Masih ingatkan lagi anda kepada pelakon muda yang pernah mencipta kontroversi dengan video bogel, Milea Aimilia?
Selepas kejadian itu berlaku sekitar Februari lalu, nama Milea Aimilia seakan sepi dari dunia hiburan.
Mungkin dia mahu muhasabah diri dan sudah tidak mahu lagi melakukan perkara yang boleh menimbulkan fitnah.
Tetapi, hari ini, melalui Mstar Online, Milea Aimilia telah membuat pengakuan yang dia cukup tertarik dengan lelaki berusia dan sudah berumah tangga.
Malah, dia turut bersedia untuk hidup berpoligami!
Lebih mengejutkan, dia telah memberikan contoh tokoh politik, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai lelaki yang diidamkannya.
Milea atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata, dia sedia hidup bermadu seandainya takdirnya ditulis begitu.
“Mungkin ramai yang berasa pelik dengan kenyataan ini tetapi bagi saya, daripada lelaki itu curang di belakang, lebih baik saya hidup berpoligami.
“Lagipun seronok rasanya hidup bermadu dan tinggal sebumbung.
“Saya percaya bahawa lelaki mempunyai perasaan cinta terhadap lebih daripada seorang wanita dan asalkan mereka adil dan masing-masing mempunyai persefahaman, tidak ada masalah,” katanya yang dipetik melalui Mstar Online, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, tambah pelakon itu, ibunya sering berpesan supaya tidak menganggu lelaki sudah berumah tangga.
“Ibu saya selalu berpesan dan memberi amaran supaya saya tidak menggatal dengan orang, tidak kira bujang atau duda mahupun suami orang.
“Malah, saya sendiri cuba elak daripada menggoda lelaki yang dah berkahwin, walaupun terdapat empat hingga lima lelaki yang berstatus Datuk cuba memikat saya,” tuturnya.
Heroin filem Karipap-karipap Cinta ini mengakui sejak namanya menjadi perhatian gara-gara kontroversi video bogel, dia agak sukar menerima tawaran berlakon.
Diharapkan selepas ini Milea Aimilia sudah berubah dan tidak melakukan perkara yang tidak elok lagi.
Dengan usia yang masih muda, sayang rasanya jika diri asyik dipalit kontroversi dan menjadi pandangan buruk oleh masyarakat.
-Mynewshub.my