Friday, October 12, 2012

Pelik! Akar Herba Menyerupai Wajah Manusia

Pelik! Akar Herba Menyerupai Wajah Manusia

Info Pelik. Seorang petani Zheng, 63, di Datianba Village, mendapati keanehan semasa menggali untuk mendapatkan herba, yang akan digunakan sebagai tonik untuk buah pinggang dan untuk merawat tulang yang lemah serta keguguran rambut.


Para saintis berusaha untuk memahami proses penghasilan pelik akar herba yang telah digali keluar dari tanah oleh seorang petani di China itu.

Zheng Dexun menunjukkan heshouwu iaitu herba china atau sejenis ubi yang berupa manusia, di Langzhong, Barat Daya Wilayah Sichuan, China. Ubi ini seberat 5,8 kilogram dan berdiri 62 sentimeter tinggi, menyerupai kanak-kanak yang telanjang.

Uniknya, di bahagian 'kepala' ubi terdapat mata dan hidung yang menonjol. Sebagaimana bentuk tubuh manusia, ubi tersebut juga dilengkapi dengan lengan, kaki.

-Majalahbiarbetul.blogspot.com

Pelik! Ubi Kayu Ada Jantina

Pelik! Ubi Kayu Ada Jantina

Info Pelik. Ubi ini dijumpai dalam keadaan 'berpasangan'. Ubi ini terdiri daripada dua bentuk tubuh manusia. Satu diantaranya menyerupai perempuan dengan bentuk 'dada' di bahagian atasnya, manakala satu lagi boleh dikelaskan sebagai lelaki kerana kelihatan "kelakian" dengan anggota tubuh yang menonjol dan tergantung di bahagian bawah.


Penemuan pelik ini, telah menarik minat salah seorang penduduk dan membelinya dengan 600 yuan. Berikutan itu beliau telah mendirikan sebuah tempat khusus di rumahnya untuk menarik minat pengunjung yang datang.

-Majalahbiarbetul.blogspot.com

Kilang Mesin Taip Terakhir Terpaksa Ditutup

Kilang Mesin Taip Terakhir Terpaksa Ditutup

Syarikat Godrej and Boyce di India yang menjadi pengeluar mesin taip terakhir di dunia terpaksa menghentikan operasinya dan hanya meninggalkan beberapa ratus buah mesin taip dalam stoknya sebelum dijual kepada orang ramai.

Kilang Mesin Taip Terakhir Terpaksa Ditutup

Penutupan kilang itu dipercayai akibat permintaan terhadap mesin taip semakin berkurangan sejak 10 tahun lalu selepas orang ramai beralih kepada komputer.

Pengurus Besar Godrej and Boyce, Milind Dukle berkata kepada akhbar tempatan India, Business Standard: "Kami tidak menerima banyak permintaan sekarang. Sejak awal tahun 2000, penggunaan komputer terus mendominasi pengguna di seluruh negara. Semua syarikat yang mengeluarkan mesin taip menghentikan operasi masing-masing kecuali kami.

"Sehingga tahun 2009, kami hanya menghasilkan 10,000 hingga 12,000 mesin taip setahun. Mungkin sekarang adalah waktu terbaik buat pengguna mesin taip untuk mendapatkan produk terakhir kami."

Syarikat itu memulakan perniagaan sejak tahun 1950-an selepas bekas Perdana Menteri, Jawaharlal Nehru menganggap mesin taip sebagai simbol pengembangan kemerdekaan dan industri di India.

Terdapat sebanyak 200 buah mesin taip ada dalam stok syarikat tersebut. Majoritinya terdiri daripada model dengan aksara bahasa Arab.

Pada awal 1990-an, Godrej and Boyce menjual 50,000 unit mesin taip setiap tahun. Tetapi pada 2010, ia hanya dapat menjual 800 unit sahaja.-Agensi

BACA INI JUGA: Tumbuhan Paling Panjang Umur Didunia!

Pelik! Tembikai Berbentuk Piramid

Pelik! Tembikai Berbentuk Piramid

Info Pelik. Ini pula "tembikai piramid" dari Hokkaido. Oleh kerana kaedah penanaman agak sukar berbanding dengan tembikai biasa, antara lima dan sepuluh 'tembikai piramid' sahaja yang boleh dihasilkan setiap tahun.

Tembikai Piramid

Harganya adalah sebanyak 80,000 yen bersamaan RM3000!

-Majalahbiarbetul.blogspot.com
Tembikai Berbentuk Empat Segi!

Tembikai Berbentuk Empat Segi!

Info Pelik. Tembikai segi empat atau kiub mungkin kedengaran agak pelik bagi anda, tetapi tidak bagi penduduk Jepun. Petani di Jepun sudah biasa membesarkan tembikai dengan cara seperti ini!


Kira-kira 20 tahun yang lalu, seorang petani di wilayah Kagawa, Jepun telah mencipta cara supaya tembikai berbentuk kiub mudah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Tembikai kiub tidak begitu banyak dituai antara 800biji ke 1,000biji setiap musim. Harga kebisaanya terus meningkat kepada 12,000 yen atau bersamaan 450 ringgit!

Walau bagaimanapun, bentuk yang luar biasa membawa banyak perhatian dari seluruh dunia. Bukan sahaja di Eropah dan Hong Kong memaparkan tembikai ini di media, tetapi juga presiden sebuah negara Asia dan seorang pegawai kanan Syria telah membeli tembikai adalah mengejutkan!

Hari ini, tembikai pelik dari Jepun telah menjadi terkenal di seluruh dunia.

Ianya banyak manfaat untuk hal-hal seperti pembungkusan dan penghantaran dan menjimatkan ruang di kedai-kedai runcit.

Dari segi keburukan pula, agak susah menggigit kepingan sudut tembikai berbanding dengan kepingan yang melengkung.

Tetapi apa sahaja alasan anda samaada berbentuk segi atau bulat, ternyata bentuk segi kelihatan cukup kemas.


Gambar di atas adalah bekas acuan tembikai empat segi. Sesiapa sahaja boleh membuat projek tembikai kiub sendiri.

-Majalahbiarbetul.blogspot.com

Luarbiasa! Awan Jatuh Dari Langit

Luarbiasa! Awan Jatuh Dari Langit

Bolehkah awan menentang aturan graviti dan jatuh dari langit ke atas tanah. Sebuah video yang diambil oleh rakyat UAE dan telah diterbitkan ke YouTube menunjukkan kejadian itu berlaku di UAE dan jurugambar bertuah itu menganggap ianya sebagai satu keajaiban syurga.

Luarbiasa! Awan Jatuh Dari Langit

Klip video selama 3.5 minit itu menunjukkan awan kecil putih yang terbang rendah segumpalan kapas besar di atas ladang hijau sebelum mengarah ke bawah dan jatuh ke atas pagar di kawasan subur Faris Bida di luar bandar timur oasis Al-Ain.

Orang yang tidak dikenali yang menangkap fenomena yang unik ini kemudiannya menyerahkan perakam video beliau kepada pekerja ladang di kawasan itu dan memintanya untuk terus merakam semasa dia menuju ke arah awan dan menyentuh awan dengan tangan.

Klip video itu turut dibawa di dalam beberapa akhbar di Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang lain, menunjukkan awan berpecah kepada beberapa bahagian semasa ia mencecah tanah. Bahagian-bahagian kecil yang lain dilihat ditiup oleh angin manakala bahagian utama kekal melekat pada pagar.

"Saya tidak dapat mempercayainya saya tidak pernah melihatnya dan merakamnya," kata lelaki itu dalam bahasa Arab. "Saya percaya ini adalah satu keajaiban yang menunjukkan kekuasaan Allah."



Pelik! Anjing Berwajah Babi

Pelik! Anjing Berwajah Babi

INFO PELIK. Baka anjing pelik telah dilihat merayau di sekitar jalan-jalan Xinxiang di Wilayah Henan, Tengah China, mencetuskan kebimbangan dimana ia telah terlepas dari sebuah pusat penyelidikan perubatan yang berdekatan.

Anjing Babi

Dengan kulit berwarna pelik dan badan tidak berbulu, ramai pemerhati berspekulasi bahawa baka yang jarang dilihat ini mungkin dari jenis babi mutan pelik.

Walau bagaimanapun ia kelihatan pelik dengan rerambut berbulu putih di kepala, ekor merekot dan taring ganjil tetapi ada yang melihatnya seperti seekor kuda mini.

Seorang saksi berkata, "kulit berwarna merah jambu seolah-olah ia kelihatan seperti sejenis babi yang gagal dari eksperimen genetik".

Bagaimanapun, polis telah menafikan haiwan itu adalah subjek eksperimen genetik, mengesahkan ia  sebenarnya satu baka yang dikenali sebagai anjing crested Cina yang tidak berbulu.

"Ia sudah tentu anjing, dan ia agak mahal", kata seorang jurucakap.

BACA INI JUGA: Gempar Khinzir Pelik Lahir Berwajah Monyet

sumber: ohdunia

Lelaki Mati Alat Kelamin Putus Digigit Tikus

Lelaki Mati Alat Kelamin Putus Digigit Tikus

Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata akhir tahun lalu.


Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM. Mangsa, Arun Sandhukh, 53, ketika menerima rawatan kerana penyakitnya itu.

Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.

“Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus,” kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita.

Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.

Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat.

-BERNAMA
Bahaya Menahan Air Kencing

Bahaya Menahan Air Kencing

Sekalipun terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.


Menurut Pakar Kesihatan, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.

“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.

“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.

Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.

Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.

-Gempak.org

Risiko Menahan Bersin

Risiko Menahan Bersin

Ada orang cuba menahan bersin dengan cara menutup hidung mereka, sehingga keinginan bersin menjadi hilang. Tetapi menahan bersin yang agak kerap akan menimbulkan masalah yang serius kepada diri anda.


Kepantasan bersin yang dimiliki manusia adalah 161 km/jam, jadi sekiranya seseorang itu menahan bersin maka tubuh badannya terpaksa menahan kelajuan tersebut secara tiba-tiba. Akibatnya ia mungkin mempengaruhi fungsi tubuh dan menyebabkan kuman-kuman yang sepatutnya keluar masuk kedalam rongga nafas kembali.

"Bersin merupakan perkara yang bagus kerana ianya akan membersihkan rongga anda. Sedangkan menahan bersin itu akan menyebabkan bahaya dan menimbulkan beberapa risiko", kata Dr. Micheal Roizen kepada Wellness Officer Clevelend Clinics, didalam Doctoroz.com.

Roizen menyatakan ada beberapa bahaya yang akan terjadi kepada seseorang yang menahan bersin antaranya:

-Menyebabkan patah tulang rawan hidung.
-Pecah gendang telinga.
-Gangguan pendengaran.
-Veritgo.
-Keluar mata dari soketnya.

-Penpatah.blogspot.com