Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemui dalam keadaan selamat selepas mengembara sejauh 800 batu dengan memandu kereta abangnya, semata-mata kerana dia terlalu rindu dan ingin bertemu dengan teman lelaki yang dikenali melalui laman web.
Bagi tujuan itu, Elizabeth Annette Robinson sanggup mencuri kereta abangnya dan memandu sendirian ke Kentucky untuk bertemu Dylan, 12 selepas bapanya menghalang dia daripada berterusan berhubung dengan budak lelaki itu.
Dia bagaimanapun berjaya dihalang di Tennessee selepas 24 jam meninggal rumah oleh polis yang berjaya mengesan nombor pendaftaran kenderaan itu.
Elizabeth, yang melarikan diri pada waktu malam itu telah diserahkan kepada keluarganya, pagi semalam.
Menurut ibunya, Tressa Robinson, anaknya itu bertindak demikian selepas bergaduh dengan dia dan suaminya melibatkan budak lelaki berkenaan.
“Sejak itu dia selalu mengurung diri dalam bilik tidur dan enggan bergaul,” katanya.
Sebelum melarikan diri, Tressa berkata, anaknya itu telah bertanya kepadanya mengenai kereta abangnya dan jenis bahan api yang digunakan.
Ketika melarikan diri, dia turut membawa kad kredit ibunya, sekali gus membolehkan polis mengesan kedudukannya.
Kehilangannya hanya disedari selepas mereka menemui nota yang ditinggalkan di dalam bilik, memaklumkan dia berada di rumah rakannya disebabkan sentiasa dibuli di sekolah dan turut mengancam untuk membunuh diri.
Namun mereka menyedari bahawa Elizabeth sebenarnya telah meninggal rumah untuk menemui teman lelakinya melalui emel dan mesejnya.
Dalam pada itu, Dylan berkata, dia berkali-kali telah menasihatkan Elizabeth supaya tidak melarikan diri dari rumah.
Bagaimanapun Elizabeth dibenarkan oleh ibu bapanya menemui Dylan, namun kali ini mereka yang memandu kereta hingga ke Kentucky.
-Mynewshub.my