Wednesday, December 03, 2014

Tahukah Anda Asal-usul Penciptaan Payung?

Tahukah Anda Asal-usul Penciptaan Payung?

Percaya atau tidak, payung sudah dicipta lebih daripada empat ribu tahun dahulu. Pada mulanya, ia digunakan sebagai pelindung buat golongan raja-raja sewaktu tamadun purba di Afrika, Asia dan Yunani.

Ancient Umbrella

Bukti ini dapat dilihat melalui peninggalan artifak kuno yang ditemui.

Tujuan asal payung dicipta bukanlah untuk mengelak hujan, tetapi untuk melindungi golongan raja daripada sinaran matahari. Setelah ratusan tahun, barulah payung digunakan untuk tujuan lain.

Perkataan umbrella sendiri diambil daripada bahasa latin, 'umbra' yang membawa maksud bayang-bayang.

Penduduk dinegara China merupakan orang pertama menggunakan payung sebagai perlindungan kalis air bagi mengelakkan diri mereka dibasahi hujan. Mereka menyapukan lilin pada kertas payung untuk menjadikan ia kalis air.

Ancient Umbrella [2]
Payung pada artifak purba.

Payung paling tua yang direkodkan ialah sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Xin. Pemerintah ketika itu ialah Wang Man, telah mengarahkan penciptaan payung lipat.

Di London pada tahun 1830, payung pertama dijual secara komersial di sebuah kedai kecil bernama James Smith and Sons.

Payung versi anak-beranak ini dibuat menggunakan kayu berbentuk seperti tulang ikan paus, dimana kain payung tersebut disapu dengan minyak. Kayu yang digunakan sangat tebal membolehkan ia bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Malah, kedai ini masih dibuka di kota London dan menjual payung yang sama sehingga ke hari ini.

James Smith and Sons Umbrella

22 tahun kemudian, Samuel Fox, telah mencipta payung versinya sendiri yang diberi nama Fox Frame, yang mempunyai besi dalam reka bentuk dalamannya.

Payung versi Fox merupakan payung yang paling hampir dengan ciptaan payung sebenar pada zaman ini.

Selamat membaca..

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Ketuhar Microwave Tercipta Secara Kebetulan?

-SENTIASAPANAS.COM

Lelaki Atau Wanita, Siapa Paling Curang?

Lelaki Atau Wanita, Siapa Paling Curang?

Lelaki curang? Itu biasa. Lelaki memang tabiatnya mengurat. Pantang tengik perempuan dahi licin, semua dia nak try.

Curang

Sedihnya, perempuan yang jadi mangsa. Tertipu dengan godaan suami orang. Terpedaya dengan sikap suami yang pijak semut tak mati bila di depan isteri, tapi ligatnya nauzubillah bila dibelakang isteri.

Lebih parah, alasan lelaki zaman sekarang berlaku curang cukup sukar diteka. Lihat sahaja bekas suami Halle Berry, Eric Benet, apabila sanggup meninggalkan salah seorang wanita tercantik dan berjaya di Hollywood.

Atau Hugh Grant yang memilih untuk berasmara dengan pelacur jalanan sedangkan dia memiliki kekasih jelita seperti aktres Elizabeth Hurley.

Menurut kajian, lelaki Perancis merupakan pencinta terbaik di dunia. Malangnya cinta mereka bukan cinta sejati.

Kajian mengenai kecurangan yang dilakukan oleh French Institute of Public Opinion (IFOP) mendapati seorang bagi setiap dua lelaki dinegara itu mengaku curang terhadap isteri masing-masing.

Keadaan itu bukan sesuatu yang mengejutkan. Rakyat Perancis sememangnya terkenal dengan sikap curang sejak tahun 1970an lagi.

Ketika itu, kadar kecurangan di negara itu adalah 19 peratus. Kini peratusan itu meningkat dengan ketara apabila 55 peratus daripada warga lelaki di negara itu mengaku mencurangi pasangan mereka.

Jadi, lelaki Perancis sangat bertuah. Sekurang-kurangnya itulah yang dialami Presiden Francois Hollande apabila skandalnya bersama aktres jelita, Julia Gayet, didedahkan oleh majalah Closer awal tahun ini, rakyatnya langsung tidak menyalahkannya.

Francois Hollande - Julia Gayet

Bagi mereka, adalah normal bagi seorang lelaki untuk berlaku curang terhadap pasangannya. Malah, kajian mendapati warga Perancis adalah golongan paling mudah memaafkan individu curang.

Lelaki di India juga sama. Tinjauan global laman web persahabatan dan temu janji, Cupidbay.com, mendapati 49 peratus lelaki di negara itu mencari peluang untuk menjalinkan hubungan seksual secara aktif di internet.

Berada di kedudukan seterusnya adalah lelaki Pakistan. Seramai tujuh peratus suami berketurunan Pakistan menggunakan internet untuk mencari temu janji membuat hubungan di luar pernikahan.

Ini diikuti lelaki Mesir dan Arab Saudi yang mencatat enam dan lima peratus.

Di Indonesia pula, kira-kira 25 peratus daripada lelaki berkahwin didapati berlaku curang terhadap pasangannya.

Data itu diperolehi menerusi kajian mengenai kecurangan yang dilakukan oleh Universiti Indonesia, pimpinan pakar psikologi, Yudiana Ratnasari.

Kebanyakan kes curang itu melibatkan para suami di kota besar seperti Jakarta yang telah berkahwin lebih dari sepuluh tahun.

Lelaki Belgium pula sangat bertuah kerana dibenarkan curang. Bagi rakyat negara itu, memiliki kekasih bukanlah satu kesalahan bagi lelaki berkahwin.

Suami boleh melakukannya tanpa perlu berahsia daripada isteri. Curang dibenarkan kerana kekasih dianggap sebagai antidepresen atau terapi yang boleh menghilangkan stres bagi lelaki.

Jika lelaki Perancis dan India dicap sebagai lelaki curang, lelaki Korea pula dikenal pasti sebagai lelaki paling setia.

Kenapa? Ini kerana kerajaan Korea memantau penggunaan telefon bimbit dikalangan warganya. Setiap data dan aktiviti penggunaan telefon dirakam oleh kerajaan.

Jadi, apabila lelaki berlaku curang, isteri boleh melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan meminta dibukakan rakaman percakapan serta SMS telefon bimbit suami mereka.

Semua data tersebut boleh dijadikan bukti kukuh dalam perbicaraan perceraian. Apabila terbukti mereka benar-benar curang, semua harta akan menjadi hak isteri dan anak-anak sepenuhnya tanpa sedikit pun diberikan kepada bekas suami. Inilah yang ditakuti oleh lelaki Korea.

Tidak seperti lelaki di negara Eropah yang lain, lelaki Ireland tergolong dalam kelompok setia. Mereka menyanjung ikatan perkahwinan dan menentang hubungan tanpa pernikahan.

Mereka percaya perkahwinan bahagia yang ditunjangi kesetiaan akan membuatkan lelaki memiliki tahap kesihatan yang baik, panjang umur dan kurang stres.

Bagaimana pula dengan lelaki Malaysia? Adakah mereka pencinta setia seperti lelaki Korea atau kasanova bak lelaki Perancis? Tepuk dada tanya minda!

Jika benar-benar setia, tak mungkin ada kes seperti pembunuhan Noritta Samsuddin atau kes pembunuhan seorang pensyarah beristeri, Bakaruddin Busu, yang rentung dibakar oleh teman lelaki kekasihnya.

Jika tak setia pula, takkan ada perkahwinan seutuh Datuk Jamil Sulong dan Datuk Rosnani Jamil yang usia perkahwinan mereka mencecah 60 dekad! Jadi fikir-fikirkanlah!

Makin tua makin menjadi

Lelaki miang

Dalam melakukan kecurangan, usia bukan penghalang bagi lelaki. Kecurangan sering berlaku dikalangan lelaki muda. Namun, itu bukan bermakna lelaki berusia tidak berlaku curang.

Lelaki pertengahan usia curang kerana ingin mengembalikan kegembiraan atau mendapatkan kembali keyakinan yang semakin hilang akibat pertambahan umur.

Atas sebab itulah, tinjauan sosial American Sexual Behaviour mendapati, suami berusia 40, 50 dan 60 tahun masih berlaku curang. Bak kata pepatah, tua-tua keladi, makin tua makin menjadi.

Statistik juga menunjukkan bahawa lelaki kacak lebih cenderung untuk berlaku curang. Namun, bukan bermakna lelaki kurang tampan tidak akan curang. Bahkan, ramai lelaki muka pecah memiliki teman wanita.

Kenapa? Kerana mereka bijak memancing wanita dengan kekayaan dan pengaruh yang mereka ada.

Satu lagi persoalan dalam menghadapi masalah lelaki curang adalah keturunan. Benarkah bapa borek anak rintik? Mungkin ya, mungkin tidak..

Memang benar ada lelaki yang menjalinkan hubungan dengan ramai wanita kerana bapanya memiliki ramai kekasih atau isteri lebih daripada satu.

Namun, ada juga lelaki yang setia pada seorang isteri meskipun dia didedahkan dengan suasana itu sejak kecil lagi.

Sebenarnya, sesiapa pun boleh berlaku curang jika dia memilih untuk melakukannya. Jadi, siapa paling curang?

Fikir dan nilaikan sendiri!

BACA INI JUGA: "Maaf Saya Berdosa Guna 'WIFE' Tuan"

-SENTIASAPANAS.COM

Panduan Kemaskini BR1M 4.0 2015

Panduan Kemaskini BR1M 4.0 2015

Bagi penerima sedia ada BR1M, pengemaskinian maklumat peribadi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 2015 perlu dibuat bagi memastikan nama tidak tercicir daripada menerima bantuan pada tahun 2015.

Panduan Kemaskini BR1M 4.0 2015

Malah, ada dikalangan penerima BR1M sedia ada telah menerima surat pemberitahuan yang memaklumkan supaya mengemaskini butir-butir bagi memastikan permohonan mereka dapat diproses dengan sempurna berdasarkan maklumat terkini.

Contoh lampiran surat kemaskini maklumat pemohon yang di hantar ke alamat penerima;

Surat Kemaskini BR1M 4.0

Penerima BR1M Sedia Ada Tidak Perlu Mendaftar

Sebagai makluman, penerima BR1M sebelum ini tidak perlu mengemukakan permohonan baharu, sebaliknya hanya perlu membuat kemaskini mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014.

Panduan Dan Cara Kemaskini BR1M 4.0 2015

Pengemaskinian maklumat BR1M 4.0 boleh dibuat melalui cara berikut:-
  1. Masuk ke laman web https://ebr1m.hasil.gov.my
  2. Sila masukkan No Mykad anda.
  3. Klik pada tab Kemaskini Permohonan.
  4. Masukkan jawapan kepada soalan keselamatan dan klik hantar. (Anda akan ditanya 2 soalan dan pastikan jawapan diberikan adalah betul).
  5. Seterusnya melengkapkan segala maklumat kemaskini anda.

Anda digalakkan untuk membuat kemaskini selepas jam 5 petang untuk mengelak 'server' yang terlalu sesak.

Jika mengemaskini secara online mendatangkan masalah kepada anda, sila gunakan cara manual iaitu menggunakan borang dan hantar ke Cawangan/Pusat Khidmat Hasil/Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan.

1. Download borang kemaskini BR1M 4.0 SINI
2. Download borang Pendaftaran Baru BR1M 4.0 SINI

Selamat mencuba..

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, December 02, 2014

Nora Danish Caj RM3,000 Untuk Muncul Di Instagramnya!

Nora Danish Caj RM3,000 Untuk Muncul Di Instagramnya!

Artis kita semakin pandai buat duit online! Baguslah kalau macam itu, lagi-lagi pendapatan artis sememangnya tidak menentu naik turunnya.

Instagram

Maka, tak salahlah segelintir artis yang mencari wang lebih dengan meniaga dan sebagainya.

Namun, lain pula segelintir artis yang menggunakan medium laman Instagram masing-masing membuat review iklan berbayar.

Nama pun artis, apa yang ditulis oleh artis di laman-laman sosial milik mereka seperti, Instagram pastinya mendapat perhatian dan sekaligus memberi keuntungan kepada tuan punya kedai.

Jadi apa salahnya kan golongan artis ini mengenakan caj..

Tapi terkejut kami mengetahui caj yang dikenakan selebriti kepada para peniaga untuk membuat review.

Menerusi laporan mStar Online, ‘hot mama’ iaitu Nora Danish menduduki carta antara artis tempatan yang mengenakan bayaran termahal untuk membuat review iklan, sekitar RM1,500 sehingga RM3,000.

Mak aih.. gaji sebulan!

Mungkin bayaran itu bersesuaian mengikut jumlah pengikutnya di laman tersebut yang sudah mencecah 1.4 juta orang.

Dengarnya, bayaran yang dikenakan Nora berlainan mengikut hari dan masa. Wah, kelas.. kiranya waktu ‘peak hour’ Instagram adalah paling mahal!

Bayaran serendah RM1,500 dikenakan bagi tempoh Isnin hingga Jumaat, pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 10 malam sehingga 12 pagi.

Instagram

Manakala, caj sebanyak RM3,000 pula dikenakan untuk tempoh iklan bermula 1 petang hingga 9 malam bagi jumlah hari yang sama termasuk hari Sabtu dan Ahad.

Model muslimah terkenal, Felixia Raisyyah Rania pula mengenakan caj sekitar RM2,000 mengikut review yang diinginkan pelanggan.

Walaupun kedengaran mahal, tapi mungkin keuntungan yang dikaut oleh para peniaga yang membuat review tersebut berganda-ganda.

Yelah, siapa tahu kan?

BACA INI JUGA: Nora Danish Artis Paling Popular Di Instagram

sumber: mynewshub

Lee Chong Wei Saman Razif Sidek Fitnah Isu Doping

Lee Chong Wei Saman Razif Sidek Fitnah Isu Doping

Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan memfailkan saman ke atas bekas pemain beregu negara Razif Sidek ekoran kenyataan akhbar Razif yang mendakwa Chong Wei sudah pun menggunakan bahan terlarang sejak sekian lama.

Lee-Chong-Wei Saman Razif Sidek

Razif pada 11 November lepas membuat kenyataan kepada akhar Kosmo menyebut beberapa pegawai atasan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tahu tentang perbuatan Chong Wei yang menggunakan bahan terlarang.

Beliau mendakwa para pegawai itu terpaksa mengunci mulut ekoran status Chong Wei yang merupakan seorang jaguh dunia, memetik laporan The Malay Mail hari ini.

(Baca: Razif Sidek Dakwa Lee Chong Wei Memang Guna Dadah!)

Selain itu, Razif juga mendakwa Chong Wei turut melantik seorang doktor asing untuk memberikannya kemudahan menggunakan bahan itu.

“Peguam saya sudah menghantar surat kepada Razif beberapa hari lalu dan kes ini akan diselesaikan di mahkamah. Dia (Razif) ada menghubungi saya untuk meminta maaf selepas menerima surat itu, tetapi apa yang berlaku sudah berlaku,” kata Chong Wei.

Menurut beliau, sejak berita itu didedahkan beliau cuba menghubungi Razif beberapa kali namun gagal.

“Saya tidak boleh membiarkan sahaja perkara ini kerana ia memalukan saya.

“Sebagai seorang bekas pemain kebangsaan, saya pasti dia lebih arif berbanding membuat tuduhan palsu kepada saya, khususnya dalam saat begitu menduga ini, dia bukan sahaja mengguris hati saya tetapi hati seluruh rakyat Malaysia dengan komen itu,” katanya.

Chong Wei kemudian meminta wartawan cuba menghubungi Razif dan lihat apa pula reaksinya kali ini.

Ketika ini, pemain yang memenangi dua pingat perak Olimpik itu sedang digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana gagal ujian doping ketika menyertai Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos lepas.

Ujian air kencing Chong Wei mendapati positif mengandungi ‘Dexamethasone’ sejenis ubat penahan sakit yang dilarang penggunaannya dalam sukan antarabangsa.

Semalam, laporan berkaitan peguam yang dilantik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah memohon kepada BWF untuk menunda prosiding pendengaran kes Chong Wei yang dijadualkan pada 8 Disember depan.

Penangguhan itu bagi membolehkan peguam berkenaan membuat persediaan kes berkenaan dengan lebih terperinci.

Chong Wei berhadapan dengan hukuman digantung daripada menyertai kejohanan maksimum dua tahun dan mungkin menerima hukuman lebih ringan ekoran prestasi cemerlangnya melepasi 124 ujian doping dalam masa 15 tahun lepas.

Sumber: Mynewshub.cc

Betapa Bernilainya 4A 1B Buat Anak Miskin

Betapa Bernilainya 4A 1B Buat Anak Miskin

Bagi mereka yang ditakdirkan lahir dalam sebuah keluarga miskin, bukan senang mahu keluar dari kepayahan hidup.

Ayub bin Mohadjar

Anak-anak ini perlu melalui jalan berliku yang memerlukan usaha keras termasuk menempah ‘tiket’ mendapat pekerjaan bagus satu hari kelak iaitu melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Sesungguhnya, ini bukan sesuatu yang mudah terutama apabila ibu bapa tak mampu memberi nilai tambah pada pendidikan anak-anak sejak peringkat awal seperti tuisyen dan buku rujukan terkini seperti sering dilakukan ibu bapa berada.

Justeru, apabila ada anak orang susah yang sebelumnya mencatat keputusan sederhana sahaja dalam pelajaran namun akhirnya berjaya mendapat keputusan baik dalam peperiksaan hasil iltizam untuk mengubah nasib keluarga, insan paling gembira dan tersentuh pastilah guru yang mendidiknya.

Kisah di bawah tentang seorang murid bernama Ayub bin Mohadjar, yang mencatat keputusan 4A1B dalam UPSR baru-baru ini.

Cerita perihal Ayub amat menyentuh perasaan apabila ia dikongsikan guru kelasnya sendiri di laman Facebook beliau, As Syahid lengkap bersama gambar.

Berikut kisahnya:

*Saya perlu menceritakan kisah ini.

Ayub bin Mohadjar, anak orang kampung sahaja. Adik beradiknya sangat ramai. Pernah dahulu saya mengajar abangnya Syuaib dan tahun lalu kakaknya Siti Khadijah.

Ayub mempunyai dua lagi adiknya di Tahun 5, 3 dan 2. Masih ada kakak yang bersekolah di sekolah menengah harian. Bermakna tujuh kesemuanya.

Ayahnya bekerja kampung sahaja – sesekali saya melihat abangnya Syuaib atau Ayub membantu ayahnya di kampungnya. Rumah yang didirikan tanpa cat yang indah dan berhias. Tahun lalu, rumah mereka antara yang dipukul ribut.

Allah mentakdirkan waktu itu saya masuk ke rumah bersama suri saya, anak lelaki saya dan sahabat saya pensyarah di IPG Puan Umaimah Mohd Idris. Kami memberikan bantuan sedaya yang mampu.

Ayub bin Mohadjar [2]

Hati saya pilu dan sebak melihat pingat kebanggaan yang dicapai di sekolah digantung tepi almari rak yang usang, begitu juga itulah sahaja rak yang menempatkan semua buku dan alatan tulis.

Masih ingat lagi, senarai barangan Hari Raya yang belum dibeli yang saya nampak di atas meja untuk setiap adik -beradiknya. (Yes, i cried)

Lawatan sekolah ke Seremban menaiki komuter dan ETS baru-baru ini sebetulnya dibayar sepenuhnya oleh seorang guru (diminta untuk dirahsiakan) kerana pada awalnya dia sudah berkata dia tidak mampu untuk pergi berhibur walau sekali dalam hidupnya. Bukan keperluan mengikut kata keluarganya.

Ayub bin Mohadjar [3]

Ayub; saya sifatkan seorang anak yang pemalu, sekadar ‘pengikut – follower’, tidak tahu apa yang dimahukannya. Periang dan potensi diri belum diluahkan lagi.

Sepanjang tahun sekadar paling kuat 2A atau 1A. Saya sentiasa menitipkan nasihat di telinganya. Malah, leteran itu sentiasa dan acap kali tanpa jemu. Tanggungjawab saya.

” Ayub, ingatlah, emak ayah bukan orang senang“
“Ayub, kurangkan main”
“Ayub, kalahkan kakak Siti yang dapat 3A2B tu”
“Ayub, tengok ayah, kesiankan kerja susah”
”Ayub, dirikan solat“

Ayub hanya sekadar senyum tersengih. Tapi, saya tahu ayat-ayat saya sampai masuk ke dalam hatinya. Saya selalu teringatkan emaknya menghantar mereka adik-beradik satu motor beramai-ramai.

Atau, kadangkala, Ayub atau kakaknya berjalan kaki dahulu sebelum diambil ibunya. Ia seperti adegan drama yang amat melekat dalam hati saya. Begitu jugalah gambaran dalaman rumah Ayub. Sentiasa di kepala.

Kelmarin, selaku guru kelas saya memanggil nama Ayub untuk keputusan UPSRnya, saya tahu saya akan ‘banjir’ dengan air mata saya. Saya melihat ayah Ayub sendiri sedang berdiri berdebar.

“Bahasa Melayu Pemahaman A, Bahasa Melayu Penulisan A”

Saya lihat riak mukanya lagi.

”Matematik A dan, Sains A”

Saya lihat air mata Ayub sudah mengalir. Ya, dia tidak percaya. Kejutan buat dirinya. Kejutan buat warga guru. Kejutan buat keluarganya juga.

Ketika mahu menyebut keputusan Bahasa Inggerisnya ialah B, saya sudah menangis hiba. Saya lihat ayahnya menangis kegembiraan. Anaknya tidak mendapat 5A tetapi dia gembira anaknya memperoleh 4A 1B. Suatu yang tidak disangka selama ini.

Ayub bin Mohadjar [4]

Saya menangis kerana terkenangkan keluarganya yang susah. Betapa sukarnya saya selaku cikgu mahu menyuruh anak murid lelaki untuk berubah dan konsisten belajar.

Saya membayangkan juga rumahnya yang dipukul ribut. Saya terkenangkan ‘senarai’ itu. Saya terkenangkan rak almari itu. Saya terkenangkan atap rumah yang terbang hampir hilang semuanya.

Saya terkenangkan Ayub yang membantu bapanya di kebun atau kerja-kerja kampung. Saya terkenangkan Ayub yang sentiasa pemalu dan tersenyum, tidak pernah menangis selama ini, tiba-tiba menangis dengan hiba dan sebak atas kejayaan yang tidak disangkanya sendiri.

Masyaallah. Kisah keluarga ini benar-benar satu inpirasi buat saya. Tentang percaya kepada misi mendidik anak bangsa hingga ke semangat yang terakhir.

Akhirnya, hampir semua warga guru dan ibu bapa turut menangis mengikut air mata saya, apalagi selepas itu ayahnya datang memeluk erat anaknya. Ayahnya yang garang dan tegas – sentiasa ditakuti anak-anaknya. Ayahnya yang selalu berharap dari jauh. Namun, kasihnya hari itu telah ditunjukkan.

Allah. Allah. Allah. Allahuakbar. Saya tidak akan lupakan kemanisan ini sepanjang hidup. Ia lebih bererti menjadi seorang ‘cikgu kampung’ daripada menjadi orang yang berbaju kemas, bertali leher di pejabat berhawa dingin.

Hidup saya lebih bermakna di sini. Ia menambah nilai kepada diri keseluruhannya. Demi Allah. Untuk tuhanku.

Tahniah Ayub, cikgu belajar sesuatu daripada kamu tentang hidup.

Syahdu kisah ini kan?

Bagaimana apabila keikhlasan seorang guru untuk membantu disahut oleh muridnya yang insaf untuk mengubah nasib keluarga, kejayaan dikecapi pasti lebih manis untuk dikenang sepanjang hayat.

Buat Ayub, teruslah gigih dalam perjuangan hidup kerana perjalanan masih jauh.. manakala buat Cikgu As Syahid, tahniah diucapkan dan ganjaran Allah pasti menanti segala budi baik yang dicurahkan kepada anak bangsa selama bergelar pendidik di dunia ini.

BACA INI JUGA: 7 Tanda Anak Berbakat Luarbiasa Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

Sumber: Facebook.com/shahidan.shuib

Monday, December 01, 2014

Festival Laga Kuda Untuk Mengahwini Gadis!

Festival Laga Kuda Untuk Mengahwini Gadis!

Tradisi yang dijalankan oleh etnik minoriti Miao ini cukup terkenal dan merupakan antara tradisi paling terkenal di sana.

Miao Horse Festival

Etnik Miao merupakan salah satu daripada 55 etnik minoriti di China dengan populasi seramai lebih tujuh juta orang.

Mereka tinggal di wilayah autonomi Zhuang Guangxi serta provinsi-provinsi Guizhou, Yunan dan Hainan di bahagian selatan China.

Tradisi yang diamalkan setiap tahun ini dikatakan telah wujud sejak 500 tahun dahulu dan telah diwarisi hingga sekarang.

Miao Horse Festival
Etnik Miao.

Menurut lagenda tempatan, pada suatu masa dahulu, ada dua orang pemuda telah sama-sama jatuh cinta pada seorang gadis Miao.

Raja Miao memutuskan supaya kuda milik dua orang pemuda itu berlaga dan pemilik kuda yang menang akan mengahwini gadis berkenaan.

Sejak itu, pertandingan ini sering dianjurkan dan semakin popular dalam kalendar aktiviti masyarakat di sini.

Walaupun begitu, tujuan penganjuran pertandingan ini sudah berbeza. Kini ia dianggap sebagai satu festival hiburan dengan penyertaan setiap lapisan masyarakat.

Miao-ethnic-wedding
Upacara perkahwinan etnik Miao.

Festival laga kuda akan berlangsung selama tiga hari iaitu pada 26 hingga 28 Disember setiap tahun.

Pada hari pertama, masyarakat tempatan akan sibuk menyediakan juadah untuk mengalu-alukan saudara mara dan sahabat handai yang akan datang melawat.

Hadi kedua dan ketiga adalah hari pertarungan kuda. Seawal jam 10 pagi, ruangan disekeliling gelanggang akan sesak dipenuhi orang ramai.

Selepas bunyi Guoshanchong, sejenis pistol tradisional kedengaran, kuda-kuda yang menyertai perlawanan akan memasuki kawasan gelanggang dengan iringan muzik dan juga persembahan tarian singa.

Apabila perlawanan bermula, kuda yang bertanding akan meluru ke arah kuda pihak lawan. Mereka akan menendang dan juga menggigit antara satu sama lain.

Peraturan dalam pertandingan ini amat mudah, kuda perlu bertarung sehingga lawannya jatuh ke tanah atau lari meninggalkan gelanggang.

Miao Horse Festival - Winner

Kuda yang masih berdiri dalam gelanggang akan dikira sebagai pemenang. Kuda yang menang bukan saja membuatkan pemiliknya berasa gembiri dan bangga tetapi mereka turut dihormati.

Walaupun ramai aktivis haiwan mengecam dan mengutuk aktiviti yang disifatkan kejam dan zalim terhadap binatang itu, masyarakat Miao tetap mengadakan festival tersebut setiap tahun kerana ia adalah tradisi turun temurun masyarakat mereka.

Aktivit laga kuda diharamkan hampir diseluruh dunia, tetapi negara-negara seperti Filipina, Indonesia, Korea Selatan dan China masih membenarkan perkara tersebut.

Fakta menarik tentang kuda;
  • Kuda boleh tidur dalam keadaan berbaring dan berdiri.
  • Muzium kuda yang terbesar di dunia adalah Muzium Kuda Antarabangsa di Kentucky, Amerika Syarikat.
  • Kuda berkomunikasi secara verbal dengan menggunakan ekspresi muka dan bahasa tubuh. Emosi mereka boleh dilihat pada perubahan bentuk hidung, mata dan telinga.
  • Kuda arab adalah baka kuda tertua di dunia. Bukti arkeologi mendapati, baka kuda yang berasal dari Semenanjung Arab telah wujud sejak 4,500 tahun dahulu.
  • Kuda paling besar dan tinggi pernah direkodkan adalah kuda bernama Big Jake dengan ketinggian 210.2 sentimeter.
  • Sementara kuda yang paling kecil dan rendah pula adalah seekor kuda bernama Thumbelina dengan ketinggian 44.5 sentimeter.

BACA INI JUGA: Els Enfarinats, Festival Perang Tepung Dan Telur

-Sentiasapanas.com

7 Sebab Kita Perlu Kaya

7 Sebab Kita Perlu Kaya

Tujuh sebab mengapa kita perlu kaya dan berjaya? Mohon baca ye? Semoga pos ini bermanfaat.

Kaya raya

1. Bila ibu bapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat dan impian mereka? Tergamakkah kita berkata, "Aku pun takde duit"

2. Bila ibu bapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka? Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

3. Bila ibu bapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil-bil klinik, hospital dan kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta-minta dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahamikah keadaan mereka? Tergamakkah kita berkata, "Aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

4. Bila ibu bapa anda bersedih kesunyian, tiada anak-anak datang menjenguk, siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibu bapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tidak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi. Tergamakkah kita berkata, "Aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

5. Bila ibu bapa anda ditakdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Menatap wajah ibu bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan? Tergamakkah kita berkata, "Aku bukan tak nak balik tengok mak bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

6. Bila ibu bapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibu bapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu dan ayah? Benarlah, ibu bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu dan ayah. Tergamakkah kita berkata, "Aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

7. Bila ibu bapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan? Ketahuilah, walauapapun yang kita lakukan untuk ibu bapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu, setitik keringat ayah, apakah nilainya pada kita? Lupakah kita bagaimana ibu bapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama-sama? Sedarlah saudara saudari, berkhidmatlah untuk kedua ibu bapa kita sementara mereka masih hidup. Sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibu bapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita.

Buktikan! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal, TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR-BENAR NAK TENGOK KITA BERJAYA, mereka IBUBAPA kita!

Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI..

Semoga Allah merahmati mereka dan kita semua. Amiin Ya Rabbal A'lamin.

BACA INI JUGA: Kad Selamat Tinggal Seorang Ibu Yang Menyedihkan

Sumber: Zukidin.com

Sunday, November 30, 2014

Makhluk Asing Paling Terkenal Filem Hollywood

Makhluk Asing Paling Terkenal Filem Hollywood

Banyak filem yang mempunyai watak makhluk asing namun bukan semuanya dikenali ramai. Tapi, senarai berikut ialah antara makhluk-makhluk asing yang wataknya memberikan impak dan sememangnya dikenali kebanyakan pencinta filem.

The Thing

The Thing

Makhluk asing yang menyerupai parasit ini akan menceroboh ke tubuh seseorang manusia ataupun haiwan sehinggalah ia bertukar bentuk dan musnah.

Mac and Me

Mac and Me - Mysterious Alien Creature

Mac ialah makhluk asing yang kesunyian dan diculik oleh penculik CIA dan menamakannya sebagai Mac, singkatan kepada 'Mysterious Alien Creature'.

Diva

Diva Plavalaguna

Makhluk asing yang mampu menyanyi opera? Mungkin tak pernah terjadi pada makhluk asing yang lain dan sebab itulah watak Diva Plavalaguna begitu tersohor.

Prawns

Prawns - Alien

Rahsia kepopularan makhluk asing ini ialah ia seolah-olah gabungan alien-alien yang muncul dalam filem Predator, Alien dan juga Predator.

Thomas Jerome Newton

Thomas Jerome Newton

Watak yang dibawakan dengan cemerlang oleh David Bowie ini dipaparkan dalam filem fiksyen pada tahun 1976 iaitu Man Who Fell To Earth. Matlamat utamanya ialah untuk membina sebuah kapal angkasa yang mampu membawa air dari Bumi ke planetnya yang memerlukan air.

Marvin The Martian

Marvin The Martian

Kedatangan Marvin dari Martian ke Bumi lebih membawa hiburan berbanding membawa masalah.

Worm Guys

Worm Guys

Makhluk ini pula menjadi terkenal melalui filem Men In Black II pada tahun 1997. Walaupun dari segi fizikalnya nampa seperti tidak merbahaya, tapi mereka sebenarnya dilengkapi dengan senjata berbahaya.

Chewbaca

Chewbaca

Selain menjadi makhluk asing paling digemari, Chewbacca juga seringkali diingati sebagai watak sampingan kegemaran dalam dunia filem. Walaupun tanpa bahasa pertuturan, perilakunya menyebabkan wataknya sangat digemari oleh para peminatnya.

E.T.

E.T.

Sejak filemnya dipasarkan pada tahun 1982, E.T. terus kekal dalam ingatan ramai penggemar filem tersebut.

Mr. Spock

Mr. Spock

Bagi peminat tegar siri Star Trek, makhluk separuh manusia ini akan terus terpahat di ingatan mereka sebagai salah satu 'wajah' yang melambangkan siri sains fiksyen terkenal tersebut.

Alien

Alien

Alien dianggap sebagai salah satu makhluk asing paling jahat bagi filem fiksyen. Ia membiak dalam hos manusia tetapi menjadi makhluk asing yang hampir menyerupai cicak.

Neytiri

Neytiri

Dia terkenal sebagai Puteri Na'vi dalam filem Avatar malah wataknya sebagai puteri juga berlainan daripada kebiasaan kerana dia seorang yang berdikari, berani serta mempunyai kelebihan fizikal yang atletik.

Predator

Predator

Satu lagi watak makhluk asing yang sangat terkenal daripada salah satu filem box-office Arnold. Penampilannya saja sudah cukup untuk membuatkan kita berasa takut dan tidak senang duduk.

Yoda

Yoda

Yoda adalah bintang bagi rangkaian filem-filem Star Wars dan menjadi lambang kepada kebijaksanaan.

BACA INI JUGA: Misteri Sindrom Tangan Alien

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, November 29, 2014

Selebriti Yang Tidak Percaya Kewujudan Tuhan

Selebriti Yang Tidak Percaya Kewujudan Tuhan

Topik ini memang agak sensitif untuk dibincangkan di negara kita, tetapi berlainan dengan negara Barat yang terbuka untuk berdebat mengenainya.

Fahaman Atheism iaitu individu yang tidak percayakan kewujudan Tuhan semakin berkembang di Barat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Ateis merujuk pada individu yang tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan.

Fahaman ini semakin berkembang apabila terdapat selebriti di Barat mula mengisytiharkan diri mereka seorang Ateis, termasuk mereka yang di bawah ini.

Keira Knightley, Pelakon

Keira Knightley

Angelina Jolie, Pelakon dan Aktivis Kemanusiaan

Angelina Jolie

Brad Pitt, Pelakon

Brad Pitt

Emma Thompson, Pelakon

Emma Thompson

Jodie Foster, Pelakon

Jodie Foster

Julianne Moore, Pelakon

Julianne Moore

Morgan Freeman, Pelakon

Morgan Freeman

Hugh Hefner, Ahli Perniagaan & Penerbit Majalah Playboy

Hugh Hefner

Javier Bardem, Pelakon

Javier Bardem

Daniel Radcliffe, Pelakon

Daniel Radcliffe

Natalie Portman

Natalie Portman

Christopher Reeve

Christopher Reeve

Katharine Hepburn

Katharine Hepburn

Mereka tidak mengakui hakikat kewujudan Tuhan berdasarkan ‘dalil’ yang bermain di fikiran sendiri.

Moga fahaman begini tidak menular ke negara kita.

Sepatutnya manusia yang ingin cari kebenaran dan Tuhan buat kajian mendalam dan belajar pada sumber yang betul, bukan ambil jalan mudah dengan berfikir ikut logik semata-mata.

BACA INI JUGA: Gambar-gambar Terakhir Selebriti Terkenal Dunia

Sumber: Mynewshub.cc