“Dia selalu cakap rindukan tiga anak kami sedangkan sepanjang enam bulan lalu dia langsung tak melawat mereka apatah lagi menghubungi. Ibu jenis apa gamaknya dia ini,” kata Awie.

Pada masa sama, Awie turut mempersoalkan tujuan Rozana membuka cerita perihal sijil pernikahan yang dikatakan palsu kerana ia akan memberi kesan kepada tiga anak mereka.

“Daripada hukum syarak perkahwinan saya dengannya di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 sah dan hanya sijil nikah saja yang palsu.

Sebelum ini, saya yakin surat nikah itu sah kerana sepanjang berkahwin tidak pernah ada masalah mendapatkan sijil kelahiran tiga anak kami".

Tapi tak sangka pula ejen yang menguruskan pendaftaran nikah kami itu menipu. Awalan perkahwinan kami memang saya tidak boleh pergi ke pejabat agama untuk menguruskan hal berkenaan kerana mengelak perkahwinan kami diketahui orang lain termasuk Arni Nazira (bekas isterinya).

Tapi saya memang tertipu,” jelasnya lagi.

Sumber: Bharian.com.my