Facebook semalam mengesahkan tambahan fungsi perniagaan interaktif kepada penggunanya melalui ciri terbaru butang 'Want', selepas mencetuskan spekulasi selama beberapa bulan.
Khabar angin mengenai butang terbaru itu mula didedahkan pada Jun lalu, namun laman sosial gergasi tersebut enggan mengesah atau menafikannya.
Namun, selepas dua bulan berlalu, Facebook mengumumkan sedang bekerjasama dengan tujuh peruncit termasuk Pottery Barn, Victoria Secret, Michael Kors dan Neiman Marcus bagi mencuba platform yang membenarkan pengguna menekan butang 'Want', 'Collect' atau 'Like' untuk sesuatu produk.
Sebagai contoh, sekiranya anda menekan butang 'Like' pada sesuatu barangan, produk itu kemudian akan dipaparkan pada skrin utama akaun Facebook anda.
"Sebelum ini kami melihat pelbagai jenis perniagaan secara perkongsian maklumat mengenai produk di dalam gambar album yang terdapat pada akaun Facebook.
"Hari ini, kami memulakan ujian terhadap beberapa perniagaan terpilih menerusi bahagian yang dinamakan Collections," menurut kenyataan laman sosial itu.
Collections boleh ditemui pada laman utama akaun Facebook dan setiap pengguna boleh melihat koleksi yang terdapat di dalamnya, serta berkongsi barangan yang mereka minati dengan rakan-rakan.
Melalui ciri-ciri baru itu, pengguna boleh terus membuat pembelian dalam laman Facebook menerusi ciri tambahan pautan Buy.
Walaupun Facebook tidak mendapat bahagian daripada penjualan tersebut, penganalisis dari Robert W. Barid, Colin Sebastian berkata, butang 'Want' menyediakan peluang lain bagi proses kewangan.
"Di samping berpotensi mengumpul yuran transaksi bagi pengguna yang merujuk kepada laman e-dagang, peruncit juga perlu membayar kepada Facebook bagi mempromosi produk pada senarai keinginan pengguna, sama seperti cara iklan semasa Facebook ketika ini," katanya.
-AGENSI