Monday, October 22, 2012

Maradona Terkejut Isteri Mengandung

Maradona Terkejut Isteri Mengandung

Bintang legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona terkejut dengan perkhabaran beliau akan menjadi bapa sekali lagi pada usia hampir 52 tahun, menurut doktor keluarganya, Alfredo Cahe, kelmarin.


Teman wanita Maradona yang berusia 34 tahun, Veronica Ojeda sudah disahkan mengandung lima bulan anak keempat bekas pemain bola sepak itu.

“Veronica selamba saja namun Diego terkejut kerana ia tidak dirancang pasangan itu,” kata Cahe di hospital Buenos Aires ketika bapa bekas bintang bola sepak itu dirawat kerana jangkitan pundi kencing.

Cahe menambah kandungan Veronica sihat.

Maradona, yang berusia 52 tahun pada 30 Oktober ini, mempunyai dua anak perempuan, Dalma, 25, dan Giannina, 23, menerusi perkahwinan dengan Claudia Villafane dan seorang anak lelaki, Diego Jnr, 26, yang lahir berikutan hubungan terdahulu dengan warga Itali, Claudia Sinagra ketika beliau bermain buat Napoli.

Pemain yang mengemudi Argentina menjuarai Piala Dunia 1986 dan kemudian layak ke final 1990, sudah bergelar datuk selepas Giannina berkahwin dengan penyerang Manchester City, Sergio Aguero dan dikurniakan anak lelaki, Benjamin, 3.

-AFP

Ngeri! Tangan Hampir Putus Ditetak Peragut

Ngeri! Tangan Hampir Putus Ditetak Peragut

Seorang wanita nyaris putus tangan kiri akibat ditetak dengan kapak apabila cuba mempertahankan beg tangan dibawanya daripada diragut penjenayah di sebuah pasar raya di Keningau, Sabah, kelmarin.

Ngeri! Tangan Hampir Putus Ditetak Peragut
Kesan tompokan darah daripada kecederaan dialami mangsa yang ditetak.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 30-an dikatakan mengunjungi sebuah pasar raya sebelum didatangi seorang suspek dari belakang dipercayai warga asing, kira-kira jam 6 petang.

Sumber berkata, suspek menarik beg tangan itu menyebabkan mangsa terkejut dan cuba menghalang.

“Mangsa yang tidak menyedari suspek membawa senjata cuba melawan selain menggenggam erat beg tangannya.

“Lelaki terbabit yang berang mengeluarkan kapak lalu menetak lengan wanita itu menyebabkan mangsa rebah,” katanya.-Hmetro

Gadis Seksi Promoter Daging Korban!

Gadis Seksi Promoter Daging Korban!

Seorang ahli perniagaan kereta di Depok, Jawa Barat, sanggup mengubah bilik pameran keretanya kepada sebuah ladang ternakan yang luas dalam usaha menarik pelanggan membeli lembu menjelang Hari Raya Aidiladha minggu depan.

Dua gadis berpakaian ala koboi sedang menunggu pelanggan 
untuk membeli lembu korban di sebuah bilik pameran di Depok, Jawa Barat.

Bagi menambah minat orang ramai, Doni turut mengupah gadis-gadis cantik berpakaian ala koboi untuk melayan pertanyaan pelanggan mengenai lembu-lembu yang dijual di bilik pameran seluas 1,000 meter persegi berkenaan.

Strateginya itu ternyata berjaya mengaut keuntungan apabila lembu-lembu ternakannya dijual antara harga Rp10 juta (RM3,159) dan Rp167 juta (RM52,757).

-Utusan

Ambil Peluang Berkhalwat Ketika Orang Tua Naik Haji!

Ambil Peluang Berkhalwat Ketika Orang Tua Naik Haji!

Seorang wanita dipercayai sanggup mengambil kesempatan untuk berdua-duaan dalam rumah bersama pasangannya ketika ketiadaan ibu bapanya yang menunaikan haji di Makkah sebelum mereka dicekup di Taman Semabok Jaya, kelmarin.

Gambar hiasan

Difahamkan, perbuatan wanita berkenaan disedari jiran berdekatan yang melihat kelakuan mencurigakan seorang lelaki berusia 40-an yang memasuki rumah didiami wanita berusia lewat 20-an itu.

Bertindak atas maklumat itu, penduduk setempat diketuai Imam Masjid Al-Abrar Semabok, Muhammad Taufik Khalil melakukan pemeriksaan lanjut sebelum menemui pasangan berkenaan di kawasan rumah berkenaan jam 8.30 malam.

Muhammad Taufik berkata, beliau dimaklumkan perkara itu apabila dihubungi seseorang ketika berada di masjid, jam 7.15 malam.

“Individu itu memberitahu yang seorang lelaki dilihat memasuki rumah wanita berkenaan dalam keadaan mencurigakan, selain turut menutup pintu pagar.

-Hmetro
Puluhan Kereta TONTO Himpit Kereta JPJ!

Puluhan Kereta TONTO Himpit Kereta JPJ!

Puluhan kereta tonto mengekori pihak berkuasa terutama anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di negeri ini, dilengkapi peralatan komunikasi canggih sebaik anggota penguatkuasa itu keluar bertugas.


Malah lebih teruk, tonto dengan beraninya ‘berkampung’ di luar pekarangan ibu pejabat JPJ Perak seolah-olah sengaja mencabar pihak berkuasa.

Sumber JPJ berkata, kumpulan tonto itu bertindak sebagai pelindung pelbagai kegiatan haram, termasuk sindiket curi pasir, perlombongan atau pembalakan haram, lori hantu, penjualan cakera padat digital (DVD) cetak rompak dan pelbagai jenayah lain.

Menurutnya, tonto terbabit bukan sahaja bersikap samseng, tetapi kini lebih berani dengan menyerang dan mencederakan pihak berkuasa yang menjalankan tugas.

“Kumpulan tonto bukan sahaja menjadi ‘orang hadapan’ memberi maklumat kepada pelanggan mereka mengenai kehadiran anggota penguatkuasa, malah berani mencabar, menghalang malah mengugut anggota penguatkuasa.

“Mereka dibayar sindiket antara RM50 dan RM100 sehari, malah ada turut dibekalkan minyak oleh tauke setiap hari demi memastikan misi mengawasi pergerakan pihak berkuasa berkesan,” katanya.

Kebanyakan tonto berkerja mengikut syif siang dan malam dengan menunggu di luar pejabat JPJ dan akan mengekori serapat 0.3 meter dari kenderaan penguatkuasa yang keluar melakukan operasi.

“Identiti kumpulan samseng ini mudah dikenal pasti kerana menggunakan kenderaan mempunyai banyak antena pada bumbung supaya memudahkan mereka menggunakan walkie-talkie selain menghantar maklumat kepada pemandu lori supaya mengelak menggunakan laluan yang ada pihak berkuasa.

“Kegiatan kumpulan samseng ini yang sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu, sudah banyak kali didedahkan media. Malangnya mereka semakin berani melakukan provokasi dan mengugut pihak berkuasa,” katanya.

Terbaru, kumpulan tonto bertindak menghimpit kenderaan JPJ yang mengejar sebuah lori membawa muatan berlebihan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) sebelum pemandu lori berkenaan membuang muatan tanah dibawanya di atas jalan utama berhampiran Taman Gemilang, di sini.

-Hmetro
Harga Rokok Naik Bermula Hari Ini!

Harga Rokok Naik Bermula Hari Ini!

British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan antara 20 sen hingga 60 sen ke atas produk tembakaunya mulai hari ini.


Pengarah Urusannya, William Toh berkata, ia berikutan penentuan harga baru ditetapkan Kastam Diraja Malaysia pada Khamis lalu.

“Kami dimaklumkan pihak berwajib mengenai penentuan harga di kilang rokok kami antara 26 peratus dan 58 peratus mulai Jumaat lalu.

“Ini sekali gus akan meningkatkan cukai jualan dan duti eksais yang ditanggung,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Antara rokok yang tersenarai di bawah BAT Malaysia adalah Dunhill, Kent, Pall Mall, Benson & Hedges dan Peter Stuyvesant.

Kali terakhir kadar duti eksais rokok meningkat adalah pada 2010 iaitu sebanyak tiga sen sebatang menjadikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang meningkat 63 sen iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen untuk cukai jualan.

-Hmetro

Saturday, October 20, 2012

Tips Mengambil Hati Isteri

Tips Mengambil Hati Isteri

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumah tangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Bahagiakan Isteri

Tips mengambil hati isteri ini sebenarnya sangat mudah tetapi adakalanya suami terlepas pandang dan tidak mengambil berat perasaan isteri.

Memberi hadiah kepada isteri

Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda.

Memuji masakan isteri anda

Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.

Temankan Membeli-belah

Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta.

Selalu memeluk dan membelai isteri

Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.

Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias

Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.

Tips yang sangat mudah tapi berkesan.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tips Mengambil Hati Suami

Tips Mengambil Hati Suami

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Mengambil Hati Suami

Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.

Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.

Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh. Tips yang sangat mudah tapi berkesan.

Memikat suami dengan bermanja

Kajian yang dilakukan oleh pihak Kinsey Institute dari Universiti Indiana ini telah menemu ramah hampir 1,009 pasangan suami isteri di Amerika Syarikat, Brazil, Jerman, Jepun dan Sepanyol.

Setiap pasangan suami isteri berumur antara 25 hingga 76 tahun dan sudah berkahwin sekurang-kurangnya lebih dari setahun.

Hasil kajian mendapati cara memikat suami yang paling berkesan ialah dengan bermanja dan cuddling kerana suami sebenarnya amat menyukai perbuatan itu dalam diam!

Malah, dari kajian ini juga, pengkaji dapat membuktikan yang:
  • Pasangan yang selalu menunjukkan penghargaan dari segi fizikal akan mempunyai hubungan intim yang lebih memuaskan.
  • Isteri merasakan semakin lama perkahwinan, semakin mereka puas dan nikmat hubungan seksnya.

Kajian ini dianggap sebagai “pembuka mata” kerana ia membuktikan kaitan antara kebahagiaan, kegembiraan rumah tangga dan hubungan seks yang sihat.

Secara keseluruhannya, kajian membuktikan cara memikat suami yang paling berkesan ialah dengan mengamalkan hubungan intim yang sihat, pasangan mencapai kepuasan dan menunjukkan penghargaan dari segi fizikal seperti bermanja atau berpelukan.

Kajian juga membuktikan walaupun suami anda itu seakan tidak suka bermanja, namun mereka sebenarnya amat menggemari sifat manja isteri!

Namun, mereka hanyalah bijak menyembunyikan emosi mereka sendiri. Jadi kali ini, kami sediakan bagaimana anda boleh cuba cara memikat suami melalui cara bermanja dengannya.

Jom cuba!

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Nama Emma 'Maembong' Jadi Isu Pula!

Nama Emma 'Maembong' Jadi Isu Pula!

Untuk pengetahuan, Emma Maembong tu bukan nama sebenar dia pun. Nama sebenarnya ialah Fatimah Rohani Ismail.


Nama asal tu jauh lagi sedap dan pastinya memiliki pengertian yang lebih baik. Itu pun sudah ok sebenarnya.

Kalau menurut Emma sendiri, asal usul nama itu ialah;

“Maembong pula gabungan nama ayah saya, Ismail dan datuk saya Embong. Itu nama pena dia sepanjang berkarya sebagai pelukis negara,” katanya.

Nampak macam oklah alasan nak guna nama camtu, tapi iye ke ok?

Admin: Malas pula nak copy paste panjang-panjang, kalau nak baca lagi sila baca sini. Sebenarnya, nama tu pun sedap juga, ada nilai komersial sebab pelik sikit..entahlah

Rumahtangga Bergolak Ana Dahlia Curang?

Rumahtangga Bergolak Ana Dahlia Curang?

Pelakon Ana Dahlia menganggap tuduhan yang mengatakan dia berlaku curang sehingga menyebabkan konflik dalam rumah tangganya bersama Chef Riz sebagai kontroversi yang tidak dapat dielak dalam dunia hiburan.


Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, berkata, dia tidak perlu melenting atau terkejut kerana tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana dia sibuk bekerja hampir setiap hari.

“Saya tidak terkejut pun dengan tuduhan ini kerana ia tidak berlaku. Demi Allah, saya tidak pernah curang kerana hampir setiap hari saya sibuk bekerja.

“Saya percaya isu ini timbul kerana perasaan dengki dan cemburu pihak tertentu terhadap rumah tangga kami.

“Ia adalah perkara normal dalam dunia hiburan,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Gosip terbaru mengenai perkahwinan Ana dengan anak lelaki chef tersohor, Chef Wan ini kembali diperkatakan apabila Ana didakwa kerap keluar bersama bekas teman lelakinya.

Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 31, pada 11 Disember 2011.

Ditanya mengenai tuduhan tersebut, bekas pramugari AirAsia ini memberitahu dia dan bekas teman lelakinya sudah terputus hubungan dan membawa haluan hidup masing-masing.

“Bagi saya, kisah dengan bekas kekasih adalah perkara lepas dan ia sudah lama berakhir.

“Saya tidak pernah berhubung dengan dia, apatah lagi untuk keluar bersama atau menjalin hubungan semula.

“Saya pun tidak tahu di mana dia dan mungkin juga sudah berkahwin. Kalau betul saya keluar dengan bekas kekasih, pernah ke ada pihak yang nampak atau jumpa kami?” soalnya.

Kata bekas peserta rancangan Pilih Kasih musim pertama ini, dia enggan mengambil peduli mengenai gosip itu kerana kebenaran sesuatu perkara terletak hanya diketahui oleh Allah.

“Tuhan maha mengetahui setiap apa yang berlaku. Tidak perlulah saya bersusah-payah hendak menafikan atau sembunyikan kisah ini jika benar saya berlaku curang.

“Kalau ia benar-benar berlaku, lambat-laun orang pasti tahu juga,” katanya yang mengakui pelbagai dugaan hidup yang berlaku menjadikannya semakin kuat dan tabah.

–MStar