Monday, October 15, 2012

Bilangan Anak Luar Nikah Meningkat!

Bilangan Anak Luar Nikah Meningkat!

Jumlah bayi ditinggalkan oleh ibu tidak berkahwin semakin membimbangkan, kata aktivis


Mereka menyalahkan prejudis di dalam masyarakat dan undang-undang lapuk sebagai punca masalah itu.

Penganjur persidangan mengenai keganasan dan diskriminasi terhadap ibu tunggal dan kanak-kanak, Omar Kindi berkata, “Menurut maklumat yang kami kumpul daripada golongan yang menjaga kanak-kanak yang dilahirkan luar nikah, jumlah mereka semakin ramai.”

Omar adalah Presiden Insaf, iaitu badan bukan kerajaan yang memberi sokongan kepada wanita dan kanak-kanak dalam kesusahan

Menurut kajian yang dibuat oleh Insaf, 27,200 wanita muda melahirkan anak luar nikah pada 2009, dan sejumlah 8,760 bayi ditinggalkan iaitu bersamaan purata 24 bayi setiap hari.

Pertumbuhan penduduk di Maghribi meningkat dan peningkatan bandar baru sejak berpuluh tahun kebelakangan ini meningkatkan interaksi antara lelaki dan wanita bujang di negara Islam konservatif ini.

Omar dan aktivitis lain berkata, sikap dan undang-undang gagal menurut perubahan sosial seperti yang termaktub di dalam Artikel 490 Undang-Undang Jenayah di mana sesiapa yang didapati bersalah mengadakan seks luar nikah boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga setahun.

Katanya, doktor di hospital bersalin enggan merawat wanita muda yang belum berkahwin walaupun mereka mangsa rogol majikan.

-AFP

Lelaki Bernafsu Dengan Wanita Berseragam!

Lelaki Bernafsu Dengan Wanita Berseragam!

Seorang lelaki yang suka mengintai menggunakan kamera berbentuk pen untuk mengambil gambar dari bawah skirt kru kabin wanita dalam penerbangan domestik di Jepun, berjaya mengelak daripada didakwa selepas pihak pendakwa raya gagal membuat keputusan di ruang udara wilayah mana pesawat itu berada waktu kesalahan itu dilakukan.


Menurut laporan di laman web akhbar Asahi, lelaki berusia 34 tahun itu menjulurklan tangannya dengan kamera kecil ketika duduk dan mengambil gambar kru kabin wanita.

Ketika ditangkap, lelaki itu mengaku, berasa “bernafsu dengan wanita berseragam.”

Lelaki itu dalam pesawat Penerbangan Jepun dari Takamatsu ke barat daya Tokyo, bulan lalu, menurut laporan awal Kyodo News.

-AFP

Bekas Bos TV Didakwa Atas Gangguan Seksual

Bekas Bos TV Didakwa Atas Gangguan Seksual

Sebuah mahkamah di Algeria menjatuhkan hukuman enam bulan tangguhan penjara dan denda ke atas ketua stesen televisyen kerajaan berusia 76 tahun atas dakwaan gangguan seksual terhadap tiga wartawan wanita.

Gambar hiasan

Said Lamarni yang dipecat dari jawatannya sebagai Ketua Pengarah Rangkaian TV4 Berber, diarahkan membayar denda 200,000 dinar (RM7,922).

Pendakwa raya meminta mahkamah memenjarakan Said untuk setahun dalam kes yang menyebabkan kemarahan orang ramai di Algeria, di mana pengkritik berkata hukuman atas kesalahan gangguan seksual tidak dikuatkuasa.

Berpuluh-puluh orang terutama aktivis hak asasi manusia hadir di mahkamah sebagai menunjukkan sokongan kepada mangsa yang menangis apabila hukuman dibacakan.

-AFP

Madonna Tanggal Baju dan Seluar Protes Taliban!

Madonna Tanggal Baju dan Seluar Protes Taliban!

Penyanyi terkenal, Madonna dibidas ekoran tindakannya menanggalkan baju sebagai tanda sokongannya terhadap seorang gadis Pakistan yang cedera ditembak anggota kumpulan Taliban, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.


Gadis itu, Malala Yousafzai, 14, ditembak di bahagian kepala pada 9 Oktober lalu kerana dia menyokong hak pendidikan untuk golongan wanita.

Para peminat itu membidas perbuatan Madonna selepas mereka menyaksikan rakaman persembahannya di Pusat Staples di sini pada Rabu lalu.

Penyanyi lagu Material Girl itu menanggalkan baju dan mendedahkan coli serta seluar dalamnya semata-mata untuk menunjukkan rasa simpatinya terhadap Malala yang kini berada dalam keadaan parah di sebuah hospital.

Seorang rakyat Pakistan yang menghantar kenyataan di laman Twitter, menyatakan Madonna tidak menghormati Malala dan berharap gadis itu tidak diganggu.

Seorang lagi pengguna Twitter mengutuk Madonna kerana tindakannya dianggap tidak sesuai dan hanya mahu memperoleh populariti murahan.

Penyanyi itu sebelum ini pernah meminta para penonton menyokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada pilihan raya presiden yang akan diadakan pada 6 November depan.

Dia turut menunjukkan tatu nama Obama itu di belakang tubuhnya semasa dia membuat persembahan pada salah satu konsertnya pada September lalu di AS.

–Agensi

Neelofa dan Hans Mengaku Bercinta Cuti Bersama Di Thailand

Neelofa dan Hans Mengaku Bercinta Cuti Bersama Di Thailand

Aktor dan produser Hans Isaac mengakui hubungannya dengan pelakon Neelofa adalah serius tetapi mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan kisah tersebut kerana berasa serik dengan kegagalan hubungan cintanya sebelum ini.


Pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac, 41, ini berkata, sudah tiba masanya dia menyimpan sebahagian kisah peribadi untuk dirinya sendiri kerana dia sudah banyak berkongsi perkara peribadi dan kisah cinta sepanjang 20 tahun bergelar anak seni.

Hans berkata, atas dasar itu dia lebih selesa untuk tidak bercerita lebih lanjut mengenai hubungannya dengan aktres muda itu demi kebaikan semua pihak.

“Saya tidak nafikan kami memang berkawan secara serius pada waktu ini. Cuma, saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana perkembangan hubungan kami kerana ia terlalu peribadi buat saya.

“Cukuplah, saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun bergelar artis, terlalu banyak saya berkongsi cerita hubungan cinta dengan kekasih-kekasih terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang dipertikaikan itu dan ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini.

Ditanya reaksinya berhubung gosip yang mengatakan dia pergi bercuti dengan kekasihnya itu ke Koh Samui, Thailand, secara rahsia pada hujung bulan lalu, Hans berkata, dia enggan mengambil pusing mengenai perkara itu kerana sudah terbiasa dengan permainan dunia hiburan.

“Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini.

“Hakikatnya, saya pergi ke Koh Samui bersama sepupu dan rakan-rakan. Kalau pun saya hendak pergi bercuti dengan dia, tentulah kami akan pergi secara berkumpulan dan bukan berduaan sahaja.

“Saya bukan bodoh dan tidak peka dengan sensitiviti agama dan budaya,” hurainya.

-Mstar.com.my

Tumbuhan Paling Panjang Umur Didunia!

Tumbuhan Paling Panjang Umur Didunia!

Organisma yang paling tua di dunia didominasi spesies yang boleh membiak secara aseksual. Hal ini membantu mereka mengelakkan mutasi dan parasit.

Posidonia oceanica

Tumbuhan ini memiliki umur yang sangat panjang yang tidak pernah dibayangkan oleh manusia!

Posidonia oceanica, rumput laut raksasa di Laut Mediteranian adalah tumbuhan berumur paling panjang kerana mampu hidup sehingga 200,000 tahun.

Posidonia oceanica

BACA INI JUGA: Fakta Tubuh Manusia Yang Luarbiasa

-SENTIASAPANAS.COM

Pelik! Telur Dalam Telur

Pelik! Telur Dalam Telur

Info Pelik. Seorang peniaga kedai makan di Kampung Bukit Raya Dalam terkejut mendapati sebiji telur ayam dipecahkan mempunyai sebiji lagi telur ayam sebesar duit syiling 50 sen ketika menyediakan hidangan kepada pelanggan.


Fairul Rizal Abd Ramli, 29, berkata, dia membeli sebanyak 30 biji telur gred E di sebuah kedai runcit di situ.

“Saya mengambil telur itu dan terus memecahkannya untuk menyediakan hidangan telur mata kepada pelanggan namun terkejut setelah mendapati sebiji telur lagi jatuh ke dalam kuali dan saya menyangka ia adalah telur merah yang beku.

“Telur itu mempunyai telur putih dan merah serta ditambah dengan sebiji lagi telur di dalamnya,” katanya.

Fairul Rizal berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sejak empat bulan berniaga di situ dan dia akan terus menyimpan telur bersaiz wang syiling 50 sen itu kerana ingin melihat keadaan telur itu.

-Sinarharian.com.my

Calon Presiden Amerika Syarikat Dituduh Plagiat!

Calon Presiden Amerika Syarikat Dituduh Plagiat!

Pencipta rancangan televisyen, Friday Night Lights, Peter Berg menuduh calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Mitt Romney memplagiat satu frasa daripada rancangan itu untuk digunakan dalam kempennya.


Berg dalam surat kepada calon Parti Republikan itu menyatakan dia 'tidak suka' Romney menggunakan frasa 'Clear Eyes, Full Hearts, Can't Lose' dalam poster dan akaun Facebook kempennya.

Bagaimanapun, Berg mengucapkan terima kasih kepada pasukan kempen Romney kerana menyokong rancangan televisyen itu, namun meminta mereka mencipta slogan kempen sendiri.

-Agensi

Kerajaan Britain Intip Pengguna Facebook!

Kerajaan Britain Intip Pengguna Facebook!

Syarikat laman carian, Google, laman sosial Facebook dan Twitter sepakat menentang rancangan kerajaan Britian untuk meluluskan undang-undang bagi mengintip setiap emel dan laman web yang dilayari rakyat di negara ini.


Ketiga-tiga firma gergasi itu turut mengancam untuk menyekat sistem yang dikenali sebagai Piagam Intipan itu, satu sistem penyimpanan semua data pengguna selama setahun yang membolehkan agensi-agensi keselamatan, polis dan majlis perbandaran menggunakan maklumat tersebut.

Pengarah kumpulan hak kebebasan awam Big Brother, Nick Pickles berkata, rancangan Jabatan Dalam Negeri itu akan mewujudkan sebuah negara yang sentiasa dipantau dan tindakan kerajaan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Namun, pihak keselamatan dan agensi perisikan Britain mendakwa, mereka mempunyai kuasa mutlak untuk menyiasat aktiviti jenayah dan melindungi kepentingan negara.

Jabatan Dalam Negeri berkata, pihaknya berharap kesemua syarikat besar komunikasi dapat melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membantu melaksanakan undang-undang dengan lebih serius.

Satu jawatankuasa khas yang melibatkan beberapa ahli Parlimen mendedahkan kenyataan ketiga-tiga firma Internet tersebut yang membantah pelaksanaan Undang-Undang Komunikasi Maklumat itu.

Dalam kenyataan itu, pengarah syarikat Google, Facebook dan Twitter mendakwa undang-undang itu akan mengganggu maklumat peribadi pengguna dan membenarkan perbuatan mengintip ke atas rakyat Britain.

Pengarah Facebook, Simon Milner berkata, tindakan kerajaan itu tidak ubah seperti menggunakan 'tukul untuk memecahkan kacang' dan beliau turut bimbang rekod buruk yang dipamerkan di beberapa negara lain yang melanggar hak asasi manusia dalam mendapatkan maklumat.

Katanya, Facebook mungkin membawa kes tersebut ke mahkmah untuk menghalang pelaksanaan undang-undang baru itu.

Pegawai eksekutif Google dan Twitter berkata, mereka mungkin tidak membenarkan sebarang data sulit pengguna didedahkan, sekiranya kerajaan Britain mencari maklumat yang diperlukan melalui pihak ketiga seperti syarikat telekomunikasi BT.

-AGENSI

Model Korea Bawah Umur Tanpa Pakaian!

Model Korea Bawah Umur Tanpa Pakaian!

Gambar separuh bogel model yang baru berusia 15 telah mengundang kontroversi di kalangan masyarakat Korea. Agensi modeling yang bertanggungjawab mengambil gambar berkenaan menafikan wujudnya unsur paksaan tetapi atas persetujuan Park Seo Jin sendiri.


"Gambar begini biasanya untuk model yang berusia 20 tahun keatas sahaja, namun Park Seo Jin bersetuju untuk melakukannya tanpa sebarang paksaan", kata jurucakap agensi tersebut.

Park Seo Jin ialah model yang sedang meningkat naik dalam kariernya, tapi bukan kerana gambar itu saja, malah Park Seo Jin sendiri merupakan pemenang sebuah pertandingan 'I Am A Model' Season ke 4 dan merupakan pemenang termuda. Dia berumur 15 tahun ketika itu.

Berikut adalah beberapa gambar Park Seo Jin yang hanya memakai seluar jeans tanpa memakai baju yang menjadi kontroversi tersebut.