Tuesday, October 02, 2012

Robot Ganti Pelajar ke Sekolah

Robot Ganti Pelajar ke Sekolah

Seorang kanak-kanak Amerika Syarikat (AS) muncul pengguna pertama robot interaktif digelar ‘Roboswot’, apabila kehadirannya ke kelas terpaksa diganti mesin tersebut berikutan masalah kesihatan.


Mesin berkenaan perlu menggantikan Devon Carrow-Sperduti, 7, ke sekolah, kerana dia menderita penyakit alergi yang boleh membahayakan nyawanya jika bercampur dengan kanak-kanak lain.

Bukan setakat itu, dia juga terpaksa menghabiskan kebanyakan masanya bersendirian dengan hanya dibenarkan makan epal, bijirin dan kentang.


Menerusi Roboswot yang bernilai AS$3,000 (RM9,000), murid tersebut mampu menghadiri semua kelasnya, menjawab soalan cikgu serta berbual dengan rakan-rakan sekelasnya walaupun hanya dengan berada di rumah.

Malah, robot ciptaan syarikat Vgo Communications Inc di New Hampshire berkenaan turut dilengkapi skrin yang memaparkan muka kanak-kanak itu, menggunakan teknologi kamera web yang dihubungkan dengan komputernya di rumah.


Carrow-Sperduti hanya perlu duduk di rumahnya di Buffalo dan menggunakan komputer untuk mengawal Robotswot yang membolehkan dia melihat cikgu, papan hitam dan keadaan sekeliling kelas.

Robot itu juga membolehkan Carrow-Sperduti ‘berjalan’ di sepanjang koridor sekolah dan menyertai rakan sekelasnya di taman permainan.

Ibu Carrow-Sperduti, Rene berkata, Roboswot boleh dianggap sebagai pengganti diri anaknya.


“Anak saya melakukan semua perkara dan kerja sekolah seperti kanak-kanak lain, yang membezakan mereka adalah Carrow-Sperduti tidak berada di dalam kelas," katanya.

-AGENSI

Monday, October 01, 2012

Kecilkan Payudara Tidak Tahan Kena Raba

Kecilkan Payudara Tidak Tahan Kena Raba

Seorang wanita terpaksa mengecilkan payudaranya sehingga 14 cup kerana tak tahan pandangan nakal lelaki setiap kali dia keluar dengan rakan-rakannya.

Gemma Westmoreland

Gemma Westmoreland dari Royston, Barnsley, England, mengecilkan saiz payudaranya dari ukuran 36J menjadi 36C setelah dia sering menjadi subjek seksual setiap kali keluar malam.

Gemma Westmoreland selalu menangis kerana sering mendapat gangguan dari lelaki yang berusaha merabanya.

Setelah pembedahan, Gemma Westmoreland kehilangan beberapa kilogram payudaranya dan kini memiliki payudara berukuran 36C.

BACA INI JUGA:

sumber: tribunnews

Lelaki Gemuk Lebih Setia Dalam Percintaan

Lelaki Gemuk Lebih Setia Dalam Percintaan

Jangan mudah merasa rendah diri jika kamu termasuk dalam kategori lelaki berbadan gemuk kerana kebanyakan lelaki yang memiliki badan agak berisi atau gemuk dikatakan lebih setia jika dibandingkan dengan lelaki berbadan kurus dan sederhana.

Lelaki Gemuk Lebih Setia Dalam Percintaan
Gambar hiasan.

Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan di Jerman.

Soal selidik tersebut yang dilakukan terhadap 1000 orang lelaki Jerman berusia antara 31-69 tahun. Setiap responden ditanyakan soalan tentang tarikan mereka terhadap seksual.

Hasilnya, didapati 23% lelaki yang termasuk dalam kategori memiliki berat badan ideal mengakui bahawa mereka tertarik untuk bersikap curang.

Sedangkan lelaki dalam kategori berat badan berlebihan hanya 11% yang tertarik untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka.

Manakala, 19% lelaki yang memiliki berat badan kurang atau terlebih kurus akan bersikap curang terhadap pasangannya.

Justeru itu, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa lelaki gemuk apabila jatuh cinta, akan lebih memilih untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dan bersedia memberi komitmen jika dibandingkan untuk mencari bersikap curang.

BACA INI JUGA: Kepada Wanita, Jangan Luahkan Ini Kepada Lelaki!

Sumber: Blogbisu

Wajah Pakwe Kebosanan Melampau

Wajah Pakwe Kebosanan Melampau

Pernah lihat muka tak puas hati dengan teman wanita? Agaknya apa lelaki ini sedang fikirkan. Dah la badan gempal, naik atas paha teman lelakinya macam baby lagi tu..haha


-tt.mop.com
Pelajar Trauma Di Cabul Guru Besar

Pelajar Trauma Di Cabul Guru Besar

Pihak polis menahan seorang guru besar sebuah sekolah rendah yang didakwa mencabul dan cuba merogol dua murid sekolahnya ketika menghantar mangsa pulang ke rumah menaiki keretanya di sini petang semalam.

Gambar hiasan

Suspek berusia 57 tahun ditahan di rumahnya malam tadi selepas keluarga dua murid berusia 11 tahun itu membuat laporan polis petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.40 petang apabila kedua-dua mangsa mendakwa guru besar itu tidak terus menghantar mereka pulang sebaliknya membawa mereka ke rumahnya di Pekan Baru terlebih dahulu untuk memuaskan nafsunya.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, semasa berada di rumah guru besar itu, dua murid perempuan itu mendakwa mereka telah dipeluk dan dicium oleh suspek.

"Mangsa juga mendakwa guru besar itu meminta mereka menanggalkan pakaian tetapi mereka menjerit meminta tolong dan merayu supaya dihantar pulang.

"Selepas didesak oleh kedua-dua mangsa, guru besar itu telah menghantar mereka pulang ke rumah masing-masing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kok Liang berkata, kedua-dua mangsa yang pulang dalam keadaan ketakutan kemudian menceritakan kejadian itu kepada keluarga mereka yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Teluk Intan.

Susulan laporan yang dibuat, polis menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

-Sungai Rapat Online
Emma Maembong Besar Kepala!

Emma Maembong Besar Kepala!

Artis yang baru nak meningkat popular di dalam dunia hiburan iaitu Emma Maembong dikatakan sudah mula buat hal. Emma Maembong atau nama sebenar beliau adalah Fatimah Rohani binti Ismail yang berdarah Scotland Melayu popular selepas drama Kau Yang Terindah.


Nama beliau mula disebut-sebut dan cerita dan gambarnya turut terpampang di laman-laman web hiburan tempatan menandakan populariti beliau yang sedang meningkat. Namun, baru-baru ini ada satu berita yang tidak sedap kita dengar mengenai artis baru ini.

Entah benar atau tidak, menerusi Pancaindera Utusan Malaysia semalam, Emma Maembong dikatakan kaki propa kerana gagal menghadiri temujanji yang diatur wartawan. Menurut si penulis (Syed), Emma ada membuat temujanji kira-kira jam 11 pagi bersama wartawan Pancaindera untuk satu sesi fotografi pagi Rabu lalu.

Jenuh jugalah jurusolek dan teman wartawan ni menunggu kelibat Emma, tapi sampai ke sudah tak nampak batang hidung. Lagi bertambah bengang jurusolek dan wartawan ini apabila Emma tidak menghantar pesanan ringkas (sms) memberitahu bahawa beliau lewat.

Menurut Syed, ini bukan kali pertama Emma Maembong tak muncul-muncul sebaliknya sebelum ini pun dia ada buat hal yang sama juga.
Gadis Berwajah Kartun Anime

Gadis Berwajah Kartun Anime

Seorang gadis berumur 19 tahun sanggup mengubah dirinya menjadi karakter kartun sebenar kerana minat yang mendalam terhadap watak anime Jepun.

Anastasiya Shpagina

Anastasiya Shpagina dari Ukraine ini memberitahu dia hanya mengambil masa 30 minit untuk menghasilkan solekan dramatik bagi menghidupkan wataknya sebagai Fukkacumi.

-MailOnline
Aksi Gebu Neelofa Atas Tilam!

Aksi Gebu Neelofa Atas Tilam!

Sepanjang minggu ini boleh dikatakan sebagai minggu Neelofa. Walaupun kontravesi yang melanda diri beliau, namun rezeki yang diterima anak seni ini begitu memberangsangkan. Heh!


Buat julung kalinya, King Koil jenama tilam tersohor di Malaysia mengambil seorang selebriti sebagai duta jenama tilam King Koil. Secara tidak langsung, Neelofa merupakan duta pertama yang dilantik oleh King Koil.

-Rotikaya
Wanita Rasa Malu Ketika Klimaks?

Wanita Rasa Malu Ketika Klimaks?

Ramai wanita yang kurang mengekspresikan dirinya ketika detik kepuasan dalam klimaks. Ini mungkin terjadi kerana selalunya wanita tidak melepaskan secara penuh klimaks kerana mengalami perasaan malu kepada pasangannya. Untuk selesaikan masaalah ini, memang diperlukan beberapa pendekatan simple yang mungkin luput daripada perhatian anda.


Kompromi, bukan bererti membohongi diri sendiri. Namun, jujurlah pada diri sendiri dan jangan menutupi keinginan anda untuk berejakulasi. Memang pada kenyataannya wanita lebih jujur menerima atau menahan dan melepaskan ejakulasi berbanding lelaki.

Walau pada akhirnya timbul perasaan malu kerana mengeluarkan cairan yang begitu banyak seperti keluarnya air dari vagina, wanita lebih memiliki keberanian untuk melepaskan ejakulasinya. Percayalah pada hal itu, bahawa tidak akan terjadi kejadian yang memalukan jika anda melakukannya.

Sedari kekurangan anda tetapi jangan terlalu memikirkannya dan menjadikannya sebagai beban berat. Ini amat mempengaruhi psikologi anda. Bangunkan citra positif anda saat anda cuba untuk melepaskan ejakulasi itu, bahawa pasangan anda pun akan puas dengan apa yang telah anda rasakan terhadap hasil kerja kerasnya merangsang anda.

Paling tidak, anda memberi tindak balas dan seluruh rangsangan dengan baik dan berusaha untuk memberikan kenikmatan yang sama dan seimbang kepada pasangan. Itu merupakan reaksi semula jadi daripada sebuah hubungan intim.

Logo Kereta Volkswagen Direka Adolf Hitler!

Logo Kereta Volkswagen Direka Adolf Hitler!

Kereta Volkswagen sebenarnya direka sendiri oleh pemimpin diktator Jerman iaitu Adolf Hitler sebelum kereta itu memasuki pasaran.

Volkswagen

Idea lakaran itu diperoleh oleh Hitler ketika beliau sedang duduk bersantai di sebuah restoran di Munich pada 1932.

Hitler melakar sendiri rekabentuk Beetles dengan objektif kereta itu mampu memberi keselesaan kepada pemiliknya dengan ciri-ciri bersantai dan mdah dikendalikan.

Nama pertama yang dicadangkan ialah Kraft durch Freude (KdF-Wagen, yang bermaksud “strength through joy car”).

Setelah siap lakaran, Hiter memberikan plan itu kepada pengarah Daimler-Benz iaitu Jacob Werlin sambil berkata,

“Take it with you and speak with people who understand more about it than I do. But don’t forget it. I want to hear from you soon, about the technical details.”

Namun demikian, Daimlr-Benz tidak mengeluarkan Volkswagen tetapi kereta itu dikeluarkan oleh kilang Porche milik Dr. Fredinand Porche dengan tema “Peoples’s Car”.

Oleh itu, semua teknologi kereta dari A hingga Z adalah buatan Porche.

Misteri Logo Volkswagen

Adolf Hitler

Apa yang mencurigakan adalah lakaran logo Volkswagen itu sendiri. Ianya unik dan ringkas dengan huruf V berada di atas huruf W.

Sebenarnya logo ini tiada apa-apa maksud tetapi mencurigakan apabila kita memutarkan logo ini dengan laju.

Apabila diputar laju ketika tayar bergerak maka lambang Nazi jelas kelihatan!

BACA INI JUGA: Kebencian Hitler Terhadap Yahudi Mungkin Ada Benarnya

sumber: GK