Saturday, November 08, 2014

Kontroversi Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Kontroversi Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun.

Anti-Doping

Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit.

Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan merana akibat kesan dadah samada secara jangka pendek dan panjang.

Apakah maksud Dadah?

Dadah adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, dadah ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun.

Apakah 'doping'?

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.

'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang.

Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.

Kenapa sesetengah bahan dan kaedah diharamkan?

Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu:
  • Kesihatan. Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.
  • Etika. Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.
  • Undang-Undang. Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.

Apakah polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di Malaysia?

Strategi yang diambil bertujuan untuk:
    1. Pencegahan 2. Pembasmian
    • Salah laku dan penyalahgunaan dadah
    • Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping
    3. Memantau
    • Ujian doping di luar pertandingan
    • Parameter latihan dan tahap keupayaan

Langkah berjaga-jaga

Sebelum mengambil sebarang ubat, atlit perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor, pegawai sukan bertauliah dan pegawai pusat doping, jika ingin menyertai acara sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Ini adalah kerana terdapat banyak ubat yang boleh membawa kesan terhadap tahap keupayaan atlit.

(Senarai komprehensif bahan yang dilarang boleh didapati daripada 'Prohibited List International Standard' pada tahun 2005 atau dengan melayari www.wada-ama.org.

Bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang

Senarai bahan-bahan dan kaedah doping yang dilarang. Penggunaannya merupakan satu penipuan.

Jenis dan deskripsi dan Kesan-kesan sampingan

1. Agen Anabolik
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Steroid anabolik androgenik adalah merupakan hormon sintetik testosteron. Agen ini sering didapati dari pasaran gelap/haram di gimnasium dan kelab kecergasan kerana untuk mendapatkannya perlu mempunyai preskripsi doktor.

Contoh:
  • Danazol (digunakan untuk mengurangkan bengkak di bahagian dada bagi lelaki)
  • Clenbuterol (agonis beta-2 yang digunakan meningkatkan tumbesaran haiwan).

Kesan sampingan
  • Botak
  • Jerawat
  • Penambahan bulu di muka dan badan
  • Kerosakan hati
  • Bagi lelaki ciri-ciri perempuan lebih terserlah dan sebaliknya.
  • Perubahan 'mood'
  • Potensi untuk menyebabkan mandul
  • Kebanyakan steroid anabolik perlu disuntik, oleh itu pengguna terdedah kepada bahaya perkongsian jarum atau jarum yang tidak steril

2. Agonis Beta-2
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Agonis beta-2 sering didapati pada ubat-ubatan asma. Hanya Salbutamol, Salmeterol dan Terbutaline dalam bentuk sedutan dibenarkan untuk rawatan dan pencegahan serangan asma

Kesan sampingan
  • Tangan mengeletar
  • Pening
  • Berdebar-debar

3. Agen yang mempunyai aktiviti anti-estrogen
 Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Agen ini digunakan secara haram, untuk mencegah kesan sampingan yang disebabkan oleh steriod anabolik, seperti pembesaran payudara

Contoh:
  • Tamoksifen (digunakan dalam rawatan kanser payudara dan kemandulan)
  • Clomifen (untuk kemandulan)

Kesan sampingan
  • Muka merah dan panas
  • Perut tidak selesa
  • Bengkak

4. Diuretik dan agen 'samaran'
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Agen samaran berpotensi melindung kehadiran bahan terlarang di dalam air kencing atau sampel lain. Atlit selalunya menggunakan ubat diuretik untuk mengurangkan berat badan atau menyingkirkan steroid anabolik daripada badan.

Contoh:
  • Contoh diuretik (ubat yang digunakan untuk menyingkirkan cecair badan) ialah furosemida dan amilorida
  • Contoh pengembang plasma adalah dekstran dan albumin

Kesan sampingan
  • Dahaga
  • Penyahhidrat

5. Analog peptid dan hormon glikoprotin

Hormon ini bertindak dengan merangsang pertumbuhan, mempengaruhi kelakuan, mengubah kesan sensitiviti terhadap kesakitan dan kemahuan seks.

Bahan kimia yang mempunyai struktur yang sama dengan hormon ini (atau analog) akan memberi kesan yang sama.

Bahan-bahan yang terkandung dalam kumpulan ini adalah eritropoietin (EPO), hormon tumbesaran manusia, hormon korionik gonadotrofin (HCG) dan kortikotrofin.

Kesan sampingan

Hormon tumbesaran digunakan untuk meningkatkan saiz dan kekuatan otot.

Kesan sampingannya termasuklah:
  • Akromegali - pembesaran tangan, kaki dan muka.
  • Masalah otot dan sendi menyebabkan kesukaran menjalankan latihan
  • Diabetis (kencing manis)
  • Eritropoietin merangsang pembentukan sel darah merah
    • Ini akan menyebabkan peningkatan kelikatan darah dan boleh menyebabkan masalah peredaran darah (angin ahmar, serangan jantung).

6. Ubat perangsang
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Kumpulan ini termasuklah:
  • Amfetamin
  • Kafein (dalam kuantiti yang banyak).
  • Beberapa kandungan aktif ramuan ubat selesema dan ubat demam seperti pseudoephedrin.

Kesan sampingan
  • Meningkatkan kadar denyutan jantung
  • Menjejas kebolehan badan untuk mengawal suhu badan

7. Analgesik Narkotik
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Ini merupakan penahan sakit yang kuat dan kebanyakannya mengandungi bahan yang terlarang bukan sahaja untuk sukan.

Atlit cenderung menggunakan ubat-ubat sedemikian untuk menahan sakit daripada latihan intensif.

Contoh:
  • Kodein
  • Morfin

Kesan sampingan
  • Narkotik mempunyai potensi ketagihan.

Kaedah-kaedah yang dilarang

i. Menambahkan pertukaran oksigen
  • Doping darah dan penggunaan produk-produk sintetik yang boleh meningkatkan pengambilan dan penghantaran oksigen keseluruh tubuh.

ii. Manipulasi Fizikal dan Bahan Kimia
  • Mengubah, atau cubaan mengubah dengan menggunakan bahan-bahan atau kaedah-kaedah yang mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian doping.

iii. Doping Genetik
  • Penggunaan gen dan/atau sel-sel bagi tujuan meningkatkan prestasi.

BACA INI JUGA: Satu-satunya Manusia Yang Sembuh Daripada Jangkitan HIV

Sumber: Myhealth.gov.my

-SENTIASAPANAS.COM

Kemalangan Dan Kematian Misteri Yang Membingungkan!

Kemalangan Dan Kematian Misteri Yang Membingungkan!

Malang tidak berbau. Kemalangan sukar dijangka. Namun, bagaimana jika kemalangan itu disulami dengan persoalan misteri yang tiada jawapan? Cuba anda baca empat kisah dibawah ini.

Kisah 1 - Willie McRae

Willie McRae

Lelaki ini bukanlah calang-calang orangnya. Dia merupakan seorang peguam dan aktivis anti-nuklear, amat dihormati dalam Parti Kebangsaan Scotland. Mempunyai karakter yang tegas, Willie McRae dikatakan mampu menghisap 80 batang rokok sehari dan minum minuman keras tanpa berasa mabuk.

Segala-galanya bermula pada 4 April 1986, sewaktu apartmen Willie musnah dijilat api dalam satu kebakaran.

Bomba mendapat panggilan daripada jiran Willie dan kebakaran berjaya dipadamkan. Willie ditemui pengsan akibat terhidu asap tebal.

Setelah sedar, dia memberitahu bomba punca kebakaran kerana rokoknya yang lupa dipadamkan sebelum tidur. Malah, Willie menolak sebarang bantuan perubatan.

Keesokan harinya, Willie memberitahu jiran bahawa dia akan pergi ke rumah kecilnya di Kintail, Scotland sementara menunggu apartmennya yang terbakar siap dibaiki.

Jam 10 pagi keesokannya, dua pelancong Australia menemui mayat Willie dalam keretanya yang tersadai di tepi jalan, tidak jauh dari sebatang sungai kecil.

Mayat Willie ditemui dalam keadaan tangannya terletak rapi diatas paha dan juga sedikit luka dibahagian kiri kepalanya.

Luka Willie konsisten dengan trauma akibat kemalangan. Pihak polis kemudiannya membersihkan tempat kejadian.

Namun, enam jam kemudian, hasil x-ray mendapati Willie mati akibat tembakan yang tembus ke otaknya. Kematian itu disifatkan sebagai bunuh diri.

Polis kemudian memulakan proses pencarian dikawasan kemalangan. Mereka menemui sepucuk pistol yang dipercayai digunakan Willie untuk membunuh diri.

Peliknya, pistol itu ditemui agak jauh dari kawasan kemalangan. Tiada sebarang kesan cap jari ditemui dan tiada bukti kukuh mengatakan pistol itu milik Willie.

Persoalan demi persoalan mula timbul. Jika benar Willie membunuh diri, bagaimana dia boleh membuang pistol itu dan meletakkan tangannya rapi diatas paha setelah menembak kepalanya?

Ada kenalannya memberitahu bahawa Willie sedang menulis sebuah buku mengenai industri nuklear. Jadi, tidak masuk akal jika Willie menamatkan riwayatnya sendiri.

Persoalannya, adakah Willie benar-benar membunuh diri atau dibunuh oleh seseorang?

Kisah 2 - Patricia Meehan

Patricia Meehan

Pada 20 April 1989, Patricia Meehan yang berusia 37 tahun terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Circle, Montana.

Saksi memberitahu, Patricia keluar daripada kereta dalam keadaan terpinga-pinga sebelum berjalan pergi dari kawasan kemalangan ke arah sebuah padang dan hilang daripada pandangan.

Selepas kemalangan itu, Patricia didakwa tidak pernah menghubungi keluarga mahupun rakan-rakannya.

Ibu bapa Patricia percaya anak mereka mungkin hilang ingatan akibat hentakan kuat sewaktu kemalangan dan mungkin menahan kenderaan lain dan menumpang mereka.

Sejak kejadian tersebut, lebih kurang 60 kelibat yang kelihatan seperti Patricia telah dirakamkan. Namun, keluarga Patricia hanya percaya lima daripada kelibat gambar tersebut ialah Patricia.

Suatu hari, seorang gelandangan wanita di Seattle, Amerika Syarikat, telah ditahan kerana membuang sampah merata-rata.

Pihak polis mendakwa wajah gelandangan itu sama seperti Patricia tetapi wanita itu memberitahu polis bahawa namanya ialah Morning Star. Polis juga tidak menemui sebarang pengenalan dirinya.

Bagaimanapun, ibu bapa Morning Star bukanlah anak mereka setelah mereka berbual melalui telefon.

Sehingga kini selepas 25 tahun menghilangkan diri, kehilangan Patricia terus menjadi tanda tanya.

Kisah 3 - Christene Skubish

Christene Skubish

Christene Skubish memandu bersama dengan anak lelakinya, Nick, yang baru berusia tiga tahun di lebuh raya Sacramento, Amerika Syarikat.

Namun, pada tarikh 24 Jun 1990, kereta dipandu Christene hilang kawalan. Ia meredah ke laluan sebelah dan jatuh ke dalam jurang sedalam 40 kaki sebelum menghentam sebatang pokok.

Kemalangan tragik itu mengakibatkan bumbung kereta Christene tercabut. Tiada siapa tahu tragedi itu. Kereta Christene terbiar di kawasan tersebut selama lima hari.

Sementara itu, kehilangan Christene dan anaknya menjadi tanda tanya keluarga dan rakan-rakannya.

Kemalangan itu hanya disedari selepas sepasang suami isteri mendakwa terlihat seorang wanita yang terbaring dalam keadaan bogel berhampiran tempat kejadian.

Apabila polis tiba, mereka menemui kereta tersebut dengan Nick masih lagi duduk ditempat duduk penumpang. Anak kecil itu masih lagi hidup walaupun tubuhnya kekurangan air dan mengalami hipotermia.

Christene bagaimanapun dipercayai mati serta-merta apabila pokok yang tumbang menghempapnya.

Persoalannya, bagaimana suami isteri itu boleh melihat Christene dalam keadaan bogel tidak jauh dari situ, sedangkan hakikatnya wanita itu sudah mati dan mayatnya ada di dalam kereta yang terjunam ke dalam jurang.

Ada yang percaya kononnya apa yang dilihat pasangan suami isteri itu ialah jelmaan roh Christene yang cuba meminta bantuan bagi menyelamatkan anak lelakinya.

Kisah 4 - Kyle Peterson

Kyle Peterson

24 Februari 2014, Kyle Peterson, 29, memandu kenderaan jenis SUV di Troutdale, Oregon, Amerika Syarikat. Setibanya di sebuah jalan, kereta Kyle terbabas lalu melanggar pembahagi jalan. Kerana kemalangan, Kyle menelefon polis dan menunggu ketibaan mereka.

Menurut anggota polis yang bertugas, pada mulanya Kyle memberikan kerjasama yang baik kepada di lokasi kejadian. Tapi tidak lama kemudian, dia mula berkelakuan pelik.

Kyle tiba-tiba meluru masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin seperti ingin melarikan diri. Namun, dia berhenti dan keluar semula dari kereta sebelum bertindak melarikan diri ke dalam kawasan hutan berhampiran. Itulah kali terakhir kelibat Kyle dilihat polis.

Selepas kejadian tersebut, lebih seratus orang dalam pasukan mencari dan menyelamat termasuk satu pasukan penyelam melakukan misi mencari Kyle di kawasan hutan tersebut, tetapi tiada satu petanda pun mereka temui.

Pencarian diteruskan sehingga 18 Julai 2014 apabila sekumpulan pendaki menemui satu objek terapung di permukaan Sungai Sandy. Ia adalah Kyle Peterson!

Dia ditemui lebih kurang empat batu dari kawasan kemalangan setelah lebih lima bulan hilang!

Sehingga kini tiada siapa tahu mengapa Kyle tiba-tiba bertindak lari ke dalam hutan tersebut dan apakah punca sebenar kematiannya.

BACA INI JUGA: Misteri Roh Pelajar Yang Tidak Tenteram

-SENTIASAPANAS.COM

Wow! Potongan 94 Peratus Lazada Malaysia

Wow! Potongan 94 Peratus Lazada Malaysia

Pada 11 November 2014, Lazada akan membuat potongan dan diskaun besar-besaran.

11.11.2014 - Potongan 94 Peratus Lazada Malaysia

Kempen yang dinamakan Lazada's Revolution Day bakal memberikan pembeli, potongan dan diskaun harga barangan serta produk sehingga 94 peratus!

Merangkumi barangan, produk elektrik dan bukan elektrik. Produk bukan elektrik termasuklah pakaian, permainan kanak-kanak, produk kecantikan, jam tangan berjenama dan macam-macam lagi.

Pada hari tersebut juga, anda akan menikmati segala potongan menarik dan juga beberapa segmen menguntungkan antaranya hourly flash dan juga facebook giveaway. Ada juga jualan yang menawarkan hadiah-hadiah tertentu secara percuma.

Cara Membayar Secara Online di Lazada Malaysia

Untuk membuat pembayaran, anda boleh membayar melalui bank transfer, menggunakan kad kredit/kad debit, malah anda boleh membayar secara COD (Cash-on-Delivery).

Jika anda seorang pemegang kad CIMB, potongan khas atau rebat pula diberikan.

Selepas membeli-belah secara online di Lazada, barangan yang dibeli akan tiba dirumah anda dalam tempoh sehari selepas pembelian.

Namun, ada juga barangan yang anda perlu tunggu sehingga 3-5 hari, bergantung kepada terma dan syarat yang dinyatakan di dalam penerangan produk semasa check-out (selepas anda membuat pembayaran).

Daftar Percuma di Lazada

Sekiranya anda mendaftar akaun di Lazada, anda akan diberikan baucer diskaun serta merta mendapat yang akan dihantar terus ke email anda.

Dan sekiranya anda seorang pelanggan setia Lazada Malaysia, anda juga akan menerima beberapa baucer diskaun khas dan khusus yang tidak diberikan kepada orang lain.

Diskaun 94 Peratus Lazada Malaysia Memang Giler!

Sebelum ini, diskaun tertinggi pernah diberikan adalah 92 peratus sahaja.

Jadi, manfaatkan potongan 94 peratus pelbagai produk di Lazada Malaysia 11 November 2014 ini.

Jangan lepaskan peluang. Ingat, 94 Peratus tu...!

Lazada Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, November 07, 2014

Rahsia Anak Cepat Membaca Terbongkar!

Rahsia Anak Cepat Membaca Terbongkar!

Bagi ibu bapa, adalah sesuatu yang membanggakan apabila melihat anak-anak yang baru berusia lima atau enam tahun sudah mahir membaca bukan saja dengan lancar malah mampu memahami apa yang dibaca.

Anak cepat membaca

Inilah juga matlamat yang cuba dicapai oleh kaedah belajar membaca cepat I-Sina yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2006 di tadika-tadika perpaduan sekitar Wilayah Persekutuan.

Uniknya kaedah anak mampu membaca cepat ini menggunakan pendekatan fonetik (bunyi) untuk kanak-kanak prasekolah menguasai skil membaca secepat empat bulan sahaja.

Anak-anak yang belum mengenal huruf juga boleh terus diajar membaca. Ribuan anak kecil sudah menguasai pembacaan melalui i-Sina. ANDA JUGA MAMPU MELAKUKANNYA.

Dengan panduan dan tips ajar anak membaca, hanya ikut arahan dan langkah-langkah yang diberikan. Program ini disusun dengan langkah-langkah pembelajaran yang kecil tetapi sangat efektif untuk mengelakan tekanan dan kekeliruan anak-anak.

Anda cuma perlu mengajar 10 hingga 15 minit sehari untuk mengajar anak membaca awal.

I-Sina memberi penekanan kepada kefahaman anak-anak bukan hafalan. Mereka akan menunjukkan minat apabila mereka faham dan boleh mengikuti program.
  • Program Belajar Membaca i-SINA adalah program yang disusun khas untuk memberikan pembelajaran secara menyeluruh kepada kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat, mudah dan efektif.

  • Program Belajar Membaca i-SINA ini menggunakan pendekatan yang diperkukuhkan supaya kanak-kanak lebih memahami konsep asas pembentukan gabungan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan, tanpa terikat dengan hafalan suku kata. Pada peringkat awal, kanak-kanak akan diajar bagaimana bunyi dibentuk apabila huruf-huruf digabungkan bersama.

  • Program Belajar Membaca i-SINA ini sesuai untuk ibubapa dan guru tadika atau sekolah yang inginkan sebuah program untuk mengajar membaca kepada majoriti kanak-kanak dengan berkesan.

  • Program Belajar Membaca i-SINA ini juga menjadikan kanak-kanak “suka” dan “mahu” terus membaca kerana mereka faham dan mampu mengikuti program mengikut kelajuan dan kemampuan mereka, tanpa sebarang paksaan dan hafalan yang membebankan.

  • Program Belajar Membaca i-SINA ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan kaedah fonetik dan menitikberatkan kefahaman kanak-kanak menerusi latihan-latihan dan arahan-arahan guru yang sistematik dan mudah. Ia mempercepatkan kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca secara menyeluruh bukan setakat menghafal dan membaca suku kata mudah.

Bukan sahaja cepat membaca, majoriti murid dari umur lima dan enam tahun yang mengikuti program ini boleh menguasai kemahiran membaca dengan baik.

Baca selanjutnya. Klik banner dibawah..



-SENTIASAPANAS.COM

Sejarah Palestin Yang Anda Tidak Tahu

Sejarah Palestin Yang Anda Tidak Tahu

Sebelum tertubuhnya negara Palestin, negara itu tidak mempunyai pemerintah daripada penduduk asal Palestin.

Sejarah Palestin

Mengikut rekod, sejak abad ke 19, pentadbiran Palestin dituntut oleh kuasa dari luar Palestin termasuk kerajaan Khalifah Othmaniah (Turki), British, Hijaz (kini Arab Saudi) dan terkini adalah pengganas Zionis.

Sebelum Perang Dunia Pertama berlaku, Palestin berada di bawah pentadbiran Khalifah Utmaniah. Inggeris memanggil kerajaan ini sebagai Ottoman Empire. Kerajaan Khalifah ini berpusat di Istanbul, Turki.

Mengikut kaedah pemerintahan yang diamalkan dalam sistem Khalifah, kawasan negara dibahagikan kepada beberapa daerah yang dikenali sebagai Mutasarrifiyyah atau 'Sancak' dalam bahasa Turki.

Jadi, daerah Palestin telah dipecahkan kepada tiga bahagian pertama dikenali sebagai Al-Quds Ash-Sharif (Baitul Maqdis atau Jurusalem), Akka (kini Israel) dan Nablus.

Setiap Mutasarrifiyyah mempunyai Mutasarrif (Gabenor) tersendiri. Gabenor ini dilantik oleh Sultan yang memerintah.

Gabenor terakhir bagi Al-Quds bernama Ahmet Izet Pasha, pemerintah Tentera Ketiga Khalifah Uthmaniyyah daripada keturunan Albania.

Apabila tentera Khalifah Uthmaniyyah dan Jerman yang mempertahankan Baitul Maqdis ditewaskan tentera British pada bulan Disember 1917, Ahmet Izzet telah menandatangani surat penyerahan Baitul Maqdis kepada British.

Antara isi kandungan perjanjian itu:

"Disebabkan kedahsyatan pengepungan bandar dan penderitaan yang ditanggung negeri aman ini akibat senjata berat anda; dan kerana bimbang bom-bom akan mengenai tempat-tempat suci, kami terpaksa menyerahkan kepada anda bandar ini melalui Hussein Bey Al-Husayni, Datuk Bandar Baitul Maqdis, sambil berharap bahawa anda akan melindungi Baitul Maqdis sebagaimana kami telah melindunginya selama lebih lima ratus tahun."

Melalui kuasa inilah, British dan Amerika memulakan bencana di Palestin dengan membenarkan Zionis menubuhkan negara Israel dengan niat untuk menghapuskan bangsa Arab. Dan niat penghapusan etnik Arab di Palestin terus berlaku sehingga hari ini.

Dengan sokongan senjata daripada Kerajaan Amerika, polisi putar belit British dan dasar tutup mata Bangsa-bangsa Bersatu, agenda Zionis terus membunuh orang yang tidak bersalah tanpa peri kemanusiaan.

BACA INI JUGA: 729, Barkod Produk Israel

-SENTIASAPANAS.COM

Menyembah Dewa, Asal Usul Sambutan Happy Birthday!

Menyembah Dewa, Asal Usul Sambutan Happy Birthday!

Paganism! Pernah dengar perkataan ini? Ia bukan jenama kasut, jauh sekali jenama baju. Juga bukan nama sejenis bakteria, mahupun penyakit. Bukan!

Happy Birthday

Paganism merupakan satu amalan spiritual yang pernah diamalkan oleh rakyat yang pernah diamalkan oleh rakyat Mesir Kuno, Greece, Rom dan Parsi sebelum kedatangan Kristian.

Sebagai contoh, Firaun zaman dulu dianggap sebagai dewa. Bagi rakyat, penting untuk mereka meraikan hari kelahiran Dewa. Maka, setiap tahun, akan diadakan upacara menyambut kelahiran Firaun.

Bagi bangsa Yunani pula, mereka akan mempersembahkan hidangan ke kuil untuk dewi bulan mereka, Artemis. Hidangan itu adalah kuih berbentuk bulat yang menggambarkan bulan purnama dan dihiasi lilin diatasnya agar ia terang, bersinar laksana bulan.

Mereka menyambut perayaan hari lahir 'Tuhan-tuhan'. Begitu juga raja atau pemerintah yang dianggap ada kaitan dengan para dewa.

Salah satu tujuan menyimpan rekod tarikh lahir adalah kerana pada waktu itu, ilmu nujum (horoskop) sangat dipercayai oleh penduduk tempatan.

Tidak hairanlah sewaktu awal kewujudan kaum Nasrani dan Yahudi, kedua-dua kaum ini menolak perayaan hari lahir kerana ia dikatakan meniru ajaran agama Paganism.

Kita lihat dari sudut lain pula. Sambutan hari lahir berleluasa di Eropah kerana pengaruh amalan MITHRAS yang berasal dari Parsi.

Amalan yang berasal dari Parsi ini disebarkan oleh tentera Rom diseluruh empayar sewaktu pemerintahan Rom.

Walaupun kerajaan Rom dan Parsi saling bermusuhan, tentera Rom telah terpengaruh dengan ajaran Mithras. Dan apabila kerajaan Rom dan rakyatnya menganut agama Kristian, sedikit sebanyak fahaman Mithras diserap ke dalam ajaran Kristian.

Masih tidak faham?

Bahasa mudahnya begini, budaya sambutan hari lahir ini bermula daripada fahaman paganism. Mudah bukan?

Jadi, tarikh lahir anda sudah tiba?

Kalau begitu, happy birthday!

BACA INI JUGA: Asal-usul Simbol Lelaki Dan Wanita Dalam Dunia Sains

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, November 06, 2014

Pengasas Sisters In Islam: “Kita Semua Anak Allah”

Pengasas Sisters In Islam: “Kita Semua Anak Allah”

Apa reaksi kita sekiranya anak-anak yang masih kecil, tiba-tiba bertanya “Ayah/Ibu, kita anak Allah ya?”

Zainah-Anwar-Sisters In Islam

Hemat penulis merasakan, laksana halilintar menyambar gegendang telinga tatkala mendengar pertanyaan sebegitu rupa dari anak yang ditakdirkan lahir beragama Islam; agama yang benar, dan dipelihara status keislamannya melalui tatacara hidup, amalan dan juga melalui perlembagaan; cara hidup orang bertamadun.

Namun, apa yang dizahirkan melalui gambar diatas tentunya mengundang seribu satu persoalan, tidak kurang pula ada yang beremosi, apabila sebuah organisasi yang mengaku berpaksikan Islam mampu membenarkan ahli atau penyokongnya membawa mesej, “We are all Allah’s children”.

Apa lagi yang perlu dikatakan, sedangkan mesej tersebut membawa maksud yang jelas menyimpang dari ajaran Islam.

Penulis sendiri tertanya-tanya, bagaimana perkara paling asas seperti ini pun tidak difahami oleh Zainah Anwar, pengasas Sisters In Islam.

Antara perkara asas tentang mengenal Allah, ialah Allah itu tidak beranak, dan tidak diperanakkan, serta bersifat tunggal. Perihal tentang ini dijelaskan melalui surah Al-Ikhlas:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Bis-mil-lah hir-rah-maa nir-ra-him

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ

Qul hu-wal-la-hu a-had

1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

اللَّـهُ الصَّمَدُ

Al-lah hus-sho-mad

2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

Lam ya-lid wa-lam yuu-lad

3. Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Wa-lam ya-kul la-hu ku-fu-wan a-had

4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Penulis masih ingat, ketika di peringkat awal diajarkan tentang Islam, surah ini adalah surah yang lazim dan wajib dihafal beserta makna.

Penulis percaya, ramai di antara kita yang memilih untuk membaca surah ini ketika bersolat. Ini adalah hakikat tentang pengamalan Surah Al Ikhlas dalam hidup masyarakat Islam di Malaysia.

Apakah Zainah Anwar tidak memahami apa yang ditulis itu, atau sengaja ingin mengundang kontroversi dan membuktikan kepada pihak-pihak tertentu bahawa siapa sebenarnya dirinya? Almaklum, untuk bergerak dengan program-program tentunya memerlukan dana.

Kesimpulannya, perkara asas tentang Islam pun tidak mampu difahami oleh Sister In Islam, bagaimana pula mereka mahu dikenali sebagai Persaudaraan Wanita Islam?

Islam? Islam??

Maka, tindakan mengharamkan Sisters In Islam adalah sangat bertepatan dan selaras dengan tuntutan Islam.

Dari sudut perlembagaan Malaysia pula, Perkara 11 berkaitan Kebebasan Beragama di mana Fasal 4 membolehkan setiap negeri-negeri menggunakan kuasa secara perundangan untuk menghalang sebarang doktrin yang dikira berbahaya kepada orang Islam.

Kenapa Sisters In Islam Diharamkan?

Sister In Islam haram

Ramai yang sudah maklum antara intipati utama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkan pertubuhan bukan kerajaan Sisters In Islam (SIS) adalah berasaskan penglibatan aktif NGO itu dalam menyebarkan aliran pemikiran Islam Liberal & Pluralisme.

Umum juga sedar Fatwa pengharaman SIS sejak 17 Julai 2014 itu menepati ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dalam Muzakarah Kali Ke-74 pada 25 Julai 2006 yang mengharamkan aliran pemikiran Islam Liberal kerana mengandungi fahaman-fahaman yang menyeleweng dan bercanggah dengan akidah & syariah Islam.

Berikutan itu, pada 31 Oktober lepas SIS melalui Pengarah Eksekutifnya Ratna Othman telah memfailkan rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mempertikaikan kesahihan fatwa tersebut.

Tiga perayu yang lain termasuklah Marina Mahathir, Zaid Ibrahim dan Zainah Anwar yang menamakan diri mereka sebagai ‘orang Islam yang prihatin.’

NGO SIS yang umum kenali kebanyakan aktiviti dan pemikiran yang dibawanya cenderung ke arah liberal dan pluralisme.

Ambil contoh penglibatan SIS dalam IFC (IRC) yang dulunya menganjurkan hak bebas beragama yang turut merangkumi desakan supaya orang Islam berhak untuk bebas murtad!

Dalam pada itu, antara lain tujuan IFC yang didukung sama oleh SIS turut menuntut hak kebebasan bagi menentukan setiap anak kecil yang dilahirkan orang Islam tidak seharusnya terus menjadi Islam.

Ertinya bagi IFC, anak kecil itu dalam keadaan atheis (tak beragama) dan bukan hak ibubapanya untuk menjadikan anak mereka sebagai seorang Islam.

Anak kecil kita, tanggungjawab kita sebagai ibubapa mencorak agamanya tiba-tiba mahu dinafikan ke Islamannya atas nama kebebasan beragama. Ini pandangan liberal yang tidak boleh diterima orang Islam.

NGO SIS ini jugalah yang aktif bersekongkol dengan NGO Induk COMANGO yang membawa usul ke peringkat antarabangsa mendesak Malaysia menerima hak kebebasan golongan LGBT untuk mengamalkan gaya hidup mereka.

Selain itu COMANGO yang disokong SIS juga mahu fahaman Syiah dibenarkan atas nama hak kebebasan manusia.

SIS juga terlibat menyokong Seksualiti Merdeka 2011 yang motif penganjuran acara itu mengiktiraf golongan Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) untuk melakukan amalan seks songsang atas nama hak kebebasan dan hak asasi manusia.

Hatta NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pun menyifatkan SIS sebagai NGO yang didukungi oleh golongan yang keliru dan bercelaru.

Allahuakbar!

Sumber: mykmu.net

Adakah Komplot 'Men In Black' Benar-benar Wujud?

Adakah Komplot 'Men In Black' Benar-benar Wujud?

Jika bercakap tentang 'Men In Black' atau MIB, apa yang menerjah otak rata-rata dari kita adalah filem Hollywood yang diterajui pelakon Tommy Lee Jones dan Will Smith.

Men In Black

Tahukah anda, beberapa dekad sebelum filem fiksyen ini digarap, cerita 'Men In Black' sememangnya sudah hangat diperkatakan di Amerika. Apa ceritanya?

Cerita-cerita mengenai 'Men In Black' ini paling hangat diperkatakan pada sekitar tahun 1950 dan 1960. Sekitar tahun itu, seorang wartawan yang tinggal di Pinewood, West Virginia, Amerika Syarikat mendakwa dia telah dikunjungi beberapa orang lelaki, dipercayai ejen MIB.

Wartawan itu yang sebelumnya pernah menghantar artikel mengenai kewujudan 'Men In Black' di West Virginia telah diugut dan digertak oleh ejen-ejen tersebut. Wartawan itu turut diarah supaya berhenti menulis apa juga artikel berkisarkan kewujudan 'Men In Black'.

Sesetengah pihak berpendapat, agensi atau pertubuhan misteri yang digelar MIB ini sememangnya beroperasi di West Virginia untuk mengkaji kewujudan Mothman yang menggemparkan West Virginia sekitar 1960.

Laporan paling popular mengenai kewujudan 'Men In Black' terjadi sekitar tahun 1976 dimana seorang pengkaji UFO, Dr. Herbert Hopkins mendakwa dia telah didatangi beberapa orang berpakaian serba hitam menyoal siasat beliau. (http://www.huffingtonpost.com/2012/05/23/men-in-black-inspired-ufos-government-agents_n_1536996.html)

Kejadian ini berlaku beberapa minit setelah Dr. Hopkins menamatkan perbualan telefonnya dengan seseorang yang mengaku dirinya sebagai Naib Presiden New Jersey UFO Research Organization yang mana perbincangan telefon mereka berkisar tentang fenomena makhluk asing.

Sepanjang disoal-siasat, Dr. Hopkins menyedari banyak kejanggalan pada 'tetamu-tetamunya' itu. Bukan sahaja penampilan, tindak-tanduk serta tutur bicara mereka agak janggal dari kelakuan manusia biasa.

'Men In Black'dalam 'American Popular Culture' dan 'UFO Conspiracy Theories' merujuk kepada lelaki bersuit hitam yang mendakwa diri mereka ejen kerajaan yang mana tugas mereka ialah mengugut serta menggangu saksi-saksi fenomen berkenaan 'Makhluk Asing' supaya mereka mendiamkan diri.

Men In Black Top Secret

Beberapa teori menyatakan bahawa ejen-ejen MIB bukanlah manusia biasa, mereka ini adalah hybrid manusia alien yang ditugaskan untuk menutup bukti-bukti campurtangan makhluk asing di bumi.

Ada juga teori menyatakan mereka ini sememangnya Alien yang menyamar sebagai 'Ejen Kerajaan'.

Fizikal mereka juga dikatakan sedikit berbeza dimana dikatakan jari-jari mereka lebih panjang dan mata mereka sepet atau lebih besar dari manusia normal.

Itu menjawab persoalan mengapa mereka akan tampil dengan memakai kacamata hitam.

Banyak lai cerita dan dakwaan mengenai kunjungan MIB pernah dilaporkan. Ia juga pernah menjadi satu isu yang hangat satu ketika duhulu.

Bagi kita yang disogok dengan 'MIB' yang ejen-ejennya agak sengal-sengal buih dalam bentuk filem, kelakar rasanya nak percaya MIB ni wujud.

BACA INI JUGA: Misteri Mexico Baby Alien

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, November 05, 2014

Blogger Buat Duit Online

Blogger Buat Duit Online

Blogger Buat Duit Online. Benarkah seorang blogger boleh buat duit secara online melalui blog? Boleh dan sudah terbukti.

Cabaran Terakhir iPhone 5s

Mari kita baca terlebih dahulu..

Ada banyak cara seorang blogger buat duit online. Seorang blogger hanya perlu memilih dengan cara apa pendapatan itu boleh diperolehi menerusi beberapa kaedah.

Panduan bagaimana buat duit online juga banyak diajar dengan penerangan yang sangat ringkas dan mudah. Malah tutorial dan tunjuk ajar bagaimana menjana duit online secara percuma tanpa sebarang modal melalui blog berlambak di internet. Hanya perlu rajin mencari dan bertanya maka keluarlah 1001 macam cara.

Tunjuk ajar dan teknik bagaimana untuk buat duit online dengan mudah dan mampu menjana duit melalui blog juga akan diterangkan kepada anda secara terperinci. Contohnya;
  • Sistem affiliate (Lazada, Ashadee)
  • Banner Medium Pengiklanan (Komli, Nuffnang, Google Adsense, Innity, H12, Adf.ly)
  • Paid to Share (ChurpChurp, 8Share)
  • Penulisan Berbentuk Advertorial
  • Sewaan Tapak Banner di blog anda
  • Menjual produk sendiri (Ebook dan sebagainya)
  • Menyertai Kontes dan Giveaway

Dan ada banyak lagi cara lain..

Cara Buat Duit Online

Namun, adakah semudah hanya dengan sign-up dan mempromosikan semua laman pengiklanan diatas, seorang blogger mampu buat duit secara online yang lumayan?

Kecualilah anda seorang blogger sehebat hasrulhassan atau Denaihati ~sekadar menyebut 2 nama, anda pasti tiada masalah mendapat ribuan ringgit sebulan melalui blog.

Bagaimana pula dengan blog macam sentiasa panas yang hanya pandai copy paste secara tidak berhemah karya orang lain? Berapa pendapatan yang mampu dijana sehari, sebulan atau setahun?

Kaedah Terbaik Buat Duit Online

Anda boleh lihat sendiri di blog ini, cuma ada dua jenis kaedah digunakan untuk buat duit online buat masa ini, Banner Medium Pengiklanan - Komli dan H12 serta iklan 8share dalam bentuk teks diruangan sidebar.

Manakala di blog yang satu lagi tu, banner pop up Adf.ly pula digunakan. Cuma, untuk buat duit online dengan adf.ly ni, anda kenalah ada akaun paypal.

Hanya empat cara SP buat duit online setakat ini, tapi percaya tak korang kalau SP katakan bahawa pendapatan dari keempat-empat laman pengiklanan ini mampu memberikan pulangan antara RM400-RM1,000 sebulan!?

Tidaklah lumayan tapi lebih dari mencukupi buat blogger picisan.

Manakala, jika anda seorang blogger yang mempunyai bakat dalam penulisan, Advertorial dan review produk terbaik untuk anda buat duit online ni. Dengar khabar memang lumayan..:)

Atau, jika anda seorang blogger yang tidak kenal putus asa, cuba sertai program affiliate, Lazada dan Ashadee terbaik buat masa ini. Buat hanya sekali dan hasilnya mungkin selama bertahun-tahun tanpa disedari!

Tips Mudah Buat Duit Online
Jangan kemaruk memenuhkan ruangan blog dengan iklan banner yang menyebabkan blog anda berat dan tidak disukai pengunjung namun hasilnya mengecewakan.

Untuk buat duit online dan mengharapkan pulangan lumayan serta merta, tidak perlulah di lambakkan banner semua laman web pengiklanan dan biasanya dicadangkan oleh blogger-blogger lain.

SP cadangkan kepada anda empat cara buat duit online di atas. Walhal, yang paling mudah dan lumayan jika anda seorang blogger yang baru berjinak-jinak menjana duit online dengan cara yang paling mudah.

Mudahnya Blogger Buat Duit Online

Kesimpulan, sangat mudah sebenarnya untuk seorang blogger buat duit secara online melalui blog terutamanya jika anda tidak kisah berapa pun wang ringgit yang anda perolehi.

Tapi, apabila berkisar jumlah yang besar, ribuan ringgit sehari atau sebulan, pendapatan buat duit online ni tidaklah semudah yang dikongsikan oleh blogger-blogger hebat kita.

Cuba dan terokai mana-mana kaedah buat duit online paling sesuai bagi anda dan usahakan sehingga berjaya atau sekurang-kurangnya berbaloi..

Yang penting, berpijaklah dibumi yang nyata, takut nanti anda jatuh terhempas..hehe

Dan jadilah seorang blogger yang berhemah, jujur, ikhlas, tidak merungut, tidak mengumpat dan memfitnah serta bijaksana dalam dunia siber... :)

Cabaran iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger

Cabaran Terakhir iPhone 5s [2]

Entri ini ditulis sebagai memenuhi syarat Cabaran Terakhir iPhone 5s dalam kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger, yang menampilkan sebanyak 70 blog yang terpilih dalam meneruskan cabaran terakhir ini. Kontest ini dianjurkan oleh Denaihati.com.

Penaja Utama

Penaja Individu

Buat para peserta kontes ini, selamat berjaya diucapkan. Sekian..

-SENTIASAPANAS.COM

Unik! Bangunan 'Menyanyi' Apabila Hujan

Unik! Bangunan 'Menyanyi' Apabila Hujan

Di bandar Dresden, sebuah bandar yang merupakan ibu negeri Saxony, Jerman, terdapat sebuah bangunan pelik yang mempunyai keistimewaan mengeluarkan bunyi muzik.

Neustadt Kunsthofpassage

Bangunan yang dikenali sebagai Neustadt Kunsthofpassage ini akan memainkan alunan muzik setiap kali hujan turun.

Dresden merupakan salah satu kota warisan yang terdapat di timur Jerman dan pada suatu ketika dulu, hampir 60 peratus daripada keseluruhan bangunan disini musnah akibat perang dunia kedua.

Namun, penstrukturan semula telah dilakukan oleh kerajaan Jerman bagi meningkatkan kembali ekonomi di wilayah ini sebaik sahaja perjanjian damai dimeteri.

Hampir keseluruhan bangunan-bangunan yang berdiri megah di kota ini terdiri daripada struktur seni bina lama kerana kerajaan tempatan mahu mengekalkan binaan-binaan ini sesuai dengan statusnya sebagai sebuah bandar warisan.

Disebabkan itu, bandar ini juga telah menjadi salah satu prospek pelancongan negara Jerman kerana nilai sejarahnya yang tinggi.

Selain dikenali sebagai kota warisan sejarah, Dresden juga turut terkenal sebagai sebuah bandar muzik.

Disinilah lokasi dimana ahli-ahli muzik disekitar Jerman berkumpul untuk membuat persembahan. Malah, pembelajaran tentang muzik turut ditekankan kepada setiap pelajar dibandar ini.

Ekspresi itu dapat dilihat sendiri dengan terbinanya sebuah bangunan yang dikenali sebagai Neustadt Kunsthofpassage. Bangunan ini dibina khusus untuk mengeluarkan alunan muzik setiap kali hujan turun, menjadikannya salah satu mercu tanda bandar Dresden.

Neustadt Kunsthofpassage merupakan pangsapuri lama yang telah diubahsuai menjadi sebuah bangunan yang dipenuhi corong-corong yang berbentuk instrumen muzik. Jika dilihat sekali imbas, corong-corong ini kelihatan persis alat muzik saksofon.

Pada mulanya, corong ini merupakan saluran air yang menyalurkan air hujan ke longkang. Namun, ia telah diubahsuai menjadi corong berbentuk seperti instrumen muzik yang boleh mengeluarkan bunyi.

Jika alat muzik seperti saksofon menggunakan kuasa angin untuk dibunyikan, corong-corong ini pula menggunakan kuasa hidro, iaitu kuasa air setiap kali ia turun.

Dan setiap kali hujan turun, penghuni dipangsapuri ini akan menikmati sebuah alunan muzik semulajadi.

Konsep bangunan ini telah direka oleh tiga orang anak muda iaitu Christopher Rossner, Annette Paul dan Andre Tempel pada tahun 1999 yang juga merupakan penghuni pangsapuri ini. Mereka juga merupakan penuntut Universiti Dresden yang mengambil jurusan muzik orkestra.

Konsep asal bangunan ini diilhamkan daripada sebuah gereja muzik yang terdapat di England.

Neustadt Kunsthofpassage

Menurut ketiga-tiga anak muda ini, apabila hujan turun, muzik yang dikeluarkan adalah sekata. Bagaimanapun, tempo muziknya akan berubah-ubah, bergantung kepada tahap kelebatan hujan yang turun.

Menurut mereka lagi, muzik yang dimainkan oleh bangunan ini tidak seperti muzik yang selalu kita dengar, tetapi ia lebih kepada muzik eksotik atau kolektif yang boleh menenangkan jiwa pendengarnya.

Disebabkan terdapat banyak corong-corong air yang dipasangkan dibangunan ini, alunan yang dikeluarkan persis sebuah orkestra.

Bagi orang kebanyakan, mungkin mereka tidak dapat memahami alunan muzik yang dikuasakan oleh hujan ini.

Selain mempunyai corong muzik, bangunan ini juga telah diwarnakan dengan cat berwarna-warni untuk menambahkan nilai estetika seninya. Dengan warna yang cantik serta dipenuhi dengan corong-corong instrumen muzik, bangunan ini kelihatan begitu menarik.

Untuk mendengar alunan muzik semula jadi ini, anda boleh melayarinya sendiri dilaman YouTube.

Mungkin muziknya tidak sama seperti alunan muzik kumpulan Hujan, tetapi sekurang-kurangnya ia masih menarik untuk menjadi halwa telinga.

BACA INI JUGA: Sains Membuktikan Ayat Al-Qur'an Bahawa Hujan Mampu Menggegarkan Bumi

-SENTIASAPANAS.COM