Thursday, October 04, 2012

Maya Karin Mengaku Dirinya Dilamar!

Maya Karin Mengaku Dirinya Dilamar!

Tanpa angin dan tanpa ribut, Maya Karin membuat pengakuan dirinya dilamar.


Tentunya ia berita mengejutkan kerana selama ini, apabila ditanyakan soal hati dan perasaan, jawapan daripada wanita popular berdarah kacukan Melayu-Jerman ini cukup mengecewakan.

Meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa personaliti lelaki sebelum ini, semua itu gosip yang akhirnya lenyap begitu saja. Bila masanya pelakon dan penyanyi ini bercinta, dan siapakah jejaka yang berani melamar wanita yang bukan mudah menyerahkan hatinya kepada sebarang lelaki ini?

Walaupun mengaku dirinya disunting, pinta Maya, janganlah perkara itu diperbesarkan kerana dia belum membuat sebarang keputusan.

“Memang saya dilamar, tetapi yang membuat lamaran ialah sebuah syarikat rakaman antarabangsa, yang mahu menjadi pengedar album saya. Jika segala perancangan berjalan lancar, mereka juga mahu saya bernaung di bawah payung mereka sebagai artis rakaman.

Belum ada kata putus “Buat masa ini, belum ada sebarang kata putus diberikan. Saya juga masih menimbang tawaran berkenaan.

Bagaimanapun, melihat kandungan kontrak, saya amat berpuas hati dengan apa yang mereka ingin berikan.
“Tengoklah, jika ada rezeki bersama mereka, pasti akan ada pengumuman rasminya nanti,” kata Maya ketika ditemui pada majlis Hati Ke Hati bersama duta Inner Shine, Maya Karin, di sebuah restoran terkemuka di ibu kota, baru-baru ini.

Majlis penuh santai itu diadakan bertujuan memperkenalkan saiz baru produk minuman berkhasiat terbabit, dengan 60 peratus lebih kandungan berbanding saiz biasa.

Sebelum ini, Maya pernah merakamkan tujuh lagu sebagai usahanya untuk membuat kemunculan semula dalam dunia nyanyian. Sebelum ini dia pernah muncul bersama dua album, masing-masing berjudul Erti Cinta dan Bukan Qalamaya.

Nasib lagu jadi tanda tanya Bagaimanapun, jika jodohnya dengan syarikat rakaman itu menjadi, nasib lagu yang sudah dirakam juga menjadi tanda tanya.

“Saya sendiri tidak pasti apakah syarikat rakaman itu akan menggunakan lagu terbabit untuk dimuatkan dalam album saya nanti. Jika mereka ada perancangan lain, nampak gayanya lagu itu terpaksalah saya simpan.

Saya sudah pun berbincang dengan penerbit album itu, Audi Mok, mengenai nasib lagu berkenaan.

“Dia bersikap positif dan katanya, jika lagu dalam album itu tidak digunakan, dia tidak kisah dan mahu saya menjadikan pengalaman merakamkan lagu itu sebagai ilmu cukup berharga untuk kerjaya nyanyian saya,” kata Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 ini.

Panjat gunung di Nepal Sementara itu, dia yang bakal menyambut ulang tahun yang ke-33 pada 29 Oktober berkata, hari istimewa berkenaan bakal disambut bersama lelaki tersayang.

Membuat acara itu lebih bermakna, sambutannya akan diadakan di kawasan pergunungan Langtang, di Kathmandu, Nepal.

“Bapa yang beriya-iya mengajak saya mendaki di Langtang.

Selepas puas memujuk, tiga minggu lalu baru saya beri kata persetujuan. Hanya kami berdua yang akan melakukan pendakian. Tapi bila memikirkan tempoh perjalanan, iaitu empat hari untuk naik dan empat hari untuk turun, rasa gementar juga.

“Sebagai seorang yang gemarkan cabaran dalam kehidupan, situasi seperti itu sedikit sebanyak menggembirakan hidup saya. Sesekali lari daripada dunia glamor seronok juga. Barulah hidup saya seimbang,” katanya yang banyak menghabiskan masa dengan mengembara sejak kebelakangan ini.

Suka aktiviti sukan Selain menjadikan kembara sebagai hobi, Maya juga antara artis yang gemarkan aktiviti sukan. Jika sebelum ini dia sanggup ke Jerman untuk menonton Kejohanan Bola Sepak Euro 2012, terbaru Maya turun ke Singapura untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix F1. Bukan sekadar menonton, Maya secara eksklusif diundang melawat garaj pasukan Formula Satu Lotus.

“Kebetulan kawan saya ialah pemilik Lotus, jadi dialah yang mengundang saya melawat kawasan garaj itu. Dapatlah juga melihat pelumba membuat persediaan sebelum ke litar. Ada juga artis antarabangsa lain berada di situ, termasuk Katy Perry. Tinggi betul orangnya,” kata Maya yang turut ditawarkan menjadi perantara jemputan program hiburan E!News.

Justin Bieber Berkabung Kematian Isteri!

Justin Bieber Berkabung Kematian Isteri!

Bintang pop remaja, Justin Bieber kelmarin berkabung selepas mendengar berita kematian pesakit kanser berusia enam tahun yang pernah menjadi isteri olok-oloknya, Avalanna Routh.


"Seorang yang mempunyai semangat tinggi dan saya kenali sudah tiada. Bersemadi dengan tenang Avalanna. Saya sayang kamu," kata Bieber di laman Twitternya.

Penyanyi berusia 18 tahun itu menulis mesej berkenaan selepas keluarga Routh mengumumkan berita kematian Avalanna di laman blog mikro Twitter.

Routh yang berasal dari Merrimac, Massachusetts menghidap penyakit ketumbuhan di bahagian otak yang digelar AT/RT semasa berusia sembilan bulan.

AT/RT merupakan gangguan otak yang jarang berlaku dan biasanya akan menyebabkan kematian penghidapnya dalam tempoh setahun.

Pada Ogos 2011, Institut Kanser Dana-Farber di Boston mengadakan majlis perkahwinan olok-olok antara dia dan Bieber.

Bieberpernah menjemput Routh yang juga peminat tegarnya ke New York untuk menyambut Hari Kekasih bersama-sama.

Hanya sekitar 30 kes baharu AT/RT disahkan di Amerika Syarikat setiap tahun. Peluang pesakit yang menghidapnya untuk terus hidup cuma sepuluh peratus.

-AFP

Tuntut Rasuah Seks Untuk Dapatkan Kontrak

Tuntut Rasuah Seks Untuk Dapatkan Kontrak

Seorang saksi utama kelmarin memberi gambaran jelas mengenai hubungan intimnya dengan seorang bekas pegawai polis Singapura yang dituduh menuntut khidmat seks sebagai balasan untuk membantu mendapatkan kontrak bekalan kerajaan.

NG bersama isterinya meninggalkan mahkamah dengan menaiki 
sebuah kereta selepas perbicaraannya selesai.

Saksi itu, Cecilia Sue, 36, yang menjual teknologi komputer kepada agensi kerajaan berkata, Ng Boon Gay, 46, memberikan maklumat sulit kepadanya bagi membantu mendapatkan kontrak ketika tertuduh menjadi Pengarah Biro Narkotik Pusat pada tahun 2011.

Pihak pendakwa raya berkata, Ng meminta seks oral daripada Sue sebanyak empat kali bagi melanjutkan kepentingan perniagaannya.

Tindakan itu nyata melanggar undang-undang antirasuah di negara ini. Bukti baharu yang dibentangkan di mahkamah menunjukkan mereka pernah mengadakan hubungan seks.

"Saya tanya dia sekiranya ada bajet lebih. Adakah ia kira-kira $300,000? Dia menyebut ia lebih kurang beberapa ratus ribu (dolar Singapura)," kata Sue ketika disoal siasat oleh pihak pembelaan.

Ditanya sama ada Ng mempengaruhi keputusan pemberian tender untuk membekalkan perkakasan dan perisian komputer kepada lembaga narkotik dengan memberitahu bajet, Sue menjawab: "Ya!"

Kelmarin, Sue memberitahu mahkamah dia membuat keputusan untuk melaporkan kelakuan Ng kepada pihak berkuasa kerana takut. Tetapi peguam bela mempersoalkan kredibilitinya.

-AFP

Seni Komik Dewasa

Seni Komik Dewasa

Jangan hanya lihat dan fikir dari sudut seksual kerana hasil seni mempunyai pelbagai maksud yang tersirat.


Terserah kepada anda untuk merungkai maksudnya.

Paramedik Rogol Pesakit Dalam Kereta Ambulan

Paramedik Rogol Pesakit Dalam Kereta Ambulan

Kejadian yang “menakutkan” pesakit wanita ini berlaku di AS. Saya siarkan kerana tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku di Malaysia.

Mark Powell

Menurut berita Agensi, polis di Hamden, Connecticut, Amerika Syarikat menahan seorang paramedik yang didakwa merogol seorang wanita yang terbaring tidak sedarkan diri serta diikat pada pengusung di dalam sebuah ambulans.

Mangsa yang berusia 22 tahun telah terjatuh dan mengalami gegaran ketika menghadiri sebuah parti percutian. Wanita itu mendakwa dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana diikat pada pengusung. Dia didakwa diserang secara seksual ketika dalam perjalanan ke Hospital Yale-New Haven

Kata wanita itu, dia berusaha mencari orang yang menyerangnya semasa di dalam ambulans pada Disember 25 lalu, lapor polis Hamden.

Mark Powell, 49, North Haven, menyerah diri pada hari Khamis bagi menghadapi tuduhan serangan seksual darjah pertama dan satu tuduhan lain. Dia telah dibebaskan dengan bon jaminan bernilai AS$25 000 (RM78 625).

Ketua Polis Hamden Thomas Wydra berkata bahawa dakwaan tersebut mewakili “tingkah laku yang keterlaluan dan menakutkan” oleh pegawai perubatan kecemasan.

“Masyarakat meletakkan tahap kepercayaan dan keyakinan yang tinggi kepada kakitangan yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat awam, dan situasi yang berlaku dalam kes ini jelas menunjukkan pelanggaran terhadap kepercayaan itu.”

“Mangsa dalam kejadian ini telah menunjukkan kekuatan dan keberanian yang tinggi untuk membawa aduan ini ke hadapan,” katanya.

-DCM

Janda 'Tomboy' Di Cekup Ketika Berasmara

Janda 'Tomboy' Di Cekup Ketika Berasmara

Tindakan seorang janda berpakaian ala ‘tomboy’ memadu asmara bersama teman lelaki dengan menjadikan bilik hotel murah sebagai port untuk melepaskan nafsu membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa, dekat Kuala Dungun, awal pagi kelmarin.


Wanita terbabit yang difahamkan mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup bersama bekas suami bagaimanapun dipercayai cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mendakwa dia berasal dari Kuala Lumpur.

Namun, siasatan lanjut oleh pegawai penguat kuasa syariah mendapati, dia sebenarnya berasal dari Kampung Padang Jambu dan dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan teman lelakinya yang bekerja sebagai buruh, masih bujang dan kini menetap di Tanah Lot.

Pasangan berkenaan dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan sebelum diikat jamin ahli keluarga.

-Wowberita.org
Tukang Urut Pandai Ghaib Di Temui

Tukang Urut Pandai Ghaib Di Temui

Tindakan seorang penjaga sebuah pusat rawatan refleksologi di Taman Usahawan, Kepong, di sini, cuba memperdaya sepasukan penguat kuasa Jabatan Imigresen Putrajaya yang menyerbu premis itu selepas dikesan menawarkan khidmat pelacur warga asing dengan menyamar sebagai pelanggan gagal apabila ditahan, awal pagi semalam.

CEKUP...wanita warga China yang ditahan.

Tembelang lelaki berusia 47 tahun itu selama hampir dua jam selepas pusat refleksologi itu diserbu kira-kira jam 1 pagi terbongkar selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu menunjukkan dia bertugas di bahagian kaunter.

Anggota penguat kuasa gagal menemui tukang urut wanita terbabit walaupun sudah menggeledah seluruh genap ruang pusat refleksologi itu. yang menyediakan 10 bilik mengurut.

“Kami turut mencari jika terdapat ruang sulit atau pintu khas dalam pusat urut tapak kaki ini termasuk lubang pada siling yang dibuat bagi memudahkan tukang urut wanita warga asing itu melarikan diri kerana ketika serbuan premis ini kosong.

“Berdasarkan rakaman CCTV, kami lihat ada ramai tukang urut terbabit dalam premis, tetapi mereka seakan ghaib dan kami gagal menahan merekaAda kemungkinan mereka mendapat tahu mengenai serbuan ini dan sempat bersembunyi,” katanya.

Menurutnya, seramai 30 penguat kuasa tidak berputus asa dan meneruskan pencarian sehingga keseluruhan bangunan premis setinggi empat tingkat itu walaupun terpaksa beberapa kali turun naik tangga dan memanjat sehingga aras bumbung bangunan yang menempatkan tangki air.

“Kami hampir buntu mencari selepas pemeriksaan di beberapa unit kediaman di tingkat atas pusat ini yang dikatakan dijadikan penginapan tukang urut wanita warga asing juga gagal menemui mereka.

“Namun, selepas berusaha hampir dua jam, kami berjaya menemui 10 tukang urut wanita warga China berusia lingkungan 20 hingga 30-an apabila mereka sendiri keluar dari tempat persembunyian di satu daripada unit kediaman yang sudah diperiksa kerana menyangkakan penguat kuasa sudah pulang,” katanya.

Wednesday, October 03, 2012

Miss Universe Singapura Tak Cantik!

Miss Universe Singapura Tak Cantik!

Lynn Tan merupakan Miss Universe mereka tahun ini tetapi ramai yang menyatakan rupa dia seperti itik. Dan dia langsung tak cantik.


Biar betul. Tak cantik ke?

-Akustressgiler.blogspot.com
Pening Orang Gaji Gila Seks!

Pening Orang Gaji Gila Seks!

Seorang majikan di Singapura terpaksa berhadapan dengan tabiat orang gajinya yang ‘pelik’ dan menjengkelkan. Sudahlah seluar dalam dan wangnya sering dicuri oleh pembantu rumahnya itu, wanita warga asing itu juga sering menulis kisah-kisah erotik serta menampal gambar wanita seksi di dalam buku catatannya.

Pening Orang Gaji Gila Seks

”Saya dapat menangkap orang gaji saya bersama sejumlah seluar dalam dan wang milik keluarga kami.

"Yang pelik tu, dia ada simpan cerita-cerita erotik dan gambar-gambar mengghairahkan di dalam buku itu.

Pening Orang Gaji Gila Seks
Pening Orang Gaji Gila Seks
Pening Orang Gaji Gila Seks

”Bila saya bagitahu akan buat laporan polis, dia dengan angkuh boleh berkata yang tiada siapa boleh mendakwanya!,” kata majikan berkenaan yang dipetik dari sebuah laporan akhbar.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Tilam Jenama 'Sealy' Paling Mahal Di Malaysia

Tilam Jenama 'Sealy' Paling Mahal Di Malaysia

Tilam Posturepedic Palatial Crest berjenama Sealy yang ditawarkan pada harga RM90,500 seunit yang diperkenalkan oleh Harvey Norman telah mencatat sejarah sebagai tilam termahal di Malaysia.

Tilam Paling Mahal Di Malaysia

Pengurus Jualan dan Pemasaran Sealy Asia (Malaysia) Sdn. Bhd., Derek Yeoh berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 10 unit tilam mewah itu sepanjang Pesta Tilam Berjenama Antarabangsa Malaysia ke-8 yang diadakan di pusat beli-belah Ikano, Power Centre, Mutiara Damansara di sini yang berlangsung sehingga 6 Mei 2012.

Mereka yakin untuk mencapai sasaran tersebut berdasarkan pencapaian dan reputasi Harvey Norman selaku syarikat kelengkapan perhiasan rumah antarabangsa yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo