Sunday, October 28, 2012

Download Free Windows 8

Download Free Windows 8

Kenapa perlu beralih kepada Windows 8 dan apakah kelebihannya?



Secara umumnya, sistem pengoperasian Windows 8 mempunyai kelebihan yang ketara berbanding Windows 7 adalah dari segi aplikasi pengurusan perkakasan-perkakasan komputer oleh sistem pengoperasian.

Ia dikendalikan oleh satu sistem yang dikenali sebagai Windows Metro UI yang membuatkan perjalanan sistem Windows 8 lebih pantas dan tersusun.

Selain itu, terdapat beberapa perkara yang memberi kelebihan kepada para pengguna komersial di sektor pekerjaan yang akan dibincangkan seterusnya.

1. Windows 8 mempunyai proses but komputer dengan cara yang lebih cepat, cekap dan selamat.

Ia mempunyai fungsi Secure Boot yang akan menghalang proses but komputer daripada objek yang tidak dibenarkan seperti firmware, sistem pengoperasian atau driver.

Ia menggunakan sistem but Unified Extensible Firmware Interface (UEFI) berbanding sistem BIOS yang digunakan sekarang.

Pengguna mempunyai pilihan untuk tidak menggunakan fungsi ini tetapi bagi Windows 8 berasakan RT untuk komputer tablet ia merupakan satu kemestian.

2. Aplikasi Task Manager juga diperbaharui untuk penggunaan yang lebih cekap dan pantas.

Antaranya ialah dengan adanya satu aplikasi yang sangat berguna untuk memantau penggunaan komputer iaitu Resource Monitor. Antara muka aplikasi ini juga sangat menarik dan mesra pengguna.

3. Penggunaan multi-monitor bagi komputer yang lebih cekap, fleksibel dan informatif berbanding sistem pengoperasian Windows 7 dan sebelumnya.

4. Penggunaan aplikasi SMB3 yang ditingkatkan. Aplikasi SMB3 akan mempercepatkan proses pemindahan fail yang dienkripsi dan mempercepatkan proses enkripsi itu sendiri.

Terdapat fungsi baru iaitu SMB Multichannel iaitu membenarkan sistem menggunakan pelbagai saluran rangkaian komputer dengan lebih baik.

5. Penggunaan aplikasi pemayaan, Hyper-V pada komputer peribadi dapat dijalankan dengan lebih baik.

Penggunaan sistem Hypervisor dalam aplikasi VMWare Workstation dan Virtual Box banyak digunakan di syarikat-syaarikat.

Aplikasi Hyper-V merupakan aplikasi pemayaan yang terbaik dan ia perlu disokong oleh pemproses yang mempunyai ciri Second Layer address Translation (SLAT).

6. Penggunaan aplikasi Windows To Go untuk mencapai sistem Windows 8 di mana-mana oleh mana-mana peralatan yang dibenarkan seperti melalui pemacu USB dalam sistem Windows 7 dan sebagainya.

Penggunaan konsep dan sistem baru seperti Windows Metro UI dan UEFI telah meningkatkan lagi penggunaan Windows 8 yang akan meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada keperluan dan kemampuan sesebuah syarikat untuk menggunakannya.

Microsoft ada menyediakan kemudahan untuk memuat turun Windows 8 di laman webnya untuk para pengguna menguji sistem tersebut.

-Utusan

Sila download Windows 8 English x86/x64 (BOOTABLE).rar


Kisah Benar Gadis Dipelihara Sugar Daddy

Kisah Benar Gadis Dipelihara Sugar Daddy

Lazimya, kita mendengar lelaki berusia, hidup mewah dan digelar 'Sudar Saddy' menyimpan gadis muda cantik untuk memuaskan nafsu berikutan isteri mereka sedang dimamah usia.

Kisah Benar Gadis Dipelihara Sugar Daddy
Gambar hiasan.

Berikutan kemampuan, Sugar Daddy sudi menyewakan unit kondomininum mewah untuk gadis belaan tinggal dan berkunjung ke rumah itu sekali sekala untuk memuaskan hawa nafsu mereka.

Sebagai balasan, sebahagian atau sepenuh kos keperluan hidup gadis terbabit ditanggung oleh Sugar Daddy.

Teringat saya kepada antara kenyataan kenalan, gadis berusia 22 tahun ketika saya temui di Bangsar, Kuala Lumpur, kira-kira 12 tahun lalu, 'Zu'.

"Sugar Daddy saya sekarang ini bekerja di Afrika Selatan, balik ke sini, dua kali setahun. Sebulan, dia masukkan duit ke dalam akaun RM7,000," jelasnya ringkas.

Zu berasal dari Sungai Petani, Kedah dan sewaktu ditemui mempunyai teman lelaki berusia lebih kurang sama.

"Ada Sugar Daddy, ada boyfriend sekali?," soal saya.

"Sugar Daddy jarang berjumpa. Cuma beberapa kali saya terbang ke Afrika Selatan, bercuti di sana. Tetapi berbanding dia, rimas juga bila ada boyfriend macam ini, kuat jelas, kuat marah dan kekadang tangan dan kaki naik ke badan kita," Keluh Zu.

Berbeza dengan nasib seorang lagi gadis simpanan Sugar Daddy, biarlah saya namakan dia, 'Amy'. Dia saya temui secara kebetulan sewaktu kenderaan dinaiki gadis itu terbabit dalam kemalangan jalanraya di Subang Jaya, Selangor.

Kejadian itu berlaku sekitar tahun 2006.

Amy mendakwa disimpan oleh pemimpin politik berusia awal 30 an dan dia sering dibawa bercuti di luar negara. Satu daripada gambar ditunjukkan kepada saya, Amy dan Sugar Daddy sedang mandi di kolam renang hotel terkemuka di luar negara.

"Untunglah," komen ringkas saya.

"Gambar itu dirakamkan kira-kira setahun lalu. Sekarang dia sibuk dengan kerjaya politik. Setiap bulan dia masih memasukkan duit ke dalam akaun bank saya tetapi tidak banyak, cukup untuk menampung kos kehidupan sebagai orang bujang," ujar Amy.

Ketika itu Amy berusia 23 tahun, kini saya anggarkan 31 tahun. Barangkali dia sudah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya.

Rumusannya, jarang wanita disimpan lama oleh Sugar Daddy. Sebaik usia mereka meningkat dan bakal mencecah 30 an, lazimnya perhubungan dinoktahkan.

Akibatnya, sebilangan bekas gadis simpanan terkapai-kapai mencari rezeki dan cuba berdikari untuk meneruskan kehidupan mereka.

Kebergantungan sepenuhnya terhadap wang disumbangkan oleh Sugar Daddy mereka sebelum itu akhirnya memerangkap diri.

BACA INI JUGA:

sumber: mazidulakmal.com

Saturday, October 27, 2012

Pelajar Dibedah Gara-gara Asyik Sms

Pelajar Dibedah Gara-gara Asyik Sms

Annie Levitz 16 tahun seorang pelajar di sebuah sekolah Lincolnshire Ilinois A.S bakal menjalani pembedahan di kedua-dua belah pergelangan tangannya kerana dia telah menghantar lebih 100 sms sehari daripada telefon bimbitnya.


Dia kehilangan deria rasa di kedua-dua tangannya dan hanya boleh mengangkat barang -barang tertentu sahaja serta terpaksa memakai pendakap tangan. Dia juga di beri suntikan penahan sakit.

Doktor mengatakan dia mengalami sindrom carpal tunnel, sindrom yang dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.

Polis Rancang Bunuh dan Makan 100 Wanita

Polis Rancang Bunuh dan Makan 100 Wanita

Seorang pegawai polis di sini merancang untuk menculik sehingga 100 wanita, panggang di dalam oven atau api dan memakan mereka, dakwa pihak berkuasa persekutuan, semalam.

Gilberto Valle

Gilberto Valle, 28, seorang pegawai polis aktif di Jabatan Polis New York, dituduh berbincang untuk “menculik, memasak dan makan anggota tubuh wanita” bersama seorang saksi yang namanya tidak didedahkan.

Kedua-dua mereka dikatakan berbincang menggunakan kloroform untuk membuatkan mangsa pengsan kemudian membawa mangsa ke dapurnya di mana Gilberto berkata dia mempunyai oven yang agak besar dan muat “sekiranya saya lipat kaki mangsa.”

Memasak dengan api yang perlahan atau panggang di atas api ketika mangsa masih hidup dan dikurung di dalam sangkar, adalah satu lagi cara yang difikirkan.

Gilberto yang dilaporkan bertugas di Harlem, ditahan kelmarin di rumahnya di Queens, New York.

Rakan komplot yang identitinya tidak didedahkan tidak didakwa dan tiada maklumat mengenai individu lain yang terlibat.

Pejabat Pendakwa Raya Amerika Syarikat di Manhattan berkata, ia merujuk kepada rakan komplot yang ramai.

Tiada wanita yang cedera setakat ini tetapi Pemangku Penolong Pengarah FBI, Mary Galligan berkata, dia tidak dapat memberi apa-apa komen mengenai dakwaan yang mengerikan itu.

“Kami tidak perlu beri apa-apa huraian dalam dakwaan aduan yang dibuat. Ia jelas. Kata-kata dan perbuatan Gilberto itu memeranjatkan,” katanya,

Ketua Polis New York, Ray Kelly menganggap kes itu “pelik.”

Menurut aduan itu, FBI mengetahui mengenai rancangan Gilberto, September lalu apabila mereka mendapat tahu dia merancang untuk melakukan perbuatan itu melalui e-mail dan mesej segera daripada komputer di rumahnya.

Hasil siasatan melalui komputer itu, dikatakan fail sekurang-kurangnya 100 wanita bersama nama, gambar dan butiran peribadi seperti alamat serta penerangan individu berkenaan, ditemui.

Gilberto dikatakan menyalah guna pangkalan data penguatkuasa undang-undang untuk membuat senarai mangsa wanita.

-AFP

Tuntut Ilmu Hitam Bapa Sanggup Nodai 3 Anak

Tuntut Ilmu Hitam Bapa Sanggup Nodai 3 Anak

Angkara ingin menguasai ilmu hitam, seorang bapa memperkosa tiga anak perempuannya secara bergilir-gilir selama lapan tahun.

Gambar hiasan

Isteri lelaki itu tidak dapat berbuat apa-apa walaupun mengetahui perbuatan suaminya.

Zaeni, 43, dari Cakung Jakarta Timur dibawa ke balai polis di sini Khamis lalu selepas perbuatannya itu terbongkar. Isteri suspek yang hanya dikenali sebagai Ka memberitahu dia sering melihat suaminya membakar kemenyan setiap malam Jumaat.

“Saya sudah menasihatinya bahawa perbuatannya itu berdosa tetapi dia masih melakukannya,” katanya kepada wartawan.

Berdasarkan maklumat, ketiga-tiga anak perempuan suspek berusia 20, 19 dan 15 tahun.

Perbuatan suspek terbongkar selepas anak bongsunya yang berusia 15 tahun memberontak ketika ingin diperkosa bapanya. Dia melarikan diri dan melaporkan kepada polis mengenai perbuatan bapanya selama ini.

Ekoran maklumat itu, sekumpulan polis bergegas ke kediaman suspek dan memberkasnya. Isteri suspek turut ditahan untuk siasatan lanjut.

-Kompas.com

Remaja 17 Tahun Dilarikan Kekasih Warga Indon

Remaja 17 Tahun Dilarikan Kekasih Warga Indon

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) awal November ini, gagal dikesan sejak Sabtu lalu, dipercayai dilarikan seorang lelaki warga Indonesia.

Gambar hiasan

Norshahirah Zaman Huri, 17, disahkan hilang oleh keluarganya apabila dia tidak pulang ke rumah keluarganya di Kampung Jawa, di sini, selepas keluar ke pekan Teluk Intan untuk berjumpa kawan.

Bapa mangsa, Zaman Huri Tan, 51, mendakwa anak gadisnya itu dilarikan seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai ‘Patah’ berusia lingkungan 20-an. Dia yang ditemui semalam berkata, kehilangan anak kelima daripada sembilan beradik itu sangat dirasai terutama ketika menyambut Aidiladha semalam.

“Saya dan isteri tidak membuat sebarang persiapan kerana masih dalam kesedihan dan bimbangkan keadaannya.

“Fikiran saya bercelaru malah, usaha kami sekeluarga untuk menjejakinya juga gagal menemui sebarang petunjuk. Saya bimbang dia dibawa lari ke Lombok seperti mana yang dilaporkan media sejak kebelakangan ini,” katanya.

Katanya, dia tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku kerana sebelum ini Norshahirah tidak pernah berenggang dengannya sekeluarga.

-Hmetro
Isteri Peneroka Dilarikan ke Lombok!

Isteri Peneroka Dilarikan ke Lombok!

“Tolong selamatkan aku long, guna talian antarabangsa, ini pun curi-curi,” itulah kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS), Nik Rosmalina Nik Mat, 28, yang hilang sejak 15 Oktober lalu bersama anak perempuannya berusia tiga tahun dan kini didakwa berada di Pulau Lombok, Indonesia.

Gambar hiasan

Sebelum ini Harian Metro melaporkan isteri peneroka Felda Lui Selatan 1 itu hilang dipercayai angkara seorang lelaki yang menyimpan gambar mengaibkan wanita berkenaan dan mengugut menyebarkannya jika dia enggan mengikut arahannya.

Kelmarin, suaminya, Salleh Hussin, 54, membuat laporan di Balai Polis Sungai Lui selepas kakak Nik Rosmalina di Kelantan menerima beberapa pesanan SMS meminta tolong membantunya kerana mendakwa ‘dilarikan tanpa sedar’ di Kampung Batunyala, Lombok Tengah, Indonesia.

“Sebaik diberitahu mengenai SMS itu oleh kakak isteri di Kelantan, saya segera membuat laporan polis pada hari sama sebab terlalu bimbangkan keselamatan isteri serta anak kesayangan, Nur Alia Nadia.

“Isteri turut memberikan alamat kedudukannya iaitu Kampung Batunyala, Praya, Lombok Tengah, Indonesia. Manakala, lelaki yang didakwa membawa mereka ke sana bernama Edy Gunawan dan ibu lelaki itu pula Sakmah Sinom.

-Hmetro

Guru Nyaris Dipotong Telinga

Guru Nyaris Dipotong Telinga

Tiga beradik layak digelar samseng kini diburu polis selepas mencederakan seorang guru akibat tidak berpuas hati mangsa menampar anak seorang daripada mereka di Masjid Kayu Ulul Albab, Seberang Jertih, Besut.

Gambar hiasan

Dalam kejadian pada 24 Ogos lalu, guru berusia 42 tahun itu dipukul tiga beradik terbabit dikenali sebagai Azizan Awang, 34, Afizol, 39, dan Anuar, 47, selepas berang mangsa menampar kanak-kanak berkenaan yang dikatakan membuat bising ketika di masjid.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas kanak-kanak itu tidak mengendahkan teguran guru terbabit beberapa kali.

sebelum kejadian guru itu menegur anak suspek kerana bising dalam masjid namun tidak diendahkan kanak-kanak terbabit.

Menurutnya, mangsa kemudian menampar kanak-kanak itu yang memaklumkan bapanya menyebabkan guru berkenaan dipukul tiga beradik itu.

“Akibatnya, mangsa cedera dan dirawat di Hospital Besut sebelum membuat laporan polis. Bagaimanapun perasaan tidak puas hati suspek tidak berakhir di situ apabila mereka melawat mangsa di hospital dan mengugut memotong telinganya jika mangsa enggan menarik semula laporan polis yang dibuat.

“Bimbang kejadian tidak diingini, mangsa yang ketakutan menarik semula laporan itu, tetapi mengubah fikiran dan membuat semula laporan di Balai Polis Jertih, Besut pada 4 Oktober lalu.

“Usaha memburu tiga beradik itu sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan (KK) kerana sengaja menyebabkan cedera parah dan Seksyen 506 KK sama kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, semalam.

-Hmetro
'Ayam' Kota Kinabalu Terjun Dari Tingkat 1

'Ayam' Kota Kinabalu Terjun Dari Tingkat 1

Bimbang dicekup polis, seorang wanita warga asing disyaki pelacur yang menunggu pelanggan di sebuah bilik di hotel bajet, nekad terjun melalui tingkap dari tingkat satu bangunan berkenaan di Kampung Air, di sini, malam kelmarin.

Kampung Air, Kota Kinabalu

Tindakan itu menyebabkan kaki kiri wanita berusia 20-an itu cedera sebelum dihantar menggunakan ambulans ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi mendapatkan rawatan.

Sebelum kejadian, wanita terbabit cuba melarikan diri selepas hotel itu diserbu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, selepas menerima maklumat mengenai kewujudan kegiatan tidak bermoral, jam 10.30 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan M Chandra berkata, anggota IPD Kota Kinabalu yang mendapat maklumat kemudian bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, polis mengesan seorang wanita disyaki pelacur sedang menunggu pelanggan dipercayai bagi melakukan aktiviti tidak bermoral di tingkat satu hotel berkenaan.

“Bagaimanapun, wanita terbabit terlebih dulu menyedari kehadiran polis keluar melalui tingkap sebelum terjun dari tingkat satu bangunan terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Chandra berkata, tindakan itu menyebabkan wanita itu terbaring di atas jalan raya selepas kakinya cedera.

“Bagaimanapun, wanita itu cuba bangun dan mahu melarikan diri, tetapi ditahan polis,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan polis menemui tujuh kondom termasuk satu yang sudah digunakan. “Wanita itu direman mengikut Seksyen 372 B, Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan,” katanya.

-Hmetro

'Ayam' Dari China Ikut Kelas Tuisyen

'Ayam' Dari China Ikut Kelas Tuisyen

Bagi menarik lelaki hidung belang melanggani pekerja khidmat seks warga China dan Vietnam yang baru tiba di Malaysia, sindiket pemerdagangan manusia menganjurkan ‘sekolah mini’ kursus bagi mempelajari bahasa tempatan bagi memudahkan komunikasi.


Antara perkataan yang diajar ialah abang, sayang, cinta, saya bersih, kacak, atas atau bawah dan baring.

Bagaimanapun, jika gagal menguasainya dalam masa tiga hari, mereka dipukul

Difahamkan juga, setiap wanita yang baru tiba di Malaysia diajar bapa ayam bertutur beberapa bahasa tempatan, termasuk Bahasa Malaysia bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.

Malah, wanita yang berjaya menguasai bahasa tempatan mampu meningkatkan pendapatan kerana lebih disenangi pelanggan. Tambahan pula, pelanggan dilaporkan lebih puas dengan layanan pelacur yang boleh berkomunikasi berbanding rakan sekerja yang hanya menggunakan bahasa isyarat.

Perkara itu didedahkan wanita dari China, Yen, 24, yang pernah berkhidmat dengan sindiket terbabit sejak setahun lalu.

-Hmetro