Wednesday, October 31, 2012

Usahawan Berjaya Tapi Hobi Mencuri Motosikal

Usahawan Berjaya Tapi Hobi Mencuri Motosikal

Usahawan pencuri. Itu gelaran buat seorang lelaki yang menjalankan perniagaan makanan serta memiliki duit simpanan lebih RM10,000 namun mempunyai minat mencuri motosikal.

Gambar hiasan

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun dan menjalankan perniagaan di kawasan Desa Petaling itu juga pernah dicekup polis atas kesalahan mengambil dadah.

Bagaimanapun, niat lelaki berkenaan untuk membuat kad pengenalan baharu di Pudu Sentral dengan menunggang motosikal curinya membawa padah apabila dicekup polis, semalam.

Dalam Ops Nombor Pendaftaran Palsu dan Snap Check Pelbagai Kesalahan Jenayah yang dijalankan Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), lelaki berkenaan dicekup di tempat letak motosikal di kawasan itu.

Pegawai Operasi U3K, Inspektor James Jakup berkata, ketika menjalankan pemeriksaan mereka menahan sebuah motosikal jenis Honda EX5 warna hitam yang ditunggang seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan dilaporkan hilang di PPR Seri Alam pada 15 Mei lalu dan selepas ditahan, suspek dan motosikal itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek mencuri motosikal berkenaan dengan bantuan rakannya.

Katanya, selepas membuat laporan tangkapan, suspek dihantar ke Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379a Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.

-Hmetro
Babi Seberat 120 Kilogram Mengamuk Di Jerman

Babi Seberat 120 Kilogram Mengamuk Di Jerman

Pihak berkuasa Berlin berkata, mereka menembak mati seekor babi hutan seberat 120 kilogram selepas haiwan itu menyerang dan mencederakan empat orang, termasuk seorang pegawai polis di kawasan penempatan penduduk.


Polis semalam berkata, haiwan itu menggigit seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun di belakang tubuh dan kakinya. Ia turut merempuh seorang nenek yang juga berusia 74 tahun hingga mencederakan punggung wanita itu di kawasan Charlottenburg.

Haiwan itu kemudian menggigit wanita berusia 24 tahun sebelum lari dan bertenggek atas bumbung kereta yang diparkir. Ketiga-tiga mangsa kini dirawat di hospital.

-AP

Ejen Insurans Bunuh Suami Untuk Dapatkan Pampasan

Ejen Insurans Bunuh Suami Untuk Dapatkan Pampasan

Seorang wanita didakwa membunuh ibu mentua dan suaminya untuk mendapatkan pampasan insurans.

Gambar hiasan

Nisha, 30, sebelum ini mendakwa kematian ibu mentuanya adalah satu kemalangan.

Bagaimanapun, bapa mentuanya mulai curiga apabila anak lelakinya turut meninggal dunia, baru-baru ini.

Nisha tinggal di Faridabad, di utara India dan bekerja sebagai ejen insurans. Dia juga dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan seorang pemuda berusia 19 tahun. Mengidamkan gaya hidup mewah, Nisha membunuh ibu mentuanya pada 2009 dengan bantuan kekasihnya dan seorang lagi rakan subahat. Polis tidak mengesyaki sebarang tipu helah ketika itu.

Ibu mentuanya memiliki polisi insurans dan Nisha menjadi pewarisnya. Dia turut mempunyai polisi di bawah nama suaminya.

-AFP

Janji Dikahwini Akhirnya Kehilangan RM40K

Janji Dikahwini Akhirnya Kehilangan RM40K

Cinta mendalam, apatah lagi selepas dijanji untuk dijadikan isteri menyebabkan seorang wanita kerugian RM40,000 selepas diperdaya teman lelaki yang baru dikenalinya dalam tempoh sebulan.

Gambar hiasan

Mangsa yang berusia 29 tahun berkenalan dengan lelaki itu pada penghujung Julai lalu dan bermula Ogos hingga September lalu, dia memohon lima pinjaman peribadi daripada bank serta syarikat wang berlesen untuk mendapatkan wang bagi diserahkan kepada teman lelakinya.

Sumber polis berkata, selain wang tunai, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta turut menyerahkan beberapa barangan berharga termasuk sebuah motosikal kepada lelaki berusia 30-an itu.

“Selepas menerima wang dan pelbagai barangan yang keseluruhannya bernilai RM40,000, suspek menghilangkan diri. Menyedari dia ditipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, Jumaat lalu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat mangsa memberitahu suspek berjanji untuk mengahwininya menyebabkan dia percaya lelaki terbabit menyintainya.

-Hmetro
Bunuh Abang Sendiri Risau Bolot RM1.9 Juta

Bunuh Abang Sendiri Risau Bolot RM1.9 Juta

Seorang wanita dan suaminya ditahan polis dan didakwa membunuh abang wanita terbabit untuk mewarisi harta bernilai 20 juta baht (RM1.9 juta), lapor akhbar semalam.

Gambar hiasan

Polis menahan To-Pluem; suaminya, Theerawat Meesaard dan pembunuh upahan, Nu Khongrod. Mereka didakwa membunuh Sak To-Pluem. Polis berkata, suspek mengakui melakukan jenayah itu.

Menurut polis, Sak ditembak mati pada 9 September lalu di daerah Kampheang Sean di wilayah Nakhon Pathom. Pembunuh upahan terbabit memberitahu polis, pasangan itu mengupahnya RM3,980 untuk membunuh mangsa.

Dia menembak mati mangsa dekat kediamannya di Nakhon Pathom sebelum mengambil bas untuk pulang ke kampung halamannya di wilayah Phichit. To-Pluem mendakwa dia bergaduh dengan abangnya dan terpaksa melarikan diri ke Phichit bersama anak-anaknya untuk tinggal dengan suaminya.

Menurutnya, abangnya mudah naik angin dan sering membelasah ibu mereka.

Dia kemudian mendapat tahu ibu mereka menjual sebidang tanah dengan harga RM1.9 juta. Dia bimbang abangnya akan membolot semua wang itu, jadi dia dan suaminya merancang pembunuhan mangsa.

-Bangkok Post

Sukar Berjalan Kerana Ada 25 Jari!

Sukar Berjalan Kerana Ada 25 Jari!

Info Pelik. Seorang budak lelaki berusia empat tahun menarik perhatian ramai apabila dia memiliki 25 jari, lapor media semalam.

Keadaan jari tangan Arpan (gambar atas) dan kakinya.

Arpan Saxena, dari Bhopal, mengalami dua kecacatan genetik yang jarang berlaku.

Satu daripadanya dikenali sebagai Polydactyl yang menyebabkan jari tangan dan kakinya mempunyai jari tambahan. Arpan juga mengalami Syndactyly yang menyebabkan jari tangan dan kakinya bercantum.

Dengan 13 jari tangan dan 12 jari kaki, Arpan seolah-olah selebriti di Bhopal apabila gambarnya terpampang di merata-rata tempat di bandar itu. Kata Arpan, dia seronok apabila ramai orang melihat dan mengambil gambarnya.

“Cuma, saya tak seronok kerana tidak boleh banyak berjalan disebabkan keadaan kaki ini menghalang saya berkasut,” katanya. Bapanya, Anil Saxena, 35, seorang penarik beca.

Kata Anil, ketika lahir, Arpan ada 26 jari dan semua orang terkejut dengan keadaan itu. “Saya tak pernah dengar ada orang dilahirkan dengan jari sebegitu banyak,” katanya.

Ekoran satu kemalangan ketika Arpan berusia dua tahun, satu daripada jarinya ‘putus.’ Kata Anil, Arpan sedang bermain apabila jarinya tercedera sebelum ia seolah-olah tertanggal.

Isteri Anil, Tanu, 30, berkata dia enggan membenarkan anaknya menjalani pembedahan bagi membuang lebihan jari itu walaupun banyak pihak menawarkan bantuan. “Semua ibu bapa mahu dikenali kerana anak mereka.

“Arpan kini terkenal di seluruh Bhopal dan kami mahu ia kekal begitu,” katanya.

Menurut Tanu, dia juga bimbang pembedahan akan memberi kesan kepada anaknya. Namun, kelebihan itu tidak membawa Arpan mencatat nama dalam rekod dunia. Pemegang rekod dunia bagi jari terbanyak ialah seorang lagi budak India, Akshat Saxena, yang memiliki 34 jari.

-TS

Polis China Diajar Bagaimana Untuk Senyum

Polis China Diajar Bagaimana Untuk Senyum

Polis China dikenali sebagai antara pasukan keselamatan paling terlatih dalam dunia.


Disebabkan kesukaran dan cabaran dihadapi dalam latihan itu, anggota polis terbabit mungkin sukar untuk tersenyum.

Bagi mengatasinya, mereka diajar bagaimana untuk mempamerkan senyuman kepada orang ramai. Justeru, pasukan polis di Dalian di wilayah Liaoning baru-baru ini mengadakan kursus khas bagi mengajar anggota mereka teknik tersenyum yang betul.

Untuk mencapai matlamat itu, peserta diberi sebatang penyepit makanan dan mereka dikehendaki menggigitnya sambil tersenyum.

Menurut jurucakap polis Liaoning, kurus itu diadakan untuk mendedahkan kakitangan mereka kepada “senyuman seragam.

“Kursus ini juga dapat meningkatkan kemahiran anggota polis di wilayah Liaoning ketika mereka berurusan dengan orang ramai supaya nampak lebih mesra,” katanya.

-DM

Tuesday, October 30, 2012

New York Ditimpa Bala Angkara Kekejaman Amerika!

New York Ditimpa Bala Angkara Kekejaman Amerika!

Pertembungan dua lagi aliran cuaca yang bertukar menjadi taufan hampir menenggelamkan kotaraya New York dan Sandy adalah taufan yang paling digeruni dalam sejarah Amerika Syarikat.


Sandy yang mulai membadai telah menyebabkan sebahagian besar kawasan rendah di Manhattan dilanda banjir sehingga menyebabkan bandaraya itu terputus bekalan elektrik.

Kira-kira 400,000 rumah terputus bekalan elektrik di kesemua lima kawasan pilihan raya bandaran iaitu dari selatan Pulau Manhattan sehingga ke kawasan 39th Street.

Seorang rakyat Malaysia yang menetap di sebuah kompleks apartmen di 38th Street, yang terletak di tengah pulau itu dan bersebelahan dengan East River, memaklumkan air hujan memasuki kediamannya sekitar pukul 2 petang, Isnin, akibat hujan lebat dan tiupan angin yang sangat kuat.

“Air hujan masuk melalui celah-celah tingkap rumah, walaupun tingkap sudah ditutup, angin yang sangat kuat menyebabkan tingkap rumah saya bergegar dengan itu kunci terbuka dengan sendirinya,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Dilla ketika dihubungi Bernama lewat malam Isnin.

Beliau, yang menetap di tingkat 25 kompleks apartmen setinggi 54 tingkat dengan 840 unit itu, berkata air hujan juga membolosi kediamannya menerusi penyaman udara sehingga membasahi bilik dan ruang tamu rumahnya.

Beliau yang tinggal seorang diri dan baru berpindah ke kota raya itu setelah dihantar bertugas dengan sebuah jabatan kerajaan di sini turut terputus bekalan elektrik.

“Selepas tidak ada elektrik, saya kunci rumah dan turun ke tingkat 11, menumpang rumah rakan sekerja, yang turut tinggal di kompleks yang sama,” katanya.

Katanya, sekitar pukul 2 dan 3 petang, langit menjadi sangat gelap dan aliran air sungai East River bergelombang sangat kuat.

Kebanyakan mereka yang tinggal di bangunan kompleks itu bekerja dengan jabatan dan agenci kerajaan Malaysia yang berpejabat di New York.

Kawasan tengah pulau Manhattan itu tidak berada dalam zon yang terjejas teruk dan wajib pindah.

Beberapa rakyat Malaysia yang menetap di Brooklyn pula, antara lain, menggunakan laman sosial Facebook memaklumkan mengenai kejadian angin kencang serta merasai bangunan pangsapuri mereka seakan bergegar.

Beberapa rakyat Malaysia di Connecticut melaporkan turut mengalami putus bekalan elektrik dan seorang daripada mereka pernah berpengalaman terputus bekalan elektrik sehingga sepuluh hari semasa berlakunya taufan Irene pada tahun lepas.

Dalam komunikasi menerusi laman Facebook, beliau melahirkan kebimbangan memandangkan stok makanan sejuknya terutamanya daging halal akan rosak sekiranya gangguan bekalan elektrik berpanjangan.

Kebanyakan rakyat Malaysia yang tinggal di negeri-negeri yang terlibat dengan taufan Sandy seperti di Maryland, Virgina, Delaware, New Jersey, New York, Connecticut, memaklumkan mengenai keadaan mereka pada status laman Facebook mereka.


–BERNAMA

Admin: Padan muka wahai Negara Pengganas, kan dah terima bala..

Monday, October 29, 2012

Luluh Hati Suami Isterinya Pelakon Filem Porno!

Luluh Hati Suami Isterinya Pelakon Filem Porno!

Seorang lelaki Mesir, Ramadan telah pergi ke sebuah cafe internet dan membuka laman web porno buat pertama kali dalam hidupnya hanya sekadar ingin mencuba. Namun apa yang disaksikannya sangat mengejutkan bila heroin filem lucah itu adalah isterinya sendiri.

Gambar hiasan

Tidak menunggu lama, lelaki itu segera pulang ke rumah untuk bersemuka dengan kecurangan itu.

Pada mulanya wanita itu menafikan dia berlakon filem lucah dan meminta suaminya menunjukkan filem itu. Namun tidak lama kemudian isteri curang itu mengaku juga kesalahannya. Menurut isterinya, dia tidak pernah mencintai Ramadan walaupun mereka mendapat 4 anak sepanjang 16 tahun perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, wanita ini turut mengaku melakukan aksi mesra itu dengan bekas kekasihnya.

"Saya melihat ada 11 filem lucah yang dilakonkan oleh isteri saya. Isteri saya mengaku masih cintakan kekasih lamanya kerana mereka masih sama-sama muda berbanding saya yang sudah tua. Sebelum masuk ke web porno itu, perkahwinan saya bahagia saja" Kata Ramadan pada akhbar tempatan di wilayah Dakhalia.

-Malaysiasensasi.net
Virgins Wanted - Jual Dara dan Teruna Di internet

Virgins Wanted - Jual Dara dan Teruna Di internet

Seorang penuntut dari Brazil memperoleh bayaran AS$780,000 (RM2.4 juta) hasil lelongan dara di Internet, manakala seorang teruna cuma dibayar AS$3,000 (RM9,000).


Menurut dokumentari berjudul Virgins Wanted dihasilkan seorang karyawan Australia, Catarina Migliorini, 20, dibida 15 peminat dan akhirnya ia dimenangi seorang lelaki warga Jepun - hanya dikenali sebagai Natsu.

Sebahagian besar peminat yang ingin meniduri Catarina datang dari Brazil, selain India, Australia dan Amerika Syarikat (AS).

Pemuda yang melelong terunanya dikenali sebagai Alex Stepanov, 21, berasal dari Sydney.

Seorang wanita Brazil memenangi bidaan ke atas Stepanov. Media melaporkan, Catarina akan “dihantar” kepada pembelinya menggunakan kapal terbang.

Dia juga akan ditemubual di sebuah lokasi rahsia bagi menceritakan pengalaman sebelum dan selepas mengorbankan daranya.

Karyawan yang menghasilkan Virgins Wanted, Jason Sisely, berkata dia memulakan projek berkenaan pada 2009 dan berdepan dengan tentangan banyak pihak apabila poster mengenainya dinaikkan di Sydney serta Melbourne.

Katanya, dia terkejut melihat reaksi orang ramai. “Sejak lelongan ditutup Catarina amat teruja.

“Dia bercakap dengan keluarganya dan mereka juga gembira dengan apa yang berlaku,” katanya.

-AFP