Saturday, October 13, 2012

Memey Enggan Bermadu!

Memey Enggan Bermadu!

Walaupun sudah merasa bahagia dengan hubungannya yang sudah berbaik dengan pelakon wanita Abby Abadi, isteri kepada Norman Hakim, Memey Suhaiza meluahkan rasa dia tidak mahu bermadu dengan perempuan lain.


Sebelum ini, umum mengetahui hubungan antara Abby dan Memey tidak begitu baik berikutan Norman ditangkap khalwat dengannya hingga membawa kepada perceraian antara Abby dan Norman.

Pun begitu, kuasa Tuhan, hubungan Memey dan Abby kembali jernih pada Ramadhan lalu.

Memey memberitahu, dia bersyukur kerana dianugerahi nikmat bahagia selepas beberapa tahun tidak bersua muka dengan Abby.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana hubungan dengan Kak Abby sudah kembali pulih.

“Sebenarnya, orang tidak tahu antara Abang Norman dan Kak Abby masing-masing sudah berbaik dan tidak bermusuh. Cuma hubungan saya dan Kak Abby kini sudah baik,” kata Memey yang dipetik dari majalah Mingguan Wanita, terbitan bulan ini.

Disebabkan ramai yang melihatkan mereka sudah mampu untuk menjadi kawan, ramai peminat yang menyuarakan pendapat supaya Norman dan Abby rujuk semula.

Namun, Memey enggan berfikir perkara-perkara yang negatif hingga boleh mengganggu kesihatan dan fikirannya.

Jujur Memey meluahkan hasrat hatinya, dia tidak mahu hidup bermadu seperti yang disarankan orang ramai kerana sudah bahagia dengan kehidupan bersama Norman.

“Saya sendiri tidak mahu memberatkan fikiran dengan benda-benda negatif. Tidak dinafikan ada yang menasihati supaya saya berwaspada, tetapi saya tahu siapa abang dan juga Kak Abby. Saya tidak mahu kata-kata orang membuatkan hubungan kami kembali keruh.

“Apabila melihat hubungan baik antara abang dan Kak Abby, saya bersyukur dan lebih gembira bila mana hubungan antara kami juga sudah pulih. Saya juga tidak mahu bermadu kerana apa yang saya lalui kini cukup membahagiakan saya,” katanya.

-Mynewshub.my

Lelaki Kantoi Raba Gadis Pengsan

Lelaki Kantoi Raba Gadis Pengsan

Dasar lelaki gatal! Sempat lagi ambil kesempatan meramas buah dada gadis comel yang sedang lena dibuai mimpi. Tengok orang tidur pun boleh terangsang kah?


Bukannya nak kejutkan takut terjatuh dari kerusi tu kan, ini nak mencabul bahagian terlarang gadis ni pulak. Apa punya tuutttt lah orang macam ni? Harap pakaian saja yang smart tapi otak letak kat lutut..

Lagi satu, disebabkan gadis ni pakai skirt dan t-shirt singkat ni pun menjadi penyebab jugak. Cuba try pakai jubah, nak raba-raba pun susah.

-Duniarealiti.com

Pelajar Terkejut Terima Cek RM2.1 Trilion!

Pelajar Terkejut Terima Cek RM2.1 Trilion!

Seorang pelajar, Allen Smith menerima cek daripada Hal Ehwal Veteran (VA) RM1,988 ($650) setiap bulan.


Namun kali ini jumlah diterima mencecah setengah bilion dollar.

Smith yang berusia 22 tahun itu menerima cek daripada Jabatan Perbendaharaan untuk membantu menampung yuran pengajian kerana ayahnya pernah berkhidmat dalam Tentera Udara Amerika Syarikat.

Ibu Smith, Patricia Attwood Smith berkata, “dia segera pergi ke pejabat VA di Fort Benning dan memulangkan cek itu."

Dia kagum dengan anaknya itu dan tahu ayahnya turut akan berbangga dengan tindakan anaknya itu.

Sehingga kini, cek RM2,110,174,031 (AS$690,000,000) itu masih misteri.

Smith diberitahu bahawa cek itu mungkin tersalah cetak atau pejabat itu digodam.

Penyelia VA menjamin cek itu akan dikembalikan kepada yang berhak.

-Sinarharian
Justin Bieber Risau Komputer Kena Curi

Justin Bieber Risau Komputer Kena Curi

Penyanyi Justin Bieber kehilangan beberapa barang miliknya, dipercayai dicuri ketika membuat persembahan di Washington, Selasa lalu.


Bintang pop itu menghantar mesej kepada lebih 28 juta peminat di laman Twitter miliknya, semalam.

Bieber menulis bahawa beberapa barang miliknya dan pengurus pelancongnya dicuri pada hari persembahan.

Penyanyi ‘Baby’ itu menjadi mangsa kecurian dalam satu persembahan di Tacoma Dome.

Namun, Bieber tidak menyatakan senarai barangan yang telah dicuri tetapi ada menyebut komputer dan kamera antara yang hilang.

Tambahnya, perkara yang paling mengganggunya adalah barang yang hilang itu memiliki banyak rakaman peribadi.

Selain itu, Bieber juga mengatakan dalam mesej Twitter itu bahawa setiap orang perlu menghormati barang orang lain.

Jurucakap polis, Tokohama berkata, tiada siasatan dijalankan kerana belum ada laporan polis.

-Sinarharian

Pembunuh Kekasih Isteri Curang Dakwa 'Dirasuk Syaitan'

Pembunuh Kekasih Isteri Curang Dakwa 'Dirasuk Syaitan'

Seorang lelaki Indonesia yang membunuh kekasih isterinya dengan kejam, mendakwa 'dirasuk syaitan' ketika kejadian.

Gambar hiasan

Hazairin Iskandar, yang didapati bersalah membunuh rakyat Malaysia Mohd Shah Saemin, memberitahu Mahkamah Agung New South Wales hari ini bahawa dia sedar telah melakukan 'satu dosa yang tidak terampun dalam Islam', lapor Australian Associated Press (AAP).

Mohd Shah, 43, seorang pemandu di Konsulat Malaysia, meninggal dunia selepas diserang Hazairin dan anak lelaki tertuduh, Andrew di luar pangsapuri mangsa di Leichhardt, Sydney pada malam 21 Feb 2010.

Pada perbicaraan kes itu, mahkamah mendengar keterangan bahawa Hazairin menikam Mohd Shah sekurang-kurangnya empat kali pada bahagian atas badan dengan sebilah pisau manakala anaknya membelasah mangsa berulang kali dengan tukul.

Dua beranak itu menyerang Mohd Shah selepas mengetahui isteri Hazairin iaitu Nita Iskander mempunyai hubungan sulit dengan mangsa.

-Bernama

Friday, October 12, 2012

Silap Hantar! Budak Kecil Terminum Wiski

Silap Hantar! Budak Kecil Terminum Wiski

Seorang budak dibiarkan menyedut separuh gelas wiski menggunakan straw selepas sebuah restoran tersilap menghidangkan arak itu walaupun sepatutnya dia diberi jus buah.


Media semalam melaporkan, Sonny Rees menghabiskan kira-kira 40 peratus alkohol itu tanpa disedari kakitangan restoran Frankie and Benny’s di Swansea.

Insiden itu berlaku ketika Rees dibawa meraikan hari lahirnya yang kedua. Menurut sumber, kesilapan itu disedari apabila Rees menunjukkan riak wajah serta kelakuan aneh setiap kali menyedut minuman.

Ekoran itu, katanya, ibu Rees, Nina, 34, menghidu serta mencuba minuman berkenaan dan terkejut mendapati ia adalah arak.

Rees kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Sementara itu, Nina berkata, dia memesan jus limau dan air kosong untuk anaknya.

“Rees sempat menyedut kira-kira 10 kali dan saya dapat lihat dia mabuk,” katanya.

–TS

Pertandingan Ratu Cantik Tapi Berpurdah!

Pertandingan Ratu Cantik Tapi Berpurdah!

Pertandingan ratu cantik di Arab Saudi? Tentu mengejutkan kerana negara tersebut tidak pernah membenarkan wanita memperagakan bentuk badan mereka, apatah lagi membuka aurat di depan khalayak ramai .


Bagaimanapun dalam pertandingan Miss Congeniality ini, wanita yang mengambil bahagian tidak diadili berdasarkan kecantikan, malah ada yang mengambil bahagian dengan memakai purdah.

Sebaliknya mereka dinilai kepada nilai etika masing-masing.

Pertandingan kali ketiga ini bertemakan `etikaku, identitiku” dan diadakan di Qatif.

Dalam pertandingan itu, Maram Zaki al-Saif dipilih sebagai pemenang selepas dia berjaya meyakinkan para judi dengan keyakinan yang tinggi dan mempesonakan penonton.

Selain gelaran berkenaan, Maram turut membawa pulang wang tunai berjumlah lebih $2,000 dolar.

Maram yang berasal dari Taraout itu, berjaya mengalahkan 285 peserta lain yang kebanyakannya berusia antara 16 hingga 24 tahun.

Tempat kedua disandang oleh Fatema Abdel Jaleel Al Abad, 17 manakala tempat ketiga diraih oleh Fatema Saeed Al Baik, 23.

Dalam pada itu, pengarah eksekutif pertandingan, Khadra’a Al Mubarak berkata, kriteria utama pemilihan adalah berfokuskan kepada karisma, kaykinan dan kebijaksanaan peserta untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

Antara soalan yang dikemukakan ialah `Apa yang akan capai selepas anda memegang gelaran juara ? dan apa yang akan anda sumbangkan kepada gelaran itu sebagai balasan?

Pertandingan itu turut dihadiri oleh golongan wanita yang terdiri daripada selebriti, tokoh media dan ibu peserta.

-Mynewshub.my
Wah! Proses Melapah Kulit Ular Sawah

Wah! Proses Melapah Kulit Ular Sawah

Perniagaan ular sampai sekarang memang masih menguntungkan kerana hampir semua bahagian tubuh ular sangat bermanfaat, contohnya selain boleh dimakan dagingnya atau dijadikan bahan makanan olahan, kulitnya juga boleh dijadikan aksesori yang diperlukan wanita mulai dari kasut kulit ular, beg kulit ular, dompet kulit ular dan macam-macam lagi..

Kalau dipikir lagi semua untuk mempercantik tampilan wanita tapi kalau diinget lagi prosesnya yang agak kejam, apa mahu wanita memakai bahan ini sebagai aksesorisnya?


-Tabekpuang.blogspot.com

Kuku Jari Yang Sangat Unik

Kuku Jari Yang Sangat Unik

Seorang artis menggunakan kreativitinya mencipta nama menggunakan jari yang dihias bagi membentuk pelbagai wajah orang terkenal.


Berasal dari Bologna, artis yang hanya mahu dikenali dengan nama samaran Dito Von Tease itu menggunakan jarinya bagi memaparkan wajah seperti Dalai Lama, Jesus, Muammar Gaddafi dan Hitler.

Dia memilih nama samaran Dito sempena nama seorang penari, Dita, serta perkataan bahasa Itali il dito (bermaksud jari).

Kata Von Tease, projek “Ditology” itu dilakukan bagi melihat kepada kepekaan terhadap identiti serta bagaimana seseorang menggunakan samaran – terutama apabila mereka meninggalkan “cap jari digital” dalam talian. “Ia bermula tiga tahun lalu ketika saya mencari imej asli sebagai gambar profil di Facebook,” katanya.

Menurut Von Tease, 33, dia memilih jari sebagai pengenalan kerana tidak mahu identitinya terdedah. Katanya di Itali, ada ungkapan agak popular, nascondermi dietro un dito, yang bermaksud “bersembunyi di balik jari.” “Ia adalah kiasan kepada tindakan bersembunyi yang tidak berkesan,” katanya. Von Tease berkata, dia menggunakan kiasan itu untuk menyatakan bahawa, semua manusia cuba menyembunyikan diri di balik imej yang direka sendiri.

Mengenai jarinya, Von Tease berkata, dia menghiasinya untuk memaparkan wajah sesiapa saja, terutama individu terkenal. Dia menukar watak jarinya setiap harian berdasarkan kepada berita dan perkembangan semasa, membabitkan isu sejarah, seni, muzik, televisyen dan politik. Untuk melengkapkan imej itu, Von Tease menukar warna kulit pada jarinya dan menambah gaya rambut, mekap dan ciri khusus yang dikaitkan dengan tokoh yang dipilih.

–DM

Hebat! Ikan Arowana Terbesar Dunia

Hebat! Ikan Arowana Terbesar Dunia

Gambar dibawah menunjukkan seorang penyelam berkongsi tangki dengan ikan Arapaima dewasa di sebuah akuarium di Manaus, Brazil. Lihatlah betapa besarnya ikan ini!

Hebat! Ikan Arowana Terbesar Dunia

Ia dikenali sebagai pirarucu di Brazil dan paiche di Peru. Ikan gergasi ini adalah salah satu ikan air tawar yang terbesar di dunia. Sesetengah panjangnya mencapai lebih daripada 10 kaki (3 meter) dan berat ke atas 400 paun (180 kilogram).

Ikan gergasi yang besar seperti ini yang jarang berlaku ditemui di seluruh dunia disebabkan oleh penangkapan ikan yang sangat kerap.

Arapaima telah menjadi fokus utama beberapa projek pemuliharaan di Amerika Selatan, yang mana termasuklah dilarang menangkap arapaima di rizab dan kawasan memancing juga di kuotakan.

-Majalahbiarbetul.blogspot.com