Monday, October 29, 2012

Bekas Suami Belasah Isteri Sampai Lembik

Bekas Suami Belasah Isteri Sampai Lembik

Tidak berhati perut! Seorang lelaki tergamak membelasah bekas isterinya tanpa belas kasihan selepas gagal mendapatkan wang daripada wanita itu, di rumahnya di Pusat Bandar Puchong, lewat malam kelmarin.

Keadaan mangsa mengerang kesakitan selepas dibelasah bekas suaminya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, lelaki berusia awal 40-an itu dikatakan ke rumah bekas isterinya di sebuah pangsapuri kos rendah di sini.

Difahamkan, pintu tidak berkunci menyebabkan lelaki itu mudah meluru masuk ke rumah dan terus mencari kelibat bekas isteri yang tinggal bersama lima anak mereka di rumah terbabit.

Saksi yang tidak mahu dikenali berkata, lelaki itu mendesak bekas isterinya memberikan wang namun tidak dituruti mangsa.

Berang tindakan bekas isterinya, lelaki itu menumbuk mangsa lebih 15 kali di muka, kepala dan belakang badan dan tumbukan turut terkena seorang anak perempuannya berusia 12 tahun.

Tidak cukup dengan tindakan itu, lelaki terbabit turut menyepak perut mangsa bertubi-tubi.

Menurut saksi, anak perempuan mangsa yang berusia 15 tahun cuba menolak bapanya yang ketika itu berada dalam bilik tidur untuk menghentikan pergaduhan kerana simpati melihat keadaan ibunya.

Katanya, apabila mangsa dapat melepaskan diri, dia terus ke dapur dan mengambil sebilah pisau untuk mempertahankan diri sebelum lelaki itu merampas kembali senjata itu dan terus membelasahnya sekali lagi.

“Lelaki itu seolah-olah gagal mengawal diri dan memukul mangsa tanpa belas kasihan. Kejadian disaksikan lima anak mangsa termasuk salah seorang yang berumur dua tahun setengah.

“Selepas puas membelasah bekas isterinya, lelaki itu dikatakan meminta maaf dan terus menghilangkan diri membiarkan wanita terbabit mengerang kesakitan,” katanya.

Sumber itu berkata, buntu melihat keadaan ibu yang sakit, anak mangsa kemudian berlari ke rumah jiran meminta pertolongan.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Puteri.

-Sinarharian

Kambing Tertera Perkataan 'Allah' Dijual RM640K

Kambing Tertera Perkataan 'Allah' Dijual RM640K

Seekor kambing ditawar untuk dijual pada harga RM640,000. Islam Bhati, 37, dari Rajasthan berusaha menjual kambing ajaib dengan harga itu kepada keluarga Islam yang menyambut Aidiladha.

Kambing Tertera Perkataan 'Allah' Dijual RM640K

Haiwan berusia dua tahun itu mempunyai perkataan ‘Allah’ tertera pada sebelah badannya. Pada sebelah lagi, terpampang pula imej bulan sabit dan bintang.

“Ia haiwan ajaib dan saya beruntung memilikinya. Kami menjaga kambing ini seperti anak kami dan ia yang terbaik di kawasan ini.

“Kami dengan senang boleh menjual haiwan ‘suci’ ini dengan 11 juta rupi (RM640,000). Harga itu agak berpatutan,” kata Islam.

Dia yang menguruskan perdagangan batu marmar milik keluarganya membeli kambing itu di kawasan ternakan berdekatan.

“Saya menyedari mengenai perkataan Allah dan imej bintang dan bulan itu sebaik membelinya.

“Sejak membawanya pulang ke rumah, kami menjaganya dan memberinya makan kekacang, daun pokok segar dan buah-buahan kering. “Dagingnya sudah pasti enak,” kata lelaki itu.

Islam ditawarkan dengan harga yang tinggi untuk kambing berkenaan sejak mengiklankannya di Internet minggu lalu.

Bagaimanapun, belum ada sesiapa mahu membelinya.

Menurutnya, “Tawaran paling tinggi yang saya terima ialah 2.5 juta rupi (RM150,000) tetapi saya menolak.

“Kambing ini tidak ternilai. Saya hanya ingin menjualnya dengan harga yang saya tawarkan. Dan jika berjaya menjualnya, saya akan mendermakan 50 peratus wang berkenaan kepada sebuah rumah anak yatim tempatan.” kata Islam.-TS

BACA INI JUGA: Sains Dan Al-Qur'an Membuktikan Burung Gagak Haiwan Paling Bijak!

Sumber: SENTIASAPANAS

Ganas! Wanita Mabuk Dicampak Dari Tren!

Ganas! Wanita Mabuk Dicampak Dari Tren!

Bosan dengan bebelan dan tindak-tanduk seorang wanita, sekumpulan penumpang komuter di Sydney berpakat untuk mencampaknya keluar dari tren, lapor media semalam.

Gambar hiasan

Sebahagian daripada insiden itu dirakam dan dimuat naik ke YouTube dan mencetuskan sensasi di laman sesawang berkenaan.

Melalui klip sepanjang empat minit itu, seorang wanita dipercayai mabuk kelihatan duduk di dalam tren berkenaan dan bertengkar dengan sekumpulan lelaki.

Wanita terbabit juga kelihatan meludah dan memaki sambil memukul-mukul mereka secara tidak keruan.

Selepas beberapa minit bergelut, seorang lelaki agak berusia cuba mententeramkan keadaan dan memujuk wanita itu tetapi malangnya dia pula dipukul.

Terkejut dengan serangan itu, sekumpulan lelaki memberi amaran supaya tidak memukul lelaki berkenaan dan memisahkan mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Ketika lelaki terbabit beredar, wanita itu menolaknya dengan kuat. Akibat tidak tahan dengan kata-kata kesan dan tingkah-laku wanita itu, kira-kira lima lelaki berpakat menangkapnya dan memaksa dia keluar dari tren.

Gambar hiasan

Apabila tren itu berhenti di sebuah stesen, mereka membuang barangan wanita terbabit ke tepi landasan sebelum dia sendiri ditolak keluar.

Wanita itu kemudian dilihat cuba mengadu kepada seseorang dipercayai kakitangan komuter di stesen berkenaan.

-ST

Pelanggan Enggan Bayar Pelacur Libas Penjaga

Pelanggan Enggan Bayar Pelacur Libas Penjaga

Seorang penjaga rumah pelacuran di Jalan Brooke, di sini, menerima padah apabila dilibas dengan parang ketika menuntut baki bayaran perkhidmatan pelacur daripada seorang pelanggan, kelmarin.

Gambar hiasan

Sebelum kejadian, suspek berusia lewat 20-an itu berkunjung ke premis itu bersama dua saudaranya sebelum melanggan seorang pelacur jam 3 hingga 4 pagi.

Menurut sumber, sebaik selesai melepaskan nafsu masing-masing, suspek tidak membayar RM80 seperti ditetapkan sebaliknya beredar dari situ.

Katanya, suspek hanya membayar RM30 kepada pelacur terbabit menyebabkan wanita itu mengadu kepada seorang penjaga premis yang membawa tiga rakannya mengekori kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dinaiki suspek bersama dua saudaranya. “Bagaimanapun, tindakan kumpulan lelaki terbabit dipercayai mencetuskan kemarahan suspek sebelum dia mengambil sebilah parang di rumahnya lalu menyerang mereka sehingga menyebabkan seorang daripada mereka cedera di tangan kanan,” katanya.

Jurucakap polis berkata, setakat ini, pihaknya sudah menahan suspek terbabit bersama dua saudaranya di rumah masing-masing di Senadin kelmarin bagi membantu siasatan.

-Hmetro
Jennifer Lopez Sengaja Tayang Payudara Semasa Konsert

Jennifer Lopez Sengaja Tayang Payudara Semasa Konsert

Penyanyi antarabangasa, Jannifer Lopez menjadi ‘mangsa wardrobe’ buat kali kedua apabila baju yang dipakainya terlondeh sehingga menampakkan payudaranya semasa sedang rancak menari.


Insiden itu berlaku semasa dia sedang membuat persembahan di O2, London pada malam Isnin, 22 Oktober lalu.

Dia yang dikhabarkan berada di Eropah sempena konsert jelajah Dance Again World Tour 2012.

Menurut Radar Online, kejadian itu berlaku ketika Jennifer atau JLo sedang menari rancak dengan mengenakan jumpsuit labuci.

Malangnya, secara tiba-tiba dia hampir tergelincir lalu menyebabkan baju bahagian kanannya terlondeh sehingga menayangkan payudara.

Namun, nasib baik dia sedar lalu cepat-cepat membetulkan bajunya dan meneruskan persembahan seperti tiada apa yang berlaku.

Sebelum itu, semasa membuat persembahan di Itali, diva pop Amerika itu turut mengalami insiden yang sama.

Bagaimana pun, kejadian yang berlaku tidak memberi kesan kepada sambutan peminat terhadap persembahannya.

JLo sempat menulis di Twitter ‘London wow! Thank you for an amazing night! #untilnexttime. Lots of love always! #DanceAgainWorldTour2012′.

Diharapkan selepas ini JLo akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian.

Jika tidak, apabila datang ke Malaysia pada Disember nanti, JLo bakal dihalau pula. Bahaya tu!

-Mynewshub.my

Adda Bergelar Janda Muda Hanya Selepas 17 Hari Nikah!

Adda Bergelar Janda Muda Hanya Selepas 17 Hari Nikah!

Ahli kumpulan Butterfly, Nur Syuhadah Baharuddin, 24, atau mesra dikenali dengan Adda meminta orang ramai agar tidak mempersoalkan penampilan terbarunya yang tidak lagi memakai tudung.


Adda sebelum ini terpalit dengan pelbagai kisah kontroversi memulakan langkah memakai tudung selepas hubungan cinta terputus dengan Mamat Sepah.

Selepas itu, dia menjalin cinta dan berkahwin dengan seorang lelaki yang juga suami orang tetapi masih lagi lengkap mengenakan tudung.

Namun, selepas berkahwin selama 17 hari dan kemudiannya bercerai, Adda berubah sedikit demi sedikit dengan bermula memakai turban dan seterusnya tidak langsung menutup kepalanya.

Dengan penampilan baru ketika menyambut hari kelahirannya yang ke-24 baru-baru ini, Adda yakin semua pihak akan tertanya-tanya tindakannya yang berani untuk membuka kembali tudungnya.

Pun begitu, Adda menjelaskan dia kini tidak lagi mempunyai tanggungjawab dan bebas untuk membuat apa sahaja dalam hidupnya.

“Adda tak boleh tipu diri sendiri. Kalau dahulu Adda ada tanggungjawab dan komitmen tapi sekarang tidak lagi. Adda dah bebas. Jadi apa juga yang Adda buat hari ini adalah untuk masa depan Adda.

“Sebab itu juga Adda minta jangan besarkan isu Adda tak pakai tudung. Adda cuma manusia biasa yang tak lepas daripada membuat kesilapan. Ini adalah diri Adda yang sebenar. Asalkan Adda tahu batas dan tak malukan nama keluarga, Adda harap semua orang terima Adda yang baru,” kata Adda yang dipetik dari Utusan Online.

Walaupun kehidupan Adda boleh diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga, janda muda itu enggan lagi menoleh ke belakang dan menganggap kesilapan yang dilakukannya dahulu adalah sebagai pengajaran hidup.

Justeru, Adda berazam untuk membina hidup baru dan melupakan segala kisah pahit yang pernah mencalarkan hatinya.

Malah, dia kini mahu lebih yakin untuk memikirkan masa depannya.

“Semua kesilapan lampau adalah panduan hidup Adda. Rasanya semua orang pernah jatuh atau tergelincir. Tapi adakah kita akan sentiasa tunduk dengan situasi macam itu? Sebab hanya orang gila saja yang membenarkan nasibnya ditimpa malang berulang kali.

“Adda nak bina hidup baru. Nak lupakan kisah silam, cerita hitam yang pernah berlaku sebelum ini. Yang lepas itu biarlah. Adda tak nak sentuh lagi. Bagi Adda, apa yang penting adalah masa depan Adda sekarang. Adda doa untuk lebih fokus dalam bidang seni. Adda nak buka mata semua orang,” katanya.

-Mynewshub.my
Luarbiasa! Keretapi Kabel Bawah Tanah

Luarbiasa! Keretapi Kabel Bawah Tanah

Keretapi kabel bawah tanah yang dikenali sebagai Carmelit ini terletak di Haifa, Israel. Ia mula-mula sekali dibuka kepada orang ramai pada tahun 1956 namun ditutup pada tahun pada tahun 1986 kerana telah menunjukkan tanda-tanda kerosakan akibat telah lama digunakan.


Namun akhirnya ia dibuka semula pada tahun 1992 selepas sesi pengubahsuaian dilakukan secara ekstensif.

Oleh kerana kedudukan bandar Haifa adalah diatas Gunung Carmel, maka Carmelit adalah sistem keretapi kabel yang bergerak menuruni dan menaiki gunung tersebut.

Perbezaan altitud diantara diantara stesen pertama dan stesen terakhir ialah 274 meter ataupun 900 kaki.

Carmelit ini sebenarnya adalah salah satu sistem keretapi bawah tanah yang paling kecil di dunia yang hanya mempunyai empat buah keretapi, enam buah stesen dan hanya sebuah terowong sepanjang 1.8 kilometer.

Keretapi Yang Dibuat Daripada Batang Buluh

Keretapi Yang Dibuat Daripada Batang Buluh

'NORI', sepertimana yang digelar oleh penduduk tempatan ialah keretapi buluh yang terdapat di Kemboja dan rasanya bukan semua orang yang mampu atau mahu menaikinya.

Keretapi Yang Dibuat Daripada Batang Buluh

Ia bukanlah keretapi yang sebenarnya tapi adalah paltform-platform yang dibuat daripada buluh namun dijanakan kuasanya oleh enjin jenerator elektrik yang mampu bergerak pada kelajuan 40 kilometer sejam.


Oleh kerana ia digunakan sepanjang landasan keretapi dan kerana tiadanya penjagaan pada landasan itu, maka perjalanan menggunakan 'NORI' ini sebenarnya bukanlah begitu selesa dan tempat paling selesa diatas 'NORI' itu sendiri adalah yang diletakkan dengan tikar.


Namun ini adalah pengangkutan utama bagi penduduk disitu dan juga tambangnya adalah murah.

Mungkin sesuatu yang menarik dan harus dinikmati oleh para pengunjung luar untuk merasakan kelainannya.

Sejarah Gitar Bermula 4000 Tahun Dahulu!

Sejarah Gitar Bermula 4000 Tahun Dahulu!

Seperti telah disebutkan di atas, sejarah gitar dapat ditelusuri lebih kurang 4,000 tahun yang lalu. Banyak teori berkembang tentang asal-usul gitar. Teori paling popular adalah bahawa gitar berevolusi instrumen kecapi (english: lute, arab: oud).

Kecapi

Kecapi adalah instrumen muzik yang berasal dari Moor yang mengamalkan budaya Arab. Kecapi pertama kali diperkenalkan di Eropah melalui Sepanyol. Pada awal kemunculannya, kecapi adalah alat muzik berleher pendek tanpa fret dan memiliki badan besar dengan banyak string. Kemudian orang Eropah menambahkan fret dan memberinya nama lute berasal dari kosa kata Arab al'ud yang bermaksud kayu.

Teori kedua yang berkembang tentang asal-usul gitar adalah teori yang mengatakan bahawa gitar berasal dari alat muzik lira (english: lyre, greek: khitara).

Lira

Lira adalah alat muzik yang sangat popular semasa peradaban Yunani kuno. Berupa alat muzik berbentuk seperti tanduk untuk meregangkan string dan berbadan bulat yang dibuat daripada kulit kura-kura. Alat muzik harpa termasuk dalam keluarga instrumen ini. Teori ini berdasarkan kepada kemiripan nama antara khitara dengan guitarra iaitu sebuah kosa kata Sepanyol iaitu guitar (gitar).

Namun, penelitian yang dilakukan oleh Dr. Michael Kasha pada tahun 1960-an menafikan semua teori tersebut. Dr. Michael Kasha ialah seorang ahli fizik dan ahli kimia yang menubuhkan Institute of Molecular Biophysics, Florida State University (FSU), namun menaruh minat yang sangat besar terhadap instrumen muzik gitar.

Dr. Michael Kasha menyatakan bahawa sangat aneh jika instrumen gitar (yang pada awalnya memiliki 4 string) berasal dari alat musik lira yang cenderung berbentuk kotak dan memiliki 7 string. Beliau mengemukakan bahawa gitar berkemungkinan diturunkan dari leluhur yang sama dengan lira, bukan dari lira itu sendiri.

Kata khitara berasal dari kosa kata Persia yang telah dipengaruhi budaya helenistik semasa penaklukan Alexander The Great.

Sunday, October 28, 2012

Pokok Membengkok Ketika Menghempap Kereta!

Pokok Membengkok Ketika Menghempap Kereta!

Cerita seorang penulis facebook dapat dari Europe sangat menarik. Kali ini kisah seorang wali keturunan Bani Mu'awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan.

Pokok Membengkok Ketika Menghempap Kereta!

Satu hari berlaku ribut taufan dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya.

Namun, dalam bencana itu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya.

Anjung rumahnya tak rosak dan keretanya seolah-olah 'diselamatkan' oleh malaikat.


Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap dan batang pokok itu seingat dia lurus.

Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.