Saturday, December 06, 2014

KJ Balas Sindiran Naib Presiden AS Di Twitter!

KJ Balas Sindiran Naib Presiden AS Di Twitter!

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kritikan Naib Presiden Amerika Syarikat supaya ‘cermin diri’ sebelum mengkritik undang-undang yang dilaksanakan negara lain.

KJ vs Biden

Tulisnya di laman Facebook peribadi, “Mengata dulang paku serpih. Bukan main nak memberi ‘tekanan’ kepada orang lain, terlupa nak tengok cermin.

Hubungan diplomasi kita amalkan seperti biasa. Tetapi prinsip mesti dinyatakan dengan jelas.”

Sebelum itu, Biden melalui laman Twitternya, melahirkan kebimbangannya berkenaan ‘tekanan’ yang diberikan kepada pembangkang di Malaysia dengan perlaksanaan Akta Hasutan dan undang-undang lain.

“Ketika pertumbuhan hubungan AS-Malaysia sedang berkembang, kerajaan Malaysia menggunakan sistem undang-undang dan Akta Hasutan untuk menekan pembangkang.

Tindakan itu menimbulkan kebimbangan terhadap kedaulatan undang-undang,” tulis Biden.

KJ vs Biden [2]

Beliau kemudiannya berkata, rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan Malaysia peluang penting untuk membetulkan keadaan dan menggalakkan keyakinan dalam demokrasi dan badan kehakiman.

Khairy, dalam nada sarkastik, membalas tweet tersebut dengan menulis, “penutupan Guantanamo akan meyakinkan Amerika meyakini sistem demokrasi dan proses undang-undang.”

Kenyataan Khairy ini merujuk pada penjara yang disifatkan sebagai penjara terkejam di dunia milik AS yang terletak di Teluk Guantanamo.

Tahanan di sini dilaporkan diseksa dan diperlakukan bagai binatang manakala penghinaan agama termasuk terhadap al-Quran dilakukan sebagai salah satu cara menyeksa mental tahanan muslim.

Sumber: Mynewshub.cc

Rahsia Masalah Rumput Stadium Bukit Jalil, Kenapa Selepas 16 Tahun?

Rahsia Masalah Rumput Stadium Bukit Jalil, Kenapa Selepas 16 Tahun?

Selepas sekian lama berdiam tanpa sebarang kenyataan, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Datuk Rozabil Abdul Rahman tampil memberi penjelasan dan perkembangan terkini mengenai status rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi topik hangat selepas perlawanan akhir Piala Malaysia awal bulan lalu.

Datuk Rozabil Abdul Rahman

Rozabil yang memegang jawatan utama di PSM bermula Jun tahun lalu berkata, berdiam diri bukan bermakna pihaknya tidak menjalankan tugas atau lari daripada tanggungjawab, tetapi dalam tempoh itu beliau bertungkus-lumus mencari formula terbaik mengatasi masalah rumput di stadium utama negara ini.

Proses penanaman dan pengairan

Jelas Rozabil, masalah padang atau rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil bukan perkara baharu sebaliknya ia tidak pernah berhenti sejak 1998 kerana rahsia struktur stadium yang tidak diketahui ramai rakyat Malaysia khususnya para jurulatih dan penyokong bola sepak tempatan.

Beliau mendedahkan, masalah sebenar stadium itu ialah faktor infrastrukturnya iaitu berbumbung yang menutupi ruang padang dan dibina di bawah paras laut.

Menjelaskan dengan lebih terperinci, katanya, berikutan dua faktor besar itu, setiap jenis rumput yang ditanam tidak dapat tumbuh dengan baik kerana kurang mendapat cahaya matahari secara terus.

"Pelbagai dakwaan mudah keluar di media, dan saya ingin berterus terang bahawa proses menukar rumput bukan bermula bulan Oktober tahun lalu, tetapi hanya berlaku pada Februari tahun ini kerana dalam tempoh empat bulan itu kita buat sistem pengairan padang. Stadium ini selalu ada air bertakung.

"Proses penanam rumput itu kita serahkan kepada kontraktor dan selepas itu serah padang kepada kita namun ada masalah yang timbul. Pihak kontraktor ada syorkan jenis rumput lama tetapi masalah tetap timbul dan ketika itu saya baharu saya sahaja memegang jawatan ini.

"Jadi saya bersama pihak pengurusan tanpa memanggil mana-mana konsultan memutuskan bersetuju menyerahkan proses penukaran rumput ini kepada kontraktor yang mencadangkan untuk rumput jenis Bermuda.

"Ketika tender dibuka tidak ada kontraktor yang datang dengan cadangan rumput ‘Cow Grass’ kerana pihak PSM tidak meletakkan sebarang syarat spesifik jenis rumput,” jelasnya.

Empat jenis rumput

Menurut Rozabil hanya empat jenis rumput sahaja yang sesuai digunakan di stadium iaitu rumput jenis Cow Grass, Bermuda, Zoysia dan Paspalum berdasarkan cuaca di Malaysia.

"Kita cuba guna rumput jenis Zoysia dan Paspalum tetapi kedua-duanya tidak sesuai. Jadi memandangkan tidak ada kontraktor yang tampil dengan rumput ‘cow grass’ kita memilih untuk menggunakan rumput Bermuda, lagipun harga yang ditawarkan tidak begitu mahal.

"Saya berpuas hati dengan rumput Bermuda ini berbanding dengan rumput lain kerana karektornya jenis berjalan dan menjalar. Dalam tempoh beberapa bulan selepas itu, padang stadium ini diguna buat kali pertama untuk aksi final Piala Malaysia awal bulan lalu," jelasnya.

Aksi Piala Malaysia dedah masalah padang

Selepas padang ini digunakan aksi final itu, kelihatan rumput Bermuda ini begitu teruk sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dan persoalan mengenai penggunaan rumput tersebut.

"Kita nampak rumput seperti tercabut selepas perlawanan. Tetapi sebenarnya ia tidak tercabut, sebaliknya terselak kerana jenisnya yang menjalar dan bukan naik menegak selain kurang cengkaman di atas pasir.

"Kita dapati masalah rumput itu tidak mencengkam kerana pertumbuhannya agak lambat memandangkan tidak cukup pencahayaan serta udara. Ramai orang tanya kenapa kita guna pasir di bawah rumput dan bukannya tanah? Jawapannya ialah faktor kelembapan di stadium ini sangat tinggi, tidak cukup cahaya dan berada di bawah paras laut.

"Keadaan Stadium Nasional Bukit Jalil tidak sama dengan stadium di negeri lain yang mendapat cahaya dan berada di atas paras laut, itu perkara pokok yang perlu difahami.

"Selepas itu saya memanggil pakar rumput dari Vietnam dan Jepun malah turut pergi ke Majlis Perbandaran untuk mendapat pandangan terbaik mengenai landskap struktur stadium di Bukit Jalil kerana kita tidak ada pendekatan yang lain lagi memandangkan rekabentuknya yang berbumbung serta berada di paras bawah laut.

"Dan satu lagi keadaan stadium ini, ia tidak ada tiga elemen penting iaitu cahaya, udara dan angin. Kita sendiri boleh lihat betapa teruknya keadaan stadium yang mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk aliran udara mengeluarkan asap jika penonton membakar mercun.

"Selepas duduk berbincang, akhir sekali kami mengambil keputusan untuk mendengar nasihat Profesor Dr Abdul Shukor Juraimi dari Fakuti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mencadangkan agar rumput itu dipotong secara menegak (vertical cut) agar ia tidak menjalar.

"Sejak itu, rumput kelihatan lebih baik berbanding sebelum ini. Untuk mempercepatkan pertumbuhan dan mendapat cahaya yang cukup kita gunakan satu lampu pencahayaan pertumbuhan (grow light).

"Saya akui satu lampu tidak cukup dan kita telah buka tender untuk membeli tiga lagi grow light pada Januari ini sebab saya percaya kalau hanya satu sahaja, ia tidak boleh menyelesaikan masalah rumput ini.

"Di Stadium Wembley atau kelab-kelab lain di Eropah, mereka menggunakan grow light ini untuk memastikan cahaya mencukupi untuk rumput kerana di sana cuaca lebih sejuk," jelas Rozabil panjang lebar.

Katanya lagi, tempoh sebenar untuk rumput itu matang ialah setahun setengah. Namun beliau yakin menjelang Mac depan, Stadium Nasional Bukit Jalil mampu menjadi tuan rumah bagi perlawanan Kelayakan Piala Asia AFC Bawah 23 Tahun.

"Minggu depan (Khamis) kita ajak media datang ke stadium melihat sendiri keadaan padang, rasai sendiri rumputnya. Cuma jika ada beberapa bahagian di tepi padang yang kelihat seperti lopak air, itu perkara yang sangat sukar diselesai. Selain itu, padang itu kini dalam penjagaan rapi.

"Malah jika Malaysia mara ke final Piala AFF Suzuki, stadium ini sudah sedia untuk digunakan. Sepatutnya aksi separuh akhir pertama pada Ahad ini mereka bermain di Bukit Jalil, tetapi ketika pengesahan stadium keadaan rumput belum sempurna sepenuhnya dan saya tidak berani untuk memberi kebenaran kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Tetapi pada hari ini, keadaan rumput sudah baik dan sudah boleh digunakan. Pada 16 Januari ini akan digunakan secara rasmi untuk perlawanan Piala Sumbangsih.

"Saya percaya dalam tempoh tertentu Stadium Nasional Bukit Jalil akan jadi yang terbaik. Cuma bagi kami masa. Selepas ini saya juga tidak mahu lagi stadium ini dicemuh dengan masalah sama sebelum datang melihat sendiri," ujarnya.

Prosedur Operasi Standard (SOP)

Selepas menemui cara penyelesaian mengenai mengenai masalah rumput setakat ini, Rozabil bakal mengeluarkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang boleh dipakai kakitangan PSM bagi penjagaan rumput di padang berkenaan.

"Sebelum ini tidak ada peraturan jelas mengenai penjagaan rumput di stadium. Jika rumput rosak, kita tampal dengan rumput luar.

"Saya boleh buat seperti itu (tampal), tetapi sampai bila masalah ini boleh selesai, takkan itu sahaja taraf stadium nasional kita.

"Jadi saya akan membuat satu SOP yang akan diguna pakai oleh pengurusan secara berterusan walaupun jika selepas ini saya tidak lagi memegang jawatan di sini. Ini kerana masalah di stadium ini sebenarnya bukanlah rumput tetapi tiga elemen tersebut (pencahayaan, udara dan angin) dan sebab itulah ia perlu penjagaan yang betul.

"Kita akan kekal menggunakan rumput Bermuda dan mengubah karektornya daripada yang menjalar kepada menegak. Rumput ini sangat 'manja'.

"Antara standard penjagaan yang perlu ditekankan adalah potong rumput dua hari sekali, potong secara menegak 23 milimeter, ‘blowing’ setiap hari, penggunaan baja yang sesuai. Dulu kita pakai baja biasa, tetapi sekarang kita pakai baja biostimulant, mahal sikit tetapi berbaloi.

Jika kaedah ini terus digunakan, saya yakin masalah ini tidak akan berlaku lagi di masa depan," katanya.

Rumput Tiruan (Artificial Grass)

Menurut Rozabil, ramai orang bertanyakan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kenapa kita tidak menggunakan rumput tiruan walaupun mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Kita perlu tahu bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan Sea pada 2017 dan Stadium Nasional Bukit Jalil satu-satunya stadium yang sempurna untuk acara ‘Track and Field’. Jadi kita tidak boleh guna rumput tiruan kerana acara ini perlu dijalankan dalam satu tempat dan perlu menggunakan rumput biasa.

"Dalam tempoh dua tahun ini kita akan terus memperbaiki masalah padang yang timbul bagi menjaga status antarabangsa stadium ini.

"Dalam pada itu, ingin saya tekankan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil memang berbeza dengan stadium-stadium yang lain. Jangan buat perbandingan.

"Malah sebelum ini ada laporan membandingkan Stadium Larkin dengan Stadum Nasional Bukit Jalil. Saya setuju bahawa Stadium Larkin antara yang terbaik dan tidak berdepan dengan masalah rumput, tetapi perlu ingat bahawa rekaan stadium di sana terbuka, semua elemen penting ada dan sangat berbeza dengan struktur di Bukit Jalil,” jelasnya.

Selain itu Rozabil turut menjelaskan jumlah RM1.5 juta keseluruhan perbelanjaan membaik pulih stadium ini bukan untuk rumput sahaja tetapi termasuk infrastruktur.

"Jumlah RM1.5 juta itu termasuk RM600,000 untuk pasir dan rumput, manakala selebihnya (RM980,000) adalah untuk infrastruktur stadium,” tambahnya mengenai kos sebenar proses pemulihan stadium itu.

Sumber:
http://www.mstar.com.my/sukan/sukan-ekstra/2014/12/06/rozabil-stadium-nasional-bukit-jalil/

SP/ Tapi kenapa selepas 16 tahun baru didedahkan perkara ni? Berapa juta sudah dibazirkan? Siapa yang paling untung? Hairan..

Pakar Matematik Terkedu Selepas Cabar Al-Qur'an

Pakar Matematik Terkedu Selepas Cabar Al-Qur'an

Dr Gary Miller (Kini Dr Abdul Ahad) adalah seorang pendakwah yang sangat aktif dan sangat berpengetahuan tentang Alkitab.

Dr Miller

Lelaki ini terlalu taksub dengan matematik, dan sebab itulah dia lebih berpandukan kepada akal logik. Pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membaca Al-Qur'an untuk cuba mencari apa-apa kesilapan yang dia mungkin boleh ambil kesempatan bagi menarik orang Islam memeluk agama Kristian.

Beliau menyangka Al-Qur'an adalah sebuah buku lama yang ditulis 14 abad yang lalu, sebuah buku yang bercerita tentang padang pasir dan sebagainya.

Apa yang ditemuinya selepas itu amat mengejutkannya dan beliau begitu kagum. Dia mendapati Al-Qur'an mempunyai sesuatu yang tidak ada pada semua kitab lain di dunia ini.

Dia menjangka akan menemui cerita-cerita tentang masa sukar Nabi Muhammad SAW hadapi, seperti kematian isterinya Khadijah r.a. atau kematian anak-anak lelaki danperempuannya.

Bagaimanapun, beliau tidak menemui apa-apa seperti itu. Dan apa yang membuatkan beliau lebih keliru adalah, dia menemui satu surah dalam Al-Qur'an yang dinamakan “Maryam” yang mengandungi banyak kisah berkenaan Maryam yang tidak pernah ditemui dalam mana-mana buku yang ditulis mahupun dalam Al-kitab mereka (bible).

Dia tidak menemui surah yang dinamakan sempena “Fatimah” (anak nabi) atau “Aishah” (isteri Rasulullah SAW), semoga Allah rahmati kedua-dua mereka.

Dia juga mendapati bahawa nama Isa a.s. telah disebut dalam Al-Qur'an sebanyak 25 kali manakala nama “Muhammad” SAW hanya disebut sebanyak 4 kali, dia menjadi lebih keliru.

Dia mula membaca Al-Qur'an dengan lebih teliti dengan harapan untuk mencari kesilapan tetapi dia terkejut apabila dia membaca ayat 82 dalam Surah Al-Nisa’a (Wanita) yang bermaksud:

“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Qur'an? Dan kalaulah Al-Qur'an itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan mendapati di dalamnya banyak perselisihan“.

Dr Miller menyebut tentang ayat ini, “Salah satu prinsip saintifik yang terkenal adalah prinsip mencari kesilapan atau mencari kesilapan dalam teori sehingga ia terbukti benar (Ujian Pemalsuan). Apa yang menakjubkan ialah Al-Qur'an meminta orang Islam dan bukan Islam untuk cuba mencari kesalahan dalam buku ini dan Al-Qur'an sendiri menyatakan bahawa mereka tidak akan menemui apa-apa kesalahan“.

Beliau yang merasa kagum berkata, “Tidak ada penulis di dunia yang mempunyai keberanian untuk 'menulis' buku dan mengatakan bahawa ia kosong daripada kesilapan, tetapi Al-Qur'an, sebaliknya, memberitahu anda bahawa ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta anda untuk cuba mencari satu dan anda tidak akan menemuinya. “

Satu lagi ayat yang Dr Miller ditunjukkan adalah ayat 30 dalam Surah ‘Al-Anbiya’(Nabi-nabi):

“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?“

Dia berkata, “Ayat ini benar-benar merupakan subjek penyelidikan saintifik yang memenangi Hadiah Noble pada tahun 1973 dengan teori ”Great Explosion“.

Menurut teori Great Explosion, alam semesta adalah hasil daripada satu letupan besar yang membawa kepada pembentukan alam semesta dengan langit dan planet.

Dr Miller berkata, “Sekarang, kita sampai kepada apa yang menakjubkan tentang Nabi Muhammad SAW dan tanggapan tentang syaitan membantunya, Allah berfirman:

“Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh malaikat.” Al-Qur'an Surah 26: Ayat 210-212

“Apabila engkau hendak membaca Al-Qur’an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang direjam.” Al-Qur'an, Surah 16, Ayat 98.

Anda lihat? Bolehkah ini menjadi cara syaitan untuk menulis buku? Bagaimana dia boleh menulis buku kemudian memberitahu anda untuk meminta perlindungan Tuhan daripada syaitan sebelum membaca buku itu? Ini adalah ayat-ayat ajaib dalam buku ajaib! Dan mempunyai jawapan yang logik untuk orang-orang yang menganggap bahawa ini dari syaitan“.

Dan di antara kisah-kisah yang mengagumkan Dr Miller adalah kisah Nabi SAW dengan Abu Lahab. Dr Miller berkata, “Orang ini (Abu Lahab) yang begitu teruk membenci Islam sehinggakan dia akan mengikut Nabi di mana sahaja untuk mengaibkan Nabi Muhammad SAW.

Jika dia melihat Nabi bercakap dengan orang yang tidak dikenali, dia akan menunggu sehingga dia selesai dan kemudian bertanya kepada mereka, "Apa yang Muhammad beritahu anda? Jika beliau berkata ia putih maka ia pada hakikatnya hitam dan jika beliau berkata ia adalah malam maka ia adalah siang hari.

Tujuannya adalah untuk memesongkan semua apa yang Nabi katakan dan untuk membuat orang curiga mengenainya.

Dan 10 tahun sebelum kematian Abu Lahab, sebuah surah telah diilhamkan kepada Nabi, yang dinamakan “Al-Masad”.

Surah ini menceritakan bahawa Abu Lahab akan masuk ke dalam neraka, dalam erti kata lain, ia mengatakan bahawa Abu Lahab tidak akan memeluk agama Islam.

Selama 10 tahun, Abu Lahab berkata, “Muhammad mengatakan bahawa saya tidak akan menjadi seorang Muslim dan saya akan masuk ke dalam neraka, tetapi saya memberitahu anda sekarang bahawa saya mahu memeluk agama Islam dan menjadi seorang Muslim. Apa yang anda fikir mengenai Muhammad? Adakah dia menyatakan kebenaran atau tidak? Adakah inspirasinya datang dari Allah?“

 Tetapi Abu Lahab tidak berbuat demikian walaupun dia mengingkari Nabi di dalam semua perkara, tetapi tidak dalam satu perkara. Dalam erti kata lain, ia seolah-olah Nabi Muhammad SAW memberikan Abu Lahab peluang untuk membuktikan dia salah!

Tetapi dia tidak berbuat demikian selama 10 tahun! Dia tidak memeluk agama Islam dan tidak juga berpura-pura menjadi seorang Muslim!

Sepanjang 10 tahun, dia mempunyai peluang untuk menghancurkan Islam! Tetapi ini tidak berlaku kerana itu bukanlah kata-kata Muhammad SAW, tetapi kata-kata Allah yang mengetahui apa yang tersembunyi dan tahu bahawa Abu Lahab tidak akan menjadi seorang Muslim.

Bagaimana Nabi Muhammad SAW boleh mengetahui bahawa Abu Lahab akan membuktikan apa yang dikatakan dalam Surah tersebut jika ini bukannya inspirasi daripada Allah?

Bagaimana dia boleh yakin sepanjang 10 tahun bahawa apa yang di dalamnya (Al-Qur'an) adalah benar jika dia tidak tahu bahawa itu inspirasi daripada Allah?

Bagi seseorang untuk mengambil apa-apa cabaran yang berisiko, ini hanya mempunyai satu maksud, bahawa ini adalah inspirasi daripada Tuhan.

“Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal." Surah Al-Masad.

Dr Miller berkata tentang ayat yang dikaguminya ini, "Salah satu keajaiban dalam Al-Qur'an ialah mencabar masa depan dengan perkara-perkara yang manusia tidak boleh ramalkan dan yang lulus penuh “Ujian Pemalsuan”.

Ujian ini terdiri daripada mencari kesilapan sehingga perkara yang sedang diuji terbukti betul. Sebagai contoh, mari kita lihat apa yang Al-Qur'an katakan mengenai hubungan antara orang Islam dan Yahudi.

"Al-Qur'an mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama bagi umat Islam dan ini adalah benar sehingga kini sebagai musuh utama umat Islam adalah orang-orang Yahudi".

Dr Miller meneruskan, "Ini dianggap satu cabaran yang besar kerana orang-orang Yahudi mempunyai peluang untuk merosakkan Islam hanya dengan melayan umat Islam dengan cara yang baik untuk beberapa tahun dan kemudian berkata, "Di sini kami melayan anda sebagai kawan dan Al-Qur'an mengatakan bahawa kita adalah musuh, sesungguhnya Al-Qur'an itu salah! Tetapi ini tidak berlaku sepanjang 1,400 tahun! Dan tidak mungkin akan terjadi kerana ia adalah wahyu Allah yang mengetahui perkara yang ghaib dan bukan kata-kata manusia".

Dr Miller meneruskan, "Bolehkah anda melihat bagaimana ayat yang bercakap tentang permusuhan antara orang Islam dan Yahudi merupakan satu cabaran kepada minda manusia?"

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang- orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang- orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang- orang Nasrani (Kristian)". Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong". Surah Al-Maaidah, Ayat 82.

"Dan apabila mereka mendengar Al-Qur'an yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w.), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Qur'an), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Qur'an), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w.)". Surah Al-Maaidah, Ayat 83.

"Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Qur'an) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang salih". Surah Al-Maaidah, Ayat 84.

Ayat ini juga benar kata Dr Miller kerana dia merupakan seorang Kristian tetapi apabila dia tahu kebenaran, dia beriman dan memeluk agama Islam dan menjadi seorang bentara. Semoga Allah menyokongnya.

Dr Miller berkata tentang gaya unik Al-Qur'an adalah sesuatu yang indah, "Tidak syak lagi ada sesuatu yang unik dan luar biasa dalam Al-Qur'an yang tidak hadir di mana-mana sahaja, kerana Al-Qur'an memberikan anda maklumat khusus dan memberitahu anda bahawa anda tidak tahu sebelum ini.

Sebagai contoh, “Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).“ Al-Qur'an, Surah 3, Ayat 44.

“(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.“ Al-Qur'an, Surah 11, Ayat 49.

“(Kisah nabi Yusuf) yang demikian ialah dari berita-berita yang ghaib yang kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka sekata mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi) dan semasa mereka menjalankan rancangan jahat (terhadapnya untuk membinasakannya).” Al-Qur'an, Surah 12, Ayat 102.

Dr Miller meneruskan, “Tidak ada kitab suci lain menggunakan gaya ini, semua buku-buku yang lain terdiri daripada maklumat yang memberitahu anda di mana maklumat ini datang.

Sebagai contoh, apabila rundingan Holy Bible mengenai cerita-cerita dari bangsa-bangsa purba, ia memberitahu anda bahawa raja ini tinggal di tempat ini dan seorang pemimpin yang berjuang dalam peperangan itu, dan bahawa orang tertentu mempunyai beberapa kanak-kanak dan nama-nama mereka.

Tetapi buku ini (Bible) sentiasa memberitahu anda bahawa jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca buku tertentu kerana maklumat itu datang dari buku itu“.

Dr Garry Miller meneruskan, “Ini adalah bertentangan dengan Al-Qur'an yang memberi anda maklumat dan memberitahu anda bahawa itu perkara baru!

Dan apa yang menakjubkan adalah orang-orang Mekah pada masa itu (masa inspirasi daripada ayat-ayat) yang digunakan untuk mendengar ayat-ayat dan cabaran bahawa maklumat dalam ayat-ayat adalah baru dan tidak diketahui oleh Muhammad SAW atau oleh orang-orang di masa itu, dan walaupun demikian, mereka tidak pernah berkata, "Kita tahu ini dan ia bukanlah sesuatu yang baru, dan mereka tidak mengatakan: Kita tahu di mana Muhammad datang dengan ayat-ayat ini".

Ini tidak pernah berlaku, tetapi apa yang berlaku adalah, tiada siapa yang berani untuk mengatakan bahawa dia telah berbohong kepada mereka kerana mereka tahu ia benar-benar adalah maklumat baru, bukannya datang dari minda manusia tetapi dari Allah yang mengetahui perkara ghaib pada masa lalu, masa kini dan masa depan.”

BACA INI JUGA: Sebenarnya Menangis Adalah Satu Keajaiban

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, December 05, 2014

Tahukah Anda Betapa Luasnya Alam Semesta?

Tahukah Anda Betapa Luasnya Alam Semesta?

Untuk mengira berapa luas alam semesta yang sebenarnya, kita tidak boleh mengira dengan ukuran batu atau kilometer.

Alam Semesta

Ukuran luas alam semesta yang ada buat masa ini ialah mengukurnya dengan kelajuan cahaya iaitu 186 ribu batu sesaat.

Ini kerana, berapa lama cahaya mengambil masa untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain dalam setahun adalah panduan yang kita ada dan boleh diguna pakai. Dan jarak perjalanan cahaya ialah 5,879,000,000,000 batu setahun!

Disebabkan sesetengah bintang adalah terlalu jauh, walaupun ia sudah meletup dan hilang, kita masih dapat melihat cahayanya di langit pada waktu malam.

Hakikat sebenarnya, bintang tersebut sudah tidak wujud lagi. Ia sepatutnya tidak ada lagi ditempatnya. Tetapi kita masih dapat melihat bintang tersebut sebab cahaya terakhirnya belum sampai kepada kita.

Untuk memahami betapa luasnya langit, kita boleh melihat kepada kiasan yang dikemukakan oleh Robert Jastrow, bekas pengarah Pusat Goddard NASA.

Bayangkan Matahari adalah sebesar sebiji oren. Pada skala tersebut, Bumi hanya bersaiz sebutir pasir yang mengelilingi Matahari pada jarak 30 kaki.

Planet Musytari pula adalah 11 kali lebih besar daripada Bumi dan mengelilingi Matahari pada jarak satu blok rumah.

Planet Saturn pula berada dua blok lebih jauh dan Pluto (bukan lagi sebuah planet), yang paling jauh dalam Sistem Solar ini berada 10 blok rumah dari Matahari.

Pada skala yang sama, purata jauhnya di antara bintang-bintang adalah 2 ribu batu. Bintang terdekat dengan Matahari kita iaitu Alpha Centauri adalah 1,300 batu jauhnya.

Pada skala yang sama, galaksi adalah kluster bintang-bintang yang dipisahkan sejauh 2,000 batu. Kesemua kluster buah oren tersebut (galaksi) mempunyai diameter selebar 20 juta batu.

Bayangkan, ini hanyalah kiasan atau model luasnya angkasa langit yang kalau kita hamparkan diatas permukaan Bumi - butiran pasir dan buah-buahan oren sebagai planet.

Realiti sebenar angkasa amatlah hebat serta sangat luas.

Saintis sendiri tidak mampu menggambarkan berapa sebenarnya keluasan angkasa lepas dan jarak sebenar di antara galaksi-galaksi.

Subhaanallah..

BACA INI JUGA: Misteri 'Ley Lines' Garisan Spiritual Bumi

-SENTIASAPANAS.COM

Bagaimana Mengenal Penganut Syiah?

Bagaimana Mengenal Penganut Syiah?

Bagaimanakah caranya untuk kita mengenal orang yang berpegang dengan ajaran Syiah?

Jawapan: Mula-mula sekali sebelum kita hendak mengenali orang yang menganut fahaman syiah, kita perlu mengenali apa itu Syiah.

Syiah di atas dunia mempunyai tiga kecenderungan yang besar. Mereka terpecah kepada banyak kelompok tetapi majoritinya adalah tiga kelompok besar seperti berikut.

Penganut Syiah

Kelompok pertama dipanggil Syiah Mufaddholah (puji kelebihan), iaitu yang cenderung memuliakan ahlul bait (kaum keluarga Nabi).

Mereka akan banyak bercakap tentang kemuliaan ahli keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, Husain, dan lain-lain tetapi mereka tidak mengkafirkan sahabat Nabi.

Mereka mengiktiraf Abu Bakar, Umar, Utsman sebagai khalifah, tetapi bagi mereka Ali tetap lebih mulia dengan tema atau slogan mereka, Jawaazu-imaamatil-faadhil-ma’a-wujuudil-afdhal (harus menjadi imam orang yang baik dengan kebersamaan wujudnya orang yang lebih baik).

Bererti Abu Bakar, Umar dan Utsman diharuskan menjadi khalifah walaupun (menurut pegangan mereka) Ali lebih baik daripada mereka semua.

Mereka terkenal dengan nama Syiah Zaidiyyah, kebanyakannya di Yaman.

Kelompok kedua merupakan kelompok Syiah majoriti di dunia iaitu Syiah Rafidhah. Rafidhah berasal daripada perkataan Ar-Rafdhu (tolak).

Mereka digelar sebagai Rafdhu atau Rafidhah kerana mereka tidak mengiktiraf bahkan mengkafir dan melaknat sahabat dan isteri Nabi SAW seperti Abu Bakar, Umar, Utsman, Abu Hurairah, Muawiyah ibn Abi Sufyan, Aisyah, keturunan Muawiyah dan keturunan Umar keseluruhannya.

Apa sahaja yang datang daripada kesemua sahabat yang mereka laknati tidak boleh diterima dan harus ditolak menurut mereka.

Mereka adalah majoriti yang datang dengan pelbagai nama pada hari ini, antaranya; Imamiyah Itsna Asyariyah (Imam 12), Ja’fariyah (ada di Gombak, Kedah, Perak, juga berakar dalam parti politik tertentu). Ini bahaya dan tidak boleh dianggap remeh kerana mereka mempunyai agenda.

Akidah mereka berbeza dengan akidah Ahlus sunnah. Kalau kita setakat berbeza fahaman parti politik, tetapi perbezaan dengan syiah ini.

Mereka mengkafirkan sahabat Nabi bertujuan untuk meragukan sumber agama kita. Idea mengumpul Al Quran datangnya dari Umar, dan Abu Bakar mengarah Umar mencari penulis wahyu lalu Umar memilih Zaid ibn Tsabit dan mereka menulis Al Quran.

Apabila Syiah mengkafirkan sahabat maka Al Quran yang ada pada hari ini dianggap tidak boleh dipakai.

Mereka memiliki akidah Taqiyyah (berbohong, berpura-pura). Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah.

Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka.

Lihatlah sambutan Hari Asyura yang mereka raikan setiap tahun. Mereka melaknat Abu Bakar, Umar, dan sahabat Nabi yang lain.

Ketika saya ke Oman bersama sahabat saya, kami memasuki sebuah masjid Syiah. Di Oman ada 10-15% penganut Syiah Imam 12.

Saya masuk ke dalam masjid mereka dan di situ ada batu-batu karbala iaitu tanah yang dimampatkan menjadi batu dan mereka sujud di atas tanah itu ketika solat kerana menganggap suci tanah tersebut.

Kemudian saya masuk ke dalam lagi dan pergi ke rak buku, saya mengambil satu buku kecil bertajuk Ziarah Asyura (Lawatan Hari Asyura).

Saya membuka dan membacanya, di dalamnya terdapat doa-doa laknat ke atas sahabat Nabi beserta tatacara dan kaedah membaca doa-doa tersebut.

Adapun tuntutan Nabi SAW ke atas kita pada hari asyura adalah dengan berpuasa, sedangkan mereka pada hari itu mencederakan diri dan mendoakan laknat ke atas sahabat Nabi kerana bagi mereka hari tersebut adalah hari kematian Husain.

Kepercayaan mereka berbeza dengan Ahlus Sunnah. Imam Mahdi mereka tidak sama dengan Imam Mahdi Ahlus Sunnah. Imam Mahdi menurut mereka adalah Imam mereka yang terakhir dan menunggu di dalam Gua Sardab. Imam Mahdi kita yang Nabi SAW beritakan ada ciri-cirinya berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW, tetapi mereka menolak kesemua hadis-hadis tersebut kerana diriwayatkan oleh para sahabat.

Mereka menolak Sahih Bukhari, Sahih Muslim. Imam Bukhari mati di dalam buangan kerana dituduh oleh puak Syiah sebagai Nashibi (pembenci ahli keluarga Nabi).

Jadi perkara ini tidak boleh dibuat main, mereka menimbulkan syubhat dalam pemikiran kita. Ini adalah majoriti Syiah yang sedang bertebaran di atas muka bumi pada hari ini.

Syiah yang ketiga, dan yang paling pelik. Mereka minoriti tetapi bergerak aktif di Syria, sempadan Jordan. Mereka juga terdapat di Lubnan. Syiah yang cenderung kepada Bathiniyah (simbolik dan tiada amalan).

Mereka menganggap ibadah seperti solat, haji, dan lain-lain hanya simbolik semata-mata. Bahkan pelampau mereka beriktikad malaikat Jibril tersalah menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad, kononnya wahyu sepatutnya disampaikan kepada Ali bin Abi Thalib.

Akidah begini merupakan akidah yang membatalkan keislaman seseorang. Mereka datang dengan banyak nama, antaranya; Syiah Nushairiyah seperti Bashar Al-Asad di Syria – mereka menyembah gambarnya kerana telah mengangkat imam mereka setaraf Tuhan, Syiah Duruz, Syiah Isma’iliyah di Pakistan, Aghakhaniyah di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia (dalam kelompok kecil).

Ini adalah tiga golongan utama syiah, cuma majoritinya adalah kelompok yang kedua.

Cara mengenali penganut Syiah

Syiah boleh dikenali melalui modus operandi atau cara mereka menarik kita.

Langkah Pertama: Mereka memulakan dengan memuji Ahlul Bait (ahli keluarga Nabi). Mereka akan kerap bercerita tentang kebaikan dan kemuliaan kaum keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, dan lain-lain.

Mereka menyeru untuk fokus dan bercakap tentang ahli keluarga Nabi sahaja, mengapa perlu bercakap tentang yang lain, kerana Nabi sangat mencintai kaum keluarganya.

Oleh itu menurut mereka, memadai mengambil kebaikan daripada kaum keluarga Nabi.

Mereka membawa dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis akan kelebihan-kelebihan kaum keluarga Nabi.

Kita perlu ingat bahawa Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah orang yang paling cinta kepada Ahlul Bait. Paling cinta bererti mencintai sesuatu sesuai dengan tahap dan statusnya.

Ini adalah ciri wasathiyah (kesederhanaan) yakni tidak berlebihan dan tidak berkurangan.

Kita perlu sayang dan kasih kepada Ahlul Bait. Tetapi kalau pada hari ini ada di kalangan yang mengaku keturunan Nabi tetapi melakukan maksiat, kejahatan dan kesalahan, maka kesalahannya tidak boleh dibiarkan.

Hadis Nabi SAW, maksudnya: “Kalau Fathimah binti Muhammad mencuri aku akan potong tangannya.”

Sayang ada hadnya. Adapun Syiah menyayangi Ahlul Bait dengan menganggap mereka bebas dosa, kerana syiah bertujuan hendak pergi ke peringkat kedua iaitu menceritakan kepada kita tentang imam-imam mereka dan seterusnya memaksumkan mereka.

Langkah kedua: Mereka mempopularkan imam-imam mereka; Khomeini. Antara slogan mereka, “Saya tidak bercakap tentang akidah Khomeini, saya bercakap tentang revolusi yang dibawanya yang perlu kita contohi, perjuangan Hasan Nasrullah, Hizbullah. Hasan Nasrallah pejuang Islam, penentang Israel.”

Mereka bertujuan membangkitkan semangat. Berapa kali Syiah menyerang Amerika? Berapa kali mereka berperang dengan Israel sampai hancur.

Ketika Amerika memburu Anwar Al Aulaki, menghantar kapal terbang tanpa pemandu, menembak menggunakan satelit, memburu Osama bin Laden sehingga berjaya dibunuh, mencari Saddam Hussein dan dihukum mati, mengganyang Muammar Ghaddhafi sehingga dijumpai, sedangkan Muammar Ghaddafi dengan berbillion kekayaan, membina tempat keselamatannya dengan kekayaannya tetapi Amerika boleh mencarinya juga.

Kenapa negara Syiah seperti Iran, Lubnan dengan Amerika tidak berperang juga hingga ke hari ini? Tiba-tiba menghantar peluru berpandu dan terkena berhampiran Palestin, kononnya tidak sengaja. Mereka ada agenda, inilah dia Taqiyyah Syiah.

Sebab itulah ulama, apabila membahaskan hadis Nabi yang menceritakan tentang Dajjal di akhir zaman, yang akan menjadi tentera Dajjal adalah 70 ribu orang dari Asfahan, di Parsi. Ulama terdahulu sudah mengulas kemungkinan besar mereka ini adalah Syiah Rafidhah Imam 12.

Syiah sering bercerita tentang imam mereka, memuji Khomeini sebagai penulis buku hebat dan pelbagai pujian lagi.

Bayangkan orang seperti P. Kalimuthu, kemungkinan dia pernah membantu orang kampungnya, kemudian orang memuji-muji P. Kalimuthu seorang yang baik, telah membantu ramai orang miskin.

Adakah boleh diterima cerita seperti itu? Tidak boleh kerana orang tahu dia jahat, melakukan banyak pembunuhan, jenayah dan sebagainya.

Begitu juga Khomeini, dia menulis dalam bukunya sendiri cercaannya ke atas sahabat Nabi SAW.

Andaikan saya mencerca dan mengkafirkan bapa kepada salah seorang kalian, adakah anda mahu mendengar ceramah saya?

Jadi bagaimana kita boleh memuji memuja dan mengangkat nama-nama orang yang mengkafirkan sahabat Nabi?

Abu Bakar RA adalah sahabat Nabi yang menemani baginda di dalam gua, orang yang dilantik oleh Nabi sebagai imam sewaktu Nabi pergi keluar ke mana-mana, yang Nabi kasih dan Nabi sayang, yang mana ketika semua orang tidak percaya kepada Nabi SAW, beliau menyatakan kepercayaannya kepada Nabi tanpa berbelah bahagi sehingga digelar sebagai As-Shiddiq.

Bagaimana kita boleh mendiamkan diri dengan orang yang mengkafirkan Umar Al Khatthab RA dan mengatakan perselisihan ini kecil. Anak Umar, Abdullah ibn Umar RA merupakan antara yang paling banyak meriwayatkan hadis.

Umar yang tegas, pantang orang cuit sedikit sahaja beliau akan mengeluarkan pedang demi Islam. Bahkan Nabi SAW menyebut di dalam hadis bahawa syaitan tidak berani lalu tempat yang dilalui oleh Umar (lihat Sunan Tirmidzi).

Utsman RA yang Nabi memujinya seperti dalam riwayat Imam Ahmad “Tidakkah kamu malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya?” tiba-tiba kita boleh mendiamkan diri terhadap orang yang mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi ini.

Aisyah RA wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis, lantas dikafirkan oleh Syiah. Apabila beliau dikafirkan bererti semua hadis yang diriwayatkannya tidak boleh diguna pakai.

Abu Hurairah sahabat Nabi yang paling banyak menghafal hadis pun turut dikafirkan, maka hadis Abu Hurairah tidak boleh diterima.

Jadi apa tinggal dengan agama kita? Mereka meragukan sumber agama kita, begitulah cara mereka merosakkan Islam.

Mereka mengambil kitab mereka dan memuliakan imam mereka. Oleh itu berhati-hatilah dengan orang yang mengangkat nama Khomeini, mengangkat negara Iran.

Menyebarkan syiah melalui perkahwinan

Orang Iran sangat cantik paras rupanya. Antara modus operandi mereka juga adalah melalui wanita dan lelaki Iran, seks dan perkahwinan.

Mereka hantar lelaki-lelaki Iran belajar di negara kita, hidung mancung bak seludang, janggut elok, rambut cantik, setakat Sami Yusuf dan Maher Zain tidak setanding.

Siapa tidak bangga kalau dapat menantu paling handsome di kampung. Padahal mereka membawa ideologi syiah.

Di sebelah Afrika mereka menghantar wanita-wanita Parsi. Wanita Parsi sangat cantik. Allah memberikan keindahan dan kecantikan kepada mereka sebagaimana kata Umar ketika menghantar seorang lelaki di zamannya ke sana, di mana lelaki tersebut sangat kacak sampai semua lelaki dan wanita terpegun melihatnya.

Kemudian Umar menyuruhnya mencukur rambut, dan apabila dicukur semua rambutnya bertambah kacak, kemudian Umar menyuruhnya berhijrah ke negeri di belakang 2 sungai (Tigris dan Furat) iaitu Parsi kerana orang Parsi semuanya cantik-cantik belaka.

Itu sedikit sebanyak cara mereka menyebarkan Syiah. Yang paling jelas adalah mereka banyak mempopularkan ilmuan-ilmuan mereka seperti Khomeini, Hasan Nasrallah, dan serba sedikit akan merujuk kepada Iran, mengangkat Iran sebagai negara Islam. Sedangkan negara Islam diiktiraf berdasarkan apa, nama atau akidah?

Perkara ini bukanlah hal yang kecil, malah sangat serius. Dulu, ada usaha tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, antaranya nama-nama seperti Mustafa as-Siba’i, beliau antara tokoh terawal yang hendak mendekatkan (Taqrib) Ahlus sunnah dengan Syiah. Beliau telah berhijrah ke Lubnan untuk beberapa tempoh, akhirnya mengaku usaha Taqrib ini tidak boleh diteruskan kerana sumber agama Syiah dan Ahlus Sunnah amat berlainan.

Syiah memiliki kitab hadis mereka sendiri, Ahlus Sunnah ada hadis kita sendiri. Syiah mengkafirkan sahabat Nabi, sedangkan kita membawa hadis dari para sahabat yang mereka kafirkan.

Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, Al-Quran kita didakwa tidak cukup, ada surah-surah tertinggal. Hal ini disebut dalam kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini.

Al-Quran kita mengandungi 6236 ayat sedangkan Al-Quran mereka 17,000 ayat bererti Al Quran kita baru suku daripada Al Quran mereka.

Syiah Agama Politik

Pada hari ini mereka turut datang dengan nama Ja’fari dan masuk ke dalam politik tanah air. Kita perlu ingat bahawa Syiah adalah agama politik. Sebab itu salah satu rukun Islam mereka adalah Al-Wilayah (Kenegaraan). Setelah mendapat negara maka barulah sah rukun Islam wilayah mereka.

Maka sebab itulah mereka seringkali memberontak dan cuba menjatuhkan pemerintah Islam yang sah, kerana mereka ada agenda untuk menguasai negara. Tidak kiralah mereka berada dalam parti mana. Jangan sekali-kali memberi ruang untuk Syiah masuk ke dalam parti.

Wallahu a'lam.
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=cHtKnU7iicY

Wallahu a'lam.

Isteri Terlajak Shopping, Zalora Bagi Free Stok 1 Tahun!

Isteri Terlajak Shopping, Zalora Bagi Free Stok 1 Tahun!

Seorang suami bernama Radzi Ali sebelum ini, memuat naik status di laman Facebook rasmi milik ZALORA Malaysia hinggakan kisahnya yang memohon ZALORA menyekat isteri daripada terus bershopping di laman itu menjadi viral di media-media sosial.

Zalora

Namun, perkara ini disedari oleh isterinya, Nuzaimah Ideris hingga mencetuskan sedikit perbalahan antara pasangan berkenaan.

Zalora [2]

Menurut Nuraimah, dia kuat bershopping di laman itu kerana dia sedang hamil dan tidak larat untuk keluar ke pusat beli-belah.

Zalora [3]

Dan siapa sangka, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapalah yang tahu.

Pepatah ini sangatlah sesuai mengambarkan kisah seorang isteri girang yang secara tiba-tiba menerima bekalan baju dan kasut seolah-olah untuk setahun dari pihak ZALORA secara percuma!

Wah...syoknya dan best giler lah!

Zalora [5]

Pasangan ini berjaya mencuri tumpuan ZALORA hinggakan pihak ZALORA sendiri menghantar bekalan stok secara percuma kepada isteri tersebut.

Mari kita tengok aksi gembira isteri ini..

Zalora [6]
Zalora [7]
Zalora [8]
Zalora [9]
Zalora [10]

Terserlah kegembiraan isterinya hinggakan setiap gambar tidak lekang senyuman dari bibirnya..

Bergaya sakanlah wanita ini dengan produk cun melecun daripada ZALORA.

Alhamdulilah, agaknya ini rezeki anak yang dikandung.

Suami ini turut mengucapkan terima kasih kepada pihak ZALORA yang berjaya memujuk isterinya dengan pemberian hadiah sebanyak itu.

Zalora [4]

Radzi Ali sempat bergurau dengan pihak ZALORA hingga mencetuskan tawa kepada sesiapa yang membaca statusnya.

Jadi, kepada pembaca sekalian, jangan lupa shopping kat Zalora Disember ni, potongan sehingga 90%!

Giler..patutlah Radzi mengamuk..hehe

Lazada Malaysia

Anda Solat? Hati Anda Baik? Bersih?

Anda Solat? Hati Anda Baik? Bersih?

Didalam Al-Qur'an, Allah SWT berfirman bahawa solat yang dikerjakan dengan tekun dan sempurna dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

solat taubat

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Qur'an dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." Surah Al-Ankabut: 45

Seorang Muslim kena tahu, untuk apa dia solat? Atas tujuan apa? Kerana apa?

Ramai orang Islam hari ini mengambil kewajipan solat secara remeh-temeh kerana mereka tidak menyedari kepentingan solat dalam hidup mereka.

Ada juga yang solat lima waktu sehari semalam, tapi solatnya langsung tidak mencegahnya daripada perbuatan keji dan mungkar.

Solat yang mereka kerjakan bagaikan satu ritual sahaja, tiada roh.

Cuba kita bayangkan, bagaimana solat itu hendak mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar, kalau kita sendiri tidak tahu makna kalimah yang diungkapkan semasa solat.

Sudahlah begitu, solat pula laju, sangat laju macam larian Usain Bolt. Itu belum dikira lagi perbuatan sengaja melewat-lewatkan solat dengan sengaja.

Kalau macam tu gayanya, macam mana solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar? Makin serabut adalah!

Bangkitkan iman yang lesu

Bagi kita yang sedar perkara ini, seharusnya perkara pertama yang kita kena lakukan adalah membangkitkan kembali iman yang lesu dalam hati masyarakat.

Sedarkan semula atas tujuan apa kita dihidupkan atas muka bumi ini, atas tujuan apa kita solat?

Iman masyarakat kita pada hari ini berada pada tahap yang sangat lesu. Faktor yang menggerakkan kehidupan mereka adalah materialistik semata-mata. Jauh atas faktor keimanan kepada Allah.

Kehidupan masyarakat sekarang hanya berkiblatkan wang sahaja. Tiada lain. Janji ada wang, halal haram diketepikan!

Mungkin sebab itulah ramai dikalangan orang Islam lebih rela untuk bekerja di tempat yang tidak membenarkan solat atau ruang waktu solat yang sangat terhad.

Selain itu, sedarkan masyarakat dengan azab neraka yang akan ditanggung kalau tidak solat, kita juga haruslah menampakkan kepada mereka, apakah kesan sosial yang akan ditanggung kalau tidak menjaga tiang agama.

Mahukah kita melihat keturunan kita berzina? Mahukah kita lihat diri kita menceburkan diri dalam dosa arak? Mahukah kita lihat anak-anak gadis kita diusung kesana kemari?

Kesan dan akibat tidak solat bukan sahaja ditanggung oleh diri kita sendiri, tetapi juga ditanggung oleh masyarakat keseluruhannya.

Sedarlah bahawa masyarakat yang jauh terpesong dari perintah Allah SWT, sesungguhnya sangat dekat dengan kebinasaan.

Ada juga yang memberi alasan, kalau tak solat pun tak apa, janji hati baik..

Soalnya, adakah dia yakin hatinya baik?

Lupakah mereka pada hadis Nabi SAW ini?

Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu naka baiklah manusia. Kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati (roh)." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Anda solat? Hati anda baik? Bersih?

Wallahualam..

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, December 04, 2014

Beg Sandang Terbaik Khusus Untuk Gadjet Anda

Beg Sandang Terbaik Khusus Untuk Gadjet Anda

Beg Sandang Thanko. Boleh dikatakan tak kira anda berada di mana, pasti terdapat seseorang menggunakan peranti bersaiz phablet, lebih-lebih lagi di restoran makanan segera.

Thanko

Ini adalah kerana pengguna di Asia gemar menggunakan peranti mereka untuk menonton siri TV ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Tablet 12 inci ini boleh memberikan kepuasan menonton siri TV seperti Suamiku Encik Sotong ketika di luar tetapi ianya sukar digunakan ketika di dalam komuter.

Anda memerlukan sebelah tangan untuk memegang peranti dan sebelah lagi memegang rel besi bagi mengelakkan diri dari terjatuh ketika berdiri di dalam tren.

Di Jepun sudah ada beg sandang merangkap pemegang tablet yang dinanti-nantikan pengguna tablet.

Thanko [2]

Beg sandang yang diberi nama Thanko ini mempunyai pemegang tablet yang boleh dibuka bagi membolehkan anda menggunakan tablet tanpa memegangnya.

Kini anda boleh menggunakan tablet walaupun ketika berdiri di dalam tren, ia sesuai digunakan dengan tablet iPad Air 2, Nexus 9 dan Kindle Fire HDX.

Pemegang boleh diputarkan 360 darjah supaya pengguna boleh memilih orientasi landskap ataupun potret.

Thanko [3]

Selain daripada itu pemegang tablet boleh dicabut dan berubah menjadi tetongkat dan apabila disangkutkan pada belakang kerusi kereta, ia berubah sekali lagi menjadi penyangkut tablet di dalam kereta.

Sebuah beg dengan empat fungsi berbeza, tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan empat aksesori berbeza.

Harga jualan beg 4 dalam 1 ini ialah RM 143.

Sumber: Akihabaranews

WolffePack, Beg Sandang Paling Sesuai Untuk Naik Tren

WolffePack

Jika sering menggunakan perkhidmatan awam seperti komuter, anda pasti pernah melihat seseorang mengenakan beg sandang secara terbalik ke hadapan.

Ia bertujuan mengelakkan kes poket beg diseluk pencuri bagi merembat barangan yang diletakkan di situ termasuk peranti elektronik seperti telefon bimbit dan komputer riba.

Beg sandang yang dipakai begini bagaimana pun agak janggal, melainkan jenis Wolffepack yang direka dengan mengambil kira penyelesaian masalah bagi kes kecurian terutama di dalam komuter.

Antara ciri-cirinya adalah bahagian simpanan barang beg sandang ini boleh dicabut dan diputarkan ke hadapan dengan mudah.

Tali beg pula akan kekal disandang pemakai cuma ruang simpanan boleh ditanggalkan.

Apabila ingin kembali ke posisi asal, pemakai hanya perlu menarik tali yang terletak di dalam tali beg, tidak perlu risau tali ini penyambung ini akan putus kerana ia diperbuat daripada Dyneema yang mampu menanggung berat maksimum 300 kilogram.

Dana untuk projek ini sedang dikumpul di Kickstarter dengan harga jualan bermula dari £85 (RM280) sebuah.

BACA INI JUGA: Cara Mudah Membuat Aplikasi Android untuk Blog

Sumber: Kickstarter

-SENTIASAPANAS.COM

Misteri Seram Lukisan Berwajah Sedih

Misteri Seram Lukisan Berwajah Sedih

Lukisan berhantu! Mungkin kedengaran tidak masuk akal, tapi itulah yang dialami oleh sebuah keluarga di Cumbria, England. Gangguan demi gangguan terus menghantui keluarga Sean Robinson.

The_anguished_man

Semuanya bermula pada tahun 2012, apabila Sean menggantung sebuah lukisan yang diterima daripada mendiang neneknya.

Pada mulanya, Sean tidak ingat langsung kewujudan lukisan yang disimpan dalam bilik bawah tanah rumahnya.

Suatu hari apabila hujan turun dengan lebat menyebabkan bilik bawah tanah itu dilimpahi air, dari situ akhirnya menemukan Sean dengan lukisan misteri yang diberi nama 'The Anguished Man', yang membawa maksud, Lelaki Yang Sering Bersedih'.

Menurut kisah yang diceritakan oleh neneknya, lukisan tersebut diberi oleh rakan baik neneknya sendiri. Ia merupakan sebuah lukisan yang dipenuhi misteri.

Kononnya, pelukis potret itu mencampurkan darahnya dengan cat sebelum melukis lukisan yang mempamerkan wajah sedih lelaki yang sedang bersedih itu.

Pelukis yang tidak dikenali asal usulnya itu juga dikatakan bertindak membunuh diri setelah selesai melukis lukisan tersebut.

Puncan pelukis itu membunuh diri tidak diketahui sesiapa. Namun, kisah itu tidak dapat disahkan kebenarannya kerana cuma disampaikan dari mulut ke mulut.

Isteri Sean sejak awal lagi tidak menyenangi kehadiran lukisan tersebut dirumah mereka. Dia menentang apabila Sean menyuarakan hasratnya untuk menggantung potret itu diruang tamu rumah mereka.

Akur dengan permintaan isterinya, Sean mengalah dan hanya menggantung lukisan itu dalam sebuah bilik di tingkat dua rumah mereka.

Maka, bermulalah mimpi ngeri keluarga ini. Suara tangisan seringkali didengari oleh Sean dan ahli keluarganya yang lain semenjak lukisan itu berada dalam bilik tetamu.

Hampir setiap malam rumahnya diganggu bunyi bising seperti ketukan dan cakaran pada dinding.

Pada mulanya, Sean menyangka bunyi itu datang dari luar rumah. Dia cuba menjejak dari mana arah datangnya suara misteri yang sering kedengaran dan setiap kali itu juga dia akan sampai ke bilik yang menempatkan lukisan misteri itu.

Isteri Sean juga kerap mengadu melihat bayangan lelaki yang hanya muncul samar-samar tanpa menunjukkan kepala. Pada mulanya, Sean menganggap semua itu hanyalah bayangan isterinya semata-mata.

Naumn, dia mula mengesyaki sesuatu apabila anak lelakinya turut diganggu oleh 'makhluk' tersebut.

Suatu ketika, Kenan yang yang sedang berjalan menuruni anak tangga rumah tiba-tiba jatuh tersandung seperti ditolak sesuatu. Kenan mendakwa kesan tolakan yang kuat itu menyebabkan dia hilang keseimbangan sebelum terjatuh.

Semakin hari, gangguan yang diterima keluarga Sean semakin bertambah. Jika dulu bunyi tangisan hanya sayup-sayup kedengaran, kini semuanya semakin jelas ditelinga mereka.

Malah, Sean juga seringkali dikejutkan dengan kehadiran lembaga di penjuru bilik tidurnya. Bayangan itu seolah-olah memerhatikan dia dan isterinya sedang tidur.

Merasakan dirinya perlu melakukan sesuatu, Sean bertindak meletakkan perakam video di dalam bilik dimana terletaknya lukisan tersebut.

Hasilnya, rakaman menunjukkan ada bayang-bayang lampu yang tidak diketahui tiba-tiba muncul dan hilang dalam bilik itu.

Bunyi seperti ada barang jatuh juga kedengaran biarpun tiada apa-apa yang pelik kelihatan di sekitar lukisan itu.

Pintu bilik juga kelihatan tertutup dengan sendirinya biarpun tiada sesiapa yang berada di sekitar bilik tersebut sewaktu rakaman dilakukan.

Tidak percaya dengan hasil rakaman video tersebut, Sean memuat naik rakaman itu ke laman youtube dan mendapat banyak respon daripada penonton seluruh dunia. Kebanyakan mereka ingin tahu dari mana datangnya lukisan misteri yang dimiliki oleh Sean.

Sean Robinson

Namun, Sean sendiri masih tertanya-tanya siapa pelukis asal lukisan berhantu yang dimilikinya itu.

Seorang produser filem Amerika Syarikat telah berminat untuk memfilemkan misteri lukisan 'The Anguished Man', malah menawarkan untuk membeli lukisan itu dengan harga $32 ribu dollar, namun tawaran itu ditolak oleh Sean.

Menurut Sean, setelah kisah misteri lukisan itu tersebar di internet, dia telah menerima banyak e-mel dari seluruh dunia menyatakan keinginan mereka untuk membeli lukisan tersebut. Namun, dia tidak berminat untuk menjual lukisan berhantu itu.

Walaupun Sean dan keluarganya kerap diganggu sejak lukisan itu ada dirumahnya, tapi tidak terlintas difikirannya untuk menjual lukisan yang diwarisi daripada mendiang neneknya itu.

Kini, lukisan itu telah diturunkan dan disimpan semula di dalam bilik bawah tanah rumah mereka.

Kadangkala, masih terdengar bunyi-bunyi pelik yang datang dari dalam bilik itu tetapi Sean hanya memekakkan telinga.

Malah, anjing peliharaan mereka juga langsung tidak berani mendekati bilik bawah tanah itu.

Sean masih lagi menaruh harapan agar ada individu yang mengenali pelukis asal lukisan berhantu tersebut untuk tampil dan membuka misteri yang masih belum diketahui sehingga kini.

Saksikan videonya di YouTube SINI

BACA INI JUGA: Gambar-gambar Terakhir Selebriti Terkenal Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Asal-usul Sambutan Halloween

Asal-usul Sambutan Halloween

Anda pernah dengar nama Jack O' Lantern? Nama itu cukup popular, menjadi ikon seluruh dunia sejak ratusan tahun dahulu. Kalah MIchael Jackson, The Beattles dan yang seangkatan dengannya.

Jack O' Lanterns

Siapa Jack O' Lantern? Sebenarnya, ia hanyalah nama sejenis labu. Sebiji labu kuning yang dipotong dibahagian atas, dikorek isinya dan diukir membentuk kepala makhluk yang menyeramkan.

Lilin atau lampu akan dimasukkan ke dalam labu itu. Bila dipasang, akan tampak seperti makhluk yang menyeringai.

Ukiran labu ini diambil berdasarkan sebuah cerita dongeng rakyat Ireland. Terdapat beberapa versi namun kisah dibawah ini adalah yang paling popular.

Kononnya, seorang petani bernama Jack yang cerdik telah berjaya mengurung si Iblis. Hasil perjanjian, Jack melepaskan Iblis apabula setuju tidak akan menendang Jack ke dalam neraka.

Bila Jack mati, rohnya tidak diterima syurga kerana banyak melakukan dosa. Namun, dia juga tidak boleh masuk ke neraka kerana Iblis yang berpegang pada janji mereka.

Akhirnya, roj Jack tergantung diawang-awangan. Lalu, dia membuat sebuah lentera (lampu) daripada buah labu.

Sambil membawa labu itu, dia berkeliling ke serata tempat untuk mencari tempat istirehatnya.

Jack O' Lanterns Myth

Pada hari-hari biasa, anda memang sukar hendak menemui labu Jack ini. Namun, pada tarikh 31 Oktober setiap tahun, pasti mudah anda menemuinya terutama di kawasan bandar.

Mengapa begitu? Kerana tarikh itulah labu Jack O' Lanterns akan berada di serata tempat, dijadikan simbol untuk menyambut perayaan Halloween.

Ia merupakan keramaian tradisi Barat sejak zaman berzaman yang dikaitkan dengan kematian, syaitan, hantu, sihir dan sebagainya. Pada tarikh itu, orang-orang akan keluar merayakannya dengan berpakaian aneh dan menyeramkan.

Sebelum itu, sejarah labu Jack dan Halloween adalah dua perkara berbeza. Dan kisah dibawah ini yang paling banyak diterima versinya. Perayaan ini berasal dari bangsa kuno Samahain di sebuah wilayah Ireland.

Kononnya, perayaan itu bagi meraikan penghujung musim panas (masa terang) dan permulaan musim gugur (masa gelap).

Bangsa kuno itu percaya, pada tarikh 31 Oktober, batas antara dunia nyata dan dunia roh adalah 'nipis'. Bermakna, roh boleh datang ke dunia manusia untuk berkomunikasi.

Pada waktu tersebut, penduduk akan mengadakan perayaan besar-besaran bagi menyambut 'kedatangan' nenek moyang mereka yang sudah lama mati.

Bagi menghindari roh jahat menggangu perayaan mereka, maka mereka akan berdandan seperti makhluk-makhluk yang menakutkan agar roh jahat tidak singgah ke rumah mereka kerana beranggapan, penduduk itu sama jahat sepertinya.

Perayaan itu telah dibawa oleh imigran Ireland ke Amerika sekitar abad ke 19. Sejak itu, ia semakin menular ke serata dunia termasuklah Malaysia.

Halloween

Pada tarikh 31 Oktober setiap tahun, biasanya kita akan melihat muda-mudi yang berbin dan berbinti pada namanya turut sama meraikan perayaan kuno itu.

Mereka berpakaian ala-ala hantu, bahkan orang tua juga tidak kisah memakaikan anak-anak kecil mereka dengan pakaian 'hantu' atau memakaikan 'cekak tanduk dua' seperti syaitan dikepala si anak kecil.

Apa nak hairan. Bila ditanya, mereka pasti tersenyum sambil menjawab, "Saja suka-suka. Bukan ada niat apa pun. Tak payahlah kolot sangat!"

Ahahaha..

BACA INI JUGA: Misteri Seram Lukisan Berwajah Sedih

-SENTIASAPANAS.COM