Wednesday, October 17, 2012

Penyakit Baru yang Tiada Ubat!

Penyakit Baru yang Tiada Ubat!

Bagi mengawal penggunaan antibiotik, sekali gus mengelakkan penularan ‘superbug’ iaitu bakteria imun terhadap antibiotik, semua pengamal perubatan di negara ini termasuk ahli farmasi dinasihatkan supaya tidak memberikan ubat berkenaan sewenang-wenangnya walaupun ‘dipaksa’ pesakit.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, nasihat itu berikutan ada pesakit yang menjadi ‘doktor’ sendiri dengan menyenaraikan ubatan termasuk antibiotik kepada ahli farmasi tanpa mendapatkan nasihat pakar terlebih dulu sehingga menyebabkan penggunaannya tidak terkawal.

Menurutnya, penggunaan antibiotik tidak terkawal dan berhemat menyebabkan wujudnya masalah Rintangan Antimikrob (AMR) yang kini dianggap satu situasi membimbangkan, bukan saja di negara ini tetapi seluruh dunia.

Dalam tempoh lebih tiga puluh tahun hanya dua antibiotik baru ditemui atau dalam kata lain 'penyakit' semakin bertambah kuat.

AMR akan menyebabkan jangkitan tidak dapat dirawat dengan mudah dan lebih banyak antibiotik akan digunakan untuk merawat pesakit, malah lebih membimbangkan ia turut meningkatkan risiko kematian kepada pesakit.

Tinjauan sejak 1999 mendapati rintangan terhadap Methicillin Resistant Staphyloccus Aureus (MRSA) iaitu sejenis bakteria yang kebal antibiotik seperti metisilin, oksasilin, penisilin dan amoxicillin memang menurun sejak empat tahun lalu iaitu daripada 21.6 peratus pada 2007 kepada 19.2 peratus tahun lalu.

Mikro organisma ‘streptococcus pneumonia’ menunjukkan peningkatan rintangan terhadap antibiotik makrolida dengan kadar 21.9 peratus pada 2003 kepada 30.9 peratus pada 2010, sementara bakteria ‘acinetobacter’ menunjukkan peningkatan rintangan terhadap antibiotik ‘carbapenem’ daripada 35 peratus pada 2005 kepada hampir 57.4 peratus tahun lalu.

-Hmetro
Planet Baru 5000 Tahun Cahaya Dari Bumi!

Planet Baru 5000 Tahun Cahaya Dari Bumi!

Satu pasukan antarabangsa terdiri daripada angkasawan profesional dan amatur, mengumumkan penemuan sebuah planet baru yang diterangi dengan empat matahari, penemuan fenomena pertama seumpamanya.

Planet PH1

Planet yang terletak sejauh kira-kira 5,000 tahun cahaya dari Bumi itu dinamakan sebagai PH1 sebagai penghormatan kepada program Planet Hunters yang diketuai oleh Universiti Yale di Amerika Syarikat (AS) yang mengambil sukarelawan untuk mencari tanda-tanda kewujudan planet baru.

PH1 mengorbit dua matahari dan sepasang lagi bintang mengorbitnya dari jarak jauh.

Menurut penyelidik, hanya enam planet yang diketahui mengorbit dua bintang dan tidak ada daripada planet tersebut yang diorbit oleh bintang lain.

"Sistem pergerakan planet adalah ekstrem seperti pembentukan planet," kata Meg Schwamb dari Universiti Yale yang mengetuai pembentangan kertas kerja dalam mesyuarat tahunan di Jabatan Sains Planet Masyarakat Astronomi Amerika di Nevada, semalam.

Saintis rakyat AS, Kian Jek dan sukarelawan program Planet Hunters, Robert Gagliano adalah orang pertama yang menemukan PH1.

Penemuan itu kemudiannya disahkan oleh satu pasukan penyelidik AS dan Britain yang bertugas di Hawaii.

Saiz PH1 adalah 6.2 kali lebih besar daripada Bumi dan planet itu mengorbit sepasang bintang yang masing-masing 1.5 dan 0.41 lebih besar daripada matahari.

Dua bintang yang mengorbit PH1 terletak pada kedudukan kira-kira 1,000 kali lebih jauh daripada jarak Bumi dan matahari.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Seorang Buta Setiap Minit Di Indonesia

Seorang Buta Setiap Minit Di Indonesia

Setiap minit seorang daripada 240 juta rakyat Indonesia berdepan risiko menjadi buta akibat kurang kesedaran dan pengetahuan mengenai kesihatan mata.

Gambar hiasan

Berikutan itu, Indonesia mempunyai kadar orang buta paling tinggi di dunia selepas Ethiopia, kata Pengarah Hospital Mata Cicendo, Hikmat Wangsaatmadja.

Hikmat yang juga seorang pakar mata berkata, sebilangan besar kes buta yang dicatat di negara ini berpunca daripada masalah katarak.

Menurut beliau, kadar buta yang semakin tinggi di Indonesia juga disebabkan kebanyakan daripada mereka yang menghidap masalah penglihatan enggan menjalani pembedahan mata.

-Utusan
Jijik! Cacing Hidup Dalam Badan Babi!

Jijik! Cacing Hidup Dalam Badan Babi!

Lihatlah makhluk-makhluk halus yangg bersarang dalam tubuh babi. Babi adalah gedung (tempat menyimpan) penyakit.

Babi Haram

DNA babi mirip dengan manusia, sehingga sifat buruk babi dapat menular kepada manusia. Antara beberapa sifat buruk babi, binatang paling rakus, kotor, dan hina di kelasnya.

Kerakusannya tidak tertanding oleh haiwan lain. Suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri. Sangat suka berada di tempat yang basah dan kotor.

Untuk memuaskan sifat rakusnya, bila tidak ada lagi yang boleh dimakan, ia muntahkan isi perutnya, lalu dimakan kembali. Kadang-kadang ia mengencing makanannya terlebih dahulu sebelum dimakan.

Inilah gambar-gambar yang hidup dalam badan setiap babi. Malah, ada sebahagian darinya tidak akan mati walaupun dimasak dengan air mendidih 100 darjah selsius (°C)!

Cacing pita (Taenia solium)


Cacing spiral (Trichinella spiralis)


Cacing tambang (Ancylostoma duodenale)


Cacing paru (Paragonimus pulmonaris)


Cacing usus (Fasciolopsis buski)


Cacing Schistosoma japonicum


Bakteri Tuberculosis (TBC)


Bakteri kolera (Salmonella choleraesuis)


Bakteri Brucellosis suis


Virus cacar (Small pox)


BACA INI JUGA: Air Liur Anjing Penyebab Kanser Payudara!

Mekanik Hancur Dikisar Kipas Pesawat

Mekanik Hancur Dikisar Kipas Pesawat

ejadian ini berlaku di El Paso International Airport, Texas. Continental Airlines Flight 1515 sedang disipkan untuk berlepas ke Houston dan seorang mekanik ditugaskan untuk memeriksa bahagian enjin sebelah kanan.

Akan tetapi, malang bagi mekanik tersebut apabila dia disedut ke dalam enjin jet tersebut. Lihat sendiri apa yang terjadi kat bawah ni..


Sumber: Dhanian.blogspot.com

Tuesday, October 16, 2012

Wanita Tendang Kemaluan Cuba Rogol!

Wanita Tendang Kemaluan Cuba Rogol!

Seorang pemandu tut tut wanita berlawan dengan seorang perogol semalam, menendang alat sulit suspek sebelum melarikan diri, lapor akhbar.

Gambar hiasan

Polis Don Muang berkata, mereka mendapat laporan seorang wanita diserang dekat Jalan Klong Riep Prapa. Polis menemui Somjai, 37, yang hanya berseluar dalam dengan kesan lebam di muka dan tubuhnya. Dia bekerja sebagai pemandu tut tut di Soi Sanwee 5.

Mangsa memberitahu polis, dia diminta oleh seorang lelaki agar dibawa ke estet perumahan di Burapha 25.

Bagaimanapun, penumpang itu merentap kunci kenderaan itu di separuh jalan dan menyerangnya.

Pada awalnya, Somjai merayu agar tidak disakiti, tetapi mengubah taktiknya apabila suspek tidak mempedulikan rayuannya. Somjai berkata, lelaki itu mengoyakkan pakaian dan menumbuknya beberapa kali. Dia kemudian menendang alat sulit suspek dengan kuat menyebabkan lelaki itu kesakitan.

-Bangkok Post

Pelajar Malaysia Buat Blog Aksi Panas Bersama Pasangan!

Pelajar Malaysia Buat Blog Aksi Panas Bersama Pasangan!

Seorang pelajar Malaysia yang menerima Biasiswa ASEAN di National University of Singapore (NUS) akan berhadapan dengan masalah besar ekoran blog seks yang menampilkan gambar-gambarnya bersama teman wanitanya sedang melakukan hubungan seks, terdedah.


Penuntut jurusan Undang-Undang yang dinamakan oleh media Singapura sebagai Alvin Tan Jye Yee, 24, mendakwa dia dan teman wanitanya, Vivian Lee, 23, sering menceritakan tentang hubungan seks mereka di laman Tumblr ‘untuk dinikmati oleh orang lain’.

Pasangan tersebut dikenali sebagai ‘Alvin and Vivian’ di dalam blog mereka dan mendakwa mereka hanya memuatnaikkan gambar-gambar mereka sendiri dan mempelawa pasangan-pasangan menarik lain di Malaysia dan Singapura untuk menyertai mereka.

Blog berkenaan telah bermula pada 20 September apabila pasangan tersebut memuatnaikkan gambar-gambar mereka sedang melakukan persetubuhan

Dalam salah sekeping gambar, mereka malah mendakwa melakukan hubungan seks dalam tandas OKU di kawasan tumpuan pelancong di sana, Esplanade.


Mereka juga langsung tidak menutup wajah mereka.

Ketika ditanya oleh salah seorang pembaca blog mengapa mereka bertindak sedemikian rupa, Alvin dan Vivian berkata, mereka yang berfikiran terbuka tidak boleh menganggap sex merupakan satu perbuatan jenayah.

”Kami tidak melihat mengapa mereka yang aktif dalam seks, atau mereka yang berfikiran terbuka dalam kehidupan seks perlu dilayan seperti penjenayah.

”Seks adalah proses reproduktif biasa yang tidak boleh dikaitkan dengan stigma,” kata mereka seperti yang dipetik dalam akhbar The New Paper Singapore.

-Informasi.my
Lumpur Ajaib Mampu Ubati Penyakit

Lumpur Ajaib Mampu Ubati Penyakit

Permukaan tanahnya sentiasa lecak tidak mengira musim, sama ada tengkujuh mahupun kemarau. Lebih luar biasa, ia boleh membentuk busut secara perlahan-lahan sebelum meletus dan mengeluarkan bunyi seakan-akan cecair likat yang sedang membuak-buak.

Lumpur Ajaib Mampu Ubati Penyakit
Kawah lumpur bebuak bersaiz sehingga mencecah 
2 meter lebar boleh memuatkan tiga empat orang dalam 
satu masa di Kampung Meritam, Limbang, Sarawak.

Kejadian sama berulang selang beberapa minit kemudian. Setelah beberapa hari, ia akhirnya menghasilkan kawah besar dipenuhi lumpur kehitaman yang lembik dan hangat.

Fenomena menakjubkan itu menyebabkan sebuah kawasan lapang di pinggir Kampung Meritam, Limbang, Sarawak yang dulunya lengang bertukar meriah dengan kehadiran orang ramai.

Ketua Kampung Meritam, Mahmud Gampal memberitahu, sifatnya yang sering meletus dan menghasilkan bunyi pelik menyebabkan penduduk tempatan menggelar lumpur ajaib berkenaan sebagai 'lumpur bebuak'.

"Bukan satu, malah ratusan kawah seumpamanya muncul di kawasan berkenaan.

"Saiznya pula berbeza-beza. Ada yang hanya sebesar penumbuk. Ada juga bersaiz cukup besar sehingga mencecah dua meter lebar," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Apabila semakin ramai keluarga berpindah di kawasan berhampiran lumpur bebuak, populariti lumpur itu meningkat lebih-lebih lagi apabila ada yang mendakwa ia mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kulit.

"Penduduk memberitahu penyakit gatal-gatal dan kudis berkurangan yang dihidapi beransur pulih apabila disapu dengan lumpur bebuak, malah ada juga yang mendakwa penyakit asma mereka sembuh selepas minum air yang ditapis daripada lumpur itu.

"Khabar tersebut tersebar dengan cepat menyebabkan orang ramai termasuk pelancong Brunei dan Sabah berpusu-pusu datang semata-mata mahu mandi lumpur dan mengubati penyakit masing-masing," ujar Mahmud.-Utusan.com.my

Bekas Ratu Cantik Malaysia Tiada Masa Bercinta

Bekas Ratu Cantik Malaysia Tiada Masa Bercinta

"Saya tidak popular dalam masa satu hari!" Itu kata Soo Wincci, bekas Ratu Cantik Malaysia yang kini semakin mendapat tempat di hati kalangan khalayak Melayu selepas penyertaannya dalam program MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama.

Soo Wincci sanggup lupakan soal hati demi 
memenuhi impian menawan Hollywood.

Terkenal sebagai seorang yang rajin bekerja, namakan apa sahaja, dia sanggup lakukan. Bayangkan, daripada seorang ratu cantik, dia bergelar penyanyi. Kini dia juga seorang pelakon, pengacara, penyampai radio, tukang masak, penari, pelajar dan usahawan.

"Saya memang kuat bekerja. Malah saya amat takut kalau saya tak ada kerja. Saya tak mahu peminat lupakan saya," katanya yang kini turut melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam Pengajian Perniagaan di Universiti Terbuka di ibukota.

"Selepas ini saya akan jadi wanita super pula," tambahnya sambil ketawa besar. Masakan tidak, Wincci kini sedang berjuang melebarkan sayapnya ke pasaran Taiwan dan sudahpun berlepas ke negara itu sejak 3 Oktober lalu.

Dengan jadual kerja yang sentiasa padat, ketika bilakah Wincci bersosial dan bercinta? Sementelah gadis matang sepertinya pasti mengimpikan belaian kasih sayang seorang kekasih.

Saat soalan itu diajukan, dia selamba memberitahu, tiada masa untuk itu. "Buah hati? Saya terlalu sibuk sampai nak mengurat pun tak ada masa," katanya ketawa besar.

"Sebab kalau ada teman lelaki akan susah nanti. Faham-faham sahajalah kalau ada komitmen ini. Mana nak kejar kerjaya, mana nak jaga hati kekasih. Saya tak mahu cinta dan cita-cita terbengkalai di tengah jalan.

"Ini untuk masa depan saya. Sebab itu saya tidak mahu sebarang komitmen menganggu perancangan saya menempa nama ke Hollywood."

"Apa yang saya tahu, saya orang yang bercita-cita besar. Kalau saya kata saya nak buat, saya akan laksanakan. Itu lebih penting. Berjaya atau gagal, itu bukan urusan saya. Yang saya tahu saya mesti bekerja keras," tegasnya.

-Utusan.com.my

Ular Tidak Wujud Di New Zealand!

Ular Tidak Wujud Di New Zealand!

New Zealand dianggap sebagai kawasan yang tiada ular sebagai sebahagian daripada tujuan keselamatan bio dan jika manusia menyedari kehadiran reptilia dikawasan itu, maka mengikut undang-undang, mereka perlu melaporkannya.