Friday, October 05, 2012

Adik Presiden Amerika Syarikat Hidup Miskin

Adik Presiden Amerika Syarikat Hidup Miskin

Jika Barrack Obama tinggal di rumah Putih serba mewah dengan pesawat canggih Air Force One, adiknya pula, George Hussein Obama, 30, tinggal di dalam pondok buruk satu bilik berdindingkan zink di perkampungan Huruma, kawasan setinggan terkenal di Nairobi.


Kedua-dua beradik ini berkongsi bapa yang sama, tetapi berlainan ibu. Barrack Obama dilahirkan di Hawai, daripada isteri kedua bapanya, manakala George Hussein Obama pula daripada isteri keempat dilahirkan di Kenya.


Bapa mereka, Barack Sr. bertemu dan berkenalan dengan Ann Dunham, seorang ahli akademik Amerika dan ahli antropologi. Walaupun pada hakikatnya dia telah berkahwin dengan seorang wanita di Kenya, beliau mendakwa telah bercerai. Barack Sr. berkahwin dengan Ann pada tahun 1961 apabila Ann mengandung tiga bulan dengan Barack. Apabila Obama Sr. melanjutkan pengajian di Harvard, beliau terus mempunyai urusan lain dan berpisah dengan Ann pada tahun 1964.
Akhirnya dia kembali ke Kenya meninggalkan Barack di Hawaii dan menjadi seorang pemabuk tegar. Selepas George lahir dengan isteri keempat, Yael, di Kenya, beliau meninggal dunia semasa George berusia enam bulan kerana kemalangan kereta pada tahun 1982.

George membesar di pinggir bandar kelas pertengahan Nairobi dengan ibunya, yang berkahwin semula dengan seorang lelaki kulit putih, seorang pekerja bantuan Perancis.

Sebenarnya dia begitu kesal dengan kehidupannya berbapakan lelaki kulit putih.

"Saya satu-satunya lelaki yang mempunyai bapa kulit putih di kampung saya. Saya mahu menjadi sama seperti kanak-kanak kulit hitam yang lain," katanya.

George mula minum arak dan menghisap ganja pada usia sepuluh tahun dan lima tahun kemudian dia telah dibuang daripada sekolah berasrama penuh tempat beliau bermain ragbi dan belajar bahasa asing kerana mengambil dadah.


Bekas penagih dadah dan arak ini berhijrah ke Nairobi di kawasan perumahan miskin dengan alasan nama keluarganya menjadi beban kepadanya sejak Barrack Obama menjadi Presiden Amerika.

Beliau kini merupakan penyelaras Huruma Football Club, sebuah pasukan perbandaran yang terdiri daripada anak-anak yatim, bekas banduan dan penagih dadah.

-Duniaandromedaku.blogspot.com
Peliknya Ikan-ikan Ini Berbentuk Zakar

Peliknya Ikan-ikan Ini Berbentuk Zakar

Info Pelik. Ikan yang sangat pelik kerana bebentuk zakar.


Saksikan video dibawah;



Wanita Berusia 28 Tahun Sudah Menapouse

Wanita Berusia 28 Tahun Sudah Menapouse

Wanita menopause, itu pasti. Hilangnya kemampuan reproduksi akibat perubahan hormon seiring penuaan usia ini, selalunya menimpa wanita usia 45 tahun ke atas. Bagaimana dengan Katy Hayward, wanita yang berasal England, yang menopause di usia 28 tahun?

Wanita Berusia 28 Tahun Sudah Menapouse

Katy terkejut mendengar diagnosis doktor. Doktor mengatakan bahawa di usianya yang kini sudah hampir 30 tahun, tidak ada lagi pengubatan atau terapi untuk mengembalikan kemampuan reproduksinya.

Untuk menyelamatkan sel telurnya sudah terlambat. Harapan satu-satunya hanya derma telur daripada orang lain, tapi itu juga tak mudah. "Saya terkejut," kata Katy. "Memiliki anak adalah kebanggaan seorang wanita."

Dr Beth Cartwright dari Unit Penelitian Menopause di Guy's Hospital London mengatakan, belum ada penjelasan perubatan yang cukup detail tentang menopause ini. Hanya satu dari setiap seribu wanita yang mengalami menopause di bawah usia 30 tahun.

Menopause ditandai dengan perubahan hormonal akibat berkurangnya produksi estrogen. Keadaan ini tak hanya memengaruhi kesuburan, tapi juga meningkatkan risiko tulang rapuh, serangan jantung, dan stroke.

Sejauh ini, Unit Penelitian Menopause di Guy's Hospital masih terus melakukan kajian dan penelitian demi menemukan pencegahan dan pengubatan menopause awal usia pada wanita. Ini membuat Katy masih berani berharap boleh memiliki anak dari rahimnya suatu saat nanti.

-Borakkosong.com
Gambar Bogelnya Sangat Popular di Internet

Gambar Bogelnya Sangat Popular di Internet

Nama Angie Varona, 18 tahun amat popular di internet sehingga jika di google ia mengeluarkan hampir sejumlah 65,000 gambar dirinya yang kebanyakannya berbikini.


Ia gara-gara dia meletakkan gambar dirinya yang seksi itu di akaun laman web photo sharing Photobucket pada tahun 2007. Pada ketika itu dia berumur 14 tahun.


Apabila akaunnya digodam, gambarnya itu mula tersebar di internet. Bukan setakat itu, terdapat juga begitu banyak akaun palsu Facebook, Twitter, Youtube di bawah namanya. Satu daripada akaun FB palsu beliau mempunyai lebih 41,000 likes. Terdapat juga gambar beliau yang telah di Photoshop.

Ambil iktibar darinya. Hidupnya menderita dan musnah akibat kesilapan masa lampau.

-Dailymail

Thursday, October 04, 2012

Anda Pasti Yakin Dia Seorang Wanita!

Anda Pasti Yakin Dia Seorang Wanita!

Bagi lelaki yang terserempak dengan wanita di bawah pasti akan jatuh cinta. Tak pun terlintas di hati mengatakan wanita ni cantik betul, tetapi di sebalik kecantikan ini beliau sebenarnya seorang lelaki.


100 kali pandang pun, kita akan mengatakan dia seorang wanita..huhu
Rela Bogel Untuk Bayar Yuran Kuliah

Rela Bogel Untuk Bayar Yuran Kuliah

Perempuan yang bernama Su Zizi (bukan nama sebenar) 19 tahun, menggegarkan kota Beijing. Mahasisiwi yang menuntut di Universiti Renmin ini, sebuah universiti terkenal di China mengadakan satu pameran foto bogel dirinya.


Mengikut Zizi, dia melakukan perkara tersebut kerana memerlukan duit supaya boleh terus belajar. Pameran yang meletup itu diadakan pada akhir bulan yang lalu. Walaupun pihak universiti menghalang pameran yang bertajuk "who i am?" tersebut serta menyekat akses ke website yang mempamerkan gambar-gambar bogel Zizi. Dia juga mengatakan bahawa, bagi setiap keping gambar, dia boleh mendapatkan keuntungan RM50.00.

Selesai membuat pameran, Zizi juga ada mengatakan bahawa dia ingin menjadi "body artist".

"Sembilan bulan yang lalu, saya melakukan perkara ini kerana memerlukan wang untuk membayar duit yuran kuliah dan membayar bil hospital nenek," katanya kepada CNN dalam sebuah wawancara.

"Tetapi sekarang saya ingin menjadi seorang seniman,".katanya.

Dia juga ada mengatakan bahawa apa yang dilakukannya adalah sah dari segi undang-undang. Gambar yang ditonjolkannya adalah suatu bentuk karya seni.

"Sebab itu, selain menjadi body artist, saya juga boleh menjadi seorang jurugambar,". ujarnya.

-Sentiasapanas.blogspot.com

Seluar Dalam Rahsia Wanita Brazil Kekalkan Perkahwinan

Seluar Dalam Rahsia Wanita Brazil Kekalkan Perkahwinan

Perempuan di Brazil memiliki rahsia tersendiri agar perkawinannya boleh bertahan lama. Antaranya dengan tidak menggunakan seluar dalam ketika melangsungkan majlis perkahwinan. Mereka percaya jika mereka menikah tanpa memakai seluar dalam boleh membuat rumahtangga mereka kekal.


Kebiasaan ini menimbulkan sikap kurang senang seorang anggota dewan di Brazil yang bernama Ozias Zizi untuk membuat peraturan yang melarang pengantin wanita menikah tanpa memakai seluar dalam.

Hal tersebut di bangkitkan untuk menyelamatkan para pemimpin agama dari hal-hal memalukan ketika mereka memimpin upacara pernikahan. Menurutnya, menikah tanpa mengenakan seluar dalam adalah suatu perkara yang tidak sopan, selain itu untuk memasuki tempat beribadah harus menunjukkan rasa hormat.

Zizi sedar peraturan itu pastinya sukar untuk di laksanakan, namun ia akan melakukan kempen mendidik agar wanita berhenti melakukan perkara yang kurang sopan itu. Namun seorang ahli agama setempat bernama Enoch de Castro menganggap peraturan tersebut hanya sia-sia.

Menurutnya, sukar untuk meminta polisi bagi menegakkan peraturan ini kerana perlu memeriksa samada pengantin wanita memakai seluar dalam atau tidak.

Gagal Memenangi Ratu Cantik Universe Kerana Ada 'Telur'

Gagal Memenangi Ratu Cantik Universe Kerana Ada 'Telur'

Seorang lelaki yang menjalani pembedahan penukaran jantina, Jenna Talackova gagal memenangi pertandingan Ratu Cantik Universe Kanada di Toronto kelmarin.

Jenna Talackova

Talackova, 23, bertanding bersama 61 peserta wanita.

Namun, dia berjaya menempatkan diri dalam kalangan 12 peserta akhir dalam pertandingan itu.

Talackova merupakan seorang daripada empat peserta yang dinamakan sebagai Ratu Cantik Congeniality.

Semasa dia memperagakan bikini di atas pentas, para penonton memberikan sorakan kepadanya.

Talackova menjalani pembedahan pertukaran jantina empat tahun lalu.

BINIAZ (kiri) menjadi pemenang Ratu Cantik Universe.

Sebelum ini pihak penganjur membatalkan penyertaan Talackova dalam pertandingan itu kerana peraturan menetapkan hanya wanita tulen yang dibenarkan bertanding.

Namun, peraturan itu dipinda selepas keputusan membatalkan penyertaannya mendapat bantahan daripada aktivis-aktivis lesbian, biseksual, gay dan transeksual.

Pada pertandingan itu, Sahar Biniaz, 26, memenangi mahkota Ratu Cantik Universe Kanada.

-Agensi

Anak-beranak Makan Batu Setiap Hari

Anak-beranak Makan Batu Setiap Hari

Info Pelik. Pelbagai cara dilakukan dalam meluahkan rasa tekanan, marah, sedih dan gembira. Berbeza pula bagi Teresa Widener, 45, yang berasal dari Bedford, Virginia, Amerika Syarikat apabila dia memilih untuk meluahkan rasa yang terpendam dengan memakan batu.

Teresa dan anaknya, Kelsey Bayne, 22, menikmati makan malam mereka.

Menurutnya, semakin dia berasa gelisah, semakin banyak batu akan dimakannya. Dia boleh memakan batu sebanyak 1.3 kilogram (kg) dalam seminggu atau lebih daripada 1,360kg sepanjang hidupnya.

"Saya mula memakan batu sejak 20 tahun lalu jika berdepan situasi sedih atau melalui hari yang buruk dengan mengambil segenggam kerikil dan batu-batu yang disimpan di dalam sebuah almari khusus.

"Biasanya saya akan mengutip batu yang lebih lembut dan rapuh ketika berjalan-jalan kerana bukan semua batu boleh dimakan. Untuk menikmati kesedapan batu itu, saya terlebih dulu akan memecahkannya menggunakan tukul besi," terangnya.

Teresa kemudian akan memakan batu-batu itu secara perlahan-lahan dengan gigi di sebelah kiri kerana menurutnya, gigi di bahagian itu lebih kuat berbanding gigi lain. Dia juga mengaku tidak pernah berdepan masalah kesihatan yang serius akibat tabiat pemakanannya itu. Hanya sekali-sekala dia sakit perut tetapi jarang membuang air besar.

"Makan batu membuatkan saya berasa tenang. Kuantiti yang diambil pula bergantung pada perasaan saya ketika itu. Untuk itu, saya rasa lebih baik jika ada batu di rumah.

"Saya suka kerana ia juga memiliki bau tanah. Kadangkala saya tidak membasuh batu-batu yang dikutip di tepi jalan kerana mahukan aroma tanah yang terbit daripada batu itu," ujar Teresa kepada akhbar Dailymail.

Jelas Teresa, amalan memakan batu membantunya merawat kekurangan zat besi yang disebabkan penyakit anemia yang dihidapnya.

Bongkah Batu Sebesar Rumah Hempap Kereta

Bongkah Batu Sebesar Rumah Hempap Kereta

Seorang pegawai menyatakan, sebuah kereta remuk manakala enam orang terbunuh selepas kenderaan tersebut dihempap bongkah batu sebesar rumah yang jatuh dari sebuah gunung di Vietnam.

Beberapa orang melihat bongkah batu 
yang menghempap sebuah kereta (kiri).

Seorang pegawai tempatan, Keo Khon berkata, lima orang termasuk pemandu kereta mati di tempat kejadian di wilayah An Giang, selatan Vietnam pada Sabtu lepas.

Menurutnya, seorang lagi penumpang maut semasa dikeluarkan dari kenderaan tersebut manakala dua lagi masih dirawat di hospital.

Kata Khon semalam, semua mangsa dalam perjalanan pulang selepas menyertai satu upacara keagamaan di sebuah kuil di puncak gunung berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat kemalangan tersebut.

Menurut Khon, jalan raya menuju ke kuil berkenaan dibuka pada 2004 dan menarik kehadiran beribu-ribu pelawat pada setiap tahun.

-Agensi