Tuesday, October 23, 2012

Jahil! Lagi Artis Melayu Peluk Anjing!

Jahil! Lagi Artis Melayu Peluk Anjing!

Sebelum ini, negara agak kecoh apabila terdapat beberapa selebriti tanah air yang beragama Islam bergambar dengan memegang anjing.

Antara artis yang pernah terlibat adalah penyanyi, Adira dan pelakon, Nanu Baharudin.

Kini, menerusi laman portal Budiey.com, giliran penyanyi rap Nadhira pula dilihat sedang memegang binatang yang diharamkan itu.


Namun begitu, tidak pula penulis tahu sejauh mana keadaan anjing berkenaan.

Misalnya sama ada basah atau kering.

Mungkin Nadhira dapat memberi kenyataan berhubung isu ini kelak.

Sementara itu, bagi seiapa yang tidak mengenali Nadhira, dia sebenarnya artis Malaysia yang sedang meningkat naik di persada seni antarabangsa.

Antara lagunya yang popular adalah Hitam Kuning (Go Tigers), Rindu dan Tears Us Apart.

-Mynewshub.my
Pemilik Formula Satu Lotus Tawan Hati Maya Karin?

Pemilik Formula Satu Lotus Tawan Hati Maya Karin?

Selepas tersebarnya gambar aktres, Maya Karin yang berada di garaj pasukan Lotus, Formula Satu di Singapura baru-baru ini, timbul spekulasi mengatakan Maya mempunyai hubungan cinta dengan pemilik Lotus berkenaan.


Spekulasi itu timbul memandangkan setiap pengunjung tidak boleh berada di kawasan tersebut walaupun mempunyai tiket untuk masuk ke acara itu.

Jadi, dengan munculnya gambar Maya di garaj itu, ramai pihak percaya wanita berdarah kacukan ini mempunyai talian kuat dengan orang atasan Lotus.

Namun, Maya menafikan dia bercinta dengan pemilik Lotus tersebut dan hanya mempunyai hubungan sebagai kawan sahaja.

“Saya tahu memang tempat itu (garaj Lotus) tidak boleh masuk dengan membeli tiket tetapi saya ada kenalan yang juga pemilik Lotus itu yang bawa saya ke situ.

“Kami hanya kenalan tetapi tidak bercinta. Apa yang pasti, saya ramai kawan,” kata Maya yang dipetik melalui laporan Kosmo! hari ini.

Maya yang sebelum ini pernah berkahwin dan bercerai dengan bekas suaminya, Steven David Shorthose pada pada tahun 2010 mengakui masih lagi solo dan tiada teman istimewa dalam hatinya.

Walaupun baru-baru ini digosipkan semakin rapat dengan aktor Remy Ishak, Maya enggan cerita peribadinya yang mesra berkawan dengan orang ramai diperbesarkan.

Kata Maya, dia sekarang ini mahu berkawan dengan semua orang dan mahu mengenali dengan ramai kenalan baru dalam perjalanannya mengembara ke seluruh dunia.

Maya yang ketika ini sedang berada di Nepal selama 10 hari sejak Khamis lalu bersama bapanya untuk mendaki gunung di Katmandu tidak menolak sekiranya bertemu dengan jodoh baru.

“Saya masih lagi solo, tetapi saya ramai kawan, banyak dapat kerja, banyak tempat melancong tetapi masih belum ada teman lelaki. Dalam masa dua tiga tahun ini kalau saya jumpa sesiapa semasa melancong itu mana tahu.

“Saya tidak letak sasaran umur berapa untuk berkahwin lagi biarlah ia berlaku secara semulajadi,” kata Maya.

-Mynewshub.my

Monday, October 22, 2012

Polis Tahan Doktor Cabul Budak Lelaki Di klinik

Polis Tahan Doktor Cabul Budak Lelaki Di klinik

Polis hari ini menahan seorang doktor sebuah klinik swasta di sini kerana dipercayai mencabul seorang budak lelaki berumur 12 tahun di kliniknya itu, dua hari lepas.

Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata doktor lelaki berusia 40 tahun dan masih bujang itu ditahan di kliniknya pada kira-kira 1 tengah hari ini selepas bapa budak lelaki itu membuat laporan polis semalam.

Katanya bapa budak lelaki itu mengesyaki sesuatu berlaku ke atas anaknya selepas melihat anaknya memiliki sebuah telefon bimbit yang didakwa diberikan oleh doktor itu.

"Siasatan awal mempercayai doktor itu mengumpan kanak-anak tersebut ke dalam kliniknya dengan memberikan telefon bimbit jenis Samsung Galaxy Ace sebelum mencabul," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, di sini, hari ini.

Katanya budak lelaki itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk pemeriksaan.

Sementara itu, Noor Hashim berkata polis berjaya menumpaskan kumpulan 'Nara' yang terlibat dengan kegiatan samun di sekitar bandar raya ini selepas menahan enam lelaki sejak hujung September lepas.

Katanya seorang daripada anggota kumpulan itu ditahan di Jalan Sui Koon, di pusat bandar ini kira-kira pukul 10 malam, 28 September lepas manakala lima yang lain ditahan di kawasan Kangkar Pulai, Taman Universiti dan Skudai Villa pada Khamis dan Jumaat lepas.

"Polis merampas pelbagai senjata dan barangan samun termasuk sebuah kereta Nissan Sentra, sebuah motosikal jenis Honda Wave, wang tunai RM1,584, lapan telefon bimbit pelbagai jenama, dua jam tangan, dua beg galas, topi keledar, kapak, rotan, batu pengasah serta cable tight yang dipercayai digunakan bagi mengikat mangsa," katanya.

Beliau berkata kesemua lelaki terbabit berumur 20 hingga 42 tahun, mengaku terlibat dengan tujuh kes samun dengan dua daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu.

-Bernama

Mekanik Dipenjara Rogol Remaja

Mekanik Dipenjara Rogol Remaja

Seorang mekanik dihukum penjara 14 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan satu pertuduhan seks oral terhadap seorang remaja lima bulan lepas.

Gambar hiasan

Hakim Balqis Aini Mohd Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hairi Hamzah selepas dia menukar pengakuan bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Hairi, 25, dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan, empat tahun dan satu sebatan untuk pertuduhan kedua serta hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan ketiga.

Bagaimanapun, Balqis Aini memerintahkan supaya hukuman penjara dijalankan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap 5 Jun lalu. Ini bermakna Mohd Hairi hanya perlu menjalani hukuman penjara lima tahun.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Hairi didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah pangsapuri di Puchong antara 9 malam hingga 12 tengah malam pada 24 Mei lepas, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Dalam pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan seks oral terhadap mangsa sama di tempat dan waktu sama, mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Mohd Hairi didakwa merogol mangsa tersebut di kawasan yang sama pada 22 Mei lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya mahkamah mengurangkan hukuman atas alasan mempunyai tanggungan ibu, isteri dan anak.

Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah memohon supaya hukuman setimpal dijatuhkan terhadap tertuduh sebagai satu pengajaran terhadapnya.

-Bernama

Pelakon Nad Zainal Dipulau Wartawan!

Pelakon Nad Zainal Dipulau Wartawan!

Tidak semena-mena nama pelakon yang semakin meningkat naik, Nad Zainal terpalit dengan kontroversi kononnya dia akan dipulau oleh segelintir wartawan hiburan.

Nad Zainal

Pelakon genit itu dikatakan sukar memberikan kerjasama selain turut digelar kekwat apabila dirinya dikhabarkan sukar untuk mengangkat telefon ketika dihubungi wartawan.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara ini, Nad menyatakan, “saya tak tahu dari mana datangnya cerita ini dan ini kali pertama dengar (mengenai diboikot wartawan).”

“Saya kurang ajar dan tak angkat panggilan? Telefon saya ini sentiasa ada di tangan saya. Mustahil saya tak perasan setiap kali ada kalau ada panggilan ataupun mesej yang masuk. Saya memang betul tak tahu macam mana isu ini boleh timbul,” katanya ketika ditemui semasa Siri Jelajah Anugerah Skrin 2012 di e@Curve, Mutiara Damansara dekat Petaling Jaya, semalam.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 22, yang kelihatan sangat terkejut dengan dakwaan itu menyatakan tidak kisah sekiranya dirinya diboikot wartawan kerana dia tidak membuat hal dengan pihak lain sebaliknya dia sentiasa memberikan kerjasama apabila diminta menjawab sebarang pertanyaan yang dikemukakan pihak media kepada dirinya sebelum ini.

“Saya ni kurang ajar ke? Mungkin ada soalan yang saja jawab kurang menyenangkan mereka.

“Kalau ikut perwatakan saya memang macam ni, agak kasar sikit. Tapi bila saya jumpa mana-mana wartawan ataupun orang ramai, saya pun tahu nak hormat mereka," katanya.

Jelas Nad: "Bagi saya mudah saja, mungkin sebab tak ada isu panas tentang saya, maka timbul pula cerita fasal sikap saya pula. Susahlah macam ini kerana saya masuk dalam bidang seni adalah untuk belajar, bukan untuk mencipta sebarang kontroversi.

“Tapi tak mengapalah, biarlah, mulut orang kita tak boleh nak tutup,” katanya yang mahu lebih memberi fokus ke atas kariernya daripada memikirkan kontroversi remeh-temeh.

-Sinarharian
Derita Wanita Mangsa Perkahwinan Paksa

Derita Wanita Mangsa Perkahwinan Paksa

Pada 2011, kerajaan Britain melalui Unit Perkahwinan Paksa merekodkan 1,468 kes remaja bawah umur dipaksa berkahwin, dan 78 peratus daripada jumlah itu membabitkan wanita.

Sally dan Nabil (gambar kecil).

Namun, kerajaan Britain mengakui jumlah itu hanyalah permukaan dan tidak menggambarkan skala sebenar perkahwinan bawah umur kerana kebanyakan kes tidak dilaporkan. Kerajaan menganggarkan 5,000 hingga 8,000 kes perkahwinan paksaan di Britain setiap tahun.

Permainan bertukar menjadi tragedi

Ketika zaman kanak-kanak, Sally as-Sabahi suka berlakon berkahwin dengan adik-beradiknya.

Sebagai kanak-kanak perempuan yang hidup susah di ibu negara Yaman, Sanaa, dia membayangkan baju pengantin yang cantik, alat solek dan majlis meriah membantunya melupakan kesusahan hidup dalam kemiskinan.

Jadi apabila ibunya menunjukkan gaun putih dan barang kemas kepadanya, Sally yang berumur 10 tahun bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki dipilih ibu bapanya.

Lelaki bernama Nabil, 25, itu adalah saudaranya sendiri yang sebelum ini pernah berkahwin.

“Ayah dan mak memanggil saya keluar ke halaman rumah,” kata Sally yang menceritakan bagaimana dia akhirnya berkahwin dengan Nabil.

“Mereka beritahu saya supaya menarik nafas panjang dan bertanya sama ada saya ingin berkahwin. Saya jawab ya, tetapi adakah saya akan mendapat sehelai gaun, gula-gula, dan barang permainan?

“Mereka menjawab ya. Mereka berjanji akan memberikan apa sahaja kepada saya,” ceritanya.

Sally memenangi kes di mahkamah untuk bercerai dengan Nabil pada 2010 selepas kisahnya dilaporkan media tempatan dan mencetuskan debat di peringkat kebangsaan mengenai amalan perkahwinan pada usia muda.

“Saya tidak menggelarnya perkahwinan, saya menggelarnya rogol,” kata Shada Nasser, peguam wanita yang telah beberapa kali mengendalikan kes perkahwinan kanak-kanak perempuan bawah umur.

Pusat Kajian Wanita Antarabangsa mendapati hampir separuh daripada kanak-kanak perempuan di Yaman dikahwinkan sebelum umur mereka mencecah 18 tahun.

Kajian Universiti Sanaa mendapati di beberapa wilayah di negara itu, separuh daripada kanak-kanak perempuan dikahwinkan sebelum umur 15 tahun.

Sally masih ingat malam pertama perkahwinannya apabila Nabil memaksanya melakukan hubungan seks.

“Pada mulanya, saya rasa selamat. Sebab saya tidak tahu pun apa yang berlaku, jadi tentu saya tidak rasa takut. Tetapi kemudian saya berasa sakit dan darah mula keluar.

“Saya menangis dan menjerit. Saya benci diri saya sendiri. Sejak itu, saya melihat dia seperti bayang kematian,” cerita Sally.

Satu malam, apabila Sally enggan tidur dengan Nabil, ibu mertuanya mengikat kanak-kanak perempuan itu di katil.

Air mata ibu Sally, Nouria mula tumpah.

“Saya tidak pernah bercerita kepada Sally mengenai hubungan seks kerana saya malu. Saya sangka kakak saya (ibu Nabil) akan menjaga Sally seperti anak sendiri,” katanya.

Namun segala penderitaannya berakhir apabila dia memenangi kes penceraian pada 27 Mac 2010.

“Pagi itu saya rasa seolah-olah ada awan hitam di atas kepada saya, tetapi sekarang saya rasa sangat bebas,” katanya selepas menandatangani dokumen penceraian itu.

Apa pula kata Nabil?

“Semua lelaki perlu pertimbangkan umur, otak dan pastikan bakal isteri anda tidak gila,” katanya disambut gelak tawa sekumpulan lelaki yang berkumpul pada hari penceraiannya.

“Saya datang ke rumahnya dan berkahwin dengannya. Saya tak rasa ia adalah satu masalah kerana saya tidak tahu umur sebenar Sally,” katanya.

–Al Jazeera

Ibu Dilanggar Trailer Ketika Cuba Selamatkan Anak!

Ibu Dilanggar Trailer Ketika Cuba Selamatkan Anak!

Seorang wanita Russia berusia 30 tahun terbunuh ketika cuba menyelamatkan anak perempuannya yang berusia setahun tujuh bulan daripada dilanggar trak trailer 18 tayar di daerah Sattahip, Chon Buri, semalam.

Gambar hiasan

Selepas mendapat laporan pada kira-kira jam 1 pagi, polis NA Jomtien menemui mayat wanita itu di laluan kiri Jalan Sukhumvit (Pattaya-Sattahip) bertentangan Hotel Dor-Shada.

Anak perempuannya yang cedera, dihantar ke Hospital Krunghthep Pattaya.

Pemandu trak, Supachai Kanchanakrajang, 21 yang menyerah diri di tempat kejadian berkata, dia dalam perjalanan pulang selepas membuat penghantaran di bandar Pattaya apabila mendengar jeritan dan melihat di cermin pandang belakang bahawa dia melanggar seseorang ketika membuat pusingan U.

-The Nation

Gadis Berbulu Lebat Hidap Penyakit Serius

Gadis Berbulu Lebat Hidap Penyakit Serius

Bagi setiap gadis, usia belasan tahun adalah yang paling sukar dalam kehidupan mereka dan juga yang paling menyeronokkan dan tidak boleh dilupakan.

Gadis Berbulu Lebat Hidap Penyakit Serius

Tetapi tidak bagi Nana, 16, yang baru-baru ini ditumbuhi bulu lebat pada muka dan tubuhnya selepas menjalani rawatan untuk menyelamatkan nyawa.

Dia kini lebih rela menghabiskan masa bersendirian, berkurung di dalam bilik.

Gadis warga China itu, yang hanya mahu dikenali dengan nama pertamanya, menunjukkan janggut dan misai lebat yang tumbuh kerana menghidap penyakit ganjil, hirsuitism, selepas menjalani rawatan.

“Doktor berkata, penyakitnya amat serius dan dia boleh mati jika tidak dirawat,” kata ibu gadis itu kepada agensi berita China, Zinhua.

Nana terpaksa dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap ‘aplastic anemia’ pada 2010, penyakit yang menyebabkan tulang sumsum Nana tidak menghasilkan sel darah baru secukupnya.

Kesihatannya semakin pulih selepas menjalani rawatan dengan memakan ubat.

Bagaimanapun, keadaan fizikalnya mula berubah.

“Selepas memakan ubat itu, jambang lebat tumbuh pada muka sementara ketiak dan kakinya dilitupi bulu yang juga lebat,” menurut laporan Liao Shen Evening News.

“Setiap hari dia menangis, ingin ke sekolah,” kata ibunya.

Gadis itu berhenti sekolah pada 2010 kerana keadaannya itu.

Si ibu menyifatkan anaknya sebelum ini sebagai periang tetapi sejak menghadapi masalah itu, dia mula memencilkan diri dan memakai topeng kertas untuk melindungi mukanya dan kemeja lengan panjang setiap kali keluar rumah.

“Dia kini tidak mahu bercakap walaupun sepatah dan lebih banyak menghabiskan masa di bilik, membaca buku,” lapor Zinhua.-DM

Lelaki Tua Disangka Sampah Mati Digelek!

Lelaki Tua Disangka Sampah Mati Digelek!

Seorang lelaki tua terbunuh selepas sebuah trak pembersih jalan melanggarnya dan mayatnya ‘disapu’ hingga kawasan pembuangan sampah.

Sampah
Gambar hiasan

Mayat yang polis yakin lelaki berusia 69 tahun ditemui oleh seorang pekerja di Teluk Tokyo dalam longgokan sampah yang dibawa oleh trak berkenaan, lapor akhbar tempatan.

Lelaki itu dipercayai sedang berbaring di jalan raya pada awal pagi apabila dia dilanggar.

Rangkaian Berita Fuji melaporkan, kasut milik mangsa ditemui di jalan raya itu sementara semua tulang mayat itu patah.

Pemandu trak memberitahu polis, dia tidak menyedari sesuatu yang ganjil ketika mengendalikan kenderaan itu.-AFP

Syarikat Penerbangan Sedia Khidmat Pondan Muflis!

Syarikat Penerbangan Sedia Khidmat Pondan Muflis!

Selepas berjaya beroperasi dan menawarkan khidmat kru kabin pondan pertama di Thailand, syarikat penerbangan PC Air terpaksa menggantung perkhidmatan mereka disebabkan masalah kewangan dan menyebabkan penumpang terkandas di Korea Selatan.


Timbalan Menteri Pengangkutan, Chadchart Sittipunt berkata, “Syarikat penerbangan itu memberitahu Jabatan Penerbangan Awam Jumaat lalu, mereka tidak dapat meneruskan khidmat penerbangan disebabkan masalah perniagaan, maka mereka terpaksa menggantung perkhidmatan mereka.”

Langkah itu dijangka berterusan sehinga akhir bulan ini.

PC Air menjadi tajuk utama apabila mengambil empat pondan sebagai pramugari dan menawarkan khidmat penerbangan dari Bangkok ke Hong Kong dan destinasi Asia yang lain.

-BP