Thursday, December 11, 2014

Kenali Generasi Baby Boomers, Generasi X dan Generasi Y Di Malaysia

Kenali Generasi Baby Boomers, Generasi X dan Generasi Y Di Malaysia

Di Malaysia, kita mempunyai tiga golongan terpenting iaitu Generasi Baby Boomers, Generasi x dan Generasi Y.

Generasi Baby Boomers, Generasi X dan Generasi Y

Generasi Baby Boomers

Golongan Baby Boomers boleh dikategorikan mereka yang hidup semasa perang dan selepas perang. Golongan ini adalah satu golongan yang dilahirkan semasa keadaan susah. Disebabkan itulah golongan ini mempunyai semangat patriotik yang sangat kuat.

Cara hidup mereka juga berbeza. Mereka boleh bergaul dengan pelbagai bangsa. Bagi mereka, tiada perbezaan bangsa. Semuanya adalah 1Malaysia.

Selain itu juga, mereka lebih gemar membaca dan mempelajari sesuatu yang baru. Mereka juga lebih teliti dalam apa yang mereka lakukan. Semangat mereka untuk mencari ilmu sangat hebat. Sukar dilawan oleh generasi sekarang.

Generasi X

Generasi X pula boleh dikategorikan sebagai mereka yang lahir selepas era peperangan. Kelahiran antara 1970 hingga 1990an.

Generasi ini masih lagi mengenali generasi lama namun semangat patriotik mereka tidak setebal golongan Baby Boomers. Ini kerana mereka lahir pada zaman negara sedang membangun.

Golongan inilah yang mula-mula kenal dengan teknologi tetapi tidak semua dapat memahami dan tahu menggunakan teknologi moden. Generasi X ini juga masih kenal dengan waris-waris, sepupu sepapat dan ahli keluarga yang jauh tetapi tidak sepenuhnya.

Generasi Y

Generasi Y, golongan ini lahir pada zaman negara sudah moden. Golongan ini dikenali sebagai 'generasi milenium'. Mereka membesar dengan gajet-gajet baru. Ada juga yang mengatakan generasi ini sebagai generasi yang manja.

Mereka telah dihidangkan dengan semua benda, bagai lahir atas talam emas. Semangat patriotik golongan ini semakin berkurangan. Hanya segelintir sahaja yang memahami konsep sayangkan negara.

Mereka juga tidak suka mencampuri urusan politik. Generasi Y tidak suka memikirkan sesuatu perkara yang berat.

Apa yang ingin disampaikan disini ialah, setelah berakhirnya golongan Baby Boomers, mungkin anak-anak dan cucu mereka sudah tidak mengenali tokoh-tokoh dan pahlawan negara.

Ramai juga waris-waris dan saudara yang mereka tidak kenal. Jika dilihat sekarang ini pun, walaupun golongan ini masih lagi bernafas, semangat patritik, semangat persaudaraan sudah semakin terhakis.

Adakah perbezaan generasi ini akan menguburkan nama-nama pahlawan negara dalam lipatan sejarah?

Adakah dengan perginya generasi-generasi terdahulu akan menghilangkan kemeriahan Hari Raya atau 'balik kampung'?

Adakah setelah mereka menutup mata, ukhuwah dengan sanak-saudara mula dilupakan?

Segala yang kita kecapi sekarang bukanlah tersedia dengan begitu sahaja tetapi ia merupakan pengorbanan nyawa golongan Baby Boomers terdahulu. Hargailah perjuangan mereka.

Kita doakan semoga tanah air tercinta kita, Malaysia, akan bertambah maju dan aman sentosa.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, December 10, 2014

3 Rahsia Kejayaan Hebat Henry Ford

3 Rahsia Kejayaan Hebat Henry Ford

Henry Ford adalah seorang usahawan Amerika, salah seorang individu paling berjaya di sunia, pengasas Ford Motor Company dan penaja pembangunan teknik barisan pemasangan pengeluaran besar-besaran.

Henry Ford Quotes

Dia juga memperkenalkan buat pertama kalinya kereta kos murah, kerana impiannya adalah setiap pekerjanya mampu membeli kereta-kereta yang mereka keluarkan.

Tiga Rahsia Kejayaan Hebat Henry Ford:

1. Tidak Pernah Makan Berlebihan

Makan memang penting untuk kehidupan, tetapi kalau makan berlebihan itu tidak baik. Henry Ford sendiri sudah memberi teladan, bahawa kita tidak boleh makan berlebihan. Kalau makan berlebihan maka kesannya kesihatan boleh terganggu.

Inilah yang dikatakan oleh Henry Ford semasa hari jadi beliau yang ke-75.

2. Tidak Pernah Cemas Secara Berlebihan

Rasa cemas memang semulajadi wujud dalam diri manusia. Setiap daripada kita, biasa merasa cemas. Apalagi ketika menjalankan perniagaan.

Cemas adalah perkara yang biasa berlaku, tetapi yang menariknya, kita tidak boleh terlalu cemas.

Henry Ford sendiri sudah membuktikannya, beliau mengatakan bahawa beliau tidak pernah cemas berlebihan.

Cemas yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan minda, akan tetapi ada baiknya kita jadikan rasa cemas itu sebagai motivasi untuk melakukan persiapan dan tindakan yang terbaik.

3. Lakukan sebaik mungkin

Inilah salah satu falsafah yang menjadikan Henry Ford sebagai salah seorang individu paling berjaya di dunia.

Kegigihan dan usaha beliau untuk sentiasa memberikan yang terbaik menjadikan pelbagai hasil kerja dan karya Ford sangat bermanfaat bagi orang lain.

Berikut kata-kata dari Henry Ford, "Apa pun yang saya lakukan, akan saya lakukan sebaik mungkin dan saya tahu apa pun yang berlaku dalam hidup, perkara itu terjadi demi kebaikan saya sendiri. Saya percaya kepada Tuhan."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: calrasepatrick

7 Keajaiban Baru Alam Semulajadi Dunia

7 Keajaiban Baru Alam Semulajadi Dunia

Sebelum ini, pada 11 November 2011 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), The New7Wonder Foundation ini telah mengumumkan 7 keajaiban baru dunia bagi kategori alam semulajadi. (Worlds of New7Wonders of Nature)

Terima kasih diatas info ini yang dikongsikan oleh rakan blogger, Bin Muhammad (relakssminda.blogspot.com).

Mari kita lihat apakah 7 keajaiban alam semulajadi dunia yang menjadi pilihan daripada 440 lokasi pencalonan awal diseluruh dunia.

1. Amazon

New7Wonders - Amazon

Hutan hujan Amazon adalah hutan merangkumi sebahagian besar lembangan Amazon di Amerika Selatan. Lembangan ini merangkumi 7,000,000 kilometer persegi (2,700,000 batu persegi) di mana 5,500,000 kilometer persegi (2,100,000 batu persegi) diliputi oleh hutan hujan.

Kawasan ini meliputi sembilan buah negara. Sebanyak 60% kawasan ini terletak di dalam negara Brazil, diikuti oleh Peru dengan 13%, Colombia dengan 10%, dan dengan jumlah yang kecil di Venezuela, Ecuador, Bolivia, Guyana, Suriname dan French Guiana.

Amazon merupakan yang terbesar dan paling kaya dengan kepelbagaian biologi hutan hujan tropika di dunia dengan anggaran terdapat 390 bilion pokok daripada 16,000 spesis.

Amazon juga mewakili lebih separuh daripada jumlah hutan hujan dunia dan menjadi jantung bumi ini sebagai pembekal oksigen yang terpenting, mengawal kestabilan suhu, iklim dan cuaca dunia.

2. Halong Bay

New7Wonders - Halong Bay

Halong Bay merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di Quang Ninh Province, Vietnam. Ianya merupakan sebuah teluk yang dipenuhi ribuan karsts batu kapur dan pulau dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Teluk Ha Long mempunyai keluasan kira-kira 1,553 km persegi termasuk 1,960-2,000 pulau kecil yang sebahagian besar adalah batu kapur yang telah melalui 500 juta tahun pembentukan dalam keadaan dan persekitaran yang berbeza.

Bentuk geologi serta kepelbagaian alam sekitar di kawasan ini telah mewujudkan kepelbagaian biologi, termasuk biosistem malar hijau tropika, lautan dan pantai.

3. Air Terjun Iguazu

New7Wonders - Iguazu Falls

Iguazu Falls merupakan air terjun separuh bulatan dengan kira-kira 80 meter tinggi dan 2,700 meter diameter lebar ini terletak pada garis sempadan antara Argentina dan Brazil. Terdiri daripada banyak lata air terjun yang menghasilkan percikan air yang besar. Ia merupakan salah satu air terjun paling hebat dan mengagumkan di dunia.

4. Pulau Jeju

New7Wonders - Jeju Island

Pulau Jeju, juga dikenali sebagai "Island of the Gods" merupakan lokasi percutian popular bagi penduduk Korea dan pelancong asing. Ia dianggap sebagai salah satu destinasi bulan madu terbaik di dunia.

Pulau ini wujud dari aktiviti gunung berapi aktif lalu membentuk satu permukaan geografi yang unik dan menarik umpama kepulauan Hawaii di Amerika Syarikat.

Pulau Jeju mempunyai iklim yang sederhana dan walaupun di musim sejuk dimana suhunya jarang jatuh di bawah takat beku.

5. Komodo

New7Wonders - Komodo

Komodo adalah salah satu daripada 17,508 buah pulau yang membentuk negara Republik Indonesia. Pulau ini sangat dikenali melalui habitat utamanya iaitu Komodo Naga (Komodo Dragon), sejenis cicak yang terbesar di dunia dan hanya wujud di pulau ini.

Pulau Komodo mempunyai kawasan permukaan 390 kilometer persegi dengan jumlah penduduk lebih daripada dua ribu orang.

Komodo adalah sebahagian daripada rantaian kepulauan Sunda dan termasuk dalam Taman Negara Komodo.

6. Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa

New7Wonders - Puerto Princesa

Puerto Princesa Underground River terletak kira-kira 80 kilometer (50 batu) di utara pusat bandar Puerto Princesa, Pulau Palawan, Filipina. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara sejak tahun 1992.

Taman ini mempunyai landskap batu kapur manakala sungai bawah tanah ini pula panjangnya melebihi daripada 24 km (15 batu) dan termasuk daripadanya sepanjang 8.2 km (5.1 batu) seksyen bawah tanah Sungai Cabayugan. Kejernihan air sungai dan keindahan bentuk gua batu kapur di sini sangat menakjubkan.

7. Table Mountain

New7Wonders - Table Mountain

Table Mountain adalah gunung yang rata menjadi mercu tanda yang terkemuka menghadap bandar Cape Town di Afrika Selatan. Ciri utama Table Mountain atau Gunung Rata ini adalah puncaknya yang tinggi dan rata kira-kira 3 kilometer (2 batu) dari sisi ke sisi.

Dataran tinggi ini diapit oleh Devil's Peak disebelah Timur dan Lion's Head disebelah Barat lalu membentuk pemandangan latar belakang yang sungguh mempersonakan bagi bandaraya Cape Town. Table Mountain ini berketinggian 1,086 meter (3,563 kaki) dari paras laut.

Semoga informasi ringkas ini memberi sedikit ilmu pengetahuan tentang alam semulajadi unik dan mempersonakan yang wujud di muka bumi ini.

BACA INI JUGA: Pakar Matematik Terkedu Selepas Cabar Al-Qur'an

Tuesday, December 09, 2014

Kuala Lumpur Tersenarai 7 Bandaraya Ajaib Dunia

Kuala Lumpur Tersenarai 7 Bandaraya Ajaib Dunia

7 Wonder Cities. New7Wonders 2014. Berita Kuala Lumpur diiktiraf di antara tujuh bandar terbaik dan ajaib di seluruh dunia oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), New7Wonders pastinya menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.

7 Wonder Cities 2014 - Kuala Lumpur

Kuala Lumpur telah disenaraikan di antara tujuh bandar paling terbaik di seluruh dunia termasuk Beirut (Lebanon), Doha (Qatar), Havana (Cuba), La Paz (Bolivia), Durban (Afrika Selatan) dan Vigan (Filipina) oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), New7Wonders.

Pemilihan bandar-bandar itu ditentukan menerusi sistem undian yang diadakan di Dubai, baru-baru ini.

Presiden New7Wonders, Bernard Weber berkata, kempen ini telah bermula sejak 2011, melibatkan penyertaan 1,200 pencalonan daripada 220 negara dari seluruh dunia.

Senarai panel yang mengetuai undian itu adalah terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang berkaitan termasuk bekas Ketua Kesatuan Pendidikan, Saintifik dan Budaya, Bangsa-Bangsa Bersatu, Profesor Federico Mayor dan arkitek berpengalaman, Zaha Hadid yang turut terlibat dalam pemilihan 28 bandar yang menjadi calon finalis, dipilih sejak Oktober tahun lalu.

Menurutnya, keputusan undian adalah berdasarkan pendedahan di media sosial serta undian melalui komunikasi telefon.

“Selepas itu bandar-bandar yang terpilih ini akan dilawati terlebih dahulu sebelum diiktiraf bandar terbaik di dunia. Sebaik proses pengesahan dilakukan, New7Wonders kemudiannya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bandar-bandar itu untuk majlis pengiktirafan yang akan diadakan nanti,” katanya.



SENARAI SEMUA BANDAR YANG DICALONKAN



Sumber: Mynewshub.cc

Hackers Vietnam Godam Laman Web FAM, Inter Johor Firms (IJF) Dibubarkan!

Hackers Vietnam Godam Laman Web FAM, Inter Johor Firms (IJF) Dibubarkan!

Daripada insiden pergaduhan membawa kepada pengharaman dan pembubaran Inter Johor Firms (IJF) yang dikaitkan dengan keganasan, terbaharu laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula digodam.

Hackers Vietnam Godam Laman Web FAM!

Penggodam telah menukar muka depan laman web tersebut dengan ayat bahasa Vietnam yang antaranya bermaksud ‘mereka bermain dengan sangat teruk’ selain ayat bahasa Inggeris berbunyi ‘bad play fans Malaysia’.

Susulan itu, laman web FAM terpaksa ditutup untuk penyelenggaraan dan hanya mesej “Laman ini ditutup untuk penyelenggaraan. Sila semak kembali tidak lama lagi” terpapar apabila ia dibuka.

Menerusi kenyataan Facebook FAM menjelaskan, laman mereka sememangnya telah diceroboh dan sedang menyelesaikan perkara ini.

Hackers Vietnam Godam Laman Web FAM! [2]

Dalam posting sama FAM sempat memohon maaf kepada penyokong Vietnam ekoran insiden gaduh yang tercetus pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam.

Selain meminta maaf FAM menegaskan bahawa mereka mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dalam bola sepak malah menulis “LOVE FOOTBALL AND STOP HOOLIGANISM”.

Difahamkan susulan insiden ganas di Stadium Shah Alam, Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) telah menghantar surat tunjuk sebab kepada FAM berhubung tindakan liar penyokong Harimau Malaya yang mencederakan penyokong Vietnam gara-gara kekalahan negara 2-1.



PBNJ Haramkan IJF Masuk Stadium!

Inter Johor Firms (IJF)

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mengharamkan kumpulan penyokong bola sepak Inter Johor Firms (IJF) daripada memasuki Stadium Larkin di Johor berkuat kuasa serta merta.

Presidennya dalam satu kenyataan memberitahu, kumpulan penyokong itu juga diharamkan daripada memasuki mana-mana stadium lain membabitkan perlawanan pasukan dari Johor.

PBNJ bagaimanapun menafikan keputusan itu berikutan kekecohan yang berlaku antara penyokong Malaysia dengan vietnam di Stadium Shah Alam, Selangor semalam sebaliknya menentang ideologi hooligan.

“PBNJ dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mendapat perkenan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menghalang kegiatan kumpulan pelampau yang mencemar imej negeri Johor.

“Pihak yang bertanggungawab memberi imej buruk dan memalukan negeri Johor akan ditangani dengan segera kerana kumpulan pelampau seperti ini tidak diiktiraf sebagai warga Johor. Orang-orang seperti ini yang telah memberi nama buruk perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh sekalian rakyat Johor,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, PBNJ mengambil keputusan itu bukan kerana kejadian yang berlaku di Stadium Shah Alam semalam tetapi kerana Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden PBNJ mengutuk sekeras-kerasnya mana mana organisasi yang mengamalkan ideologi hooligan.

Inter Johor Firms (IJF) Umum Pembubaran, Nafi Punca Kekecohan

Inter Johor Firms (IJF) [3]

Kumpulan kecil penyokong bola sepak Johor Inter Johor Firms (IJF) mengumumkan pembubarannya berikutan pengharaman kumpulan berkenaan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Laman Facebook IJF dalam satu kenyataan bagaimanapun menafikan kumpulan tersebut yang menimbulkan kekecohan yang timbul di Stadium Shah Alam, Selangor ditimbulkan oleh IJF.

“Akur dengan titah Tunku Mahkota Johor, kami IJF akan di bubarkan mulai saat ini.

“Rentetan dengan isu di Stadium Shah Alam, semua pihak menuding jari ke arah kami. Kononnya kami punca semuanya. Kami ingin bertanya berapa ramaikah yang bertopeng dan berjaket hitam di stadium itu semalam?” kata kenyataan itu.

IJF mendakwa, gaya penyokong bola sepak tempatan bertopeng bukan sahaja diamalkan oleh anggota IJF tetapi oleh ramai penyokong pasukan bola sepak lain.

Inter Johor Firms (IJF) [2]

Kenyataan itu turut menafikan akaun Facebook milik Danial yang terlibat dalam serangan ke atas penyokong Vietnam seperti disebarkan dalam media sosial adalah anggota IJF.

Dakwa IJF, sejak kebelakangan ini ramai pengguna Facebook mengaku anggota IJF dengan menggunakan logo dan gambar kumpulan tersebut secara sesuka hati untuk memburuk-burukkan IJF.

IJF turut menafikan kumpulan tersebut merosakkan bas di tempat letak kenderaan di kawasan Go Kart berhampiran Stadium Shah Alam.

“Kami `parking’ di kawasan Giant. Sangat jauh untuk ke sana semata-mata nak provok dan baling batu.

“Janganlah risau. Tidak akan nampak lagi kelibat kami di stadium anda malahan di stadium kami sendiri. Kami buat begini kerana akur dengan titah Tunku Mahkota Johor kami, bukan sebab anda semua,” kata kenyataan itu.

Sumber: Mynewshub.cc

-SENTIASAPANAS.COM

Betapa 'Buruknya' Rumah Kita Di Akhirat!

Betapa 'Buruknya' Rumah Kita Di Akhirat!

Seorang Supervisor yang telah berkhidmat 30 tahun di dalam sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kepada majikannya.

Tapak projek perumahan
Gambar hiasan.

Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dengan syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah.

Supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dengan pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.

Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikan kepadanya.

Amat menyesal dalam hati supervisor tersebut kerana tidak di 'design' rumah yang bakal didudukinya dengan sebaik mungkin. Sebenarnya, inilah yang terjadi pada setiap dari kita.

Kita sekarang sedang 'design' dan membina TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak. Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri. Kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita.

Sebaliknya kita yang sangat memerlukan Allah. Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH, kita sedang design dan membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri.

Jika kita design dengan sambil lewa, maka tak sempurnalah kejadiannya. Jika kita membangunnya dengan baik, akan berbaloilah hasilnya.

Tahukah anda dimana dosa kita diletakkan sewaktu kita bersembahyang?

Sujud

Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang sedang dia membawa semua dosa kesalahannya diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia ruku' dan sujud maka berguguranlah dosanya itu". - Riwayat at Tabarani dengan sanad yang sahih.

Renungkanlah bersama.

Kongsikanlah artikel ini jika dirasakan bermanfaat untuk diri sendiri dan insan tersayang.

Sumber:
http://wwwsaja-saja.blogspot.com/2014/12/kisah-supervisor-ingin-bersara-selepas.html

Monday, December 08, 2014

Dracula, Kisah Benar Yang Cuba Disembunyikan

Dracula, Kisah Benar Yang Cuba Disembunyikan

Apa yang anda tahu tentang Dracula? Mungkin anda akan berkata ia adalah lagenda Vampire (pontianak) yang kehausan darah.

Dracula Untold

Sosok 'mayat hidup' yang takut bawang putih dan salib, menghisap darah mangsanya dileher dengan gigi taring seperti yang digambarkan dalam filem-filem karya Barat. Betul kan?

Disaat generasi kita hari ini disogokkan dengan pelbagai karya-karya watak si penghisap darah ini, percayakah anda jika watak Dracula itu sebenarnya wujud?

Dia sebenarnya adalah manusia biasa yang hidup sezaman dengan Sultan Muhammad Al-Fateh pada kurun ke 15.

Ketika itu berlaku peperangan antara empayar Islam dan empayar Kristian dalam merebut wilayah untuk meluaskan kekuasaan masing-masing. Kemuncak peperangan itu apabila runtuhnya Kontantinopel ke dalam penguasaan Turki Utjmaniyyah.

Baca kisah ini dulu kalau nak faham cerita ini, Pemimpin Terbaik Yang Disebut Dalam Hadis Nabi.

Dracula atau nama sebenarnya Vlad III berasal dari sebuah kawasan bernama Walachia di Rom. Dia adalah keturunan keluarga diraja kawasan itu yang ditugaskan oleh pihak gereja untuk menghapuskan penguasaan Islam ke atas wilayah tersebut.

Vlad the Impaler aka Vlad Dracula
Dracula.

Secara ringkas, Vlad III merupakan salah seorang panglima tentera salib. Disebutkan bahawa dia banyak melakukan pembunuhan terhadap umat Islam. Lelaki yang digelar Dracula ini telah membunuh 300 ribu umat Islam.

Korbannya dibunuh dengan pelbagai cara yang kejam. Antaranya dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya dan disula.

Paling kejam bila Vlad III melakukan taktik seksaan psikologi dengan melakukan hukuman Impalement - dimana sebatang tombak tajam akan ditusuk melalui dubur menembusi perut, kerongkong hingga keluar semula pada bahagian mulut atau kepala. Bukan hanya orang dewasa, bayi kecil turut menjadi mangsa.

Kekejaman Dracula

Beliau digelar Dracula yang bermaksud Son of Dracul (dragon) kerana perbuatannya dan para tenteranya yang suka meminum darah manusia yang diseksa mereka.

Apabila wakil kerajaan Turki datang untuk mengutip cukai di wilayah yang telah dikuasai Islam ketika itu, Vlad III membunuh utusan tersebut sewenang-wenangnya.

Kerana kekejaman itu, Sultan Muhammad Al-Fateh mengisytiharkan perang untuk memburunya.

Vlad III bersama tenteranya pernah pergi ke sebuah kawasan di Bulgaria yang berada dalam penguasaan kerajaan Uthmaniyyah. Mereka menyamar untuk masuk ke kawasan itu lalu membunuh lebih kurang 23,000 orang penduduknya!

Pernah sewaktu dalam perjalanan mencari Vlad III, Sultan Muhammad Al-Fateh bersama tenteranya lalu di sebuah kawasan hutan yang telah dibakar. Disitu, mereka menemui hampir 20 ribu manusia yang dipacak dengan kayu diatas tanah (human impalment).

Hanya serangan besar-besaran keatas Vlad III pada tahun 1476 berjaya menamatkan riwayat lelaki kejam itu. Vlad III akhirnya tewas ditangan Sultan Muhammad Al-Fateh dan kepalanya di penggal ditepi kawasan bernama Danua Snagov.

Manipulasi sejarah

Dracula Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib karya Hyphatia Cneajna

Sebuah buku berjudul Dracula Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib karya Hyphatia Cneajna menyatakan, kekejaman dilakukan Vlad III cuba dimanipulasi oelh Barat sejak zaman dahulu agar tidak tercoreng di wajah mereka.

Sekejam mana pun dia, Barat harus melindungi namanya kerana dia salah seorang pahlawan yang sangat kejam dalam perang salib mereka.

Maka, untuk menyembunyikan sejarah sebenar hero kejam itu, diciptakan sebuah watak fiksyen bagi mengalih tumpuan dunia daripada fakta sebenar.

Menurut penulisan Hpyhatia, penggunaan simbol salib dalam karya watak penghisap darah itu juga bersifat manipulasi.

Simbol salib merupakan salah satu cara Barat menghapuskan sejarah pahlawan tentera Islam dalam perang salib, sebaliknya mengangkat kehebatan mereka.

Bahkan diciptakan sinopsis kononnya Baratlah yang mampu mengalahkan Dracula, sekaligus menutup sejarah kehebatan peranan Sultan Muhammad Al-Fateh yang sebenarnya mengakhiri riwayat manusia kejam itu.

Jadi, tahulah anda kini siapa Dracula yang sebenarnya!

Ia tidak perlu ditembak dengan peluru perak atau anak panah yang sudah dijampi, mahupun menggunakan batang salib.

Dracula hanyalah manusia biasa yang pernah diburu suatu ketika dahulu kerana melanggar perjanjian dan telah menyeksa ribuan umat Islam.

Propoganda Jahat Barat

DRACULA-VS-Al-Fatih

Sejak dahulu, kita sudah biasa dihidangkan dengan karya-karya Barat yang bersifat propoganda dan memanipulasi sesuatu fakta.

Begitu memualkan apabila tokoh pahlawan Islam agung seperti Muhammad Al-Fateh yang turut digelar Mehmet The Conqueror digambarkan berlawanan sama sekali dalam filem Dracula Untold.

Seorang tokoh yang sudah disebut Rasulullah SAW sebelum kelahirannya, tetapi disifatkan sebagai manusia kejam dalam karya itu. Malah, ditamatkan riwayatnya oleh Dracula.. Kah kah..

Sampai begitu sekali Barat memutar belit fakta kerana tidak mahu melihat sejarah kekalahan mereka di tangan pemimpin Islam itu.

Dan malangnya kita hanya mampu tersenyum bila muda mudi Islam berkata, "Janganlah skeptikal sangat. It's just a movie. Nothing at all!"

Alahai, mungkin kita masih lagi ortodoks. Baiklah, mari kita cuba jadi lebih liberal sempena kedatangan tahun baru masihi nanti. Hmm..

Selamat datang 2015.

BACA INI JUGA: Kezaliman Manusia-manusia Vampire

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, December 07, 2014

Semakan Status Permohonan BR1M 4.0 2015

Semakan Status Permohonan BR1M 4.0 2015

Bagi pemohon baru dan penerima sedia ada BR1M, anda boleh membuat semakan status permohonan BR1M 2015 secara online bagi mengetahui sama ada permohonan yang dibuat telah berjaya atau tidak.

Semakan Status BR1M 4.0 2015

Bagaimanapun keputusan status permohonan tersebut mungkin mengambil sedikit masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

CARA DAN PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 4.0

Anda boleh membuat semakan tersebut secara atas talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut

1. Layari sistem semakan status permohonan e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s

BR1M 4.0

2. Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad anda di ruang yang tersedia.
3. Klik pada butang Semakan Status Permohonan.

Sebelum berjaya mengakses sepenuhnya aplikasi sistem semakan online anda diminta untuk menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran

BR1M 4.0 [2]

SOALAN KESELAMATAN
  1. Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status.
  2. Soalan keselamatan dan jawapan soalan keselamatan adalah berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon.
  3. Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan.
  4. Jika jawapan yang diberikan masih salah, peringatan berikut akan dipaparkan.
  5. Contoh soalan keselamatan.

Setelah berjaya melepasi peringkat ini, status permohonan anda akan diberitahu dan dipaparkan selain boleh mencetak lampiran tersebut

BR1M 4.0 [3]

MASALAH PERMOHONAN BR1M 4.0

Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan.

Sila bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.

TALIAN BANTUAN

Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my

1. Panduan Permohonan Online BR1M 4.0 Tahun 2015 SINI
2. Panduan Kemaskini BR1M 4.0 2015 SINI

Sumber: Mysumber.com

Pelacuran, Alasan PDRM Atau ‘Duit Lendir’ Wujud?

Pelacuran, Alasan PDRM Atau ‘Duit Lendir’ Wujud?

Masyarakat terkejut bila membaca alasan dari Ketua Polis Daerah Dang Wangi dalam akhbar Metro (ms 11) tentang betapa sukarnya membendung aktiviti pelacuran di Kuala Lumpur.

Pelacuran di Malaysia
Gambar hiasan.

Adakah Ketua Polis Daerah Dang Wangi lupa bahawa masyakakat sudah mengetahui apa yang ada di Bukit Bintang contohnya. Melalui media cetak, elektronik dan pendedah di media sosial, masyarakat tahu dan sedar wujudnya bit PDRM atau balai bergerak di kawasan strategik atau dengan tepat di kawasan yang adanya ‘urusniaga lendir’ tersebut.

Alasan yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi amat memalukan PDRM sendiri. Ayat klise ‘minta orang ramai salurkan maklumat’ juga turut mencalarkan nama baik PDRM itu sendiri. Apa yang cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat buat?

Siapa yang berani menyibuk dengan urusniaga lendir kepunyaan Kongsi Gelap yang mampu membunuh siapa sahaja yang mengganggu urusan mereka.

Agak dangkal alasan yang digunakan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi;

a) Pelacur bergerak bersendirian, tiada Bapa Ayam?

b) Selagi ada permintaan

Sedarkah Ketua Polis Daerah Dang Wangi bahawa bagaimana pelacur asing datang ke Malaysia kiranya tiada dalang yang membuat urusan kemasukan dan menempatkan mereka di sekitar ibukota. Siapa mereka untuk datang bersendirian ke Malaysia dan tahu selok belok urusniaga lendir di sini?

Bolehkah pelacur asing hidup di malaysia kiranya mereka tidak dilindungi?

Bagaimana hubungkait dengan Ketua-Ketua Kongsi Gelap yang mempunyai nama besar dalam rekod PDRM? Ah Hai misalnya. Adakah Ah Hai tidak terlibat langsung dengan aktiviti urusniaga lendir ini?

Sindiket-Pelacuran

Masyarakat sudah lama mendengar samada dakwaan ini hanya khabar angin ataupun ada kebenarannya, “Dulu-dulu ramai Bapak Ayam pakai kereta RX7 dan ada Pegawai Berpangkat Tinggi turut sama mewah dengan hasil duit lendir ini..”

Wujudkah kaitan Kongsi Gelap, Al-Capone dan Ahli Politik dalam urusniaga lendir ini? Bagaimana pula dengan kes yang sedang dalam siasatan SPRM berhubung seorang Pegawai dalam Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat mempunyai wang tunai melebihi RM500k di dalam rumahnya semasa tangkapan dibuat. Duit lendir? Duit urusniaga dadah? Memandangkan ketika ditangkap, ada 80 biji lebih Eramin5? Duit kutipan hasil melindungi urusniaga lendir? Duit hasil perkongsian perniagaan haram bersama Ketua-Ketua Kongsi Gelap sebagai wakil Al-Capone?

(Malaysiancrime tidak berniat mencampuri urusan siasatan SPRM terhadap kes yang masih lagi didalam siasatan, sekadar melaporkan keresahan masyarakat dan cakap-cakap di Tangling)

Kerajaan Malaysia harus mengkaji semula hukuman terhadap semua yang terlibat dalam rangkaian urusniaga yang makin kronik seriusnya di negara ini. Setiap rantaian yang bersabit dengan urusniaga lendir ini wajib menerima hukuman yang berat termasuk pemilik premis yang menyewakan kepada Kongsi Gelap.

Kalau Ketua Polis Negara bersungguh benteras judi-online, kenapa Khalid Abu Bakar tidak nampak mengarahkan anak buahnya menggempur pusat pelacuran yang makin membiak di ibukota dan bandar- bandar utama di seluruh negara?

Dua aktiviti haram dalam bidang kuasa cawangan yang sama, kenapa hanya judi-online?

Adakah Al-Capone juga mempunyai saham terbesar dari hasil duit lendir ini?

BACA INI JUGA: Pelacur Vietnam Menyukai Malaysia Kerana Lelakinya Penyayang!



Sumber: Malaysiancrime
Orang Malaysia ‘Bodoh’ Dan Gagal Menerajui MAS - Dr Mahathir

Orang Malaysia ‘Bodoh’ Dan Gagal Menerajui MAS - Dr Mahathir

Mungkin kecewa dengan prestasi Malaysia Airlines System Berhad (MAS), Mantan Perdana Menteri berkata, orang Malaysia ‘bodoh’ dan gagal menerajui MAS.

Dr Mahathir

“Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan, sebab itu MAS rugi,” petik kenyataan beliau yang disiarkan akhbar Sinar Harian.

Ia merupakan reaksi balas yang diujar beliau apabila ditanya tentang keputusan Khazanah Nasional yang melantik Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) terbaru MAS.

Jawatan tersebut bakal berkuatkuasa pada 1 Januari hadapan.

Tun M juga menambah, situasi ketidakcekapan pengurusan individu terdahulu juga mengakibatkan ‘orang luar’ diberi kepercayaan untuk menguruskan dan memulihkan semula syarikat tersebut.

“Bila sudah rugi, orang yang buat (MAS) rugi itu sekarang nak buat baik balik, oklah.”

Khazanah membuat pengumuman tersebut semalam dengan melantik Mueller menyandang jawatan itu, dan bakal diserap menyertai Lembaga Pengarah MAS pada suku kedua tahun depan.

Mueller yang merupakan CEO syarikat penerbangan nasional Ireland Aer Lingus, sebelum itu berjaya memulihkan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa.

Christoph R. Mueller Tokoh Tepat Pulih Kemelut MAS

Christoph R. Mueller

Rekod prestasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan nasional Ireland, Aer Lingus, Christoph R. Mueller yang cemerlang, menjadikannya tokoh paling tepat untuk memulihkan Malaysia Airlines Bhd (MAS).

Bagaimanapun, bukan satu tugas yang mudah bagi beliau di MAS, meskipun telah berjaya memulihkan masalah kewangan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa, memandangkan masalah kompleks yang dihadapi oleh penerbangan negara sejak bertahun.

Ini termasuk kerugian besar berjumlah RM576.1 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, serta persaingan sengit dalam industri penerbangan terutamanya daripada syarikat penerbangan tambang rendah.

Di samping itu, beliau perlu memulihkan penjenamaan MAS berikutan tragedi MH370 dan MH17, masing-masing berlaku pada pada 8 Mac dan 17 Julai lepas.

Sementara itu, dalam satu kenyataan pada Jumaat, Khazanah Nasional Bhd berkata Mueller telah melaksanakan proses pemulihan korporat Lufthansa antara 1994 dan 1999 sebagai Naib Presiden Kanan bagi pengurusan rangkaian dan perancangan korporat.

“Warga Jerman itu yang merupakan CEO Aer Lingus sejak 2009, mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor penerbangan, logistik dan pelancongan.

“Di bawah penyeliaan beliau, Aer Lingus menceburi pasaran dan model perniagaan baharu. Syarikat berjaya memperbaiki kedudukannya daripada hanya model perniagaan dengan perniagaan kepada model perniagaan dengan pengguna membabitkan pengedaran 90 peratus dalam talian,” kata kenyataan itu.

Pada 1999, Mueller beralih ke Sabena S.A, yang merupakan sebahagian daripada Swissair Group, sebagai Ketua Pegawai Operasi sebelum menjadi CEO Sabena Group.

“Mueller membangunkan siri rancangan untuk disesuaikan dengan pemegangan saham kerajaan Belgium termasuk program pengurangan kos utama.

“Secara keseluruhan, beliau mempunyai pengalaman kira-kira 10 tahun sebagai ketua eksekutif di bahagian dan kumpulan dalam sektor penerbangan, dan juga mempunyai pengalaman yang luas dalam lembaga pengarah, termasuk dalam sektor pelancongan,” kata kenyataan itu.

Mueller akan dilantik sebagai CEO syarikat baharu MAS, berkuatkuasa pada 1 Jan, 2015, dan bakal menyertai lembaga pengarah pada suku kedua tahun depan.–BERNAMA