Tuesday, October 16, 2012
Dira Abu Zahar Muncul Selepas Gaduh Di Disko!
Anonymous
10/16/2012 01:43:00 PM
Pelakon Dira Abu Zahar berkata sudah tiba masanya untuk dia aktif semula dalam bidang seni selepas kontroversi dirinya reda berhubung kes pergaduhan di disko dan percubaan membunuh diri pada April lalu.
Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 28, berkata, tindakan menyepikan diri adalah jalan terbaik bagi menjernihkan semula kekecohan membabitkan nama dan reputasinya sebelum ini yang tercemar.
“Bagi saya, tindakan kurang aktif dalam bidang seni banyak membantu dalam menjernihkan semula kekeruhan yang timbul ekoran kontroversi pergaduhan itu.
“Sekurang-kurangnya, sepanjang beberapa bulan ini, kekecohan itu beransur reda dan sekarang saya mahu menumpukan semula kepada kerjaya seni seperti biasa,” katanya.
Bagaimanapun, Dira berkata, tindakan berdiam diri itu bukan kerana dia mahu lari daripada kontroversi terbabit tetapi secara kebetulan dia sibuk dengan urusan keluarga dan pengajian di Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing (Limkokwing) dalam bidang Sarjana Filem Digital dan Televisyen.
“Secara kebetulan, selepas kontroversi itu tercetus saya sibuk dengan urusan keluarga kerana kami baru berpindah ke rumah baru beberapa bulan lalu.
“Saya pula baru memulakan pengajian di Limkokwing, jadi sebab itu saya tidak dapat terima tawaran kerja buat seketika,” jelasnya.
-Mstar.com.my
Dira memberitahu tindakan menyepikan diri adalah jalan terbaik bagi menjernihkan semula kekecohan membabitkan nama dan reputasinya sebelum ini yang tercemar.
Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 28, berkata, tindakan menyepikan diri adalah jalan terbaik bagi menjernihkan semula kekecohan membabitkan nama dan reputasinya sebelum ini yang tercemar.
“Bagi saya, tindakan kurang aktif dalam bidang seni banyak membantu dalam menjernihkan semula kekeruhan yang timbul ekoran kontroversi pergaduhan itu.
“Sekurang-kurangnya, sepanjang beberapa bulan ini, kekecohan itu beransur reda dan sekarang saya mahu menumpukan semula kepada kerjaya seni seperti biasa,” katanya.
Bagaimanapun, Dira berkata, tindakan berdiam diri itu bukan kerana dia mahu lari daripada kontroversi terbabit tetapi secara kebetulan dia sibuk dengan urusan keluarga dan pengajian di Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing (Limkokwing) dalam bidang Sarjana Filem Digital dan Televisyen.
“Secara kebetulan, selepas kontroversi itu tercetus saya sibuk dengan urusan keluarga kerana kami baru berpindah ke rumah baru beberapa bulan lalu.
“Saya pula baru memulakan pengajian di Limkokwing, jadi sebab itu saya tidak dapat terima tawaran kerja buat seketika,” jelasnya.
-Mstar.com.my
Gambar Kemaluan Justin Bieber Tersebar!
Anonymous
10/16/2012 01:40:00 PM
Justin Bieber kembali menjadi perhatian ramai apabila beberapa keping gambar bogel mirip penyanyi itu tersebar meluas di internet.
Dipercayai, gambar tersebut diambil dari komputer riba Bieber yang dilaporkan hilang sejak beberapa minggu lalu.
Menurut Daily Mail, jejaka di dalam foto tersebut memiliki bentuk dan kedudukan tatu yang sama dengan Bieber. Menerusi gambar-gambar yang tersebar itu, Bieber dikatakan merakamkan gambar alat sulitnya menggunakan kamera pada komputer ribanya itu.
Bagaimanapun, syarikat pengurusan Bieber menafikan sekeras-kerasnya bahawa gambar tersebut adalah milik penyanyi tersebut. Malah, demi menyatakan sokongan, peminat Bieber turut membantah dan menegaskan gambar tersebut bukan milik penyanyi pujaan mereka.
-Sinarharian

Tom Cruise dan Katie Holmes Rujuk Semula?
Anonymous
10/16/2012 01:38:00 PM
Pelakon dan produser Tom Cruise dikhabarkan bakal meninggalkan fahaman Scientology yang dianutinya demi memulihkan semula keretakan rumah tangganya dengan aktres Katie Holmes.
Menurut laporan laman web ShowbizSpy.com, keretakan rumah tangga mereka yang dipercayai berpunca daripada ajaran yang dianuti aktor itu sejak 20 tahun lalu membuatkan Cruise bertekad untuk meninggalkan ajaran tersebut.
“Kini dia kehilangan perkara yang paling berharga (keluarga) dalam hidupnya. Tom melihat Scientology telah menyebabkan keretakan kepada rumah tangganya, bukan sekali tetapi sebanyak dua kali,” kata satu sumber seperti dipetik laman web itu.
Sebelum berkahwin dengan Holmes, aktor itu pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Nicole Kidman dari 1990 hingga 2001.
Difahamkan, perkahwinan pertama itu musnah kerana fahaman yang dianuti bintang filem Mission Impossible itu.
Bagaimanapun, tambah sumber itu, selepas lebih 20 tahun mengikuti ajaran Scientology, iaitu fahaman yang bertujuan memulihkan seseorang yang terlupa akan asal budaya, ia bukanlah perkara mudah bagi Cruise untuk meninggalkannya.
“Dia telah kehilangan Nicole dan sekarang Katie dan anaknya Suri. Kini Tom mula sedar fahaman tersebut tidak boleh diterapkan dalam rumah tangganya,” kata sumber itu lagi.

Adegan Romantis Serius Nora-Adi Kontroversi!
Anonymous
10/16/2012 01:35:00 PM
Nama aktres cantik, Nora Danish pernah dikaitkan dengan keretakan rumah tangga aktor kacak, Adi Putra, Mei lalu. Ternyata, aksi romantis mereka menerusi drama Tentang Dhia yang ditayangkan di saat itu menjadi bahan untuk mereka digosipkan bersama.
Meskipun kedua-duanya menafikan perkara tersebut, namun ia tidak menjadi penghalang untuk mereka terus digandingkan lagi menerusi, Aku Terima Nikahnya, yang baru saja ditayangkan di pawagam pada 11 Oktober lalu.
Memaparkan lebih aksi romantis, pelakon yang terkenal menerusi sitkom Puteri ini bagaimanapun tidak gentar dengan gosip yang bakal mengekorinya. Mengakui ia sebahagian dari rencah bergelar selebriti, Nora mengharapkan agar masyarakat bersikap lebih terbuka menilainya.
Semakin kebal menghadapi gosip dan kontroversi, bekas isteri kepada Jejai ini menegaskan, kemesraan yang terjalin dengan Adi dalam filem itu tidak sesekali dibawa ke luar set penggambaran.
"Jangan sesekali menganggap itu adalah saya dan Adi kerana bagi kami, ia hanyalah Arlisa dan Johan.
Menerusi filem terbaru MIG itu, Nora berkata, dia takut dan kekok untuk melakonkan babak romantis bersama Adi Putra.
"Dalam filem itu, saya perlu memegang tangan Adi dalam tempoh yang lama. Selain itu, ada juga babak yang memerlukan kami berpeluk dan Adi mencium pipi saya.
"Walaupun kami pernah bekerjasama sebelum ini, tetapi perasaan itu tetap ada sehingga saya sendiri 'takut-takut' untuk memenuhi permintaan pengarah," katanya.

13 Perkara Penting Yang Wanita Harus Tahu Tentang Lelaki
Anonymous
10/16/2012 01:30:00 PM
Lelaki sebenarnya sangat mudah difahami oleh seorang wanita, namun kadang-kadang seperti golongan hawa, mereka juga enggan berkompromi dalam semua perkara. Segala kata-katanya harus dituruti!
Ketahui serba-sedikit tentang perihal lelaki agar mudah menjalin perhubungan dengannya.
1. Tertekan
Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi penyebabnya.
2. Simpati
Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.
3. Emosi
Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan?
Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.
4. Tempoh bertenang
Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya.
Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
5. Berjauhan
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
6. Perbezaan
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.
7. Berpandangan Jauh
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
8. Mahu menang
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan.
Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
9. Tidak meminta maaf
Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf.
Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya.
Menurut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
10. Ketua
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa.
Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
11. Jangan berleter
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.
12. Rimas
Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki.
Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?
13. Kenapa lelaki berbeza?
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan, lengkap melengkapi.
Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com
Gambar hiasan.

Artis Korea Lupa Pakai Seluar Dalam!
Anonymous
10/16/2012 01:24:00 PM
Pelakon Korea On In Hye yang baru-baru menjadi kontroversi selepas dia memakai dress yang kurang sesuai semasa Malam Anugerah di Korea sekali lagi menimbulkan kontroversi pada pelancaran filem pertamanya.
On In Hye yang hadir pada pelancaran filem pertamanya “Red leave black wedding” telah menimbulkan kontroversi apabila dia memakai baju t-shirt panjang yang terlalu pendek untuknya. Dia seolah-olah tidak memakai seluar kerana baju tersebut hanya menutup sehingga perutnya.
BACA INI JUGA: 10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda
Sumber: Malaysiasensasi.net

Bomoh Tercampak Diserang Pocong!
Anonymous
10/16/2012 08:33:00 AM
Seorang pengamal perubatan tradisional tercampak sejauh tiga meter ketika cuba mengambil objek seakan-akan pocong yang dicampak di depan rumah Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pandak Ahmad, 49, di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek yang dipercayai menjadi medium ilmu hitam itu.
“Saya tidak menyangka sihir digunakan terlalu kuat sehingga tubuh saya boleh tercampak,” kata pengamal perubatan berusia 50-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz.
Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam.
Katanya, objek pocong itu dipercayai diisi menggunakan tanah kubur dan diwarnakan merah melambangkan darah manakala tulisan Siam yang tertera adalah sebahagian mantera.
-Hmetro
Pandak melihat objek menyerupai pocong dicampak di depan rumahnya, semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek yang dipercayai menjadi medium ilmu hitam itu.
“Saya tidak menyangka sihir digunakan terlalu kuat sehingga tubuh saya boleh tercampak,” kata pengamal perubatan berusia 50-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz.
Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam.
Katanya, objek pocong itu dipercayai diisi menggunakan tanah kubur dan diwarnakan merah melambangkan darah manakala tulisan Siam yang tertera adalah sebahagian mantera.
-Hmetro
Senarai Pesalah 'Cabul' Terhadap Kanak-kanak Didedah
Anonymous
10/16/2012 08:30:00 AM
Senarai pesalah seks terhadap kanak-kanak di Australia didedah kepada umum, hari ini dengan gambar dan nama mereka boleh diakses oleh orang ramai melalui internet.
Namun, timbul kebimbangan ia akan menyebabkan ada pihak yang mengambil tindakan undang-undang sendiri dan wujudnya salah identiti.
Laman web Perlindungan Komuniti itu merupakan inisiatif kerajaan tempatan Australia Barat (WA) yang menyediakan maklumat mengenai pesalah seks paling berbahaya.
''Ia merupakan tindakan seimbang antara keselamatan masyarakat dan pengurusan kemampuan polis menangani pesalah seks berbahaya dan pesalah yang boleh dilaporkan dalam sesebuah masyarakat.
''Saya rasa ia amat berguna untuk ibu bapa mencuba dan membantu menjaga keselamatan anak-anak mereka,'' kata Menteri Polis WA, Liza Harvey, di sini.
Jurucakap Skuad Jenayah Seks Kanak-kanak, Detektif Senior Sarjan Daryl Noye berkata, nama 120 orang yang dikenal pasti telah disenaraikan dalam lawan web tersebut.
Bagaimanapun, polis berkata, laman web tersebut tidak boleh dilayari, hari ini kerana terdapat masalah pada pelayannya.
Pada awalnya, laman web itu memaklumkan mengenai sembilan pesalah yang gagal dikesan atau gagal melapor diri seperti dikehendaki pihak berkuasa melalui gambar, tarikh lahir, bentuk fizikal dan nama mereka.
Laman web itu juga akan membenarkan ibu bapa memasukkan alamat mereka untuk mengetahui jika terdapat pesalah seks yang tinggal berdekatan.
Bagaimanapun, kumpulan perundangan mempersoalkan sejauh mana keberkesanannya dan menimbulkan kebimbangan ia disalahguna.
Presiden Persatuan Peguam Jenayah WA, Linda Black berkata, pihak berkuasa akan menghadapi kesukaran menghalang penyebaran gambar itu di Internet.
-AFP

Monday, October 15, 2012
Pelanggan Sembunyi Bawah Selimut
Anonymous
10/15/2012 11:18:00 PM
Tindakan seorang tukang urut wanita yang menyembunyikan pelanggan lelaki di bawah selimut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, berjaya dihidu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dalam serbuan di sebuah pusat spa, di sini, petang Khamis lalu.
Dalam operasi terbabit, wanita berusia lingkungan 20-an itu pada mulanya tidak mahu membuka pintu bilik yang menempatkan pelanggan itu bersamanya, yang dikunci dari dalam sehingga menyebabkan pihak terbabit terpaksa menunggu hampir 20 minit di luar pintu bilik.
Serbuan yang diketuai oleh Pegawai penguat kuasa MKPB-BRI Inspektor Roslan Yusof, bersama 20 penguat kuasa MPKB dan JHEAIK yang dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.
-Sinarharian
Tukang urut wanita yang ditahan bersama pelanggannya dalam serbuan Khamis lalu.
Dalam operasi terbabit, wanita berusia lingkungan 20-an itu pada mulanya tidak mahu membuka pintu bilik yang menempatkan pelanggan itu bersamanya, yang dikunci dari dalam sehingga menyebabkan pihak terbabit terpaksa menunggu hampir 20 minit di luar pintu bilik.
Serbuan yang diketuai oleh Pegawai penguat kuasa MKPB-BRI Inspektor Roslan Yusof, bersama 20 penguat kuasa MPKB dan JHEAIK yang dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.
-Sinarharian
Subscribe to:
Posts (Atom)