Saturday, October 20, 2012

Perkahwinan Justin Timberlake, Jessica Biel Meriah!

Perkahwinan Justin Timberlake, Jessica Biel Meriah!

Penyanyi dan pelakon drama Heartthrob, Justin Timberlake serta aktres Jessica Biel melangsungkan perkahwinan di selatan Itali, lapor Majalah People, hari ini.


“Ia adalah terbaik untuk berkahwin, majlis yang dilangsungkan cukup meriah dan begitu istimewa dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan,” kata pasangan itu dalam satu kenyataan.

Timberlake, 31, yang terbabit dalam filem “The Social Network” pada 2010 dan “Friends with Benefits” tahun lalu dan pasangannya Biel, 30, sudah menjalinkan hubungan sejak lima tahun.

Selepas berjumpa tahun lalu, pelakon berkenaan melamar Biel pada Disember dalam suasana yang dramatik di Big Sky, Montana.

–AFP

29 GRO Warga Vietnam Ditangkap!

29 GRO Warga Vietnam Ditangkap!

Polis menahan 29 wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di Puchong, malam tadi.


Pegawai Operasi D7 Bukit Aman, Inspektor Mohd Jais Mohamad berkata kesemua GRO yang ditahan itu berumur antara 19 hingga 35 tahun.

“Empat daripada GRO yang ditahan itu pernah ditangkap Jun lalu atas kesalahan sama di premis sama,” kata Mohd Jais kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, siasatan mendapati GRO terbabit menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pusat hiburan berkenaan baru tiga minggu beroperasi.

Polis turut menahan dua lelaki yang dipercayai bekerja di pusat tersebut. Kesemua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk siasatan lanjut.

–BERNAMA

Nora Danish Akui Ramai Kawan Lelaki!

Nora Danish Akui Ramai Kawan Lelaki!

Sejak memegang status janda pada 2008, pelakon cantik, Nora Danish sudah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menempuh kehidupan.


Walaupun sering dikaitkan dengan pelbagai gosip, tapi Nora tidak pernah melinting, malah menjawab segala pertanyaan dengan jelas sekali.

Dia pernah dikaitkan mempunyai hubungandengan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat dan yang lebih teruk dia suga dikatakan punca keretakkan rumah tangga pelakon Adi Putra.

Tetapi hal itu berlalu pergi begitu saja, kerana Nora benar-benar tidak pernah melakukan perbuatan seumpama itu.

Terbaru dia dituduh bercinta dengan seorang ahli perniagaan.

Menerusi Kosmo!, hari ini, Nora berkata dia terkejut apabila dikatakan rapat dengan seorang ahli perniagaan, sedangkan dia tidak pernah membuat kenyataan sedemikian sewaktu ditemu bual sebuah akhbar dua minggu lalu.

“Dalam temu bual tersebut, saya memberitahu buat masa sekarang saya memang berkawan dengan ramai lelaki, namun tidak terfikir untuk memilih salah seorang daripadanya untuk menjadi teman hidup saya,” katanya, di sini, hari ini.

Tambah peneraju Aku Terima Nikahnya itu, dia selesa dengan keadaan sekarang dan mahu lebih fokus kepada kerjaya.

Selain itu, dia juga ingin menumpukan sepenuh perhatian membesarkan anak lelakinya Putera Rayqal Ramli yang kini berusia 4 tahun.

-Mynewshub.my

Kamal Adli Dituduh Hanya Permainkan Perasaan Intan!

Kamal Adli Dituduh Hanya Permainkan Perasaan Intan!

Penerbit David Teo sempat mengusik salah seorang pelakon ‘PE3’, Kamal Adli mengenai bilakah pelakon itu mahu mengikut jejak Farid untuk menamatkan zaman bujangnya dengan kekasihnya, Intan Ladyana, baru-baru ini.


Menjawab usikan penerbit Metrowealth itu, Kamal memberitahu, “Semua orang selalu bertanyakan hal yang sama dan saya pun dah tak larat nak jawab mengenai perkara ini.

“Saya harap orang sekeliling faham dengan situasi saya sekarang.

“Saya baru saja sebelah tapak nak kuat dan saya masih ada matlamat untuk disasarkan dalam bidang seni ini,” katanya yang dipetik melalui portal Gua.com.my, di sini, semalam.

Tambahnya, dia bukan takut dengan komitmen, tetapi mahu fokus dengan kerjaya seni terlebih dulu.

Sebelum ini, pelakon drama ‘Bionik’ ini juga pernah dituduh curang terhadap Intan apabila dikaitkan dengan pelakon Indonesia, Olivia Jensen.

Mengulas mengenai dakwaan kononnya dia hanya mahu mempermainkan perasaan Intan dengan menangguhkan hubungan mereka terlalu lama, Kamal memberitahu di sememangnya tidak main-main.

“Saya tak main-mainkan dia jauh sekali berlaku curang terhadap Intan. Saya berpegang kepada kata-kata saya cuma tunggu sikit masa saja lagi.

“Kami memang ada berbincang mengenai isu ini dan Intan sendiri faham dengan situasi saya.

“InsyaAllah, saya sasar dalam setahun dua lagi,” katanya.

-Gua.com.my

Erin Malik Malu Berpakaian Tidak Senonoh!

Erin Malik Malu Berpakaian Tidak Senonoh!

Pelakon muda wanita yang mencetuskan kontroversi beberapa minggu lalu dengan memuat naik gambarnya yang seksi ke profil Instagram mengakui ralat dan terkilan kerana dia tidak diberi peluang untuk menerangkan perkara yang sebenar.


Erin malik, 18, menjelaskan dia tidak suka memuat naik gambar dirinya yang berpakaian tidak senonoh untuk tontonan umum ke dalam mana-mana laman sesawang.

Malah, dia masih lagi mempunyai perasaan malu untuk berperangai tidak senonoh kepada umum.

“Saya bukanlah orang yang suka rakam foto di bilik tidur, kemudian muat naik untuk tatapan ramai. Saya masih ada perasaan malu,” kata Erin yang dipetik dari laporan Utusan Malaysia.

Mengenai gambarnya yang memakai baju tidur seksi serta menampakkan tali baju dalamnya, Erin menjelaskan gambar itu diambil di lokasi ketika dia sedang menjalani pengambaran filem Lari.

Bagi Erin, dengan memuat naik gambarnya yang sedang melakukan aksi di atas katil, Erin dapat memberikan perkembangan semasa mengenai kerjaya seninya kepada para peminat.

Namun, atas kesilapan dirinya sendiri yang tidak menjelaskan melalui ‘caption’ digambar tersebut, tindakannya itu telah disalah ertikan.

“Gambar itu dirakam bukan dalam bilik tidur saya tapi di lokasi. Ramai orang berada di sekeliling saya ketika itu. Malah gaun malam yang saya pakai itu pun pakaian saya ketika memegang watak Ina.

“Saya memakai tube, bra dan gaun. Tujuan saya memapar foto itu adalah untuk memberitahu peminat yang saya sedang menjalani penggambaran. Silapnya saya tidak beritahu bahawa itu di lokasi penggambaran,” katanya.

Justeru, Erin sekali lagi menyatakan dia kesal kerana dia dituduh sebelum diberi peluang untuk menerangkan perkara yang sebenar.

Akibatnya, dia telah dimarahi oleh ibunya kerana kontroversi dia cuba bersikap tidak senonoh kepada orang ramai.

“Persoalannya, kenapa si pembaca dan penulis itu tidak tanya saya sendiri? Mereka pandai-pandai buat andaian sendiri, tulis bukan-bukan.

“Bila keluar cerita itu, saya dimarahi emak dan adik- beradik. Saya tidak suka cari publisiti melalui cerita yang bukan-bukan tapi orang selalu salah anggap pada saya.

Tujuan saya keluarkan gambar itu pada masa ini, sekurang-kurangnya bila filem disiarkan kelak, penonton tahu itu adalah untuk watak Ina yang dipaksa menjadi pelacur setelah diculik,” katanya.

-Mynewshub.my

Wanita Dipenggal Kerana Enggan Melacur!

Wanita Dipenggal Kerana Enggan Melacur!

Polis Afghanistan semalam menahan empat suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang wanita yang enggan menjadi pelacur.

Gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Herat, Abdul Ghafar Sayedzada, kepala Mah Gul, 20, dipenggal selepas menolak permintaan ibu mentuanya untuk dilacurkan di kediaman mereka di sini pada minggu lalu.

"Polis menahan empat suspek termasuk ibu dan bapa mentua mangsa, suaminya dan seorang lelaki," katanya.

-AFP

Friday, October 19, 2012

Samsung Terlepas Saman Kerana Produk 'Tidak Menarik'!

Samsung Terlepas Saman Kerana Produk 'Tidak Menarik'!

Syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) Apple, kalah dalam rayuannya bagi menghalang pencabarnya, Samsung daripada meniru reka bentuk komputer tablet miliknya yang didaftarkan.


Keputusan oleh Mahkamah Rayuan Britain dijangka akan menamatkan pertikaian dua `gergasi’ telefon pintar itu berhubung paten bagi telefon pintar dan komputer tablet keluaran mereka khasnya di Eropah.

Ia juga mengekalkan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Britain sebelum ini yang memutuskan, walaupun terdapat kesamaan, komputer tablet Galaxy keluaran Samsung tidak menyalahi reka bentuk Apple atas sebab gajet itu `tidak kelihatan menarik’.

Keputusan itu pada masa sama dianggap sah dan boleh diguna pakai di seluruh Eropah bagi menghalang sebarang pertikaian lanjut membabitkan dua firma berkenaan tentang reka bentuk komputer tablet di rantau tersebut.

–REUTERS

Pelajar Universiti Dilarang Melancap! - USM

Pelajar Universiti Dilarang Melancap! - USM

Inilah gambar yang tersebar di laman Facebook “MĒ»sturbĒ»tion Notice” yang dikatakan dilekatkan di dinding-dinding kampus di UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.


Kalaulah notis di atas betul, notis pelik apa macam ni? Nak menunjukkan pelajar-pelajar USM kuat sangat buat kerja tersebut agaknya. Notis yang agak memalukan untuk sebuah tempat pengajian tinggi tersohor.

Elok ditanggalkan, memalukan...

Mungkin juga ini gurauan pelajar tension di universiti tersebut namun begitu, cantik logo dan kertas yang digunakan!

Kalau ini gurauan, kenapa sanggup memburuk universiti tersebut.

Gurauan bodoh nih! -Sentiasapanas.blogspot.com

-Ekeleh.com

Wednesday, October 17, 2012

Lelaki 96 Tahun Jimak 4 Kali Satu Malam!

Lelaki 96 Tahun Jimak 4 Kali Satu Malam!

Ramjit Raghav yang berusia 96 tahun, sekali lagi memecah rekod dunia apabila menjadi bapa tertua di dunia selepas anak kedua, Ranjit, lahir sebulan lalu.

Lelaki 96 Tahun Jimak 4 Kali Satu Malam!

Apa yang menariknya, isterinya, Shakuntala, juga menjadi ibu pada usia tua iaitu 54 tahun.

Dua tahun lalu, Ramjit telah mendapat gelaran bapa tertua di dunia selepas mendapat anak sulung, Karamjit.

Dia yang menetap di Haryana menyifatkan Ranjit sebagai satu kurniaan Tuhan dan diterimanya dengan penuh kesyukuran.

Menurut Ramjit, ketika isterinya melahirkan Ranjit di hospital, doktor tidak percaya bahawa dia adalah bapa kepada bayi tersebut.

“Mereka ketawa dan terkejut selepas saya memberitahu bahawa itu anak saya,’’ katanya.

Ramjit, yang menetap di sebuah apartmen, mempunyai harapan yang tinggi terhadap anak-anaknya itu dan mahu mereka berjaya dalam kehidupan.


Jelas Ramjit, kebanyakan jiran-jirannya cemburu selepas mengetahui isterinya mengandung lagi dan ingin mengetahui rahsia bagaimana dia masih aktif dalam melakukan hubungan intim, biarpun sudah lanjut usia.

“Saya melakukan hubungan seks tiga atau empat kali dalam satu malam. Jiran-jiran saya asyik bertanya apakah rahsia saya.

“Saya hanya nyatakan bahawa ia adalah pemberian Tuhan. Saya sihat dan menikmati hubungan intim bersama isteri saya demi keharmonian rumah tangga,’’ katanya.

Ramjit juga mendedahkan dia mengamalkan pengambilan badam, mentega dan susu dalam pemakanan sehariannya.

Ramjit bertemu isterinya 22 tahun lalu selepas wanita itu menjadi janda selama 25 tahun.

“Dia tidak mempunyai keluarga ketika itu, jadi saya menjaganya dan kami mula jatuh cinta,’’ katanya.

Dalam pada itu, Shakuntala menyifatkan hidupnya bertuah kerana bertemu dengan Ramjit.

“Saya tentu sudah meninggal dunia jika dia tidak membantu saya. Biarpun sudah tua, namun tenaganya umpama lelaki berusia 25 tahun dan saya bahagia dengannya,” kata Shakuntala.

-Mynewshub.my

Peragut Dibelasah Awek 19 Tahun!

Peragut Dibelasah Awek 19 Tahun!

“Kau silap orang lah kalau nak ragut,” kata seorang remaja perempuan yang berang selepas berjaya menangkap seorang lelaki yang meragut begnya di Telok Emas, di sini, malam kelmarin.


Peragut yang salah sasaran bukan sahaja tidak dapat menikmati RM2 hasil aktiviti jenayahnya, malah lebih malang dia turut ‘diganyang’ mangsa berusia 19 tahun.

Mangsa nekad mengejar lelaki terbabit selepas mengejarnya sejauh kira-kira dua kilometer dengan menunggang motosikalnya.

enduduk kampung berhampiran turut membantu mangsa menghalang suspek berumur 21 tahun itu melarikan diri sebelum menghubungi pihak polis.

Sementara itu, mangsa ketika ditemui berkata, dia yang mengesyaki sesuatu terus menghafal nombor pendaftaran motosikal suspek sebaik sahaja suspek menutup lampu hadapan motosikalnya ketika di persimpangan lampu isyarat Kandang/Alai.

“Saya meneruskan perjalanan dan tidak sedar bila dia menghampiri kerana laluan di situ gelap. Tiba-tiba dia ragut beg saya hingga menyebabkan telefon bimbit saya dalam jaket yang pakai turut terjatuh.

“Tanpa berfikir panjang, apatah lagi keselamatan diri, saya terus kejar lelaki terbabit yang melarikan beg saya memasuki simpang ke Taman Seri Emas,” katanya.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik ini, suspek jatuh terpelanting dari motosikal selepas cuba menendang motosikalnya.

“Dia cuba tendang motosikal saya tetapi saya dapat elak, malah saya sempat baling air minuman yang saya bawa balik dari tempat kerja. Selepas itu dia jatuh di sebelah longkang.

“Mula-mula saya ingat dia sudah mati sebab dia langsung tak bergerak tetapi seorang pakcik memeriksanya berkata dia masih hidup. Saya tidak dapat kawal diri lalu memukulnya.

“Ketika itu juga saya berkata ‘Kau silap orang lah kalau nak ragut. Kau buat macam ni seolah-olah kau hina perempuan. Kalau perempuan lain mungkin boleh jerit macam tu sahaja tapi dengan aku, aku kejar sampai lubang cacing,” katanya.

-Mynewshub.my