Saturday, October 27, 2012

Lagi Guru di China Dera Pelajar

Lagi Guru di China Dera Pelajar

Seorang guru prasekolah di China dipecat selepas laman perkongsian foto di Internet menunjukkan dia mengangkat muridnya dengan memegang cuping telinga kanak-kanak malang itu.


Ibu bapa di wilayah Zhejiang di negara itu membuat aduan kepada jabatan pendidikan tempatan selepas imej tidak berperikemanusiaan itu dimuat naik dalam rangkaian laman sosial Weibo.

Foto itu menunjukkan Yan Yanhong, 20, tersenyum ketika dia mengangkat kanak-kanak yang menjerit kesakitan itu beberapa inci dari lantai di sebuah sekolah di bandar raya Wenling. Foto itu adalah satu daripada lebih 700 gambar yang dimuat naik Yanhong di Internet yang kelihatannya dirakam oleh guru lain.

Foto lain menunjukkan kanak-kanak dengan mulut mereka ditutup pita pelekat dan tangan mereka dilekatkan ke meja agar mereka duduk diam tidak bergerak. Satu lagi foto menunjukkan seorang kanak-kanak dicampak dalam tong sampah dengan belakang tubuhnya melengkung di tepi tong sampah.


Gambar terakhir menunjukkan kepala seorang kanak-kanak diserkup dengan bakul sampah.

Bagaimanapun, apabila bersemuka dengan media tempatan, Yanhong menjelaskan dia dan murid berkenaan hanya berseronok.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan: “Tadika itu diarahkan agar menyingkirkan guru terbabit dan melaporkan perkara itu kepada pihak keselamatan awam tempatan.”

Pihak berkuasa yang menyiasat kes itu mendapati Yanhong tidak layak untuk kerja itu, tetapi diambil bekerja ekoran kekurangan tenaga pengajar.

Awal minggu ini seorang lagi guru di negara itu mencetuskan kemarahan apabila rakaman menunjukkan dia menampar kanak-kanak perempuan berusia lima tahun berulang kali.

–DM

Nenek Tua Ditetak Penyamun

Nenek Tua Ditetak Penyamun

Dua beranak terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini di hospital apabila cedera ditetak dua penyamun dengan parang yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Simpang Empat Sedaka, Yan dekat sini awal pagi semalam.

Gambar hiasan

Dalam kejadian pukul 5.20 pagi itu, Azizan Hanafi, 64, mengalami lima kesan luka di kepala dan belakang badan serta terpaksa menerima hampir 50 jahitan.

Menantunya, Mohd. Fakhzan Nasir, 34, yang merupakan Pegawai Perpaduan Kuala Muda/Yan pula menerima dua jahitan di kepala dan cedera di tapak tangan kanan akibat diserang dua suspek itu yang masing-masing bersenjatakan parang.

Berikutan itu, kedua-dua mangsa menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

-Utusan.com.my
Miera Leyana Cair Depan Lelaki Macho

Miera Leyana Cair Depan Lelaki Macho

Pelakon muda Miera Leyana mengakui dia seorang wanita yang mudah terpikat dengan lelaki yang berbadan sasa serta memiliki wajah ‘macho’.


Miera atau nama sebenarnya Miera Leyana Kasmi, 19, berkata karakternya yang periang akan terus berubah menjadi pemalu dan mula berlagak sopan apabila berdepan dengan lelaki yang mempunyai kriteria tersebut.

“Dari dulu lagi saya suka lelaki yang mempunyai badan sasa dan kacak, buatkan hati saya mudah cair. Contoh terdekat ialah Aaron Aziz, Henry Golding dan Adi Putra.

“Apabila berjumpa dengan mereka, secara automatik karakter saya berubah menjadi wanita yang sopan.

“Bagaimanapun, ini tidak bermakna saya akan mudah jatuh cinta walaupun lelaki tersebut sudah cukup kriteria pada pandangan mata saya,” katanya.

Tambah gadis kelahiran Johor Bahru, Johor itu, dia berharap, kriteria yang ditekankan itu tidak akan mengaburi matanya sehingga tidak sedar bahawa dirinya sedang dipermainkan.

-Mynewshub.my

Admin: Bagus sangat la tu, jangan pula lepas ni skandal dengan suami orang ye Miera..
Berbaloikah Pilihan Telefon Pintar Anda?

Berbaloikah Pilihan Telefon Pintar Anda?

Selaras dengan kemajuan sains dan teknologi, belia terutama remaja pada masa kini telah beralih menggunakan telefon pintar serta mula dikenali sebagai ‘penggila’ gadget.


Namun, tidak semua telefon pintar yang digunakan berada pada tahap yang diharapkan oleh penggunanya apabila mereka seolah-olah dilanda dilema apabila telefon pintar mereka mengalami pelbagai masalah.

Rata-rata ramai yang merungut berkenaan kelemahan signal operator, data server yang tidak mampu menampung kapasiti beban hingga ada yang mempersoalkan sistem tetapan (setting) yang tidak tepat.

Ini kerana, jika dilihat telefon pintar pada masa kini hanya mampu bertahan dalam anggaran tiga ke empat tahun sahaja.

Selepas itu, mungkin telefon tersebut akan mengalami pelbagai masalah dan pengguna akan mula beralih kepada telefon pintar yang baru.

Permasalahan itu nampaknya semakin meruncing pada masa kini.

Pada masa yang sama, ada juga yang menyatakan, “kalau telefon bimbit dihasilkan bagi penggunaan hingga 10 tahun, macam mana syarikat telefon nak untung?”

Justeru, ramai yang mempersoalkan syarikat-syarikat pembuatan telefon berkenaan kualiti serta tahap daya tahan telefon yang dihasilkan.

Apakah jenis telefon pintar yang pernah anda gunakan dan apakah masalah yang sering dihadapi oleh anda sebagai pengguna telefon pintar?

-Mynewshub.my
Telefon Pintar Penyumbang Penyakit Merbahaya!

Telefon Pintar Penyumbang Penyakit Merbahaya!

Kebergantungan kepada penggunaan telefon pintar membuatkan kita lebih terdedah kepada penyakit merbahaya kerana peranti elektronik mudah menjadi tempat pembiakan bakteria.


Doktor memberi amaran gabungan penggunaan telefon secara dekat dengan telinga, hidung dan mulut boleh mendedahkan diri dengan kuman serta membahayakan kesihatan.

Kajian mendapati, telefon pintar adalah pembawa kuman yang diperolehi dari pintu bilik mandi yang boleh mendatangkan penyakit termasuk selesema, cirit-birit dan jangkitan mata.

Selain itu, penjagaan kebersihan diri yang tidak betul juga boleh mempengaruhi kesihatan pengguna telefon.

Walaupun mempunyai risiko yang tinggi tetapi ramai pengguna membawa telefon kemana-mana sahaja termasuk ke bilik tidur dan juga ke tempat makan.

Telefon pintar adalah pembawa paling tinggi kolifom iaitu sejenis bakteria pencemaran najis.

Hasil kajian oleh makmal HML di Muncie terhadap lapan buah telefon mendapati terdapat 2,700 hingga 4,200 unit bakteria kolifom.

"Kami menemui pepijat pada calitan berminyak di skrin sentuh,'' kata Profesor Michael Schmidt yang juga Naib Pengerusi Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi di Universiti Perubatan, South Carolina.

Jurnal Mikrobiologi Gunaan yang diterbitkan pada tahun 2011 mendapati 20 hingga 30 peratus virus boleh dipindahkan secara mudah melalui hujung jari ke permukaan kaca seperti skrin sentuh.

Universiti Cape Coast di Ghana juga yang membuat kajian terhadap 100 orang pengguna telefon menemukan kepelbagaian bakteria di telefon mereka.

-AGENSI

Kate Wanita Paling Cantik di UK

Kate Wanita Paling Cantik di UK

Isteri kepada Putera William, Kate Middleton mengetepikan aktres Keira Knightly dan Emma Watson untuk mengungguli senarai Wanita Paling Cantik Semula Jadi di United Kingdom (UK).


Berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap 1,000 orang lelaki dan perempuan Britain, Middleton layak mendapat gelaran tersebut kerana dia memiliki sifat dan gaya Inggeris klasik yang menawan.

Penyampai televisyen, Holly Willoughby berada pada kedudukan kedua manakala Knightly di tempat ketiga.

Middleton memperoleh undian sebanyak 16 peratus untuk berada di tempat pertama senarai manakala Willoughby mencatatkan undian sebanyak 10 peratus di belakang puteri itu.

Penyanyi pop sensasi Britain, Cheryl Cole turut tidak ketinggalan tersenarai sebagai Wanita Paling Cantik Semula Jadi apabila menempa kedudukan kesembilan dalam senarai.

Mengikuti jejak langkah kakaknya, Pippa turut tersenarai pada kedudukan ke-10.

Aktres Emma Watson dan Kate Winslet pula, masing-masing berada pada kedudukan keenam dan kelapan dalam senarai Wanita Paling Cantik Semula Jadi di UK.

-AGENSI

Wajah Kantoi Gadis Baru Bangun di Facebook

Wajah Kantoi Gadis Baru Bangun di Facebook

Kalau para gadis dan budak sekolah nak upload gambar difacebook mesti wajah berseri-seri (konon la). Tapi sebenarnya diorang tu macam orang lain juga. Rambut berserabut, pakaian macam siot, wajah macam entah apa-apa.

Tak percaya? Jom lihat gambar kat bawah..


Kan dah kantoi..

Perbezaan Gamer Lelaki dan Perempuan!

Perbezaan Gamer Lelaki dan Perempuan!

Menurut satu kajian, wanita juga seperti lelaki sangat suka permainan video game cuma, keaktifan mereka menurun apabila dikurniakan anak apabila berumahtangga.

Gamer

Namun, kita tidak pernah tahu apa sebenarnya luahan perasaan antara lelaki dan wanita apabila melihat antara satu sama lain ketika bermain video game.

Nak tahu lihat gambar dibawah ni..

Gamer

Ada betul ker?

BACA INI JUGA: Tradisi 'Ala Kachuu' Kyrgyzstan, Budaya Culik Gadis Untuk Dikahwini Secara Paksa!

Friday, October 26, 2012

Gadis Derita Kaki di 'Tumbuhi Akar'

Gadis Derita Kaki di 'Tumbuhi Akar'

Seorang budak perempuan berusia 11 tahun menderita penyakit kulit di seluruh badan sehingga menyebabkan dia tercicir pelajaran selama empat tahun. Nurirmayanti yang turut menghidap sindrom Down merintih kesakitan setiap hari apabila keadaan fizikalnya semakin teruk akibat kulitnya menggelupas dan ditumbuhi keruping, malah kakinya seperti ‘berakar’.


Jika dilihat sekali imbas, keadaan Nurirmayanti Semaun dari Kampung Kedondong, mirip ‘Orang Pokok’, Dede, 40, dari Cililin Kabupaten Bandung, Jawa Barat, Indonesia yang mendapat perhatian selepas kisahnya tersiar di dokumentari ‘My Shocking Story’ di saluran Discovery Channel, pada November 2007.

Bagaimanapun Dede menderita ketumbuhan ketuat seperti kulit kayu pada sebahagian besar tubuhnya, tetapi Nurirmayanti yang turut menghidap sindrom Down merintih kesakitan setiap hari apabila keadaan fizikalnya semakin teruk akibat kulitnya menggelupas dan ditumbuhi keruping, malah kakinya seperti ‘berakar’.

Dia yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas, Tendong terpaksa menangguhkan persekolahan dan kini dijaga ibunya, Rohimah Salleh, 51, setiap masa.

Apa yang merunsingkan ialah bapanya, Semaun Ismail, 59, hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan berpendapatan tetap RM500 dan sebanyak RM200 digunakan untuk membeli ubat-ubatan anak bongsunya itu.

-Harianmetro

Iklan Mengelirukan Akan Dikenakan Tindakan Undang-undang

Iklan Mengelirukan Akan Dikenakan Tindakan Undang-undang

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mana-mana individu mengeluarkan iklan mengelirukan dan palsu mengenai butiran kuantiti, kualiti, harga, keberkesanan produk dan kebolehdapatan, boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun.


“Bagi pertubuhan pula, boleh didenda tidak lebih RM100,000 bagi kesalahan pertama dan tidak lebih RM200,000 bagi kesalahan kedua,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Garis Panduan Mengelakkan Iklan Palsu dan Mengelirukan di sini, Isnin.

Ismail Sabri berkata, butiran mengenai tindakan ke atas pengiklan terkandung dalam garis panduan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengiklanan berikutan pindaan terhadap Bahagian XIA, Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang diluluskan Parlimen, baru-baru ini.

“Pindaan itu adalah bagi menjelaskan perkara-perkara berkaitan palsu atau mengelirukan bertujuan melindungi pengguna daripada tertipu dengan iklan-iklan tersebut.

-BERNAMA