Tuesday, November 04, 2014

Keunikan Koleksi Terbesar Buku Mini

Keunikan Koleksi Terbesar Buku Mini

Info Unik. Bila sebut perpustakaan, ramai yang beranggapan ia hanyalah ruangan himpunan bahan bacaan dari segenap sumber.

Joszef Tari

Bagi kita, perpustakaan hanyalah ruangan biasa yang dipenuhi buku, namun cuba anda bayangkan sebuah perpustakaan yang menghimpunkan koleksi buku dakam saiz mini!

Ruang bacaan yang menghimpunkan buku-buku bersaiz kecil ini telah dibina atas inisiatif peminat buku mini, Joszef Tari.

Perpustakaan ini tidaklah sebesar mana dan hanya dibina disatu sudut ruangan yang kecil tetapi menyimpan koleksi buku mini dalam pelbagai genre.

Lelaki separuh abad dari Republik Hungry ini mula mengumpul koleksi buku mini sejak tahun 1972. Dan sehingga kini lebih 5,200 judul buku ada dalam simpanannya.

Minat terhadap bidang penulisan serta penerbitan mendorong Joszef meneruskan hobi menyimpan koleksi buku mini.

'The Constitution of The Hungarian People's Republic' merupakan buku pertama yang berada dalam koleksinya. Ia berukuran 22mm lebar x 35mm panjang.

Yang lebih menarik, buku mini yang ada dalam simpanan Joszef bukan sahaja didalam bahasa Hungry, malah beliau juga mengumpul buku mini dalam bahasa Inggeris, Latin, Indonesia, Jepun dan bahasa dari negara-negara Eropah.

Menurut Joszef, dalam simpanannya juga ada buku yang hanya bersaiz 2.75mm x 1.75mm, dan merupakan antara buku paling kecil di dunia!

Selain itu, Joszef juga memiliki 15 naskah akhbar mini termasuk akhbar kecil yang bersaiz 19mm x 26mm. Malah, dalam koleksinya juga terdapat buku yang berusia 100 tahun!

Buku dan akhbar ini mempunyai isi kandungan yang sama seperti buku biasa yang kita baca. Oleh sebab buku ini dalam saiz yang terlalu kecil, agak sukar untuk membaca baris ayat yang tercetak kerana tulisannya yang terlalu halus untuk pandangan mata kasar.

Joszef juga memberitahu, beliau menyukai pelbagai genre buku. Dan disebabkan minatnya lebih cenderung dalam bidang kesusasteraan dan politik, maka banyaklah buku-buku mini yang berkaitan dengan topik itu dalam simpanannya.

Selain itu, Joszef turut menyimpan koleksi buku berkaitan dengan seni, sukan dan masakan.

Kebanyakan buku mini ini dibeli sendiri oleh Joszef namun ada juga buku yang diberi oleh keluarga dan rakan-rakan sebagai hadiah.

Apabila menemui buku mini yang diminati, Joszef akan membeli beberapa salinan agar ia boleh ditukar dengan rakan-rakan lain yang mempunyai hobi yang sama.

Joszef Tari [2]
Antara koleksi buku mini Joszef.

Memandangkan minat yang terlalu mendalam, Joszef mula menerbitkan buku mininya sendiri. Kini, sesiapa pun boleh mendapatkan koleksi buku mini yang diminati. Ia direka dan diterbitkan oleh Joszef sendiri.

Manakala, Ezster Tari, anak perempuan Joszef merupakan seorang artis yang mahir dalam mengilustrasikan rekaan, telah banyak membantu mencapai matlamat bapanya.

Bagi berkongsi minat dan hobi dengan masyarakat luar yang lain, Joszef telah mewujudkan laman web sendiri bagi menghubungkan mereka antara satu sama lain.

Melalui web itu, mereka boleh berkongsi idea dan pendapat serta bertukar-tukar koleksi buku yang ada.

Jangan pula hairan, ramai sebenarnya orang yang memiliki hobi dan minat yang sama dari serata dunia.

Info Tentang Buku Yang Anda Tidak Pernah Tahu!

1. Buku termahal di dunia dinamakan 'The Codex Leicester' yang ditulis oleh Leonardo da Vinci. Ia telah dijual pada tahun 1994 dengan harga RM95.48 juta.

2. Buku terbesar di dunia berjudul 'This Is Muhammad'. Ia adalah buku yang terbesar dan terberat di dunia. Buku ini seberat 1,500 kilogram dengan panjang lima meter serta lebar empat meter. Ia memiliki 420 muka surat.

3. Buku terkecil di dunia berjudul 'Shiki no Kusabana' yang diterbitkan oleh Toppan Printing. Berdasarkan rekod, buku ini hanya bersaiz 0.75 milimeter.

4. Buku paling laris di dunia berjudul 'A Tale of Two Cities', karya Charles Dickens yang diterbitkan pada tahun 1859. Buku ini telah terjual lebih daripada 200 juta naskah.

5. Buku paling tebal pula dikenali sebagai 'The Wikipedia'. Ia dihasilkan oleh Rob Mathew yang membuat ringkasan artikel daripada laman web wikipedia dan mencetaknya menjadi sebuah buku. Ia setebal 5,000 muka surat.

Jadi, selamat membaca diucapkan buat semua..:)

-SENTIASAPANAS.COM

Frozen Ice Cutter, Pekerjaan Yang Telah Pupus!

Frozen Ice Cutter, Pekerjaan Yang Telah Pupus!

Informasi Dunia. Sebelum tahun 1830, kebanyakan makanan dicampurkan garam, rempah, dijeruk ataupun disalai supaya tahan lebih lama.

Frozen Ice Cutter
Aktiviti memotong ais rancak dijalankan.

Walaupun begitu, terdapat beberapa jenis makanan yang sememangnya sukar diawet. Contohnya seperti susu yang perlu dihantar ke kedai pada lewat malam ketika suhunya sejuk.

Malah, perlu dijual segera bagi mengelak susu menjadi busuk. Akibat kesukaran itulah maka tercipta pekerjaan pemotong ais.

Kerja-kerja pemotongan ais biasanya dilakukan pada penghujung Januari atau pada awal Februari setiap tahun.

Pada ketika itu, ketebalan ais mencecah hampir 12 hingga 18 inci. Lokasi sasaran pula adalah di kawasan-kawasan sungai dan tasik-tasik yang keras membeku.

Walaupun ia dilakukan pada musim sejuk, ia sebenarnya digunakan pada musim panas sebagai alat penyejuk beku.

Untuk memulakan pemotongan, mereka akan membersihkan salji daripada permukaan ais sehingga permukaan ais benar-benar kelihatan.

Kemudian, dengan penggunaan peralatan tajam yang diikat pada kuda, para pemotong akan membuat ukiran empat segi.

Selepas itu barulah semua pekerja memulakan aktiviti memotong mengikut garisan sama seperti dalam watak kartun pemenang animasi terbaik anugerah Oscar, Frozen.

Bongkah ais yang sudah dipotong pula akan digerakkan ke kiri dan kanan berkali-kali. Tujuannya bagi mengelak air sungai kembali membeku dan menyebabkan bongkah-bongkah ais kembali bertaut.

Frozen Ice Cutter Tools
Antara peralatan yang digunakan.

Bongkah-bongkah ais kemudiannya diangkat dan disusun di atas kereta kuda. Susunan pula perlu dijarakkan lebih kurang dua inci antara satu sama lain supaya ais-ais tidak melekat yang akan menyukarkan kerja-kerja pemunggahan di rumah ais nanti.

Kerja-kerja pemotongan ini selalunya mengambil masa sekitar 10 hingga 14 jam sehari dalam cuaca yang amat sejuk. Cuba anda bayangkan!

Walau setebal manapun baju yang dipakai, para pemotong ais tetap berasa sejuk kerana impak daripada ketulan ais dan lokasi meraka berada.

Pendapatan yang diperolehi pula hanyalah 15 hingga 20 sen sahaja. Mungkin bayaran yang agak mahal ketika itu.

Sebenarnya, Frozen Ice Cutter adalah pekerjaan wajib setiap kali tiba musim sejuk di England. Malangnya, pekerjaan ini telah pupus dan tidak wujud lagi sekarang.

Pada tahun 1840 berlaku satu revolusi baru. Ketika itu, setiap rumah mula memiliki kotak penyimpanan ais masing-masing untuk kegunaan sendiri.

Sekitar tahun 1848 pula, bongkah-bongkah ais mula masuk ke pasaran antarabangsa. Ia digunakan untuk menyejubekukan makanan yang dieksport menggunakan kereta api dan kapal ke negara-negara tertentu seperti India.

Sekitar tahun 1850, kereta api mula menyediakan gerabak stor ais, khas untuk sejuk beku. Tujuannya, bagi memudahkan proses penghantaran keju dan marjerin ke pasaran luar.

Frozen Ice Cutter [2]
Bongkah ais dibawa menggunakan kereta kuda.

Selepas perang dunia kedua, peti sejuk elektrik tercipta. Ia diedarkan dan dijual secara komersial kepada masyarakat di Amerika.

Sejak itu, perkhidmatan Frozen Ice Cutter mula berkurangan dan tidak lagi dipraktikkan kecuali oleh Henry Whipple yang masih meneruskannya di tasik Laurel, Kentucky sehingga tahun 1948 sebelum pekerjaan itu lenyap hingga ke hari ini.

Walaupun ia bukan lagi pekerjaan wajib musim sejuk, namun aktiviti memotong ais atau Frozen Ice Cutter masih lagi diamalkan hingga ke hari ini dalam pembuatan ukiran patung dan replika ais.

BACA INI JUGA: UNIK! Juru Taip Terpantas Di Dunia Memiliki 6 Jari!

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, November 03, 2014

10 Wanita Paling Hot 2014 Pilihan Majalah Maxim

10 Wanita Paling Hot 2014 Pilihan Majalah Maxim

Jika tahun lalu, penyanyi yang sering kali dikaitkan dengan kontroversi, Miley Cyrus mengungguli carta tersebut, kali ini tiba giliran supermodel jenama pakaian dalam terkemuka dunia, Victoria Secret iaitu Candice Swanepoel pula berada di tangga teratas Senarai 100 Wanita Paling Hangat Dunia 2014.

Shakira

Saban tahun majalah lelaki antarabangsa popular Maxim akan menyenaraikan Senarai 100 Yang Terhangat mengikut penilaian serta kriteria yang telah ditetapkan oleh majalah tersebut.

Sementara, pelakon Hollywood Gred A, Scarlett Johansson berada di tempat kedua, diikuti rapat penyanyi Katy Perry.

Kekasih pemain bola sepak, Christiano Ronaldo, supermodel Irina Shayk pula berada di kedudukan keempat manakala teman wanita vokalis Coldplay, Chris Martin iaitu pelakon comel Jennifer Lawrence di senarai kelima kategori tersebut.

Berikut merupakan senarai penuh top 10 Wanita Paling Hot 2014.

10. Cara Delevigne, supermodel

Cara Delevigne

9. Mila Kunis, pelakon

Mila Kunis

8. Jessica Alba, pelakon

Jessica Alba

7. Alessandra Ambrosio, supermodel

Alessandra  Ambrosio

6. Zoey Deschanel, pelakon

Zoey Deschanel

5. Jennifer Lawrence, pelakon

Jennifer Lawrence

4. Irina Shayk, supermodel

Irina Shayk

3. Katy Perry, penyanyi

Katy Perry

2. Scarlett Johansson, pelakon

Scarlett Johansson

1. Candice Swanepoel, supermodel

Candice Swanepoel


Video Kisah Benar Gadis Tercantik Bertukar Hodoh

Video Kisah Benar Gadis Tercantik Bertukar Hodoh

Kini pemandu bukan bukan setakat menggunakan telefon bimbit untuk mengangkat panggilan sahaja malah ada yang sambil memandu sambil balas Whatapps dan paling mengecewakan, siap berselfie ketika memandu!

Liz Marks Horror
Liz Marks.

Peribahasa ‘malang tidak berbau’ sering dikaitkan dengan kemalangan. Oleh sebab itu kita disarankan berhati-hati di jalan raya.

Namun, segelintir pemandu yang tidak beringat sering alpa keselamatan diri dengan dengan sibuk bermain telefon bimbit meskipun ketika sedang memandu. Sedangkan, risiko perbuatan ini diketahui semua orang.

Bagi pemandu dengan tabiat begini, video di atas mungkin boleh jadi pengajaran berguna.

Bermula sebagai gadis cantik yang amat popular di sekolah, gadis ini kehilangan segalanya gara-gara kemalangan ketika menggunakan telefon bimbit.

Kini dia adalah gadis buta sebelah mata, tidak ada deria rasa dan separa pekak.



Semuanya berpunca apabila Liz Marks, membalas mesej seorang rakan ketika sedang memandu.

Menurut Liz, membalas mesej ketika memandu adalah perkara biasa baginya, sama seperti kebanyakan pemandu lain yang turut melakukannya namun kemalangan dialami mengajarnya padah perbuatan tersebut.

Jadi, adakah anda masih berani melakukan tabiat ini?

Sumber: Mynewshub.cc

Kirkpinar, Pesta Gusti Minyak!

Kirkpinar, Pesta Gusti Minyak!

Jika anda suka menonton rancangan 'World Wrestling Entertainment (WWE)', pasti anda akan rasa teruja sewaktu berkunjung ke negara Turki.

Kirkpinar

Mana tidak, dapat menyaksikan sendiri pertandingan gusti di hadapan mata! Pasti memberi satu pengalaman unik buat peminat yang gemar menonton rancangan ini.

Di Turki, pesta ini dikenali dengan nama Kirkpinar. Uniknya disini, pertandingan gusti menjadi perayaan kebudayaan wajib yang diadakan setiap tahun dan biasanya diadakan pada akhir bulan Jun sehingga awal bulan Julai.

Tempoh yang diperuntukkan untuk mengadakan pesta ini ialah selama tiga hari. Namun, terdapat perbezaan ketara dalam pesta ini, mereka bergusti dengan menggunakan minyak!

Kelainan yang ditonjolkan dalam pesta Kirkpinar tidak menghalang orang ramai untuk menyertai pesta tahunan ini. Sebaliknya ia menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh golongan lelaki dari serata negara Turki.

Pesta ini terbuka kepada semua golongan lelaki tanpa mengira agama, bangsa dan usia. Jadi, tidak hairanlah jika melihat ramai kanak-kanak menyertai perlawanan dalam pesta ini.

Ini kerana apa saja yang melibatkan kekuatan dan kehebatan, pasti akan menarik golongan lelaki untuk turut serta, sehinggakan jumlah peserta yang menyertai pertandingan ini mampu mencecah ribuan penyertaan setiap tahun.

Sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Turki membolehkan pesta gusti minyak kekal sehingga ke hari ini.

Kirkpinar_Oil
Badan dilumur minyak terlebih dahulu.

Berdasarkan catatan, sejarah pertandingan dalam pesta gusti minyak ini sudah wujud pada tahun 1346 lagi.

Sejarahnya bermula apabila dua orang saudara, Orhan dan Suleyman telah bergusti sesama sendiri. Selepas berhari-hari beradu tenaga, tidak ada seorang pun antara mereka yang memenangi perlawanan itu.

Lebih memburukkan keadaan, kedua beradik itu menemui ajal akibat perlawanan tersebut. Mayat mereka telah ditanam dibawah sepohon pokok. Dan selang beberapa tahun kemudian, didapati telah muncul air mata air dikawasan sekitarnya.

Sejak itu, perlawanan gusti minyak telah dijadikan sebagai tradisi oleh penduduk kampung bagi memperingati sejarah tersebut.

Disini, peserta yang menyertai perlawanan Kirpinar dikenali sebagai 'Pehlivan'. Setiap Pehlivan perlu memakai seluar yang diperbuat daripada kulit dan dikenali sebagai 'Kipset'.

Seluar unik ini dianggarkan seberat 13 kilogram. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan memakai baju. Tujuannya untuk melumur minyak keseluruh badan sebagai syarat utama sebelum memulakan acara.

Selepas memenuhi syarat yang telah ditetapkan, pengacara akan memperkenalkan setiap peserta kepada orang ramai. Kelebihan dan gelaran setiap orang juga disebut bagi menampakkan lagi kehebatan mereka.

Kemudian, kesemua peserta akan diiring ke padang untuk sesi memanaskan badan. Apabila selesai, mereka akan memberikan tanda hormat sebelum memulakan perlawanan.

Sejurus acara dimulakan, suasana disekeliling menjadi meriah dengan iringan lagu-lagu tradisional yang dimainkan oleh sekumpulan pemuzik disitu.

Perlawanan kemudiannya diteruskan sehinggalah seorang jaguh muncul sebagai juara dalam acara pesta ini.

Untuk mengadili perlawanan, beberapa orang juri akan diletakkan dikawasan padang. Pemenang akan ditentukan setelah peserta berjaya menjatuhkan lawan masing-masing.

Kirkpinar_beat_enemy
Perlu menjatuhkan pihak lawan.

Jadi, sepanjang masa 40 minit yang dihadkan, kesemua peserta bertungkus-lumus mengalahkan lawan masing-masing bagi merebut gelaran juara.

Juara dalam pesta gusti minyak ini tidak akan pulang dengan tangan kosong. Sebaliknya, ada habuan istimewa yang menanti mereka iaitu talipinggang emas.

Hadiah utama akan disimpan oleh juara sehingga ke pertandingan seterusnya pada tahun hadapan. Pemenang yang mengekalkan kejuaraan berturut-turut pula akan memiliki tali pinggang emas secara kekal, namun sangat jarang berlaku.

Individu yang pernah memiliki tali pinggang emas ini secara kekal ialah Ahmet Tasci, 16 tahun lalu!

Juara turut dikenali dengan gelaran ketua Pehlivan, sebagai bukti kekuatan yang telah dipertaruhkan sepanjang pertandingan tersebut.

Yang lebih menarik, Kirkpinar telah berjaya memegang rekod sebagai pertandingan sukan paling lama didunia.

Kirkpinar_Winner
Juara dinobatkan.

Pada mulanya juga, pesta gusti minyak tidak mempunyai sebarang had masa. Sekiranya tidak ada sebarang peserta yang berjaya dikalahkan, perlawanan akan diteruskan ke hari seterusnya.

Namun, sejak tahun 1975, masa yang diperuntukkan untuk sukan ini ialah selama 40 minit bagi setiap kategori.

Selain dari rekod dunia, acara ini juga telah dipilih sebagai salah satu aktiviti kebudayaan warisan dibawah United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pada tahun 2010.

Menarik kan..

BACA INI JUGA: Lelaki Kecil Tapi Kekuatannya Menakjubkan!

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, November 02, 2014

Penawar Gout, Mudah Dan Murah

Penawar Gout, Mudah Dan Murah

Bagi penderita gout, masih ramai lagi yang tak sedar akan penawar yang pantas dan berkesan untuk merawat kesakitan boleh diperolehi dengan harga yang murah dan lebih mengejutkan, ia boleh dibeli di kedai-kedai runcit, bukan saja dari farmasi atau klinik.

Penawar Gout, Mudah Dan Murah

Pesakit gout menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Segalanya bergerak perlahan. Sebahagian aktiviti yang dilakukan selama ini terpaksa dikurangkan atau dihentikan terus.

Lebih-lebih lagi mereka yang menerima serangan gout di bahagian kaki. Ia menyebabkan segala aktiviti seharian mereka terbatas. Ada yang tidak boleh berjalan atau terpaksa menggunakan tongkat. Ada pula yang menggunakan kerusi roda.

Jika pergi ke klinik atau hospital, sudah tentu doktor akan berikan ubat ibuprofen atau colchicine atau yang seangkatan dengannya untuk mengurangkan gejala kesakitan pada anggota tubuh yang diserang.

Ibuprofen boleh mendatangkan kesan sampingan yang merbahaya seperti serangan jantung dan strok jika digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Ia juga boleh menyebabkan pendarahan dalaman di dalam perut. Keadaan seperti ini semuanya boleh membawa maut.

Colchicine berfungsi mengurangkan bengkak dan kesakitan akibat pengumpulan asid urik yang berlebihan. Perlu diketahui hanya jenama Colcrys sahaja yang mendapat kelulusan FDA untuk ubat colchicine ini.

Jika anda menggunakan colchicine dalam tempoh yang lama, darah anda perlu diperiksa selalu. Ubat ini tidak sesuai untuk penderita penyakit buah pinggang dan hati.

Maka untuk mengelak dari mendapat semua kesan sampingan di atas, TSM ingin memberikan panduan kepada penderita gout untuk mendapatkan pilihan yang lebih baik dan tiada kesan sampingan dalam merawat atau mengurangkan kesakitan gout.

Berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan untuk merawat gout dari rumah dan ia boleh disediakan sendiri oleh penderita gout:
  • Air alkali seperti jenama ECPI (TSM tidak menerima sebarang imbuhan dengan mempromosi jenama ini)
  • Cuka epal
  • Madu lebah
  • Air bertapis

Air Alkali

Kesakitan gout disebabkan pengumpulan asid urik yang berlebihan di dalam darah dan akhirnya ia berkumpul dan membentuk kristal tajam yang menyebabakan penderita merasa sakit yang amat sangat pada bahagian sendi yang diserang.

Oleh itu, tubuh pesakit memerlukan bahan yang bersifat alkali untuk membantu memberi keseimbangan asid-alkali dalam tubuh.

Cuka Epal (Apple Cider Vinegar) 

Cuka epal terhasil dari proses fermentasi (penapaian) buah epal. Cuka epal membantu meleraikan makanan di dalam tubuh dan mengelak bakteria merbahaya dari berkembang biak, membantu mempertahankan dari jangkitan dan membersihkan darah serta melancarkan peredaran darah.

Ia juga memastikan kesihatan buah pinggang. Ia memecahkan kristal yang terbentuk dalam buah pinggang akibat pengumpulan asid berlebihan dan melarutkannya.

Cuka epal tinggi kandungan pectin dan pelbagai mineral, vitamin serta beta-kerotina (yang melawan radikal bebas dan membantu pertumbuhan sel-sel baru), ketones potassium (membuang toksin dan mengawal tekanan darah), asid malic dan asid asetik (melawan jangkitan kulat dan melegakan dari kesakitan sendi).

Asid malic juga meleraikan asid urik dan mebantu mengeluarkan ia dari tubuh. Asid amino pula bertindak sebagai antibiotik dan antiseptik yang mengurangkan tahap toksik dalam tubuh.

Berikut ialah resepi untuk mengurangkan kesakitan gout pada kadar segera:
  • 1/2 liter air alkali - diminum terus
  • 1 sudu teh madu lebah
  • 2 sudu makan cuka epal
  • 1 gelas air masak bertapis

Mula-mula sekali, minum air alkali sebanyak setengah liter. Selepas habis minum, mulakan dengan resepi merawat gout.

Campurkan kesemua bahan b, c, dan d di atas (seeloknya gunakan air suam untuk melarutkan campuran). Minum setiap pagi, petang dan sebelum tidur, Insyaallah anda tidak lagi akan diserang kesakitan dan jika diamalkan secara berterusan, anda akan dijauhkan dari penyakit gout dan arthritis.

(Perlu diketahui bahawa cuka epal mempunyai tahap keasidan yang tinggi dan menghakis gigi, maka sebaiknya gosok gigi sebelum tidur dan selepas meminum resepi di atas.)

Kesannya mungkin berbeza mengikut individu tetapi bukti yang diperolehi oleh TSM, ia mula menunjukkan kesan positif selepas 20 minit meminumnya dan penderita gout yang mengamalkan cara ini memakan udang pada malamnya tetapi tiada serangan gout pada esok paginya.

Inilah sebahagian keajaiban dari alam semulajadi yang masih belum ramai orang memperakuinya.

Anda tidak perlukan ibuprofen atau colchicine dan bebas dari kesan sampingan.Buah pinggang anda juga selamat dari kerosakan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia Khasiat Garam Sebagai Penawar Kepada Penyakit

sumber: tsm

'Sekeping' Ciuman Untuk Terus Bernyawa

'Sekeping' Ciuman Untuk Terus Bernyawa

Informasi Dunia. Pada pertengahan Julai 1967, seorang jurugambar berita dari akhbar Jacksonville Journal, Rocco Morabito telah ditugaskan untuk membuat liputan mengenai mogok yang berlaku di pusat pentadbiran ibu negeri Florida.

The Kiss of Life

Ia merupakan salah satu siri mogok yang diketuai oleh kesatuan sekerja di Jacksonville bagi menuntut kenaikan gaji yang setimpal.

Rocco Morabito menerima arahan tersebut tanpa banyak persoalan. Lelaki itu mencapai beg galasnya yang berisi sebuah kamera dan bergegas ke lokasi kejadian.

Apa yang ada didalam kepalanya ketika itu ialah, dia perlu mendapatkan sudut gambar terbaik untuk disiarkan dalam laporan akhbarnya.

Namun, ketika melewati jalan West Street 26, matanya terpandang satu sosok tubuh yang tersangkut pada salah satu tiang utiliti elektrik di tepi jalan.

Seorang lelaki yang merupakan pekerja penyelenggara utiliti dilihat tergantung dalam keadaan terbalik dengan kakinya diatas dan kepalanya dibawah. Hanya tali keselamatan abah-abah yang menjadi penghalang daripada lelaki itu jatuh ke tanah.

Ketika itu, tugasannya untuk membuat liputan mengenai mogok dipusat bandar Jacksonville masih belum berjalan. Tetapi Rocco nekad memberhentikan kenderaan untuk meninjau apa sebenarnya yang berlaku kepada lelaki itu.

The Kiss of Life [2]

Dari pandangan jauh, Rocco menganggap lelaki tersebut mungkin tergelincir ketika melakukan tugasnya menyelenggara pendawaian utiliti.

Namun, apabila dia melihat sisa-sisa percikan arus elektrik masih memancar pada puncak tiang berkenaan, Rocco tahu ia adalah kes kecemasan. Lelaki itu berkemungkinan terkena renjatan elektrik talian voltan tinggi dan tergantung dalam keadaan kejang serta tidak sedarkan diri.

Tanpa membuang masa, Rocco segera menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan. Sekiranya lambat, nyawa lelaki itu pasti melayang. Dari sudut kemanusiaan, satu perkara telah selesai.

Namun, Rocco masih mempunyai dua pilihan, sama ada beredar dan bergerak menuju ke pusat bandar Jacksonville bagi membuat liputan mengenai mogok kesatuan sekerja atau terus berada disitu untuk merakamkan satu kes kecemasan.

Rocco membuat keputusan untuk kekal dan melupakan tugas sebenarnya hari itu.

Lantas, Rocco mencapai kamera dan mengacukan lensa 120mm untuk merakamkan detik-detik mencemaskan itu.

Rocco Morabito Camera
Kamera yang digunakan oleh Rocco Morabito.

Jari kanannya tidak lekang menekan punat kamera bagi mendapatkan foto terbaik, yang memberi gambaran antara hidup dan mati seorang lelaki.

Diperkarangan lokasi, hanya ada beberapa orang sahaja yang melihat kejadian itu. Pada salah satu tiang yang lain, seorang lagi pekerja utiliti, JD Thompson, hanya mampu melihat rakan sekerjanya yang hampir tersungkur ke bawah.

Thompson segera turun dan bergegas mendapatkan sahabatnya itu, Randall G. Champion.

Jika dilihat dari bawah, keadaan Randall dilihat agak kritikal. Renjatan elektrik setinggi 26,000 volt telah menyebabkan sebahagian anggota tubuhnya terbakar.

Sebahagian besar, termasuklah muka dan tangannya hampir hangus terkena arus voltan yang sangat tinggi.

Darah juga dilihat mengalir keluar melalui hidung dan telinga lelaki berkenaan. Berkemungkinan organ dalamannya juga mengalami masalah. Jika tidak diberi bantuan segera, Randall pasti menemui ajal.

Masalahnya, tali abah-abah yang mengikat pinggangnya tersekat pada bahagian puncak tiang yang menyukarkan proses bantuan. Randall perlu diturunkan terlebih dahulu sebelum bantuan susulan dapat dilakukan.

Namun, risikonya terlalu tinggi kerana kemungkinan di dalam tubuhnya masih mengalir arus elektrik.

Thompson, tanpa berlengah terus memanjat tiang tersebut untuk memberikan bantuan kepada sahabatnya. Sebaik tiba diatas, dia mendapati jantung dan nadi Randall sudah berhenti berdenyut.

Dalam keadaan tergantung, Thompson nekad memberi bantuan kecemasan dengan melakukan pernafasan mulut ke mulut. Selepas beberapa ketika, dia dapat merasai semula denyutan nadi sahabatnya itu.

Dia kemudiannya meleraikan tali abah-abah yang mengikat Randall dan menurunkannya kebawah. Rakan-rakan lain juga berusaha memberikan bantuan CPR sehingga pasukan paramedik tiba dilokasi kejadian.

Menjadi Sejarah

Rocco Morabito Potret
Karyanya diiktiraf diseluruh dunia.

Detik-detik mencemaskan itu telah berjaya dirakam oleh seorang jurugambar, Rocco Morabito. Foto itu dianggap sebagai suatu yang sangat dramatik dan menyentuh hati.

Nilai sentimentalnya terlalu tinggi sehinggakan lidah pengarang akhbar Jacksonville Journal meletakkan gambar tersebut dimuka hadapan sebagai tajuk utama berita.

Dalam masa yang sama, kes tersebut turut mendapat liputan meluas daripada pelbagai media diseluruh Amerika.

Melalui gambar bertajuk The Kiss of Life itu, Rocco Morabito telah dianugerahkan hadiah Pulitzer dalam kategori fotografi berita tahunan terbaik.

Rocco menggondol penghargaan tertinggi dalam bidang kewartawanan dan kesusasteraan tersebut pada tahun 1968.

Penganugerahan itu telah memartabatkan nama Morabito dalam bidang fotografi. Karyanya diiktiraf diseluruh dunia. Lebih daripada 100 buah akhbar dari segenap pelosok merentasi benua Eropah dan Amerika telah menggunakan gambar berkenaan untuk siaran akhbar.

Rakaman foto detik-detik mencemaskan tragedi itu telah menjadi antara gambar paling epik pada dekad 60an.

Malah, sehingga kini pun, gambar tersebut turut dianggap sebagai salah satu bahan sejarah oleh penduduk di Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat dan menjadi daya tarikan pelancongan dibandar berkenaan.

Randall terselamat dalam tragedi itu namun pergelangan tangan kirinya mengalami sedikit masalah sehingga menyukarkan pergerakan ibu jarinya.

Rocco Morabito visiting Randall
Thompson dan Rocco melawat Randall pada tahun 1988.

Selepas peristiwa berkenaan, kedua-dua mereka, Randall dan Champion masih lagi meneruskan khidmat mereka sebagai penyelenggara utiliti. Satu tugas yang berisiko tinggi demi kelangsungan hidup seluruh warga di Jacksonville.

Ketika tragedi itu berlaku, Randall baru berusia 29 tahun, namun dengan hanya satu 'ciuman', dia dapat menikmati kehidupan selama 35 tahun lagi.

Randall meninggal dunia pada tahun 2002 ketika berusia 64 tahun kerana masalah jantung. Manakala sahabatnya, Thompson masih lagi hidup sehingga kini.

Walaupun peristiwa itu telah hampir setengah abad berlalu, tetapi ia masih lagi hangat diperkatakan oleh generasi muda di Jacksonville.

Sekeping gambar bersejarah yang menceritakan tentang kemanusiaan, persahabatan dan ciuman. Muahh!!

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, November 01, 2014

Ketakutan Yang Pelik, Jenis Dan Kategori Fobia

Ketakutan Yang Pelik, Jenis Dan Kategori Fobia

Tahukah Anda? Sebenarnya ada banyak kategori fobia dalam dunia ini. Tak percaya? Cuba baca info dibawah ini.

Fobia

Berikut merupakan jenis-jenis fobia yang ada disekeliling kita.

Pediophobia
Fobia terhadap patung

Kategori ini adalah fobia terhadap semua jenis patung, termasuklah robot dan mannequin. Ketakutan yang terlampau membuatkan mereka sukar hendak membeli-belah.

Eisoptrophobia
Fobia terhadap cermin

Penghidap fobia ini sangat takut terhadap cermin. Selalunya ia dikaitkan dengan kepercayaan karut seperti cermin boleh membawa nasib buruk dan lain-lain.

Agyrophobia
Fobia melintas jalan raya

Golongan ini amat takut untuk melintas jalan raya. Tak kiralah jalan besar atau kecil, dia akan menggigil ketakutan.

Mageirocophobia
Fobia memasak

Nama ini diambil daripada perkataan Greek iaitu 'Mageirokos' yang membawa maksud seseorang yang tidak boleh memasak. Nampak, kuali dan periuk terus fobia.

Pogonophobia
Fobia janggut

Perkataan ini berasal dari bahasa Yunani iaitu 'Pogono' yang bermaksud ada kaitan dengan janggut. Golongan ini fobia dengan janggut kerana menganggapnya sesuatu yang menyeramkan dan kotor.

Euphobia
Fobia mendengar khabar baik

Fobia yang pelik. Golongan ini sangat takut jika berita baik itu adalah berita palsu. Fikirannya sentiasa negatif menerima sesuatu perkara.

Alektorophobia
Fobia terhadap ayam

Golongan ini tidak boleh berdekatan dengan ayam. Ketakutan yang berlebihan membuatkan penghidapnya bukan sahaja tidak boleh memandang ayam malah telur ayam juga.

Pentheraphobia
Fobia terhadap ibu mertua

Dalam banyak-banyak fobia yang wujud, fobia terhadap ibu mertua dikatakan yang paling banyak berlaku. Jika tidak ditangani dengan bijak, fobia ini boleh membawa kepada perceraian.

Demonophobia
Fobia terhadap hantu/syaitan

Penghidapnya begitu takut dengan syaitan atau makhluk halus. Ketakutan yang dialami kadangkala tidak masuk akal.

Vestiophobia
Fobia memakai baju

Golongan yang fobia untuk memakai baju yang mungkin didorong rasa trauma, misalnya pernah digigit serangga berbisa yang menyorok dalam lipatan pakaian. Kalau memakai pakaian pun, hanya pakaian longgar malah kalau boleh tidak mahu berpakaian langsung.

Venustraphobia
Fobia kepada wanita cantik

Segelintir golongan lelaki menghidap penyakit ini. Mereka takut, cemas, gelisah malah tertekan bila berdepan wanita cantik. Seboleh-bolehnya dia akan mengelak daripada bertemu wanita cantik.

Panphobia
Fobia terhadap semua benda

Fobia ini paling jarang berlaku. Bayangkan anda mengalami fobia jenis ini. Rumah, buku, air, keadaan gelap dan terang, tidur, makan, sehinggakan menonton televisyen pun adalah sesuatu yang menakutkan bagi mereka.

BACA INI JUGA: Fobia Selebriti-selebriti Terkenal Hollywood

-SENTIASAPANAS.COM

PhotoMath, Aplikasi Untuk Menjawab Soalan Matematik!

PhotoMath, Aplikasi Untuk Menjawab Soalan Matematik!

Terdapat beberapa aplikasi pada hari ini yang memudahkan proses pengiraan dan menyelesaikan masalah matematik.

Aplikasi+PhotoMath [2]

Terkini, sebuah aplikasi baru hadir menggunakan kamera pada peranti dalam. Ia membolehkan sesuatu masalah matematik dibaca lalu diselesaikan.

Dinamakan PhotoMath, ia salah satu contoh ciptaan melalui aplikasi peranti pintar yang sangat berguna.

Pengguna hanya perlu mulakan aplikasi tersebut, dan kemudian ia akan mengaktifkan kamera secara automatik.

Seterusnya halakan kamera peranti kepada masalah matematik yang ingin diselesaikan.

Aplikasi+PhotoMath

Jawapan kepada sesuatu masalah matematik yang terpapar pada skrin, akan terjawab tanpa pengguna perlu menekan apa-apa! Mudah bukan?

PhotoMath turut dilengkapi dengan teknologi pengecaman teks tersendiri, namun ia memerlukan sokongan rangkaian internet untuk berfungsi.

Satu yang pasti jika disalah guna, anak-anak anda akan sentiasa dapat markah penuh dalam ujian Matematik.

Buat masa ini, PhotoMath hanya ditawarkan untuk pengguna iOS dan juga Windows Phone sahaja, manakala versi Android dijangka akan menyusul awal tahun hadapan.

Saksikan videonya dibawah..



Sumber: Mynewshub.cc

Friday, October 31, 2014

11 Bahan Makanan Yang Boleh Digunakan Untuk Mencuci

11 Bahan Makanan Yang Boleh Digunakan Untuk Mencuci

Buahan seperti lemon dan limau nipis sangat dikenali sebagai agen pencuci kan? Namun, banyak bahan lain yang boleh menyenangkan kehidupan seharian pembaca andai ia digunakan pada cara yang betul.

Tahukah pembaca, terdapat sebilangan bahan mentah yang menjadi makanan setiap hari, sebenarnya bertindak lebih baik daripada bahan pencuci seperti sabun dan peluntur yang dijual di pasaran?

Ya, jangan tak percaya, bahan-bahan tersebut juga sebenarnya digunakan sebagai formula untuk dimasukkan dalam kandungan bahan pencuci pada hari ini.

Tepung Jagung
Sebagai bahan penanggal kesan minyak

Tepung Jagung

Ya, mesti situasi ini selalu terjadi. Apabila makan di sofa ruang tamu, akan terdapat minyak yang terjatuh ke permaidani mahupun sofa sendiri. Untuk menghilangkan kesan tersebut, tabur tepung jagung sehingga menutupi kesan minyak dan biar ia selama 15-20 minit.

Minyak Zaitun
Mampu hilangkan getah pokok

Minyak zaitun

Mungkin ada antara pakaian yang pernah terkena getah pokok, maka teknik ini boleh dicuba. Cuma sapukan sedikit minyak zaitun di bahagian pakaian tersebut, ia akan tertanggal dengan sendirinya.

Beras
Mampu mencuci pengisar kopi

Beras

Teknik ini juga boleh diaplikasi untuk pengisar rempah. Caranya mudah, hanya ambil sedikit beras dan kisar. Pastinya, ia akan sekaligus mengeluarkan sisa kopi dan rempah yang tertinggal di dalam.

Potongan Roti
Sebagai medium mengutip sisa kaca

Potongan roti

Mungkin ada sesetengah suri rumah tidak sedar, kaca yang pecah tidak dibersihkan seratus peratus. Maka, teknik ini boleh dicuba. Cuma ambil sekeping roti biasa dan jadikan seperti kain lap di seluruh kawasan kaca berderai. Ia mampu mengutip sisa-sisa kecil kaca yang mungkin tidak kelihatan di pandangan mata kasar.

Garam
Sebagai bahan peluntur tumpahan wain merah

Garam

Bagi menghilangkan kesan wain merah, pembaca cuma perlu menggunakan garam kerana garam merupakan agen yang akan menyerap tumpahan tersebut. Namun, ia harus dilakukan segera sebelum kering.

Kacang Walnut
Untuk hilangkan calar pada perabot kayu

Kacang walnut

Hanya kupas kacang walnut dari kulitnya dan sental di bahagian yang bercalar. Kemudian, gunakan tangan untuk menyapu kesan minyak yang keluar dari biji walnut.

Selepas beberapa minit, ambil kain dan lap perlahan-lahan di kawasan calar tersebut. Hasilnya pasti mengagumkan kerana kesan calar akan hilang!

Bawang
Untuk hilangkan kesan karat pada pemanggang

Bawang

Caranya mudah, panaskan sebentar pemanggang, kemudian gosok belahan bawang di bahagian yang berkarat. Pastinya, sisa-sisa makanan dan kesan besi karat akan tertanggal selepas itu.

Sos Tomato
Untuk kilatkan barangan tembaga

Sos Tomato

Mungkin tidak ramai yang akan mengaplikasikan teknik ini pada barangan tembaga mereka, namun apa salahnya mencuba, bukan?

Senang sahaja, cuma sapukan sos tomato di sekitar permukaan tembaga dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air. Tembaga akan menjadi berkilat seperti sediakala.

Kulit Timun
Boleh hilangkan contengan di dinding dan meja

Kulit Timun

Bagi ibu bapa yang memiliki anak ‘kreatif’ dan ‘berseni’, mereka boleh menggunakan kulit timun untuk menghilangkan kesan contengan di dinding.

Malah, jika ada yang cuba mengelak daripada kesan wap pada cermin ketika mandi, cubalah tip menggosok kulit timun di situ sebelum mandi.

Kulit Pisang
Sebagai bahan mencuci barangan perak

Kulit Pisang

Jangan pandang enteng akan keberkesanan kulit pisang. Jika ada pembaca yang memiliki barangan berasaskan perak, cuba guna teknik mengilatkan barangan tersebut mengunakan kulit pisang.

Coca cola
Sebagai agen pembersih tandas

Coca cola

Sebab itu ramai yang menegah untuk selalu meneguk minuman coca cola kerana kesannya sangat kuat. Tak percaya, cuba curah air coca cola ke dalam mangkuk tandas dan lihat kesannya beberapa minit selepas itu. Ia mampu menanggalkan kesan kotoran di sekitar mangkuk!

Sumber: Mynewshub.cc