Friday, November 14, 2014

Cara Mengatasi Masalah Gambar Thumbnail Blank

Cara Mengatasi Masalah Gambar Thumbnail Blank

Biasanya jika gambar thumbnail tidak muncul pada homepage blog, maka akan digantikan dengan gambar blank, putih, kosong atau image default.

No_image_available_problem_blogger

Ini sebenarnya agak menyusahkan kerana imej thumbnail yang kosong sedangkan kita sudah menyediakan gambar yang cantik untuk menambahkan lagi seri artikel. Artikel pun nampak kurang menarik kerana hanya imej kosong yang terpapar.

Jadi, bagaimana untuk mengatasi gambar thumbnail yang tidak muncul di blog anda?

Cara Mengatasi Gambar Thumbnail Blank

Masalah-Imej-Thumbnail-blank

1. Untuk lankah pertama sila ubah seting site feed anda seperti berikut. Setting --> Site Feed --> Allow Blog Feed --> pilih FULL.

2. Jika langkah diatas tidak berkesan, Edit post dimana gambar thumbnail tidak muncul di homepage. Cari kod html gambar anda dan buang huruf s pada link gambar. Contoh: a href="https://.. atau src="https://.. menjadi a href="http://.. atau src="http://..

3. Klik Update dan selesai..

SP sendiri mengalami masalah ni sejak lama dahulu dan semakin 'teruk' minggu ini. Jadi dengan pertolongan encik google, nasib baik jumpa juga jalan penyelesaiannya.

Kelakar juga bila difikirkan begitu mudah caranya, walhal disebabkan oleh satu huruf semua jadi haru biru..hehe

UPDATE

Jika cara diatas tidak mampu menyelesaikan masalah thumbnail blank, kemungkinan anda menggunakan simbol " " pada tajuk artikel. Sila ubahsuai kepada ' ' atau buang simbol tersebut.

Selamat mencuba..

-SENTIASAPANAS.COM

Gambar Anak Perempuan Ketua Yakuza Jepun

Gambar Anak Perempuan Ketua Yakuza Jepun

Dengan rambutnya yang panjang diwarnakan serta bergaya dengan seluar jeans, Shoko Tendo kelihatan seperti wanita biasa di Jepun. Sehinggalah dia membuka bajunya untuk mendedahkan tatu yang jelas meliputi belakang dan sebahagian besar badannya.

Shoko Tendo

Dia adalah anak perempuan kepada ketua kongsi gelap Yakuza di Jepun, Hiroyasu Tendo.

Shoko adalah anak ketiga dari empat beradik dan dibesarkan dalam lingkungan kehidupan Yakuza yang penuh dengan kekejaman dan kekerasan terhadap mereka yang lemah di Jepun.

Menurut Shoko dia terjebak dalam dunia Yakuza sejak di usia remaja dan kini dia merancang untuk mengubah kehidupannya menjadi wanita biasa walaupun bapanya adalah seorang ketua kongsi gelap terbesar di Jepun.

Kisah Hitam

Shoko Tendo [2]

Tubuh Shoko Tendo masih berparut kesan diseksa dan dirogol kejam rakan Yakuza, kumpulan kongsi gelap Jepun yang dianggotai bapanya sendiri ketika dia masih remaja.

Shoko Tendo [3]

Malah tanpa belas kasihan, ayahnya, Hiroyasu Tendu tergamak menjualnya dalam industri seks selama lima tahun sebelum wanita cekal itu berjaya melarikan diri.

Shoko Tendo [4]

Anggota Yakuza dipercayai mencecah 35,000 orang, malah dibandingkandengan kumpulan mafia di Itali, ia jauh lebih kejam. Kumpulan mafia di Amerika Syarikat cuma mempunyai 5,000 ahli ketika kemuncaknya tetapi geng Yakuza terbesar di Kobe saja, direkodkan dianggotai 23,000 orang.

Shoko Tendo [5]

Yakuza amat digeruni dan terkenal melaksanakan pembunuhan beramai ramai, menyeludup organ secara haram malah untuk menganggotainya satu ketika dulu memerlukan ahli baru mengerat sendiri jari kelengkeng, amalan yang kini dihapuskan kerana ia memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti mereka.

Shoko Tendo [6]

Amalan memotong jari kelengkeng ini digelar ‘yubitsume’ dilakukan sejak zaman samurai.Jari kelengkeng diperlukan untuk menggenggam pedang dengan kemas, tanpanya seseorang samurai lebih lemah dan terpaksa bergantung sepenuhnya dengan ketuanya.

Shoko Tendo [7]

Dalam buku mengenai pengalaman pahitnya, Shoko berkata, wanita langsung tiada taraf dalam Yakuza menyebabkan isteri dan anak perempuan ahlinya turut dilacurkan termasuk untuk membayar hutang.

Dia yang kini berusia 50-an mengaku pernah menjadi penagih dadah malah anggota Yakuza sendiri menyediakan bekalannya.

“Saya terpaksa melakukan pembedahan plastik beberapa kali akibat kecederaan dialami.

Namun, luka terhadap pada emosi saya masih kekal berparut,” katanya.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, November 13, 2014

TomTato, Pokok Berbuah Tomato Dan Ubi Kentang!

TomTato, Pokok Berbuah Tomato Dan Ubi Kentang!

Sejenis tumbuhan luar biasa yang menghasilkan tomato di bahagian atas dan pada masa sama mengeluarkan ubi kentang (potato) di bahagian akarnya berjaya dihasilkan di United Kingdom (UK).

TomTato

Sebatang pokok luar biasa berkenaan dikatakan boleh mengeluarkan hingga 500 tomato kecil dan beberapa biji kentang putih di bahagian akarnya.

Diberikan nama Tomtato, menurut laporan laman web Oddity Central, ia adalah seratus peratus asli dan tidak diubahsuai genetiknya seperti mana yang disangkakan.

Pokok istimewa dan luar biasa itu dihasilkan menggunakan teknik khas oleh sebuah firma pertanian Thompson and Morgan yang berpangkalan di Ipswich, England.

Biarpun ada rekod pokok luar biasa serupa pernah dihasilkan, ini adalah kali pertama ia dapat mengeluarkan hasil yang boleh dikomersialkan dan pokok itu juga sedia untuk dijual.

Menurut wakil Royal Horticultural Society (RHS) Guy Barter, pokok yang dihasilkan sebelum ini mempunyai masalah dengan rasa totamo dan kentangnya tetapi hasil TomTato adalah sedap dan sama seperti tomato dan kentang biasa.

TomTato [2]

Bagi Pengarah Thompson and Morgan Paul Hansord pula, TomTato merupakan hasil kerja kuat yang berdekad lamanya selepas kali pertama idea menghasilkan pokok berkenaan tercetus 15 tahun lepas.

Ketika itu, Hansord melawat sebuah taman di Amerika Syarikat dan melihat seseorang menanam ubi kentang di bawah pokok tomato untuk bergurau.

Namun waktu itulah Hansord sedar, ia tidak mustahil kerana kedua-dua tanaman tersebut berasal dari keluarga pokok yang sama.

“Pokok ini boleh ditanam penghujung April dan akan menghasilkan dahan yang penuh dengan tomato rasa manis dari Julai ke Oktober, selain menghasilkan ubi kentang jenis baik yang boleh direbus, dilenyek dan juga di bakar,” katanya.

BACA INI JUGA: Buah Yang Paling Terang Dan Berkilau Di Alam Maya

Sumber: Mynewshub.cc

Wanita Cantik Paling Kejam Di Mexico

Wanita Cantik Paling Kejam Di Mexico

Mexico – Wajahnya seperti seorang pelakon sinetron namun siapakah wanita ini?

Maria de los Angeles Pineda

Dia, Maria de los Angeles Pineda bukan calang-calang orang sebaliknya merupakan ketua kepada kumpulan kartel yang terlibat dalam 200 pembunuhan kejam dan kehilangan penduduk di bandar Iguala.

Pineda yang juga isteri kepada Datuk Bandar Iguala menjadi tajuk utama akhbar selepas dia ditahan berhubung pembunuhan beramai-ramai 43 pelajar baru-baru ini.

Tetapi siapakah dia?

Pineda rupanya adalah seorang wanita kejam dan merupakan ketua kepada segala ketua jenayah di Iguala.

Dia juga adalah ketua kartel dadah United Warriors, satu kumpulan penjenayah yang terkenal kerana sering menculik mangsa pada waktu malam dan kemudiannya`melenyapkan’ mangsa berkenaan.

Meskipun penduduk Iguala mengetahui kejahatan Pineda namun mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana`hukuman’ pasti akan diterima jika mereka bersuara, apatah lagi pasukan polis tempatan dikuasai oleh wanita ini.

Pineda sendiri berasal daripada keluarga penjenayah. Anggota keluarganya termasuk ibu dan bapanya ditahan di penjara manakala saudara-maranya yang lain turut ditangkap dan ada yang mati dibunuh.

Sejak kecil, Pineda, yang digelar wanita cantik tetapi jahat ini, telah menyaksikan penculikan dan pembunuhan yang dilakukan oleh keluarganya.

Dia adalah anak kedua daripada lima beradik kepada pasangan Salomon Pineda dan Maria Villa.

Ibu dan bapanya terlibat dalam jenayah kejam selepas kakak Pineda diculik dan dibunuh. Sejak itu keluarga tersebut tidak lagi memandang ke belakang dan mula melakukan penculikan serta pembunuhan sebagai membalas dendam.

Pineda berkahwin dengan Datuk Bandar Iguala, Jose Luis Abarca dan suaminya itu hanya boneka semata-mata dengan Pineda yang mengawal bandar berkenaan.

Maria de los Angeles Pineda [2]

Mereka kemudiannya membina empayar di bandar itu dengan menceburi perniagaan emas dan mempunyai lebih 17 kedai emas serta rumah di sekitar bandar.

Pineda menjadi tumpuan selepas merasuah polis untuk menculik 43 pelajar terbabit dan mengarahkan United Warriors `mengajar’ mereka kerana dikatakan cuba mengganggu majlis keramaian yang diadakannya.

Kartel itu kemudiannya telah membunuh pelajar-pelajar terbabit dengan membakar mereka, dan ada antaranya dibakar hidup-hidup hingga hangus.

Pineda yang suka kerana dirinya ditakuti dibandar itu kini ditangkap polis bersama suaminya.

Dia berdepan tuduhan membunuh, terlibat dalam kumpulan jenayah dan menyebabkan kehilangan 43 pelajar.

Sumber: Mynewshub.cc

Korea Selatan Sunyi Sepi Hormati Peperiksaan Sekolah!

Korea Selatan Sunyi Sepi Hormati Peperiksaan Sekolah!

Tahun ini kira-kira 650,000 pelajar, tidak banyak beza berbanding tahun lalu, namun kesannya amat besar apabila aktiviti lebih 50 juta warga Korea Selatan terhenti seketika gara-gara peperiksaan tahunan terbesar yang berlangsung serentak hari ini.

Pelajar-Korea-Selatan
Pelajar Korea berdoa di pintu masuk sekolah sebelum peperiksaan.

Ironinya, walaupun cuma peperiksaan biasa bagi pelajar kolej berusia 17 tahun untuk layak masuk ke universiti bagi sesi tahun berikutnya, tetapi lulus atau gagal dalam ujian yang dianggap paling susah itu seumpama bakal mengubah nasib hidup seseorang pada masa akan datang.

Bayangkanlah pelajar yang lulus dalam peperiksaan amat sukar itu akan dianggap ada masa depan cerah kerana bakal diterima masuk ke universiti elit di Korea Selatan selain jaminan kerjaya dengan firma terkemuka malah berkahwin dengan pasangan yang dihormati.

Tinjauan agensi berita rasmi Korea Selatan, Yonhap mendapati, suasana di seluruh negara senyap sunyi sejurus peperiksaan bermula 8.40 pagi (atau 7.40 pagi waktu Malaysia) di 1,257 pusat peperiksaan. Seolah-olah masa yang bergerak tiba-tiba berhenti putarannya.

Kementerian Pengangkutan malah 'mengharamkan' semua pendaratan dan pelepasan pesawat di lapangan terbang selama 40 minit ujian itu bermula, manakala Kementerian Pertahanan terpaksa menyusun semula jadual latihan menembak di kem tentera untuk mengelak bunyi bising.

Pelajar-Korea-Selatan [2]
Seorang pelajar yang terkandas dalam kesesakan jalan raya.

Trafik juga dilarang memasuki jarak 200 meter dari pusat peperiksaan selain semua pejabat kerajaan dan premis perniagaan termasuk bursa saham Seoul dibuka sejam lebih lewat bagi memastikan ibu bapa sempat menghantar anak mereka masuk ke dewan ujian.

Pihak berkuasa juga menyediakan perkhidmatan kecemasan khas untuk pelajar atau ibu bapa yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dengan bantuan kereta peronda atau motosikal berkuasa besar polis, yang akan mengiringi mereka ke lokasi peperiksaan.–Agensi

Hebat kan..

Terima Dan Iktiraf Mak Nyah Dua Perkara Berbeza

Terima Dan Iktiraf Mak Nyah Dua Perkara Berbeza

Rasa ‘lembik-lembik’ badan penulis bila baca luahan golongan pondan ini yang mendakwa dianiaya agama mereka sendiri (dia nak kata Islam la tu). Kononnya masyarakat sudah boleh menerima golongan tersebut tapi agama masih menindas golongan keliru jantina macam mereka.

Mr Bean Pondan
Gambar hiasan.

Untuk menjelaskan ini (penerimaan masyarakat), penulis nak bercakap dari sudut orang kebanyakan; kategori yang ke tengah pun tidak, ke atas pun tidak tapi pada usia sekarang, rasanya layak nak bercakap bagi pihak ‘masyarakat’ yang dikatakan sudah menerima pondan ini semua

Ya, penulis akui, hari ini memang ada di kalangan masyarakat; Melayu terutamanya, yang menerima kehadiran pondan-pondan ni lebih-lebih lagi dalam bab-bab andam mengandam, solek menyolek dan sebagainya.

Menurut pengalaman penulis bergaul dengan tuan rumah atau pengantin yang menggunakan khidmat mak andam jantan ini, kata mereka elok guna khidmat pondan sebab mereka tak macam jurusolek perempuan – dalam cari makan mencantikkan orang lain pun, ada tersimpan cemburu bila tengok perempuan lain cantik dari dia. Jadi servis tu tak 100%.

Pondan pulak kata mereka, tak begitu. Dia bagi all out punya servis, takde tahan-tahan, takde cemburu-cemburu macam mak andam perempuan.

Begitu juga dari beratus kursus yang pernah penulis hadiri, ada satu kursus dimana salah seorang urusetianya ialah pondan. Dalam kes macam ini takde pilihanlah, urusetia saja pun, bukan pengajar. Tak bolehlah kata ‘masyarakat’ yang hadir kursus itu menerima pondan ini, kalau boleh kita pun taknak.

Lagipun seperti yang dijelaskan, beratus-ratus kursus, satu saja dimana pondan terlibat, fikirlah sendiri apa maksudnya tu.

Tapi lain halnya dengan mengikiraf kewujudan pondan-pondan ini semua.

Iktiraf maksudnya menerima mereka sama macam orang lain. Itu susahlah. Bukan isunya diskriminasi, tapi macam pelik duduk celah-celah sotong ni sebab kita tahu kepura-puraan tu dari atas ke bawah, 24 jam sehari semalam. Pura-puralah tu, suara garau, dilembutkan, tangan kasar, dihaluskan, dada bidang, ‘dibukitkan’ – faham sajalah maksud tu.

Tak payah banyak cakaplah, tanya diri masing-masing, kalau boleh nak ke anak jantan kita jadi pondan atau bercinta dengan pondan? Penulis yakin majoriti besar jawapannya tak, termasuklah mereka-mereka yang buat keputusan kata lelaki berwatakan wanita ini tak patut ditangkap.

Semua ini saja membuktikan, penerimaan masyarakat sana sikit, sini sikit itu bukan bermaksud golongan pondan ini sudah layak diiktiraf sebagai sebahagian daripada struktur orang kita. Sumber: Mykmu.net

Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan buka jalan kahwin sejenis

Tun Abdul Hamid Mohamad

Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan amat luas impikasinya termasuk membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Tun Abdul Hamid berkata alasan-alasan yang diberikan mahkamah itu juga menyebabkan hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah.

“Alasan penghakiman tersebut memberi implikasi apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah di negara-negara sekular.

“Apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada seseorang Hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi e-mel yang dihantar kepada Bernama bagi memberi pandangan berhubung keputusan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail,30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan dan undang-undang.

“Apa yang merisaukan saya ialah alasan-alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap suruhan agama Islam.

“Bagi saya, jika mereka menerima bahawa kesalahan itu adalah kesalahan terhadap suruhan agama Islam (sebenarnya mereka terima kedudukan itu), maka sepatutnya mereka mengesahkan bahawa peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu,” katanya.

Tambah beliau, sebaliknya hakim tersebut merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain seperti penghakiman Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan India sedangkan perlembagaan negara tersebut tidak sama seperti Malaysia.

“Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai kita. Hakim-hakim itu juga nampaknya sangat terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat. Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan,” katanya.

Abdul Hamid berkata, berdasarkan alasan penghakiman yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu; undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat; kesalahan meminum minuman yang memabukkan; kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga, boleh diisytiharkan tidak sah.

“Malah penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis. Nampaknya apa yang saya khuatir akan berlaku telah mula berlaku,” kata beliau.

Abdul Hamid berkata setelah membaca penghakiman ringkas dalam kes tersebut beliau mendapati bahawa peruntukan Seksyen 66 itu tidak sah bukan kerana ia ‘undang-undang jenayah’ yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan tetapi kerana ia melanggar Perkara 5(1)(kebebasan diri), 8(1) (kesamarataan), 8(2) (diskriminasi), 9(2) (kebebasan bergerak) dan 10(1)(a) (kebebasan bercakap dan bersuara).

Seksyen 66 enakmen itu memperuntukkan bahawa adalah suatu kesalahan apabila lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara, tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pada 7 Nov lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 66 tersebut adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi masalah kecelaruan identiti jantina (GID).

Dalam penghakiman ringkas setebal 33 muka surat itu, Hakim Mohd Hishamudin berkata, penguatkuasaan Seksyen 66 itu akan meletakkan perayu-perayu yang mengalami GID terus hidup dalam ketidakpastian, kesengsaraan dan rasa malu.

“Seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak perayu-perayu untuk hidup secara bermaruah seperti yang dijamin oleh Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, dengan merampas hak mereka sebagai anggota masyarakat,” kata Hakim Mohd Hishamudin.

Sementara itu, Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata satu pendekatan harmoni perlu diambil bagi menangani isu pertembungan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya pertembungan dalam peruntukan-peruntukan mampu menggugat prinsip-prinsip asas Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam konteks transgender-lelaki Islam berpakaian seperti wanita yang tercetus di Negeri Sembilan baru-baru ini, peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN), Mahkamah Syariah serta pihak berkuasa agama perlu diharmonikan dengan jaminan kebebasan asasi,” katanya dalam sidang media di Persidangan Meja Bulat ‘Gender Dalam Kerangka Maqasid: Isu-Isu Falsafah dan Perundangan’ anjuran IKIM di sini.

Beliau berkata, kepentingan dan jaminan Perlembagaan Persekutuan terhadap kebebasan asasi tidak boleh dipersoalkan.

Namun, dalam masa yang sama Perlembagaan Persekutuan juga mengiktiraf kedudukan DUN yang mempunyai kuasa perundangan untuk menjatuhkan hukuman terhadap perbuatan yang melanggar perintah agama Islam.

“Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak dan moral bagi orang Islam. Hal berkaitan pakaian adalah antara isu penting dalam ajaran dan perintah agama Islam yang mana terdapat prinsip yang jelas dalam hadis-hadis berkaitan tatasusila pakaian Muslim. Seorang lelaki tidak boleh menyerupai wanita dan begitulah sebaliknya,” katanya. -Bernama

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Misteri Makhluk Buas Dari Gevaudan

Misteri Makhluk Buas Dari Gevaudan

Pada pertengahan tahun 1700an, lebih dari 100 penduduk mati kerana serangan makhluk misteri yang disebut sebagai Si Buas Dari Gevaudan. Serangan yang menimpa para penduduknya masih lagi menjadi misteri sehingga kini.

Misteri Gevaudan

Tidak ada yang dapat memastikan jumlah sebenar mangsa serangan makhluk Gevaudan. Namun, Dr. Beaufort yang pernah mengkaji kes ini yakin paling kurang 210 serangan dikaitkan dengan makhluk tersebut.

Antara 210 serangan itu, seramai 49 mangsa cedera dan 113 kematian. 98 mangsa mati akibat digigit.

Semuanya bermula pada 1 Jun 1764. Ketika itu seorang remaja wanita berusia 14 tahun keluar untuk mengembala ternakannya ke sebuah padang rumput berhampiran Gevaudan, Perancis.

Dia tidak menyangka apa yang menimpanya akan menjadi permulaan sebuah misteri yang berlangsung hingga ratusan lamanya.

Ketika sedang memerhatikan ternakannya, dia melihat ke arah semak-samun yang ada di situ. Gerakan pada semak itu membangkitkan rasa ingin tahunya.

Dia tidak perlu menunggu lama. Beberapa saat kemudian seekor haiwan besar seperti anjing keluar dari semak itu dan segera berlari ke arahnya.

Walaupun haiwan tersebut memiliki rupa seperti anjing, badannya sangat besar, malah hampir menyamai besar seekor kerbau.

Ketika ia hendak menerkam, remaja itu menggunakan tongkat untuk memukulnya. Namun tenaga tidak mampu melawan makhluk bertubuh besar itu.

Mujurlah ketika itu dia membawa bersama beberapa ekor anjing bersamanya. Anjing-anjing tersebut segera menyerang makhluk misteri itu. Makhluk itu masih berusaha mendekati gadis itu sebelum akhirnya berundur dan kemudiannya menghilang.

Tidak ada yang pernah melihat makhluk itu sebelumnya. Namun setelah peristiwa di padang rumput itu, ia mula sering muncul dan melakukan serangan yang membunuh lebih 100 orang.

Pada 30 Jun tahun yang sama, makhluk tersebut membunuh mangsanya yang pertama. Jeanne Boulet yang juga baru berusia 14 tahun ditemui mati berdekatan desa Les Hubacs, tidak jauh dari Gevaudan. Gadis malang tersebut ditemui dengan dadanya dirobek dan jantungnya yang telah dimamah.

Akhbar harian Paris Gazzete yang diterbitkan pada Jun 1764 memuatkan kenyataan saksi yang sempat melihat makhluk tersebut.

"Makhluk ini lebih tinggi dari Serigala. Tapak kakinya dilengkapi kuku. Warna bulunya kemerah-merahan. Kepalanya besar manakala mulutnya dipenuhi gigi-gigi tajam yang mirip dengan anjing Greyhound. Telinganya kecil dan lurus, dadanya lebar berwarna kelabu, sedangkan punggungnya memiliki alur berwarna hitam".

Makhluk itu juga disebut mengeluarkan bau yang sangat busuk. Maklumat yang disiarkan ini langsung tidak bersesuaian dengan mana-mana binatang yang dikenali pada zaman itu.

Pada bulan September 1764, mangsa yang mati akibat serangannya telah mencapai nisbah kepada seorang bagi setiap minggu. Setiap mangsa mati dengan keadaan mayat yang mengerikan. Biasanya leher akan dikoyak dan terlerai dari badan.

Pada bulan Oktober, kematian terus berlanjutan dengan penemuan mayat-mayat yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak di pelbagai temapt di desa.

Pada masa itu, berita mengenai makhluk ini telah tersebar luas ke seluruh Perancis. Penduduk desa di sekitar Gevaudan mengalami ketakutan yang luar biasa.

Pintu-pintu rumah dikunci dan aktiviti di luar rumah dikurangkan. Mereka yang terpaksa keluar rumah akan membawa rakan dan senjata untuk melindungi diri.

Sebenarnya ada alasan lain mengapa penduduk kampung dicengkam ketakutan. Ini kerana khabar angin menyebutkan kononnya makhluk buas tersebut adalah seekor Loup Garou atau manusia serigala (Werewolf).

Khabar angin ini berkembang kerana dalam beberapa kejadian, makhluk itu dilihat tidak cedera dengan tembakan peluru yang dilepaskan. Malah, seorang petani berjaya menikamnya dengan pisau tetapi makhluk itu tidak cedera sama sekali!

Kenyataan ini membuatkan penduduk percaya mereka sedang berhadapan dengan makhluk supernatural.

Pada Januari 1765, terjadi satu peristiwa yang membuatkan Raja Perancis campur tangan. Ketika itu, Jacques Portefaix dan enam orang rakannya terserampak dengan makhluk berkenaan. Mereka berjaya melawan dan menghalaunya.

Tindakan yang dilakukan oleh Jacques dan rakan-rakannya segera menarik perhatian Raja Louis XV yang kemudiannya menghadiahkan wang penghargaan buat mereka semua.

Bukan itu sahaja, raja juga memutuskan untuk menghantar seorang pemburu serigala profesional bernama Jean Charles Marc Antoine Vaumesle d'Enneval dan anaknya Jean Francois untuk mencari serta membunuh raksasa itu. Malah, lebih dua ribu orang yang lain turut memburu makhluk tersebut.

Pada 17 Februari 1765, d'Enneval dan Francois tiba di Clermont Ferrand. Mereka membawa bersama lapan ekor anjing pemburu yang berpengalaman.

Kedua-duanya menghabiskan masa selama berbulan-bulan untuk memburu dan membunuh serigala kerana mereka percaya haiwan-haiwan inilah yang telah bertanggungjawab diatas serangan-serangan berdarah tersebut.

Pada masa yang sama, jumlah serangan makhluk tersebut juga menurun.

Pada bulan Jun 1765, kesabaran raja mula goyah. Raja menggantikan dua pemburu tersebut dengan Francois Antoine yang sebelumnya bertugas sebagai pembawa senjata raja.

Pada 21 September 1765, Antoine berjaya membunuh seekor serigala besar yang memiliki ketinggian 80 sentimeter dengan panjang hingga 1.7 meter. Serigala ini telah digelar sebagai Le Loup de Chazes.

Mengenai haiwan itu, Antoine berkata, "Kami belum pernah melihat serigala dengan ukuran badan sebesar ini.

Oleh kerana itu, kami menyimpulkan makhluk ini adalah makhluk yang telah melakukan serangan-serangan terhadap penduduk desa".

Bangkai serigala itu dibawa ke Versailles. Antoine dialu-alukan sebagai pahlawan dan menerima banyak wang sebagai hadiah.

Namun, serangan berdarah rupanya belum berakhir. Ini menunjukkan Antoine telah membunuh makhluk yang salah!

Pada 2 Disember 1765, makhluk itu kelihatan di La Besseyre Saint Mary dan menyerang dua orang kanak-kanak. Namun, pada bulan-bulan berikutnya jumlah mangsa terus menurun.

Pada tahun 1767, serangan-serangan tersebut tib-tiba sahaja terhenti dan ramai yang percaya makhluk itu telah mati.

Sayangnya kisah ini berakhir dengan kisah yang samar-samar. Tokoh sejarah mempunyai beberapa teori berbeza mengenai kisah berakhirnya serangan itu.

Namun legenda yang paling popular menyebut makhluk itu dibunuh oleh seorang penduduk tempatan bernama Jean Chastel pada 19 Jun 1767.

Menurut cerita, suatu hari, Chastel yang ketika itu sedang memburu makhluk tersebut bersama rakannya, duduk di sebuah tempat dan memutuskan untuk berdoa kepada Tuhan mengenai semua masalah ini.

Setelah itu dia mengeluarkan kitabnya dan mula membaca. Baru beberapa perenggan, tiba-tiba makhluk tersebut muncul di hadapannya. Chastel segera membidik senapangnya dan membunuh makhluk itu.

Lagenda Chastel kemudian diambil oleh ramai penulis dan diubahsuai sehingga lebih berbaur kisah dongeng berbanding fakta.

Misalnya, salah seorang penulis menceritakan 'Beast of Gevauden' sebenarnya seekor serigala jadian dan Chastel sendiri adalah ayahnya. Disebabkan itulah dia berjaya membunuh dan menguburkannya disuatu tempat.

Penulis lain menyebutkan Chastel berjaya membunuhnya kerana menggunakan peluru perak.

Jadi, kita semua pada hari ini hanya membaca kisah yang bercampur-aduk antara fakta dan imaginasi.

Persoalannya, apakah sebenarnya makhluk itu?

-Sentiasapanas.com

Wednesday, November 12, 2014

JPJ Saman Polis Trafik Jadi Bahan Lawak

JPJ Saman Polis Trafik Jadi Bahan Lawak

JPJ sememangnya terkenal kerana terlalu berkuasa menyaman pesalah jalan raya tanpa belas ehsan walaupun atas kesalahan kecil seperti lampu brek hangus tanpa disedari oleh pemandu.

Motosikal
Gambar hiasan.

Malah, berita berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) nampaknya semakin hangat sejak akhir-akhir ini.

Terbaru, seorang anggota polis trafik dikatakan telah menerima saman daripada seorang anggota JPJ kerana meletakkan motosikalnya di kawasan larangan dalam petak kuning ketika menjalankan tugas.

Tidak puas hati dengan saman tersebut, anggota trafik tersebut dikatakan balik semula ke balai lalu buat laporan anggota JPJ tersebut mengganggu tugasnya sebagai penjawat awam.

Cerita ini tersebar selepas seorang anggota polis memuat naik status berkaitan kejadian ini di laman sosial Facebook.

Status tersebut berbunyi:

“Ini lagi interesting, jangan main-main dengan JPJ ni, mereka memang strict betul.. anggota trafik yang membuat kawalan trafik ‘point duty’ meletakkan motosikalnya di petak kuning.

“Semasa sedang mengawal lalulintas, penguatkuasa JPJ telah mengenakan saman kepadanya kerana meletakkan motosikal di tempat larangan, anggota polis trafik balik ke balai buat laporan JPJ menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi.

“KBSJD arah tangkap, apa nak jadi ni? Strick betul ye (Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ) Dato Yusoff Ayob , macam tak harmoni.”

JPJ Saman Polis Trafik

Jika benar insiden ini, diharapkan satu jalan dicapai supaya kedua-dua organisasi yang bertugas menguatkuasa undang-undang ini tidak jadi ‘bahan lawak’ di kalangan masyarakat.

Tapi kalau betul masing-masing dah buat kesalahan melanggar undang-undang, mereka pun harus disaman seperti kami rakyat biasa!

Sumber: Mynewshub.cc

BWF Gantung Lee Chong Wei

BWF Gantung Lee Chong Wei

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah membuat keputusan menggantung sementara pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei kerana didapati ‘jelas’ melanggar peraturan anti-doping.

Lee-Chong-Wei

“Badan dunia itu memutuskan penggantungan itu berdasarkan hasil analisis yang negatif ke atas sampel yang diambil semasa Kejohanan Badminton Dunia BWF pada Ogos,” kata BWF dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, BWF berkata barisan panelnya akan mendengar berkenaan kes berkenaan.

“Apabila tiba masanya, pengerusi panel itu akan menetapkan masa, tarikh dan lokasi pendengaran.

“Panel itu yang akan menentukan sama ada atlet itu melalukan perlanggaran peraturan anti-doping atau tidak,” katanya.

Baru-baru ini, Chong Wei didapati menggunakan bahan terlarang apabila sampel A yang diuji pada Kejohanan Badminton di Copenhagen menunjukkan keputusan positif.

Keputusan ujian sampel A diketahui badan pengurusan sukan di Malaysia selepas berakhirnya Sukan Asia di Incheon.

Lee-Chong-Wei - Suspended

Chong Wei kemudiannya berlepas ke Oslo, Norway sebelum ini untuk menyaksikan sendiri prosedur ujian untuk sampel B beliau.

Bagaimanapun, sampel B milik Chong Wei juga menunjukkan positif kewujudan bahan terlarang berkenaan.

Ketika ini Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) sedang mengumpul semua maklumat dan bukti berkenaan rekod perubatan Chong Wei bagi mengenal pasti bagaimana bahan berkenaan berada dalam badan pemain badminton nombor satu dunia itu.

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, November 11, 2014

Berakhirnya Manga Naruto Selepas 17 Tahun!

Berakhirnya Manga Naruto Selepas 17 Tahun!

Selepas 17 tahun menabur ‘bakti’ menyelamatkan dunia, siri manga popular Jepun, Naruto hasil karya Masashi Kishimoto dilaporkan berakhir menemui pembacanya semalam menerusi komik siri terakhir diterbitkan di negara Matahari Terbit itu.

Naruto

Terkenal menerusi beberapa watak pahlawan ninja cilik dari kampung imaginasi bernama Konoha, Naruto mula terbit pada Ogos 1997 melalui majalak komik mingguan Shonen Jump terbitan syarikat Sueisha dan berterusan memaparkan 700 babak dalam 71 volume.

Manakala bagi siri anime menerusi televisyen, adaptasi Naruto itu baharu sahaja mencapai episod ke 385 disiarkan stesen TV Tokyo dan rangkaian sekutunya di seluruh dunia serta mungkin ambil masa lebih setahun lagi untuk selesai keseluruhan 700 babak berbeza.

Naruto merupakan kisah perjuangan ninja muda, Naruto Uzumaki, yang bercita-cita menjadi seorang Hokage, iaitu pemimpin tertinggi Konoha namun perjalanan wira cilik itu tidak mudah kerana tubuhnya dimasuki seekor serigala yang menjadikannya seperti raksasa.

Naruto [2]

Sehingga 2013 lalu, lebih 130 juta naskhah komik Naruto dicetak di Jepun menjadi antara terlaris di negara itu manakala peminatnya di serata dunia masih boleh ikuti kisah pahlawan fantasi itu sama ada laman internet, cakera video, filem atau novel selain siri TV.

Dalam pada itu, Kishimoto dilaporkan menerima ucapan selamat maju jaya daripada ribuan peminatnya di seluruh dunia dan lucunya, walaupun Naruto tidak diterbitkan di luar Jepun, komik ninja itu telah dialih bahasa di banyak negara termasuk Malaysia.–Agensi

Tonton Naruto Anime Online, SINI..

BACA INI JUGA: Kisah Kemahsyuran Walk of Fame Hollywood