Thursday, June 26, 2014

10 Bentuk Tasik Paling Unik Di Dunia

10 Bentuk Tasik Paling Unik Di Dunia

Tasik-tasik ini dikatakan sangat unik kerana bentuknya yang sangat cantik dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri.

Fisheating Creek, Florida, USA

Fisheating Creek

Sungai ini mempunyai bentuk aliran yang unik jika dilihat dari udara. Aliran sungai ini berbentuk zig-zag yang merentasi kawasan Cowbone March yang terletak di barat Tasik Okeechobee (The Big O Lake) di Florida, USA.

Yueyaquan Lake, China

Yueyaquan

Tasik oasis yang berbentuk bulan sabit di kawasan padang pasir di China yang terletak di selatan bandar Dunhuang di Jajahan Gansu. Kawasan ini menjadi tarikan pelancongan untuk melihat unta di China.

Sao Paulo Lake, Brazil

Sao Paulo Lake

Ini adalah tasik buatan manusia di kawasan perkampungan nelayan di negeri Sao Paulo, Brazil. Tasik ini berbentuk orang raksaksa yang kelihatan gembira, meliputi kawasan sepanjang 140 meter.

McKinley Lake, Alaska

McKinley Lake

Tasik McKinley ini terletak berhampiran dengan Gunung McKinley, Alaska, iaitu gunung tertinggi di Amerika Utara, dengan ketinggian puncaknya lebih kurang 6,194 meter dari aras laut.

Kaki gunung ini lebih rendah daripada Gunung Everest tetapi meliputi kawasan yang lebih luas.

Eros Lake, India

Eros Lake

Tasik Eros ini berbentuk jantung hati (heart shaped) dan terletak di Puncak Chembra, India dengan ketinggian 1,398 meter di atas paras laut dan keluasan permukaan 1,827 meter persegi. Kawasan ini mempunyai suhu yang nyaman.

Peyto Lake, Canada

Peyto Lake

Tasik ini terletak di antara Rockies Canada dan berbentuk seperti beruang yang dinamakan Tasik Peyto bersempena mengambil nama Bill Peyto, iaitu orang yang mula-mula menjelajahi kawasan Banff ini.

Tasik ini dipenuhi oleh glasier dan jalan mudah untuk sampai ke sana ialah dari kawasan salji Parkway.

Manicouagan Lake, Canada

Manicouagan Lake

Tasik ini merupakan satu daripada tujuh keajaiban di Canada. Ia merupakan tasik empangan hidroelektrik yang berbentuk cincin, terletak di bahagian tengah tanah rendah/lembah Manicouagan di Quebec, Canada.

Tasik ini meliputi kawasan seluas 70 kilometer garis pusat dan merupakan tasik yang ditutupi salji sepanjang tahun di mana bahagian tengah cecincin tersebut dipenuhi oleh batuan yang dihakis oleh proses glasieran (glaciation).

Horseshoe Lake, Canada

Horseshoe Lake

Tasik berbentuk ladam kuda ini berasal daripada kelok sungai utama yang membentuk ladam kuda apabila diempang seperti kejadian tasik-tasik ladam kuda yang lain.

Tasik yang indah ini terletak di sepanjang Red River, dekat Morris di selatan Manitoba, Canada.

Horseshoe Bend Lake, Arizona, USA

Horseshoe Bend Lake

Tasik berbentuk ladam kuda yang cantik menghijau dan menyejukkan mata. Tasik Horseshoe Bend ini merupakan khazanah Sungai Colorado yang berkelok terletak di kawasan hilir sungai Tasik Powell yang terletak di Kawasan Rekreasi Kebangsaan Glen Canyon di Arizona, USA.

Schulensmeer Lake, Belgium

Schulensmeer Lake

Tasik Schulensmeer di Belgium ini adalah tasik semulajadi serta ditambah dengan buatan manusia dan secara tidak disedari ia berbentuk seperti pistol dengan kepanjangan 2.5 km.

Tasik ini terjadi apabila pada tahun 1970an, sebatang lebuhraya yang dibina di kawasan berhampiran menggunakan tanah di sini sehingga kawasan ini akhirnya menjadi tasik yang berbentuk pistol seperti sekarang ini.

Tasik ini menjadi tasik rekreasi untuk kapal layar, meluncur air dan aktiviti sukan air yang lain.

BACA INI JUGA: Misteri Menyeramkan Tasik Natron

Sumber: cari

Zizan Razak Tweet ‘Jangan Menyalak’ Untuk Siapa?

Zizan Razak Tweet ‘Jangan Menyalak’ Untuk Siapa?

Tak tahulah apa sebenarnya masalah yang menimpa syarikat pengurusan, Wirefame Entertainment Sdn. Bhd yang dimiliki oleh pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak ni.

Zizan Razak Tweet ‘Jangan Menyalak’ Untuk Siapa

Khabarnya Zizan dikatakan mengalami konflik dalaman dengan rakan kongsinya, Marina Juki sehingga memaksa Zizan mengambil tindakan membekukan akaun syarikat.

Lantaran daripada tindakan Zizan itu, artis-artis di bawah pengurusannya mula meluahkan perasaan tidak puas hati kerana tidak menerima pendapatan bagi bulan Mei.

Antara selebriti tersebut ialah Johan Asari dan Kaka Azraff.

Dan mungkin sebagai menjawab persoalan Johan dan Kaka, Zizan dilihat telah mengemas kini status di laman Twitternya dengan berkata, “jangan menyalak tanpa tahu sebab.. teruskan menyelak sampai jumpa pusat”.

Zizan Razak Tweet ‘Jangan Menyalak’ Untuk Siapa [2]

Tak tahulah kepada siapa sebenarnya Zizan mahu tujukan maksud ayat-ayatnya itu kerana dia tak ‘mentioned’ sesiapa pada status tersebut.

Tapi, kalau fikir secara logik, sekalipun Zizan mempunyai masalah dalaman dengan pengurusan syarikatnya, namun janganlah sampai menganiaya staf-staf mahupun artis di bawah naungan Wirefame Entertainment sehingga mereka ternanti-nanti pula bila gaji bulanan mereka akan keluar.

Bincang

Johan Asari dan Kaka Azraff

Disebabkan tindakan Zizan Razak yang membekukan akaun syarikatnya, Wirefame Entertainment Sdn Bhd (WFE), dua artis naungannya, Johan Asari dan Kaka Azraff sehingga kini masih belum menerima pendapatan mereka bagi bulan Mei.

Tindakan Zizan disifatkan mereka sebagai satu penindasan terhadap artis di bawah pengurusan syarikat milik pelakon dan pelawak popular itu.

Menurut Johan disebabkan kelewatan menerima pendapatan, dia tidak dapat membantu melunaskan bil rawatan ibunya di hospital.

Sementara itu, Kaka pula berkata seharusnya Zizan berbincang terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk membekukan akuan syarikat miliknya.

“Sepatutnya Zizan berbincang dengan kami termasuk pekerja syarikat sebelum membuat tindakan itu. Sekarang kami menjadi mangsa tindakan Zizan sendiri,” katanya.

Berkemungkinan besar Johan dan Kaka bercadang untuk membuat laporan polis disebabkan ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan Zizan.

Difahamkan Zizan mengambil langkah sebegitu kerana berhadapan masalah dengan seorang lagi rakan kongsinya, Marina Juki.

Sumber: Mynewshub.my

15 Pejuang Malaysia Terbunuh Di Syria?

15 Pejuang Malaysia Terbunuh Di Syria?

Wisma Putra mendedahkan terdapat dakwaan mengatakan 15 rakyat Malaysia terbunuh di Syria pada pertengahan bulan ini selepas terlibat dengan aktiviti jihad bersama kumpulan pejuang Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil).

15 Pejuang Malaysia Terbunuh Di Syria

Kementerian Luar mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh Wakil Tetap Syria di New York pada satu sidang media pada 18 Jun.

Wakil Syria itu mendakwa, selain rakyat Malaysia, rakyat negara lain termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.

“Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan mengenai perkara ini dan meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan itu,” menurut kenyataan itu.

“Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan.”

Kementerian Luar berkata, Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.

Kami sebenarnya sangat tidak bersetuju dengan dakwaan kerajaan Malaysia yang menuduh pejuang-pejuang ini sebagai ekstremis. Umat Islam sedang ditindas di Iraq-Syria dan menjadi tanggungjawab umat Islam yang lain untuk membantu saudara seagamanya. -sentiasapanas

Isil atau dikenali juga sebagai kumpulan negara Islam Iraq dan Syria (Isis) terlibat dengan aktiviti perjuangan di kedua-dua negara tersebut.

Isil merupakan kumpulan pecahan Al-Qaeda yang mahu menubuhkan negara Islam dan diperintah oleh Khalifah di Iraq dan Syria dan diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas.

Kita sedia maklum, umat Islam yang bangkit menentang penceroboh luar dan pengganas besar dunia seperti Amerika dan Israel akan dituduh sebagai pengganas. -sentiasapanas

Sebelum ini media melaporkan terdapat rakyat Malaysia yang dikatakan terlibat dengan kumpulan Isil atau Isis.

Utusan Malaysia melaporkan bulan lalu seorang rakyat Malaysia Ahmad Tarmimi Maliki, 26, menjadi pengebom berani mati untuk Isis di Iraq.

Pekerja kilang biasa di Selangor itu tanpa diketahui oleh keluarga terdekatnya di Pahang, diberi nama Abu Ahmad Al-Malizzi menjadi pengebom berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (Swat) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu yang mengorbankan 25 polis Iraq.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran pada pertengahan bulan ini rakyat Malaysia yang berjuang dalam peperangan di Syria akan ditangkap sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air.

Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau pergerakan rakyat Malaysia yang berada di Syria dan bertegas tindakan akan diambil jika terlibat dalam kegiatan militan di negara Timur Tengah itu.

Video Jihad Rakyat M’sia Di Syria Tersebar Di YouTube

Video Jihad Rakyat M’sia Di Syria Tersebar Di YouTube

Sementara itu, video dipercayai dirakamkan rakyat Malaysia yang terlibat dalam peperangan saudara di Syria, selama seminit dan 33 saat mula tersebar di laman YouTube.

Video yang bertajuk “Siria – Mercenarios Asiáticos Combaten en las Filas Terroristas – 7″ telah dimuat turun ke laman YouTube pada 7 Jun dan dirakamkan oleh seorang individu yang bercakap bahasa Melayu loghat utara.

Video itu merakamkan sebuah kereta kebal bergerak ke medan pertempuran dan sekumpulan lelaki, yang berpakaian celoreng tentera dan bersenjata, berada di dalam sebuah trak pengangkut.

“Ya kereta kebal sedang bergerak menuju ke destinasinya menuju ke medan pertempuran, Allahuakbar, Allahuakbar..Kesemuanya cinta syahid,” kata jurukamera video itu.

Seorang lagi lelaki bercermin mata, yang dirakamkan dalam video itu, turut berkata: “Mujahid-mujahid hensem”.

Rakaman video itu dikesan ketika Malaysia meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti perjuangan di negara Timur Tengah itu. –BERNAMA




Sains Merungkai Larangan Lelaki Memakai Emas!

Sains Merungkai Larangan Lelaki Memakai Emas!

Emas merupakan barang kemas yang sangat disukai oleh kebanyakan wanita. Peliknya, ramai dikalangan lelaki turut menunjukkan minat dengan memakai emas.

Lelaki memakai emas

Dalam Islam, kaum lelaki diharamkan memakai apa sahaja barangan yang berunsurkan emas termasuk gigi emas.

Larangan ini jelas dalam sebuah hadis sahih dari Abu Musa r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya". (Hadis riwayat At-Tirmidzi. A-Nasai dan Ahmad)

Daripada hadis ini, emas dalam bentuk apa pun, sama ada emas putih, emas suasa atau apa sahaja logam pelbagai warna yang mengandungi unsur emas hukumnya adalah haram.

Sementara itu, benda yang dicat dengan warna emas tidak boleh dikatakan sebagai emas. Ulama sependapat bahawa hukumnya tidak haram kerana ia bukannya emas - hanya rupa dan warna saja kelihatan sama. Yang haram adalah emas dan bukan kemiripannya.

Hikmah disebalik larangan itu, umat Islam sebenarnya diajar supaya senantiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan Rasul. Disamping mengajar kita supaya hidup secara sederhana dan tidak bermegah-megah dalam berhias.

Wanita memakai emas

Perhiasan emas hanya diberikan kelonggaran kepada wanita untuk memakainya sebagai alat mencantikkan diri dan menarik perhatian suami. Manakala lelaki pula tidak ada keperluan untuk menambah hiasan pada diri mereka kerana perhiasan sebegitu tidak sesuai dengan sifat dan kejantanan seorang lelaki.

Kebelakangan ini, perintah Allah yang diturunkan melalui Rasul sejak 1,400 tahun dahulu mula tersingkap hikmah dan kebenarannya terutama dari sudut perubatan.

Ahli sains menyimpulkan bahawa partikel emas mampu menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah manusia yang mampu memberi kesan buruk kepada ketahanan badan seterusnya menjejaskan kesihatan kepada pemakai.

Dari sudut sains menjelaskan bahawa kondisi dan tekstur kulit lelaki sangat berbeza dengan seorang wanita.

Perhiasan emas yang kita pakai juga bukanlah seratus peratus emas tulen. Emas tulen adalah 24 karat tetapi kebanyakan barang kemas adalah dalam bentuk 18 dan 22 karat. Ini bermakna, jika emas itu 18 karat atau 22 karat, 75 peratus kandungannya ialah emas tulen, manakala 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi dibentuk daripada perak, tembaga, zink atau paladium.

Tujuan utama menambahkan logam lain adalah untuk menguatkan produk tersebut dan emas campuran yang tahan lasak ini dipanggil aloi emas.

Kesan penggunaan emas terhadap kulit sebenarnya sudah dikaji oleh seorang pakar perunding dari International Gold Corporation di Johannesburg, Afrika Selatan bernama william S. Rapson.

Daripada penyelidikannya mendapati bahawa kulit manusia boleh menghasilkan asid amino dan natrium klorida.

Apabila kita berpeluh, kedua-dua bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan aloi emas yang dipakai. Kesan reaksi kimia dan geseran kulit, aloi emas dikesan boleh menyerap masuk ke dalam kulit manusia.

Partikel-partikel aloi emas yang kurang daripada 40 nanometer memang terbukti boleh memasuki liang-liang roma kulit. Kajian dermatologi turut menunjukkan penyerapan partikel emas boleh dipercepatkan oleh keadaan pH (ukuran keasidan) kulit yang tinggi alkalinya. Dan terbukti, pH kulit lelaki adalah beralkali lebih tinggi daripada perempuan.

Tambahan pula, lelaki lebih cenderung memiliki kulit dan bulu roma yang tebal serta kasar berbanding wanita. Sebab itulah kenapa sains mendapati lelaki mampu menyerap partikel emas lebih tinggi berbanding wanita.

Apa pula yang akan berlaku selepas penyerapan logam ke dalam kulit?

Apabila partikel emas sudah masuk ke dalam epidermis dan sistem peredaran darah, ia boleh menyebabkan clumping protein atau protein terkumpul.

Keadaan itu menjadikannya tidak berfungsi lalu memberikan impak kepada sistem kardiovaskular lelaki.

Malah, penemuan baru oleh pasukan penyelidik di University of California, San Francisco (UCSF), begitu mengejutkan apabila mendapati pengumpulan protein ini boleh mempercepatkan proses penuaan.

Pengarah Larry L. Hillblom Center, Biology of Aging di USCF, Profesor Cynthia Kenyon, berkata kecenderungan protein melekat bersama-sama akan mengakibatkan saluran darah tersumbat dan tidak berfungsi, seterusnya menjadi toksik.

Apa yang mengejutkan, rupanya kehadiran protein tidak larut ini banyak dikesan di dalam otak pesakit-pesakit yang menghidap penyakit neurodegenerative, termasuklah Alzheimer, Parkinson dan Amyotrophic sklerosis lateral (ALS).

Penyakit neurodegenerative

Bagaimana pula dengan wanita? Adakah pemakaian emas juga berbahaya kepada golongan ini?

Wanita tidak menderita masalah tersebut kerana mereka memiliki keistimewaan yang tidak ada pada lelaki iaitu hormon estrogen. Dari segi kesihatan, hormon ini membantu hal-hal mobiliti dalam peredaran darah. Apabila kepekatan estrogen tinggi terutamanya semasa haid, saluran darah akan mengembang dan membesar untuk keselesaan perjalanan serta pengeluaran darah.

Walaupun lelaki juga memiliki hormon estrogen, tapi ia sangat sedikit malah fungsinya juga tidak diketahui. Malah, estrogen lelaki cuma berkeadaan statik dan saluran darah mereka tidak mengalami pengembangan seperti wanita.

Jadi, jika sekiranya ada partikel emas memasuki badan lelaki, partikel berbahaya itu akan menyumbat saluran darah dan sebab itulah kenapa lelaki cenderung mengalami masalah kesihatan seperti kardiovaskular.

Dan inilah sebabnya kenapa Islam melarang lelaki daripada memakai emas.

BACA INI JUGA: Kenapa Minum Sambil Berdiri Bahaya Untuk Kesihatan?

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, June 25, 2014

Sajian Paling Kejam Di Dunia!

Sajian Paling Kejam Di Dunia!

Di seluruh dunia, terdapat bermacam-macam jenis sajian istimewa yang selalu membuatkan kita terliur apabila melihatnya. Tetapi tahukah anda disebalik pelbagai hidangan yang enak terdapat juga beberapa jenis hidangan yang disediakan menggunakan teknik yang sangat sadis dan kejam!

Berikut merupakan beberapa jenis masakan dari seluruh pelusuk dunia yang boleh dianggap tidak berperikemanusiaan.

Ikizukuri
Jepun

Ikizukuri

Ikizukuri bermaksud menu yang disajikan dalam keadaan hidangan masih hidup. Untuk menyediakan sajian ini, tukang masak profesional akan menyiang ikan segar. Sisiknya dibuang, perutnya dikelar, insangnya dikeluarkan dan badan ikan tersebut disiat ketika ia masih lagi bernyawa.

Kemudian, ikan itu akan digaul dengan rempah ratus terpilih sebelum ia dicelup ke dalam minyak panas yang sudah tersedia. Chef yang menyediakan sajian ini mestilah seorang profesional dan mempunyai kemahiran tinggi bagi memastikan ikan itu terus hidup walaupun telah dimasak.

Selepas itu, ia akan dihidangkan kepada pelanggan dalam keadaan ikan tersebut masih tercungap-cungap dan meliuk-liuk di dalam pinggan. Hidangan ini merupakan sajian eksklusif dan rata-rata pelanggan yang menikmatinya mengatakan menu tersebut sangat istimewa dan benar-benar segar.

Ortolan
Perancis

Ortolan

Ortolan adalah sejenis spesis burung yang saiznya dianggarkan lebih kurang enam inci dengan berat sekitar dua auns. Burung ini mempunyai kombinasi warna bulu menarik yang terdiri daripada warna hijau, kuning dan kemerah-merahan.

Cara penyediaan menu, Mata burung akan ditusuk dan dibutakan terlebih dahulu menggunakan benda tajam. Kemudian ia akan diberi makan secara paksa di dalam sangkar yang sempit sehingga tidak dapat bergerak.

Kerana lebihan makanan, badannya akan mengembang sehingga tiga atau empat kali ganda daripada ukuran biasa. Apabila dirasakan cukup sesuai, burung ini kemudiannya akan dilemaskan di dalam larutan arak. Selepas itu ia akan dibakar sehingga masak.

Cara memakannya pula ialah dengan mengunyah keseluruhannya termasuk bulu dan tulang-temulangnya sekali.

Foie Gras
Perancis

Foie Gras

Foie Gras bermaksud hati yang berlemak dan menu ini biasanya menggunakan hati itik atau angsa. Apabila sampai usia matang, angsa atau itik ini akan dikurung di dalam sangkar yang sempit. Kemudian, ia akan diberi makan jagung dan minyak secara paksa setiap hari sehingga hati haiwan ini mengembang enam kali ganda daripada ukuran biasa.

Cara memberikan itik-itik itu makan sangatlah sadis. Mulut itik atau angsa akan disumbat dengan getah paip, seterusnya jagung dengan campuran minyak sapi akan dituang secara paksa ke dalam sistem pencernaan.

Disebabkan sangkar yang sempit, itik atau angsa ini tidak dapat bergerak dan hanya menunggu masa untuk mati kerana terlebih makan.

Feng Gan Ji
Tibet/China

Feng Gan Ji

Secara literal, Fengg Gan Ji bermaksud 'ayam kering'. Perut ayam akan dibelah hidup-hidup. Isi perutnya dibuang dan dimasukkan dengan rempah ratus. Kemudian perut ayam itu akan dijahit semula dan dijemur sehingga kering. Apabila cukup tempoh, lauk tersebut akan dimasak mengikut cita rasa masing-masing. Ia dikatakan enak dibuat sate.

Dojo Tofu
Jepun

Dojo Tofu

Makanan ini diperbuat daripada tauhu dan ikan kecil. Bahan-bahan utama yang diperlukan ialah tauhu, beberapa ekor ikan kecil yang masih hidup dan air yang hendak dididihkan. Panaskan air sehingga mendidih. Kemudian masukkan tauhu bersama-sama dengan ikan-ikan tersebut. Air yang panas akan menyebabkan ikan-ikan kecil ini bertempiaran dan cuba untuk bersembunyi di dalam tauhu. Tetapi ia cuma mampu bertahan buat sementara waktu sahaja sebelum kesemua bahan-bahan tersebut masak dengan sempurna. Akhirnya, tauhu-tauhu ini akan dipenuhi dengan ikan-ikan yang cuba untuk menyelamatkan diri dan akan dihidangkan sebagai sajian istimewa.

Huo Jia Lu
China

Huo Jia Lu

Huo Jia Lu adalah hidangan keldai hidup. Cara penyediaannya ialah dengan mengikat kaki keldai terlebih dahulu. Kemudian keldai tersebut dibaringkan ke lantai dan tukang masak akan mengelar dan memotong badan keldai hidup-hidup!

Satu lagi cara lain yang sering digunakan dalam penyediaan hidangan ini ialah keldai disiram dengan air panas terlebih dahulu sehingga mati. Dagingnya yang empuk akan dihiris dan dipotong mengikut menu yang bersesuaian.

Anda mencuba hidangan-hidangan kejam ini?

BACA INI JUGA: WTH! Sajian Yang Menyeksa Binatang Ketika Dihidang

-Sentiasapanas.com

HOT! Resort Popular Di Melaka Pasang 'Hidden Camera'!

HOT! Resort Popular Di Melaka Pasang 'Hidden Camera'!

Seorang wanita yang dikenali sebagai Valarie Lam menerusi laman Facebooknya mendakwa sebuah resort percutian popular di Melaka mempunyai kamera tersembunyi yang dipasang dalam bilik air.

Hidden Camera
Gambar hiasan.

Kamera tersebut dikatakan disembunyikan dalam tempat penyangkut baju.

Walau bagaimanapun, wanita ini tidak mendedahkan nama resort tersebut namun sempat menasihati pengguna lain agar lebih berhati-hati sekiranya ingin bercuti di sana.

Valarie Lam

Tidak pula diketahui sama ada wanita tersebut sudah membuat laporan polis berhubung isu ini ataupun tidak.

Valarie Lam [2]

Siapalah yang ‘busuk hati’ sangat nak letak hidden camera kat situ, tak pasal-pasal resort itu dapat malu nanti.

Sumber: Mynewshub.my

Tuah Penjenayah Berwajah Kacak

Tuah Penjenayah Berwajah Kacak

California: Ketampanan seorang lelaki berusia 30 tahun yang ditahan kerana serangan bersenjata menjadikan agensi pengiklanan berpusu-pusu mahu mendapatkannya.

Jeremy Meeks

Jeremy Meeks yang mendapat gelaran penjenayah paling kacak, dilaporkan mampu memperoleh AS$30,000 (RM96,420) sebulan melalui tawaran diberikan agensi yang mahu mendapatkan khidmatnya sebagai model.

Meeks menawan hati ramai wanita di seluruh dunia selepas polis memuat naik gambarnya di laman Facebook selepas ditahan berikutan serangan bersenjata dilakukan kumpulan yang dikehendaki polis di bandar Stockton, California.

Menurut polis, dia antara penjenayah paling berbahaya di bandar berkenaan namun wajahnya menjadi viral dan mendapat hampir 40,000 Like.

(Baca: 10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam)

Dengan wajahnya yang kacak, tiada gambar yang pernah menarik perhatian sebanyak gambarnya sejak Jabatan Polis Stockton mempunyai laman Facebook sejak dua tahun lalu.

Sebuah agensi peragaan berkata: “Jika Meeks menerima tawaran jenama fesyen terkenal seperti Versace dan Amani, dia mampu menerima pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan.”

Menurut agensi itu, tatu pada wajah Meeks dianggap seksi dan menawan.

Ibunya, Katherine Angier membuat kenyataan laman di Facebook bagi mengumpul dana untuk membantu anaknya menjalani “perbicaraan yang adil” dengan mengatakan anaknya tidak terbabit dalam mana-mana kumpulan dan sedang dalam perjalanan ke tempat kerja ketika ditahan. - AFP

Jeremy Meeks [2]
Jeremy Meeks [3]
Jeremy Meeks [4]
Jeremy Meeks [5]
Jeremy Meeks [6]
Jeremy Meeks [7]

Tuesday, June 24, 2014

Kenapa Penggambaran ‘Program Bogel’ Di Benarkan Di Malaysia?

Kenapa Penggambaran ‘Program Bogel’ Di Benarkan Di Malaysia?

Rasanya tidak ramai yang tahu mengenai rancangan realiti televisyen ‘Naked and Afraid’ yang disiarkan menerusi saluran Discovery di Amerika Syarikat.

Naked and Afraid in Malaysia

Rancangan yang sudah melepasi musim kedua itu mula ditayangkan pada 23 Jun 2013.

Setiap episod akan memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipertemukan buat kali pertama dalam keadaan bogel dan perlu tinggal di hutan selama 21 hari.

Pasangan ini kemudiannya perlu mencari sumber makanan, pakaian dan pelindungan sepanjang tempoh itu.

Apa yang ‘menariknya’, salah satu episod yang ditayangkan pada 13 April 2014 telah menjalani penggambarannya di sebuah hutan di Malaysia!

Pesertanya terdiri daripada seorang anggota bomba, Fernando Calderon dan ibu tunggal, Samantha Pearson.

Biarpun mereka bukanlah warga tempatan, kami tertanya-tanya juga adakah penggambaran untuk program seumpama ini dibenarkan di Malaysia?

Mungkinkah ia dilakukan tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa? Sumber: Mynewshub.my



Adakah Nilai Kecemerlangan Diukur Dengan Banyaknya A?

Adakah Nilai Kecemerlangan Diukur Dengan Banyaknya A?

Info Motivasi. Ada seorang lelaki yang mempunyai lima orang anak. Empat diantaranya sangat cemerlang di dalam pelajaran sehingga ada yang menjejakkan kaki ke universiti. Hanya anak ketiganya yang agak ketinggalan.

Anak rajin belajar

Suatu hari, ketika sedang menikmati minum petang sekeluarga, dia secara selamba berkata kepada anak ketiganya itu, "Kalau Alang dapat 8A dalam SPM nanti, ayah bawa Alang melancong ke London".

Lelaki itu sangat yakin anaknya yang tidak pernah mendapat A sejak disekolah rendah, mati hidup semula pun tidak akan mendapat 8A dalam SPM. Sebab itu dia berani membuat tawaran tersebut.

Anaknya tidak terus menjawab. Mukanya berubah daripada ceria kepada sedih.

"Dia merenung muka ayahnya dan bertanya, "Kenapa offer kat Alang, kenapa tak berani offer kat adik?", kata anaknya sambil menuding jari ke arah adik bongsunya yang memang sentiasa cemerlang dalam setiap peperiksaan.

Lelaki itu terkedu. Rupanya pertanyaan itu mengguris perasaan anaknya kerana tahu si ayah tidak ikhlas semasa membuat tawaran istimewa itu.

Lelaki itu tidak dapat menahan air matanya daripada tumpah. Dia memeluk dan meminta maaf kepada anaknya.

Selang beberapa bulan selepas itu, lelaki itu sekali lagi mengalirkan air mata. Kali ini gara-gara si anak dimarahi oleh ibunya kerana membeli PSP yang dianggap oleh ibunya sebagai membazir.

Si anak membeli PSP itu dengan wang sakunya sendiri hasil bekerja secara sambilan di sebuah gedung membeli-belah sementara menunggu keputusan SPM.

Anak rendah IQ

Lelaki itu tidak dapat menahan sebak bila anaknya menjawab, "Mama, Alang beli benda ini dengan duit Alang sendiri. Alang dah lama teringin benda ni. Alang tahu hanya ini caranya untuk Alang dapatkan benda ini kerana seumur hidup, Alang tak pernah menerima hadiah macam adik-beradik lain sebab Alang tak cemerlang dalam pelajaran".

Kali ini, si ibu juga turut sebak dan tidak dapat menahan air mata. Lelaki itu mengakui selama ini dia dan isterinya tidak pernah membelikan apa-apa hadiah kepada anak ketiga mereka kerana dia tidak pernah mendapat A dalam pelajarannya berbanding anak-anak mereka yang lain.

Membaca kisah diatas, lalu kita bertanya pada diri sendiri, adakah nilai kecemerlangan itu hanya perlu diukur daripada berapa banyak A yang diperoleh dalam pelajaran?

-Sentiasapanas.com

Monday, June 23, 2014

Jawapan BODOH AirAsia Isu Halau Penumpang Mengandung!

Jawapan BODOH AirAsia Isu Halau Penumpang Mengandung!

Semalam tersebar dakwaan di media sosial sepasang suami isteri dan anak yang bergegas pulang dari Seoul, Korea Selatan untuk menghadiri majlis pengkebumian bapa mereka gagal melakasanakan niat tersebut akibat “dihalau” oleh AirAsia.

Air-asia-bodoh

AirAsia didakwa enggan membenarkan pasangan tersebut menaiki penerbangan AiraAsia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu atas alasan wanita terbabit sedang mengandung tujuh bulan.

AirAsia dalam satu kenyataan media menjelaskan, wanita itu diketahui hamil 28 minggu dan tidak mempunyai surat daripada doktor yang menyatakan dia selamat untuk menaiki penerbangan.

“Peraturan ini terkandung dalam terma dan syarat penerbangan maka AirAsia tidak dapat menerimanya sebagai penumpang atas faktor keselamatan.

“Bagaimanapun AirAsia telah menyediakan penginapan percuma dan menukar penerbangan mereka tanpa caj tambahan dan terbang pulang pada hari berikutnya selepas mendapat surat doktor,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, penumpang hamil perlu memberitahu syarikat penerbangan itu dan menandatangani Penyata AirAsia/AirAsia X Liabiliti Terhad untuk kehamilan sehingga 27 minggu.

Apakah dengan kenyataan seperti ini bermakna Air asia mempunyai prosedur tidak membenarkan wanita mengandung terbang?

Satu screenshot yang menunjukkan seorang pengguna Facebook dipercayai kakitangan Air Asia menjawab berita yang disiarkan.

Air-asia-bodoh [2]

Jika demikian mengapa kaunter Air Asia menjual tiket kepada wanita terbabit? Ini bukan beli dalam talian.

Selebihnya alasan takut bersalin atas kapal terbang yang hanya terbang 40 minit tidak masuk akal. Jarang sekali berlaku orang beranak secara tiba-tiba tanpa tanda.

Jika pun kemungkinan berlaku kontraksi atas kapal terbang ia adalah risiko yang perlu diambil oleh Air Asia selaku penyedia perkhidmatan dan penumpang yang menaikinya.

Kita terima alasan jika mereka tetap menyatakan perlu surat kebenaran doktor sebagai prosedur.

TAPI JIKA ALASAN DI ATAS DIGUNA PAKAI NYATALAH MEREKA INI JENIS BODOH SOMBONG!

Sumber: Mynewshub/MYKMU