Tuesday, October 09, 2012

Fathia Sanggup Bertekak Enggan Pakai Baju Seksi

Fathia Sanggup Bertekak Enggan Pakai Baju Seksi

Kontroversi yang menjengah dalam hidup pelakon muda, Fathia di awal kemunculannya dalam dunia lakonan mencalarkan imej dan namanya.


Isu mengenai dia suka hadir lewat ke lokasi selain ada masalah disiplin membuatkan ramai pihak memandang serong terhadap dirinya.

Terbaru, Fathia dikhabarkan telah bergaduh dengan seorang pengarah, Arjinder Singh di lokasi pembikinan filem terbaharu lakonannya, Darah Panas.

Punca yang menjadi pergaduhan dan pertelingkahan itu adalah kerana Fathia enggan memakai baju yang telah disediakan oleh pihak produksi tersebut.

“Saya bukan simbol seks dan saya enggan memakai pakaian yang terlalu menjolok mata.

“Saya akui berlaku sedikit pertengkaran ketika sedang menjayakan sebuah babak sebagai pelacur dalam filem Darah Panas kerana saya dipaksa memakai pakaian ketat dan menjolok mata,” kata Fathia yang dipetik dari Kosmo Online, hari ini.

Walaupun bergelar pelakon yang serba boleh, Fathia telah menggariskan panduan tertentu untuk dia berpakaian dalam menjalankan satu-satu watak.

Justeru, memakai pakaian yang terlalu seksi yang disediakan oleh pihak produksi membuatkan dia tidak selesa ketika pengambaran filem itu dijalankan.

Dia juga berkeras mahu menukar pakaiannya walaupun tidak dibenarkan.

“Pada hari kejadian juga saya berkeras untuk menukar pakaian lain yang kurang seksi berbanding baju dan skirt paras paha yang diberi oleh produksi. Setakat itu had saya dalam berpakaian!” kata Fathia.

Insiden dia bergaduh dengan pengarah filem tersebut membuatkan Fathia mahu lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian dan watak selepas ini.

Bagi Fathia, dia tidak mahu kejadian yang sama berulang dan akan menjejaskan namanya di masa akan datang.

-Mynewshub.my

Amy Terkilan Penampilan 'Seksa' Nabila

Amy Terkilan Penampilan 'Seksa' Nabila

Sejak memegang gelaran ibu tunggal, nama Nabila Huda sering kali dikaitkan dengan pelbagai kontroversi.


Terbaru, penampilannya dalam Anugerah Blokbuster menjadi perbualan hangat apabila tampil dengan gaun hitam rekaan Alia Bastamam yang mendedahkan bahagian perut dan peha.

Seperti bintang Hollywood, Nabila, 28, berjaya mencuri tumpuan penonton walaupun tidak mengikut tema majlis ‘colour blocking’.

Dua hari selepas majlis itu diadakan, pelbagai respons serta reaksi yang diterima daripada peminat mengenai penampilan seksi Nabila yang rata-ratanya mengkritik penampilannya.

Situasi itu turut dirasai bapanya, Amy yang ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, “memang saya tidak bersetuju dengan penampilannya pada malam itu.”

“Bagi saya ‘designer’ pun perlu tahu jenis pakaian yang direkanya serta dia (Nabila) sendiri perlu tahu apa yang dipakainya itu.

“Banyak lagi baju rekaan cantik yang boleh dipakai dan saya percaya dia sudah cukup dewasa untuk mengetahui serta berfikir dengan lanjut mengenai perkara itu,” katanya yang turut membuat persembahan dengan mendendangkan tiga lagu pada majlis anugerah itu.

Amy turut berkata, “sekarang hasil kerja dan lakonan dia sudah semakin bagus.”

“Seharusnya dia menjaga penampilan dan imejnya, jangan sampai memberi peluang dan ruang untuk orang mengata, menghentam atau jatuhkan dia,” katanya lagi.

Nabila yang dihubungi Sinar Harian Online untuk mendapatkan komen belum berhasil.

Semasa menyampaikan anugerah bersama rakan penyampai, Zahiril Adzim, bahagian perut Nabila yang terdedah telah diliputi oleh kain lain yang seakan sama warna dengan gaunnya itu.

Nabila yang berkahwin dengan Zaidi Zailani bercerai tahun lalu.

-Sinarharian

Monday, October 08, 2012

Tasha Shilla di Gelar Ratu Disko!

Tasha Shilla di Gelar Ratu Disko!

Pelbagai kontroversi yang kurang manis telah melanda pelakon wanita yang kian laris ini. Satu demi satu kontroversi itu telah ditepis elok oleh Tasha Shilla, 25, yang pernah dikatakan menari ghairah ketika sambutan hari jadi di sebuah kelab malam awal Januari lalu.


Selepas itu, dia juga dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan orang kenamaan yang menaja sebuah kereta mewah selain dihimpit isu minum arak.

Tidak bernoktah di situ, Tasha juga telah dihimpit kontroversi apabila pelakon, Neelofa mempertikaikan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) 2011 dan ia sehingga membawa persengketaan antara Neelofa dengan aktres Anzalna pula.

Dalam ruangan gosip akhbar Kosmo! Ahad semalam, Tasha dikatakan berparti di sebuah kelab hiburan di ibu kota bersama rakan-rakan lelaki dan wanitanya.

Ironi, malam kelmarin pula, Tasha diumumkan sebagai pemenang Anugerah Heroin Baru Terhebat pada majlis Anugerah Blockbuster 2012 yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Menariknya, parti itu dikatakan turut disertai seorang lelaki yang dikenali sebagai Datuk J. Lelaki yang sama digosip menaja kereta BMW Tasha sebelum ini.

Gosip itu turut menyebut Tasha dikatakan sedang bergembira di situ selepas berbelanja sakan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur bersama Datuk J.

-Kosmo

Kontroversi Nabila Huda Pakai Tak Cukup Kain

Kontroversi Nabila Huda Pakai Tak Cukup Kain

Nabila Huda menjadi tumpuan lensa kamera apabila tampil berani dengan persalinan gaun hitam yang mendedahkan bahagian abdomennya di atas rainbow carpet Anugerah Blokbuster di Stadium Melawati, Jumaat lepas.


Dia yang hadir bagi menunjukkan sokongan kepada persembahan bapanya, Amy Search cuba menghadang bahagian yang terdedah itu dengan beg clutch, namun akhirnya terpaksa juga akur dengan panahan flash kamera yang tak henti-henti.


Pada kami, gaun hitam yang dipakai oleh pelakon muda ini seakan off-tune kerana lari daripada konsep dan tema Anugerah Blokbuster, iaitu ‘Color Blocking’.

-Ohbulan
Pendapatan Pengemis RM200 Sehari

Pendapatan Pengemis RM200 Sehari

Berbekalkan cawan plastik, Wan Arifin Ahmad,60, duduk bersila di atas tanah tanpa sebarang alas dan mengalunkan alunan zikir sambil tangannya yang memegang cawan tersebut dihulurkan ke hadapan untuk meminta simpati orang ramai.


Dia yang sudah 40 tahun mengemis berkata, hanya kerja tersebut yang mampu dilakukan olehnya disebabkan cacat penglihatan semenjak berumur tujuh tahun lagi.

Wan Arifin berkata, sekali mengemis di mana-mana pasar pagi atau malam yang dikunjunginya itu dia akan memperoleh sekitar RM60 hingga RM70 sehari.

“Itu baru sehari, jika paginya pakcik mengemis di pasar pagi dan sebelah malamnya pakcik ke pasar malam pula, pendapatan sehari dapatlah RM200.

“Duit itu pakcik simpan sendiri untuk bekalan bila sudah tidak sihat nanti," katanya yang kini menumpang di rumah rakannya sebaik sahaja kematian isteri tercinta beberapa tahun yang lalu.

-Sinarharian
Gambar Panas Model Terkenal Taiwan Tersebar!

Gambar Panas Model Terkenal Taiwan Tersebar!

Sebanyak 457 gambar separuh bogel artis dan model terkenal Taiwan, Lai Yingyu, telah tersebar di internet.


Gambar-gambar panas Lai (23), yang juga dikenali sebagai Nico, dilaporkan diambil pada tahun 2006, ketika baru berusia 17 tahun.

Salah satu dari gambar-gambar tersebut memperlihatkan Lai yang hanya memakai baju dalam sedang berpelukan dengan teman lelakinya.

Sementara gambar lain memperlihatkan Lai berpakaian seksi dan separuh bogel yang jelas menayangkan payudaranya.


Tidak diketahui bagaimana gambar-gambar peribadi itu bocor ke internet dan dipercayai masih banyak lagi gambar-gambar panas bekas anggota kumpulan Blackie Girls itu sedang beredar di internet.

Lai selama ini dikenal sebagai simbol seks Taiwan, memulakan kerjaya di dunia modeling pada usia 17 tahun.

Nur Fathia Nafi Sebagai Simbol 'Seks'

Nur Fathia Nafi Sebagai Simbol 'Seks'

Selepas terbabit dengan kontroversi melemparkan telefon kepada pengarah Along Kamarudin di set penggambaran drama Stanza Cinta pada tahun lepas, tahun ini pula, Fathia terlibat dalam isu pertengkaran dengan pengarah Arjinder Singh di lokasi pembikinan filem terbaharu lakonannya, Darah Panas.


Bakal muncul dalam sebuah filem arahan Arjinder Singh berjudul Darah Panas pada tahun depan, ujar penuntut jurusan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu, dia terpaksa meletakkan garis panduan berpakaian atas faktor tidak ingin mengulangi kesilapan lampau.

Bukan kerana besar kepala atau cerewet tapi tegas Fathia, dia enggan tampil terlalu seksi dengan mendedahkan tubuhnya semata-mata kerana mahu melariskan sesuatu produk.


“Saya bukan simbol seks dan saya enggan memakai pakaian yang terlalu menjolok mata. Saya akui berlaku sedikit pertengkaran ketika sedang menjayakan sebuah babak sebagai pelacur dalam filem Darah Panas kerana saya dipaksa memakai pakaian ketat dan menjolok mata.

“Pada hari kejadian juga saya berkeras untuk menukar pakaian lain yang kurang seksi berbanding baju dan skirt paras paha yang diberi oleh produksi. Setakat itu had saya dalam berpakaian!” tegasnya.

Fathia menegaskan lagi, pada masa-masa akan datang dia akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian dan jika dikehendaki tampil seksi dia harus memastikan untuk tidak keterlaluan.


Menerusi Darah Panas, dia melakonkan watak seorang gadis naif yang terpengaruh dengan pujukan seorang lelaki untuk menjadi model di Kuala Lumpur. Namun, setelah diperdaya dan dijadikan pelacur hidupnya berubah secara total.

Wanita Lebih Cenderung Berlaku Curang

Wanita Lebih Cenderung Berlaku Curang

Lelaki sering dianggap tidak setia kepada pasangan tetapi tinjauan terbaru menunjukkan wanita lebih cenderung berlaku curang dan hampir 100 peratus wanita yang curang mendakwa berjaya menyembunyikan jejak mereka, manakala 17 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka diketahui pasangan masing-masing.

Wanita Lebih Curang

Agensi mengatur temu janji internet, UndercoverLovers.com melakukan tinjauan ke atas 3,000 individu yang sudah berkahwin mendapati 95 peratus wanita dan 83 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka tidak diketahui.

Sebanyak 89 peratus peserta tinjauan itu yang curang mengaku berjaya merahsiakan perbuatan mereka daripada pasangan masing-masing.

Jurucakap agensi itu, Emily Pope, menyatakan wanita lebih pandai berbohong berbanding lelaki.

“Kebanyakan ahli laman sosial ini berlaku curang dalam jangka masa lama tanpa ditangkap” katanya.

Pakar psikologi dari Universiti Manchester Metropolitan, Dr David Holmes berpendapat bahawa wanita lebih cenderung untuk bersikap curang.

“Wanita memang bijak menipu kerana secara psikologinya mereka berada dalam kelas tersendiri, berbeza dengan lelaki. Mereka membuat penilaian dan keputusan secara emosional dalam merancang strategi manakala lelaki lebih impulsif.

"Perbezaan paling besar adalah wanita lebih bijak menyembunyikan rahsia kecurangan mereka,” katanya.

Kajian lain di United Kingdom juga mendapati, 4 daripada 10 wanita mengaku tidak setia, sementara cuma tiga daripada 10 lelaki mengaku tidak curang.

Tinjauan pendapat 3,000 orang dewasa mendapati dua perlima wanita yang curang mengatakan ia berlaku ketika mereka berada di kelab malam. Hampir satu daripada empat wanita sama curang dengan rakan sekerja.

Kira-kira 55 peratus wanita mengaku mereka suka mendapatkan perhatian lelaki dan satu pertiga daripadanya berkata lelaki sering salah anggap wanita berkenaan meminati mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Itu Gambar Foto Bercium Yang Lama: Emma Maembong

Itu Gambar Foto Bercium Yang Lama: Emma Maembong

Setelah dicop “Minah Propa”, muncul pula foto-foto lama yang digembar-gemburkan untuk menjatuhkan nama baik selebriti jelita ini.


Kemesraan yang terpancar melalui foto-foto bersama teman lelakinya yang bercuti di pusat peranginan diperbesarkan walhal ianya gambar lama semasa diusia muda.

Namun, apa pun yang pasti Emma Maembong ada jawapannya tersendiri.

Menerusi temubual bersama Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, 20, dia menegaskan bahawa beberapa foto tersebut merupakan percutian bersama-sama keluarga, rakan-rakan yang juga disertai teman lelakinya.

“Zaman remaja pasti akan ada “culture shock”, jadi saya sebagai anak muda lagi-lagi anak ayah, apabila sekali dapat keluar semua benda nak cuba. Waktu itu saya berumur 16 tahun. Kawan-kawan, sedara-mara dan keluarga turut serta dalam percutian tersebut.

” Kawan-kawan pakai seluar pendek, saya pun nak pakai. Tetapi selepas meningkat dewasa dan matang, saya boleh berfikir yang mana buruk dan yang mana baik.”


Selebriti yang sudah berpunya ini dihangatkan dengan kontroversi gambar seksi dimana Emma berpakaian seluar pendek denim bersama baju tali seksi sehingga menampakkan perutnya disamping teman lelakinya.

Beliau turut menyatakan hanya terdapat 4 foto percutian bersama teman lelaki dan yang selebihnya diedit untuk tampak lebih banyak.

Emma turut menambah, “Foto-foto itu merupakan barangan peribadi, hanya beberapa teman rapat saya yang memilikinya. Jadi saya tidak tahu sama ada foto tersebut di hantar sendiri oleh teman rapat atau orang yang dengki dengan saya.”

Tambah Emma lagi, “Masing-masing ada sejarah sendiri, benda yang dah lepas biarkan lepas, masa itu Emma budak-budak lagi apa yang penting kehidupan baru yang sekarang, kehidupan Emma bukan macam dulu lagi”.

-Ohbulan.com

* Cik Emma, gambar terbaru bila nak share??
Wajah Mereka Betul-betul Seiras Dengan Watak Kartun!

Wajah Mereka Betul-betul Seiras Dengan Watak Kartun!

Kita sering kali terhibur tatkala menonton cerita kartun di kaca televisyen.

Aksi dan lawak mahu pun deskripsi wajah kartun itu sudah cukup membuatkan semua penonton termasuk kanak-kanak gembira dan seronok.

Tetapi, pernahkah kita terfikir yang watak dalam sesuatu kartun itu wujud di dunia realiti?

Ini adalah contoh gambar-gambar manusia sebenar yang dapat disamankan dengan karektor kartun yang ada.


-Mynewshub.my