Thursday, January 08, 2015

Permintaan Terbaru Radzi Ali Kepada Zalora!

Permintaan Terbaru Radzi Ali Kepada Zalora!

Aanda ingat dengan lelaki bernama bernama Radzi Ali? Tahun lepas dia pernah ‘menggegarkan’ Facebook Zalora apabila memuat naik status meminta agar menghalang isterinya dari terus membeli belah di laman tersebut.

Radzi Ali vs Zalora

Perkara itu berjaya mencuri tumpuan ramai hinggakan pihak Zalora mengambil keputusan menghadiahkan bekalan stok baju dan kasut secara percuma selama setahun kepada isterinya.

Kali ini, melalui akaun Facebooknya, sekali lagi Radzi Ali menulis satu permintaan kepada Zalora.

Namun kali ini permintaannya bukanlah untuk mereka sekeluarga tapi untuk mangsa banjir di Kelantan.

Hai ZALORA,

Saya harap anda masih ingat pada saya. Saya gembira kerana anda menghiburkan isteri saya sebulan yang lepas dengan hadiah yang sangat cool. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih. Tetapi kegembiraan saya itu agak luntur bila mana melihat mangsa-mangsa musibah banjir yang dahsyat melanda negeri pantai timur baru-baru ini.

Saya tidak mampu berpura-pura kelihatan gembira setelah melihat keadaan di sana terutama pasca banjir terutamanya keadaan kanak-kanak, ibu-ibu yang hidup terumbang-ambing setelah kehilangan hampir segalanya ditelan bah besar. Ramai yang tinggal sehelai sepingang.

Saya tidak boleh melihat isteri dan anak saya berpakaian sempurna, hidup gembira sedangkan ada pihak yang merana disudut sana. Bagaimana harus saya letak muka dengan tajaan pakaian cantik , perhiasan menawan sedangkan saya melihat sendiri kehidupan daif kanak-kanak tersebut.

Saya baru pulang dari Gua Musang-Kuala Krai dengan beberapa ahli keluarga saya membantu sedaya yang boleh. Menghantar basic supplies dan makanan sekadar termampu. Hanya yang melihat sendiri keadaan di sana akan tahu betapa perlu kita sama-sama membantu.

Saya merayu pada Zalora menggunakan kapasiti yang ada selaras sebagai status anda peneraju utama dalam online fashion Malaysia sama-sama menghulurkan tangan menbantu golongan tidak bernasib baik ini. Saya cadangkan diadakan satu program kutipan atau jualan amal besar-besaran untuk menggembirakan pula kanak-kanak di sana.

InsyaAllah kami akan ke sana lagi pada minggu hadapan dan berharap dapat bertemu anda semua juga di situ.

Kali ini, tagline anda perlu berubah sedikit. Kami perlu beritahu isteri, girlfriend, adik, kakak,emak, ibu mertua tentang website www.zalora.com.my . Tahu tak portal online fashion yang besar gile tu? Dan yang paling gile lagi, kami yakin Zalora akan sama-sama berganding bahu bersama kami di saat-saat ada yang memerlukan.

Cheers!

Radzi Ali.
Levida Malaysia
Cheras, KL

p/s: Gambar ini diambil pada tanggal 3 January 2015 di Kg Nal, Bukit Sireh Kuala Krai Kelantan. Kanak-kanak yang hilang tempat berteduh dan tinggal sehelai sepinggang.

Radzi Ali vs Zalora [2]

Apakah perkembangan selanjutnya dari permintaan ini?

Adakah Zalora sekali lagi akan memberikan maklum balas positif atau permintaan ini akan terbiar bak banjir yang berlalu pergi bersama terhentinya hujan lebat?

Sama-samalah kita nantikan jawapannya.

Sumber: Mynewshub.cc

Jangan lupa membeli-belah di Lazada Malaysia. Potongan sehingga 86% Sehingga 15 Januari 2015 ini!!!

Lazada Malaysia

10 Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia

10 Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia

Berdasarkan kedudukan terbaharu penarafan yang diterbitkan AirlineRatings.com, sebuah firma rujukan sehenti keselamatan dan kualiti produk syarikat penerbangan dunia, MAS hanya memperoleh lima daripada keseluruhan tujuh bintang ditetapkan.

Emirates UAE Airlines

Tragedi yang menimpa dua buah pesawat Malaysia Airlines (MAS) tahun lalu menyaksikan syarikat penerbangan kebangsaan negara itu tidak termasuk dalam senarai 10 syarikat udara paling selamat di dunia.

Menerusi senarai terkini dikeluarkan semalam, laman web firma penarafan antarabangsa yang berpusat di sini, membuat kejutan apabila menamakan Qantas Australia sebagai syarikat penerbangan premium paling selamat di dunia untuk tahun 2015.

Ia menimbulkan tanda tanya kerana secara kebetulan pada 8 Disember tahun lalu, syarikat penerbangan kedua tertua di dunia itu selepas KLM Belanda; mencipta rekod melakukan tiga pendaratan kecemasan dalam tempoh 24 jam di tiga destinasi berbeza.

Turut termasuk dalam senarai 10 kelompok terbaik ialah Air New Zealand, British Airways, Cathay Pacific Airways Hong Kong, Emirates UAE, Etihad Airways UAE, EVA Air Taiwan, Finnair Finland, Lufthansa Jerman dan Singapore Airlines.

Untuk kategori syarikat tambang rendah paling selamat di dunia, AirAsia yang baharu ditimpa tragedi pada 28 Disember lalu juga tidak termasuk dalam senarai malah penarafan bagi syarikat itu ‘digantung’ daripada sebarang penilaian kriteria.

Aer Lingus Ireland mendahului senarai disusuli Alaska Airlines Amerika Syarikat (AS), Icelandair Iceland, Jetblue AS, Jetstar Australia, Kulula Afrika Selatan, Monarch Airlines Britain, Thomas Cook Britain, TUIfly Jerman dan Westjet Kanada.

Senarai itu melibatkan 449 syarikat penerbangan premium dan tambang rendah dari seluruh dunia dinilai teliti sepasukan lapan penulis berpengalaman dalam bidang pengangkutan udara termasuk isu keselamatan dan tahap kepuasan pelanggan.

Namun MAS dan AirAsia masih dianggap sederhana baik kerana menurut ketua editor AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas, ada yang cuma dapat satu bintang iaitu Agni Air Nepal, Kam Air Afghanistan, Nepal Airlines, Scat Kazakhstan dan Tara Air Nepal.

MAS bagaimanapun masih boleh berbangga apabila disenarai dalam kelompok 10 syarikat udara untuk kabin kelas ekonomi jarak jauh terbaik manakala KLIA di Sepang termasuk antara 10 buah lapangan terbang paling baik di dunia. – Agensi

Kelas Ekonomi Jarak Jauh
  1. Air New Zealand
  2. Singapore Airlines
  3. Emirates UAE
  4. Qantas Australia
  5. Etihad UAE
  6. Swiss International
  7. Qatar Airways
  8. Royal Jordanian
  9. Eva Air, Taiwan
  10. Malaysia Airlines

Kelas Ekonomi Premium
  1. Air New Zealand
  2. Virgin Atlantic
  3. Eva Air
  4. Qantas Australia
  5. British Airways
  6. Cathay Pacific Hong Kong
  7. Japan Airlines
  8. All Nippon Airways Japan
  9. Virgin Australia
  10. China Southern Airlines

Kelas Bisnes Jarak Jauh
  1. Emirates UAE
  2. Singapore Airlines
  3. Qantas Australia
  4. Qatar Airways
  5. Etihad UAE
  6. Cathay Pacific Hong Kong
  7. Virgin Atlantic, Britain
  8. Air New Zealand
  9. Asiana, Korea Selatan
  10. Korean Airlines

Kelas Pertama
  1. Emirates UAE
  2. Etihad UAE
  3. Qatar Airways
  4. Qantas Australia
  5. Singapore Airlines
  6. Cathay Pacific Hong Kong
  7. Asiana Korea Selatan
  8. Japan Airlines
  9. All Nippon Airways, Jepun
  10. Korean Airlines

Lapangan Terbang Terbaik Di Dunia
  1. Changi, Singapura
  2. Chek Lap Kok, Hong Kong
  3. Dubai, UAE
  4. Suvarnabhumi Bangkok, Thailand
  5. KLIA Sepang, Malaysia
  6. Beijing Capital, China
  7. Incheon Seoul, Korea Selatan
  8. Schiphol Amsterdam, Belanda
  9. Abu Dhabi, UAE
  10. Munich, Jerman

BACA INI JUGA: Nahas QZ8501 Diramal 13 Hari Sebelum Kejadian!

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, January 07, 2015

Kesian, Terpaksa Jual Anak Untuk Hidup!

Kesian, Terpaksa Jual Anak Untuk Hidup!

Sedih pula rasa hati bila membaca kisah perit suami isteri di China yang terpaksa menjual anak untuk menampung kos rawatan hospital seorang lagi anak mereka yang menghidap leukimia.

Jual-Anak

Kedua beradik itu adalah pasangan kembar lelaki dan perempuan.

Menurut ibunya, Meng Xiangyan, 29, anak kembar perempuannya kini berada dalam keadaan kritikal.

Justeru dia dan suaminya perlu mendapat wang dengan segera untuk membiayai rawatan anak mereka.

Jelasnya dia tiada pilihan kecuali menjual pasangan kembar itu untuk membantu yang seorang lagi agar kedua-duanya mempunyai peluang untuk hidup dalam keadaan berbeza.

“Setahun lalu kami mempunyai keluarga bahagia dan kami menyangka ia sudah mencukupi apatah lagi dengan kelahiran pasangan kembar kami.

“Namun keadaan berubah apabila salah seorang anak kembar kami disahkan menghidap leukimia dan perlu menjalani rawatan kimoterapi setiap 10 hari,’’ katanya.

Meng berkata dia sudah menjual apartmen mereka untuk membiayai kos perubatan dan kini menyewa di sebuah flat yang sempit dan berhampiran dengan pusat kimoterapi.

Jelasnya, semua wang simpanannya sudah habis dan dia juga terpaksa meminjam daripada rakan serta saudara.

“Wang yang ada tidak mencukupi jadi kami berharap akan mendapat wang tambahan melalui penjualan anak lelaki kami,’’ katanya.

Kalaulah SP kaya raya, Insyaa-Allah seluruh bumi ini kita bantu agar tiada lagi insan-insan yang menderita tapi manusia disekelilingnya hidup senang dan mewah..

Emma Maembong Akui Putus Cinta!

Emma Maembong Akui Putus Cinta!

Sekadar perkongsian untuk para pembaca mengenai hubungan cinta diantara Emma Maembong dan Zizan yang dikatakan bergelora sejak dua menjak ni.

Emma Maembong Dan Zizan Razak Putus Cinta!

Sejak kebelakangan ini sering kita terdengar cerita mengenai Zizan Razak dan Emma Maembong putus cinta.

Walaupun dinafikan oleh mereka baru-baru ini dan mereka lebih banyak bermain teka-teki, namun laporan Harian Metro mengesahkan kesahihan cerita ini apabila ia diakui sendiri oleh Emma.

Emma memberitahu melalui aplikasi Whatsapp, "Betul. Mungkin (sudah) tak ada jodoh (antara kami) agaknya. Minta maaflah saya belum bersedia bercerita. Bukan sekarang, tapi nantilah saya cerita (bila tiba masa sesuai). Terima kasih sebab faham".

Setakat ini Zizan masih belum memberi kenyataan tentang perkara ini, namun pastinya berita ini sesuatu yang mengecewakan untuk peminat pasangan ini yang mahu melihat mereka mengakhiri perhubungan dengan ikatan perkahwinan.

Apa pun sebabnya putus cinta sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Diharap kedua-duanya dapat bersabar, mungkin di masa hadapan ada yang lebih baik menanti anda.

Mungkin Zizan pula akan tampil memberi kenyataan tentang perkara ini nanti.

Doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Kepada yang masih single tu, bolehlah cuba nasib, kot-kot Emma atau Zizan suka kat korang..hehe

Sumber: Beautifulnara.com

-SENTIASAPANAS.COM

PANAS! Surat Menteri Kepada FBI Pertahan Raja Judi Malaysia Tersebar!!

PANAS! Surat Menteri Kepada FBI Pertahan Raja Judi Malaysia Tersebar!!

Paul Phua atau nama sebenarnya, Paul Wei Seng Phua merupakan pemain poker profesional handalan yang pernah menyertai kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012 dan menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo‚ 100k Super High Roller 2014.

Paul Wei Seng Phua
Paul Wei Seng Phua.

Apabila salinan surat dua halaman ditulis sendiri oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat menjelaskan bahawa Paul Phua bukan anggota kongsi gelap 14K Triad bertebaran di Internet, dah pastilah ia boleh menimbulkan curiga di hati ramai orang.

Paul Phua dan anaknya, Darren Wai Kit Phua kini menghadapi pertuduhan menghantar maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014.

Ekoran itu Paul Phua telah ditahan di negara ini sebelum dibawa ke Amerika Syarikat dan sekarang sedang menjalani tahanan rumah di sana sementara kesnya dibicarakan di mahkamah.

Zahid Hamidi - FBI
Surat dari pejabat Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Pengarah FBI.

Pada surat ditulis oleh Zahid kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano bertarikh 18 Disember 2014 itu, beliau bukan sahaja membela Paul Phua dengan menafikan pembabitannya dengan kumpulan kongsi gelap 14K Triad, malah turut memaklumkan bahawa lelaki tersebut pernah beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam perkara-perkara membabitkan isu keselamatan negara. Justeru, negara ini menanti kepulangan Paul Phua dengan tangan terbuka.

Begitu sekali pembelaan diberikan oleh Zahid kepada Paul Chua sedangkan menurut peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, beliau hanya meminta jasa baik Zahid untuk menulis surat kepada FBI bagi menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kongsi gelap 14K Triad.

“Walaupun tidak diminta, dalam surat itu juga, Ahmad Zahid menyatakan Paul Phua pernah beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam perkara-perkara yang membabitkan isu keselamatan negara,” kata beliau pada satu sidang media khas 3 Januari lalu.

Muhammad Shafiee menjelaskan bahawa firma guamannya bekerjasama dengan firma guaman yang mewakili Paul Phua, Chesnoff & Schonfeld sememangnya ada memohon kepada Menteri Dalam Negeri pada Ogos tahun lalu untuk mengeluarkan surat berkaitan.

Surat itu menurut beliau, diminta oleh peguam Paul Phua bagi membetulkan kesilapan dalam laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada FBI pada 2008 yang menyatakan lelaki tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap 14K Triad.

Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah
Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Begitu pun Muhammad Shafiee menjelaskan, Zahid telah merujuk kepada maklumat polis bahawa Paul Chua benar-benar tidak terbabit dengan kumpulan kongsi gelap tersebut sebelum mengirim surat yang mencetuskan kontroversi kini, secara terus kepada FBI, dua bulan selepas diminta.

“Berhubung bantuan yang diberikan oleh Paul Phua kepada kerajaan Malaysia, itu tidak dapat saya ulas tetapi sudah tentu perkara tersebut maklumat sulit yang melibatkan keselamatan negara,” kata peguam terkemuka negara ini.

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, January 06, 2015

Benarkah Imaginasi Mampu Menarik Kekayaan?

Benarkah Imaginasi Mampu Menarik Kekayaan?

Wallace Wattles yang dilahirkan pada 1860, telah menulis sebuah buku berjudul The Science of Getting Rich.

Bagaimana-menjadi-kaya

Menurut beliau, "Apa imej yang anda bentukkan di dalam kepala anda (mental image) akan datang kepada anda dalam bentuk fizikal – melalui proses alamiah seperti pernigaan, perdagangan dan sebagainya."

Katanya lagi, "Untuk memperolehi kekayaan ini, anda mesti aktif. Anda mesti membuat apa yang seharusnya anda lakukan setiap hari untuk membolehkan imej tersebut menjadi realiti. Sesiapa yang melakukan panduan ini, akan menjadi kaya. Dan kekayaan yang mereka perolehi adalah sama banyak dan bertepatan dengan gambaran dalam minda mereka, ketepatan tujuan mereka, kejituan kepercayaan mereka dan kedalaman tanda syukur yang mereka zahirkan."

Tak hairanlah, ada orang menyebut beliau sebagai: “Seorang yang telah mengubah dunia dengan buku kecilnya yang berwarna hijau.”

Pada satu hari di Chicago dalam tahun 1896, satu rahsia besar telah di terbongkar. Wallace mendapat inspirasi dan jawapan mengapa beliau tenggelam dalam kemiskinan selama ini.

Dengan mengubah imaginasi, beliau telah mengubah segala-galanya dan mendapat jalan bagaimana merealisasikan kehidupan yang beliau ingini - kemakmuran dan hasil yang melimpah ruah.

Malam tersebut, kehidupannya berubah untuk selama-lamanya. Selepas mengkaji tanpa mengira penat-lelah dan menguji-kaji prinsip ini, beliau telah mencantumkan formula yang membawa kejayaan dan kekayaan.

Dengan itu lahirlah buku The Science of Getting Rich. Secara mudahnya, buku tersebut memulakan berkembangnya teori Law of Attraction iaitu bagaimana prinsip imaginasi menarik kekayaan atau apa yang kita ingini.

Tetapi selama bertahun-tahun, penemuan-penemuan Wattles telah dilupakan – hampir kesemuanya, kecuali oleh beberapa orang sahaja.

Bagaimana manusia yang dijadikan Allah ini boleh mencapai kejayaan yang begitu gemilang? Tentu ada formulanya. Ada yang mencapai jalan pintas dan ada yang terpaksa melalui kesusahan demi kesusahan dan menghabiskan sepanjang usianya. Yang mengetahui formulanya, InsyaAllah akan dapat jalan yang cepat dan lebih mudah.

Einstein telah menyatakan bahawa imaginasi lebih penting daripada ilmu. Agak sukar untuk dipercayai. Tetapi tentulah beliau, seorang genius amat berhati-hati sebelum membuat sesuatu kesimpulan; dan tentulah kesimpulan beliau itu berasaskan kajian dan pemerhatian yang panjang lebar.

Allah menyuruh kita memikirkan apa yang dijadikanNya. Bukan hanya memikir, malah merenung, membuat kajian, mendalami ilmu, membuat ujikaji, bertanya kepada yang tahu dan sebagainya.

Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Fikirkanlah mengenai segala apa jua (yang diciptakan Allah), tetapi janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah..." H.R. Ibn Abbas r.a.

Semua yang anda baca di atas adalah merupakan sebahagian kandungan yang terdapat di dalam ebook "Frekuensi Kaya".

Ebook ini melihat sejauh mana kita harus kaya dan tidak membelakangkan petunjuk dari Al-Quran dan hadis yang menyebut bahawa kadangkala harta dunia dan kekayaan boleh membawa kepada kerosakan.

Jadi, jika anda berminat dan berazam untuk menjadi kaya, dapatkan ebook ini dengan mengklik banner dibawah.



Dalami dengan lebih terperinci tentang kekayaan menurut perspektif islam.

Insyaa-Allah..

BACA INI JUGA: Istidraj, Nikmat Allah Kepada Manusia Ingkar

-SENTIASAPANAS.COM

Zarina Zainuddin Dedah Rahsia Bahagia Bermadu

Zarina Zainuddin Dedah Rahsia Bahagia Bermadu

Pelakon Zarina Zainuddin akhirnya mendedahkan wajah suami dan madunya selepas sekian lama ‘menyembunyikan’ identiti mereka daripada pengetahuan umum.

Zarina Zainuddin

Zarina telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar dan bergelar isteri kedua ketika usianya baharu mencecah 22 tahun.

Pelakon manis ini turut mendedahkan identiti madunya yang dikenali sebagai Datin Seri Noorhashimah Mohd. Noor ketika majlis kenduri doa selamat di kediamannya di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Zarina juga berkongsi pengalamannya meminta kebenaran untuk berkahwin daripada madunya sendiri.

Memetik laporan sebuah akhbar harian, Zarina berkata;

“Berlaku salah faham tentang hasrat saya untuk berpoligami apabila saya sendiri yang meminta kebenaran berkahwin daripada Noorhasimah pada peringkat awal dulu. Bila Datin Seri terima, saya bersyukur dan pada waktu itu saya berjanji untuk menjadi madu dan isteri yang baik.

“Alhamdulillah mereka memahami kerjaya saya yang terdedah dengan publisiti. Syaratnya saya tidak membabitkan mereka berdua. Saya bersyukur dapat bermadu dengan Noorhashimah yang banyak mengajar saya cara berniaga.”

Zarina Zainuddin [2]

Jarang sekali kita lihat dan baca kisah perkahwinan bermadu yang berjaya mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan sebegini lama seperti Zarina dan madunya.

Jadi memang salute dengan Zarina yang sentiasa menjaga hubungan baik dengan suami dan madunya, mungkin itulah rahsia kebahagiaan rumah tangga mereka bertiga.

Semoga kebahagiaan dikecapi Zarina sekeluarga berkekalan sehingga ke akhir hayat, insyaAllah.

BACA INI JUGA: Apa Yang Akan Berlaku Selepas Berkahwin Selama 25 Tahun?

Sumber: Mynewshub.cc

Skandal Putera Andrew ‘Gegar’ Istana Buckingham!

Skandal Putera Andrew ‘Gegar’ Istana Buckingham!

Istana Buckingham semalam mengeluarkan kenyataan bantahan terhadap tuduhan seorang wanita Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa pernah menjadi ‘budak seks’ ketika bawah umur dengan kerabat diraja Inggeris, Putera Andrew.

Skandal Putera Andrew

Wanita yang cuma dikenali menerusi dokumen perundangan sebagai Jane Doe #3 telah memfailkan aduan kepada pihak mahkamah Florida mendakwa pernah dikurung seorang pelabur saham terkenal Wall Street, Jeffrey Epstein dari 1999 sehingga 2002.

Lelaki itu merupakan rakan Andrew yang digelar Duke of York; adinda Putera Charles – pewaris takhta Inggeris selepas Ratu Elizabeth II; yang lahir pada 1960 serta pernah mengahwini Sarah Ferguson dan dikurniakan dua anak iaitu Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie.

Dalam satu kenyataan awal pada Jumaat lalu, Istana Buckingham menafikan tuduhan wanita itu namun kemudian mengeluarkan kenyataan kedua ekoran beberapa akhbar ternama British pada Ahad menyiarkan wawancara dengan mangsa jenayah seksual terbabit.

“Kami membantah kenyataan media bahawa Duke of York kononnya pernah menjalin hubungan seks atau apa-apa sentuhan intim dengan wanita itu. Tuduhan tersebut adalah palsu dan tiada asas,” kata jurucakap Istana Buckingham di sini hari ini.

Akhbar The Mail on Sunday dan Sunday Mirror menerbitkan temubual itu yang mendakwa putera berusia 54 tahun itu memaksa dia melakukan hubungan seks ketika berada di London, New York dan Carribean atas perintah daripada Epstein selama 4 tahun.

Skandal Putera Andrew [2]

Epstein, yang dikenali sebagai teman kepada Andrew, putera kedua Ratu Elizabeth II itu, pernah didapati bersalah pada tahun 2008 kerana memujuk seorang gadis di bawah umur untuk melakukan pelacuran dan beliau kemudian dijatuhi hukuman penjara.

Namun, peguam ternama AS, Alan Dershowitz yang turut disebut dalam aduan wanita tersebut menyangkal tuduhan Jane Doe #3 sebaliknya profesor undang-undang di Universiti Harvard itu mendakwa, tuduhan berkenaan sengaja dikarang pihak tertentu.

“Mereka sangat licik salah guna proses perundangan AS, bahkan saya langsung tidak kenali wanita ini kononnya saya dibayar oleh Epstein untuk menutup cerita ini yang sebenarnya adalah palsu,” tegasnya kepada stesen BBC dan agensi berita AFP.

Andrew ialah bekas juruterbang helikopter tentera udara diraja Britain ketika Perang Falklands menentang Argentina pada 1982 dan pernah menjadi duta khas pelaburan antarabangsa British selama 10 tahun sebelum bersara pada 2011. –Agensi

Monday, January 05, 2015

Gaji Dan Bonus Kakitangan Awam Dibayar 15 Januari 2015!

Gaji Dan Bonus Kakitangan Awam Dibayar 15 Januari 2015!

Selepas huru-hara seketika apabila tiada pembayaran bonus pada 5 Januari 2015 seperti yang diwar-warkan. Akhirnya Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, mengumumkan pembayaran bonus dan gaji kakitangan awam akan dibayar pada 15 Januari 2015.

Bonus15-Januari2015

Menurut laporan berita berita harian hari ini, Kerajaan setuju pembayaran imbuhan tahunan 2014 atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan pembayaran pada 15 Januari ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan berharap pemberian itu dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak.

"Dalam Bajet 2015, kerajaan mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

"Pemberian bonus dan bantuan khas ini dijadualkan dibayar bersekali dengan gaji bulanan Januari 2015.

"Kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa terutama sekali kepada penjawat awam yang terbabit banjir. Sehubungan itu, kerajaan kerajaan setuju pembayaran berkenaan diawalkan pada 15 Januari," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sumber: Bharian.com

Jadi, terjawablah sudah teka-teki yang membelenggu fikiran lebih sejuta kakitangan awam mengenai tarikh sebenar pembayaran bonus kan.

Kan senang dibuat pengumuman begitu. Takdelah sampai ada yang mengamuk dilaman sosial.

Cuma, harap-harap bukannya troll sekali lagi macam hari ni.. :)

-SENTIASAPANAS.COM

Ramai 'Mengamuk' Bayaran Bonus 5 Januari 2015 Ditunda!

Ramai 'Mengamuk' Bayaran Bonus 5 Januari 2015 Ditunda!

Nampaknya ramai kakitangan awam yang kecewa apabila pembayaran bonus tahun 2014 tidak diterima pada 5 Januari 2015 seperti yang diwar-warkan beberapa hari sebelum ini.

Tiada-bonus

Pembayaran bonus kakitangan awam seperti yang dinyatakan dalam pekeliling sebelum ini adalah pada 22hb Januari 2015 tetapi kemudian dipercepat ke tarikh 5hb Januari 2015 sebagai langkah prihatin kerajaan terhadap mangsa banjir besar di negeri-negeri terbabit.

Sebelum ini, menerusi aplikasi WhatsApp, bonus kakitangan awam yang dijadualkan akan dibayar pada 5 Januari 2015 terpaksa ditunda kepada satu tarikh yang belum ditetapkan.

Bonus-2015

Pemberian bonus kakitangan awam 5 Januari 2015 walau bagaimanapun hanya membabitkan kakitangan awam kerajaan Persekutuan dan bukannya kakitangan awam kakitangan kerajaan negeri.

Kecewa Pembayaran Bonus 5 Januari 2015 Ditangguh

Ramai juga yang kecewa tiada wang bonus diterima seperti mana diumumkan.

Bonus-2015 [2]

Kakitangan awam Johor terima bonus lebih awal

Penjawat awam negeri Johor bagaimanapun tetap menerima bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500, kata Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai surat pekeliling yang diedarkan secara meluas melalui aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, Ismail mengesahkan pegawai awam persekutuan yang ditempatkan di kerajaan negeri, akan mengalami sedikit kelewatan dalam pembayaran bonus.

"Memang ada terima surat itu. Ia daripada Jabatan Akauntan Negara.

"Bagaimanapun, ia merujuk kepada pembayaran bonus pegawai awam persekutuan yang ditempatkan di negeri.

"Kelewatan adalah disebabkan masalah teknikal," kata beliau ketika dihubungi Bernama.

Surat yang bertarikh (4 Jan) menyebut mengenai tarikh pembayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi tahunan 2014 telah ditunda kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. -BERNAMA

-SENTIASAPANAS.COM