Saturday, November 03, 2012

Kuil Yang Dibina Dari Botol Bir

Kuil Yang Dibina Dari Botol Bir

Info Unik Dunia. Kuil ini diperbuat menggunakan hampir 1.5 juta botol bir dan dibina oleh para sami yang mengambil masa selama 25 tahun! Setiap dinding, tiang, lantai, pagar, atap atau boleh juga dikatakan keseluruhan kuil ini dibuat sepenuhnya menggunakan botol.

Idea awal projek ini dimulakan pada tahun 1984 sebagai langkah untuk mengawal dan membersihkan alam sekitar dan pencemaran botol bir yang teruk, kemudiannya bertukar menjadi seni bina yang unik.


-Klik-aje.blogspot.com

Milea Tertarik Lelaki Berkahwin dan Rela Berpoligami

Milea Tertarik Lelaki Berkahwin dan Rela Berpoligami

Masih ingatkan lagi anda kepada pelakon muda yang pernah mencipta kontroversi dengan video bogel, Milea Aimilia?


Selepas kejadian itu berlaku sekitar Februari lalu, nama Milea Aimilia seakan sepi dari dunia hiburan.

Mungkin dia mahu muhasabah diri dan sudah tidak mahu lagi melakukan perkara yang boleh menimbulkan fitnah.

Tetapi, hari ini, melalui Mstar Online, Milea Aimilia telah membuat pengakuan yang dia cukup tertarik dengan lelaki berusia dan sudah berumah tangga.

Malah, dia turut bersedia untuk hidup berpoligami!

Lebih mengejutkan, dia telah memberikan contoh tokoh politik, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai lelaki yang diidamkannya.

Milea atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata, dia sedia hidup bermadu seandainya takdirnya ditulis begitu.

“Mungkin ramai yang berasa pelik dengan kenyataan ini tetapi bagi saya, daripada lelaki itu curang di belakang, lebih baik saya hidup berpoligami.

“Lagipun seronok rasanya hidup bermadu dan tinggal sebumbung.

“Saya percaya bahawa lelaki mempunyai perasaan cinta terhadap lebih daripada seorang wanita dan asalkan mereka adil dan masing-masing mempunyai persefahaman, tidak ada masalah,” katanya yang dipetik melalui Mstar Online, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tambah pelakon itu, ibunya sering berpesan supaya tidak menganggu lelaki sudah berumah tangga.

“Ibu saya selalu berpesan dan memberi amaran supaya saya tidak menggatal dengan orang, tidak kira bujang atau duda mahupun suami orang.

“Malah, saya sendiri cuba elak daripada menggoda lelaki yang dah berkahwin, walaupun terdapat empat hingga lima lelaki yang berstatus Datuk cuba memikat saya,” tuturnya.

Heroin filem Karipap-karipap Cinta ini mengakui sejak namanya menjadi perhatian gara-gara kontroversi video bogel, dia agak sukar menerima tawaran berlakon.

Diharapkan selepas ini Milea Aimilia sudah berubah dan tidak melakukan perkara yang tidak elok lagi.

Dengan usia yang masih muda, sayang rasanya jika diri asyik dipalit kontroversi dan menjadi pandangan buruk oleh masyarakat.

-Mynewshub.my

'Pengganas' Tawar Bantuan Kepada Mangsa Taufan Sandy

'Pengganas' Tawar Bantuan Kepada Mangsa Taufan Sandy

Pemimpin kumpulan Jamaat-ud-Dawa, yang dilabelkan oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai pengganas, telah menawarkan bantuan kepada mangsa taufan Sandy yang melanda negara berkenaan.


Hafiz Mohammed Saeed, yang sebelum ini dituduh sebagai dalang dalam serangan di sebuah hotel di Mumbai pada 2008 hingga meragut 166 nyawa, memberitahu, Islam mengajar umatnya supaya menghulurkan bantuan tanpa diskriminasi.

Justeru, beliau menawarkan bantuan kemanusiaan itu bagi membantu mangsa bencana tersebut.

“Kami ingin menawarkan sokongan tanpa syarat kepada mangsa taufan Sandy.

“Jika kerajaan Amerika Syarikat membenarkan, kami akan menghantar doktor, pakar penyelamat, makanan dan ubat-ubatan,’’ katanya dalam laman facebook.

Bagaimanapun CNN melaporkan, bantuan tersebut ditolak oleh Amerika Syarikat melalui jurucakap Jabatan Pertahanan AS, Mark Toner.

“Kami menghormati amalan Islam yang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya walau di mana sahaja mereka berada, namun dalam hal ini kami melihat tawaran berkenaan sebagai janji kosong.’’ katanya.

Pada 2001, Amerika Syarikat telah melabel kumpulan berkenaan sebagai sebuah pertubuhan pengganas dan menawarkan ganjaran $10 juta dolar terhadap sesiapa yang boleh memberikan maklumat mengenai kedudukan Hafiz.

Setahun selepas itu, Pakistan pula mengharamkan pertubuhan berkenaan.

Selain itu, Hafiz dan pemimpin Laskhar-e-Tayyiba leaders telah diisytihar oleh AS sebagai pengganas, menyebabkan aset mereka dibekukan.

Pada bulan April lalu, Hafiz telah muncul di televisyen dengan menafikan beliau menyembunyikan diri.

Sebaliknya beliau memaklumkan AS boleh menghubunginya pada bila-bila masa.

-Mynewshub.my

Merson Juara Kejohanan Pakau Siri Dunia

Merson Juara Kejohanan Pakau Siri Dunia

Seorang pemain pakau profesional dari Amerika Syarikat (AS), Greg Merson diumum sebagai juara Kejohanan Pakau Siri Dunia semalam, kata pihak penganjur.


Merson dinobatkan sebagai juara dunia selepas menamatkan perlawanan pakau peringkat akhir selama 13 jam.

Pemuda berusia 24 tahun itu membawa pulang wang tunai berjumlah AS$8,531,853 (RM26 juta) bersama gelang emas. Siri kejohanan tersebut mengambil masa sepanjang malam melibatkan 400 orang peserta di Las Vegas.

Pada perlawanan akhir, Merson menentang dua peserta akhir iaitu Jesse Sylvia dan Jake Balsiger.

Jelas Merson, dia merancang untuk mengembara ke pusat perjudian utama China, Macau untuk bermain dalam permainan pakau yang menawarkan hadiah wang tunai tinggi dan bukannya menyertai sirkit perlawanan pakau yang memenatkan.

"Itulah yang ingin saya lakukan. Menyertai permainan pakau terbesar dunia dan tidak kehilangan semua wang saya," kata Merson yang dipetik oleh akhbar Sun Las Vegas.

Seorang lagi finalis, Sylvia memenangi wang tunai AS$5,295,149 (RM16 juta) apabila menduduki tempat kedua.

"Saya sudah cuba sedaya upaya. Adakalanya perkara tidak berlaku seperti yang kita kehendaki, tidak mengapa. Saya rasa saya telah bermain dengan baik sekali," kata Sylvia.

Balsiger, 21, yang membawa pulang wang tunai berjumlah AS$3,799,073 (RM11.2 juta) pula dikatakan sebagai pemenang termuda kejohanan tersebut setakat ini.

-AFP

Aksi 'Posing' Model Brazil Hina Kemusnahan Akibat Taufan Sandy

Aksi 'Posing' Model Brazil Hina Kemusnahan Akibat Taufan Sandy

Seorang model glamour dari Brazil menjadi bahan ketawa selepas dia memuat naik gambar yang dirakamkan dengan aksi `berposing’ di sebalik kemusnahan yang dialami di New York akibat taufan Sandy.


Selain itu, Nana Gouvea, 30, turut menjadi bahan kecaman kerana tidak sensitif dengan mala petaka yang dialami di kawasan berkenaan dan perasaan yang dialami oleh mangsa bencana tersebut.

Antara imej yang dirakamkannya ialah berposing dengan menyandar di sebatang pokok yang tumbang serta berdiri di atas kenderaan yang remuk di jalan di New York.

Aksi-aksi berkenaan dirakamkan oleh suaminya, Carlos Keyes dan dimuat naik oleh Nana dalam facebooknya dengan rasa bangga.

Malah dalam temubual dengan majalah Sepanyol EGO, Nana berkata, bencana Sandy telah merapatkan lagi hubungan mereka suami isteri.

“Kami menghabiskan masa di atas katil dan hari ini saya akan minum wain bersama,’’ katanya yang turut memaklumkan ia merupakan lawatan pertamanya ke New York.

Keadaan ini menyebabkan ada pihak tertentu yang membuka akaun facebook bertajuk Nana GouvĂȘa in Disasters yang bukan sahaja mengejinya malah turut menjadikan model itu sebagai bahan ketawa.

Taufan Sandy yang melanda Amerika Syarikat, bukan sahaja meragut 100 nyawa malah turut menyebabkan kemusnahan besar-besaran di kota New York.

Selain ditenggelami air, berjuta-juta penduduk terpaksa bergelap akibat taufan Sandy.

-Mynewshub.my

Friday, November 02, 2012

Remaja Mati Disimbah Asid Atas Nama Maruah Diri

Remaja Mati Disimbah Asid Atas Nama Maruah Diri

Ibu bapa kepada seorang kanak-kanak di Pakistan ditangkap kerana membunuh anak perempuan mereka berusia 15 tahun dengan menyimbah asid "atas nama maruah diri”.


Menurut polis, ini adalah satu-satunya kes seumpamanya yang pernah dilaporkan di rantau itu.

Polis berkata bahawa kejadian itu berlaku di sebuah kampung terpencil di daerah selatan Kotli.

Kes itu dikatakan dibawa kepada mereka oleh anak sulung pasangan itu.

Kes tersebut masih belum jelas sehingga kedua-dua pasangan mengakui atau menafikan tuduhan itu.

Pegawai polis tempatan, Raja Tahir Ayub memberitahu BBC bahawa bapa kanak-kanak itu marah apabila dia melihat anak perempuannya "melihat dua lelaki" menunggang motosikal di luar rumah mereka Isnin lalu.

Polis mengatakan bahawa ibu bapa mengesyaki dia mempunyai hubungan haram dengan salah seorang daripada mereka.

“Dia mengambil anak perempuannya masuk ke dalam, memukulnya dan kemudian mencurahkan asid ke atasnya dengan bantuan isterinya," kata Tahir.

Menurut polis lagi, pasangan itu tidak membawa anak mereka ke hospital sehingga pagi berikutnyadan akhirnya terpaksa mengalah.

Ketua hospital negeri di daerah di Kotli, Muhammad Jahangir, mengesahkan kematian gadis malang itu.

Beliau berkata, gadis itu telah dibawa ke hospital dalam keadaan yang serius dengan terbakar lebih 35 peratus anggota badannya.

"Tidak ada peluang dia boleh hidup," katanya.

Polis memaklumkan mereka mengetahui kes itu daripada kakak mangsa yang mendakwa kejadian itu berlaku pada pagi Rabu.

Menurut polis lagi, dia merasa curiga apabila keluarganya tidak membenarkannya untuk melihat wajah adiknya sebelum dikebumikan, walaupun ia merupakan satu amalan biasa dalam masyarakat Islam Kashmir.

Pada bulan Mac, kerajaan yang ditadbir Pakistan memutuskan pesalah yang melakukan jenayah simbah asid boleh dihukum dengan penjara seumur hidup.

Pembunuhan atas nama maruah diri itu berlaku apabila ahli keluarga yang kebanyakannya lelaki percaya mangsa telah membawa kemungkaran kepada komuniti mereka.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan melaporkan 943 wanita terbunuh dalam pembunuhan maruah tahun lepas.

-Sinarharian

Pelik! Sanggup Tatu Mata Sendiri

Pelik! Sanggup Tatu Mata Sendiri

Info Pelik. Sebenarnya tatu yang dimaksudkan ialah lebih kepada mewarnakan bebola mata kepada warna tertentu, cuba lihat beberapa prosedur dibawah, dikatakan untuk menghasilkan tatu ini memerlukan 40 sisipan jarum untuk menyiapkannya!


-Klik-aje.blogspot.com

Menara Elektrik Gergasi Yang Berbentuk Manusia

Menara Elektrik Gergasi Yang Berbentuk Manusia

Direka oleh Choi + Shine Architects, projek ini dipanggil sebagai "Land of Giant" yang memenagi anugerah 'High-Voltage Pylon Competition' di Iceland.


-Klik-aje.blogspot.com

Pemegang Tali Pinggang Hitam Taekwondo Tewaskan Jerung!

Pemegang Tali Pinggang Hitam Taekwondo Tewaskan Jerung!

Seorang penyelam wanita terselamat daripada serangan jerung sepanjang empat meter di sini selepas menggunakan gerakan seni mempertahankan diri.

Pemegang Tali Pinggang Hitam Taekwondo Tewaskan Jerung!

Pemegang tali pinggang hitam taekwondo, Mariko Haugen sedang berenang bersama suaminya di pantai Maui apabila mendapati dirinya berdepan dengan seekor jerung harimau.

Apabila diserang, Mariko menggunakan kemahirannya dan menumbuk hidung haiwan pemakan manusia itu.

“Keadaan tiba-tiba menjadi seperti filem Hollywood. Anda melihat rahang besar ikan itu menerkam anda. Saya tidak dapat menceritakan bagaimana takutnya saya ketika itu.

“Taekwondo yang saya pelajar membolehkan saya bersedia untuk menumbuk,” kata Mariko.

Menyedari ia berdepan dengan orang yang setanding dengannya, jerung berkenaan meninggalkan tempat itu, sekali gus membolehkan Mariko dan suami, Don berenang ke pantai.

Mariko yang berasal dari Folsom, California, tidak dibaham, tetapi memerlukan 60 hingga 70 jahitan pada tangan kirinya yang cedera kerana terkena gigi ikan itu ketika menumbuknya.

Sementara itu, Don berkata, mereka sungguh bernasib baik.

Bagaimanapun, pengalaman ngeri itu tidak akan menyebabkan dia berhenti berenang di laut.

“Saya sentiasa memberitahu anak saya, tidak ada alasan untuk takut kepada jerung kerana apa yang lebih menakutkan ialah barah payu dara. Satu daripada lapan orang menghidapnya.

“Tetapi hanya satu daripada empat juta pelancong ke Hawaii dibaham jerung. Kerana itu kita tidak perlu takut langsung,” kata Don.–DM

BACA INI JUGA: Menakjubkan! Sawah Padi Yang Diukir Dilereng Gunung

Rozita Che Wan Yang Semakin Cun

Rozita Che Wan Yang Semakin Cun

Rozita Che Wan atau kerap digelar dengan RCW mungkin salah seorang artis yang paling mendapat perhatian di negara ini.

Ada sahaja berita melibatkan RCW yang akan terbit dari masa ke masa.

Dari hendak pencen dunia artis kemudian tidak jadi kepada dakwaan gambar bogel.

Selain gosip itu, dia juga pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa artis muda seperti Zain Saidin, Beego dan Shahir (AF).

Nak kata apa kan, dah artis begitulah.

Apa pun, satu yang nyata mengenai RCW ialah wanita itu semakin hari semakin menarik orangnya.

Apa agaknya RAHSIA RCW?


-Mynewshub.my