Thursday, October 11, 2012

Arnold Schwarzenegger Ada Kekasih Baru

Arnold Schwarzenegger Ada Kekasih Baru

Walaupun kes perceraian Arnold Schwarzenegger dan Maria Shriver masih belum selesai, aktor itu sudah pun keluar dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

Arnold berbasikal bersama wanita yang dikatakan kekasihnya.

Menurut laporan Dailymail.co.uk, bintang filem Terminator itu dilihat berbasikal bersama seorang wanita berambut perang pada Isnin lalu

Sehingga ke hari ini, belum ada sumber yang dapat menjelaskan siapakah wanita tersebut namun, daripada gerak geri mereka, wanita itu seperti memiliki hubungan yang sangat rapat dengan Arnold.

Arnold pada ketika itu berimej sangat kasual dengan hanya mengenakan kemeja T merah dan seluar hitam.

Manakala teman wanitanya itu lebih bergaya dengan memakai baju rona ungu dan seluar ketat hitam, dipadankan dengan kasut putih berjalur ungu.

-Mstar
Erin Malik Semakin Tenang Selepas Konflik

Erin Malik Semakin Tenang Selepas Konflik

Pelakon remaja Erin Malek mengakui peningkatan usianya yang kini mencecah 18 tahun menjadikan dia semakin matang dalam menghadapi konflik keluarga yang pernah berlaku sebelum ini.

Wajah terbaru Erin ketika berada di lokasi 
penggambaran filem Lari di Perlis, baru-baru ini.

Erin atau nama sebenarnya Nur’Arina Abdul Malek berkata, dia kini kembali tenteram selepas hampir dua tahun kontroversi yang mendakwa bapanya, seorang jurukamera Malek Marwi, 36, menjalin hubungan dengan aktres Fiza (Elite) sehingga menyebabkan perceraian ibu bapanya.

“Ketika konflik keluarga berlaku pada dua tahun lalu, saya masih di bangku sekolah dan tekanannya amat berat buat saya.

“Saya akui pernah melakukan beberapa kesilapan kerana tertekan. Alhamdulillah, keadaan saya semakin stabil dan tenteram, mungkin kerana saya semakin meningkat dewasa.

“Keadaan kami sekeluarga juga semakin baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Aktres Tentang Bulan ini berkata, pada waktu ini dia mahu memulakan semula kerjaya lakonannya yang tertangguh hampir dua tahun kerana bersekolah.

“Sebelum ini saya sibuk sebagai pelajar sekolah. Saya cuba menjalani kehidupan remaja normal tanpa ada limpahan publisiti.

-Mstar

Mayat Ketua Kartel Dadah Zetas Dicuri

Mayat Ketua Kartel Dadah Zetas Dicuri

Kejayaan besar pihak berkuasa Mexico bertukar menjadi insiden memalukan semalam apabila mayat ketua kartel dadah 'Los Zetas' yang dibunuh dicuri daripada rumah mayat.


Heriberto Lazcano yang disifatkan sebagai seorang yang bercita-cita tinggi dan tidak berperikemanusiaan adalah lelaki kedua paling dikehendaki di negara itu. Pembunuhannya adalah kejayaan besar buat kerajaan yang memerangi kartel dadah ekoran tentera persekutuan dikerah menumpaskan mereka sejak 2006.

Mayat Lazcano dan seorang lagi lelaki dibawa ke sebuah rumah mayat di bandar Sabinas di utara negeri Coahuila sejurus selepas mereka dibunuh dalam insiden tembakan Ahad lalu antara kumpulan mereka dengan pasukan khas tentera laut. Namun, sekumpulan lelaki bersenjata berat memakai topeng kemudian memasuki rumah mayat itu dan menahan kakitangan di situ, kata pendakwa raya Coahuila, Homero Ramos di sidang media di Sabinas.

“Mereka mengambil mayat berkenaan, memasukkannya ke dalam kereta mayat dan mengarahkan pemandunya segera beredar,” kata Ramos.

Tentera laut Mexico yang menjalankan operasi menentang ketua Zetas itu berkata, cap jari dan foto digunakan untuk mengenal pasti mayat itu sebagai Lazcano sebelum ia dicuri.

-AFP

Datuk Bandar Itali Ahli Mafia!

Datuk Bandar Itali Ahli Mafia!

Kabinet Itali semalam memecat semua ahli majlis kerajaan tempatan Reggio Calabria, bandar raya di selatan bagi menghentikannya dikawal secara langsung oleh kumpulan mafia tempatan.


Datuk Bandar Demetrio Arena dan 30 lagi anggota dewan bandar raya itu dipecat di bawah peruntukan undang-undang yang diumumkan di Rome oleh Menteri Dalam Negeri, Anna Maria Cancellieri.

Ia kali pertama kerajaan di ibu negeri sesebuah wilayah disingkir secara besar-besaran kerana disyaki mempunyai hubungan dengan jenayah terancang. Sebilangan bandar kecil, kebanyakannya di selatan turut menerima nasib sama pada masa lalu. Tindakan itu diambil selepas penyiasat dari Rome memastikan sebilangan anggota dewan bandar raya itu yang mempunyai populasi 180,000 orang ada kaitan dengan ‘Ndrangheta’, versi tempatan untuk mafia Sicily.

-Reuters

Kontroversi Mangkuk Tandas Mulut wanita

Kontroversi Mangkuk Tandas Mulut wanita

Sebuah restoran baru Perancis di bandar raya ini berkata, ia akan membuang mangkuk kencing lelaki berbentuk mulut wanita berlipstik dari premis itu ekoran bantahan orang ramai.

Mangkuk kencing yang dipasang di restoran mewah Perancis.

Restoran berkenaan, Ananas Bar dan Brasserie juga memohon maaf kerana mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai. Menurutnya, mangkuk itu ciptaan artis Belanda, Meike van Schijndel, biasa digunakan di Eropah.

“Kami memohon maaf sekiranya ia menyebabkan rasa tidak puas hati. Kami akan menanggalkannya hari ini,” kata jurucakap restoran mewah itu yang dibuka tiga minggu lalu.

Pengulas makanan akhbar Sydney Morning Herald menyifatkan mangkuk kencing itu sebagai ‘tidak mengejutkan.’ Bagaimanapun, aktivis wanita dan bekas penasihat politik, Anne Summers berkata, rekaan itu menjijikkan.

“Sikap membenci wanita begitu berleluasa dan ini adalah satu contohnya,” kata Anne.

-DM

Suami Mahu Cerai Isteri Miliki Nafsu Luar biasa!

Suami Mahu Cerai Isteri Miliki Nafsu Luar biasa!

Seorang suami di Turki berada yang dalam keadaan lesu dan lemah, bergegas ke balai polis sebagai jalan akhir mencari penyelesaian apabila tidak mampu lagi melayan kehendakk seks luar biasa isterinya, sejak berkahwin 19 tahun lalu.

Suami Mahu Cerai Isteri Miliki Nafsu Luar biasa!

Lelaki yang mempunyai dua anak dengan isterinya memberitahu polis, dia menghabiskan masa empat tahun di atas sofa bagi mengelak dari membayar 'cukai' batin berlebihan kepada isterinya, namun itu gagal memaksa isterinya untuk bersimpati.

Setiap hari, isterinya berkali-kali datang memintanya 'membayar' kononnya tunggakan nafkah batin yang mesti dilangsaikan, walaupun si suami semakin kurus kering apabila terpaksa memenuhi kehendak isteri.

Akibat tidak tahan lagi, lelaki itu meminta bantuan polis dan bercadang memfailkan permohonan cerai daripada isterinya akibat terlalu kelesuan melayani kehendak seks luar biasa isterinya.

Polis mengesahkan lelaki itu mahu memohon perceraian tetapi permintaannya itu agak mustahil dengan keadaan isterinya yang terlalu gersang itu.

Lelaki berkenaan dikatakan sering keletihan dan gagal menumpukan perhatian pada pekerjaannya sejak sekian lama berkahwin kerana semua tenaganya yang ada telah dihabiskan bersama si isteri.

-AFP

Wednesday, October 10, 2012

Misteri Pulau Patung di Mexico

Misteri Pulau Patung di Mexico

Dikenali sebagai La Isla de la Munecas dalam bahasa Sepanyol, pulau patung ini mungkin menjadi tempat yang paling seram untuk dikunjungi pelancong-pelancong yang datang ke Mexico.

Misteri Pulau Patung di Mexico [3]

Terletak di selatan bandar Mexico, pulau ini penuh dengan pelbagai kisah-kisah misteri. Boleh dikatakan hampir kesemua pokok di pulau ini dihiasi dengan patung-patung berwajah seram yang pastinya akan membuatkan anda rasa seperti diperhatikan.

Misteri Pulau Patung di Mexico

Kisah misteri di sebalik pulau patung ini bermula apabila seorang pertapa bernama Don Julian Santana berpindah ke sini.

Walaupun beliau sudah berkahwin, beliau memilih untuk menghabiskan sisa hayat hidup beliau di pulau ini.

Misteri Pulau Patung di Mexico [2]

Don Julian dikatakan sering dihantui oleh roh seorang budak perempuan yang dipercayai mati lemas dalam salah satu saluran di pulau tersebut.

Misteri Pulau Patung di Mexico [4]

Ada sumber yang mengatakan Don Julian memancing patung-patung tersebut kerana menganggap patung-patung yang dipancingnya itu adalah kanak-kanak yang sebenar.

Misteri Pulau Patung di Mexico [5]

Ada yang mengatakan beliau mengumpul kesemua patung dan meletakkannya di hampir di sekeliling rumahnya untuk dijadikan makam kepada roh budak perempuan yang mati lemas itu.

Misteri Pulau Patung di Mexico [6]

Pada tahun 2001, Don Julian Santana ditemui mati oleh anak saudaranya di dalam saluran yang sama budak perempuan itu ditemui mati. Kini, pulau tersebut dan kesemua patung tersebut terus menjadi misteri.

BACA INI JUGA: Sindrom Anak Patung Kain Buruk

-Sentiasapanas.com

Sengsara Zakar Tegang Selama 3 Minggu!

Sengsara Zakar Tegang Selama 3 Minggu!

Seorang lelaki berusia 55 tahun hampir maut selepas zakarnya terangsang dan tegang selama tiga minggu dan hanya selamat selepas dibedah.

Sengsara Zakar Tegang Selama 3 Minggu!
Gambar hiasan

Ketegangan itu berlaku tanpa pengambilan Viagra berpunca daripada masalah ‘priapism’ yang menyebabkan darah beku di zakarnya.

Ahli perniagaan itu terselamat pada saat akhir selepas dibedah, menurut laporan.

‘Priapism’ merujuk kepada kegagalan aliran darah keluar dari kemaluan selepas hubungan seks menyebabkan lelaki itu ‘sentiasa tegang.’

Selain menyebabkan darah beku, keadaan juga boleh mengakibatkan anggota tubuh reput sekali gus memaksa kemaluan dipotong.

Difahamkan keadaan itu juga mungkin berpunca daripada masalah saraf. Bagaimanapun, lelaki terbabit kini mati pucuk akibat perkara berkenaan.

-Pakcikli00.wordpress.com
Teknik Kulum 'Aurat' Suami Isteri

Teknik Kulum 'Aurat' Suami Isteri

Teknik suami menjilat kemaluan isteri dan isteri mengulum, menghisap kemaluan lelaki dikenali sebagai oral seks dan sekiranya anda tidak pernah mengetahui teknik ini, anda mungkin akan menganggapnya sebagai jijik, kerana merasakan kemaluan pasangan anda tidak bersih.

Isteri
Gambar hiasan

Tetapi sebenarnya, perkara jijik tidak timbul sekiranya pasangan tahu mengamalkan kebersihan kemaluan masing-masing.

Perkara paling utama dalam oral seks, ialah kebersihan dan kepercayaan suami isteri. Janganlah sesekali menganggap kemaluan diri atau pasangan anda adalah satu objek yang jijik.

Kemaluan anda dan pasangan adalah bersifat suci, bersih, indah dan membawa kenikmatan sebagaimana bahagian tubuh luaran anda yang lain.

Sekiranya anda meyakini kemaluan pasangan anda bersih, maka pasti anda akan seronok melakukannya bersama-sama.

Langkah-langkahnya;

Lakukannya demi kepuasan suami anda dengan harapan bahawa suami anda akan lebih menyayangi dan mencintai diri anda.

Sekiranya suami anda sanggup mencium dan menjilat kemaluan anda sebagai tanda kasih sayangnya yang tidak terbatas, mengapa tidak anda melakukannya pada suami?

Anda dapat membalas kasih sayangnya dengan melakukan rangsangan mulut terhadap kemaluannya.

Yakinlah bahawa zakar suami anda sentiasa suci dan bersih. Eloklah sekiranya anda berdua sentiasa mandi bersama.

Ketika mandi,cucilah zakar suami dengan menggunakan sabun dan pembasmi kuman. Pujuklah suami supaya mengamalkan pembersihan zakarnya pada setiap hari.

Anda juga perlu lakukan perkara yang sama untuk menjaga kebersihan dan kecantikan faraj anda.

Sapukanlah makanan yang manis seperti madu, aiskrim atau susu pekat/krimer pada sekeliling zakarnya supaya anda merasa lebih senang mengulumnya. Ia dapat menyeronokkan suasana perhubungan.

Biasakanlah memegang dan membelai zakar suami ketika anda berdua menonton TV atau meluangkan masa lapang bersama dan tanpa dilihat oleh orang lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: pakcikli00

Mati Kerana Tubuh Terbakar Sendiri

Mati Kerana Tubuh Terbakar Sendiri

Pada 1951, Mary Hardy Reeser  atau juga dikenali sebagai ‘The Cinder Lady’, mengalami kebakaran secara tiba-tiba ketika sedang duduk di rumahnya.

Mati Kerana Tubuh Terbakar Sendiri

Yang tinggal hanyalah kaki kirinya dengan kasut yang masih terpasang dan tengkoraknya yang kemudian menyusut. Penyebabnya kekal menjadi misteri hingga kini.

Kejadian ini boleh dikatakan tidak masuk akal kerana mangsa yang terbakar hingga mati tidak pun terdedah dengan api atau bahan bakar yang merbahaya.

Dan tubuhnya tiba-tiba seperti meledak dari dalam hingga membakar seluruh tubuhnya.