Saturday, November 03, 2012

Cara Melatih Bayi Anda Mengelap Lantai Rumah

Cara Melatih Bayi Anda Mengelap Lantai Rumah

Sebuah syarikat memperkenalkan pakaian unik yang membolehkan bayi ‘membantu’ ibu bapa mereka membersihkan rumah ketika mereka merangkak.


Syarikat itu menggabungkan baju bayi dengan pembersih lantai (mop) yang dilekatkan pada bahagian tangan dan kaki.

Dikenali sebagai Baby Mop, pakaian itu membolehkan lantai rumah digilap ketika bayi terbabit belajar merangkak. Baby Mop dijual pada harga kira-kira RM120 sepasang.


Ia adalah projek laman sesawang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), BetterThanPants.com yang diinspirasi daripada satu iklan di Jepun.

Dalam kenyataan di laman sesawang itu, syarikat terbabit secara bergurau berkata, Baby Mop akan “mendidik bayi anda mengamal etika kerja yang baik sejak kecil” ketika mereka dididik supaya tidak menyepahkan makanan di lantai.

Menurut laman sesawang BetterThanPants.com, bayi yang menggunakan Baby Mop juga “akan mendapat riadah berfaedah, membakar tenaga dan membentuk otot.” “Amalan itu akan membantu bayi mendapat tidur yang lebih baik,” kata syarikat itu.

Sementara itu, jurucakap BetterThanPants.com, Mike Parker, berkata kira-kira 100 pasang Baby Mop berjaya dijual dalam tempoh hanya sebulan sejak ia diperkenalkan di laman sesawang berkenaan.

“Setakat ini, maklum balas daripada pelanggan sangat positif walaupun ada sedikit e-mel negatif mengenai idea produk itu,” katanya. Bahagian pembersih pada tangan dan kaki Baby Mop diperbuat daripada bahan gentian mikro yang dilekatkan secara langsung.

-DM

RM152 Billion Kerugian Akibat Taufan Sandy

RM152 Billion Kerugian Akibat Taufan Sandy

Taufan Sandy meninggalkan penghadang pulau di New Jersey kepada tanah tandus berbahaya di pinggir laut terhakis, memusnahkan kediaman menghadap laut, membanjiri jalan raya dan merosakkan kemudahan awam. Sebuah firma ramalan menganggarkan jumlah keseluruhan kerosakan dihadapi Amerika Syarikat akibat taufan itu boleh mencecah hingga AS$50 bilion (RM152 bilion).


Bandar raya New York kembali kepada kehidupan seharian secara perlahan-lahan, dimulai dengan pembukaan sebahagian daripada laluan utama kereta api bawah tanah semalam selepas tiga hari dilanda taufan itu.

Bagaimanapun, jirannya, New Jersey dikejutkan dengan kemusnahan pantai dan berita ribuan orang di bandar raya itu masih terperangkap akibat air kotor banjir yang kian meningkat. Firma ramalan, Eqecat menganggarkan jumlah keseluruhan kerosakan di negara itu mencecah RM152 bilion, menjadikan ia taufan kedua membabitkan kerugian besar selepas taufan Katrina dalam sejarah negara itu.

Anggaran itu, termasuk kerosakan hartanah dan kehilangan perniagaan. Di seluruh negara, jumlah keseluruhan korban nyawa mencecah lebih 90 orang. New Jersey yang dulunya adalah pinggir pantai Atlantik yang bersih dan terkenal dengan Bruce Springsteen serta rancangan televisyen “Jersey Shore” kini musnah. Sesetengah penduduk akhirnya dapat melihat sisa kediaman mereka: Sandy memusnahkan kediaman, premis perniagaan dan titian kayunya.

-AP

Perompak Guna Bas Sekolah Larikan RM70K

Perompak Guna Bas Sekolah Larikan RM70K

Sekumpulan penjenayah, sebahagian besarnya bermotosikal turut menggunakan sebuah bas sekolah untuk mengangkut pelbagai kelengkapan penunggang motosikal berkuasa besar terutama jaket kulit yang dicuri daripada sebuah kedai di Jalan Genting Klang, di sini, awal pagi semalam.


Jenayah berlaku pada jam 5.30 pagi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, Alpinestars Shop Malaysia menunjukkan sekurang-kurangnya lapan lelaki terbabit kejadian itu.

Rakaman itu menunjukkan tujuh penjenayah terbabit menaiki motosikal serta memakai topi keledar manakala seorang lagi memandu bas sekolah dan mereka mengambil masa hanya tiga minit untuk mencuri barangan bernilai hampir RM70,000.

Pengurus Besar, Alpinestars Shop Malaysia, Rudi Fariq berkata, ini kali pertama kedai syarikat berkenaan dirompak dan beliau percaya ia sudah dirancang kumpulan terbabit.

“Kalau lihat pada rakaman CCTV, cara mereka lakukan rompakan sangat teratur dan hanya beberapa minit diambil untuk melarikan barangan kami bernilai hampir RM70,000.

-Hmetro
Cahill Gesa Chelsea Lupakan Kontroversi Luar Padang

Cahill Gesa Chelsea Lupakan Kontroversi Luar Padang

Gary Cahill memberi amaran kepada Chelsea supaya tidak membiarkan cabaran musim ini diganggu kontroversi luar padang menjelang kunjungan ke Swansea, malam ini.


Menjelang perlawanan di Wales itu, pendahulu Liga Perdana dibayangi kontroversi apabila memutuskan untuk membantah secara rasmi keputusan pengadil Mark Clattenburg yang dituduh menggunakan bahasa tidak sesuai terhadap pemain tengah John Obi Mikel ketika Blues tewas kepada Manchester United.

FA England dan polis kini menyiasat aduan itu yang berlaku hanya dua minggu selepas kapten, John Terry digantung empat perlawanan dan didenda ₤220,000 (RM1.08 juta) kerana didapati bersalah meluahkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain QPR, Anton Ferdinand tahun lalu.

Chelsea dan polis turut menjalankan siasatan berasingan mengenai dakwaan seorang penyokong melontarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap penyerang United, Danny Welbeck ketika dua kelab itu bertemu buat kali kedua awal pagi kelmarin.

-AFP

Masalah Pergaulan Bebas Remaja Semakin Meruncing

Masalah Pergaulan Bebas Remaja Semakin Meruncing

Masalah seks yang melanda kalangan remaja di negara ini tidak dapat dielakkan lagi. Saban waktu, pasti kita dengar dan baca pelbagai kes membabitkan pelacuran, seks bebas, pergaulan bebas dan jenayah seks.


Ini sebenarnya mengheret manusia jauh daripada peradaban dan menjauhkan mereka dengan agama. Apapun, manusia harus kembali kepada peradaban dan ajaran agama. Hanya peradaban dan agama dapat membentuk nilai kemanusiaan yang semakin pupus dalam hati dan jiwa manusia pada masa kini.

Laporan Kesihatan Seksualiti dan Reproduktif Remaja pada tahun 2003 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan sedikit sebanyak mampu menggambarkan sejauh mana seriusnya gejala seks di kalangan remaja di negara ini.

Merujuk kepada kes rogol saja, 63 peratus mangsa adalah golongan remaja dan 9.4 peratus daripada jumlah pemangsa juga remaja.

Sementara bagi kes pelacuran membabitkan remaja, sebahagian besar pelacur terdiri daripada remaja berusia 15 hingga 17 tahun.

Namun begitu, tidak kurang juga pembabitan remaja berusia 12 hingga 14 tahun iaitu 13.1 peratus. Kes bersabit penzinaan pula membabitkan individu yang masih di peringkat awal iaitu sekitar usia 10 tahun.

Tentulah amat membimbangkan namun maklumat yang didedahkan ini hanya sebilangan kecil daripada apa yang sebenarnya berlaku dalam negara ini.

Bagaimanapun, ia memberi gambaran kepada kita betapa parah dan betapa goyahnya nilai agama, moral dan akhlak generasi hari ini.

Justeru, usaha yang lebih efektif perlu dilakukan untuk mengatasi permasalahan terbabit.

-Hmetro

iPad Mini Kurang Sambutan Dianggap Terlalu Mahal

iPad Mini Kurang Sambutan Dianggap Terlalu Mahal

Pelancaran produk terbaharu Apple, iPad mini dilihat kurang mendapat sambutan apabila ia mula dijual di Jepun semalam, dengan penganalisis menyatakan gajet yang mahal itu mungkin terlalu lambat untuk masuk ke pasaran gajet bersaiz tujuh inci.


Dianggarkan seramai 300 orang beratur di luar kedai Apple di sini dan sekurang-kurangnya 20 orang berkhemah di Ginza demi menjadi individu terawal memiliki iPad mini.

Situasi sama turut dapat dilihat di beberapa buah negara Asia lain. Di Singapura misalnya, beberapa ratus orang berkampung di luar kedai Apple. Sementara di Hong Kong, kira-kira 30 orang beratur untuk mendapatkan gajet yang telah ditempah secara dalam talian sebelum ini.

Di Sydney, orang ramai tidak beratur panjang sebagaimana ketika iPhone 5 dilancarkan.

Namun begitu, peminat tegar produk Apple menyatakan mereka kagum dengan gajet tersebut. “Ia memang berbeza dengan iPad biasa. Lebih ringan dan sangat nipis. Anda boleh memegangnya dengan sebelah tangan sahaja,” kata Ayano.

Ipad mini dilancarkan di berpuluh-puluh buah negara di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat semalam.

Sebelum iPad mini dilancarkan, penganalisis menegaskan harga jualan mencecah AS$329 (RM1,004) adalah mahal bagi mereka yang boleh memilih untuk membeli gajet lain seperti Google Nexus atau Amazon Kindle pada harga cuma AS$199 (RM607) seunit.

–AFP

Pencuri Tertangkap Selepas Tidur Kekenyangan

Pencuri Tertangkap Selepas Tidur Kekenyangan

Perbuatan seorang pencuri yang menjamu selera dengan nasi berlauk daging di rumah banglo tiga tingkat yang dicerobohinya membawa padah apabila ditangkap selepas tertidur kekenyangan di atas sofa di depan televisyen.


Dalam kejadian di Jalan Dato’, dekat sini pada Selasa lalu itu, kehadiran lelaki itu disedari pemilik rumah, Kamsiah Wan Othman, 59, kira-kira jam 8.15 pagi ketika mahu mengemas bilik tidurnya sejurus menunaikan solat Subuh dan menyediakan sarapan.

Lebih mengejutkan, daripada sisa nasi yang dimakan dipercayai pencuri berumur 35 tahun itu membawa bekalnya sendiri kerana nasi berlaukkan daging dan pinggan yang digunakan bukan milik tuan rumah.

Anak Kamsiah, Faisal Zainal Nordin, 30, berkata, sebelum keluar dari bilik tidur untuk mengambil wuduk kira-kira jam 6 pagi, ibunya menyedari terdapat tiga beg dan satu bungkusan di laluan keluar dari bilik tidur tetapi menyangka ia milik adik-beradiknya yang lain.

“Apabila selesai menyediakan sarapan dan mahu masuk ke bilik tidur semula, mak terkejut melihat seorang lelaki nyenyak tidur di atas sofa di tingkat dua rumah, sebelum mak bertanya kepada saya sama ada membawa kawan tidur di rumah atau tidak ketika saya sampai di rumah mak kira-kira jam 8 pagi.

“Terkejut dengan pertanyaan mak saya segera pergi melihat lelaki itu lantas mengejutkannya daripada tidur dan ketika itu berlaku pergelutan kerana dia cuba melarikan diri sebelum berjaya ditangkap. Pada masa sama, adik saya, Saifullah, 21, menghubungi polis,” katanya sambil mengakui banglo itu dihuni ibu bapanya, dua adiknya dan seorang anak saudara.

Katanya, bapanya, seorang merupakan pengusaha kilang papan yang terlebih dahulu bangun daripada tidur untuk ke masjid juga tidak menyedari kehadiran lelaki berkenaan di rumah mereka.

Apabila diperiksa tiga beg dan bungkusan yang terletak di laluan berdekatan bilik tidur ibunya tidak jauh dari lelaki itu tidur, ia mengandungi sebanyak 10 utas jam tangan pelbagai jenama, seunit telefon bimbit, dua bentuk cincin suasa dan seunit ‘walkman’ yang merupakan barangan dicuri dari rumah mereka.

“Di belakang sofa tempat suspek tidur pula, kami temui sisa nasi berlaukkan daging goreng dan petai dalam pinggan dan di sebelahnya terdapat biskut raya yang pada asalnya kami letakkan di dapur. Mungkin dia makan biskut selepas makan nasi lalu tertidur,” katanya yang percaya suspek memecah masuk rumahnya melalui tingkap sekitar jam 3 pagi.

-Mynewshub.my
Anggota Polis Maut Ditembak Motosikal Dicuri

Anggota Polis Maut Ditembak Motosikal Dicuri

Sekurang-kurangnya 11 orang maut sejak malam Khamis hingga semalam (waktu tempatan), sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kadar pembunuhan di wilayah Sao Paulo, Brazil.


Angka korban termasuk seorang anggota polis yang ditembak penjenayah kerana cuba mencuri motosikal milik polis terbabit, di sebuah bandar luar Sao Paulo.

Menurut laman web televisyen tempatan, Globo, Sao Paulo mencatat kepadatan penduduk tertinggi dan bandar raya terbesar di Amerika Selatan.

–AFP

Apa Perasaan Zizan Bila Juliana Evans Curang

Apa Perasaan Zizan Bila Juliana Evans Curang

Peminat kepada pelakon wanita muda, Juliana Evans sudah ketahui yang pelakon berdarah kacukan itu sedang berada di negara Amerika Syarikat (AS).

Keberadaannya di sana adalah kerana menyambung pelajarannya dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Michigan.

Umum juga mengetahui yang Juliana atau mesra dipanggil dengan Jue mempunyai hubungan yang rapat dengan pelakon lelaki, Mohd Razizan Abdul Razak atau Zizan Raja Lawak.


Mereka pernah dilihat berkelakuan mesra di khalayak ramai.

Malah, kemesraan antara mereka bersambung di laman sosial Twitter masing-masing.

Kalau sudah nampak kemesraan antara mereka berdua, pastilah orang ramai khususnya peminat-peminat mereka berdua mengatakan mereka berdua sedang hangat bercinta.

Bukan itu sahaja, melihatkan kedua-dua ‘pasangan’ ini memakai cincin yang sama, itu mengukuhkan lagi dakwaan mereka sedang dilamun cinta.

Namun, adat dalam dunia artis, Jue dan Zizan lebih mudah untuk membalas tanggapan umum mengenai mereka dengan mengatakan mereka hanyalah berkawan rapat sahaja.

Sewaktu Jue ingin berlepas ke AS, Zizan yang turut mengiringi pemergiaan Jue ke negara orang untuk mengejar cita-citanya mengakui berasa sedih dan menangis kerana terpaksa berpisah dengan ‘kekasih hatinya’.

Jadi, apa lagi yang ingin disorokkkan.

Persoalannya sekarang, apakah hubungan antara Zizan dan Jue sekarang ini? Adakah mereka masih lagi bercinta atau ‘berkawan rapat’ lagi?

Baru-baru ini, beberapa keping foto Jue yang berpacaran dengan seorang lelaki Mat Salleh telah tersebar.


Jue dilihat mesra bersama lelaki tersebut yang namanya ialah Nate Miller. Mereka seakan-akan gembira ketika bercuti bersama-sama.


Adakah Jue sudah pun menemui pengganti atau ‘kawan rapat’ ketika berada di sana?

Yang pasti, Zizan akan menitiskan air matanya sekali lagi..

-Mynewshub.my

Arca Veijo Rönkkönen, Taman Patung Yang Pelik dan Misteri

Arca Veijo Rönkkönen, Taman Patung Yang Pelik dan Misteri

Jauh di dalam hutan Parikkala, di bahagian paling timur Finland, terletak salah satu tarikan pelancong paling gila di muka planet ini - taman arca Veijo Rönkkönen.

Arca Veijo Rönkkönen

Dianggap oleh kebanyakan orang sebagai seni rakyat kontemporari paling penting di Finland, taman arca Veijo Rönkkönen amat menarik untuk dikunjungi.

Kali pertama melawat, anda akan menemui diri dikelilingi oleh beratus-ratus patung menyeramkan, menyeringai kepada anda dengan gigi sebenar mereka, cukup menakutkan untuk anda berpatah balik sebaik sahaja menjejakkan kaki ke taman.

Veijo Rönkkönen, bekas pekerja kilang kertas, menyiapkan arca pertamanya pada tahun 1961 dan kini halaman rumahnya dan disepanjang laluan, dipenuhi lebih 450 patung, 200 daripadanya adalah potret artis dalam kedudukan Yoga.

Setakat ini, patung-patung itu mempunyai pembesar suara yang tersembunyi di dalamnya dan kesan bunyi menambah kemeriahan tempat ini.

Walaupun dia mempunyai peluang untuk mempamer dan menjual karya seninya dalam lelongan, Veijo Rönkkönen tidak pernah bersetuju untuk mempamerkan seninya.

Setiap kali dia diminta mempamerkan karyanya, dia sekadar menjawab perlu membincangkannya dengan patung-patung tersebut terlebih dahulu. Malangnya, mereka tidak pernah bersetuju untuk melancong.

Taman arca Veijo Rönkkönen adalah percuma untuk dikunjungi, jika anda berani, tetapi artis menegaskan setiap pelawat harus menandatangani buku log, sebelum mereka pergi.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com