Friday, October 26, 2012

Meteor Paling Besar Gugur Ke Bumi

Meteor Paling Besar Gugur Ke Bumi

Meteorit yang jatuh di Hoba West, Afrika, pada tahun 1920 merupakan yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi.


Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 tan.

Thursday, October 25, 2012

Peragut Di Malaysia Kena Sembelih

Peragut Di Malaysia Kena Sembelih

Malaysia - 26/10/12, Begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk Kampung Tak Wujud. Menurut saksi, Haji Manan Jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu tapi sempat dihalang oleh jirannya.

Gambar hiasan

Ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa-apa barang berharga yang didapati pada peragut itu. Salah seorang penduduk tempatan yang juga Ketua Kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut ini sambil kaki peragut itu diikat.

Setelah mendengar takbir bergema, dia telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan. Orang ramai tidak menghalang perbuatan ketua kampung itu malahan mereka juga bersiap sedia dengan pisau. Daging mangsa dilapah dan diedarkan kepada penduduk tempatan selain di makan. Selepas disiasat, rupanya peragut itu ialah lembu dan kambing.

Huh..

-Iznawzi.blogspot.com

Zayn Malik Ketagih Cacah Tatu

Zayn Malik Ketagih Cacah Tatu

Ahli kumpulan penyanyi remaja One Direction, Zayn Malik baru-baru ini memberitahu dia bercadang menambah lebih banyak tatu di badan.


Keputusan ini juga nampaknya ada kena mengena dengan kekasihnya, Perrie Edwards yang cukup suka melihat pelbagai bentuk lukisan di badan Malik.

Ditemuramah sebuah majalah baru-baru ini, Malik berterus terang bahawa dia memang cukup ketagih untuk mencacah tatu lagi.

"Ya memang boleh buat ketagih. Saya bercadang untuk penuhkan tatu di bahagian lengan dari paras siku. Ada banyak idea, sesetengahnya saya sudahpun lukis sendiri. Memang saya sangat ketagih dengan idea ini."

"Kekasih saya kuat menyokong dan dia suka akan konsep rock 'n' roll," beritahunya.

Memiliki wajah yang mampu mencairkan hati mana-mana wanita, dia menolak untuk mengatakan cintanya terhadap Edwards tidak ikhlas. Malah khabar angin yang kononnya dia curang turut ditepisnya.

"Mungkin ada yang iri hati bila saya sudah ada kekasih. Saya pernah memberitahu dia Perrie, ini kerja saya, dan perkara ini akan terjadi. Saya juga ada bertanya apakah dia masih mahu bersama saya? Perri sangat mempercayai saya, saya juga percaya kepada dia dan sebab itu hubungan ini berjaya," katanya.

-Utusan.com.my

Pasangan Tertidur Bogel Dalam Kereta

Pasangan Tertidur Bogel Dalam Kereta

Pasangan yang dipercayai dari luar negara ini tertidur selepas ehem-ehem..


Langsung tidak menyedari gambar mereka diambil dengan lelaki sepenuhnya bogel dan pasangan wanitanya hanya memakai baju tanpa pakaian sebelah bawah.


Tom Cruise Saman Majalah $50 Juta

Tom Cruise Saman Majalah $50 Juta

Aktor Hollywood, Tom Cruise memfailkan saman terhadap penerbit majalah Amerika Syarikat, Life and Style sebanyak AS$50 juta berhubung laporan muka depan yang mendakwa beliau tidak menjaga anak perempuannya, Suri.


Peguam Cruise berkata, majalah mingguan keluaran 30 Julai lalu memaparkan tajuk “Suri in tears, abandoned by her dad,’ (Suri dalam kesedihan, ditinggalkan ayahnya) dengan gambar Suri yang berusia enam tahun teresak-esak menangis.

Suri dilaporkan tinggal dengan ibunya, Katie Holmes sejak pasangan itu mengumumkan berita mengejutkan bahawa mereka bercerai.

Peguam Cruise, Bert Fields berkata, pihaknya memfailkan saman fitnah itu semalam di Mahkamah Daerah Los Angeles dengan menuntut ganti rugi bernilai AS$50 juta.

“Tom adalah seorang ayah yang sayangkan Suri. Suri adalah sebahagian kehidupannya. Untuk menyatakan dia tidak ‘memeliharanya’ adalah satu pembohongan yang keterlaluan,” kata Fields dalam satu kenyataan.

–AFP

Fina AF9 Tindik Pusat dan Tatu Gambar Rama-rama!

Fina AF9 Tindik Pusat dan Tatu Gambar Rama-rama!

Terbaru Fina AF9 yang popular bersama lagu 'Menangis Lagi' menimulkan kontroversi di dunia Instagram apbila beliau telah memuatnaik sekeping gambar bertindik di bahagian pusat yang dipercayai adalah dirinya.


Bukan itu saja, penyanyi bersuara lantang ini juga dipuji amat berani oleh followersnya kerana telah memuat naik gambar yang memaparkan bahagian abdomen yang ramping itu dan ini sedikit sebanyak memberikan imaginasi yang nakal kepada lelaki yang melihatnya.

Jadi, untuk mengetahui perkara yang seenarnya, sebuah portal hiburan tanahair telah menemubual Fina AF9. Adakah dia sengaja membangkitkan kontroversi ataupun terlepas pandang semata-mata?

Nak tahu jawapan dari Fina AF9 tak? inilah jawapan yang diberikan:-

“Sebenarnya, gambar tersebut bukanlah saya. Saya cuma ambil dari internet dan sengaja memilih gambar wanita yang rambutnya hampir serupa dengan saya serta muat naik dengan tujuan suka-suka. Tak mungkinlah saya tindik pusat, kemudian masukkan ke laman sosial. Kalau ibu saya tahu, pasti dia akan marah. Jadi, tak ada sebab saya ingin lakukan perkara sebegitu”

-Ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com
Adakah Telefon Bimbit Anda 'Made In China'?

Adakah Telefon Bimbit Anda 'Made In China'?

Ini adalah cara untuk mengetahui di negara mana telefon bimbit anda di buat serta kualitinya.

Nokia Imei Number

Langkah pertama : tekan *#06#

Setelah itu akan muncul 15 angka no siri (Imei Number)

Contoh: 316725[10]4690216

Jika angka ke tujuh dan ke lapan adalah angka 02 atau 20, bererti telefon bimbit anda dibuat di Asia (China) dengan kualiti rendah.

Jika angka ke tujuh dan kelapan adalah angka 08 atau 80, telefon bimbit tersebut dibuat di Jerman dengan kualiti baik.

Jika angka ke tujuh dan kelapan adalah angka 01 atau 10, telefon bimbit tersebut dibuat di Finland dengan kualiti baik.

Jika angka ke tujuh dan kelapan adalah angka 00, telefon bimbit tersebut dibuat di Perancis dengan kualiti paling baik.

Jika telefon bimbit anda tidak termasuk dari salah satu di atas bererti telefon bimbit anda tidak original.

PS: Untuk Nokia Saja :)

BACA INI JUGA: 6 Aplikasi Hebat Setanding Whatsapp

Sumber: Diysteps.blogspot.com

Panduan Mudah Jika Telefon Bimbit Anda Dicuri!

Panduan Mudah Jika Telefon Bimbit Anda Dicuri!

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri? Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di handset anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.


Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.

Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.

Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Rahsia Kuasa Bateri Tersembunyi Handphone Anda

Rahsia Kuasa Bateri Tersembunyi Handphone Anda

Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan cas masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan cas tambahan.


Bayangkan jika cas telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau 'mati' sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.

Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan cas bateri simpanan.

Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#.

Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.

Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.

Tertinggal Kunci Dalam Kereta? Cuba Cara Ajaib Ini

Tertinggal Kunci Dalam Kereta? Cuba Cara Ajaib Ini

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?


Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera (alarm) sahaja.

Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm (satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ON’ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada handsetnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.

Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan handphone dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.